UNIT 9 TINGKAH LAKU PROSOSIAL KERJA edit...
Transcript of UNIT 9 TINGKAH LAKU PROSOSIAL KERJA edit...
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 9 24
UNIT 9
Kandungan: Topik 1: Pengenalan Topik 2: Konsep tingkah laku prososial Topik 3: Pendekatan teoritikal Topik 4: Campurtangan2ystander dalam situasi memerlukan pertolongan Topik 5: Ciri individu yang bertingkah laku prososial Topik 6: Faktor situasi Topik 7: Ciri individu yang memerlukan pertolongan Topik 8: Individu yang memerlukan pertolongan Topik 9: Penutup
Fokus unit ini kepada tingkah laku menolong. Mengapa terdapat manusia yang memberikan pertolongan kepada orang lain, sehingga kadang kala sanggup berkorban; sementara pada pihak lain terdapat manusia yang tidak meberikan bantuan walaupun kepada saudaranya sendiri yang sangat memerlukan pertolomgan? Jawapan kepada persoalan ini tentunya mengambil kira tentang siapa manusia tersebut, keadaan atau situasi bagaimana pertolongan diperlukan, ciri-‐ciri manusia (mangsa) yang memerlukan pertolongan, dan juga siapa dan tindakan mereka yang berada pada ketika peristiwa memerlukan pertolongan itu berlaku.
TINGKAH LAKU PROSOSIAL
Objektif unit: Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat: 1. Mendefinisikan tingkah laku prososial dan membezakan antara pertolongan
hedonistik dengan pertolongan altruistik. 2. Meringkaskan teori-‐teori yang berkaitaan dengan laku prososial 3. Menghuraikan model Latane dan Darley berkaitan dengan tingkah laku
prososial 4. Membincangkan ciri-‐ciri mereka yang memberi dan menerima pertolongan
Topik 1: Pengenalan
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 9 25
Tingkah laku prososial merujuk kepada tindakan menolong, memberi dan mengambil berat yang dilakukan oleh seseorang. Menolong orang yang sedang diancam, memberi hadiah kepada teman, dan membantu kawan dalam menyelesaikan masalah pelajaran, tingkah laku kesukarelawanan, kebajikan dan kerjasama merupakan beberapa contoh tingkah laku prososial. Ia biasanya merujuk kepada tingkah laku yang memberi faedah kepada orang lain atau yang mempunyai konsekuen positif. Tingkah laku ini dapat dibezakan dengan tingkah laku antisosial, iaitu tingkah laku yang membawa kesan negatif kepada orang lain. Namun demikian, definisi ini perlu dihalusi. Definisi ini lebih menekankan kepada kesan daripada tingkah laku itu, iaitu memberikan konsekuean positif pada orang lain. Bagaimana pula terdapat seseorang yang secara ikhlas cuba membantu orang lain (contoh, merawat orang cedera), tetapi bantuan / perbuatan ini membawa kesan negatif pada orang tersebut (semakin mencederakan orang berkenaan). Begitu juga ada orang cuba membantu orang lain, tetapi bantuan itu sebenarnya adalah dalam bentuk merasuah orang berkenaan. Dengan demikian, definisi tingkah laku prososial bukan sahaja melibatkan kesan positif pada orang yang dibantu, tetapi juga niat untuk membantu tersebut. Dengan demikian dua konsep perlu diteliti, altruisme dan hedonisme. Altruisme merupakan tingkah tingkah laku prososial yang mempeduli atau mengambil berat kebajikan orang lain tanpa mengharapkan apa-‐apa ganjaran dan balasan daripada tindakan itu. Tingkah laku menolong ini adalah secara ikhlas dengan tidak terfikir untuk memperoleh faedah daripadanya. Sementara hedonisme pula merujuk kepada tingkah laku menolong orang lain dengan harapan memperolehi keuntungan dan ganjaran daripada pertolongan tersebut
Mengapakah manusia bertingkah prososial? Beberapa teori cuba memerangkannya. a. Perspektif Sosiobiologi -‐ Mengikut perspektif sosiobiologi, tingkah laku prososial adalah
diwarisikan melalui proses genetik, khususnya dalam kalangan haiwan. Tujuannya untuk kelangsungan spesis haiwan tersebut. Misalnya, sesetengah haiwan (serangga kerengga atau lebah, misalnya) sanggup mengorbankan diri, berjuang demi melindungi sarangnya yang diserang.
b. Perspektif Pembelajaran Sosial -‐ Mengikut perspektif pembelajaran sosial, tingkah laku
prososial adalah dipelajari (bukan diwarisi melalui genetik) melalui proses pembelajaran. Dengan demikian, teori-‐teori pembelajaran seperti pelaziman kelasik, pelaziman operan dan pemodelan diguna untuk menerangkannya. Contohnya, kanak-‐kanak memperolehi
Topik 2 : Konsep Tingkah Laku Prososial
Topik 3 : Pendekatan Teoretikal
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 9 26
tingkah laku prososial dengan cara belajar secara mengaitkan dengan perkara lain (contoh, mengaitkan dengan wira tertentu) (pelaziman kelasik); menerima ganjaran akibat bertingkah laku prososial Atau dihukum kerana tidak bertingkah laku prososial (pelaziman operan); dan meniru model-‐model yang bertingkah laku prososial (pemodelan).
c. Perspektif Norma Sosial -‐ Perspektif ini menekankan bahawa tingkah laku prososial merupakan salah satu norma (peraturan hidup) dalam masyarakat, yang diamalkan oleh ahli masyarakat. Manusia bertingkah laku prososial adalah untuk diterima oleh masyarakat. Tingkah laku prososial adalah diatur oleh beberapa jenis norma:
i. Norma ketimbalbalikan (Resiprositi) – Norma ini menyatakan bahawa manusia
bertingkah laku prososial kerana untuk mendapat balasan daripada orang lain, atau kerana cuba membalas pertolongan orang lain. Ini ada kaitan dengan prinsip pertukaran dalam masyarakat. Pertukaran ekonomi merupakan bentuk pertukaran yang telah ditetap terlebih dahulu apa yang ingin ditukarkan (misalnya kita nyatakan, hari ini saya tolong awak, lain kali awak mesti tolong saya). Pertukaran sosial pula, tidak ditetapkan sama ada perlu membalas balik pertolongan yang diterima, tetapi orang yang menerima pertolongan ini mempunyai (terasa) tanggung jawab untuk membalas balik.
ii. Norma tanggungjawab sosial – Norma ini menyatakan bahawa terdapat orang tertentu lebih bertanggung jawab untuk memberikan bantuan berbanding dengan orang lain. Misalnya, orang kaya, wakil rakyat, orang pandai lebih diberikan tanggung jawab sosial untuk membantu mereka yang lemah. Namun ianya bergantung kepada keadaan. Adakah orang yang lemah itu perlu diberikan pertolongan sekiranya kelemahan ini memang atas sebab “dicari sendiri”, atau kerana malas berusaha menyelesaikan masalah sendiri?
iii. Norma kesamaan dan keadilan dalam pengagihan – Norma ini berkaitan dengan cara memberikan atau mengagihkan bantuan, sama ada secara sama atau secara adil. Dalam keadaan tertentu bantuan perlu diberikan secara sama rata, berdasarkan sumbangan yang sama; namun dalam keadaan tertentu mungkin diberikan secara adil, mengikut tempatnya (pemain utama dapat ganjaran lebih berbanding pemain simpanan; pemberian wang daripada abang secara berbeza jumlahnya berdasarkan umur adik-‐adiknya).
iv. Norma sosial dan norma peribadi – Kadang kala terdapat pecanggahan antara norma sosial dengan norma peribadi dalam memberikan bantuan. Contohnya, norma peribadi kita menyatakan kita perlu membantu seorang isteri yang didera oleh suaminya; namun mungkin terdapat norma sosial yang menyatakan bahawa jangan jaga tepi kain orang. Begitu juga, norma peribadi menyatakan kita harus menerima lebih ganjaran / hadiah sebab ianya hasil usaha kita, namun norma sosial menyatakan kita haruskan bahagikan ganjaran secara sama rata.
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 9 27
Bystander adalah merujuk kepada orang yang berada di tempat kejadian. Sekiranya anda berada di tempat kejadian di mana seseorang itu mengalami kemalangan, adakah anda akan memerikan pertolongan? Apakah faktor yang mendorong bystander memberikan pertolongan?
Sebelum memberikan pertolongan atau tidak seseorang itu akan melalui proses kognitif yang akhirnya sama ada memberikan pertolongan atau tidak. Model Kognitif Latane dan Darley, melalui hasil kajian mereka telah mencadangkan bahawa manusia adalah melalui proses pemikiran. Model ini dianggap sebagai model kognitif kerana sebelum seseorang itu bertindak sama ada untuk menolong atau pun tidak beliau akan cuba mentafsir dirinya, situasi dan juga mereka yang memerlukan pertolongan. Latane dan Darley (1970) mencadangkan proses lima-‐peringkat yang melibatkan tafsiran pada peristiwa dan keputusan untuk bertindak. Pada setiap peringkat, sekira jawapannya "tidak" maka proses tersebut akan terbantut dan tiada pertolongan diberikan. Jika jawapannya adalah "ya" maka terdapat penerusan ke peringkat selanjutnya sehingga tindakan prososial akhirnya diambil. i. Peringkat pertama: Menyedari peristiwa – sama ada bystander menyedari peristiwa
yang memerlukan pertolongan. Jika jawapannya “Ya”, beliau akan ke peringkat kedua; jika “Tidak” proses akan terhenti.
ii. Peringkat kedua: Mentafsir peristiwa sebagai kecemasan – mentafsirkan bahawa peristiwa tersebut merupakan perisitwa kecemasan yang memerlukan pertolongan. Jika jawapannya “Ya” maka akan terus ke peringkat ke tiga; jika “Tidak” proses terhenti.
iii. Peringkat ketiga -‐ mempunyai tanggungawab menolong – setelah menyedari, maka adakah individu itu mempunyai tanggungjawab untuk menolong. Jika “Ya” maka akan ke peringkat keempat; jika “Tidak” proses akan terhenti. Perasaan tanggung jawab dipengaruhi oleh bilangan orang yang menyaksikan peristiwa; sama ada orang-‐orang lain yang hadir dipersepsi lebih berkecekapan untuk memberikan pertolongan tertentu; dan sama ada tanggungjawab untuk menolong telah diserahkan kepadanya secara jelas kepadanya.
iv. Peringkat keempat – mengetahui cara untuk menolong – setelah mempunyai tanggung jawab untuk menolong maka proses seterusnya ialah sama individu itu tahu cara untuk menolong. Jika jawapannya “Ya” maka akan terus ke peringkat ke lima; jika jawapannya “Tidak” proses akan terhenti.
v. Peringkat kelima memutuskan untuk menolong – setelah mengetahui bagaimana cara untuk menolong, maka akhirnya individu itu membuat keputusan untuk menolong. Namun keputusan untuk menolong ini masih dipengaruhi oleh beberapa
Topik 4: Campurtangan Bystander dalam Situasi Memerlukan Pertolongan
Sub topik 4.1: Model Kognitif Latane dan Darley
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 9 28
faktor, misalnya kos dalam memberi dan tidak memberi pertolongan.
Model kedua ini dibentuk oleh Piliavin, Gaertner, dan Clark (1981). la merupakan perkembangan daripada model Latane dan Darley. Tambahan utama yang dilakukan oleh Piliavin dan rakan-‐rakan ke dalam model mereka ialah bangkitan bystander semasa terjadinya sesuatu kecemasan. Mereka mendakwa bahawa terdapat emosi yang tinggi dan juga komponen kognitif semasa seseorang itu terlibat dalam tingkah laku prososial ketika dalam kecemasan. Dalam model ini dikatakan bahawa bangkitan emosi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku prososial. Namun demikian, bangkitan emosi tersebut (seperti rasa kesian, sedih dan seumpamanya) dipengaruhi oleh keadaan situasi peristiwa itu berlaku, ciri-‐ciri mangsa, dan juga ciri-‐ciri diri bystander itu sendiri. Kita mungkin akan berasa sedih, resah dan seumpamanya apabila melihat seorang kanak-‐kanak terbaring dilanggar motosikal, lebih-‐lebih lagi ketika itu tiada orang lain yang menolong kanak-‐kanak tersebut.
Terdapat individu memberikan pertolongan walaupun membahayakan dirinya; dan ada yang tidak berbuat sedemikian walaupun untuk keselamatan ahli keluarganya terdekat. Apakah ciri individu yang cenderung bertingkah laku prososial? a. Faktor personaliti pemberi pertolongan -‐ Siapa individu itu dari segi personalitinya
adalah mempengaruhi sama ada beliau mempunyai kecenderungan untuk memberikan pertolongan. Misalnya, individu yang mempunyai keperluan penerimaan sosial yang tinggi mempunyai kencenderungan untk memberikan bantuan. Begitu juga mereka yang mempunyai sifat sebagai pengasuh. Mereka yang punyai latihan polis, perubatan dan cara menyelamatkan nyawa juga lebih cenderung. Kajian menunjukkan individu yang cenderung memberikan pertolongan adalah berempat,i mempercayai kepada dunia ayang adil, bertanggung jawab sosial, berlokus kawalan dalam, dan beregosentrisme yang rendah,
b. Mood dan Tingkah Laku Prososial -‐ Mood dan juga emosi sesaorang boleh
mempengaruhinya sama ada untuk memberikan pertolongan atau tidak. • Berasa gembira. Biasanya mereka yang berasa gembira cenderung untuk bertingkah
laku prososial. Dengan demikian dengan menanamkan mood gembira boleh menambahkan lagi kecenderungan seseorang untuk bertingkah laku prososial. Tetapi, ada yang tidak memberikan pertolongan kerana takut dengan memberikan
Topik 5: Ciri Individu Yang Bertingkah Laku Prososial
Sub topik 4.2: Model Kebangkitan Emosi dan Kos Yang Ditanggapi
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 9 29
pertolongan akan merosakkan perasaan gembiranya itu. • Berasa tidak gembira. Kita juga boleh mengandaikan bahawa seseorang mungkin
kurang cenderung memberikan pertolongan kepada orang lain apabila beliau berasa tidak gembira (misalnya berasa sedih, susah hati atau marah). Namun, ada orang bertingkah laku prososial dengan tujuan untuk menghilangkan perasaan tidak gembira yang dialaminya.
c. Simpati dan Empati -‐ Simpati adalah perasaan sedh yang ditunjukkan oleh seseorang
kepada orang lain (mangsa), bertujuan untuk meringankan kesedihan yang dirasai oleh orang lain. Empati pula merupakan satu bentuk pengalaman yang perasaan orang lain dirasakan sebagai perasaannya sendiri. Empati boleh menjadi asas kepada simpati. Dan individu yang mudah bersimpati dan berempati adalah cenderung untuk bertingkah laku prososial.
d. Perasaan Bersalah -‐ Dalam beberapa kajian, individu yang berasa bersalah kadang kala
bertingkah laku prososial dengan tujuan untuk mengurangkan / menghapuskan perasaan tersebut.
Sebagaimana yang telah dijelaskan faktor situasi penting dalam menentukan sama ada seseorang itu akan memberikan pertolongan atau pun tidak. Perbincangan seterusnya ialah faktor-‐faktor situasi yang termasuk kehadiran orang lain ketika berlaku kecemasan, kondisi persekitaran dan tekanan masa. a. Kehadiran Orang Lain -‐ Ada individu hanya akan memberikan pertolongan apabila
terdapat orang lain yang hadir sama; namun ada pula yang kurang cenderung menolong apabila terdapat orang lain yang hadir sama. Latane dan Darley (1970) menamakan ini sebagai kesan bystander. Kesan bystander dapat diterangkan seperti di bawah ini. i. Penyebaran tanggungjawab -‐ Sekiranya seorang sahaja hadir ketika sesuatu
pertolongan itu diperlukan, maka keseluruhan tanggungjawab itu jatuh ke tangannya; dan jika orang lain hadir sama maka tanggungjawab itu juga jatuh ke tangan orang lain. Dengan demikian, tanggungjawab untuk menolong yang ada pada dirinya berkurangan.
ii. Kesamaran dalam pentafsiran ke atas situasi. – peristiwa yang memerlukan pertolongan kadangkala jelas dan kadang tidak. Dengan demikian pemberi pertolongan yang berpotensi akan melihat tingkah laku orang yang hadir ketika itu sama ada memberi pertolongan atau tidak. Tingkah laku orang lain itu boleh mempengaruhi tingkah lakunya sama ada memberi pertolongan, atau sebaliknya.
iii. Kebimbangan penilaian – kadang kala individu itu memberikan pertolongan atau
tidak kerana merasa bimbang dari segi: pertama, sekiranya tidak memberikan pertolongan akan dipandang serong (penolakan sosial) oleh orang lain; kedua,
Topik 6 : Faktor Situasi
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 9 30
tidak memberikan pertolongan kerana bimbang pertolongan yang akan diberikan tidak betulatau ditolak,
b. Kondisi Persekitaran -‐ Banyak kajian menunjukkan bahawa keadaan persekitaran,
seperti cuaca bermatahari atau hujan, sejuk atau panas, cerah atau gelap, kebisingan dan di desa atau di bandar, sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah laku prososial.
c. Tekanan Masa -‐ Dalam keadaan tertentu manusia mungkin dalam keadaan tergesa-‐gesa
sehingga mereka berasa tidak mempunyai masa untuk menolong. Mansia adalah makhluk ekonomi yang mempertimbangkan kos dan keuntungan dalam memberikan pertolongan.
Sesuatu pertolongan yang diberikan juga bergantung kepada mangsa yang memerlukan pertolongan itu. Berdasarkan hakikat ini, siapa orang yang akan kita tolong biasanya bergantung kepada sama ada kita suka atau benci kepada orang tersebut, dan sejauh mana orang tersebut layak menerima pertolongan. a. Daya tarikan -‐ Biasanya manusia lebih cenderung memberikan pertolongan kepada
mangsa yang dipersepsi sebagai menarik berbanding sekiranya mangsa kelihatan tidak menarik. Kajian menunjukkan, seseorang itu akan cenderung menolong mangsa, apabila mendapati si-‐mangsa sama kaum, seagama, sekursus, senegari dan seumpamanya dengannya. Manusia biasanya berasa lebih bertanggungjawab moral untuk membantu mereka yang mempunyai persamaan dengannya (ada daya tarikan).
b. Atribusi sosial -‐ Sebelum individu memberikan pertolongan kepada mangsa biasanya beliau akan melakukan atribusi sosial, iaitu menentukan sebab tingkah aku (sebab berlakunya kemalangan, misanya). Sekiranya sebab kemalangan itu adalah kerana faktor dalaman (berasal dari mangsa itu sendiri) maka kecenderungan untuk menolong adalah rendah; sebaliknya jika sebab tingkah laku itu berasal daripada faktor luaran (diluar kawalan mangsa) maka kecenderungan untuk membantu adalah tinggi. (Lihat teori atribusi sosial).
Topik 7 : Ciri Individu Yang Memerlukan Pertolongan
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 9 31
Tidak semua manusia ingin mendapatkan pertolongan dalam menyelesaikan masalah dan kesakitan yang dihadapi. Dengan demikian perlu juga disentuh siapakah individu yang yang kedududkannya sebagai peneerima pertolongan. a. Mendapatkan Pertolongan -‐ Manusia yang memerlukan pertolongan memilih siapa
orang yang ingin diminta peertolongan. Dari segi faktor daya tarikan fizikal, hasil kajian menunjukkan lelaki cenderung untuk meminta pertolongan daripada wanita yang kurang menarik kerana tidak mahu merendahkan harga kendirinya. Manusia cenerungan memina bantuan kepada orang lain ketika orang lain itu bersendirian (tidak bersama dengan orang lain) kerana adanya perasaan malu.
b. Reaksi Terhadap Pertolongan yang Diberikan -‐ Reaksi seseorang terhadap pertolongan
yang telah diterima bergantung pada implikasi-‐implikasi sosial dan psikologikal akibat menerima pertolongan tersebut. Orang miskin mungkin tidak mahu menerima pertolongan daripada orang kaya kerana tidak mahu mengiktiraf kewujudan jarak sosial antara mereka. Begitu juga, manusia tidak mahu menerima bantuan sekirnaya beliau merasa tidak mampu membayar balik bantuan (lihat teori pertukaran sosial). Sementara itu manusia tidak mahu menerima bantuan kerana tidak mahu kebebasannya menjadi terbatas (terikat kepada pemberi bantuan). Terdapat juga mereka yang tidak mahu menerima bantuan kerana boleh menjatuhkan harga kendiri (maruah).
Tingkah laku prososial merupakan tindakan untuk menolong orang lain sama ada secara ikhlas dan jujur (altruisme) atau untuk mendapatkan ganjaran (hedonisme). Sama ada sesuatu pertolongn diberikan atau tidak adalah bergantung kepada banyak faktor. Faktor-‐faktor tersebut adalah datangnya dari mereka yang berpotensi memberikn pertolongan, persekitaran, dan juga diri orang memerlukan pertolongan. Sementara itu, untuk memastikan manusia mampu memberikan pertolongan maka mereka sewajarnya mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kemampuan memberikan pertolongan. Dengan demikian kanak-‐kanak seharusnya diajarkan dengan pengetahuaan dan kemahiran sedemikian.
Topik 9: Penutup
Topik 8 : Individu Yang Memerlukan Pertolongan
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 9 32
1. Definisikan konsep tingkah laku prososial dan bezakan antara pertolongan altruisik dengan pertolongan hedonistik.
2. Huraikan kekuatan dan kelemahan penerangan genetik dalam tingkah laku prososial
3. Huraikan teori pembelajaran sosial dalam tingah laku prososial.
4. Jelaskan ciriciri utama model campurtangan bystander, dan jelaskan hubungan antara model ini dengan konsep penyebaran tanggungjawab.
5. Jelaskan bagaimana kesamaan, gender, dan norma keadilan mempengaruhi siapa yang akan menerima pertolongan.
6. Jelaskan apakan pendekatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan tongkah laku prososial.