Penulisan ilmiah web 2.0

50
1.0 PENDIDIKAN 1.1 Pendidikan Abad ke-21 Pendidikan abad ke 21 merupakan pendidikan yang berteraskan kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Ia diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi seiring dengan perkembangan negara yang semakin pesat membangun. Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah negara.Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi, politik, budaya dan sosial. Pendidikan yang berterusan sepanjang hayat haruslah berasakan empat tonggak iaitu ‘learning to know’ (belajar untuk tahu), ‘learning to do’ (belajar untuk buat), ‘learning to live together’ (belajar untuk hidup bersama) dan ‘learning to be’ (belajar untuk menjadi). Menurut Hasan (2003), pendidikan dapat dihuraikan menerusi dua sudut pandangan. Sudut pandangan yang pertama adalah berkaitan dengan masyarakat. Masyarakat memandang pendidikan sebagai suatu proses pewarisan atau penyaluran kebudayaan yang mengandungi nilai- nilai budaya oleh generasi tua kepada generasi muda secara berterusan supaya kelangsungan hidup sesebuah masyarakat dapat berlaku. Sudut pandangan yang kedua pula adalah menjurus kepada individu iaitu pendidikan merupakan proses membangun dan menggilap potensi-potensi yang sememangnya ada dalam diri manusia sehingga potensi-potensi tersebut dapat mewujudkan kemampuan tertentu bagi menjamin kehidupan manusia yang seimbang dan normal. Setiap negara menginginkan untuk menjadi negara yang berpendidikan bertaraf dunia.Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat pendidikan negara, khususnya dari 1

Transcript of Penulisan ilmiah web 2.0

Page 1: Penulisan ilmiah web 2.0

1.0 PENDIDIKAN

1.1 Pendidikan Abad ke-21

Pendidikan abad ke 21 merupakan pendidikan yang berteraskan kepada

teknologi maklumat dan komunikasi. Ia diperlukan untuk memenuhi keperluan

masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh

pembangunan teknologi seiring dengan perkembangan negara yang semakin

pesat membangun.

Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah

negara.Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih

baik dari segi peningkatan ekonomi, politik, budaya dan sosial. Pendidikan yang

berterusan sepanjang hayat haruslah berasakan empat tonggak iaitu ‘learning

to know’ (belajar untuk tahu), ‘learning to do’ (belajar untuk buat), ‘learning to

live together’ (belajar untuk hidup bersama) dan ‘learning to be’ (belajar untuk

menjadi).

Menurut Hasan (2003), pendidikan dapat dihuraikan menerusi dua sudut

pandangan. Sudut pandangan yang pertama adalah berkaitan dengan

masyarakat. Masyarakat memandang pendidikan sebagai suatu proses

pewarisan atau penyaluran kebudayaan yang mengandungi nilai-nilai budaya

oleh generasi tua kepada generasi muda secara berterusan supaya

kelangsungan hidup sesebuah masyarakat dapat berlaku. Sudut pandangan

yang kedua pula adalah menjurus kepada individu iaitu pendidikan merupakan

proses membangun dan menggilap potensi-potensi yang sememangnya ada

dalam diri manusia sehingga potensi-potensi tersebut dapat mewujudkan

kemampuan tertentu bagi menjamin kehidupan manusia yang seimbang dan

normal.

Setiap negara menginginkan untuk menjadi negara yang berpendidikan

bertaraf dunia.Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan

kemajuan pesat pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti,

standard dan kecemerlangan yang diakui dan diterima di peringkat

antarabangsa atau dunia. Jika dilihat dari perspektif yang luas, pendidikan

bertaraf dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang bagi negara

Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori

perubahan dan kemajuan dinamik iaitu pembangunan tenaga manusia,

kepesatan pertumbuhan ekonomi, pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial,

1

Page 2: Penulisan ilmiah web 2.0

pemodenan dan reformasi sosial masyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan

intelektual serta pembangunan teknologi dan sains.

Sektor industri pendidikan di negara Malaysia sedang berubah secara

dinamik dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan

menjelang abad ke-21. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat

kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa

pada abad ke-21 ini nanti memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan

imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperoleh status ‘World

Class Education’.

Pada peringkat dunia, Finland memegang status negara yang

menyediakan sistem pendidikan terbaik dunia. Pada peringkat Asia tenggara

pula, Malaysia berada di tangga ke-2 selepas Singapura .Forum Ekonomi Dunia

telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap

persaingan yang lebih baik daripada 142 buah negara di seluruh dunia.

Berdasarkan laporan terbaru, Malaysia menduduki tangga ke-21 berbanding

tahun 2010 yang berada pada kedudukan ke-26. Penekanan yang lebih meluas

dalam pembangunan sektor pendidikan misalnya turut menjadikan Malaysia

berada di kedudukan ke-14 secara keseluruhannya Menurut laporan tersebut,

tahap persaingan global pada tahun 2011/2012 berada pada keadaan yang lebih

baik kerana kesungguhan Malaysia untuk memperbaiki kedudukannya selaras

dengan perubahan-perubahan yang diperlukan bagi membolehkan mencapai

tahap negara maju pada tahun 2020 seterusnya keluar daripada situasi ekonomi

yang berpendapatan sederhana kepada ekonomi negara yang berpendapatan

tinggi.

Dari segi kualiti pendidikan aras rendah, Malaysia berada di tangga ke-21.

Kedudukan tersebut membuktikan Malaysia lebih maju sedikit daripada negara

Brunei Darussalam, Amerika Syarikat, Filipina dan Thailand. Pencapaian tersebut

sebenarnya telah mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk membantu setiap

rakyat menerima pendidikan berkualiti dan tidak disisihkan daripada sistem

persekolahan kerana Malaysia yakin, menerusi pembangunan modal insan akan

dapat melonjakkan pencapaian sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

Ukuran-ukuran yang dibuat itulah telah berjaya melonjakkan kedudukan

Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang mengalami transformasi

pendidikan yang berkesan dan mampu bersaing di peringkat global.Bagi

2

Page 3: Penulisan ilmiah web 2.0

meneruskan usaha menambah baik kedudukan daya saing di peringkat global,

terutamanya dalam pendidikan rendah dan menengah, Malaysia sentiasa

membuka ruang kepada semua pihak untuk membantu memperkenalkan

pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan.Ini adalah sesuatu yang amat

penting kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan amat bergantung

kepada perubahan persekitaran. Dalam usaha memahami aspirasi semua rakyat,

Kementerian Pelajaran Malaysia akan memulakan siri dialog pendidikan di

seluruh negara bermula April 2012, dengan menghimpunkan pelbagai pihak, dari

professional, warga pendidik, pemimpin masyarakat dan ibu bapa berganding

bahu menyumbangkan idea bagi membentuk sebuah blueprint pendidikan yang

bakal mencorakkan arah tuju sistem pendidikan pada masa hadapan.

Jadual 1:Kedudukan kualiti pendidikan bagi negara-negara seluruh dunia yang

dikaji.

3

Page 4: Penulisan ilmiah web 2.0

4

Page 5: Penulisan ilmiah web 2.0

5

Page 6: Penulisan ilmiah web 2.0

1.2 Guru Abad ke-21

Menurut kamus dewan, guru merupakan tenaga pengajar, pendidik dan

pengasuh.Guru juga boleh dianggap sebagai pengurus kepada kelas yang

diajarnya. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator, mentor dan kaunselor

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Menjelang abad ke-21, guru

memainkan peranan yang lebih berat dengan bebanan tugas yang semakin

bertambah. Guru abad ke-21 merupakan guru yang mempunyai ciri-ciri seperti

kaya dengan maklumat terutama dalam sains dan teknologi, mempunyai

kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif, mampu menerapkan nilai-nilai

murni dalam diri pelajar serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran industri.

Peranan guru sama ada di peringkat global mahupun peringkat Asia

tenggara adalah sama terutama dalam menempuh abad ke-21. Para pendidik

seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk

melengkapkan diri berketerampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi

serta bersedia mengusai dan menggunakan teknologi maklumat untuk pelbagai

bidang dan menjalani urusan harian.Selain itu, kemahiran berfikir dan pemikiran

konstruktif juga perlu dimiliki oleh guru abad ke-21.Para pelajar hendaklah

dididik menggunakan daya pemikiran yang tinggi untuk menghadapi era

globalisasi.Ia juga perlu terarah kepada pandangan yang jauh dan luar biasa

yang mampu menjana pemikiran para pelajar untuk berfikir.

Guru abad ke-21 juga berperanan untuk menerapkan nilai-nilai murni

dalam diri pelajar. Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, tatasusila

insan serta hubungan sesama manusia, alam dan Tuhan.Elemen ini sangat

penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan

keharmonian negara.Dalam hal ini, guru boleh bertindak sebagai ‘role model’.Di

samping itu, guru abad ke-21 juga perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran

industri.Ia penting untuk melahirkan generasi atau pelajar untuk pasaran tenaga

kerja industri. Usaha ini adalah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber

manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh

dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian.

Dalam menempuh abad ke-21, guru berdepan dengan pelbagai cabaran.

Antara cabaran yang akan ditempuhi oleh guru adalah cabaran di dalam bilik

darjah. Para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan seperti kemudahan ICT

untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Ini mungkin

6

Page 7: Penulisan ilmiah web 2.0

menimbulkan kesulitan bagi guru-guru yang tidak mahir menggunakan

kemudahan ICT. Dari segi penilaian pelajar pula , penilaian kemajuan berasaskan

sekolah (PKBS), penilaian hasil pembelajaran, pelaksanaan penanda aras dan

ujian secara atas talian akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam

abad ke-21 (Gruber et. al., 1999). Cabaran lain yang perlu ditempuhi oleh guru

abad ke-21 adalah masalah sosial pelajar yang perlu ditangani ke arah

membentuk masyarakat madani. Masalah sosial yang semakin berleluasa kini

menyebabkan guru harus memainkan peranan yang lebih dalam memastikan

masalah sosial pelajar berkurangan.

Cabaran seterusnya yang perlu dihadapi oleh guru abad ke-21 adalah misi

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan

bertaraf dunia.Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke

semasa dan perubahan seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan

semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian yang

diwarwarkan menjadi kenyataan.Contohnya, pengenalan mata pelajaran

vokasional (MPV).

1.3 Pelajar Abad ke 21

Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan

setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam

kehidupan. Sejarah sistem pendidikan Malaysia, seperti negara lain di dunia,

memberi penekanan terhadap pembangunan kandungan pengetahuan yang

kukuh menerusi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa. Walau

bagaimanapun, dari segi pengiktirafan di peringkat global, kemahiran murid

adalah tidak mencukupi sekadar menguasai 3M (membaca, menulis dan

mengira) sahaja apabila mereka meninggalkan persekolahan. Tumpuan bukan

hanya kepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan, tetapi juga

pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi. Lebih-lebih lagi dalam dunia

globalisasi menuju abad ke 21.

Pelajar abad ke 21 adalah pelajar yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai

ciri-ciri seperti yakin berkomunikasi, bersifat ingin tahu, berkemahiran kritis,

7

Page 8: Penulisan ilmiah web 2.0

berani mencuba dan bijak menyoal memandangkan kepesatan teknologi yang

semakin pesat membangun.Pelajar abad ke 21 seharusnya lebih profesional dan

amat memahami tugas mereka sebagai pelajar.Kaedah pembelajaran tidak lagi

tertumpu pada guru sebagai punca maklumat utama.Sebaliknya, mereka mesti

mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah

mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah sekolah masih bergelut

dengan persoalan asas pembelajaran iaitu kemampuan asas pelajar untuk

membaca, menulis, dan mengira (3M) masih pada peringkat yang

mendukacitakan terutama di kawasan pedalaman. Namun masalah ini

cubadiatasi oleh pihak kementerian dengan mengambil pelbagai langkah supaya

ekuiti atau kesamarataan boleh dikecapi oleh semua pelajar.

Prestasi murid Malaysia telah meningkat sejak beberapa dekad yang lalu, namun

pencapaian yang membanggakan itu menghendaki risiko, dari segi relatif dan

mutlak. Hal ini disebabkan sistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan

prestasi murid dengan lebih cepat dan mampu mengekalkan momentum

tersebut secara berterusan. Jurang pencapaian antara sistem pendidikan

Malaysia dan negara lain semakin melebar. Keduanya, pentaksiran antarabangsa

menunjukkan prestasi murid Malaysia semakin merosot dari segi mutlak.

Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa murid seperti

Programme for International Students Assessment (PISA) dan Trends in

International Mathematics and Science Study (TIMSS), telah muncul sebagai

kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan daripada

pelbagai sistem pendidikan. Pentaksiran ini mengambil kira pelbagai kemahiran

kognitif seperti aplikasi dan penaakulan.

Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS buat pertama kalinya pada

tahun 1999, skor purata murid mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik

dan Sains.Penyertaan dalam pusingan yang terkini pada tahun 2007

menunjukkan prestasi murid Malaysia telah menurun bawahpurata antarabangsa

bagi mata pelajaran Matematik dan Sains, disusuli penurunan dari segi

kedudukan negara. Lebih kritikal lagi, 18% dan 20% murid Malaysia gagal

mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun

2007, iaitu peningkatan dua hingga empat kali ganda daripada 7% dan 5%

masing-masing pada tahun 2003. Keputusan PISA 2009 dan tahun seterusnya

(penyertaan kali pertama Malaysia) juga tidak memberangsangkan kerana

8

Page 9: Penulisan ilmiah web 2.0

kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah dalam

kalangan 74 negara peserta.Pencapaian ini juga meletakkan Malaysia bawah

pencapaian purata antarabangsa dan OECD (Ekshibit 3). Hampir 60% murid

berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran

minimum dalam Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains

tidak mencapai tahap kemahiran minimum. Perbezaan skor sebanyak 38 mata

dalam PISA adalah bersamaan dengansatu tahun persekolahan.Secara

perbandingan, pencapaian murid berumur 15 tahun di Singapura, di Korea

Selatan, di Hong Kong dan di Shanghai seolah-olah mempunyai tiga atau lebih

tahun persekolahan berbanding dengan murid berumur 15 tahun di Malaysia.

Walaupun keputusan terkini TIMSS dan PISA telah mencetus kebimbangan,

namun terdapat banyak bukti kecemerlangan murid dan sekolah di seluruh

negara yang telah mencapaistandard antarabangsa berdasarkan ukuran dalam

bidang akademik dan bukan akademik.Kementerian telah mengiktiraf 66 sekolah

di bawah program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sekolah berkenaan

merupakan yang terbaik kerana memiliki ciri-ciri yang unik, menghasilkan

kecemerlangan akademik dan bukan akademik murid secara tekal, dan

berkeupayaan bersaing di peringkat antarabangsa.

Sistem pendidikan negara juga berjaya mewujudkan sekolah, daerah dan negeri

yang menunjukkan peningkatan di luar jangkaan yang membanggakan,

misalnya, sejak lima tahun yang lalu, Johor merupakan salah sebuah negeri yang

berada pada kedudukan lima terbawah berdasarkan prestasi muriddalam UPSR.

Johor telah melaksanakan program peningkatankemajuan sekolah yang

menyeluruh dan berjaya meningkatkanpencapaiannya hanya dalam tempoh lima

tahun. Johor, kini, berada dalam kelompok tiga teratas (diukur berdasarkan

pencapaian murid). Begitu juga, terdapat sekolah di kawasan pedalaman seperti

SK Ulu Lubai dan SK Bakalalan, di Sarawak, kedua-dua sekolah ini berada dalam

komuniti yang berpendapatan rendah, namun berjaya merangkul anugerah

amalan terbaik peringkat Komanwel pada tahun 2009 kerana berjaya

melaksanakan perubahan yang mengagumkan. Kejayaan ini menunjukkan

wujudnya peluang yang boleh dipelajari dan meningkatkan lagi amalan terbaik

untuk diamalkan dalam sistem pendidikan secara keseluruhan.

9

Page 10: Penulisan ilmiah web 2.0

Prestasi pelajar Malaysia mulai menyinar sejajar dengan sasaran pendidikan

abad ke 21.Jadual berikut menunjukkan antara bukti-bukti kejayaan pelajar

Malaysia di peringkat global.

Tahun Peringkat Pencapaian

Julai

2012

8th International Exhibition for

Young Inventors, Thailand.

Genius Olympiad 2012

International High School Project

Fair on Environment, New York.

2nd International Folk Song and

Dance Festival, Georgia

5th Asian Schools Badminton Championship, Hong Kong

Pasukan Malaysia memperoleh

pingat emas bagi rekacipta.

Dua orang murid berumur 14

tahun berjaya mendapat tempat

ketiga dalam pertandingan ini.

Pasukan Malaysia seramai 15

orang memenangi Diploma

Emas dan Perak.

Pasukan Malaysia seramai 16

orang pemain memenangi 3

pingat emas, 4 perak dan 9

gangsa.

Jun 2012 The Invention and New Product

Exposition, Amerika Syarikat

4th ASEAN School Games,

Indonesia

Pasukan Malaysia memenangi

pingat emas dalam kategori reka

cipta pendidikan.

Pasukan Malaysia seramai 200

orang atlit memenangi sejumlah

100 pingat; menduduki tempat

ketiga keseluruhan.

Mei

2012

English Speaking Union

International Public Speaking

Competition, London

Seorang murid berumur 17

tahun muncul sebagai

pemenang terbaik Malaysia yang

pertama

Okt

2011

ASEAN Primary School Sports

Olympiad, Indonesia

Sekumpulan 36 orang murid

memperoleh tempat kedua

keseluruhannya; memenangi 6

pingat emas, 2 perak dan 3

gangsa.

10

Page 11: Penulisan ilmiah web 2.0

Julai

2011

52nd International Mathematical

Olympiad, Belanda

42nd International Physics

Olympiad, Thailand

Pencapaian cemerlang murid

Tingkatan 4 dengan mendapat

pingat emas pertama Malaysia.

4 orang murid lain memperoleh

keputusan yang turut

membanggakan.

Seorang murid Malaysia

memperoleh pingat emas dan

anugerah khas daripada

European Physical Society.

Dis 2010 International Competitions and

Assessments for Schools (ICAS)1

68 orang murid Malaysia

memperoleh 94 pingat emas

dan menerima pujian pada

peringkat antarabangsa.

Nov

2009

World Robot Olympiad (WRO),

Korea Selatan

Malaysia, diwakili oleh 3 sekolah,

memperoleh pencapaian yang

cemerlang keseluruhan di Korea

Selatan – memenangi tempat

kedua selama dua tahun

berturut-turut.

1.4 Kemahiran Abad-21

Untuk terus menjamin kualiti pendidikan, produk yang dihasilkan iaitu golongan

pelajar mahupun peringkat rendah atau tinggi, haruslah mempunyai keupayaan

dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran selari dengan perkembangan

teknologi dan maklumat yang menguasai era global masa kini. Hari ini Malaysia

sedang menuju kearah pembentukan sebuah Negara maju.Dimana,

pengetahuan menjadi teras kepada segala-galanya dan Malaysia berhadapan

dengan era ‘Knowledge Based Economy’ yang menuntut keperluan K-pekerja

dan tenaga mahir.Bagi menyokong dan memajukan k-ekonomi yang menjadi

teras kepada ekonomi inovasi, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) akan

diarusperdanakan kepada masyarakat untuk mendapat pendidikan formal atau

tidak formal. Ini kerana, penekanan kepada Pembelajaran Sepanjang Hayat akan

membantu rakyat mencapai potensi sebenar diri sekaligus menyumbang kepada

11

Page 12: Penulisan ilmiah web 2.0

proses pembangunan di peringkat komuniti setempat.Kemahiran dalam

menggunakan pelbagai bahasa juga terutamanya bahasa Inggeris dan bahasa

mandarin merupakan satu aset penting dan batu loncatan dalam persaingan

dunia K-ekonomi untuk membolehkan rakyat Malaysia berdiri sama tinggi

dengan bangsa lain di dunia.

Kepesatan pembangunan dan teknologi dalam senario kehidupan hari ini

menuntut Malaysia menghadapi perubahan-perubahan tersebut.Peluang-peluang

untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran perlu dirancang secara

berterusan.Justeru setiap daripada kita,khasnya para pelajar yang dicorak oleh

pendidikan haruslah bersedia dengan konsep pembelajaran sepanjang

hayat.Produk pendidikan yang perlu dihasilkan iaitu sumber manusia mestilah

yang berkeupayaan mencipta, berusaha menghasilkan pembaharuan, menjana

dan memanfaatkan buah fikiran baru serta menggunakan teknologi dan

kemahiran keusahawanan yang terbaik.

Pembangunan negara yang kukuh terletak kepada kejayaan kita

melahirkan modal insan berkualiti yang memenuhi ciri keperluan abad ke-

21.Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah

Negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi

yang produktif.Tidak ada Negara yang mampu mencapai kemajuan tanpa

memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak

balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikan

kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan.Justeru itu, membangun,

menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat

penting bagi mencapai hasrat Negara.

Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan

pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal

dan professional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama

modal insan dan tenaga kerja Negara berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini,

usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan yang bertaraf dunia

menjelang tahun 2020.Carta 5-1 menunjukkan tahap modal insan Malaysia pada

masa kini, berbanding dengan beberapa Negara berpendapatan tinggi

berasaskan ciri tersebut.Masih terdapat jurang yang luas untuk Malaysia

mencapai modal insan bertaraf dunia dan risiko untuk ketinggalan semakin

bertambah. Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar

Malaysia semakin merosot berbanding dengan pelajar Negara lain. Mengikut

12

Page 13: Penulisan ilmiah web 2.0

Trends in International Mathematics andScience Study (TIMSS)1 ,2007, lebih

kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum

dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan 7%

dalam Matematik pada tahun 2003. Di samping itu, tenaga kerja secara

relatifnya adalah tidak mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya

mempunyai pendidikan asas selama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

atau setaraf dengannya dan hanya 28% daripada guna tenaga dalam kumpulan

pekerjaan berkemahiran tinggi. Kekurangan modal insan mahir akan menjadi

lebih meruncing dalam persaingan global yang sengit memandangkan modal

insan berkualiti TIMSS menyediakan perbandingan dalam pencapaian Matematik

dan Sains di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa bagi pelajar yang

mengikuti lapan tahun persekolahan.Sehubungan dengan itu, kita perlu

mengenal pasti dan menggunakan pendekatan-pendekatan terkini untuk

membangunkan modal insan yang benar-benar berketerampilan dan

menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara.Ini dapat digerakkan

melalui pendekatan kolaborasi, kaedah penyampaian yang berinovasi khususnya

dalam konteks pembelajaran dan pengajaran, pembelajaran sepanjang hayat

dan pengenalan kepada program-program baru yang relevan dengan

perkembangan semasa.

Dalam konteks ini, kita ingin memastikan bahawa pelajar yang dilahirkan

tidak lagi bersifat modal insan yang biasa iaitu hanya untuk memenuhi

keperluan industri, sebaliknya mempunyai potensi atau bakat untuk membantu

negara menghadapi persaingan dan menyumbang kepada penyelesaian

cabaran-cabaran semasa dan akan datang. Justeru itu, pembangunan bakat

dalam kalangan pelajar perlu memperlihatkan ciri-ciri yang disimpulkan melalui

5Cs sebagai pengukuhan kepada konsep dan modul kemahiran insaniah yang

telah dilancarkan oleh kementerian sebelum ini. Lima ciri itu ialah Critical

Thinking and ProblemSolving (pemikiran kritikal dan penyelesai masalah),

Effective Communication Skills (keberkesanan berkomunikasi), Collaboration and

Team Building (boleh berkolaborasi dan bekerja dalam satu pasukan termasuk

dengan kumpulan yang berbeza pandangan), Creative and Innovative (kreativiti

dan inovasi) dan Culturally Literate (celik budaya untuk bergerak dalam dunia

yang kepelbagaian). Pelajar yang memiliki kelima-lima ciri tersebut

akanmenepati keperluan negara untuk bersaing dan berhadapan dengan

cabaran-cabaran global.

13

Page 14: Penulisan ilmiah web 2.0

Selain itu, sudah tiba masanya, kita menganjak paradigma iaitu daripada

semata-mata melahirkan modal insan (human capital) kepada usaha

meningkatkan modal intelektual (intellectuals capital).Pendek kata,

pembangunan modal insan di negara tidak lagi seharusnya bergantung kepada

soal menyediakan akses semata-mata, sebaliknya membangunkan pengalaman

dan pengetahuan yang berkualiti yang diterima oleh seseorang individu atau

pelajar selama berada di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ini kerana modal

intelektual akan berupaya menjamin pembangunan negara yang berkualiti dan

mapan.

Pengukuhan proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah dan IPT

mestilah memanfaatkan kemajuan teknologi supaya lebih inovatif, kreatif dan

menarik perhatian pelajar. Selain itu, ciri-ciri pembelajaran mestilah bercorak

student-centered atau pemusatan pelajar, kerana proses pembelajaran ini dapat

memberi perhatian kepada aspek-aspek perkembangan dan potensi pelajar

secara menyeluruh.Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan agar

kemahiran-kemahiran kritikal dapat diterapkan dalam diri pelajar agar mampu

bersaing di peringkat global.Antaranya memperkayakan kreativiti dan inovasi,

memaksimumkan ekosistem pengajian tinggi,memanfaatkan globalisasi,

kepimpinan institusi pendidikan bertransformasi dan kelestarian institusi serta

pengurusan bakat.

Era globalisasi kini yang memperlihatkan persaingan yang hebat tidak

seharusnya mengekalkan kita sebagai pengikut semata-mata, tetapi sebagai

pemimpin yang menerajui perubahan.Dalam hubungan ini, pengajaran dan

penyelidikan bagi tujuan pembinaan indigenous knowledge amat penting dan

signifikan untuk diterapkan di sekolah dan institut pengajian tinggi. Ini kerana

indigenous knowledge atau pengetahuan tempatan ini akan memacu ekonomi

berasaskan inovasi yang seterusnya menjadi asas kepada pemetaan Malaysia di

peringkat global. Faktor tersebut juga boleh membantu Malaysia mencapai

hasrat menjadi hab pengajian tinggi antarabangsa menjelang 2020.Keupayaan

dan kemampuan Malaysia sebagai pembekal pengajian tinggi yang berkualiti

menuntut usaha penambahbaikan dan penanda aras yang

berterusan.Kedudukan Malaysia yang semakin dikenali sebagai negara pembekal

pengajian tinggi yang berkualiti perlu dipertingkatkan, kerana hasil yang

diperoleh bukan terhad kepada pengaliran wang masuk ke negara, tetapi juga

hasil berbentuk intangible, seperti perkongsian ilmu dan peningkatan kepakaran.

14

Page 15: Penulisan ilmiah web 2.0

Program-program pengantarabangsaan perlu difokuskan kepada usaha-

usaha meletakkan Malaysia sebagai pemain global , di mana keterlibatan negara

dalam hal ini tidak terhad hanya kepada program pertukaran pelajar dan staf

sahaja, tetapi program-program yang memaksimumkan kelebihan Malaysia

dalam usaha-usaha kolaborasi dan memberi khidmat konsultasi pada peringkat

global. Melalui program pengantarabangsaan juga, sektor pengajian tinggi akan

menekankan kepada inisiatif diplomatik dalam usaha untuk berkongsi nilai-nilai

Malaysia dengan serata dunia.Dengan program pengantarabangsaan juga, para

guru dan pelajar dapat berkongsi ilmu dan kemahiran yang berbeza daripada

Negara-negara luar. Sekaligus, akan membantu meningkatkan daya kreativiti

dan penguasaan kemahiran bersifat global dalam diri pelajar.

Persaingan pada abad 21 amat memerlukan para pelajar yang berani

menampilkan diri dengan pendapat, kreativiti dan inovasi untuk

diketengahkan.Kemahiran soft-skilled amat perlu dikuasai oleh setiap pelajar

agar lebih berkeyakinan untuk bercakap, mempertahankan pendirian dan

memasarkan diri di pasaran kerja semasa mahupun antarabangsa. Bagi

menerapkan kemahiran ini agar menjadi kebiasaan dalam diri pelajar,

Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah serta pengajian tinggi seharusnya

menggembleng tenaga bersama-sama dan mulai menyusun program yang

membolehkan pelajar mempamerkan kelebihan masing-masing agar kelebihan

itu dapat diaplikasikan dalam bidang-bidang tertentu yang boleh melonjakkan

institusi pendidikan dan menyumbang kea rah keberhasilan negara.

Konklusinya, pencapaian tahap kemahiran bergantung kepada peranan

yang dimainkan oleh setiap warga. Setiap pelaksana yang kompeten, yang

mempunyai kemahuan untuk menyumbang atas dasar kepentingan dan manfaat

kepada negara dan akhir sekali, iltizam dan keterbukaan setiap pelaksana untuk

menilai secara berterusan, kesan dan impak daripada tindakan-tindakan yang

dilaksanakan, dan seterusnya, membuat penambahbaikan ke atas sistem

pendidikan Negara.

2.0 TEORI PEMBELAJARAN

2.1 Pengenalan

15

Page 16: Penulisan ilmiah web 2.0

Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan

manusia.Manusia sentiasa belajar untuk memperoleh pengetahuan dan

kemahiran melalui pengalaman untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan

harian.Pembelajaran berlaku sepanjang hayat secara formal iaitu peringkat

sekolah, kolej dan universiti; secara tidak formal melalui persekitaran seperti

televisyen, asuhan ibu bapa serta pergaulan dengan rakan-rakan dan juga

secara bukan formal iaitu kursus-kursus, bengkal-bengkel yang dilakukan di luar

pembelajaran formal sebagai tambahan.

Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu termasuklah

bidang psikologi pendidikan. Menurut E. R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R. L.

Atkinson (1975) dalam buku Introduction to Psychology mentafsirkan

pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui

pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawa

perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal (Mok Soon Sang, 2010).

Jadi, teori-teori pembelajaran boleh didefinisikan sebagai huraian prinsip-prinsip

dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu

dan maklumat.Teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada teori pembelajaran

behaviorisme, kognitif dan konstruktivisme.

2.2 Teori Pembelajaran Behaviorisme

Ahli-ahli psikologi behavioral menyatakan pembelajaran adalah perubahan

tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh

pengalaman.Ahli psikologi juga berpendapat bahawa sesuatu benda yang wujud

adalah benda yang boleh diperhatikan.Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi

pemerhatian dapat dibuat terhadap perlakuan manusia.Antara tokoh behavioris

yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov dan Watson serta ahli-ahli

pelaziman operan Thorndike dan Skinner.

2.2.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Teori pelaziman klasik Pavlov dikemukakan oleh Ivan P Pavlov, (1849- 1936).

Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas

bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu

rangsangan.Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang

menimbulkan gerak balas. Contohnya, kebanyakan guru apabila mendengar

loceng, akan keluar dari bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Daripada

16

Page 17: Penulisan ilmiah web 2.0

contoh, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tingkah guru adalah

gerak balas.Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran

boleh berlaku akibat kaitan rangsangan dengan gerak balas.Pembelajaran yang

berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang

berlaku akibat rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.Terdapat 3

peringkat pelaziman dihasilkan iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan

selepas pelaziman. Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik iaitu generalisasi,

diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama

akan menghasilkan tindak balas yang sama. Diskriminasi pula bermaksud

individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan

tidak pada rangsangan yang lain. Penghapusan berlaku apabila rangsangan

terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim.

2.2.2 Teori Pelaziman Klasik Watson

John B Watson (1878-1958) memperkenalkan teori pelaziman klasik

Watson.Beliau telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi

manusia juga boleh dilazimkan secara klasik. Berdasarkan penyelidikan Watson,

guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan

menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak

balas yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan,

gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi. Dalam proses

pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan.

2.2.3 Teori Pelaziman Operan Thorndike

Edward Lee Thorndike (1874-1949) adalah seorang pakar psikologi terkenal

dalam bidang pendidikan dan psikologi.Beliau telah menyarankan konsep

bahawa segala tindakan manusia bertujuan sosial dengan matlamat-matlamat

yang tertentu.Beliau berpendapat bahawa pengajaran mesti bermatlamat sosial

dengan tujuan pembelajaran mesti sentiasa memanfaatkan masyarakat.

Thorndike menjalankan kajian dan mengutarakan pembelajaran cuba jaya.

Baginya, prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh dan denda. Manusia

membuat sesuatu yang akan membawa keseronokan daripada melakukan

sesuatu yang membawa kesakitan dan membahayakan diri. Ganjaran

mendorong organisma mengulangi sesuatu gerak balas manakala dendaan akan

menyekatnya daripada melakukan sesuatu gerak balas.

17

Page 18: Penulisan ilmiah web 2.0

Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada

gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak

balas).Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh

hukum pembelajaran yang terdiri daripada Hukum Kesediaan, Hukum Latihan

dan Hukum Kesan.

2.2.4 Teori Pelaziman Operan Skinner

Burrhus F. Skinner (1904-1990) adalah seorang ahli psikologi Amerika yang amat

terkenal dalam abad ke 20.Beliau telah memajukan bidang psikologi ke

peringkat yang lebih tinggi dengan teori pelaziman operan beliau. Menurut

Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan

atau dihapuskan, jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu

ditunjukkan. Skinner membahagikan peneguhan kepada peneguhan positif dan

peneguhan negatif.Selain itu, beliau juga telah mengutamakan prinsip-prinsip

Premack yang merujuk kepada pemberian aktiviti yang kurang diminati oleh

murid-murid untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini. Skinner juga

mengemukakan suatu prinsip denda yang merupakan proses atau tatacara

untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak

diingini. Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu pertama dendaan

persembahan dan kedua dendaan penyingkiran. Akhir sekali, skinner

mengemukakan pelupusan yang bermaksud perlakuan yang tidak diberi

peneguhan akan lupus dengan sendirinya.

2.3 Teori Pembelajaran Kognitif

Ahli-ahli teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran merupakan

perubahan-perubahan yang berlaku pada maklumat yang tersimpan di dalam

ingatan seseorang.Ahli kognitif membawa pandangan baru dalam tahun 1960an

untuk menggantikan teori behaviourisme yang menumpu kepada rangsangan-

rangsangan luaran. Ahli kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu

proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia. Proses dalaman yang

dirujuk termasuk pemikiran, celik akal, pemprosesan maklumat, ingatan dan

pengamatan. Ahli-ahli psikologi yang mengutamakan teori kognitif terdiri

daripada Wolfgang Kohler, Max Wertheimer, Kurt Lewin, Jean Piaget, David

Ausubel, Jerome Bruner dan Robert Gagne.

2.3.1Teori Perkembangan Kognitif Gestalt

18

Page 19: Penulisan ilmiah web 2.0

Ahli-ahlipsikologi kognitif terdahulu sepertiMax Wertheimer, Wolfgang Kohler dan

Kurt Koffka juga dikenali sebagai ahli psikologi Gestalt.Fahaman psikologi gestalt

telah menjadi asas kepada perkembangan psikologi kognitif.Psikologi gestalt

telah diasaskan di Jerman dan dalam bahasa Jerman yang bermaksud

“pola”.Kohler menjalankan satu kajian ke atas cimpanzi yang bernama Sultan,

telah mengemukakan konsep “celik akal”.Celik akal bermaksud penyelesaian

masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap.Individu juga perlu

masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan di

persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas(Khadijah Rohani

Mohd.Yunus et al., 2006).

2.3.2 Teori Perkembangan Kognitif Piaget

Teori perkembangan kognitif dipelopori oleh ahli psikologi Switzerland, Jean

Piaget menyatakan manusia sentiasa cuba memahami persekitaran melalui

proses berfikir. Proses berfikir yang sentiasa berubah itu menunjukkan dua

kecenderungan asas iaitu organisasi dan adaptasi. Piaget mendefinisikan

organisasi sebagai proses menggabung, menyusun dan menggabung semula

dan menyusun semula elemen pemikiran dan kelakuan seorang dalam struktur

psikologi yang mantap. Piaget menamakan struktur psikologi sebagai skema.

Skema adalah blok binaan asas pemikiran yang berfungsi sebagai proses

interaksi dan memahami persekitaran. Menurut Piaget, manusia mempunyai

skema asas yang reflektif sejak dilahirkan dan mengalami pembentukan skema

baru yang berterusan sepanjang hayat. Skema mempunyai bentuk yang

berlainan daripada mudah hingga kompleks berdasarkan interaksi individu

dengan persekitaran (Azizi Yahaya et al., 2005).

Ahli psikologi kognitif melihat manusia bukan penerima rangsangan daripada

persekitaran yang pasif, tetapi adalah aktif yang mencari pengalaman,

mengubah dan membentuk pengalaman yang menggunakan proses mental

untuk mengubah maklumat berlandaskan kepada perkembangan kognitif (Ma’rof

Redzuan & Haslinda Abdullah, 2002).Menurut Azizi Yahaya et al., (2005), Piaget

menyatakan bahawa pembentukan dan perkembangan skema sentiasa didorong

oleh proses keseimbangan manusia. Proses keseimbangan manusia ditakrifkan

sebagai keseimbangan mental antara skema kognitif dengan pengalaman baru.

Apabila manusia berinteraksi dengan pengalaman baru, manusia cenderung

untuk mencapai keseimbangan dengan cuba memahami persekitaran sama ada

19

Page 20: Penulisan ilmiah web 2.0

melalui cara menyesuaikan pengalaman itu dengan skema yang sedia ada atau

mengubah suai dan membentuk skema baru. Proses penyesuaian ini dinamakan

adaptasi.Proses adaptasi yang melibatkan penyesuaian pengalaman baru ke

dalam skema yang sedia ada dinamakan asimilasi. Manakala proses adaptasi

yang melibatkan pengubah suai skema yang sedia ada atau pembentukan

skema yang baru bagi penyesuaian pengalaman baru dinamakan akomodasi.

Proses asimilasi dan akomodasi saling bertindak dan mendorong pembentukan

skema yang kompleks dan berperingkat tinggi (Azizi Yahaya et al., 2005).Piaget

merumuskan empat peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak dalam

kerjaya iaitu peringkat deria motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi

formal (Snowman & Biehler, 2006).

2.3.3 Teori Perkembangan Kognitif Gagne

Robert M. Gagne merupakan seorang ahli psikologi eksperimental yang

berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta terlibat dalam

latihan dan masalah-masalah pendidikan.Kebanyakan idea Gagne tentang

analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat.Gagne

telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Teori pembelajaran Gagne

menekankan sistem pembelajaran harus bermula dari peringkat asas kepada

yang rumit ( Khadijah Rohani Mohd. Yunus et al., 2006).Sembilan peringkat teori

perkembangan kognitif Gagne bermula dari pembelajaran isyarat, gerak balas,

rangkaian motor, pertalian bahasa, diskriminasi, konsep, hukum dan

penyelesaian masalah.

2.3.4 Teori Perkembangan Kognitif Bruner

Jerome S. Bruner juga sependapat dengan Piaget tentang perkembangan kognitif

kanak-kanak.Pada pendapat Bruner, bahasa ada kaitan dengan perkembangan

kognitif kanak-kanak.Menurut beliau, perkembangan berfikir tidak mungkin

berlaku tanpa bahasa. Maka perkembangan kecekapan kognitif kanak-kanak

dipengaruhi oleh perhubungan sosialnya dengan orang lain. Bruner telah

mengemukakan perkembangan mental manusia terbahagi kepada tiga tahap

iaitu peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Setiap daripada tahap ini

membolehkan kanak-kanak mempamerkan cara yang unik ( Khadijah Rohani

Mohd. Yunus et al., 2006) .

20

Page 21: Penulisan ilmiah web 2.0

Bruner juga telah mengemukakan pembelajaran penemuan.Dalam

pembelajaran ini, pelajar diperkenalkan satu fenomena.Pelajar dikehendaki

menyiasat fenomena untuk mengumpul data dari pelbagai sumber media.

Selepas itu, pelajar akan membuat perbincangan dengan guru dan pelajar di

dalam kelas.

2.3.5 Teori Perkembangan Kognitif Ausubel

David Ausubel mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia

memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan

bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model

Pembelajaran Ekspositori. Model pembelajaran Ekspositori menekankan

penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun

dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan

pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am

kepada spesifik.

Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna, termasuk

pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali

sebagai Konsep Penyusunan Awal. Penyusunan awal diperkenalkan untuk

menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran supaya pembelajaran

optimal berlaku.Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru

dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk

pelajaran.Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan

konsep yang telah dipelajari (Snowman & Biehler, 2006).

2.3.6Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky

Lev Vygotsky tidak bersetuju dengan kajian Piaget yang lebih meletakkan

perkembangan kognitif kanak-kanak di atas usaha sendiri daripada usaha

interaksi dengan persekitaran sosial.Beliau juga tidak bersetuju bahawa kanak-

kanak boleh memahami persekitaran daripada usahanya sendiri seperti yang

disarankan oleh Piaget.Vygotsky percaya perkembangan kognitif berlaku melalui

interaksi kanak-kanak dengan orang dewasa dan rakan yang lebih

21

Page 22: Penulisan ilmiah web 2.0

berkemampuan. Orang ini akan membekalkan maklumat dan sokongan yang

diperlukan dalam perkembangan proses minda peringkat tinggi (Snowman &

Biehler, 2006). Lev Vygotsky juga menyatakan bahawa kanak-kanak

menggunakan bantuan sokongan itu bagi membina kefahaman yang

membolehkan mereka menyelesaikan masalah secara persendirian.Maka, kesan

persekitaran sosial dan pendidikan dilihat oleh Vygotsky sebagai syarat utama

dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.Vygotsky juga memperkenalkan

konsep zon perkembangan prosimal.Zon perkembangan prosimal adalah jarak

ataupun perbezaan antara tahap kognitif semasa kanak-kanak dengan tahap

kognitif yang kanak-kanak itu dapat capai. Ini bermaksud kanak-kanak berada

dalam zon perkembangan prosimal, pembelajarannya akan menjadi berkesan.

Manakala apabila di luar zon ini, mereka menghadapi kesukaran mempelajari

elemen baru dengan tahap yang sedia ada (Azizi Yahaya et al., 2005) .

2.4 Teori Pembelajaran Konstruktisvisme

Konstruktisvisme berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah

aktif dan dinamik serta berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat

seseorang individu. Seseorang individu akan membina atau “konstruk” ilmu

pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang

lain.

Para pengerak mazhab konstruktisvisme terdiri daripada ahli-ahli psikologi

dan pakar pendidikan seperti Jean Piaget, Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John

Dewey dan Seymour Papert. Menurut penyokong konstruktivisme, apabila

manusia berhadapan dengan sesuatu yang tidak diketahui, mereka akan ingin

memahaminya. Menurut teori konstruktivisme, pengetahuan adalah produk

minda yang dibina dengan pengalaman dan input baru yang diterima melalui

deria-deria sebagai hasil persepsi. Justeru itu, pembelajaran konstruktivisme

adalah pembelajaran aktif dan dinamik.Ia terhasil daripada pengubahsuaian

idea-idea yang sedia ada dengan input melalui proses asimilasi dan akomodasi

dalam skema.

2.4.1 Prinsip-prinsip Konstruktivisme

Setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif

untuk mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semula jadi,

pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya sendiri. Ahli konstruktivis

22

Page 23: Penulisan ilmiah web 2.0

menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi

dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina

melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran lampau dengan

pembelajaran terbaru yang berkaitan.

2.4.2 Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme

Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya adalah ciri pembelajaran

konstruktivisme yang penting. Guru mesti sedar tentang corak mental pelajar

yang membantu mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk

menyokong pemikiran mereka. Dalam teori ini, pembelajaran bukan merupakan

satu proses penghafalan maklumat di mana jawapan betul diberikan oleh guru-

guru. Selain itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu berkait rapat

dengan minat dan naluri ingin tahu pelajar yang dapat menarik pelajar.

Guru perlu menunjukkan pertalian di antara fakta-fakta dalam sebuah

konsep supaya pelajar dapat mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada.

Guru sebagai fasilitator perlu membantu proses ini dengan menggunakan

strategi-strategi dan kaedah-kaedah pengajaran yang menggalakkan pelajar-

pelajar untuk membuat analisis, tafsiran dan ramalan kendiri. Guru juga harus

mendorong proses pembelajaran pelajar dengan mengemukakan soalan-soalan

terbuka dan sering mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan pelajar-

pelajar.

Teori konstruktivisme tidak menggalakkan penilaian sumatif yang

berpusat, sebaliknya dengan penilaian formatif dan berterusan serta dijalankan

serentak dengan proses pembinaan dan penguasaan ilmu. Oleh itu, penggubal

kurikulum konstruktivisme perlu menggalakkan pembinaan kurikulum yang

dinamik dan berubah-ubah berdasarkan pengetahuan sedia ada individu serta

penyelesaian masalah secara praktikal.

2.4.3 Implikasi Teori Konstruktivisme Dalam Bilik Darjah

Dalam teori konstruktivisme, guru tidak memberikan pengetahuan kepada

pelajar-pelajar.Sebaliknya, pelajar-pelajar harus berusaha sendiri

membangunkan ilmu pengetahuan secara sendiri dalam struktur mental mereka.

Antara implikasi teori konstruktivisme adalah seperti berikut:

23

Page 24: Penulisan ilmiah web 2.0

(i) Pembinaan Ilmu Pengetahuan Kendiri

Pelajar membina pengetahuan sendiri daripada pengalaman, interaksi sosial dan

persekitaran. Pengetahuan dibina secara aktif melalui proses saling

mempengaruhi di antara pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru. Proses

pembinaan pengetahuan adalah berterusan yang melibatkan penjanaan idea,

pemeriksaan dan penstrukturan semula idea-idea tersebut.

(ii) Penaakulan dan Penggunaan Logik Diaplikasikan Secara Aktif

Pelajar menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak serasi

dengan penerangan baru, pelajar tersebut akan bermotivasi untuk membetulkan

ketidakseimbangan pada dirinya. Pelajar berusaha menerima informasi baru dan

menganalisisnya sebelum menerima atau menolak.

(iii) Penggunaan Bahan Bantu Pengajaran

Pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik disediakan oleh guru untuk

membantu pelajar dalam proses pembelajaran kendiri dan cepat menguasai ilmu

baru. Bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru harus menunjukkan

perkaitan dengan pengalaman sedia ada pelajar.

(iv) Penglibatan Secara Aktif

Para pelajar boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara

aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Pelajar perlu

menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-

maklumat baru dengan pengalaman sedia ada untuk mencapai kefahaman

terhadap maklumat baru ini. Pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif iaitu

operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran secara kognitif dalam minda

mereka. Pada akhir pengajaran, pelajar terlibat dalam proses-proses menilai dan

menaksir pemikiran sendiri melalui refleksi dan renungan.

(v) Strategi Pembelajaran

Guru perlu merancang dan menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif,

pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberi

peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengendalikan pembelajaran kendiri

mereka. Pelajar perlu merancang strategik pembelajaran yang berkesan untuk

24

Page 25: Penulisan ilmiah web 2.0

diri sendiri serta membuat refleksi dan menilai tentang pembelajaran yang telah

berlaku.

3.0 WEB 1.0, WEB2.0, WEB 3.0 dan WEB 4.0

3.1 Web 1.0

Web 1.0 merupakan generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi

maklumat dan informasi yang bersifat statik dan satu arah sahaja. Segala

content atau isinya berada ditangan administrator, oleh itu pengunjung web

hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa dapat memberi komen atau

pandangan.Apa yang dipaparkan dalam laman web termasuk laman HTML statik

adalah jarang dikemaskinikan. Matlamat utama laman web 1.0 ini adalah untuk

memberi maklumat kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa.Laman web

yang tidak interaktif ini bersifat risalah untuk pengguna membacanya. Oleh itu ia

bersifat read-only.Oleh kerana struktur perhubungannya yang lemah, pengguna

dan pelawat laman web hanya boleh melawat laman web tanpa ada apa-apa

kesan atau sumbangan. Teras protokol web 1.0 adalah HTTP, HTML dan URI.

3.2 Web 2.0

Web 2.0merupakan perkembangan terkini teknologi selepas web 1.0. Web 2.0

juga dikenali sebagai web pintar, people-centric web, participative web, dan

read-write web .Ia bersifat dwi-arah kerana pengunjung bukan sahaja sekadar

membaca malah boleh menulis dalam web tersebut. Selain itu web 2.0 juga

bukan hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, malahan pengunjung

boleh mengendalikan pada content web tersebut juga pengunjung-pengunjung

yang lain dapat memberi komen,berkomunikasi antara satu sama lain,memberi

pendapat dan banyak lagi. Pengguna mempunyai interaksi yang lebih

berbanding kawalan yang terdapat dalam web 1.0. Antara contoh yang jelas

mengenai web2.0 adalah: YouTube, face book,tweeter,Edmodo dan sebagainya.

Web 2.0 bukan sekadar versi baru web 1.0, malah reka bentuk web yang

fleksibel, penggunaan yang kreatif, sistem kemas kini, kandungannya yang

bersifat collaborative serta pengubahsuaian web telah dipermudahkan.

25

Page 26: Penulisan ilmiah web 2.0

Berikut merupakan perbezaan web 1.0 dengan web 2.0 yang telah

dipermudahkan:

Web 1.0 Web 2.0

Reading (baca) Reading/Writing (baca dan tulis)

Companies (syarikat) Communities (komuniti)

Client-Server (server pelanggan) Peer to Peer

HTML, Portals XML, RSS

Taxonomy Tags

Owning (kepunyaan sendiri) Sharing (perkongsian)

IPOs Trade sales

Netscape Google

Web forms Web applications

Screen scraping APIs

Dialup Broadband

Hardware costs Bandwidth costs

Lectures (ceramah) Conversation (perbualan)

Advertising (iklan) Word of mouth (kata-kata dari mulut

anda)

Services sold over the

web(Perkhidmatan yang dijual melalui

web)

Web services (perkhidmatan web)

Information portals (portal informasi) Platforms

3.3 Web 3.0

Web 3.0 dikatakan akan bermula pada 2010. Syarat dan konsep yang paling

penting dan perlu ada dalam web 3.0 ialah bercirikan semantic web.Semantic

Web adalah laman web yang dilengkapi struktur komputer yang boleh berfikir.

Antara ciri2 khas web 3.0:

1. Tranformation: Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu

2. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi diakses menjadi media

3. Network Computing: Perisian adalah sebagai model-model perniagaan,

servis laman web yang berkemampuan dua sistem atau lebih untuk bekerja

sama secara harmoni, pengedaran komputer ,pelebarluasan komputer.

26

Page 27: Penulisan ilmiah web 2.0

4. Open Technologies: Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam

platform open source/percuma

5. Open Identity and Open ID: seluruh informasi adalah bebas

6. The intelligent Web: Sebagai Semantic Web technologies termasuk

RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantic, dan

statement-based datastores yang pintar.

Perbezaan antara web 2.0 dan 3.0:

Web 2.0 Web 3.0

Read/Write Web Portable Personal Web (web

peribadi yang portable)

Communities (komuniti) Individuals (individu)

Sharing Content (perkongsian content) Consolidating Dynamic Content

(Memperkukuhkan Kandungan yang

Dinamik)

Blogs Lifestream

AJAX RDF

Wikipedia, google Dbpedia, igoogle

Tagging User engagement (penglibatan

pengguna)

3.4 Web 4.0

Web 4.0 masih lagi diperingkat perkembangan idea dan masih belum ada

definisi yang tepat untuk menjelaskan web ini.Web 4.0 juga dikenali sebagai

simbiotik web.Impian di sebalik web simbiotik ini ialah interaksi antara manusia

dan mesin adalah dalam bentuk simbiosis. Dalam perkataan mudah, mesin akan

menjadi bijak membaca kandungan web, dan bertindak balas dalam bentuk

melaksanakan dan memutuskan apa yang perlu dilakukan.Web 4,0 akan menjadi

web membaca-menulis-pelaksanaan-keserentakan. Web 4.0 atau webOS akan

menjadi seperti middleware di mana akan berfungsi seperti sistem operasi selari

dengan otak manusia. Walaupun tidak ada idea yang tepat mengenai web 4.0

dan teknologinya, tetapi ia adalah jelas bahawa web ini bergerak ke arah

menggunakan artificial intelligent untuk menjadi web yang sangat pintar.

27

Page 28: Penulisan ilmiah web 2.0

3.5 Ringkasan Web 1.0, 2.0, 3.0 dan 4.0

Web 1.0 Web 2.0 Web 3.0 Web 4.0

Web 1.0

merupakan

generasi pertama

web yang

dianggap

Sebagai web baca

sahaja dan juga

sebagai satu

sistem kognisi.

Web 1.0 bermula

sebagai tempat

maklumat

bagi perniagaan

untuk menyiarkan

maklumat mereka

kepada rakyat.

Web awal

disediakan

pengguna terhad

interaksi atau

sumbangannya

kandungan dan

hanya dibenarkan

untuk mencari

maklumat dan

membaca

Web 2.0

ditakrifkan

sebagai web baca-

tulis. Teknologi

web 2.0

membolehkan

pemasangan dan

pengurusan

bersifat global

melalui

kepentingan

bersama dalam

interaksi sosial.

Web 3.0 atau web

semantic

mengurangkan

tugas dan

keputusan

manusia

dengan

menyediakan

kandungan yang

boleh dibaca oleh

mesin di

web.Secara

umum, web 3.0

mempunyai dua

platform utama,

iaitu teknologi

semantik dan

persekitaran

pengkomputeran

sosial. Teknologi

semantik mewakili

piawaian terbuka

yang boleh

digunakan di atas

web. Persekitaran

pengkomputeran

sosial

membolehkan

manusia-mesin

bersama

mengoperasi dan

Web 4,0 merupakan

web membaca-

menulis-pelaksanaan-

keserentakan dengan

interaksi yang pintar.

Namun begitu, masih

tiada definisi yang

tepat mengenainya.

Web 4.0 juga dikenali

sebagai web simbiotik

di mana minda

manusia dan mesin

boleh berinteraksi

secara simbiosis.

28

Page 29: Penulisan ilmiah web 2.0

mengatur web

sosial.

4.0 WEB 2.0: GOANIMATE

4.1 Pengenalan

Goanimate merupakan salah satu platform atas talian yang membolehkan

pengguna mereka animasi tanpa memerlukan latar belakang yang berbentuk

grafik.Penggunaannya percuma untuk tujuan bukan komersial. Goaminate

mempunyai dua jenis akaun iaitu ‘goanimate basic’ untuk pengguna kali

pertama dan ‘goanimate plus +’ untuk mereka yang ingin mengembangkan

animasi mereka. Walau bagaimanapun, untuk ‘account plus’ sedikit yuran

dikenakan.Namun begitu, ‘account basic’ juga menyediakan ciri-ciri yang

menarik dan menyeronokkan kepada pengguna yang ingin mereka animasi yang

mudah.Setiap tema dilengkapi dengan latar belakang, watak dan prop yang

boleh digabungkan untuk menghasilkan animasi.

4.2 Kelebihan menggunakan GoAnimate

a. Pengguna GoAnimate tidak perlu memuat turun aplikasi dan memasang

perisian.

b. Pengguna boleh memilih bentuk, ciri-ciri karakter dan menambah skrip

pada animasi mereka. Penghasilan animasi yang baik dapat dilakukan

dengan mudah.

c. Ia bertindak sebagai landasan penceritaan dalam mengembangkan bidang

sastera.

d. Saluran untuk individu mempamerkan kreativiti dan ekspresi diri.

4.3 Penggunaan GoAnimate dalam pendidikan

Berikut adalah beberapa faedah GoAnimate yang boleh dilaksanakan

dalam pendidikan (Perez 2011):

29

Page 30: Penulisan ilmiah web 2.0

a. Menawarkan pendekatan alternatif untuk rancangan pengajaran dan

pembelajaran berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran secara

tradisional.

b. Boleh digunakan sebagai alat untuk mengembangkan kerjasama dan

pertukaran pembelajaran dalam kalangan pelajar dan juga pengajar.

c. Sebagai alat perkongsian maklumat kajian berkenaan sesuatu topik

dengan lebih spesifik.

d. Mengembangkan kreativiti sahaja dalam kalangan pelajar, bahkan

mewujudkan minat golongan pengajar terhadap pengajaran dan

pembelajaran.

e. Pelajar boleh menggunakan Goanimate untuk membuat pembentangan

dan laporan berbanding kaedah tradisional.

f. Pengguna boleh memuat naik dan berkongsi video ke akaun Face book,

dig StumpbleUpon, MySpace, reddit, and del.icio.us untuk tontonan

umum.

g. Melibatkan penyertaan pelajar dan menarik perhatian pelajar.

4.4 Aplikasi GoAnimate untuk Sekolah

Buka akaun GoAnimate di laman sesawang www.goanimate.com.

a. Klik ‘upgrade – GoAnimate for schools’

b. Klik pada ‘Try Before You Buy’ untuk percubaan secara percuma.

30

Page 31: Penulisan ilmiah web 2.0

c. Paparan berikut akan muncul dan guru akan menggunakan akaun

guru (login as teacher) untuk mencuba aplikasi ini.

d. Guru perlu menerima (accept) syarat yang ditetapkan untuk masuk

ke aplikasi. Paparan seterusnya membolehkan guru melihat laman

sendiri yang merangkumi ‘Your Page’, ‘Create’, ‘videos’, ‘students’,

‘teachers’ dan ‘manage account’.

31

Page 32: Penulisan ilmiah web 2.0

Guru boleh membuat penilaian terhadap tugasan ataupun video

yang dihasilkan oleh pelajar di laman ini dengan mengklik pada

nama pelajar yang dipaparkan.

e. Guru boleh menghasilkan video untuk dijadikan tontonan pelajar

bagi tujuan pengajaran menggunakan teknologi atau menjadikan

video tersebut sebagai alat bantuan mengajar di dalam kelas

(contohnya dijadikan sebagai set induksi). Berikut merupakan

32

Page 33: Penulisan ilmiah web 2.0

langkah mudah untuk membuat video pendek yang boleh dilakukan

oleh guru. Klik pada ‘create’ dan paparan berikut akan dipaparkan.

Tekan butang ‘make a short video’ (sebagai contoh) untuk

meneruskan aplikasi. Paparan berikut akan muncul di skrin.

Tekan ‘next’ untuk meneruskan aplikasi.Apabila paparan

seterusnya muncul, guru perlu memilih tetapan yang sesuai.

33

Page 34: Penulisan ilmiah web 2.0

Apabila selesai membuat pilihan tetapan, paparan berikut akan

muncul di skrin. Guru perlumemilih watak yang hendak digunakan

di dalam video.

Setelah watak dipilih, paparan seterusnya membolehkan guru

menaip atau merekod suarapada video. Pertukaran pelakon, emosi,

suara dan juga membuang dialog yang telah dihasilkan juga boleh

dibuat pada aplikasi ini.

34

Page 35: Penulisan ilmiah web 2.0

Selesai sahaja aktiviti membuat video, guru boleh melihat video

penuh yang dihasilkan dengan menekan ‘preview’ dan paparan

berikut akan muncul. Simpan video yang telah dihasilkan dan

‘publish’ untuk ditonton oleh pelajar.

35

Page 36: Penulisan ilmiah web 2.0

Guru perlu memberi tajuk, sedikit penerangan dan memilih kepada

siapa video tersebut ditayangkan sebelum menyiarkannya.

f. Guru juga boleh menghasilkan video dengan menekan ‘create’ pada

laman guru dan memilih mana-mana ‘make a movie’ yang disukai.

Laman seterusnya membolehkan guru memilih pelbagai fungsi

untuk menghasilkan video seperti memilih watak yang ingin

digunakan.

36

Page 37: Penulisan ilmiah web 2.0

Apabila watak telah dipilih, guru boleh menambah aksi dan ekspresi

pada watak.

Suara pada watak boleh dimasukkan dengan menaip dialog yang

diingini ataupun membuat rakaman suara serta mengubah bahasa

yang digunakan.

37

Page 38: Penulisan ilmiah web 2.0

Pergerakan watak, arah muka watak sama ada menghadap kiri atau

kanan dan kedudukan watak sama ada di bawa ke hadapan

ataupun ke belakang boleh diubah.

Dialog yang dimasukkan pada watak boleh diubah saiz tulisan,

warna dan sebagainya sesuai dengan kehendak guru.

Latar belakang ataupun tempat watak dilakonkan juga boleh diubah

mengikut kesesuaian cerita.

38

Page 39: Penulisan ilmiah web 2.0

Watak boleh diberi peralatan ataupun barang untuk dipegang.

Video juga boleh dimasukkan muzik untuk menarik perhatian

pelajar.

39

Page 40: Penulisan ilmiah web 2.0

Tetapan pemandangan video boleh diubah peralihan seperti

menjadikan video lebih pudar, membubarkan watak dan banyak

lagi mengikut kreativiti guru.

Guru juga boleh menambah adegan untuk mencipta cerita yang

mempunyai pelbagai variasi sesuai dengan pengajaran yang akan

dilaksanakan ataupun sebagai bahan untuk menambah

pengetahuan pelajar.

Selesai membuat video, guru boleh melihat semula video yang

telah dihasilkan sebelum menyimpan video yang telah dihasilkan.

40

Page 41: Penulisan ilmiah web 2.0

Semasa menyimpan video yang dihasilkan, guru perlu menyatakan

tajuk, kepada siapa video akan ditayangkan, sedikit penerangan,

penggunaan video, katogeri video (sebagai contoh untuk subjek

sains) dan boleh mengubah bahasa video tersebut.

Video yang telah disimpan oleh guru secara automatik akan

dipaparkan di dalam halaman guru. Video tersebut juga secara

langsung boleh ditonton oleh pelajar di halaman pelajar masing-

masing.

41

Page 42: Penulisan ilmiah web 2.0

g. Pelajar boleh menggunakan proses yang sama seperti langkah ( e )

dan ( f ) untuk menghasilkan video bagi dinilai oleh guru dari

semasa ke semasa. Video yang dihasilkan oleh pelajar dapat dilihat

oleh guru secara terus dari laman guru sendiri.

4.5 Penutup

Dalam dunia yang semakin pesat membangun dengan ledakan teknologi ini,

para guru harus memberi penekanan teknologi dalam pengajaran dan

pembelajaran sesuai dengan peredaran semasa. GoAnimate boleh dijadikan

salah satu instrumen untuk menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) bagi

memudahkan pemahaman pelajar ataupun memberi penambahan ilmu

pengetahuan kepada pelajar seterusnya mencapai objektif pengajaran yang

telah ditetapkan. Aplikasi penghasilan video menggunakan GoAnimate ini juga

turut memberi kesan yang baik kepada pelajar di mana mereka akan

meningkatkan daya kreativiti yang ada dalam diri pelajar.

5.0 RUJUKAN

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya. 2005. Aplikasi

kognitif dalam pendidikan. Pahang Darul Makmur: PTS Profesional

Publishing Sdn. Bhd.

Gruber, Jonathan, and David A. Wise, eds. 1999.Social security and retirement

around the world.Chicago: University of Chicago Press.

Hasan Langgulung .2003. Asas – Asas Pendidikan Islam. Edisi Kelima. Jakarta:

Pustaka Al Husna Baru.

Kamus Dewan .1993. Edisi Baru, Kuala Lumpur: DBP

Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. 2006. Psikologi

Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

42

Page 43: Penulisan ilmiah web 2.0

Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah. 2002. Psikologi. Malaysia: McGraw-Hill Sdn

Bhd.

Mok Soon Sang. 2010. Pedagogi untuk Pengajaran- Pembelajaran. Selangor Darul

Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Snowman, J.& Biehler, R. 2006. Psychology Applied to Teaching. USA: Houghton

Mifflin Company.

43