Post on 25-Oct-2015
H A L A M A N | 1
PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
1.0 PENDAHULUAN
Seni merupakan suatu bidang yang memainkan peranan penting dalam kehidupan
manusia. Tanpa seni, maka kehidupan manusia tidak mungkin akan berseri dan
menyeronokkan. Menurut Dudi (2011), seni banyak membantu dalam pelbagai aspek
kehidupan. Ia memberi info atau maklumat, mengembangkan minat dan memperluaskan
pengalaman manusia. Kemahiran berfikir secara abstrak berseni akan banyak membantu
dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat terbatas pada seni tarian atau visual sahaja
tetapi ia ada kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain.
Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai
kurikulum intergrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan
pengalaman manusia. Justeru untuk memahami sesuatu masyarakat, harus difahami
dahulu bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik, dan ekonomi sesuatu masyarakat.
Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik
berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Ramai berpendapat seni
mempunyai potensi untuk dikembangkan. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang.
Seni banyak membantu dari sudut kerjasama dan kasih sayang, merancang dan
melaksanakan, meningkatkan kemahiran berfikir, berkebolehan dalam mengadaptasi diri
dengan orang lain, mengembangkan bakat, berani mengambil risiko dan membuat
keputusan, meningkatkan harga diri dan keyakinan diri dan sebagainya.
Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara
abstrak dan kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada
hari ini terlalu banyak maklumat. Amat mustahil untuk memperolehi dan menyimpan semua
info atau maklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak. Dengan melihat karya seni
sahaja kadang-kadang akan berasa tenang. Jelas sekali bahawa seni sebagai ekspresi
diri. Proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh dilakukan dalam
seni melalui pembentukan dasar kearah melahirkan masyarakat cinta akan kesenian
bermula seawal pendidikan rendah lagi.
H A L A M A N | 2
PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
2.0 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pendidikan Seni Visual merupakan program pendidikan yang bersistem, terancang dan
prestasinya boleh di ukur bagi memenuhi keperluan individu. Keperluan Individu dicapai
melalui aktiviti seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai proses, teknik
dan media serta pembentukan nilai dan juga moral.
Subjek ini dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah dengan cara
penerapan nilai-nilai murni yang merangsang kreativiti dan sebagainya. Selain itu aktiviti
seni juga, para pelajar boleh mengalami aktiviti dan pengalaman tentang penggunaan
media, alatan, proses dan teknik menghasilkan serta bermacam-macam lagi kaedah.
Pendidikan seni visual merupakan suatu bidang ilmu yang mengandungi pembentukan
kurikulum, objektif, methodologi dan sebagainya.
Konsep pendidikan seni visual ialah dapat memenuhi keperluan pembentukan
sahsiah dengan cara melahirkan perasaan, perluahan emosi, pengzahiran idea dan
memanifestasikan buah fikiran. Selain itu, bidang seni visual juga membenarkan pelajar
mengalami aktiviti dan pengalaman kearah membina keyakinan, menajamkan persepsi,
meningkatkan kreativiti, dan meningkatkan nilai estetika.
3.0 PRINSIP PENDIDIKAN SENI VISUAL
Prinsip utama pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual merangkumi empat
prinsip utama yang dipentingkan iaitu :
Pemerhatian secara aktif
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Apresiasi seni visual secara mudah
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
3.1 Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,
berfokus, dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembang deria
penglihatan, aspek ini juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.
Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman
H A L A M A N | 3
PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
tentang asas seni visual juga turut diperkembang melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid
akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini
adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.
Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi , dan alam
fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
3.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembang aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat
dan bahan, murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek
yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberi peluang kepada murid
belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh
lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang.
3.3 Apresiasi seni visual secara mudah
Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan
seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan
fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari
aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam
pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, dan puisi. Murid
diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.
3.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga
dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran
dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai
patriotisme, nilai kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat
pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan semua pelbagai situasi.
H A L A M A N | 4
PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pendidikan Seni Visual digarapkan supaya memberikan peluang kepada murid menyemai
minat, memperkembang jati diri, memberi kesedaran dan cakna terhadap unsur-unsur
kesenian dan alam sekitar.
Kanak-kanak yang mendiami sistem persekolahan peringkat rendah pada
umumnya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. PSV menjadi suatu wadah dalam
meningkatkan lagi sifat di atas melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.
Kegiatan pemikiran, penerokaan dan merekabentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan
membuatkan mereka dapat meluahkan idea dan ekspresi diri. Ianya penting bagi
membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya
sendiri. PSV di peringkat rendah ini juga menyarankan kepada guru untuk menjalankan
konsep pengabungjalinan diantara PSV dan juga matapelajaran lain seperti sejarah, sains
dan sebagainya. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod
pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat
analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
Kanak-kanak yang lahir secara fitrahnya mempunyai pelbagai kecerdasan seperti
ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk
membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara
seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
4.1 Matlamat PSV Menurut KBSR
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan
insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap
Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa
serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara,
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
H A L A M A N | 5
PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
4.2 Matlamat PSV Menurut KSSR
Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL
Objektif mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis,
kreatif, inovatif dan inventif.Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga komponen
yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada
pengintegrasian perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
5.1 Objektif PSV Menurut KBSR
Pendidikan Seni Visual KBSR secara umumnya berobjektif untuk melahirkan murid yang:
Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan.
Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.
Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.
Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin, disiplin dan bertanggungjawab.
Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan karya seni visual.
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti yang berfaedah di masa
lapang.
H A L A M A N | 6
PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
5.2 Objektif PSV Menurut KSSR
Menurut KSSR pula, Pendidikan Seni Visual KBSR secara umumnya berobjektif untuk
melahirkan murid yang:
Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan.
Menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera.
Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat.
Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab.
Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah.
6.0 KESIMPULAN
Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual amat diperlukan
untuk diaplikasikan kepada murid di sekolah. Menurut Elliot Eisner, seorang tokoh
pendidikan dan beliau adalah seorang yang memperjuangkan pendidikan seni visual
sebagai bentuk disiplin yang perlu ditekankan disekolah. Semasa beliau mengajar di
Universiti Stanford dan beliau telah mencetuskan model DBAE sebagai kerangka
kurikulum pendidikan seni. Beliau telah membentangkan rasional kepentingan pengajaran
seni dikalangan pelajar :
1. Seni dapat menyempurnakan pelajar terhadap penumpuan dan pemerhatian dengan
teliti terhadap sesuatu yang dilihat.
2. Seni dapat membangunkan pelbagai bentuk literasi yang memberikan asas kepada
pelajar untuk akses makna " budaya".
3. Seni menyediakan kanak-kanak dengan peluang-peluang untuk menggunakan
imaginasi mereka untuk mencipta penyelesaian pelbagai masalah, dan bergantung
kepada pertimbangan mereka sendiri untuk menentukan apabila sesuatu masalah itu
diselesaikan.
H A L A M A N | 7
PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
Dalam jawapan kepada soalan yang ditimbulkan dalam artikelnya 1987 pada DBAE,
"Adakah pendidikan seni sebagai hiasan di sekolah-sekolah?" Eisner maklum balas,
“Art is only ornamental if meaningful access to some of our most significant
cultural achievements is a marginal educational aim. It is only ornamental if
the kinds of mental skills fostered by work in the arts are tangential to the
kinds of problems both children and adults encounter outside school. The
arts represent a form of thinking and a way of knowing. Their presence in
our schools is as basic as anything could be.”
H A L A M A N | 8
PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
BIBLIOGRAFI
Buku/Dokumen
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Diakses pada 23
Februari 2013 dari URL http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/seni/kbsr/
sp_pseni_kbsr.pdf
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Seni
Visual KSSR. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Diakses pada 23 Februari 2013
dari URL http://www.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/14%20Dunia%20Kesenian
/04%20DSK-Seni%20Visual%20Tahun%201.pdf
Laman Web
Angel Simon. Konsep Pendidikan Seni Visual. Diakses pada 9 Mac 2013 dari URL
http://blogsenivisual.blogspot.com/p/tokoh-seni-visual-di-malaysia.html
Dudi. (20 Disember 2011). Pengalaman Pendidikan Seni Membantu Meningkat Kreativiti
Dalam Kehidupan Sosial Masyarakat. Diakses pada 23 Februari 2013 dari URL
http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat-kreativiti-
dalam-kehidupan-sosial-masyarakat/
Isza. (2010). Pendidikan Seni Visual - Kolaj. Diakses pada 23 Februari 2013 dari URL
http://chekguisza.blogspot.com/2010/01 /pendidikan-seni-visual-kolaj.html
Konsep Pendidikan Seni Visual. Diakses pada 9 Mac 2013 dari URL
http://oumnote.blogspot.com/2011/12/topik-1-budaya-dan-masyarakat.html
Konsep Pendidikan Seni Visual. Diakses pada 9 Mac 2013 dari URL
http://zihanthesensei.blogspot.com/2010/08/psv-p1-konsep-pendidikan-seni-
visual.html
Matlamat & Objektif Pendidikan Seni. Diakses pada 9 Februari 2013 dari URL
http://psvisual.wordpress.com/2010/03/28
Shelly Esaak. (2010). Matlamat dan Objektif KBSR dan KSSR. Diakses pada 23 Februari
2013 dari URL http://arthistory.about.com /cs/reference/f/what_is_art.htm/matlamat-
objektif/
H A L A M A N | 9
PSV 3107 – PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
Akhbar
Hafizah Iszzahanid. (24 Ogos 2012). Pengertian Seni. Diakses pada 23 Februari 2013 dari
URL http://www.bharian.com.my/bharian /articles/ PolemikseniIslam/Article/
Ummi Nadiah Rosli. (9 Disember 2009). Meniti Seni Kolaj. Diakses pada 1 Mac 2013 dari
URL http://www.bernama.com.my /bernama/v3/bm/news_lite.php?id=461019
Zaman. (24 Ogos 2012). Seni Mampu Mencerna Jiwa Naluri Tawaduk. Diakses pada 2
Mac 2013 dari URL http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Senimampu
mencernajiwa_naluritawaduk/Article/artikel