Download - Refleksi makro

Transcript
Page 1: Refleksi makro

NURHAFIZAH BINTI AJLAN D20102040807

REFLEKSI MAKRO TEACHING

KEKUATAN

Terdapat beberapa kekuatan yang dapat diperhatikan berdasarkan pengajaran makro yang

telah dijalankan di dalam kelas Tahun 1 iaitu bagi subjek Bahasa Inggeris. Secara amnya, sesi

pengajaran makro yang dijalankan mengambil masa selama 30 minit di Pusat Sumber Sekolah

SK Kampung Senta, Bidor, Perak. Sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan kepada 8

orang sahaja murid Tahun 1 kerana terdapat seorang murid yang tidak hadir pada hari tersebut.

Kekuatan yang dapat dilihat berdasarkan rakaman makro yang telah dilaksanakan ialah murid-

murid kelihatan bersemangat untuk menjalani proses pembelajaran tersebut di mana mereka

kelihatan memberikan sokongan mahu pun respon yang positif terhadap penyampaian isi

pengajaran guru. Terdapat ramai murid yang berani untuk mengangkat tangan untuk menjawab

soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.

Selain daripada itu, arahan yang diberikan oleh guru agak ringkas dan mudah difahami oleh

murid-murid . Arahan yang ringkas dan mudah difahami adalah penting kerana mereka masih

baru di alam sekolah rendah dan kebanyakan daripada mereka kurang mahir berbahasa

Melayu berikutan pengaruh kuat terhadap bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Semai yang

merupakan bahasa yang dituturkan sehari-hari di rumah mahu pun sesama rakan sekeliling.

Tidak lupa juga, guru berjaya menarik perhatian atau tumpuan mereka dengan mudah

berikutan dengan jumlah murid yang tidak ramai sediikit sebanyak menyumbang kepada

penumpuan perhatian terhadap guru secara optimum. Penumpuan atau fokus yang diberikan

sepenuhnya amat penting bagi membantu pemahaman murid-murid terhadap isi kandungan

pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru tersebut. Jadi, dalam hal ini, memudahkan

pengurusan disiplin murid-murid di dalam kelas tersebut dan penggunaan masa seoptimum dan

semaksimum yang mungkin dapat dicapai. Dalam pengajaran yang dijalankan, didapati murid-

murid berasa seronok untuk menjalani aktiviti seterusnya. Ianya dapat dilihat bermula daripada

set induksi di mana guru bertanya beberapa soalan kepada murid-murid tentang abjad-abjad

yang mereka telah pelajari dan seterusnya mereka diperdengarkan sebuah lagu ‘ABC’

menerusi radio. Murid-murid berasa bersemangat untuk turut menyanyikan lagu tersebut sambil

menepuk tangan mengikut rentak lagu tersebut. Ini menunjukkan bahawa keseronokan belajar

Page 2: Refleksi makro

telah wujud di mana ianya membuatkan guru berasa lebih bersemangat untuk menjayakan

prises pengajaran dan pembelajaran.

Kekuatan turut dapat dilihat di dalam aktiviti ‘pundi pasir berirama’ yang dijalankan di dalam

sebuah bulatan di mana murid-murid didapati mendengar arahan guru dengan bersungguh-

sungguh dan berjaya memainkan permainan tersebut dengan jayanya. Mereka juga berjaya

mengeja perkataan-perkataan yang disebut oleh guru dengan betul sekaligus menunjukkan

bahawa mereka benar-benar mengingati sebutan dan ejaan perkataan perkataan tersebut.

Ianya sekaligus membuktikan bahawa mereka dapat mengenalpasti huruf yang diwakili oleh

setiap perkataan yang disebut itu tadi. Sebagai contoh: perkataan ant…bermula dengan huruf a

dan dibunyikan dengan bunyi /a/.

Objektif guru turut tercapai dengan jayanya di mana ianya dapat dilihat berdasarkan hasil

kerja murid-murid iaitu pada lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Murid-murid berjaya

melabel kesemua gambar dengan ejaan yang betul. Walau pun bantuan pilihan jawapan

diberikan oleh guru di dalam kotak yang disediakan, namun bukanlah satu perkara yang mudah

untuk membuat pilihan jawapan jika murid-murid tersebut tidak dapat mengingati ejaan yang

sebenar. Ianya amat berkait kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif yang

boleh mengekalkan ingatan murid-murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan pada hari

tersebut. Tambahan pula, didapati beberapa orang murid yang turut mempunyai teknik memilih

jawapan yang betul iaitu dengan menandakan atau memangkah jawapan yang telah dipilih.

Teknik ini amat bagus dipraktikkan bagi mengurangkan pilihan jawapan yang mereka perlukan

bagi melabel gambar-gambar tersebut.

2.0 Kelemahan Pengajaran

Walau bagaimana pun, masih terdapat beberapa kelemahan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran tersebut. Sebagai contoh, kurangnya kelantangan suara guru dalam

menyampaikan arahan dan penerangan. Suara guru tersebut kurang kuat di samping mendapat

saingan daripada suara-suara murid-murid di luar Pusat Sumber yang turut menonton semasa

sesi rakaman berlangsung. Kelantangan suara merupakan satu aset penting buat guru dalam

menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran seharian kerana ia membantu menarik

perhatian murid-murid untuk mendengar dengan jelas arahan dan penerangan yang dilakukan.

Page 3: Refleksi makro

Selain daripada itu, pengendalian bagi aktiviti mengeja secara lisan berdasarkan kad-kad

perkataan yang ditunjukkan dilihat agak kurang efektif kerana masa yang agak lama

diguanakan oleh guru bagi mencari kad huruf, kad perkataan dan kad gambar yang diletakkan

di atas meja di belakang guru. Ini sedikit menjejaskan kelancaran proses pengaajran dan

pembelajaran yang dilaksanakan.

Selain daripada itu, guru juga kurang melibatkan murid-murid yang lain kerana guru

kebayakannya hanya tertumpu kepada segelintir murid sahaja sedangkan murid-murid yang

lain hanya menonton proses yang berlangsung. Ianya dapat dilihat di dalam aktiviti mengeja

secara lisan berdasarkan kad-kad perkataan dan kad-kad gambar.

3.0 Langkah Mengatasi

Walau pun terdapat beberapa kelemahan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan. Namun, kelemahan-kelemahan tersebut masih boleh diatasi dengan jayanya.

Jika masalah pertama iaitu kurangnya kelantangan suara guru di samping ancaman kebisingan

dan suara-suara persekitaran lokasi pengajaran dan pembelajaran, ianya dapat diatasi dengan

cara mengadakan sesi pengajaran di Makmal Sains sekolah di mana ianya terletak agak jauh

daripada murid-murid lain dan ini memudahkan sesi rakaman yang akan dijalankan kerana

tiada ancaman kebisingan daripada murid-murid lain dan guru seharusnya membuat

persediaan yang rapi bagi melatih kelantangan suara di dalam kelas. Ini kerana suara

merupakan aset utama dan begitu sinonim yang amat berkait rapat dengan pengajaran dan

pembelajaran bagi murid-murid normal di dalam bilik darjah.

Seterusnya, penggunaan masa yang lebih kepada pengendalian kad-kad huruf, kad-kad

perkataan dan kad-kad gambar di dalam aktiviti menyebut huruf, menyebut dan mengeja

perkataan-perkataan yang ditunjukkan pada kad-kad tersebut. Murid-murid diminta mengeja

secara lisan dan di sini, ia memerlukan kebijaksanaan guru bagi melancarkan proses

pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung ketika itu. Sebaiknya guru menggunakan kad-

kad gambar yang mengandungi perkataan di bawah gambar tersebut. Sebagai contoh :

apple

Page 4: Refleksi makro

Penggunaan kad seperti di atas dapat menjimatkan masa dan mengelakkan guru

menggunakan masa yang panjang terhadap pengendalian kad-kad perkataan dan gambar

tersebut.

Seterusnya, bagi mendapatkan penglibatan murid-murid secara optimum, guru seharusnya

memberikan peluang atau giliran kepada murid-murid untuk mengeja setiap perkataan yang

ditunjukkan. Ini kerana, terdapat lapan perkataan yang diajar pada hari tersebut dan secara

kebetulan, terdapat lapan orang sahaja murid yang hadir pada waktu itu. Jadi, sebaiknya guru

memberikan peluang setiap murid untuk mengeja perkataan-perkataan tersebut. Malah, bagi

meningkatkan lagi semangat murid-murid, guru boleh memberi peluang kepada murid-murid

lain untuk membantu rakan-rakan mereka mengeja perkataan tersebut dengan betul. Ini akan

turut menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berjaya memebri

kesan mahu piun impak yang berkesan buat guru dan juga murid-murid tersebut.

4.0 Kesimpulan

Secara amnya, proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna memerlukan

pengubahsuaian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa di mana ianya memerlukan

komitmen guru supaya lebih peka dan sensitive dengan perkembangan dan perubahan setiap

murid di dalam bilik darjah. Perkembangan atau perubahan yang melibatkan fizikal, mental dan

emosi murid-murid harus diberi perhatian utama bagi menilai keberkesanan proses

pembelajaran yang dialami oleh murid-murid tersebut sejajar dengan hasrat yang terkandung di

dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu bagi melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi

jasmanai, emosi, rohani, intelektual dan juga spiritual.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA INGGERIS KSSR TAHUN 1

Page 5: Refleksi makro

Focus Reading

Theme World of Knowledge

IntroductionThis lesson focuses on reading and spelling the words correctly. Activities are involving 2 way communication between teacher and pupils. There should be a lot of encouragement for the supportive pupils who participated actively in the lesson.

Content Standard 2.2 By the end of the 6 year primary schooling, pupils will be able to demonstrate understanding of a variety of linear and non linear texts in the form of print and non print materials using a range of strategies to construct meaning.

Learning Standard 2.1.4 Able to segment words into phonemes to spell2.2.1 Able to read and apply word recognition and word attack skills by matching words with graphics and spoken words

ObjectivesBy the end of the lesson, pupils should be able to :

a) Say and spell the words correctlyb) Identify the sounds of the letters correctly

Time 30 minutes

Teaching Aids A BC song, word/picture and letter cards, ‘mini sand bag’, worksheet

ACTIVITYTEACHING AND LEARNING

STRATEGIESNOTES

Page 6: Refleksi makro

Set Induction : Listen to an ABC song

Listening to the teacher’s questions and give responses.

> Pupils listen to the song and sing along together.> Pupils guessing the first 4 letters they will learn on that day.

Questions :a) How many of you can

memorize all the alphabets from A to Z?

b) What are they? List down all the letters.

Singing and clapping their hands.

1. Oral Response

2. Showing the letter, word and picture cards.

> Pupils say again all the 4 letters

> Pupils look at the letter cards of a, b, c and d> Say the letters correctly with accurate sounds> Say aloud and spell the words which represent the letters:a - apple antb - ball bag

Reading aloud the word cards

Sound and spell correctly

3. Match the letter, word and picture cards

> Two of the pupils come to the front and holding a letter card while the other pupil will hold the word card.> They match them correctly while the teacher match the picture card to the letter and word. > The rest of the pupils say and spell the letter and word shown.> At the same time, the teacher asks them to sound the letters correctly. ( repeat the above steps to finish all the 4 letters )> Pupils will take turn to do all the following steps.

Match them using the letter and word cards.

4. Musical Sand Bag( Game )

> Pupils sit in a small circle> They listen to the teacher’s instructions carefully.> Teacher will play the ABC song.> The pupils will start passing the sand bag to their friend who is

Sit in a small circle

Pupil who has the sand bag whenever the music stop, will spell the word.

Page 7: Refleksi makro

sitting next to them. ( anti clock wise passing )> When the song stop, the pupils with the sand bag should spell the word correctly.> 1 star will be given to the pupil if he/she can spell correctly.

1 star for the pupil who can spell correctly.

Assessment > Pupils will be given a worksheet by the teacher.> They need to label the pictures correctly.> It really needs them to memorize / refresh all the spelling.

Worksheet

Spelling skill by refreshing and memorizing all the words they learnt ( 8 words )

By the way, choices will be given too in order to guide them to label the pictures correctly.

apple, ant, ball, bag, car, cat, dad, drum

Enrichment> Refresh all the 8 words they have learnt > Sound the letters correctly> Say and spell all the 8 words correctly

Oral refreshments of what they have learnt

Page 8: Refleksi makro

Label the pictures below. You may choose the answers from the boxes given.

1. 2. 3.

______________ _____________ __________

4. 5. 6.

___________ ___________ __________

7. 8.

__________________ ____________

car drum bagdad cat apple

Page 9: Refleksi makro