PSS 3112: PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI
Membincangkan Konsep, Prospek, Dan Elemen Dalam Pembangunan Ekonomi
PENGENALAN
KONSEP PEMBANGUNAN
• Konsep pembangunan masih kurang jelas dan sering digunakan dalam penulisan sekarang ini, namun dipandang sebagai kebolehan pembuat keputusan untuk membentuk dan membentuk semula keseluruhan alam sekitar (politik, sosial, ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan lain-lain) menerusi mobilisasi sumber-sumber kebangsaan dan dipimpin oleh ideologi yang sangat mereka percayai.
• Walaupun pembangunan mempunyai makna yang berbeza-beza kepada orang yang berlainan, namun satu makna yang diterima umum ialah perubahan (Shamsul Amri Baharuddin)
TAKRIFAN PEMBANGUNAN
Menurut Laporan Suruhanjaya Selatan (1990), pembangunan ialah satu proses yang mana membolehkan kehidupan manusia merealisasikan potensi, membina keyakinan serta membawa kehidupan ke arah kemuliaan dan penuh bermakna yang membebaskan manusia dari rasa takut untuk meminta dan dieksploitasi.
Syed Husin Ali (1976) pula menyatakan bahawa
pembangunan ekonomi bertujuan untuk menaikkan
taraf hidup ekonomi sebahagian besar masyarakat
Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan
melibatkan proses menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan social
Seers (1979) pembangunan boleh ditunjukkan dengan terhapusnya kemiskinan, kurangnya jumlah pengguran
serta rapatnya jurang ketaksamaan. Kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan. Kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan ini biasanya
mencirikan negara-negara Dunia Ketiga
Teori Pembangunan
TEORI MODENISASI
TEORI PERGANTUNGAN
TEORI PEMBANGUNAN MAPAN
Teori Pembangunan
Menurut Boeke, 1953 masyarakat dibahagikan kepada dua iaitu masyarakat tradisional dan masyarakat moden
Masyarakat tradisional merujuk kepada luar bandar, mundur dan tidak membangun. Manakala mayarakat moden adalah masyarakat bandar, membangun dan industri
Kedua-dua golongan masyarakat ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu
Pembangunan berlaku akibat jelmaan ciri-ciri suatu golongan kepada golongan yang lebih maju
Keterbelakangan ekonomi, sistem pengeluaran, ragam tingkah laku adalah halangan kepada perkembangan ekonomi dan menimbulkan sikap konservatif.
Teori Pergantungan
Teori pergantungan dapat difahami dengan mengenalpasti dan melihat negara mundur
yang ditindas dan dipergunakan oleh negara maju untuk mendapat kepentingan daripada
negara mundur.
Negara maju akan mendapatkan bekalan bahan mentah dari negara mundur dan akan
memproses kemudiannya akan menjual kembali kepada negara mundur pada harga yang tinggi
TEORI PEMBANGUNAN MAMPAN
Bertujuan untuk membawa mutu hidup yang lebih baik pada masa kini dan masa depan, sambil melindungi dan mungkin memperbaiki mutu alam sekitar serta
penggunaan sumber asli
Konsep ini mengandungi tiga elemen utama yang saling berkaitan antara satu
sama lain iaitu, masyarakat, ekonomi dan alam sekitar
Konsep Pertumbuhan Ekonomi
• Pertumbuhan ekonomi dapat diertikan sebagai
proses perubahan keadaan ekonomi negara
secara berterusan menuju keadaan yang lebih
baik selama tempoh tertentu.
Konsep Pertumbuhan Ekonomi
• Pertumbuhan ekonomi dapat diertikan juga sebagai proses kenaikan kapasiti pengeluaran suatu ekonomi yang diwujudkan dalam bentuk kenaikan pendapatan nasional.
• Adanya pertumbuhan ekonomi merupakan indikasi kejayaan pembangunan ekonomi
CARA UNTUK MENGUKUR PERTUMBUHAN EKONOMI
• Pertumbuhan ekonomi negara dapat diukur dengan cara membandingkan Gross National Product (GNP) Keluaran Negara Kasar tahun yang sedang berjalan dengan GNP tahun sebelumnya
TEORI PERTUMBUHAN EKONOMI
TEORI KLASIK ( ADAM SMITH)
Pertumbuhan ekonomi
bertumpu kepada pertumbuhan
penduduk
Dengan adanya pertambahan
penduduk maka bertambahlah
hasil atau output
Faktor pertumbuhan yang besar menjadikan jumlah tenaga kerja bertambah
Kelebihan dalam jumlah tenaga kerja menyebabkan kadar upah menurun
DAVID RICARDO
TEORI NEOKLASIK
ROBERT SOLOW
Pertumbuhan ekonomi merupakan rangkaian
kegiatan yang bersumber pada manusia, akumulasi
modal, pemakaian teknologi moden dan hasil
atau output
Terdapatnya pertumbuhan penduduk bersifat
berdampak positif dan berdampak negatif
• Teori ini beranggapan bahawa modal harus digunakan secara berkesan, kerana pertumbuhan ekonomi sangat dipengaruhi oleh peranan pembentukan modal tersebut.
• Teori ini juga membincangkan tentang pendapatan negara dan peluang pekerjaan
HAROLD DAMAR
PROSPEK DALAM EKONOMI PEMBANGUNAN
DEFINISI PROSPEK
• Kemungkinan atau peluang untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang:
• Rencana ini menumpukan perbincangan kepada beberapa isu, masalah dan strategi pembangunan industri desa
MASALAH – MASALAH DI NEGARA MEMBANGUN
Kemiskinan dan agihan pendapatan yang tidak sama rata.
Pertumbuhan penduduk dan beban pergantungan yang berat.
Pengangguran ketara dan tidak ketara Pergantungan kepada negara asing Taraf hidup rendah
PROSPEK EKONOMI MALAYSIA 2010
• Ekonomi Malaysia dijangka mendapat faedah daripada perkembangan ekonomi dunia yang semakin stabil.
• Pertumbuhan KDNK dijangka kembali pulih pada kadar 2.0% - 3.0%
• Pertumbuhan menyeluruh dengan sumbangan positif dalam semua sektor dijangka meningkatkan KNK nominal perkapita sebanyak 2.5% kepada RM24, 661
SEKTOR PERKHIDMATAN
Dianggar berkembang 3.6 % pada tahun 2010 dengan sumbangan yang lebih tinggi kepada
KDNK sebanyak 58.5% ( 2009 — 2.1% ; 57.9%)
Pertumbuhan ini dijangka dipacu oleh prestasi menggalakkan subsektor komunikasi, kewangan dan insurans, perdagangan borong dan runcit , serta hartanah dan perkhidmatan perniagaan
• Prospek sektor perkhidmatan dijangka kekal menggalakkan dengan usaha giat kerajaan bagi membangunkan sektor ini.
• Beberapa langkah proaktif diambil bagi mengukuhkan daya saing sektor ini serta menarik kemasukan pelaburan, teknologi dan tenaga profesional.
SEKTOR PEMBUATAN
• Sektor pembuatan dijangka kembali pulih 1.7% (2009 : -12.1%)
SEKTOR PERTANIAN
• Sektor pertanian dijangka kembali cergas 2.5% (2009 : -2.1%) hasil daripada pemulihan subsektor komoditi.
• Subsektor bukan komoditi terutamanya ternakan dan hasil pertanian dijangka terus berkembang
SEKTOR PERLOMBONGAN
• Dijangka kembali pulih 1.1% (2009 : -2.9%) disokong oleh pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang lebih tinggi
SEKTOR PEMBINAAN
• Dianggar berkembang 2.3%(2009 : 3.5%) dengan semua subsektor mencatatkan pertumbuhan kukuh.
• Projek utama seperti Rangkain Aliran Transit Ringan dari Kelana Jaya dan Ampang
• Penyaluran air mentah Pahang-Selangor
ELEMEN PENTING DALAM PEMBANGUNAN
Pertumbuhan — peningkatan kepada jumlah output benar atau output per kapita barang-
barang dan perkhidmatan yang dicapai dalam jangka panjang
Pertumbuhan ekonomi yang pesat dapat mengurangkan kadar kemiskinan melalui
penciptaan peluang pekerjaan, peningkatan produktiviti buruh dan kadar upah yang lebih
tinggi
Masalah kemiskinan tidak dapat diatasi kerana pengagihan yang tidak seimbang dan fenomena ini digelar sebagai pertumbuhan tanpa pembangunan
Pembaikan dalam pendapatan dan pengeluaran , pembangunan juga melibatkan perubahan yang radikal dalam struktur institusi, sosial, pentadbiran, sikap, adat dan kepercayaan
• Goulet (1971) memperkenalkan 3 komponen asa iaitu, penampung hidup, harga diri dan kebebasan.
• Penampung hidup@ keperluan asas ialah makanan, kesihatan dan perlindungan. Jika Keperluan-keperluan ini tidak dapat dipenuhi maka wujudla kemiskinan mutlak.
PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN
PEMBANGUNAN
Diukur dari segi kuantiti iaitu proses bersifat kuantitatif.
Biasanya diukur menggunakan pendapatan per kapita
Pertumbuhan boleh terjadi tanpa pembangunan.
Pembangunan tidak boleh terjadi tanpa adanya pertumbuhan
SEKIAN
Top Related