FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN MATAPELAJARAN ANALISIS NYATA PELAJAR TAHUN AKHIR SPT DAN SPM FAKULTI
PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NURUL AZILAH BINTI IBRAHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
id9196113 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
id9232165 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
id9304318 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN MATAPELAJARAN
ANALISIS NYATA PELAJAR TAHUN AKHIR SPT DAN SPM FAKULTI
PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NURUL AZILAH BINTI IBRAHIM
Laporan projek dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
id9350234 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
id9469436 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
i
DEDIKASI
Untuk ayah dan ibu tercinta:
Ibrahim Bin Hj. Ali dan Zaharah Binti Hj. Melajak
Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku
Terima kasih ayah dan ibu
Untuk keluarga tersayang:
Ummi Kalthum
Soffian
Nur Hafzan
Sekalung budi buat penyelia:
Encik Mohd Nihra Haruzuan yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan
sepanjang melaksanakan Projek Sarjana Muda ini.
Tidak lupa juga semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.
Segala jasa, doa dan sokongan kalian akan dikenang selamanya.
id9746064 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
ii
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Bersyukur ke Hadrat Allah S. W. T. kerana dengan izinNya saya telah dapat
menyempurnakan penyelidikan penulisan ilmiah ini bagi memenuhi syarat untuk
mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Matematik), di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
Encik Mohd Nihra Haruzuan, selaku penyelia projek sarjana muda ini, yang telah
banyak berusaha untuk membimbing, menunjuk ajar serta memberi sokongan padu
kepada saya sehingga kajian ini dapat disiapkan.
Ucapan terima kasih juga kepada yang tersayang Mohamad Fozi Bin Mohamad
Lee dan para pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik) serta pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Serta
Pendidikan (Matematik) kerana memberi kerjasama kepada saya dalam menjalankan
kajian ini. Di sini saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi banyak bantuan dan pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini.
iii
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian Analisis Nyata pelajar. Seramai 107 orang responden yang terdiri daripada
pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
dan Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) di Universiti Teknologi Malaysia
yang terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah set borang soal
selidik yang menggunakan pemeringkatan Skala Likert dan dianalisis menggunakan
perisian SPSS (Statistic Package for Social Science) untuk mendapatkan nilai statistik
dalam bentuk frekuensi, peratus dan purata. Purata taburan peratus dikelaskan kepada
tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Nilai alpha yang diperolehi adalah 0.954.
Hasil kajian mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Analisis Nyata
pelajar berada pada tahap sederhana. Faktor-faktor yang terlibat adalah faktor isi
pelajaran Analisis Nyata, faktor pengetahuan sedia ada, faktor minat, faktor teknik
belajar dan faktor rakan sebaya. Kajian ini mendapati faktor rakan sebaya merupakan
faktor dominan yang mempengaruhi pencapaian Analisis Nyata.
iv
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine factors that can affect students
achievement in Real Analysis. There were 107 respondents who enrolled in Degree of
Science in Education (Mathematics) and Degree of Science Computer in Education
(Mathematics) in Universiti Teknologi Malaysia participated in this study.
Questionnaires based on Likert Scale were used as research instruments and were
analyzed by using SPSS Software (Statistic Package for Social Science) to obtain
frequencies, percentages, and mean. The averages of percentages have been classified
into three levels that are high, moderate and low. The value of alpha is 0.954. The
finding showed the factors that affect students achievement in Real Analysis is at
moderate level. The factors are contents of Real Analysis, prior knowledge, interest,
peers and learning skill factor. Peers factor is the dominant factor that affect students
achievement in Real Analysis.
v
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
vi
KANDUNGAN
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Tempat Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 8
1.9.1 Faktor 8
1.9.2 Pencapaian 8
1.9.3 Teknik Belajar 9
1.9.4 Minat 9
1.9.5 Rakan Sebaya 9
1.9.6 Analisis Nyata 9
1.10 Penutup 10
vii
2 SOROTAN PENULISAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pengajaran dan pembelajaran Matematik 11
2.3 Pengajaran dan pembelajaran Analisis Nyata 13
2.4 Masalah pembelajaran Matematik 14
2.5 Masalah pembelajaran Analisis Nyata 16
2.6 Pengetahuan Sedia Ada 17
2.7 Minat 18
2.8 Teknik Belajar 20
2.9 Rakan Sebaya 22
2.10 Penutup 24
3 METODOLOGI 25
3.1 Pengenalan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 25
3.3 Tempat Kajian 26
3.4 Sampel dan Populasi Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 26
3.5.1 Bahagian A 27
3.5.2 Bahagian B 27
3.5.3 Bahagian C 29
3.6 Prosedur Kajian 29
3.7 Kajian Rintis 29
3.8 Penganalisaan Data 31
3.9 Penutup 33
viii
4 ANALISIS DATA 34
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Data Bahagian A 35
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 35
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 36
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan 36
Keputusan Analisis Nyata
4.2.4 Analisis Item Mengikut Tahap 37
Kesukaran Analisis Nyata Mengikut Bab
4.3 Analisis Data Bahagian B dan C 38
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 38
4.3.1.1 Analisis Item Berdasarkan
Pengaruh Faktor Isi Pelajaran
Analisis Nyata
38
4.3.1.2 Analisis Item Berdasarkan
Pengaruh Faktor Pengetahuan
Sedia Ada Terhadap Pencapaian
Analisis Nyata
40
4.3.1.3 Analisis Item Berdasarkan
Pengaruh Faktor Minat Terhadap
Pencapaian Analisis Nyata
42
4.3.1.4 Analisis Item Berdasarkan
Pengaruh Faktor Teknik Belajar
Terhadap Pencapaian Analisis
Nyata
44
4.3.1.5 Analisis Item Berdasarkan
Pengaruh Faktor Rakan Sebaya
Terhadap Pencapaian Analisis Nyata
46
ix
4.3.1.6 Analisis Keseluruhan Item
Berdasarkan Pengaruh Faktor-
Faktor Terhadap Pencapaian
Analisis Nyata
47
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 48
4.3.2.1 Taburan Responden Berdasarkan
Pengalaman Mempelajari Analisis
Nyata Mengikut Tema
48
4.3.2.2 Taburan Responden Berdasarkan
Masalah-Masalah Ketika
Mempelajari Analisis Nyata
Mengikut Tema
51
4.3.2.3 Taburan Responden Berdasarkan
Faktor-Faktor yang
Mempengaruhi Pencapaian
Analisis Nyata Mengikut Tema
52
4.3.2.4 Taburan Responden Berdasarkan
Pendorong Pelajar dalam
Mempelajari Analisis Nyata
Mengikut Tema
54
4.3.2.5 Taburan Responden Berdasarkan
Teknik Belajar yang digunakan
Dalam Analisis Nyata
Mengikut Tema
55
4.4 Penutup 56
x
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 57
5.1 Pengenalan 57
5.2 Perbincangan Kajian 54
5.2.1 Tahap Kesukaran Analisis Nyata Mengikut
Bab 58
5.2.2 Pengaruh Faktor-Faktor Terhadap Pencapaian 58
Analisis Nyata Pelajar
5.2.3 Pandangan Pengalaman Pelajar Mempelajari 64
Analisis Nyata
5.2.4 Pendorong Pelajar Dalam Mempelajari 65
Analisis Nyata
5.2.5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Ketika 66
Mempelajari Analisis Nyata
5.3 Rumusan 67
5.4 Cadangan 69
5.4.1 Pelajar 69
5.4.2 Pensyarah 70
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.6 Penutup 72
BIBLIOGRAFI 73
LAMPIRAN A 78
Borang Soal Selidik 78
xi
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Peratusan Pencapaian Mengikut Gred bagi Pelajar Fakulti 4
Sains (Seksyen 01-Analisis Nyata) Semester 2006/2007
1.2 Peratusan Pencapaian Mengikut Gred bagi Pelajar Fakulti 4
Sains (Seksyen 02-Analisis Nyata) Semester 2006/2007
1.3 Peratusan Pencapaian Mengikut Gred bagi Pelajar Fakulti 4
Pendidikan (Seksyen 88-Analisis Nyata) Semester
2006/2007
1.4 Peratusan Pencapaian Mengikut Gred bagi Pelajar Fakulti 4
Pendidikan (Seksyen 89-Analisis Nyata) Semester
2006/2007
3.1 Pengkelasan Skala Likert beserta dengan Markah Skor 28
3.2 Taburan Soalan berdasarkan Persoalan Kajian dan Jenis
Skala
28
3.3 Pekali Alpha Cronbach 30
xii
3.4 Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga Mata 32
3.5 Penilaian Peratusan Terhadap �Tahap� bagi Setiap
Persoalan Kajian 32
3.6 Tahap Penilaian Dan Julat Min Skor 33
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 36
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Keputusan Analisis
Nyata
36
4.4 Analisis Item Mengikut Tahap Kesukaran Analisis Nyata 37
Mengikut Bab
4.5
Min dan Bilangan (Peratus) Responden Bagi Pengaruh
Faktor Isi Pelajaran Analisis Nyata Terhadap Pencapaian
Pelajar
39
4.6
Min dan Bilangan (Peratus) Responden Bagi Pengaruh
Faktor Pengetahuan Sedia Pelajar Terhadap Pencapaian
Analisis Nyata
40
4.7 Min dan Bilangan (Peratus) Responden Bagi Pengaruh
Faktor Minat Terhadap Pencapaian Analisis Nyata
42
4.8 Min dan Bilangan (Peratus) Responden Bagi Pengaruh
Faktor Teknik Belajar Terhadap Pencapaian Analisis Nyata
44
xiii
4.9 Min dan Bilangan (Peratus) Responden Bagi Pengaruh
Faktor Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Analisis Nyata
46
4. 10 Analisis Keseluruhan Item Berdasarkan Pengaruh Faktor-
Faktor Terhadap Pencapaian Analisis Nyata
48
4. 11 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman mempelajari 49
Analisis Nyata Mengikut Tema
4. 12
Taburan Responden Berdasarkan Masalah�Masalah yang
Dihadapi Ketika mempelajari Analisis Nyata Mengikut
Tema
51
4. 13 Taburan Responden Berdasarkan Faktor-Faktor yang
Mempengaruhi Pencapaian Analisis Nyata Mengikut Tema
53
4 .14 Taburan Responden Berdasarkan Pendorong Pelajar dalam
Mempelajari Analisis Nyata Mengikut Tema
54
4. 15 Taburan Responden Berdasarkan Teknik Belajar yang
Digunakan Dalam Analisis Nyata Mengikut Tema
55
xiv
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Matematik adalah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya befikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat
Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar
pemikiran. Aspek-aspek yang penting dalam Matematik yang perlu diperkembangkan
adalah Matematik sebagai penaakulan, komunikasi dan penyelesaian masalah. Matlamat
dalam penyelesaian masalah ialah menyelesaikan masalah itu. Dalam usaha mencari
penyelesaian, pelajar membuat rumusan dan keputusan berdasarkan input yang diterima.
Keputusan yang dibuat adalah hasil daripada proses penaakulan.
Umumnya, Matematik boleh dibahagikan kepada dua cabang utama iaitu
Matematik Gunaan dan Matematik Tulen. Matematik Gunaan adalah sesuatu unsur
manakala Matematik Tulen tercipta dan berkembang hasil daripada kajian yang
dilakukan oleh pakar-pakar Matematik. Terdapat tiga proses asas dalam matapelajaran
Matematik. Proses asas Matematik adalah peniskalaan, pengitlakan, dan pemformalan.
Peniskalaan adalah proses mengenalpasti ciri-ciri bagi sesuatu situasi dan
memasukkannya ke dalam takrif situasi tesebut. Pengitlakan adalah proses
memperumumkan sesuatu situasi. Manakala pemformalan merangkumi penyenaraian
15
aksiom yang memberi hukum mengolah unsur-unsur mudah bidang tersebut,
pentakrifan-pentakrifan dan teorem (Ali, 2000).
Mazhab Formalis yang diasaskan oleh David Hilbert (1862-1943) menegaskan
pembuktian adalah penting, tugas Matematik adalah menyediakan pembuktian konsisten
supaya dakwaan yang bercanggah tidak dilakukan, dan tanpa kekonsistenan Matematik
tidak berguna (Ali, 2000). Perkembangan Matematik oleh ahli-ahli Matematik telah
menghasilkan pelbagai matapelajaran Matematik di Universiti. Salah satu matapelajaran
Matematik yang bersifat abstrak yang ingin dikupas oleh pengkaji adalah Analisis
Nyata.
1.2 Latar Belakang Kajian
Menurut kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli Matematik kesilapan pelajar yang
paling ketara ialah pelajar tidak boleh menterjemah dan memproses permasalahan
Matematik. Terdapat empat langkah umum dalam Model pengajaran Polya (Model
Polya) iaitu fahami masalah, merancang, pelaksanaan, dan menyemak. Didalam
peringkat pelaksanaan pelajar memerlukan dua kemahiran iaitu menterjemah dan
memproses. Peringkat ini merupakan peringkat yang paling sukar kerana pelajar perlu
menterjemah dan melakukan proses dengan menggabungkan maklumat, konsep dan
fakta menggunakan prosedur dan operasi pemikiran.
Gagne (1970), seorang Profesor dan ahli psikologi telah banyak membuat
penyelidikan mengenai fasa dan jenis pembelajaran Matematik berpendapat sikap adalah
faktor dalaman dalam pembelajaran. Beliau menegaskan sikap seperti kesungguhan,
minat, persepsi, reaksi, serta motivasi mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran. Ciri-ciri yang penting ini juga mempengaruhi penguasaan kemahiran
Matematik dan pencapaian dalam Matematik. Minat yang kuat menyebabkan pelajar
berusaha untuk belajar seterusnya menimbulkan keyakinan diri dan mengurangkan
16
kegelisahan serta membawa pelajar kepada persepsi yang baik terhadap matapelajaran
Matematik. Kurangnya minat di kalangan pelajar terhadap matapelajaran Matematik
akan menimbulkan perkembangan yang negatif dalam sistem pendidikan Negara.
Kesannya boleh meninggalkan masalah sosial seperti keciciran, pencapaian yang rendah
dalam pelajaran dan kesukaran melanjutkan pelajaran atau mendapat pekerjaan yang
berkaitan dengan bidang Matematik.
Pelajar pendidikan Matematik di Universiti mengambil Analisis Nyata sebagai
satu kemestian untuk mendapatkan ijazah mereka. Ada juga pelajar yang mengambil
matapelajaran ini sebagai memenuhi syarat elektif. Analisis Nyata ialah satu subjek
penting dalam proses pembelajaran dan pemikiran Matematik, khususnya Matematik
Tulen. Melalui matapelajaran ini pelajar akan menggunakan pengetahuan sedia ada
untuk mengembangkan pengetahuan didalam konsep nombor nyata, jujukan, had, dan
keselanjaran. Pelajar perlu menggunakan analitik untuk mengolah permasalahan. Pelajar
juga perlu menguasai kemahiran pembuktian teorem dan menyelesaikan masalah.
Selama ini pelajar hanya berhadapan dengan masalah Matematik yang
melibatkan perhitungan yang menggunakan angka. Apabila diperkenalkan dengan
pelajaran abstrak ini pelajar merasa resah dengan pembuktian teorem yang
menggunakan aksiom atau teorem yang telah dibuktikan. Analisis Nyata
membincangkan tentang operasi asas yang terlibat dalam set, set nombor nyata, asas
topologi set titik, dan had dan keselanjaran. Subtopik had merupakan nadi didalam
Analisis Nyata.
Sumber yang diperolehi daripada pensyarah Analisis Nyata Encik Che Lokman
Bin Jaafar, berikut adalah Jadual 1.1 dan 1.2 yang menunjukkan peratusan pencapaian
mengikut gred bagi pelajar Fakulti Sains (Seksyen 01/02-Analisis Nyata) Semester
2006/2007. Manakala Jadual 1.3 dan 1.4 yang menunjukkan peratusan pencapaian
mengikut gred bagi pelajar Fakulti Pendidikan (Seksyen 88/89-Analisis Nyata) Semester
2006/2007.
17
Jadual 1.1 Jadual 1.2
GRED
PERATUS (%)
A 3.3
B 1.6 B- 14 C+ 6.3 C 22 C- 23 D+ 6.3 D 17.2 E 6.3
Jadual 1.3 Jadual 1.4
Daripada jadual-jadual yang dipaparkan jelas menunjukkan pencapaian pelajar
dalam Analisis Nyata berada pada tahap kurang memuaskan. Ini dapat dilihat bahawa
proses pengajaran dan pembelajaran yang dialami pelajar khususnya dalam Analisis
Nyata adalah tidak begitu menyeronokkan mereka. Pelajar rasa bosan dan seterusnya
tidak berminat terhadap matapelajaran Matematik (Linda & Sara, 2000). Banyak faktor
yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Analisis Nyata. Antara faktor yang
dapat mempengaruhi pencapaian pelajar adalah faktor isi kandungan matapelajaran,
GRED
PERATUS (%)
C+ 14.3 C 14.3 C- 28.5
D+ 14.3 D 14.3 E 14.3
GRED
PERATUS (%)
A- 10.2 B+ 5 B 5 B- 6.8 C+ 20.4 C 13.6 C- 10.2 D+ 11.9 D 11.9 E 5
GRED
PERATUS (%)
B 7.9
B- 13.2 C+ 10.5
C 7.9 C- 23.7 D+ 10.5
D 15.8 E 10.5
18
minat, pengetahuan sedia ada, teknik belajar, rakan sebaya, sikap pelajar, teknik
mengajar pensyarah dan sebagainya. Kajian ini akan menekankan faktor isi kandungan
Analisis Nyata, faktor pengetahuan sedia ada, faktor minat, faktor teknik belajar dan
faktor rakan sebaya. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji faktor dominan yang
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Analisis nyata.
1.3 Pernyataan Masalah
Analisis Nyata merupakan salah satu matapelajaran Matematik yang susah bagi
semua pelajar Tahun 4 yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains Komputer serta
Pendidikan Matematik (SPT) dan kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
Matematik (SPM). Maka kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian Analisis Nyata bagi mengelakkan kegagalan dalam Analisis
Nyata. Penyelidik ingin mengkaji faktor dominan yang mempengaruhi pencapaian
Analisis Nyata. Faktor-faktor yang ditekankan ialah faktor isi kandungan Analisis
Nyata, faktor pengetahuan sedia ada, faktor minat, faktor teknik belajar dan faktor rakan
sebaya. Maka perlu pelajar yang mengambil kursus SPT dan SPM mengetahui apakah
faktor yang mempengaruhi pencapaian mereka dalam Analisis Nyata. Seterusnya
bersedia dan berusaha meningkatkan pencapaian Analisis Nyata.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Analisis Nyata.
1.4.2 Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam Analisis
Nyata.
Top Related