Download - Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

Transcript
  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    1/64

    TRAVELOG

    Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    [XPDC HAMKA]

    MOTTO Transformasi Pem ikiran Merenta si Zaman

    TARIKH

    29 Disember 2009 12 Januari 2010

    TEMPAT

    Padang-Pariaman-Bukittinggi-Maninjau

    Sumatera Ba rat, Ind onesia

    ANJURAN

    Grup Peng ka ji Tamadun Dunia Unisel (GPTD UNISEL)

    KERJASAMA

    Glob a l Pea c e Mission Ma laysia (GPM)

    Dewan Da wa h Islamiyyah Ind onesia (DDII)

    Pond ok Pesantren Prof Dr Hamka (PPPDH)

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    2/64

    PENDAHULUAN

    Sejarah dan ketamadunan merupakan suatu perkaitan yang rapat. Di mana lahirnya

    tamadun, di situlah wujudnya sejarah. Kealpaan generasi muda menimba ilmu dan

    mengejar arus kemodenan telah membataskan minat dan fokus mereka untuk mengkaji

    tentang sejarah. Tanpa kita sedari, hal inilah yang bakal merosakkan minda anak-anak

    muda dan menjadikan kegemilangan tamadun lampau tenggelam ditelan zaman.

    Atas kesedaran terhadap perkara inilah, kami dari Grup Pengkaji Tamadun Dunia

    (GPTD) Unisel telah bermuafakat untuk menjalankan misi ke Padang-Pariaman-

    Bukittinggi-Maninjau Sumatra Barat, Indonesia. Misi ke sana bukanlah suatu

    pengembaraan yang sia-sia kerana kembara ini adalah membawa konsep Membawa

    Rahmat Ke Sekalian Alam. Pemilihan tempat ini dilakukan berdasarkan kelahiran tokoh

    agung di sana iaitu Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah atau dikenali dengan

    gelaran Buya Hamka.

    Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara,

    juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan

    profilik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam. Zaman remajanya seperti anak-anak

    muda lain. Dari seorang remaja yang nakal menjadi ulama yang tersohor. Transformasi

    yang berlaku dalam diri beliau sewajarnya menjadi ikutan dan dorongan kepada kita

    semua.

    Ini telah membuktikan bahawa setiap individu mampu berubah ke arah yang lebih baik,

    bergantung kepada kesungguhan dan inisiatif mereka untuk berusaha. Tidak ada yang

    mustahil di dunia ini. Inilah yang pihak kami cuba terapkan di kalangan mahasiswa

    Unisel yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang. Semoga dengan

    kembara ini akan membawa suatu perubahan dan paradigma kepada mahasiswa

    Unisel.

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    3/64

    OBJEKTIF

    1. Mengkaji Pengkisahan sejarah kehidupan Buya Hamka

    2. Melakukan aktiviti khidmat sosial dan kajian di Danau Maninjau

    3. Melatih sukarelawan muda dengan kerja-kerja khidmat sosio-budaya dan

    pendidikan di peringkat antarabangsa seperti:

    Pemetaan Komuniti Jorong Kukuban

    Pengajaran Bahasa Inggeris dan Matematik untuk pelajar

    PPPDH

    Mahasiswa bersama keluarga angkat

    Kem XPDC Hamka untuk pelajar PPPDH

    4. Membentuk sukarelawan muda yang bakal melakukan anjakan paradigma serta

    mendedahkan mereka dengan isu-isu antarabangsa dan dunia global dalam

    proses penjanaan minda yang positif dan cemerlang

    5. Membina jaringan antarabangsa terutamanya di kalangan belia dan mahasiswa

    Malaysia yang berada di Indonesia dan mahasiswa Indonesia

    PESERTA

    7 orang mahasiswa Universiti Industri Selangor

    4 orang aktivis Global Peace Mission Malaysia

    1 orang Pegawai Pengiring Universiti Industri Selangor

    TARIKH

    29 Disember 2009 hingga 12 Januari 2010

    Padang-Pariaman-Bukittinggi- Maninjau Sumatera Barat, Indonesia

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    4/64

    AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

    Penaung

    Prof. Madya Hj. Zainal Abidin bin Kidam

    Penasihat

    En. Izwan Suhadak bin Ishak

    Pengarah

    Junaidah bte Ismail

    Timbalan Pengarah

    Mohd Safarudin bin Jhinku

    Setiausaha

    Hdariyani binti Kampun

    Penolong Setiausaha

    Nur Aqliah binti Ariffin

    Bendahari

    Hafizah binti Azizan

    Ahli Jawatankuasa

    1.Muhammad Izzat bin Chiaril Anuar

    2. Siti Khadijah binti Abd Latif

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    5/64

    TRAVELOG

    ( 29 Disember 09 , Selasa) Hari Ke-1

    Rombongan bertolak dari LCCT jam 7.50 pagi (waktu Malaysia) dan tiba di Bandara

    Minangkabau jam 8.00 pagi (waktu Indonesia Barat). Kami dijemput oleh aktivis Dewan

    Dawah Islamiyah Indonesia (DDII) iaitu Sdr. Fauzan dan Sdr Afdinal. Dua buah Avanza

    telah siap disewakan khas untuk kami. Destinasi pertama kami adalah Islamic Centre di

    Kota Padang yang akan menjadi penginap untuk aktivis lelaki. Setelah tiba di sana, kami

    dibawa makan ke warung berhampiran untuk menikmati sarapan pagi. Selesai sarapan

    kami terus berbincang tentang rencana pergerakan kami agar boleh dibantu atur oleh

    pihak DDII. Mesyuarat ringkas dan beberapa keputusan telah dibuat untuk pergerakan

    ke Pariaman bagi meninjau kesan gempa dan ziarah mangsa gempa ke sana. Sebelum

    itu rombongan ke kediaman untuk penempatan aktivis perempuan berhampiran

    Universitas Negeri Padang.

    Jam 11.00 pagi kami bergerak ke Pariaman. Dalam perjalanan kami sempat singgah ke

    pasaraya untuk membeli sedikit jajan (ole-ole) untuk anak-anak mangsa gempa.

    Beberapa kotak yang mengandungi buku dan majalah daripada sumbangan Jabatan

    Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut dibawa untuk diedarkan di sana nanti. Dalam

    perjalanan kami singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat jama takdim zuhur-

    asar. Perjalanan kami terus ke destinasi di Kg Sg Limau dan bertemu dengan NGO di

    sana. Pelajar Islam Indonesia (PII) telah berada di sini selama satu minggu untuk

    mengisi kelapangan masa dengan mengajar al-Quran kepada anak-anak kampung.

    Kami bertemu dengan PII dan saling bersilaturahmi. Banyak idea yang bercambah dan

    kerjasama yang dapat dilaksanakan pada masa yang akan datang. Selepas

    perbincangan kami di bawa ke kelas al-Quran untuk mengisi slot. Beberapa aktiviti di

    buat ringkas dan penyerahan ole-ole, majalah dan buku-buku yang akan dapat

    ditempatkan di Sudut Pustaka. Lewat petang kami bergerak ke Padang untuk membuatpersiapan pertemuan dan dialog bersama mahasiswa Indonesia pada malam nanti.

    Pada malamnya pula pertemuan mahasiswa Islam yang menginap di Islamic Centre

    telah diatur untuk Dialog Ketamadunan antara Penasihat GPTD UNISEL, Saudara

    Izwan Suhadak Ishak (Naib Presiden GPTD Induk), dua orang wakil mahasiswa iaitu

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    6/64

    Saudara Khaidir (Perwakilan Santri Islamic Centre Al-Quds) dan Saudara Lucky

    Oktaviadi (Ketua Yayasan Amal Saleh Sumatera Barat) sebagai penalis. Diskusi yang

    dimodurasi oleh saudara Afdinal daripada Dewan Dawah dimulakan dengan

    penerangan ringkas tentang GPTD dan organisasi mahasiswa yang wujud di sini.

    Pusingan kedua Diskusi laluan diberikan kepada mahasiswa bertanyakan soalan

    kepada panel. Antara hasil diskusinya, semua bersetuju bahawa Malaysia Indonesia

    adalah satu rumpun. Maka tokoh pemikir seperti Hamka bukanlah milik Republik

    Indonesia sahaja tetapi seluruh ummat Islam di Asia Tenggara malah dunia. Pengkajian

    sejarah harus dikembangkan di kalangan anak muda agar semangat perjuangan ummat

    Islam sentiasa segar dalam jiwa setiap muslim. Faham Islamisasi Ilmu, gagasan Syed

    Naquib Al-Attas juga disentuh supaya pandangan keras terhadap fahaman-fahaman

    sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme dapat ditanggapi dan diuruskan dengan baik

    dan bijak. Jaringan GPTD akan terus dijalin dan mengajak mahasiswa Indonesia turut

    serta dalam usaha menyampaikan misi rahmatan lil alamin.

    (30 Disember 09, Rabu) Hari Ke-2

    Solat Subuh berjamaah di surau Islamic Centre seawal jam lima pagi tanpa bacaan doa

    qunut. Selesai solat majlis Kultum (Kuliah Tujuh Minit) bermula dengan tilawah daripada

    salah seorang mahasiswa yang sudah ditugaskan mengikut giliran. Jam lapan pagi kami

    semua bergerak bersiar-siar di sekitar Padang meninjau pemandangan indah dan kesan

    gempa yang berlaku pada September lalu. Seperti yang telah diaturkan, kami berangkat

    ke Universitas Andalas untuk pertemuan dengan mahasiswa Malaysia yang rata-ratanya

    jurusan perubatan. Kami saling berkongsi idea dan memperkenalkan Unisel dan

    menyatakan tujuan kami datang. Mereka nampaknya teruja dan berminat untuk turut

    serta dalam aktiviti kami di Maninjau nanti. Cuma mereka akan mengesahkan

    kehadiran mereka beberapa hari lagi.

    Sebelah petang kami bergerak ke Bukittingi. Rombongan kami akan disambut oleh

    Bapak Iyep serta isterinta iaitu Ibu Harlina. Mereka adakah staf Global Peace Mission

    Malaysia yang menguruskan projek Micro Finance. Perjalanan yang berliku-liku dan

    mencabar menyebabkan kami sampai lewat Maghrib. Kami di sambut mesra oleh Pak

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    7/64

    Iyep dan isteri. Pada malam itu juga kami dibawa bersiar ke Jam Gadang lokasi menarik

    di Bukittinggi. Kami saling cuba praktiskan bahasa minang yang telah dipelajari di Unisel

    dulu. Walaupun agak kaku dan pelik, tapi galakkan dan senyuman sentiasa terukir di

    kalangan masyarakat Minang sebagai tanda penghormatan.

    (31 Disember 09, Khamis) Hari Ke-3

    Seawal subuh kami bersolat di Masjid Baitul Jalal Muhammadiyah. Kali ini tiada Kultum,

    jamaah yang hadir juga kurang. Sekitar 10 orang yang sudah tua tetapi masih gagah.

    Maka kami mengambil inisiatif untuk mengadakan Kultum sendiri. Selepas itu kami terus

    berkumpul untuk mengadakan riadah pagi. Setelah selesai khidmat diri, kami dijemput

    oleh Pak Iyep untuk bersiar-siar ke sekitar Bukittinggi antaranya ke Lubang Japang dan

    Jam Gadang. Kami juga dibawa ke pejabat Baitulmal wat Tamwil (BMT) Baitul Hasanah,

    pejabat yang menguruskan projek GPM. Kami sempat singgah ke Kedai Buku Irama

    yang menawarkan buku-buku agama dengan harga yang berpatutan. Aktivis

    kebanyakkannya membeli terjemahan al-Quran. Lewat petang kami terus ke stesen bas

    untuk meneruskan perjalanan utama kami iaitu Maninjau.

    Perjalanan kali ini agak mencabar kerana kami bersendirian dalam kumpulan tiada yang

    mengiringi kami kecuali pegawai pengiring En Izwan Suhadak. Menarik laluan kami

    adalah kelok 44 yang mana seperti laluan zig-zag. Memang tajam dan menggerunkan.

    Tetapu pemandangan diluar bas sangat saujana mata memandang. Sambil diringi titisan

    hujan renyai. Di dalam bas kami berbual-bual penduduk tempatan saling kenal-

    mengenali. Jam empat petang kami selamat sampai di Jorong Kukuban, Maninjau.

    Pondok Pesantren Prof Dr Hamka (PPPDH) telah ditempatkan sementara di Mussola,

    Jorong Kukuban. Kami telah disambut oleh Pimpinan PPPDH, Drs Zainul Ariffin serta

    pelajar-pelajarnya dengan mesra.

    Kami diberikan sebuah rumah sebagai Pejabat Operasi kami. Penginapan aktivis lelaki

    adalah di Mussola manakala aktivis perempuan di rumah tersebut. Kemudian itu, kami

    diiring ke Mussola untuk bertemu dengan ustaz, ustazah, guru dan pelajar PPPDH. Drs

    Zainul Ariffin memberi ucapan aluan dan menjemput En Izwan Suhadak menyampaikan

    ucapan ringkas menerangkan tujuan kehadiran kami. Kami bersiap untuk solat Maghrib

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    8/64

    di Mussola. Selesai solat kami dibawa ke rumah salah seorang penduduk Jorong

    Kukuban yang merupakan sorang guru. Ketika ini sekolah masih bercuti. Kami

    dihidangkan dengan masakan yang sungguh enak. Masakan istimewa masyarakat

    Minang yang banyak berasaskan ikan.

    Malamnya kami berbincang dengan Ustaz Nasrullah tentang rencana kami sehingga

    tanggal 12 Januari sambil menikmati makan malam di rumah adik Ibu Nisma yang

    merupakan Pengurus Majlis Tabligh di Jakarta. Setelah Ustaz Nasrullah jelas dengan

    perancangan kami beliau bersetuju untuk membawa kami bertemu dengan Pak Jorong

    pada esok pagi kerana malam ini Pak Jorong agak sibuk dengan urusan kampung.

    Selepas Isya kami mengadakan perbincangan sesama aktivis untuk gerak kerja pada

    hari esok. Kami semua bersetuju untuk bergilir-gilir menyampaikan Kultum untuk solat

    subut dan maghrib. Arahan persedian sebagai khatib di kalangan aktivis lelaki ada

    minggu hadapan juga telah dimaklumkan.Bagi Jumaat minggu hadapan beberapa orang

    aktivis perempuan juga diminta bersedia untuk mengisi slot Kuliah Asyiah (kuliah kaum

    ibu sebelum solat Jumaat). Malam itu kami tidur nyeyak barangkali keletihan yang amat

    sangat.

    ( 1 Januari 2010, Jumaat ) Hari Ke-4

    Solat subuh berjamaah di Mussola yang sangat berhampiran Danau Maninjau. Kami

    dapat mendengar hempasan riak dan ombak air danau ke tebing surau. Selepas solat

    subuh seperti biasa adalah Kultum. Ustaz Hassan yang merupakan guru al-Quran

    adalah seorang Huffaz salah seorang lepasan pondok pesantren di Jawa. Beliau

    mempersilakan wakil daripada kami untuk menyampaikan tazkirah. Nampaknya aktivis

    kami terkejut dan terpinga-pinga atas jemputan itu. Maka En Izwan Suhadak tampil

    kehadapan menyampaikan tazkirah ringkas. Selepas itu, kami menjalankan aktiviti

    riadah sendiri di hadapan rumah, Pejabat Operasi. Kali ini pelajar perempuan PPPDHtelah menghantar sarapan pagi ke rumah Pejabat Operasi untuk kami semua. Kami

    terkejut juga dengan layanan mereka, Dimaklumkan penyediaan makan pagi, tengah

    hari dan malam disediakan sendiri oleh mereka dengan diketuai oleh isteri Ustaz

    Nasrullah.

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    9/64

    Selesai sarapan, kami bergerak beramai-ramai untuk bersilaturahmi ke rumah Pak

    Jorong Kukuban. Kami disambut mesra oleh beliau yang kelihatan usia belia. Wah baru

    belia sudah diamanahkan sebagai ketua kampung. Semangat ini patut dicontohi oleh

    masyarakat Malaysia dalam soal bermasyarakat. Kami menyatakan hajat dan keizinan

    untuk mengadakan program di sekitar Jorong Kukuban. Antara program yang

    direncanakan dan diterangkan kepada beliau adalah keluarga angkat, turun ke desa

    (TURDA), pemetaan komuniti, gotong royong bersama orang kampung, kem XPDC

    Hamka dan kajian tumpuan tentang sosio budaya masyarakat minang.

    Pak Jorong sangat mengalu-alukan agenda kami dengan memberi ruang dan peluang

    untuk menjayakan program yang kami rancang. Insya Allah untuk keluarga angkat Pak

    Jorong akan tinjau-tinjau orang kampung yang sudi untuk menerima anak angkat dari

    Malaysia. Malam nanti akan berlaku menyerahkan anak angkat kepada ibubapa angkat.

    Kami pulang dan bertumpu di Pejabat Operasi untuk menyediakan persedian borang

    kaji selidik untuk mengkaji tentang sosio budaya masyarakat Minang dan sejauh mana

    masyarakat di Jorong Kukuban mengenali Hamka sebagai seorang tokoh.

    Kemudian, Drs Zainul Ariffin, Ustaz Nasrullah telah membawa kami mengelilingi Danau

    Maninjau dengan menaiki van rasmi PPPDH. Walaupun rasmi, sebenarnya keadaan

    van tersebut sangat uzur tetapi cukup memuatkan kami dan memberi peluang untuk

    menikmati keindahan danau. Kemudiannya destinasi yang utama dalam XPDC HAMKA

    adalah ke Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka di Sg Batang. Rumah yang

    menyimpan koleksi karya-karya Buya Hamka dan barang peribadi beliau. Kami sangat

    teruja ketika Ibu Nisma menceritakan kisah Buya Hamka kepada kami. Beliau pernah

    bertemu Hamka dan salah seorang pengkagum Hamka. Beliau merupakan jiran

    tetangga dengan anak-anak Hamka seperti Pak Rusydi di Jakarta. Rakaman temubual

    juga sempat dilakukan oleh aktivis Noraqliah dan Hdariyani untuk memahami

    gagasan besar dan semangat perjuangan Hamka.

    Hari ini Jumaat, satu masjid telah bersiap sedia menerima kehadiran kami untuk

    menyampaikan khutubah. Kali ini adalah giliran Sdr Ammar, aktivis GPM. Beliau dipilih

    kerana terpaksa pulang awal ke Malaysia akan mendaftar diri ke UniKL pada hari sabtu

    esoknya. Maka kami terus ke destinasi dan Sdr. Ammar pun selamat menyampaikan

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    10/64

    khutubah dalam bahasa Melayu yang mirip bahasa Minang di Masjid Al-Huda, Sg.

    Tampang, Desa Pantai Barat . Sementara kami solat Jumaat, aktivis perempuan

    menikmati makan tengah hari menemani Ibu Nisma yang turut serta. Menarik di sini

    adalah selepas solat Jumaat, Pak Jorong dan kariah akan bermesyuarat untuk

    membincangkan isu dan masalah yang berlaku di kampung mereka. Dari orang tua

    hinggalah ke anak muda semuanya turut terlibat memberi idea dan kritik secara terbuka.

    Maka ini adalah suatu gambaran demokrasi dari kalangan masyarakat Melayu teleh

    berlaku lama. Selepas solat kami singgah ke Batu Nanggai yang merupakan

    penempatan asal PPPDH yang telah ditimpa gempa bumi dan tanah runtuh. Tetapi

    keadaan tidak mengizinkan kerana cuaca mendung. Masyarakat tempatan juga tidak

    berani ke sana sekiranya cuaca hujan kerana masih berlaku kejadian gelongsoran

    (tanah runtuh).

    Pada sesi malam selepas Maghrib kebiasaannya Ustaz Hassan akan bertilawah secara

    berjamaah bersama pelajar PPPDH. Kami juga turut meraikan dan menyertai majlis

    tilawah tersebut. Selain menabur bakti di sini, kami mengambil peluang untuk belajar

    dan hidup secara pondok bagi merasaikan keseronokan dan susah payah menjadi

    seorang pelajar pondok. Inilah konsep yang cuba diterapkan oleh En Izwan Suhadak

    kepada aktivis iaitu Belajar, Mengajar dan Diajar.

    Selesai itu kami terus berkumpul di Pejabar Operasi untuk mendengar taklimat Program

    Penyerahan Keluarga Angkat oleh Ustaz Nasrullah. En Izwan Suhadak juga

    memberikan nasihat agar menjada adab bersama keluarga angkat. Anggap mereka

    seperti keluarga kandung., pesan En Izwan Suhadak. Diluar sudah kedengaran bunyi

    ketukan rebana dan gendang yang dipalu oleh anak muda Jorong Kukuban. En Izwan

    Suhadak meminta setiap aktivis untuk menuliskan surat wasiat. Kami bergerak ke rumah

    keluarga angkat dan setiap keluarga akan menerima dua orang anak angkat. Setiap

    ibubapa angkat sangat gembira dengan kehadiran kami. Ammar tidak dapat menyertai

    program ini kerana terpaksa pulang awal esok pagi selepas subuh.

    ( 2 Januari 2010, Sabtu ) Hari Ke-5

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    11/64

    Seperti selalu Solat subuh berjamaah di Mussola bersama pelajar PPPDH. Giliran

    Ammar menyampaikan Kultum yang berkaitan dengan Aqidah Islamiyyah. Selesai

    kultum kami bersiap untuk menghantar Ammar pada jam tujuh pagi. Ammar sudah

    bersiap sejak malam tadi lagi di Pejabat Operasi bersama En Izwan Suhadak dan

    menunggu travel (kenderaan MPV) untuk ke Bandara Minangkabau di hadapan rumah.

    Turut hadir Ustaz Nasrullah, Sarah dan Rafiqah. Aktivis yang lain mungkin sedang sibuk

    bersama aktiviti dengan keluarga angkat. Kami tunggu bersama untuk menghantar

    Ammar buat kali terakhir di Maninjau. Walaupun sekejap kami bertemu tetapi ukhwah

    kami sangat erat dan rasa sedih ketika keberangkatan Ammar. Insya Allah kita bertemu

    lagi di Malaysia.

    En Izwan Suhadak mengikut Ustaz Nasrullah ke keramba (sangka ikan di pinggir Danau

    Maninjau). Sedangkan yang lain sedang menemankan keluarga angkat masing-masing

    ada yang ke danau membantu bapa menangkap ikan, ada yang ke kolam ikan dan ke

    sawah padi, ada yang membantu ibu tunggal menjemur padi dan mengutip buah pala

    dan pinang. Menarik di sini adalah pengangkutan selain travel (MPV), bas dan

    angkutan. Motor atau disebut sebagai ojek yang digunakan sebagai teksi motor. Cara

    untuk menahan sangat mudah hanya dengan mengangkat tangan untuk menahan motor

    tersebut sambil menyebut Ojek...!!!. Ianya sangat melucukan buat kami semua. Jiran

    kami di sebelah rumah Pejabat Operasi adalah Uni Ati yang sangat ramah. Malah beliau

    menawarkan motornya untuk digunakan jika mahu kemana-mana. Kami sangat terharu

    dengan layanan masyarakat di sini. En Izwan Suhadak telah menggunakan motor Uni

    Ati untuk ke Pasar Maninjau untuk singgah ke Kafe Siber melaporkan aktivis semasa

    melalui blog (http://gptdunisel.blogspot.com)

    Selepas zuhur kami berkumpul untuk mendengar pengalaman masing-masing secara

    ringkas. Untuk rekod Safarudin dan Izzat rasa agak kurang sihat kesan mandi di danau

    dan kembung perut kerana masuk angin danau. Rumah keluarga angkat merekamemang sangat hampir dengan danau. Junaidah pula demam dan gastrik. Mungkin

    tidak sesuai dengan makan tempatan. Uni Ati juga membantu dari segi ubatan dengan

    memberi minyak angin. Malah pelajar PPPDH menyediakan air teh halia bagi

    menghilangkan angin dalam perut. Sementara itu aktivis yang lain masing-masing

    membuat persediaan sendiri untuk melakukan kajian tumpuan.

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    12/64

    Aktivis Izzat diminta untuk menyelaraskan Kem XPDC Hamka yang akan laksanakan

    pada Jumaat minggu hadapan. Safarudin, Khatijah, Sarah dan Rafiqah membuat

    perbincangan modul Bahasa Inggeris untuk dilaksanakan pada sesi persekolahan yang

    akan dibuka pada hari Isnin hadapan. Sekarang ini sekolah masih sedang bercuti

    kerana ini kami memanfaatkan dengan program keluarga angkat. Pelajar-pelajar

    PPPDH yang tidak bercuti kerana mereka adalah anak yatim dan mualaf. Manakala

    Junaidah dan Aqliah pula membuat persediaan untuk ke TK (panggilan Tadika)

    menemani Uni Ati yang merupakan guru TK. Hafizah pula mengambil peranan membuat

    persediaan mengajar bahasa Mandarin dan Sains & Matematik. Hdariyani pula

    diamanahkan sebagai ketua Pemetaan Komuniti dan dibantu oleh Junaidah. Ilyas pula

    diminta untuk mengambil gambar program dan membuat kajian tumpuan yang berkaitan

    dengan flora.

    Seperti biasa maghrib berjamaah, dan bacaan tilawah kami berkumpul di Mussola

    bersama-sama pelajar-pelajar PPPDH untuk mendekati dan memahami pemikiran

    mereka supaya bila kami mula mengajar di dalam kelas lebih cepat mesra. Selesai solat

    Isya pihak Pimpinan danUstaz Ustazah mengadakan satu majlis penyampaian hadiah

    kepada mereka yang muntaz dalam peperiksaan tahun lalu. Seorang pengacara majlis

    yang petah dari kalangan pelajar membuat kami sangat teruja. Beliau bernama Putera

    Salmon. Nama orang di sini memang agak pelik dan mengelikan hati kami tetapi itulah

    yang kami rasakan sebagai satu keunikkan. Keberanian dan kelancaran beliau

    berpidato dan mengendalikan acara sangat memeriahkan program pada malam ini.

    Persembahan nasyid juga disampaikan oleh pelajar-pelajar perempuan yang sangat

    merdu suara mereka. En Izwan Suhadak dijemput untuk memberikan pidato ringkas

    kepada hadirin yang hadir. Selepas itu yang mengejutkan ialah MC telah meminta

    kakak-kakak daripada Malaysia untuk membuat persembahan nasyid kepada khalayak.

    Kami semua terpingga-pingga, kelu lidah muka merah tak terkata. En Izwan Suhadak

    sekali bangkit dan berkata, Kalau diberitahu awal akan kami siap-siap untuk

    menyampaikan persembahan tetapi ini kejut-kejutan, kata beliau sambil tersenggih.

    Oleh kerana MC dah panggil kakak-kakak daripada Malaysia maka saya

    mempersilakan aktivis perempuan untuk tampil menyampaikan persembahan, kata

    beliau mengejutkan aktivis perempuan. Tiada pilihan maka aktivis perempuan pun

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    13/64

    tampil ke hadapan dan menyanyikan lagu Opick yang berjudul Bersyukur dengan

    diketuai oleh Saudari Aqliah.

    Malam ini adalah pengalaman yang indah walaupun agak mengejutkan. Melucukan

    persembahan malam tadi adalah lirik yang tidak lancar oleh aktivis perempuan telah

    disambut oleh pelajar-pelajar perempuan PPPDH dengan menyanyi bersama-sama ala-

    ala konsert lagi. Kami dikunjungi oleh Ustaz Irfan daripada Dewan Dawah yang sedang

    menguruskan Posko di Sg Batang membantu penempatan semula mangsa gempa dan

    tanah runtuh yang kebanyakan daripada Batu Nanggai. Malah beliau menjemput kami

    untuk turun kelapang menjalankan trauma healingdi kalangan mangsa di sana. Malah di

    situ juga ada satu khemah besar untuk operasi TK. Insya Allah kami akan melakukan

    ziarah tinjauan untuk melihat keadaan awal di sana kemudian kami akan hantar aktivis

    untuk membuat program. Ustaz Irfan juga sangat gembiran dengan kehadiran kami dan

    ingin mengajak kami ke satu penemuan baru yang berkaitan dengan kajian hamka.

    Kami juga teruja dengan tawaran beliau. Selesai berbual panjang, beliau pulang ke

    rumah di Sg Batang.

    (3 Januari 2010, Ahad) Hari Ke-6

    Solat subuh jamaah diimamkan oleh Ustaz Hassan dan majlis Kultum pula disampaikan

    oleh aktivis Ilyas dengan tajuk taat kepda ibubapa. Selesai majlis aktivis terus pulang ke

    rumah keluarga angkat manakala En Izwan Suhadak mengikut Ustaz Nasrullah.

    Khatijah dan Aqliah turut serta ke Keramba bersama Ustaz Nasrullah untuk melihat

    aktiviti memberi makan ikan. Keramba ini diusahakan oleh pihak ustaz-ustaz untuk

    menampung kos operasi di PPPDH. Satu keramba mengandungi 4 petak. Satu petak

    boleh mengandungi 50 ribu ikan talapia. Hasil boleh diperolehi selepas empat bulan

    ternakan. Agak mencabar juga kerja ini kerana perlu mendayung sampan ke tengah

    danau yang dalam. Tetapi mudah bagi mereka yang telah biasa dan pandai berenang.

    Sekitar jam 10 pagi penduduk Jorong Kukuban mengadakan gotong royong ke

    Kubugadang. Lokasi baru pembangunan PPPDH. Kubugadang adalah kawasan tanah

    tinggi dan merupakan kampung tinggal kerana frasarana jalan raya yang tidak

    dibangunkan oleh pemerintah. Oleh itu orang kampung akhirnya berhijrah meninggalkan

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    14/64

    kampung tersebut, tetapi masih ada lagi yang tinggal kerana tiada pilihan. Aktivis yang

    bersama orang kampung turun untuk membersihkan semak yang telah menutup jalan

    laluan ke atas puncak Kubugadang adalah Izzat, Ilyas, Sarah, Rafiqah dan En Izwan

    Suhadak. Setiap orang yang hadir menyertai gotong royong akan di ambil kehadiran

    dengan mengisi Daftar Hadir Jorong Kukuban yang telah disediakan oleh Pak Jorong.

    Ketika dalam pertengahan perjalanan menuju puncak, kami diperlawa menjamah

    makanan yang telah siap dibawa oleh orang kampung sepeti kuih bahulu, pisang,

    rambutan dan air.

    Ketika sedang menikmati, kelihatan anjing datang ke arah kami. Orang di sini sudah

    biasa dengan anjing kerana memang mereka akan bawa ketika masuk kebun bagi

    menghalau babi yang sering merosakan tanaman mereka. Tetapi tidak biasa buat kami

    orang Malaysia. Maka kami pun buat-buat selamba sahaja. Memang anjing itu tidak

    mengganggu kami pun sekadar jalan berhampiran sahaja. Sedang aktivis Ilyas

    menikmati makanan dia tiba-tiba muntah. Wajahnya juga nampak pucat lesu. Barangkali

    giliran dia pula kerana rakan aktivis yang satu ibubapa angkat telah pun mengalami

    demam dan sakit perut. Oleh itu Ilyas di minta untuk turun ke bawah dan pulang ke

    rumah sambil di bantu oleh Izzat. Manakala aktivis Sarah dan Rafiqah pula tidak larat

    hingga ke puncak.

    Kini tinggal En Izwan Suhadak meneruskan perjalanan menunju puncak dengan

    ditemani oleh Ibu Ati dan Ibu Ras. Mereka ini memang simpleorangnya. Kebiasaannya

    jika kerja berat ini orang akan memakai seluar tetapi mereka memakai kain batik.

    Menarik di sini adalah setiap hari akan ada orang kampung yang akan turut bergotong

    royong secara bergilir-gilir membersihkan kawasan ini. Perjalanan lebih kurang lima

    kilometer hingga ke puncak Kubugadang. Selepas melalui denai yang licin dan becak,

    terpaksa meniti batang pohon yang tumbang, memanjat bukit dengan memaut pada

    akar pohon dan lain-lain lagi. Akhirnya kami sampai di puncak Kubugadang.

    Pemandangan sekitar yang cantik saujana mata memandang menghilangkan rasa penatdan letih. Dari sini dapat dilihat keluasan dan kebiruan air Danau Maninjau. Juga

    kelihatan kesan tanah runtuh disekitar bukit bukau dan gunung ganang yang

    mengelilingi Danau Maninjau. Sangat sesuai dibina PPPDH kerana lokasi dan udara

    yang nyaman akan membuatkan pelajar-pelajar menikmati dan menghayati ilmu

    dengan baik.

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    15/64

    Di atas langit mendung dan hujan rintik mulai turun seolah-olah tidak mengizinkan kami

    lama di sini. Maka kami terus bergerak pantas menurun bukit yang licin. Dalam

    perjalanan turun Ibu Ati sempat memetik pucuk paku untuk di bawa pulang. En Izwan

    Suhadak juga turut membantu memetik. Ada betul juga kata orang, antara menaiki dan

    menuruni bukit, menuruni lagi yang mencabar. Ketika menuruni beberapa kali tergelincir

    ke tanah kerana licinnya tanah sambil hujan rintik membasahi bumi. Ketika dalam

    perjalan menuruni orang kampung semua sudah kelihatan kerana sedang berehat di

    salah sebuah rumah tinggal menikmati makan tengah hari. Kami sabar menuruni dan

    dipelawa oleh salah seorang penduduk kampung di Kubugadang yang masih tinggal di

    sini untuk menikmati makan tengah hari. Nasi dan ikan masak sambil goreng, itu sahaja

    tetapi nikmat yang dirasai membuat kami rasa sangat enak dan kenyang. Ibu Ati dan Ibu

    Ras meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing sambil memegang kayu untuk

    dijadikan kayu api. Katanya Kalau balik dari kebun kena pulang dengan hasil iaitu kayu

    api untuk memasak.

    Akhirnya sampai juga ke rumah Operasi Pejabat dan berehat seketika sebagaimana

    telah dipesan oleh Ibu Ati di atas puncak tadi. Jika badan panas kerana aktiviti fizikal

    jangan terus mandi nanti kempung perut dan boleh demam. Kerana itu, rehat sekitar 10

    hingga 15 minit dan minum air masak untuk relaks dan sejukkan badan. Kemudian

    barulah boleh mandi dan bersihkan badan. Sementara aktivis lain sibuk mengemas

    rumah dan membuat persediaan modul pengajaran yang akan digunakan esok. Ada

    juga yang keluar membuat soal selidik tentang sosio budaya masyarakat minang dan

    ketokohan Hamka.

    Sebelah malam seperi biasa, selepas Maghrib bertilawah berjamaah dan majlis Kultum.

    Kali ini adalah giliran Junaidah menyampaikan Kultum. Walaupun baru sahaja sembuh

    daripada demam dan gastrik tetapi beliau gagahkan diri untuk menyampaikan tazkirah

    yang bertajuk ilmu. Pada malam ini kami makan bersama pelajar PPPDH dan UstazHassan dengan menggunakan talam. Idea ini telah dicadangkan oleh En Izwan

    Suhadak bertujuan mengeratkan ukhwah. Kerana berdasarkan pemerhatian beliau,

    pelajar PPPDH akan ke dapur selepas masakan siap untuk mengambil sendiri hidangan

    dan makan secara individu. Oleh itu pesanan pembelian talam melalui Pimpinan PPPDH

    Drs Zainul Arifin yang kebetulan ke Lubuk Pasong telah di buat. Sasaran dalam 10 biji

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    16/64

    talam. Tetapi yang dapat hanya 5 biji talam sahaja. Alhamdulillah dengan modul

    bersuap kegembiraan dan senyuman terpancar dikalangan pelajar PPPDH. Mereka

    akan saling suap menyuapkan secara bergiliran mengikut arah jam. Paling meriah ialah

    pelajar perempuan bersama kakak-kakak aktivis sambil gelak ketawa.

    Selasai solat Isya kami mengadakan mesyuarat untuk gerak kerja esok. Aktivis

    diberikan sejumlah wang bernilai 500,000.00 rupiah buat keluarga angkat. Sebagai

    terima kasih atas layanan mereka kepada kami. Malam ini adalah malam, terakhir tidur

    di rumah keluarga angkat kerana selepas ini aktivis perempuan akan bertumpun di

    rumah Pejabar Operasi manakala aktivis lelaki di Mussola. Peringatan juga, esok hari

    Isnin semua aktivis diwajibkan berpuasa sunat Isnin untuk merasai suasana berpuasa di

    negara orang. Maka masing-masing akan bersahur di rumah keluarga angkat. Hikmah

    berpuasa pula, dapatlah kami mengurangkan perbelanjaan dan lebih menjiwa

    bagaimana pendakwah berkorban untuk agamanya.

    ( 4 January 2010, Isnin ) Hari Ke-7

    Seruan azan oleh Ustaz Hassan mengejutkan orang kampung untuk hadir ke Mussola

    bersolat subuh berjamaah. Kemudian majlis Kultum kali ini disampaikan oleh Sarah

    dengan tajuk taubat. Ini adalah kali pertama Sarah menyampaikan tazkirah seumur

    hidupnya. Walaupun bergantung kepada buku tetapi penyampaiannya jelas dan sampai

    maksudnya kepada pelajar-pelajar PPPDH dan orang kampung yang hadir. Pagi ini

    kami tidak berkesempatan beriadah kerana bergegas ke rumah keluarga angkat

    masing-masing untuk bersiap dan bersedia untuk masuk ke kelas buat hari pertama

    persekolahan. Kecuali En Izwan Suhadak yang mengiringi Ustaz Nasrullah memberi

    makan ikan di keramba. Beliau sempat berpesan kepada ustaz agar dapat menangkap

    ikan lebih kurang 15 kilogram untuk juadah berbuka puasa bersama aktivis dan pelajar

    PPPDH. Kosnya nanti akan kami berikan kepada Pimpinan iaitu Drs Zainul Arifin sepertiyang dipersetujui.

    Sebagaimana dirancang, Safarudin, Khatijah, Sarah dan Rafiqah akan masuk ke kelas

    untuk mengajar bahasa Inggeris. Turut membantu mereka adalah Izzat, Hafizah dan

    Hdariyani. Pertemuan pertama lebih kepada membuat pemerhatian dan tinjauan

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    17/64

    sejauhmana kefahaman dan penguasaan mereka terhadap subjek pembelajaran.

    Kebiasaannya pada hari pertama guru dan ustaz belum masuk ke kelas lagi kerana ada

    urusan di sekolah dasar (SD). Sistem pendidikan di sini, guru sekolah pemerintah

    (kerajaan) dibenarkan mengajar di sekolah pensendirian seperti PPPDH bagi

    menyokong sistem pendidikan agama di sini. Oleh itu, kebiasaan minggu pertama jadual

    belum seiring antara SD dan PPPDH. Maka kehadiran kami di sini juga membantu

    mengendalikan pelajar-pelajar sambil melihat potensi yang ada. Sementara itu,

    Junaidah dan Aqliah akan mengikut Uni Ati ke Perhimpunan Guru-Guru TK seluruh

    Maninjau.

    Keadaan kelas sementara yang daif agak menyedihkan kami. Hanya berdinding separa,

    jika berdiri sudah pasti nampak kepala guru yang sedang mengajar. Tetapi

    kesungguhan pelajar menuntut ilmu menguatkan keazaman kami mengajar mereka.

    Setakat ini hanya ada dua orang guru sahaja yang sampai dan sedia mengajar itu pun

    Ustaz Hassan dan Ustaz Nasrullah yang memang tinggal di sini. Mereka mengajar di

    dalam Mussola sahaja. Manakala kelas yang lain aktivis yang mengendalikan kelas. Ada

    yang mengajar bahasa Inggeris, Mandarin, Matematik, Fekah, al-Quran. Pelbagai modul

    digunakan untuk mengajar mereka ada yang aktif dan ramai yang pasif. Barangkali

    pertemuan pertama belum memecahkan tembok pemikiran yang ada. Rutin di PPPDH

    waktu solat sunat Dhuha adalah wajib. Maka mereka kena berkumpul di Mussola untuk

    solat bersama.

    Sampai tengah hari mereka akan berhenti seketika untuk solat Zuhur dan sambung ke

    kelas sehingga jam dua petang. Sebelah petang pelajar bebas membuat aktiviti masing-

    masing. Maka aktivis mengambil peluang untuk menjalankan kajian tumpuan di samping

    meneruskan pemetaan komuniti. Sementara itu Hdariyani dan beberapa aktivis

    perempuan menjenguk dapur untuk membantu pelajar perempuan PPPDH

    menyediakan bahan-bahan masakan pada sebelah malam nanti. Pengalaman menarik

    yang dapat kami rasai adalah menggiling cili. Walaupun penat, ukhwah yang terbinasemasa melakukan kerjasa bersama pelajar amat dirasai. Mereka walaupun masih

    muda remaja tetapi sudah terlatih untuk menyediakan makanan untuk 50-60 orang

    pelajar dan ustaz.

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    18/64

    Menanti solat Maghrib berjamaah di Mussola ketika perut berbunyi kerana kelaparan

    adalah suatu yang mencabar. Setakat ini belum kelihatan hidangan untuk berbuka.

    Sedangkan waktu berbuka sudah semakin hampir. Maka En Izwan Suhadak pergi

    meninjau ke asrama puteri yang mana terletaknya dapur. Semuanya sudah siap Cuma

    tinggal untuk diangkat. Maka En Izwan Suhadak meminta aktivis lelaki untuk membantu

    mengangkat talam yang sudah terisi ikan talapia ternakan PPPDH, sayur dan keropok.

    Kalau di sini ikan talapian lebih dikenali sebagai ikan Nila. Makanan kali ini lebih

    menyelerakan sempena majlis berbuka puasa.

    Apabila berkumandang azan, maka yang berpuasa pun minum segelas air sebagai

    syarat berbuka. Kami bersolat berjamaah dahulu dan kemudian bertilawah. Kali ini tiada

    Kultum kerana menghormati kami yang ingin berbuka puasa yang lebih berat. Walaupun

    pelajar PPPDH tidak berpuasa tetapi kami mengajak mereka menikmati jamuan

    bersama. Berdasarkan makluman daripada senior GPTD, keadaan mereka yang daif

    dan makanan mereka juga ringkas dan jarang untuk menikmati ikan atau ayam. Maka ini

    memang niat kami untuk menaja makanan mereka selama seminggu sejak

    perancangan daripada Malaysia lagi. Oleh malam ini telah tertunailah hajat kami dan

    penajaan yang memberikan sumbangan. Insya Allah esok kami akan ke pasar basah di

    Sg Batang untuk membeli bahan dapur bagi stok makanan seminggu.

    Selepas solat Isya kami berkumpul di rumah Pejabat Operasi untuk bermesyuarat dan

    bermuhasabah jika ada kesilapan yang berlaku. En Izwan Suhadak telah mengarahkan

    setiap aktivis menjadikan rumah Pejabat Operasi kelihatan betul-betul pejabat bukan

    rumah kediaman. Supaya mod aktivis sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berkerja.

    Selain itu aktivis di minta menyediakan sampul surat masing-masing dan tampal di pintu.

    Tujuannya adalah untuk memasukkan nasihat daripada setiap aktivis. Setiap hari

    semua aktivis di minta untuk menulis nasihat kepada setiap rakan aktivis yang lain.

    Kemudian masukkan ke dalam sampul yang tersedia. Ini untuk melatih aktivis supaya

    saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Malam itu juga kami di mintaoleh En Izwan Suhadak membaca wasiat yang telah kami siap pada hari sabtu awal

    pagi. Setiap orang mula membacakan wasiat masing-masing. Ada yang emosi dan

    menitiskan air mata. Kami sangat terkesan dengan bacaan wasiat ini, rasa seperti akan

    pergi jauh meninggalkan orang yang kita sayangi. Selepas selesai bacaan wasiat,

    aktivis lelaki bergerak ke Mussola dan yang lain tidur di rumah sahaja. Hdariyani,

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    19/64

    Hafizah dan Junaidah pulang ke rumah Ibu Wazni, ibu angkat mereka kerana telah

    berjanji.

    (5 Januari 2010, Selasa) Hari Ke-8

    Rutin kami seperti biasa, solat Subuh berjamaah. Majlis Kultum akan disampaikan oleh

    Hdariyani dengan tajuk syukur. Tetapi ditunggu-tunggu tidak muncul tiba. Maka

    Safarudin secara sukarela telah kehadapan menggantikan giliran Hdariyani. Selesai

    sudah kami pulang ke rumah bersiap untuk aktiviti di dalam kelas. Pagi ini pendekatan

    lebih rancak dan banyak berbentuk permainan dan soal jawab. Ini strategi untuk menarik

    perhatian pelajar yang pasif. Nampaknya strategi ini agak berjaya walaupun ada satu

    dua yang masih belum bertindak. Kami teringat pesan Hj Mohd Asri Abdul (CEO GPM),

    Orang Indonesia jangan diberi peluang untuk bertanya kerana kita akan tergamam.

    Peranan Safarudin, Sarah, Rafiqah dan Khatijah banyak membantu sesi pengajaran

    bahasa Inggeris. Hafizah pula sekarang telah di panggil kak Amoi kerana wajahnya

    yang iras orang cina. Ini menunjukkan kemesraan sudah terjalin. Tiada lagi jurang

    antara aktivis dan pelajar. Lebih kepada hubungan adik dan kakak, abang. Hubungan

    kekeluargaan. En Izwan Suhadak bersama Izzat pula pergi ke Pasar Sg Batang

    bersama Ustaz Hassan dan isteri Ustaz Nasrullah. Kami akan belanja barang dapur

    untuk stok seminggu. Macam-macam juga keperluan yang dibeli antaranya cili, bawang,

    kicap, sos cili, sayur, buah limau dan lain-lain lagi. En Izwan Suhadak juga telah belikan

    satu tong gas untuk digunakan di asrama. Kerana masa yang agak lama digunakan

    untuk memasak bagi jumlah yang besar. Oleh itu dengan pembelian gas akan

    mempercepat dan mempermudahkan pelajar PPPDH.

    Selepas solat zuhur, pembahagian kumpulan di kalangan aktivis telah dibuat.

    Sebahagian aktivis akan ke Posko Sg Batang untuk ziarah mangsa gempa bumi dan

    bertemu Ustaz Irfan yang berjanji untuk temukan penemuan baru tentang Buya Hamka.Aktivis yang terlibat adalah Ilyas, Aqliah, Sarah, Rafiqah dan Khatijah diketuai oleh En

    Izwan Suhadak. Sementara yang lain ada yang melakukan kajian tumpuan dan

    menolong pelajar perempuan memasak di asrama puteri. Di PPPDH, Junaidah,

    Hdariyani dan Hafizah yang berhajat membantu pelajar perempuan tidak kesempaian

    kerana mereka telah pun selesai masak. Kebetulan pula mereka sedang mandi di

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    20/64

    danau. Dek kerana melihat keseronokan mereka bermandi, kami pun teruja. Hdariyani

    dan Junaidah yang tidak tahu berenang hanya berada di tepian sahaja. Hafizah yang

    sudah lama tidak berenang cuba-cuba turun ke anak tangga sementara pelajar

    perempuan sedang berenang di tengah danau. Ketika menuruni anak tangga, Hafizah

    tenggelam ke dalam kerana tidak menyangka tiada anak tangga lagi. Pelajar perempuan

    PPPDH terus memaut Hafizah yang lemas yang menarik ke benteng. Kejadian cemas

    itu sangat membimbangkan kami. Takut-takut tenggelam terus bagaimana ingin

    dimaklumkan kepada kaum keluarga. Lebih-lebih lagi wasiat telah pun dibacakan. Kami

    pun terus pulang ke rumah bersiap untuk solat Maghrib. Sementara satu kumpulan

    aktivis yang ke Posko telah meninjau-ninjau keadaan mangsa. Insya Allah akan dihantar

    aktivis untuk mengisi program TK di salah sebuah khemah besar. Ketika di Posko Ustaz

    Irfan memberi taklimat. Beliau adalah koordinator yang menguruskan posko tersebut.

    Jumla pengungsi yang berada di Sg Batang adalah 508 Ketua Keluarga dengan 1987

    orang semuanya. Mereka yang tinggal di dalam khemah seramai 170 ketua keluarga

    dengan jumlah 705 orang. Selebihnya ada yang tinggal bersama kaum keluarga

    terdekat. Jumlah khemah yang dibekalkan adalah berjumlah 96 buah.

    Kami kemudian di bawa berjalan kaki merentas Kampung Sg Batang untuk menuju ke

    arah Makam Syeikh Guguk Katur. Perjalanan lebih kurang dua kilometer menuju ke arah

    sebuah bukit yang menempatkan makam tersebut. Aqliah berperanan sebagai wartawan

    melaporkan penemuan itu. Manakala Rafiqah berperanan sebagai juruvideo

    merakamkan dokumentari tersebut. Ketika sampai di kaki bukit, Ustaz Irfan

    menerangkan salasilah Buya Hamka. Nama sebenar beserta gelarannya adalah Tuanku

    Syeikh Prof Dr Hj Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) (kaum Muda). Nama bapanya

    pula adalah Syeikh Dr Abdul Karim Amrullah (kaum Muda) orang pertama yang

    mendapat gelaran Dr daripada Universiti Al-Azhar dari Indonesia. Juga mendapat

    panggilan Dr Fiddin kerana pakar dalam bidang usuluddin. Datuk kepada Hamka pula

    adalah Syeikh Amrullah (kaum Tua). Ibunya Syiekh Amrullah pula bernama Saerah.

    Bapa kepada Saerah adalah Syeikh Abdullah Salleh (kaum Tua) atau dikenali jugasebagai Syeikh Guguk Katur. Bapa kepada Syeikh Abdullah Salleh adalah Abdullah Arif

    (Pahlawan Paderi) atau dikenali juga sebagai Tuanku Pariaman. Ini menggambarkan

    bahawa Buya Hamka adalah keturunan Ulama.

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    21/64

    Penemuan Makam Syeikh Guguk Katur adalah suatu yang di luar jangka buat kami.

    Ustaz Irfan maklumkan, kami adalah orang awal yang mengetahui tentang penemuan

    makam ini. Maka beliau meminta kami untuk mewar-warkan penemuan kepada

    khalayak di Malaysia. Hajat beliau, insya Allah akan kami tunaikan. Kami bersama-sama

    ustaz membacakan doa. Syeikh Guguk Katur wafat pada tahun 1285 hijiriah. Selepas itu

    kami meneruskan perjalanan kami menuruni bukit menuju ke Masjid Syeikh Amrullah

    (Datuk kepada Buya Hamka). Hanya terdapat sedikit kesan gempa pada bahagian

    menara masjid ketika di lihat dari bukit. Ustaz Irfan maklumkan Masjid Syeikh Amrullah

    telah dirasmikan oleh Tn Hj Ahmad Azam, Pengasas GPTD. Sebelum menuruni anak

    tangga ke masjid, kami singgah ziarah terlebih dahulu ke Makam Syeikh Amrullah. Batu

    nisannya besar tetapi tiada tertulis apa-apa berbeda dengan Syeikh Guguk Katur tadi.

    Cuma makam ini telah diisyitiharkan oleh pemerintah sebagai Situs Cagar Budaya

    (monumen warisan negara). Selepas membaca doa bersama kami bergerak menuruni

    anak tangga ke masjid.

    Menarik di sini adalah tempat berwuduknya. Tiada kepala paip berbeda dengan tempat

    wuduk yang ada samada di Malaysia atau Indonesia. Ini sangat mengujakan kami. Air

    yang mengalir adalah terus daripada air gunung (sungai) melalui tempat wuduk.

    Kemudian mengalir pula ke kawasan sawah mengairi tanaman. Kemudian barulah

    mengalir ke laluan parit kecil dan terus ke Danau Maninjau. Di tempat kami berdiri di

    sebelah menara masjid adalah bekas kolam air. Tetapi kini sudah di tutup kerana aktiviti

    orang kampung yang menggunakan kolam tersebut sebagai tempat memandikan anjing

    mereka. Kami agak terkilan dengan apa yang diceritakan oleh Ustaz Irfan.

    Perjalanan kami diteruskan ke Makam Syeikh Dr Abdul Karim Amrullah. Beliau wafat

    pada tanggal 21 Jamidilakhir 1364 bersamaan 3 Jun 1945 di Jakarta. Tetapi telah

    dipindahkan ke Maninjau dan dimakamkan di Sg Batang. Syeikh Dr Abdul Karim

    Amrullah dilahirkan pada tanggal 17 Safar 1296 bersamaan 9 Februari 1879. Sebelah

    makam beliau pula adalah makam saudara kandung yang bernama Syeikh YusofAmrullah. Berhampiran dengan makam tersebut ada sebuah pustaka milik ayah Hamka.

    Pustaka tersebut diberi nama Kutub Channah (sebut khannah) Al-Amrullah. Di dalam

    pustaka ini terkandung segala buku karya Syeikh Dr Abdul Karim Amrullah dan kitab

    arab yang dibawa daripada tanah arab semasa belajar di Al-Azhar.Majalah Panji

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    22/64

    Masyarakat juga ada di sini. Gambar para ulama dan sahabat Syeikh Dr Abdul Karim

    Amrullah juga tergantung pada dinding pustaka. Kitab jawi yang dikarang beliau sendiri

    juga tersimpan di rak pustaka. Hasil tulisan beliau sangat halus dengan menggunakan

    dakwat hitam dan merah. Juga al-Quran tulis tangan beliau terdapat di sini. Terdapat

    juga beberapa koleksi buka Buya Hamka disimpan dalam rak. Selepas bergambar

    kenangan, kami bergerak ke rumah Pak Hanif yang sudah pun menanti kami.

    Kami terpaksa menempuh perjalanan dua kilometer berjalan kaki dari Pustaka Al-

    Amrullah. Tiba di rumah kami terus ke belakang rumah untuk bergambar. Rumah Pak

    Hanif sangat dekat dengan danau. Pemandangan yang indah membuatkan kami

    terpegun. Kami masuk ke dalam rumah dan meminta izin bersolat Asar terlebih dahulu.

    Ustaz Irfan sudah jamak qasar takdim tadi. Maka kamilah yang sudah terlewat solat

    Asar. Selesai solat, Pak Hanif berkongsi pengalaman bersama Buya Hamka dan

    menyampaikan pesan dan kesan kepada kami buat bekalan dalam kehidupan. Pak

    Hanif adalah bekas pelakon filem, pengarah filem, penulis skrip. Sekarang beliau adalah

    pendakwah sepenuh masa bersama Muhammadiyah. Beliau juga diamanahkan sebagai

    pemegang amanah penjaga Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka. Dek kerana waktu

    sudah semakin suntuk kami beransur terlebih dahulu meninggalkan Pak Hanif. Kami

    berjanji akan bertemu lagi di museum untuk temukan aktivis yang lain sebelum pulang

    ke Malaysia.

    Dalam perjalanan pulang kami rasakan perjalanan ini betul-betul mencabar sesuailah

    dengan nama projek kami yang disebut Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka (XPDC

    HAMKA). Ahad lepas kami bersama masyarakat kampung bergotong-royong berjalan

    berbatu-batu sehingga ke puncak. Pada hari ini pula perjalanan kami sudah pun hampir

    10 kilometer kerana pulang ke Pejabat Operasi di Jorong Kukuban juga berjalan kaki.

    Sewaktu dalam perjalanan kedengaran azan Maghrib, pemandangan sudah mula gelap

    kerana hari sudah malam. Kami percepatkan langkah menuju destinasi. Tiba di rumah

    kami terus bersiap untuk solat Maghrib.

    Kami Isya berjamaah di Musolla bersama rakan aktivis yang lain dan pelajar PPPDH.

    Nampaknya mereka juga belum makan malam. Maksudnya kami tidak kelewatan.

    Selesai solat Isya kami menikmati makan makan dengan menggunakan talam. Anak-

    anak kampung yang bersolat di Musolla juga turut teruja dengan kaedah bertalam.

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    23/64

    Malah mereka pun kami ajak turut serta merasai suasana tersebut. Setelah selesai

    semua, kami berkumpul di Pejabat Operasi dan mengadakan mesyuarat. Mendengar

    laporan aktiviti daripada setiap aktivis. Seperti biasa, tamat mesyuarat aktivis

    perempuan tidur di rumah manakala aktivis lelaki bergerak ke Musolla untuk tidur di

    sana. Ustaz Hassan adalah salah seorang yang tidur di Musolla. Di sebuah bilik kecil

    bersebelahan dengan Mihrab Musolla. Pada malam ini kami berkongsi cerita bersama

    Ustaz Hassan. Rupa-rupanya Ustaz Irfan adalah teman baik beliau.

    ( 6 Januari 2010, Rabu) Hari Ke-9

    Selesai solat Subuh majlis Kultum telah disampaikan oleh En Izwan Suhadak dengan

    tajuk berkaitan ilmu. Kemudian kami semua akan bersiap dan berkumpul di Pejabat

    Operasi. Pelajar PPPDH pula telah menghantar sarapan nasi goreng pada pagi ini.

    Sebenarnya sarapan yang disediakan agak banyak dan tidak larat untuk kami habiskan.

    Maka berlakulah pembaziran. Ini agak menyedihkan kami. Maka kami berpesan kepada

    pelajar yang sediakan sarapan agar mengurangkan kuantiti agar tidak membazir.

    Aktivis seperti rutin akan masuk ke kelas mengajar. Bersebelahan kelas sementara

    PPPDH ada sebuah kelas Sekolah Dasar (SD). Maka kamu mengambil peluang

    bertemu dengan pihak pengurusan sekolah untuk meminta kebenaran menjalankan

    kajian tentang sosio budaya masyarakat Minang. Guru SD mengalu-alukan kehadiran

    kami dengan memaklumkan di sekolah memang ada subjek BAM. BAM adalah Belajar

    Adat Minangkabau. Oleh itu kami setuju untuk masuk ke kelas guru yang mengajar BAM

    pada jam 11 pagi. Aqliah yang bertanggungjawab untuk membuat kajian sosio budaya

    minang akan hadir ke kelas tersebut bersama Ilyas.

    Sementara itu, Junaidah dan Hdariyani pula pergi ke asrama sekitar jam 10 pagi untuk

    membantu pelajar perempuan menyediakan makanan. Tetapi malang sekali mereka,kerana semuanya sudah siap dimasak. Terkilan sekali lagi, jadi kami hanya membantu

    mengemas dapur. Terfikir juga kami bagaimana mereka mampu menguruskan

    kehidupan seharian dengan belajar, membuat kerja rumah, menghafaz Quran,

    membasuh baju dan memasak sendiri. Ini suatu pengalaman dan pengajaran buat kami

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    24/64

    apabila pulang nanti ke Malaysia akan kami bantu ibubapa di rumah dan rakan-rakan di

    kampus.

    Selepas Zuhur, aktivis meneruskan tinjauan dan kajian tumpuan masing-masing. Ada

    juga yang tidur keletihan. Cabaran semakin bertambah. Banyak tugasan kajian yang

    belum selesai. Laporan Pemetaan Komuniti belum lagi siap. Khatijah dan Junaidah

    sedang sibuk melakar peta Jorong Kukuban. Aqliah pula tekun melakar Danau Maninjau

    dan daerah kelilingnya. Masing-masing menjalankan kerja yang telah ditugaskan.

    Tiba Maghrib kami berjamaah di Musolla. Bertilawah bersama pelajar PPPDH. Majlis

    Kultum disampaikan oleh Hafizah dengan tajuk aurat. Berpandukan buku Hafizah

    menyampaikan dengan penuh semangat dan sekali-sekala keluar loghat Kedah. Ini

    sangat melucukan hadirin yang mendengarnya. Selesao solat Isya kami makan

    bertalam meneruskan tradisi yang biasa di pondok di Jawa. Kemudian kami bertumpu di

    Pejabat Operasi untuk melakukan mesyuarat dan muhasabah. Tidak banyak agendanya

    kerana semua kelihatan keletihan. Maka mesyuarakat lebih ringkas dan kemudian kami

    semua melakar mimpin indah. Semua aktivis dan pelajar telah pun dimaklumkan tentang

    puasa sunat hari Khamis. Malah pihak pondok juga akan sediakan makan untuk sahur.

    ( 7 Januari 2010, Khamis) Hari Ke-10

    Nampaknya yang bangun untuk bersahur hanya beberapa orang sahaja. Ini pun hanya

    minum air. Barangkali tidak larat bangun. Selesai sahur ringkas kami bangun untuk

    bertahajud beberapa rakaat selebihnya tidur. Azan berkumandang mengejutkan mereka

    yang tidur. Seperti rutin selesai solat Subuh, tibalah giliran Ilyas mengisi majlis kultum

    dengan tajuk nabi. Pada pagi ini tiada sesi pengajaran yang kami kendalikan. Kami telah

    berjanji dengan Pimpinan PPPDH, Drs Zainul Arifin untuk ke Batu Nanggai bagi melihat

    kesan gempa yang berlaku di sana.

    Maka setelah siap semua, kami bersarapan yang telah disediakan oleh pelajar PPPDH.

    Kami semua menunggu di Pejabat Operasi. Sementara menunggu, aktivis menggunaka

    kesempatan yang ada untuk menyiapkan beberapa tugasan yang belum selesai. Tiba-

    tiba Ustaz Nasrullah datang ke rumah memaklumkan bahawa Drs Zainul Arifin ada

    urusan pada pagi ini. Maka kami terus tukar pelan untuk ke kelas mengajar pelajar

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    25/64

    PPPDH. Ada beberapa buah kelas lagi yang belum dimasuki guru. Oleh ini kami

    manfaat ruang yang ada. Semasa di kelas pelajar-pelajar meminta untuk belajar bahasa

    Mandarin daripada Hafizah yang beliau belajar ketika di Unisel. Ini bermakna kehadiran

    kami ke sini diterima baik oleh mereka. Manakala sebahagian yang lain turun ke asrama

    puteri untuk membantu pelajar perempuan menyediakan makan malam. Seperti yang

    dipersetujui, kali ini aktivis Malaysia yang akan masak mengikut menu dan selera

    Melayu Malaysia.

    Sekitar jam 3 petang kami telah dipanggil oleh Ustaz Nasrullah untuk bersiap sedia

    untuk ke Batu Nanggai. Kerana beliau telah menyewa angkutan untuk ke sana. Mereka

    maklum akan pulang sebelum Maghrib. Maka sempatlah kami menyediakan masakan

    Melayu. Kami berhimpitan di dalam van tersebut. Destinasi pertama ketika tiba di Batu

    Nanggai kelihatan kesan tanah runtuh dan batu hidup besar menimpa rumah. Sungguh

    menyedihkan dengan keadaan yang berlaku. Kami meneruskan perjalanan, tetapi kali

    ini aktivis lelaki duduk di atas bumbung. Antaranya adalah Ilyas, Safarudin dan Ilyas.

    Maka selesalah sedikit yang duduk di dalam. Perjalanan kami terus ke destinasi asal

    PPPDH. Keadaan di sana agak memilukan hati kami. Agak luas juga kawasan pondok

    dengan asrama puteri, putera, surau, pustaka dan rumah guru. Teruk terkena kesan

    gempa adalah rumah guru dan asrama putera. Bumbung asrama putera runtuh

    manakala rumah guru telah di masuki tanak dari gunung. Dibelakang asrama puteri ada

    sebuah batu hidup yang besar. Dengan izin Allah batu ini telah menghalang runtuhan

    tanah dan batu menimpa asrama puteri dan surau. Maka selamatlah mereka, tetapi

    aliran tanah mengalir kesebelahan pondok.

    Ustaz Nasrullah berceritakan keadaan gempa. Ketika kejadian sekiat jam 5.20 petang

    beliau bersama Ustaz Dadun sedang memberi makan ikan di keramba. Manakala ada

    beberapa pelajar sedang berkebun dan ramai juga di asrama. Selalu juga berlaku

    gempa tapi sekitar 5 ke 10 saat. Kali ini gempa hampir 30 saat. Ikan dalam sangkar

    berkocakan. Selepas gemba berhenti pelajar, guru dan orang kampung di Batu Nanggaikeluar rumah. Ada yang menjerit dan menangis. Ketika keadaan yang kalut Ustaz

    Dadun telah menyampaikan Khutubah. Dengan penuh bersemangat meminta semua

    pelajar-pelajar dan orang kampung bertenang dan bersabar. Ini adalah ujian daripada

    Allah SWT. Maka Ustaz Dadun menguruskan pergerakan pelajar-pelajar keluar ke

    daerah yang selamat dengan menggunakan van putih kenderaan rasmi PPPDH. Orang

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    26/64

    kampun juga turut menumpang sekali. Ketika menjelang Maghrib, hujan turun lebat. Ini

    menyebabkan berlakunya pergerakan tanah. Maka banyaklah rumah yang ditimpa tanah

    runtuh. Terputuslah perhubungan jalan raya. Maka sekali lagi keadaan menjadi huru

    hara. Tiada pilihan melainkan bertawakal kepada Allah SWT dan menunggu bantuan

    daripada pemerintah. Akhirnya mereka masih di Batu Nanggai diselamat oleh bot

    penyelamat.

    Itulah secara ringkas pengkisah Ustaz Nasrullah kepada kami. Ketika meninjau sekitar

    PPPDH Safarudin melaungkan Muhammad selepas melihat awan yang menghalang

    cahaya matahari. Kami semua mengucapkan subhanallah kerana diberi peluang oleh

    Allah SWT melihat tanda-tanda kebesarannya. Kami tidak sempat mengambil foto

    kerana terpegun melihat kalimah tersebut. Waktu sudah agak lewat dan janji untuk

    masak menu Malaysia merisaukan kami. Maka kami bergerak pantas pulang ke Pejabat

    Operasi. Dengan jalan yang agak berliku maka kami rasa tidak berkesempatan untuk

    masak. Oleh itu Ustaz Nasrullah cuba menghubungi isterinya tetapi gagal. Maka sms

    harapan yang tinggal. Takut juga kalau-kalau mereka menanti kamu untuk masak

    sedang kesempatan masa sudah tiada lagi.

    Apabila sampai, alhamdulillah semuanya telah disiapkan oleh pelajar perempuan

    PPPDH dan isteri Ustaz Nasrullah. Kalau tidak kempunanlah untuk berbukan puasa.

    Kami sempat untuk bersolat Maghrib berjamaah dan berbuka puasa bersama.

    Berdasarkan kepada pemerhatian kami, jika ada kicap bersama ketika makan, nasi di

    talam akan habis. Agaknya itulah formula untuk tidak membazir. Kebetulan orang jawa

    memang suka kicap. Maka Ustaz Hassanlah yang sering menyebut-nyebut kicap untuk

    dinikmati bersama kerana beliau asalnya Jawa.

    Kami bersolat Isya bersama. Setelah selesai kembali ke Pejabat Operasi untuk

    meneruskan agenda rutin kami. Tetapi esok lebih mencabar kerana bermulanya Kem

    XPDC Hamka. Bacaan khutubah bagi aktivis lelaki dan Kuliah Aisyiah bagi aktivisperempuan. Setelah perbincangan dilakukan sebelah pagi esok Hafizah, Rafiqah dan

    Sarah akan mengisi slot kebersihan dan keselamatan. Kami kemudian teruskan agenda

    tidur untuk merehatkan diri di tempat yang rutin.

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    27/64

    ( 8 Januari 2010, Jumaat) Hari Ke-11

    Hari ini merupakan hari yang sibuk buat aktivis. Bermula pagi dengan solat Subuh

    berjamaah. Diikuti dengan majlis kultum oleh Khatijah yang bertajuk musafir.

    Berpandukan buku beliau sampaikan dengan sangat ringkas. Hadirin yang hadir juga

    agak terkejut kerana sekejap sahaja sudah tamat. Barangkali sedikit gementar, maka

    En Izwan Suhadak di minta oleh Ustaz Hassan untuk menambah tazkirah. En Izwan

    Suhadak berkongsi tentang bagaimana hamba boleh berkomunikasi dengan Allah.

    Selesai kultum kami semua kembali ke Pejabat Operasi untuk bersiap sedia dengan

    perancangan malam tadi.

    Pagi ini En Izwan Suhadak, Safarudin dan Izzat akan ke arah Batu Nanggai untuk

    menyampaikan khutubah atas permintaan orang kampung. Manakala Junaidah,

    Hdariyani dan Aqliah ditugaskan untuk menyampaikan Kuliah Aisyiah (untuk kaum ibu).

    Ustaz Wanto (guru bahasa Arab di PPPDH) sudah menghantar wakilnya untuk

    menjemput kami dengan sebuah angkutan (van). Turut serta dalam misi ini adalah Ilyas

    yang ditugaskan untuk mengambil foto aktiviti. Perjalanan kami terhenti-henti kerana

    pemandu mengambil penumpang yang ingin ke Batu Nanggai. Walaupun sebenarnya

    angkutan itu telah di sewa oleh Ustaz Wanto. Tetapi kami tidak kisah kerana angkutan

    yang masuk ke Batu Nanggai sangat jarang. Mungkin mereka ada keperluan untuk

    mengambil barang di sana. Sementara aktivis lain yang tinggal di Pejabat Operasi iaitu

    Hafizah mengetuai slot kebersihan dan keselamatan. Beliau akan dibantu oleh Rafiqah

    dan Sarah. Kami tiba di rumah Ustaz Wanto. Rumah beliau hanya sedikit terjejas

    dengan kesan retakan di bahagian bilik air.

    Di sini kami dijamu sarapan pagi yang agak berat. Kali ini kami makan banyak sedikit

    kerana selera masakannya mirip masakan melayu di Malaysia. Selesai sarapan, aktivis

    perempuan bergerak awal untuk mengisi kuliah kaum ibu. Ustaz Dadun (guru bahasa

    Inggeris) datang dengan moto speda (panggilan motorsikal). Hdariyani dan Aqliahdibonceng Ustaz Dadum dengan duduk mengiring dibelakang. Keadaan sebegini adalah

    biasa di Indonesia. Mereka akan dihantar ke sebuah masjid berhampiran dengan

    penempatan asal PPPDH. Manakala Junaidah mengikut isteri Ustaz Wanto ke Masjid

    Galapung berhampiran rumah beliau. Aktivis lelaki masih tunggu di rumah Ustaz Wanto

    sementara menunggu waktu solat Jumaat tiba. Beberapa minit kemudia, Hdariyani,

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    28/64

    Aqliah dan Ustaz Dadun patah balik ke rumah dan memaklumkan bahawa masjid yang

    mereka tuju tidak ada kuliah kerana kaum ibu tidak ada. Ini kerana kebanyak mereka

    sudah berpindah ke pengungsian di Posko Sg Batang. Oleh mereka terus ke Masjid

    Galapung untuk serta kuliah bersama Junaidah.

    Pergerakkan pertama aktivis lelaki adalah Safarudin bersama Ustaz Wanto. Ini kerana

    perjalanan yang berliku dan jauh di hujung Batu Nanggai menyebabkan mereka kena

    bergerak awal. Beberapa minit kemudian, Izzat pula bergerak ke masjid seterusnya.

    Selepas rombongan Junaidah, Hdariyani dan aqliah pulang ke rumah, En Izwan

    Suhadak dan Ilyas bergerak ke Masjid Galapung untuk menyampaikan khutubah. Di

    masjid kelihatan kesan retakan pada syiling dan pintu masuk. Khutubah pun

    disampaikan dengan penuh semangat oleh En Izwan Suhadak. Selesai solat Jumaat

    seperti kebiasaannya, orang kampun akan mengadakan mesyuarat untuk

    membincangan isu dan masalah yang terdapat di kampung. Isu yang mereka

    bincangkan adalah proses penempatan semula selepas gempa. Kami yang mendengan

    buat-buat faham sahaja kerana bahasa Minang mereka agak pekat.

    Setelah semua selesai kami semua berkumpul kembali di rumah Ustaz Wanto. Kami

    diajak sekali lagi menikmati jamuan, tetapi kali ini tengah hari. Habis makan, kami

    bergerak pulang ke Pejabat Operasi untuk mengendalikan Kem XPDC Hamka. Sebaik

    sahaja sampai kami terus berkumpul di Musolla dan membuat pengumuman melalui

    pembesar suara. Pelajar-pelajar seramai 60 orang pun berhimpun. Kami memberi

    taklimat program dan peraturan yang perlu peserta patuhi. Program ini ketuai oleh Izzat

    sebagai Kem Komandan. Ice breaking dan pembahagian kumpulan pun berlaku dengan

    setiap kumpulan dibimbing dengan dua orang fasilitator. Mereka di minta untuk mencari

    nama kumpulan dan sorakkan masing-masing.

    Sebelah petang kami beriadah bersama dengan modul bila kewek ditambat. Selepas

    beriadah peserta di minta bersiap untuk solat Maghrib dan meneruskan agenda yanglebih mencabar malam nanti. Seperti rutinan yang biasa, mereka bertilawah selepas

    Maghrib. Program malam burung hantu pun bermula selepas selesai solat Isya. Acara

    ini bertujuan untuk menguji keberanian peserta ada kepekaan kepada arahan. Bermula

    dengan mata mereka diikat dengan tali kain. Ketua akan ditarik oleh fasilitator ke dalam

    kelas untuk mengingat setiap benda yang mereka rasa dengan menggunakan tangan,

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    29/64

    hidung dan lidah. Antara benda yang ada adalah garam, bawang, cili, pasir, tanah, air,

    kasut, batu, kertas dan kuih. Setelah mereka mengingat, mereka perlu ke kumpulan

    masing-masing yang menyampaikan pesan kepada teman mereka dengan hanya

    berbisik. Peserta terakhir dalam kumpulan pula akan menulis di atas kertas dengan

    mata yang tertutup. Macam-macam ragam peserta dapat dilihat demi untuk memastikan

    kumpulan mereka menjadi juara. Setelah selesai, fasilitator mengiringi kumpulan demi

    kumpulan untuk di bawa pusing sekitar PPPDH dan menempatkan mereka secara

    berseorangan. Dalam keadaan tutup mata memang agak menakutkan juga kerana tidak

    tahu lokasi sebenar.

    Walaupun sebenarnya mereka hanya berlegar di keliling sekolah sahaja. Berdasarkan

    kepada pemerhatian kami kebiasaan kubur di sini, mereka akan ditempat di tepi atau

    dibekalang rumah kediaman. Jadi ini menambah ketakutan para peserta yang tinggal

    seorang diri untuk malam burung hantu. Setelah hampir 30 minit, mereka pun

    dikumpulkan di dalam Musolla dan diminta untuk membuka tali ikatan. En Izwan

    Suhadak membuat kesimpulan, hikmah malam burung hantu. Ada fasilitator yang

    maklumkan ada yang menangis kerana ketakutan ketika duduk sendirian tadi. Aktivis

    juga pulang ke lokasi masing-masing untuk berehat tidur setelah taklimat ringkas

    tentang program esok disampaikan oleh Izzat.

    ( 9 Januari 2010, Sabtu) Hari Ke-12

    Kalau mengikut perancangan semua peserta kena bangun untuk qiamulail. Tetapi yang

    hadir hanyalah segelintir sahaja. Barangkali kerana keletihan malam tadi. Kami semua

    bersolat Subuh berjamaah. Hdariyani menyampaikan tazkirah dalam majlis kultum

    dengan tajuk jangan bersedih hati. Penyampaian yang bersahaja membuatkan hadirin

    yang mendengar dengan penuh khusyuk. Selesai acara, peserta diminta bersiap untuk

    riadah bermodul.

    Riadah diketuai oleh Izzat dengan melakukan pemanasan badan. Diikuti dengan

    Aerobik Unisel yang telah di reka sendiri oleh Izzat, Junaidah, Aqliah, Hdariyani, Ritini

    (tidak ikut serta) dan Hafizah. Konsep pergerakan berdasarkan tarian mengikut negeri

    serta moden dan elemen seni mempertahankan diri. Nampaknya peserta sangat teruja

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    30/64

    dengan pergerakan yang ditunjukkan kepada mereka. Pergerakan bermula dengan mod

    perlahan, sederhana dan laju. Selepas itu aktiviti straw dan getah untuk melihat

    kerjasama pasukan dan persaingan sesama mereka.

    Selepas sarapan, modul seterusnya adalah Pembinaan Bandar. Peserta diminta untuk

    melakarkan peta pembangunan bandar mereka berdasarkan Jorong Kukuban. Jika

    mereka diberi amanah sebagai pemerintah bagaimana kemajuan yang ingin mereka

    lakukan. Maka selepas pemetaan di buat atas kertas mahjong. Dengan kreativiti peserta

    kena menghasilkan bangunan-bangunan dalam bentuk 3D supaya nampak lebih real.

    Berdasarkan aktiviti tersebut, terpancarlah kreativiti yang ada dalam diri mereka.

    Sesi pembentangan pun tiba, setiap kumpulan kena bentangkan hasil kerja mereka dan

    mempertahankan rasional setiap pembangunan yang dilakukan. Kumpulan diminta

    untuk bertanya soalan untuk melihat sejauhmana pasukan pesaing dapat menpertahan

    hujah mereka. Beberapa orang dikenal pasti memang memiliki potensi kepimpinan yang

    menyerlah. Walaupun masih muda tetapi kepetahan mereka berhujah membuatkan

    aktivis mahasiswa juga sedikit gentar.

    Selepas solat zuhur dan makan tengah hari acara diseteruskan dengan Explorace.

    Setiap kumpulan diberikan kata laluan dan mereka perlu ke destinasi untuk

    mendapatkan kata laluan seterusnya. Destinasi tersebut dipanggil check point dan

    fasilitator ditempatkan di situ untuk memberikan arahan dan aktiviti secara spontan.

    Kumpulan yang paling pantas kembali ke Musolla adalah yang dikira sebagai juara.

    Dalam cuaca yang panas, agak mencabar juga buat peserta dan fasilitator menjayakan

    aktiviti ini, tetapi dengan semangat waja akhirnya mereka berjaya juga. Selepas solat

    Asar, fasilitator menguji keupayaan daya fikir para peserta dengan bertanyakan soalan

    teka teki. Berlumba-lumba mereka untuk cuba menjawab, walaupun salah tetapi daya

    usaha untuk mencuba patut dicontohi.

    Sebelah malam, bermula solat Maghrib berjamaah dan bertilawah bersama-sama. Kami

    makan malam bertalam bersama Ustaz Hassan. Walaupun lauknya hanya sedikit tetapi

    keberkatan makan bersama adalah paling nikmat. Ditemani dengan kicap menambah

    selera para peserta. Selepas solat Isya modul diteruskan dengan cerita berantai. Cerita

    dimulakan dengan fasilitator dan disambung oleh peserta sehingga menjadi sebuah

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    31/64

    pengkisahan yang menarik berdasarkan pengalaman masing-masing. Pelbagai dialog

    spontan dan melucukan terpacul dari bibir para peserta. Kami tamatkan program

    tersebut awal supaya esok pagi dapat bangun bersama-sama berqiamulail. Fasilitator

    juga diberi taklimat ringkas tentang program pada hari esok kerana pagi akan ada

    gotong royong. Setiap kumpulan telah pun dibahagikan lokasi untuk melakukan kerja-

    kerja pembersihan.

    ( 10 Januari 2010, Ahad) Hari Ke-13

    Pagi bermula dengan qiamulail secara bersendirian di Mussola. Kali ini agak ramai

    berbanding semalam. Tiba waktu subuh, kami solat berjamaah dengan diimamkan oleh

    Ustaz Hassan. Kemudian peserta terus bersiap dan diminta berkumpul jam tujah pagi

    untuk bergotong royong. Sarapan hanya minum pagi, kami semua bergerak ke lokasi

    masing-masing untuk melakukan kerja-kerja pembersihan. Ada yang ke pinggir danau

    untuk menarik keluar sampah yang terkumpul. Semua sampah yang berjaya ditarik

    keluar dimasukkan ke dalam karung guni. Walaupun baunya agak kurang

    menyenangkan tetapi atas semangat misi rahmatan lil alamin fasilitator dan peserta

    turun juga. Kesungguhan dan kerjasama mereka dapat dilihat ketika mereka melakukan

    kerja.

    Kumpulan lain ada yang membersihkan tandas di belakang musolla yang berhampiran

    dengan danau. Tandas sebelum di cuci agak mengelikan tetapi selepas operasi

    pembersihan nampaknya lebih berseri. Peserta yang sudah selepas mencuci tandas

    mengambil peluang terjun ke danau untuk bermandi-manda. Fasilitator yang lihat

    mereka yang mandi berasa sangat bimbang kalau-kalau bahaya menimpa. Tetapi guru

    mereka sendiri kata biarkan kerana mereka semua pandai berenang.

    Sekumpulan yang lain ditugaskan membersihkan musolla, asrama putera-puteri, danpejabat PPPDH yang baru. Mereka melakukan dengan penuh kesungguhan. Guru dan

    ustaz juga turun bersama-sama kerja mengemaskan kawasan sekitar. Kebetulan hari

    esok, Isnin akan ada sesi temuduga guru untuk pengambilan guru baru. Maka

    bertepatan sangat program gotong royong yang kami anjurkan. Malah pimpinan PPPDH

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    32/64

    Drs Zainul Arifin juga turun kelapangan berpeluh mengangkat kayu papan dan batu bata

    untuk dialihkan. En Izwan Suhadak dan Ustaz Hassan pula asyik mengecat kantor.

    Selepas Zuhur, peserta berkumpul mengikut kumpulan untuk melakukan praktis

    nyanyian nasyid bahasa Inggeris. Ini bertujuan untuk melatih keberanian peserta-

    peserta dalam penggunaan bahasa Inggeris dikhalayak. Setiap kumpulan telah

    diberikan lagu yang kebanyakan adalah lagu Yusuf Islam. Mereka berlatih bersungguh

    sehingga belajar seni gerak seragam yang ditunjukkan oleh para fasilitator. Pelbagai

    gelagat yang dapat dilihat. Walaupun pada awalnya mereka sangat susah untuk

    menyebut dan mengeluarkan suara tetapi setelah dipujuk dan diberi galakan akhirnya

    mereka sangat seronok menyanyikan lagi tersebut.

    Maghrib pun tiba, kami semua bertilawah dan kemudian makan malam. Malam ini

    adalah malam kemuncak. Dinamakan Malam Luahan Jiwa. Setiap kumpulan diberikan

    undian dan giliran membuat persembahan. Acara pada malam ini dimulakan dengan

    bacaan doa oleh Ustaz Hassan. Pada awalnya, Ustaz Hassan tidak mahu kehadapan

    kerana kebiasaannya doa dibaca pada waktu akhir. Kami pula tidak maklum tentang

    perkara ini. Tetapi setelah dijelaskan kepada beliau, Ustaz Hassan memimpin bacaan

    doa. Di Malaysia bacaan doa dimulakan ketika awal majlis. Kemudian ucapan wakil

    pimpinan PPPDH oleh Ustaz Nasrullah. Acara dikendalikan oleh En Izwan Suhadak

    sendiri. Kumpulan pertama pun memulakan persembahan dengan penuh bersemangat

    dan bergaya.

    En Izwan Suhadak memberi ruang kepada para peserta yang ingin membuat

    persembahan bebas dipersilakan kehadapan. Persembahan spontan akan diselang-

    selikan dengan persembahan para peserta. Putera Salmon (panggilan Emon) hadir

    kehadapan ingin menjual pantun dalam bahasa Minangkabau. Kami juga kaget dengan

    permintaan Emon. Kebetulan Junaidah asal dari Melaka, maka kami menyahut cabaran

    itu. Persembahan seteruskan ditampilkan dengan penuh persona. Selesaipersembahan, Junaidah tampin kehadapan membeli pantun Emon. Gelak ketawa

    mengiringi pantun balas Junaidah.

    Persembahan tambahan dan spontan disampaikan oleh peserta lelaki dan perempuan

    dengan lagu nasyid daripada Kumpulan Nasyid Brothers. Kami terkejut juga dengan

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    33/64

    keupayaan mereka menyanyikan lagu daripada Malaysia. Kami sangkakan lagu-lagu

    daripada Malaysia tidak mendapat sambutan di sini. Nampaknya sangkaan kami

    meleset, terbukti mereka sangat sukakan lagu nasyid Malaysia. Malah kami juga

    sukakan lagu nasyid daripada Indonesia.

    Setelah tamat semua persembahan daripada para peserta, tiba giliran semua fasilitator

    membuat persembahan. Iringan muzik Kitaro melatari bacaan puisi daripada kami.

    Setiap fasilitator melontarkan kata hati mereka kepada peserta-peserta tentang rasa

    yang diamali buat pesan dan nasihat. Para peserta yang mendengar ada yang

    menitiskan air mata tersentuh dengan bacaan puisi kami. Kami juga terharu dengan

    respon yang mereka berikan. Ini bermakna kami berjaya dalam Kem XPDC Hamka.

    Alhamdulillah. Program ini diakhiri dengan bacaan wasiat oleh beberapa orang peserta.

    Nama mereka dipanggil dan diminta kehadapan untuk membacakan wasiat mereka.

    Sesungguhnya mati itu benar, yang hidup pastikan akan merasai mati. Ya Allah jika

    engkau takdirkan aku pergi dahulu meninggalkan orang yang aku kasihi dan sayangi

    inilah wasiat ku... .

    Setelah beberapa peserta membaca wasiat, satu perkara yang tidak disangka berlaku.

    Salah seorang peserta bernama Lanji yang merupakan pelajar mualaf berasal dari

    Pulau Nias telah diganggu jin. Ustaz Nasrullah terus merawar pelajar terbabit. Beliau

    minta kami teruskan bacaan wasiat. Tetapi keadaan masih tidak tenang, malah

    berjangkit pula kepada pelajar perempuan. Maka, En Izwan Suhadak meminta semua

    peserta memohon kepada Allah SWT memudahkan urusan kami dan bersama-sama

    membacakan al-Fatihah.

    Bacaan al-Fatihah membuatkan Lanji rasa kepanasan (sebenarnya jin yang panas)

    sambil berguling-guling. Maka lebih kuat lagi kami bacakan. Kemudian Ustaz Nasrullah

    minta kami berhenti baca untuk berbicara dengan jin tersebut. Sementara itu, Ustaz

    Hassan merawat peserta perempuan yang lemah semangat tadi. Seorang lagi pesertaperempuan terkena kerana lemah semangat. Kakak fasilitator membantu menenangkan

    mereka. Semua diminta berzikir mengingati Allah SWT. Sementara itu, fasiltator lelaki

    membantu memegang Lanji kerana diluar kawalan. Lanji cuba berlawan dengan Ustaz

    Nasrullah. Dimaklukan ada lima jin yang berada dalam badan Lanji. Satu telah ustaz

    sembelih dan satu telah ustaz Islamkan. Tiga lagi sudah keluar dari badannya.

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    34/64

    Semua diminta beredar dan pulang ke asrama masing-masing. Kecuali peserta lelaki

    diminta berikhtiqaf di Musolla bersama fasilitator. Nampaknya Lanji masih belum tenang

    lagi. Sedang Lanji baring dipenjuru Musolla tiba-tiba bangkit terus meluru ke pintu

    belakang Musolla. Membuka pintu dan memberi isyarat masuk dengan menggunakan

    tangan.Kami yang perhatikan kaget dan berhati-hati. Ustaz Hassan ada berpesan

    kepada En Izwan Suhadak tentang kekuatan dalaman sangat penting, walaupun jin

    sudah keluar dari tubuh seorang manusia, jin boleh kembali jika jiwa nurani dia kuat.

    Lanji merupakan pelajar yang suka termenung dan bersedih hati, lebih-lebih lagi ibunya

    baru meninggal tiga bulan yang lalu.

    Lanji mengambil sebotol air lalu memberikan kepada Ustaz Hassan. Bersebelahan ustaz

    adalah En Izwan Suhadak dan Izzat. Manakala Safarudin sedang makan ditepi sudut

    satu lagi bersama peserta yang kelaparan kerana penat membantu Ustaz Nasrullah.

    Ustaz Hassan menolak pelawaan Lanji. Kemudian diberikan kepada En Izwan Suhadak.

    Tetapi beliau buat tidak tahu sahaja. Diberikan kepada Izzat, botol diambil tetapi

    dipulangkan kembali kepada Lanji. Lanji terus melulu kepada Safarudin dan memberi

    botol yang beri air. Safarudin terus ambil dan cuba untuk minum. En Izwan Suhadak dan

    Izzat sempat memberikan isyarat agar tidak minum.

    Lanji semakin panas dan mencabar rakan-rakannya untuk berlawan. Lanji mengajak

    Ustaz Hassan untuk beradu tenaga tetapi tidak mendapat layanan. Lanji menarik-narik

    kain yang terlilit pada leher. En Izwan Suhadak membaca al-Fatihah, kemudian Lanji

    menggelupur. Ustaz Hassan juga membaca doa untuk menenangkan Lanji. Ustaz

    Hassan berbicara lembut kepada Lanji, anak, kesian pada ustaz dan teman-teman

    semuanya penat. Pergilah berehat dan tidur.... Kemudiannya Lanji terus ke sudut

    musolla dan berbaring tanpa mengganggu yang lain. Kami semua tidur sehingga waktu

    subuh.

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    35/64

    ( 11 Januari 2010, Isnin) Hari Ke-14

    Solat Subuh hari itu agak suram tetapi tenang. Lanji solat juga tetapi kelakuannya agak

    tidak senang duduk. Selepas selesai kami semua bersiap untuk membantu guru dan

    Pimpinan PPPDH melakukan temuduga. Sekitar jam 7.30 pagi kami bermesyuarat

    bersama semua guru-guru yang terlibat. Aktivis diberikan tugasan untuk membantu

    pendaftaran, mengambil foto dan menilai keupayaan guru-guru yang akan diambil

    mempu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. PPPDH menjangkakan dalam tempoh

    tiga tahun lagi bahasa pengantar di pondok adalah bahasa Arab dan Inggeris.

    En Izwan Suhadak dan Safarudin akan mengendalikan sesi temuduga bagi guru lelaki.

    Manakala Khatijah dan Sarah pula mengendalikan guru perempuan. Kami rasa

    berbangga kerana diberi penghormatan untuk menjalankan sesi temuduga ini. Sehingga

    tengah hari sesi berjalan dengan lancar. Selepas solat Zuhur berjamaah, En Izwan

    Suhadak meminta ruang kepada Pimpinan PPPDH, Drs Zainul Arifin untuk menjalankan

    Acara Majlis Perasmian Penutupan Kem XPDC Hamka. Beliau bersetuju dan minta

    semua pelajar berkumpul di Musolla. Acara penutupan dikendalikan oleh En Izwan

    Suhadak sendiri. Drs Zainul Arifin diminta untuk menyampaikan ucapan perasmian

    penutupan, dalam ucapannya beliau berpesan kepada para pelajar agar mengambil

    segala ilmu yang telah disampaikan oleh aktivis GPTD dan diamalkan. Beliau berasa

    berbesar hati atas kesudian pihak GPTD menganjurkan program seumpama ini.

    Kemudian sesi menyerahkan hadiah kepada setiap kumpulan. Kami mengambil

    kesempatan untuk melakukan penyerahan buku dan barang sumbangan daripada

    penaja dari Malaysia. Antaranya buku karya Faisal Tehrani sumbangan Ujanailmu dan

    beberapa buah novel bahasa Inggeris sumbangan individu. Karya sastera Melayu dari

    Malaysia bertujuan untuk menyebarkan buah fikiran kepada alam serantausebagaimana banyak buku-buku Indonesia menjadi bacaan rakyat Malaysia. Selain itu

    buku dan majalah daripada sumbangan ikhlas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    (JAKIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Wadah Pencerdasan Umat

    (WADAH) turut disampaikan untuk menjadi koleksi bahan bacaan di Pustaka PPPDH.

    Tidak ketinggalan juga tiga buah karya Prof Rahim Selamat, pensyarah di Universiti

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    36/64

    Industri Selangor yang berkaitan sekolah bestari untuk rujukan guru-guru. Sumbangan

    tunai sejumlah Rp. 4 juta juga turut diserahkan kepada Drs Zainul Arifin.

    Drs Zainul Arifin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sumbangan yang telah

    diberikan. Beliau memohon maaf kalau ada kekurangan pada pihak PPPDH terhadapan

    layanan kepada aktivis GPTD. Sekali lagi beliau mengucapkan terima kasih kerana

    menaja makan seminggu untuk para pelajar di sini. En Izwan Suhadak menjemput

    Putera Salmon (Emon) tampil kehadapan membacakan Resolusi Kem XPDC Hamka.

    Kandungan resolusi adalah seperti berikut :

    Dengan penuh rasa rendah diri kami bersetuju untuk mendokong resolusi Kem

    XPDC HAMKA seperti yang disebut di bawah:

    1- Santri akan belajar bersungguh-sungguh demi mengangkat martabat ummat

    Islam

    2- Santri akan menjaga persekitaran Ponpes atas kefahaman rahmatan lil alamin

    3- Santri mengikat janji setia untuk menjaga adab & akhlak Islami

    4- Santri sedia memberikan kerjasama untuk setiap program yang disusun

    Ponpes

    Emon membacakan dengan penuh bersemangat dan disokong oleh semua pelajar yang

    hadir. Wakil daripada aktivis lelaki, Safarudin kehadapan memberi ucapan dan pesanan

    agar para pelajar belajar bersungguh dan berjaya hingga ke universiti. Junaidah pula

    mewakili aktivis perempuan juga menasihatkan agar teruskan perjuangan tokoh ulama

    Hamka agar lahir lebih ramai lagi Hamka-Hamka kecil.

    Kami bergambar kenangan di hadapan Musollah beramai-ramai bersama guru, ustaz

    dan pelajar. Kenangan ini tidak dapat kami lupakan dan sebagai sumber inspirasi untuk

    terus menabur bakti keseluruh alam. Selepas selesai kami telah meminta izin daripada

    Drs Zainul Arifin untuk ke Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka di Sg Batang. UstazIrfan sudah membuat temujanji bersama Pak Hanif di sana. Kami kemudian bergerak ke

    sana dengan menaiki kenderaan rasmi PPPDH, van putih yang juga telah banyak

    berjasa kepada pondok. Tiba di sana kami singgah dahulu di sebuah kedai buku

    berhadapan dengan muzium sementara menunggu ketibaan Pak Hanif.

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    37/64

    Beberapa buah buku versi klasik karya Buya Hamka telah dibeli untuk koleksi GPTD

    UNISEL supaya dapat di buat kajian oleh aktivis akan datang. Apabila Pak Hanif sudah

    sampai kami disambut dan dijemput oleh beliau ke muzium. Ketika itu hujan turun

    renyai, udara sejuk dan damai. Kami semua berkumpul di ruang tamu duduk dan

    bersedia untuk mendengar Pengkisahan Riwayat Buya Hamka oleh Pak Hanif.

    Penceritaannya ada elemen suspen, lucu dan sedih. Sesuai sangatlah pendekatan

    sebagai seorang yang berjiwa seni seperti beliau. Kami sempat membuat rakaman

    video, insya Allah akan dimuatnaik ke dalam youtube buat tatapan umum. Pak Hanif

    menghadiahkan kepada kami nota tulisan beliau yang bertajuk Pesan-Pesan Buya

    Hamka, Sejarah & Perjuangan Hidup Buya Hamka serta Hamka & Karyanya. Kami

    bergambar kenangan sambil menyerahkan Risalah Madani (keluaran GPTD UNISEL)

    dan brosur XPDC HAMKA kepada beliau untuk ditempatkan di muzium.

    Kami bergerak pulang dengan penuh ilmu di dada dengan pesan kesan Pak Hanif

    kepada kami. Insya Allah kami berazam untuk datang lagi dan ingin mengajak lebih

    ramai lagi supaya bersama-sama meneladani pemikiran Hamka. Kami sampai agak

    lewat petang. Bersolat Maghrib di Musolla berjamaah bersama-sama pelajar PPPDH.

    Lanji kelihatan rasa gusar ketika kami bertilawah. Barangkali jinnya masih

    mengganggunya. Kesian juga kami melihat, tetapi tiada yang dapat kami bantu dirinya

    sendiri kena kuat melawan bisikan syaitan. Kerana itu amalan al-Mathurat sangat

    banyak khafiatnya selain menjadi mendidik diri daripada makhluk halus tetapi juga

    dipermudahkan segala urusan seharian sebagaimana pesan yang kami dapat ketika

    mengikuti Diskusi Al Amin anjuran GPTD UNISEL.

    Malam itu kami sebenar dijemput oleh Ustaz Irfan ke rumah beliau di Sg Batang. Kami

    mengajak Ustaz Hassan teman baiknya untuk turut sekali. Kami bergerak berjalan

    bersama sejauh satu kilometer untuk ke rumah beliau. Tiba sahaja kami dipelawa

    masuk dan terus ke meja makan. Disebabkan rombongan kami agak ramai, maka En

    Izwan Suhadak mencadangkan agar makan di bawah sahaja. Maka aktivis perempuanberperanan menyediakan hidangan di bawah. Semua makanan yang disediakan

    berasaskan ikan dengan menu masakan asli Minang. Semua aktivis menikmati dengan

    tenang, kurang nasi dan banyak lauk. Nampaknya lauk pauk yang banyak tidak dapat

    kami mampu habiskan. Kemudian En Izwan Suhadak memberi kata ucapan terima kasih

    kepada Ustaz Irfan atas jemputan makan malam dan bantuan serta layanan yang

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka

    38/64

    diberikan disepanjang kami di sini. Ustaz Irfan diminta untuk oleh En Izwan Suhadak

    menyampaikan sedikit pesanan dan nasihat buat aktivis mahasiswa.

    Beliau berpesan agar terus istiqamah dan sabar dalam menjalankan misi rahmatan lil

    alamin. Katanya lagi, Usaha yang telah dilakukan sangat baik dan patut diteruskan

    dalam bentuk yang lain. Kajian berkaitan Hamka harus terus digalakkan dan meneladani

    pemikirannya kena lebih mendasar dan merakyat agar masyarakat umum dapat

    menghayati perjuangan Hamka. Ikhlaskan niat yang ada agar mendapat rahmat

    daripada Allah SWT. Kalau ada kesempatan jemput ziarah makam Hamka di Jakarta,

    Masjid Al-Azhar dan anak Buya iaitu Pak Rusyd. Semoga bertemu lagi di lapangan yang

    lain. Itulah secara ringkas initipati yang disampaikan oleh Ustaz Irfan yang memang

    lucu apabila berbicara.

    Kami bergerak pulang ke Pejabat Operasi, tetapi singgah terlebih dahulu ke rumah

    keluarga angkat aktivis yang kebetulan memang pada laluan pulang kami. Malam ini

    adalah malam terakhir buat kami semua kerana esok pagi kami kena bergerak terus ke

    Kota Padang. Ibubapa angkat semua terharu dengan kehadiran kami dan meminta maaf

    kepada kami jika ada kekurangan. Sebenarnya kami rasa sangat seronok sekali

    bersama keluarga angkat walaupun dengan keadaan yang serba ringkas tetapi ianya

    sangat bermakna dalam kehidupan kami. Setelah semua selesai bertemu keluarga

    angkat masing-masing kami pulang ke rumah berkemas mana yang sempat kerana

    tidak mahu kelam kabut esok pagi. Beres urusan tersebut kami pun menikmati malam

    yang panjang.

    ( 12 Januari 2010, Selasa) Hari Ke-15

    Subuh berjamaah di Musolla buat kali yang terakhir. Kali ini azan dikumandangkan oleh

    Izzat. Sayup-sayup kedengaran seruan solat. Tetapi tetap ramai memenuhi ruang solat.

    Subuh itu solat berjamaah diimamkan oleh Izzat. Selesai, En Izwan Suhadak dimintaoleh Ustaz Hassan menyampaikan sedikit ucapan perpisahkan. Katanya, Adik-adik

    berjiwa besarlah untuk menjadi seorang pendakwah-pendidik sebagaimana Hamka

    telah lakukan. Daripada anak yang nakal menjadi ulama besar. Jadilah orang yang

    memberi sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya. Kemudian

    Ustaz Hassan pula menyampaikan pesanannya kepada aktivis mahasiswa setelah

  • 8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Me