Download - Modul 94/02-KPM Putrajaya

Transcript

MODUL SEJARAH 940/2SEJARAH ISLAM (500 1918)TAJUK 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Unit 1.1 : Masyarakat Jahiliyah

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan konsep dan struktur masyarakat jahiliah. Masa / Kawasan Kajian : Semenanjung Tanah Arab abad ke-6M (501 -599Masihi).

Waktu pengajaran : 2 waktu

BilKandunganKeterangan

1.a. Konsep jahiliyah (1 waktu)

b. Struktur masyarakat jahiliah (1 waktu) Definisi jahiliah dari segi bahasa dan istilah. Menurut Al Quran / pandangan tokoh sejarawan.

Ciri-ciri masyarakat jahiliyah dari segi : a. Politik - Darul Nadwah, 15 Majlis, al-Mala dan Hilf al-Fudul b. Sosial - sistem kabilah, assabiyah, kedudukan wanita, hamba, dan akhlak.c. Ekonomi- perdagangan, perniagaan,pertanian, penternakan, merompak, pertukangan, chain of supplyd. Kepercayaan dan agama - kepercayaan beragama (penyembahan berhala/ Wathani, Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif) dan kepercayaan animisme dan penyembahan unsur alam.e. Ilmu pengetahuan dan intelektualf. Kesusasteraan - karya ilmiah (al-Muallaqat), sajak, syair dan khutbah.g. Sifat-sifat positif - semangat kejiranan, hormat tetamu dan tuan rumah, tepati janji, pemurah dan setia kepada kaum.

Pembahagian masyarakat :a. Masyarakat badwi lokasi, politik, ekonomi, sosial dan agamab. Masyarakat hadhari lokasi, politik, ekonomi, sosial dan agama

Masyarakat Makkah sebelum Islam kaum Quraisy di Makkah Masyarakat Madinah sebelum Islam kaum Aus, Khazraj dan Yahudi (bani Qainuqa, bani Nadir dan bani Quraizah)

Sistem kabilah :a. Unit asas kabilah ailah, hayy, bani dan kabilahb. Semangat assabiyahc. Syeikh kabilah kelayakan dan peranand. Darun Nadwah keanggotaan dan fungsi

Kelas masyarakat hadhari kedudukan dan peranan :a. Bangsawanb. Agamawan ahli kitab/pendetac. Masyarakat biasa peniaga, pedagang dan petukangd. Golongan wanitae. Golongan hamba

Kelas masyarakat badwi kedudukan dan peranan :a. Ketua kabilah syeikh kabilahb. Pengikut / ahli puak penternak, petani dan pemburuc. Wanitad. Hamba

2.Cadangan BBM Peta Semenanjung Tanah Arab Gambar Kota Makkah dan Madinah Video dan filem animasi Power Point

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran Kuiz Kajian gambar Kaedah kajian buku teks Kajian peta

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.b. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.c. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajar.d. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.e. Sejarah STPM (Sejarah Islam) Teks Prau Longman Pearsonf. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden- Lois A.Aroin (Penterjemah: Mohamad Redzuan Othman)g. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosenseic. Youtube

5.Cadangan latihan pengukuhan dan pemulihan Contoh soalan esei :a. Bincangkan konsep masyarakat jahiliyah di Semenanjung Tanah Arab pada abad ke- 6M.b. Bandingkan budaya kehidupan masyarakat Arab Badwi dan Hadhari di Semenanjung Tanah Arab pada abad ke 6M.c. Masyarakat Arab jahiliah adalah masyarakat yang tidak bertamadun. Bincangkan pernyataan tersebut.d. Bincangkan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliyah sebelum kedatangan Islam.e. Sejauh manakah agama wathani merupakan agama utama masyarakat Arab jahiliah.

Contoh soalan struktur :a. Jelaskan konsep masyarakat jahiliah menurut pandangan Ibn Khaldun.__________________________________________________________________________________________________

b. Bincangkan ciri-ciri masyarakat jahiliah dari segi :i. Sosial________________________________________________________________________________________________

ii. Ekonomi________________________________________________ ________________________________________________

Unit 1.2 : Masyarakat Islam

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan konsep ummah dan perkembangan masyarakat Islam.

Masa / Kawasan Kajian : Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin di Semenanjung Tanah Arab abad ke 6 7M (501 -699Masihi)

Waktu pengajaran : 4 waktu

Bil.KandunganKeterangan

1.a. Konsep ummah (2 waktu)

b. Perkembangan masyarakat Islam ( 2 waktu) Definisi ummah dari segi bahasa dan istilah. Peringkat awal, konsep ummah merangkumi semua masyarakat Islam dan bukan Islam di Madinah sebelum penyingkiran Yahudi. Selepas penyingkiran Yahudi akibat tidak mematuhi Sahifah Madinah, konsep ummah hanya untuk merujuk kepada umat Islam sahaja. Usaha-usaha Nabi Muhammad SAW membentuk ummah di Madinah :a. Penyatuan suku Arab Aus dan Khazraj menjadi Ansarb. Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin ukhuwwah Islamiahc. Penyatuan umat Islam dengan bukan Islam melalui konsep ummahd. Penggubalan Piagam Madinah dan penubuhan negara Islame. Melaksanakan keadilan sosial termasuk kebebasan beragama, jaminan keselamatan dan kebebasan ekonomi.f. Penyingkiran golongan Yahudi : bani Qainuqa, bani Nadir dan bani Quraizahg. Memperkasa ekonomi Islam perniagaan, pertanian dan sebagainyah. Pembentukan pasukan tentera i. Dasar berhati-hati terhadap golongan munafik

Golongan masyarakat Islam zaman Nabi Muhammad SAW:a. Muhajirinb. Ansar Peranan golongan Muhajirin dan Ansar dalam perkembangan Islam.

Golongan masyarakat Islam zaman Khulafa al-Rasyidin:a. Umat Islam Arab : Muhajirin dan Ansarb. Golongan al-Ayyamc. Golongan al-Qurrad. Golongan Syiahe. Golongan Khawarijf. Golongan umat Islam bukan Arab Mawali (penduduk Syam, Iraq dan Mesir) g. Golongan al-Riddah : nabi palsu, murtad dan enggan bayar zakat

2.Cadangan BBM Peta Semenanjung Tanah Arab Video dan filem animasi Power Point

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran / pembelajaran koperatif Kuiz Kajian Peta Inkuiri

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr Basri bin Ibrahim.b. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.c. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajard. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.e. Sejarah STPM(Sejarah Islam) Teks Prau Longman Pearsonf. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosenseic. Youtube

Cadangan latihan pengukuhan dan pemulihan Contoh soalan esei :a. Bincangkan konsep ummah di Madinah pada abad ke- 6M.b. Bincangkan usaha-usaha yang dilakukan Nabi Muhammad SAW bagi menyatukan masyarakat di Madinah.c. Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin pada zaman Khalifah al-Rasyidin.

Contoh soalan struktur :a. Jelaskan konsep ummah.________________________________________________________________________________________________

b. Nilaikan peranan golongan Ansar di Madinah dari segi :i. Sosial______________________________________________________________________________________________

ii. Ekonomi________________________________________________________________________________________________

Unit 1.3 : Sistem Pemerintahan

Hasil Pembelajaran : Menghuraikan kandungan dan peranan Piagam Madinah serta struktur pemerintahan di Madinah

Masa /Kawasan Kajian : Nabi Muhammad SAW abad ke-7M (601 - 699Masihi)

Waktu pengajaran : 3 waktu

Bil.KandunganKeterangan

1.a. Kandungan Piagam Madinah(1 waktu)

b. Peranan Piagam Madinah (1 waktu)

c. Struktur Pemerintahan di Madinah (1 waktu) Piagam Madinah/Mithaq al-Madinah/al-Sahifah - merujuk kepada perlembagaan bertulis berkenaan hak dan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah. Al-Quran sebagai rujukan utama. Prinsip-prinsip dalam pemerintahan Islam seperti syura, keadilan dan persamaan taraf dan hak terkandung dalam Piagam Madinah. Pembahagian Piagam Madinah :a. Bahagian pertama mengandungi 23 fasal menyentuh tentang hubungan sesama umat Islam dan tanggungjawab sesama mereka.b. Bahagian kedua mengandungi 24 fasal melibatkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah Tiga golongan utama yang terlibat dengan Piagam Madinah iaitu Muhajirin, Ansar dan Yahudi.

Kandungan Piagam Madinah : fasal 1 hingga fasal 47. Kandungan utama Piagam Madinah :a. Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin masyarakat dan ketua negara - membolehkan baginda menentukan hala tuju kerajaan dan rakyat. Masalah hubungan antara Islam dan bukan Islam dirujuk kepada baginda untuk penyelesaian. Ketua-ketua kaum pula mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah dalam suku masing-masing.b. Semua penduduk sebagai satu ummah.c. Semua penduduk bersatu, bekerjasama dan bertanggungjawab mempertahankan negara daripada sebarang ancaman, menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman.d. Sumber piagam berasaskan wahyu (Quran) dan tradisi-tradisi Arab yang tidak bertentangan dengan Islam.e. Semua penduduk mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing.f. Jaminan keselamatan kepada semua penduduk selagi mereka mematuhi piagam.

Peranan utama Piagam Madinah :a. Menyatukan penduduk Madinah yang berbilang kaumb. Undang-undang tertinggi Madinah selepas al-Quran bagi menyelesaikan segala permasalahan penduduk.c. Menggariskan dasar-dasar umum pemerintahan negara dan pentadbiran masyarakatd. Pengisytiharan bahawa Madinah adalah sebuah negara yang berdaulat dan berperlembagaan.e. Melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk bidang ekonomi, pendidikan, dan sosial.

Kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tertinggi ketua badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. Al-Quran sebagai dasar pemerintahan Pembentukan ummah Dasar pentadbirana. Mengukuhkan akidah Islamiahb. Agama Islam sebagai landasan dan rujukanc. Majlis Syura dan amalan musyawarah dalam pentadbirand. Piagam Madinah sebagai perlembagaan negarae. Keadilan sosial Pembentukan pasukan tentera Masjid sebagai institusi terpenting pusat pemerintahan, pusat ibadat, pusat penyebaran ilmu, pusat kebudayaan dan pusat pertemuan umat Islam dalam menyelesaikan sebarang masalah rakyat. Usaha-usaha Nabi Muhammad SAW selepas berjaya menubuhkan Negara Islam Madinah :a. Memperkasakan perpaduan b. Memakmurkan masjidc. Menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai asas pemerintahand. Melaksanakan Piagam Madinahe. Memimpin melalui teladanf. Penyingkiran golongan Yahudig. Membendung kaum munafikh. Memperkenalkan pelbagai sistem Islam ( sistem ekonomi Islam, sistem sosial Islam, perundangan Islam, kebebasa agama)i. Hubungan antarabangsaj. Memperkasakan sistem pertahanan negara

2.Cadangan BBM Peta Semenanjung Tanah Arab Gambar Kota Madinah Video dan filem animasi Power Point

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran Kuiz Kaedah dapatan Kaedah Sokratik Kajian dokumen

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.b. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.c. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajard. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.e. Sejarah STPM (Sejarah Islam) - Teks Prau Longman Pearsonf. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosensei

5.Cadangan Latihan pemulihan dan pengayaan Contoh soalan esei :a. Bincangkan faktor pembinaan Piagam Madinah dan peranannya sebagai kesinambungan dakwah Rasulullah SAW.b. Sejauh manakah Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduk Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.c. Bincangkan struktur pemerintahan Rasulullah SAW.d. Bincangkan usaha-usaha Nabi Muhammad SAW selepas berjaya menubuhkan negara Islam Madinah.

Contoh soalan struktur :a. Jelaskan konsep ummah______________________________________________________________________________________________________

b. Huraikan kandungan utama Piagam Madinah: __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________

Unit 1.4 : Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW

Hasil Pembelajaran : Menghuraikan ciri-ciri kepemimpinan nabi Muhammad SAW. Masa /Kawasan Kajian : Nabi Muhammad SAW abad ke-7M (601 -699M).

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil.KandunganKeterangan

1.

Ciri-ciri Kepimpinan Nabi Muhammad SAW(2 waktu)

Kepimpinan Nabi Muhammad SAW bermula selepas kebangkitan baginda sebagai rasul. Sifat terpuji Rasul SAW:a. Siddiqb. Amanah c. Tablighd. Fathanah Teras kepimpinan Nabi Muhammad SAW ialah wahyu Allah SWT

Ciri-ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW :a. Nabi dan rasul (pemimpin agama dan dakwah)b. Pemimpin masyarakatc. Pemimpin negara dan pemerintah penggubalan Piagam Madinah, hubungan diplomatik dan lain-laind. Perancang ekonomi muamalat Islame. Pemimpin tentera jihad, syahid, taktik, strategi dan etika perangf. Ketua hakim

2.Cadangan BBM Video dan filem animasi Power Point Youtube

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran Kuiz Penceritaan Inkuiri Kaedah Projek

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr Basri bin Ibrahim.b. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.c. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajard. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi. e. Sejarah STPM (Sejarah Islam) Teks Prau Longman Pearsonf. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosensei

5.Cadangan latihan pengukuhan dan pemulihan Contoh soalan esei :a. Bincangkan konsep kepimpinan dan ciriciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAWb. Sejauh manakah kepimpinan Nabi Muhammad SAW membantu kejayaan dakwah baginda.

Contoh soalan struktur :a. Jelaskan peranan nabi sebagai pemimpin ekonomi.__________________________________________________________________________________________________

b. Huraikan ciri-ciri kepimpinan nabi sebagai:i. Pemimpin negara dan pemerintah____________________________________________________________________________________________________

ii.Pemimpin tentera____________________________________________________________________________________________________

Unit 1.5 : Institusi Khalifah 1.5.1 : Pemilihan Khalifah Hasil Pembelajaran : Menghuraikan konsep dan ciri-ciri khalifah serta kaedah pemilihan khalifah

Masa /Kawasan Kajian : Khalifah al-Rasyidin dan Umayyah abad ke 7 8M (601 799M)

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil.KandunganKeterangan

1.a. Konsep Khalifah(1 waktu)

b. Ciri-ciri Khalifah

c. Kaedah Pemilihan Khalifah(1 waktu)

Pengertian khalifah dari segi bahasa dan istilah Pengertian khalifah menurut al-Quran dan pandangan sejarawan seperti Ibnu Khaldun, al-Mawardi dan lain-lain. Pelbagai gelaran khalifah - Amirul Mukminun, Imam dan lain-lain. Sistem khilafah :a. Sistem khilafah - institusi pemerintahan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.b. Hukum menegakkan khilafahc. Jawatan penggantian khalifah.d. Pelaksanaan sistem khilafah dengan sepenuhnya hanya berlaku pada zaman Khulafa al-Rasyidin.e. Institusi khilafah berakhir pada zaman Mustafa Kemal Attaturk apabila beliau mengisytiharkan kerajaan Republik Turki pada 1924.

Pelantikan khalifah memenuhi ciri-ciri kelayakan tertentu. Tanggungjawab khalifah : a. Pentadbir agama menegakkan agama dan memimpin rakyat mengikut ajaran Islam untuk kebaikan dunia dan akhiratb. Pentadbir negara seperti mengetuai pentadbiran negara, membangunkan negara, memajukan ekonomi dan sebagainya.

Pelantikan Khulafa al-Rasyidin :a. Pelantikan secara demokrasi / musyawarahb. Pemilihan khalifah oleh rakyat melalui majlis syurac. Mendapat baiah dari rakyat

Kaedah pemilihan Khulafa al-Rasyidin :a. Khalifah Abu Bakar r.a kaedah perundinganb. Khalifah Umar r.a kaedah wasiat khalifah terdahulu c. Khalifah Uthman r.a kaedah mengusulkan sekumpulan calond. Khalifah Ali r.a kaedah pengusulan oleh sekumpulan masyarakat

Kaedah pemilihan khalifah Bani Umayyaha. Pelantikan khalifah berdasarkan warisan atau keturunan b. Putera Mahkota c. Diperkenalkan oleh Khalifah Muawiyyahd. Kelemahan dan kelebihan kaedah warisane. Kaedah ini diteruskan pada zaman pemerintahan kerajaan Islam yang lain.

2.Cadangan BBM Peta Semenanjung Tanah Arab Power Point

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran Kuiz/soal Jawab Kaedah Projek Kaedah lakonan

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Kesalahan kesalahan terhadap fakta fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr. Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.b. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.c. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajard. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.e. Sejarah STPM(Sejarah Islam) - Teks Prau Longman Pearsonf. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet /blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosensei

5.Cadangan latihan pengukuhan dan pengayaan Contoh soalan esei :a. Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.b. Sejauh manakah pemilihan Khulafa al-Rasyidin memenuhi prinsip demokrasi.c. Bandingkan kaedah pelantikan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin dan zaman Umayyah.

Unit 1.5 : Institusi Khalifah 1.5.2 : Sumbangan Khalifah / Tokoh Hasil Pembelajaran : Menilai sumbangan khalifah / tokoh.

Masa /Kawasan Kajian : Khalifah al-Rasyidin dan Umayyah abad ke 7 8M (601 799) dan Abbasiyah abad ke 8 9M (701 899M)

Waktu pengajaran : 4 waktu

Bil.KandunganKeterangan

1.a. Khalifah Abu Bakar (632-634M)(1 waktu)

b. Khalifah Umar al-Khattab (634-644M)(1 waktu)

c. Khalifah Umar Abdul Aziz (683-720M)(1 waktu)

d. Khalifah Harun al-Rasyid (765-809M) (1 waktu)

Sumbangan khalifah :a. Menyelesaikan isu berkaitan kewafatan Nabi Muhammad SAWb. Menyelesaikan isu pengganti Nabi Muhammad SAWc. Menyelesaikan masalah golongan al-Riddah (nabi palsu, golongan murtad dan golongan enggan keluar zakat)d. Menangani ancaman musuh luar khasnya Rom dan Parsie. Memulakan usaha pengumpulan ayat-ayat al-Quranf. Menyusun dan mengemaskini pentadbirang. Melaksanakan dasar dan ekspedisi ketenteraan

Sumbangan khalifah : a. Penubuhan majlis syurab. Pembahagian wilayahc. Dasar pelantikan gabenor dan pegawai-pegawai kerajaan - surat pelantikan, senarai tugas, pengisytiharan harta sebelum dan selepas pelantikan.d. Mengasaskan birokrasi Islam - menubuhkan jabatan-jabatan kerajaan seperti Diwan al-Jund dan Diwan al-Kharaje. Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanahf. Mengemaskini sistem kewangan dan perbendaharaan (Baitulmal)g. Sistem gajih. Kehakiman pelantikan kadi di setiap wilayahi. Pendidikan dan keilmuanj. Memajukan bidang ekonomi termasuk bidang pertanian seperti pembinaan empangan dan terusank. Keadilan sosiall. Memperkenalkan takwim Hijrah

Sumbangan khalifah :a. Pentadbiran berdasarkan al-Quran dan hadisb. Menghidupkan kembali amalan syura dalam pentadbiranc. Dasar pelantikan gabenor dan pegawai kerajaand. Mengemaskini dasar luar negara dan polisi peluasan wilayahe. Menggalakkan perkembangan pendidikan dan pengamalan ajaran Islam f. Memulihkan peranan Baitulmalg. Mengemaskini sistem pungutan cukai agar lebih adilh. Mengadakan projek kebajikan untuk rakyati. Mengurangkan jurang pendapatan dan kedudukan sosial- ekonomi rakyat j. Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali bin Abi Talib dalam khutbah Jumaat k. Menghapuskan jawatan pengawal peribadi khalifahl. Perkembangan ilmu pengetahuanm. Menggalakkan asimilasi perkahwinan antara Arab dan bukan Arab

Sumbangan khalifah :a. Dasar pemerintahan dan pentadbiran b. Hubungan diplomatik c. Memajukan bidang pendidikan dan intelektual seperti membina Baitul Hikmah, menjadikan Baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu, menggalakkan kegiatan penulisan dan penterjemahan.d. Memperkukuhkan angkatan tenterae. Memajukan bidang ekonomi khasnya perdagangan

2.Cadangan BBM Peta Semenanjung Tanah Arab Peta Konsep Senarai Khulafa al-Rasyidin, Khalifah Bani Umayyah dan Abbasiyah Power Point

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran Kuiz/soal Jawab Kajian dokumen Kajian buku teks Kajian laman web

4.Sumber Rujukan Buku rujukan :a. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr. Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.b. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.c. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajard. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.e. Sejarah STPM(Sejarah Islam) -Teks Prau Longman Pearsonf. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosensei

5.Cadangan latihan pengukuhandan pengayaan Contoh soalan esei :a. Nilaikan peranan Khalifah Abu Bakar sehingga beliau dianggap sebagai Penyelamat Umat dan Negara Islam.b. Nilaikan sumbangan khalifah Harun al-Rasyid dalam memperkasakan kegiatan intelektual.c. Bandingkan dasar pemerintahan khalifah Umar al-Khattab dengan khalifah Umar Abdul Aziz.

Unit 1.6 : Bentuk Pemerintahan 1.6.1 : Pemerintahan pusat dan wilayah

Hasil Pembelajaran : Membincangkan struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah

Masa/Kawasan Kajian : Khalifah al-Rasyidin pada abad ke 7M (601 - 699M) dan Khalifah Uthmaniyyah pada abad ke16 17M (1501 1699M)

Waktu pengajaran : 8 waktu

Bil.KandunganKeterangan

1.a. Struktur pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ( 2 waktu )

b. Struktur pemerintahan khalifah Turki Uthmaniyah(2 waktu)

Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada 632 Masihi Terdiri dari 4 orang khalifah iaitu khalifah Abu Bakar Al-Siddiq, khalifah Umar bin al-Khattab, khalifah Uthman bin Affan dan khalifah ali bin Abi Talib. Khulafa al-Rasyidin meneruskan dasar pemerintahan dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW

Pentadbiran pusat zaman Khulafa al-Rasyidin :a. Madinah sebagai pusat pemerintahan b. Masjid Nabawi sebagai pusat pentadbiran negara, pusat ibadat dan kegiatan dakwah Islamiah.c. Khalifah sebagai ketua badan eksekutif, legislatif dan kehakiman.d. Khalifah paling berkuasa tetapi kekuasaan tidak berbentuk mutlak dan terikat dengan al-Quran dan sunnah yang mengawal segala tindakan khalifah.e. Sesuatu dasar diputuskan melalui majlis syura (badan penasihat khalifah).f. Majlis Syura secara rasmi dibentuk pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattabg. Penubuhan Baitul Mal (perbendaharaan negara) untuk menguruskan harta rakyat dan negara.

Pentadbiran wilayah zaman Khulafa al-Rasyidin :a. Semasa pemerintahan khalifah Abu Bakar, pemerintahan wilayah dibahagikan kepada 10 wilayah - Makkah, Taif, Yaman, Hadhramaut dan lain-lain.b. Pentadbiran wilayah telah diperkemaskan pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattabc. Dibahagikan kepada 8 wilayah utama iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran, Iraq, Mesir dan Palestind. Setiap wilayah mempunyai ibu negeri dan pusat pentadbiran.e. Khalifah Umar bin al-Khattab telah membentuk sistem birokrasi yang sistematik.f. Setiap wilayah diketuai oleh gabenor (amil) dan dibantu oleh setiausaha dan pegawai lain seperti : setiausaha tentera, pegawai cukai (Sahib al-Kharaj), pegawai polis (Sahib al- Syurtah), pegawai perbendaharan (Sahib Bait al-Mal) dan kadi.g. Setiap wilayah didirikan sebuah Baitul Mal untuk menguruskan pendapatan dan perbelanjaan negara.

Kerajaan Uthmaniyyah memerintah dari tahun 1281 hingga 1924 dan berpusat di Istanbul. Kerajaan ini diasaskan oleh Uthman bin Ertughul dan selepas itu, pemerintahan ini diteruskan oleh 38 orang khalifah. Pemerintahan pusat Khalifah Uthmaniyyah :a. Sultan sebagai pemerintah tertinggi dan berkuasa mutlak.b. Sultan memegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran dan ketenteraan.c. Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbiran dan penasihat sultan serta ketua seluruh wazir dan amir. Memiliki cop mohor sebagai simbol wakil sultan.d. Jawatan Syeikh al-Islam (mufti) zaman Sultan Salim I berperanan memberi fatwa agama termasuk keputusan berperang sesama umat Islam. Pandangan mufti diambil kira dalam pelantikan pegawai istana. Kadang kala sultan campur tangan dalam soal fatwa.e. Struktur ketenteraan tersusun - Beylerbey (ketua turus tentera) - Beylerbey Anatolia dan Beylerbey Rumali di Eropah. Diikuti dengan Bey (ketua batalion). Dibantu 3orang hakim tentera, 2 orang defterdar (Kewangan), 1 orang Agha (wakil tentera darat), seorang laksamana dan seorang Nishanji. Fief merupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah. Fief yang berjasa dikurniakan tanah. Tentera fief akhirnya digantikan dengan tentera upahan dengan persenjataan yang lebih moden.

Pemerintahan wilayah Khalifah Uthmaniyyah :a. Setiap wilayah ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang luas yang akan dikendalikan oleh para kadi.b. Kadi merupakan ketua agama bagi setiap wilayah di mana tugas utama pegawai berkenaan ialah mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan hukum al-Quran dan Hadisc. Multezim bertanggungjawab untuk mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan tertentu dan sebahagian daripada kutipan itu diserahkan kepada perbendaharaan. Pada masa yang sama, pegawai kerajaan diberi kuasa untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai bakshish untuk perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.d. Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan, menguruskan wakaf untuk menyokong perkembangan sekolah dan hospital serta pendidikan belia Muslim.

2.Cadangan BBM Peta Semenanjung Tanah Arab Gambar Kota Makkah, Madinah, Istanbul , Cordova dan Delhi Video dan filem Power Point

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran Kuiz Inkuiri Kajian buku teks

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr. Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.b. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.c. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajard. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.e. Sejarah STPM(Sejarah Islam) -Teks Prau Longman Pearsonf. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosensei

5.Cadangan latihan pengukuhan dan pemulihan Contoh soalan esei :a. Bandingkan pemerintahan berpusat pada zaman Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin dan Khalifah Uthmaniyyah. b. Pemerintahan Khalifah al-Rasyidin adalah cerminan pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Bincangkan.c. Sejauh manakah pemerintahan Khalifah al-Rasyidin memenuhi prinsip demokrasi.

Contoh soalan struktur :a. Jelaskan struktur pemerintahan Islam pada zaman Khalifah Umar al-Khattab____________________________________________________________________________________________________

Unit 1.6 : Bentuk pemerintahan 1.6.2 : Pemerintahan Pusat dan wilayah Hasil Pembelajaran : Menjelaskan sistem pemerintahan raja/sultan dan amir

Masa /Kawasan Kajian : Andalusia pada abad ke 13M (1201 -1299M) dan India pada abad ke 16-17M (1501 1699M). Waktu pengajaran : 4 waktu

Bil.KandunganKeterangan

1.a. Pemerintahan pusat dan wilayah kerajaan Andalusia abad ke-13M (2 waktu)

b. Pemerintahan pusat dan wilayah kerajaan India abad ke 16-17M (2 waktu)

Pemerintahan di Andalusia ditadbir oleh amir atau khalifah. Amir berkuasa melantik wakil-wakilnya untuk mentadbir wilayah. Gabenor Jeneral adalah wakil amir yang bertanggungjawab melantik para pegawai untuk membantu pentadbiran. Pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia terbahagi kepada dua peringkat :a. Peringkat pertama para pemerintah bergelar Amir (756-912M)b. Peringkat kedua para pemerintah bergelar Khalifah (912-1002M) Selepas tahun 1002M, kerajaan Bani Umayyah di Andalusia mengalami kemerosotan dan berakhir berakhir pada 1031M. Kesannya, muncul kerajaan-kerajaan kecil yang berpusat di pelbagai kota.

Pemerintahan Islam di Andalusia terdiri daripada beberapa tahap : a. Zaman pemerintahan gabenor Bani Umayyah Damsyik (711-756M)b. Zaman pemerintahan Bani Umayyah (756-1031M)c. Zaman pemerintahan Muluk al-Tawaif (1031-1086M)d. Zaman pemerintahan Murabitun (1086-1143M)e. Zaman pemerintahan al-Muwahhidun (1144-1223M)f. Zaman pemerintahan Nasriyah (1224-1429M)

Sistem pemerintahan amir dalam kerajaan Muwahhidun :a. Pusat pemerintahan di Maghribi.b. Para amir kerajaan al-Muwahhidun menggunakan gelaran berunsur Syiah seperti al-Mahdi, al-Imam, al-Nasir dan al-Mansur.c. Amir dilantik secara warisan (monarki).d. Pentadbiran kerajaan al-Muwahhidun di peringkat pusat dan wilayah berasaskan perundangan daripada mazhab Maliki.e. Al-Mahdi dibantu 10 orang berfungsi sebagai kabinet pemerintahanf. Dewan 50 orang (penasihat) dan Dewan 70 orang (Majlis Rakyat)g. Majlis tentera ditubuhkan untuk menyelia hal ehwal ketenteraan.h. Amir menjalinkan hubungan diplomasii. Akhir pemerintahan Muwahhidun, sebuah kementerian diwujudkan untuk menguruskan hal ehwal para penyair.

Pentadbiran kerajaan Nasriyah :a. Pusat pemerintahan di Granada.b. Pengasas kerajaan Nasriyah adalah Muhammad bin Yusof bin Nasr (Ibn a-Ahmar).c. Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. d. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kerajaan Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya.e. Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22 orang amir (sultan).

Pemerintahan kerajaan Islam di India bermula pada zaman Bani Umayyah ketika pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abd Malik. Khalifah menghantar panglima Muhammad bin al-Qasim yang berjaya mengasaskan pertempatan Islam di Sind. Kejayaan ini menjadi titik tolak kepada pembentukan kerajaan Islam Kesultanan Delhi yang memerintah India. Kerajaan Moghul muncul pada awal abad ke-15M setelah lenyapnya Kesultanan Delhi. Pemerintahan Moghul terdiri daripada dua zaman :a. Zaman kegemilangan (1526-1707M)b. Zaman kemunduran (1708-1875M) Pemerintahan Moghul mengamalkan pemerintahan secara pemusatan kuasa dan pentadbiran wilayah.

Dasar pemerintahan Maharaja Akbar (1556-1605M) :a. Menjalankan sistem pemusatan kuasa dan pentadbiran wilayah.b. Mengamalkan sistem pewarisan takhta. Menggunakan gelaran sultan atau maharaja. Memiliki kuasa mutlak.c. Dibantu oleh pegawai seperti Bairam Khan (Perdana Menteri) dan Navratnas (Sembilan Permata).d. Dasar peluasan wilayah dan melantik wizurai untuk mengawal pemberontakan.e. Organisasi pentadbiran peringkat pusat :1. sistem pentadbiran Mansabdar dijalankan oleh pegawai yang dilantik untuk melaksanakan tugas pentadbiran awam dan melengkapkan pasukan tentera diraja.2. Mansabdar zaman Maharaja Akbar dibahagikan kepada 33 peringkat dan setiap peringkat Mansabdar memerintah satu batalion tentera berkuda.3. Jawatan-jawatan utama Wakil (Perdana Menteri), Wazir (Menteri), Khan Qanan (Ketua Turus Tentera), Kadi Besar (pegawai Kehakiman), Muhtasib (menjaga moral awam), Diwan (pegawai Kewangan), Mir Bakhshi (pegawai akaun dan gaji tentera), Sadr-us-Sudur (pegawai agama dan kebajikan) dan Kotwal (pegawai keamanan dan pengintip).4. Mengasingkan politik dengan agama5. Menghapuskan perbezaan berasaskan agama dan bangsa. Rakyat bebas beragama dan agama bukanlah ukuran kedudukan seseorang. Memperkenalkan Din Illahi gabungan agama Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster. Membina Ibadat Khana sebagai tempat berkumpul pelbagai tokoh agama. Menghapuskan jizyah dan perhambaan.6. Zaman pemerintahan Akbar, India dibahagikan kepada 18 wilayah (subas) dan setiap wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah (sarkar). Setiap daerah dibahagi kepada beberapa mukim (parganah) dan kampung (mahal).f. Organisasi pentadbiran peringkat wilayah :1. Diwan mengawal semua kegiatan subahdar (gabenor)2. Subahdar / Sipah Salar (gabenor wilayah)3. Jabatan di bawah subahdar Bakhshi, Faudjar, Kotwal, Sadr, Ainil, Bitikchi, Podar dan Waqa-i-novis.4. Faudjar - pegawai yang menguruskan pentadbiran di peringkat daerah. Tugas faudjar pungut cukai, menghalang pemberontakan, mengawal kegiatan jenayah dan menguasai tentera di daerahnya.

Dasar pemerintahan Maharaja Aurangzeb (1658-1707M) :a. Melaksanakan dasar Islamisasi yang ketat dalam pentadbiran dan berusaha menjadikan India sebuah negara Islam (Dar al-Islam) dengan mengamalkan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Tidak bertolak ansur terhadap mazhab dan agama lain.b. Melaksanakan perundangan Islam berpandukan buku perundangan (Fatwa Alamgir).c. Memperkenalkanbayaran jizyah kepada orang bukan Islam dengan kadar rendah. Menghapuskan 80 jenis cukai yang membebankan rakyat.d. Menegakkan sistem sosial Islam seperti mengharamkan arak dan judi.e. Mengamalkan dasar keras terhadap orang bukan Islam. Berusaha menyekat pengaruh Hindu dengan menghadkan penganut Hindu memegang jawatan penting.f. Mengamalkan dasar peluasan kuasa.g. Golongan ulama berperanan penting dalam pentadbiran pusat dan telah menyingkirkan golongan bukan agamah. Lembaga Penapis diwujudkan untuk melahirkan masyarakat berakhlak.i. Menghidupkan semula amalan syura dalam pemerintahan.j. Akbar melantik para kadi dan mufti untuk pengadilan terhadap orang Islam dan Hindu manakala Hakim Besar untuk mengawasi para kadi dan mufti.

2.Cadangan BBM Peta Semenanjung Tanah Arab Gambar Kota Makkah, Madinah ,Istanbul , Cordova dan Delhi Video dan filem Power Point

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran Kuiz Kajian Peta Kaedah Projek

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr. Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.b. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.c. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajard. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.e. Sejarah STPM(Sejarah Islam) -Teks Prau Longman Pearsonf. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosenseic. Youtube

5.Cadangan latihan pengukuhan dan pengayaan Contoh soalan esei :a. Bincangkan peranan amir pada zaman pemerintahan Islam di Andalus pada abad ke-13M.b. Sejauh manakah pemerintahan Muluk al-Tawaif melemahkan kerajaan Islam di Andalusia.c. Bandingkan dasar pemerintahan Maharaja Akbar dan Maharaja Aurengzab dalam pemerintahan kerajaan Moghul.

Contoh soalan struktur :a. Huraikan peranan pemerintah Islam di Andalus abad ke-13M.____________________________________________________________________________________________________ d.

Unit 1.7 : Pertahanan dan Pembukaan Wilayah 1.7.1 : Jihad

Hasil Pembelajaran : Calon seharusnya menjelaskan pengertian jihad

Kawasan Kajian : Zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Al-Rasyidin ke 7M (601 - 699Masihi)

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil.KandunganKeterangan

1.Pengertian Jihad (2 waktu)

Definisi bahasa dan istilah Menurut Al-Quran, hadis dan pandangan tokoh sejarawan Islam Galakan berjihad dalam Islam Jihad Fi Sabilillah

Jenis - jenis jihad :a. Jihad nyawa dan tenagab. Jihad harta bendac. Jihad pemikiran, lisan dan penulisan d. Jihad mempertahankan kebenarane. Jihad melawan hawa nafsu / syaitan (zahir dan batin)f. Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddahg. Jihad menentang golongan munafikh. Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan kejahilani. Jihad menentang kemungkaran dan kezalimanj. Jihad ekonomi - membasmi kemiskinan dan kemundurank. Jihad politik Dawlah Islamiah - menegakkan masyarakat dan syiar Islam Kepentingan jihad dalam gerakan dakwah Islamiah. Syahid

2.Cadangan BBM Peta Semenanjung Tanah Arab Gambar Kota Makkah dan Madinah Video dan filem animasi Power Point Peta minda mengenai jihad

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran Kaedah kajian dokumen Inkuiri

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr. Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.b. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.c. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajard. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.e. Sejarah STPM (Sejarah Islam) - Teks Prau Longman Pearsonf. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosenseic. Youtube

5.Cadangan latihan pengukuhan dan pemulihan Latihan esei :a. Sejauh manakah jihad ilmu merupakan tuntutan utama untuk memperkasakan ummah.b. Nilaikan peranan jihad dalam perkembangan dakwah Islamiah.c. Bincangkan jenis-jenis jihad yang menurut Islam.d. Kemantapan akidah mendasari gerakan jihad pada zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa al-Rasyidin. Bincangkan.

Latihan struktura. Nyatakan maksud jihad dari segi istilah.................................................................................................................................................................................................

b. Maksud jihad mengikut pandangan Imam al-Ghazali.................................................................................................................................................................................................

c. Jelaskan jenis-jenis jihad menurut pandangan Islam :1. Jihad nyawa dan tenaga2. Jihad harta3. Jihad mempertahankan kebenaran4. Jihad melawan nafsu5. Jihad menuntut ilmu

Unit 1.7 : Pertahanan dan Pembukaan Wilayah 1.7.2 : Peperangan

Hasil Pembelajaran : Menghuraikan etika dan strategi peperangan.

Kawasan Kajian : Zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Al Rasyidin ke 7M (601 - 699Masihi)

Waktu pengajaran : 3 waktu

BilKandunganKeterangan

1.a. Etika peperangan (1 waktu)

b. Strategi peperangan(2 waktu) Keizinan berperang menurut al-Quran contoh ayat 90 Surah al-Baqarah dan ayat 39 - 40 surah al-Hajj. Sebab atau tujuan peperangan menurut Islam :a. Mempertahankan diri dan hak b. Mempertahankan kemuliaan agamac. Mempertahankan kedaulatan negarad. Menegakkan keamanan dan keadilane. Menghapuskan golongan riddahf. Penyebaran / gerakan dakwah langkah terakhir

Etika peperangan dalam Islam (kaitkan dengan contoh peperangan zaman nabi dan Khulafa al-Rasyidin) a. Menawar perdamaian, menganut Islam atau membayar jizyah kepada pihak musuhb. Patuh kepada ketua tentera seperti tidak meninggalkan medan perang tanpa izinc. Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda termasuk rumah ibadat kecuali dalam keadaan daruratd. Tidak boleh memerangi musuh yang sudah menyerah, kafir zimmi, kafir Muahad dan kafir Mustaman.e. Larangan memerangi musuh yang tiada daya dan kekuatan seperti kanak-kanak, wanita dan lain-lainf. Wajib mematuhi sebarang perjanjian damai yang dimeterai contohnya Perjanjian Hudaibiahg. Layanan baik terhadap tawanan perang kaedah dakwahh. Larangan mengaibkan musuhi. Keadilan dalam pengagihan harta rampasan perangj. Berperang bila diperangi dan menyerang bila keadaan memerlukan - Perang Khaibar

Strategi dan taktik peperangan dalam Islam (kaitkan dengan peperangan yang melibatkan nabi dan Khulafa al-Rasyidin)a. Strategi persediaan ketenteraan Islam kekuatan akidah, ilmu/kemahiran dan peralatan perang termasuk armada lautb. Strategi menunggu musuh Perang Badarc. Strategi al-Safs, al-Arif dan Kurdus (batalion) Perang Badard. Strategi mengali parit dan bertahan - Perang Khandaq / Ahzabe. Strategi menguasai kawasan strategik seperti mata air (Perang Badar) dan kawasan tinggi (Perang Uhud)f. Strategi kepung dan serang pengepung kota Taifg. Strategi tidak mengejar musuhh. Strategi penyamaran untuk memecahbelahkan musuh Perang Khandaq / Ahzabi. Strategi tipu helah Fathul Makkahj. Strategi risikan mengetahui kekuatan dan kelemahan musuhk. Strategi membina bandar tentera Kufah dan lain-lain

2.Cadangan BBM Video dan filem animasi peperangan Islam Power point Gambar

3.Cadangan aktiviti Soal jawab melalui tonton video (VIE) Kuliah Tutorial Sumbang saran Pembelajaran konstruktivisme

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.b. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajarc. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.d. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr. Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.e. Sejarah STPM (Sejarah Islam) - Teks Prau Longman Pearsonf. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosenseic. Youtube

5.Cadangan latihan Contoh soalan esei :a. Sejauh manakah taktik dan strategi membantu kejayaan tentera Islam semasa Zaman Nabi Muhammad SAW.b. Bincangkan etika peperangan yang disarankan oleh Islam ketika di dalam peperangan.c. Misi ketenteraan merupakan langkah terakhir dalam gerakan dakwah Islamiah. Bincangkan.d. Etika yang diterapkan dalam gerakan ketenteraan Islam membuktikan Islam mengutamakan perdamaian. Bincangkan.

Unit 1.7 : Pertahanan dan Pembukaan Wilayah 1.7.3 : Kepemimpinan

Hasil Pembelajaran : Calon seharusnya menilai kepemimpinan dan sumbangan tokoh

Kawasan Kajian : Mesir pada abad ke 12M dan Khalifah Uthmaniyah pada abad ke 15M

Waktu pengajaran : 2 waktu

BilKandunganKeterangan

1.a. Salahuddin al-Ayyubi - Mesir(1138 - 1193M)

b. Sultan Muhammad al Fatih - Khalifah Uthmaniyyah(1451 - 1481M) Latar belakang Salahuddin al- Ayyubi Dasar kepemimpinan dan pentadbiran :a. Politik : Pengasas dinasti Ayyubiyah Pemimpin yang warak dan bertoleransi Memperkuatkan angkatan tentera Ekspedisi ketenteraan menentang kerajaan Fatimiyyah di Mesir dan tentera Salib di Palastin Menawan Kota Baitulmuqaddis Dasar terhadap penganut agama Kristian dan Yahudi

b. Sosial Menampilkan akhlak yang mulia untuk dicontohi Memulih dan membangunkan negara Memajukan bidang pendidikan

c. Ekonomi Sektor pertanian Sektor percukaian

d. Agama Menerapkan semangat jihad Menjadikan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah pegangan rasmi negara Mesir menggantikan fahaman syiah Kecintaan terhadap Islam khasnya al-Quran dan Hadis

Latar belakang Sultan Muhammad al-Fatih Kepimpinan dan pentadbiran :a. Politik Pemimpin yang warak dan bertoleransi Penaklukan kota Konstantinople melalui pelbagai strategi dan perancangan - membuka laluan penaklukan ke Eropah / Balkan Penyatuan wilayah dan peluasan empayar hingga ke Eropah - Serbia, Murah, Romania, Albania dan Bosnia Herzegovina

b. Sosial Pertambahan penduduk Istanbul Mendirikan masjid-masjid Instituisi pendidikan Kebajikan rakyat

c. Agama Kebebasan beragama Gerakan jihad /dakwah Islamiah ke benua Eropah

2.Cadangan BBM Filem/ youtube Saladin dan al-Fatih Power point Gambar tokoh

3.Cadangan aktiviti Soal jawab melalui tonton video (VIE) Kuliah Tutorial Sumbangsaran Perbincangan kumpulan (koperatif learning)

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.b. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajarc. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.d. Kesalahan - kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr. Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.e. Sejarah STPM (Sejarah Islam) - Teks Prau Longman Pearsonf. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosenseic. Youtube

5.Cadangan latihan Latihan struktur :a. Nilaikan sumbangan tokoh Islam berikut :1. Sultan Salehuddin al-Ayubbi........................................................................................................................................................................................

2. Sultan Muhammad al-Fatih........................................................................................................................................................................................

b. Senaraikan sifat kepimpinan yang ada kepada tokoh berikut:

Salahuddin al-AyyubiMuhammad al-Fatih

c. Soalan Esei

1. Nilaikan sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih dalam mengukuhkan kedudukan Islam pada abad ke 15M.2. Sejauh manakah penaklukan Baitul Maqdis membuktikan kewibawaan Salehudin al-Ayyubi.3. Jelaskan sumbangan Salehuddin al-Ayyubi dalam bidang politik dan sosial.4. Penaklukan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad al-Fatih telah memberikan kepada dunia Islam sehingga ke hari ini. Bincangkan.

Unit 1.8 : Perhubungan luar 1.8.1 : Diplomatik

Hasil Pembelajaran : Membincangkan bentuk perhubungan luar - diplomatik Masa / Kawasan Kajian : Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin abad ke-7M (601 699M)

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil.KandunganKeterangan

1.Diplomatik( 2 waktu)

Islam mengharuskan hubungan diplomatik demi kebaikan dan keamanan - salah satu kaedah dakwah - mengajak pemimpin, ketua negara dan rakyat sesebuah negara memeluk Islam. Permulaan hubungan diplomatik zaman Nabi Muhammad SAW melalui Perjanjian Hudaibiah 6H - isi kandungan perjanjian mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad SAW dan negara Islam Madinah. Perutusan surat diplomatik zaman Nabi Muhamamad SAW dan respon :a. Surat kepada Raja Habsyah melalui utusan Amru bin Umayyah memeluk Islamb. Surat kepada Raja Bahrain melalui utusan Ala bin Hadrami - memeluk Islamc. Surat kepada Raja Oman melalui utusan Amr bin Al-As - memeluk Islamd. Surat kepada pemerintah Damsyik dan Gabenor Syam melalui utusan Shuja bin Wahb al-Asadi - tidak memeluk Islame. Surat kepada pemerintah Yamamah melalui utusan Salit bin Amr - meninggal dunia sebelum memeluk Islamf. Surat kepada Raja Iskandariah melalui utusan Hatib bin Abi Baltaah - tidak memeluk Islamg. Surat utusan kepada Maharaja Rom melalui utusan Dihiyah al-Kalbi - tidak memeluk Islamh. Surat kepada Raja Parsi melalui utusan Abdullah bin Huzaifah tidak memeluk Islami. Surat-surat perutusan kepada amir, pemimpin, dan pemerintah yang lain

Hubungan diplomatik zaman Khulafa al-Rasyidin dan respon :a. Zaman Khulafa al-Rasyidin, hubungan negara Islam dengan negara luar, khasnya Rom / Byzantine dan Parsi agak tegang.b. Khalifah Abu Bakar meneruskan perancangan menghantar tentera ke Syam bagi melindungi ancaman Rom.c. Kerajaan Islam Madinah terus menyebarkan sayap perhubungan dengan negara-negara luar sama ada secara diplomatik atau penguasaan wilayah.d. Zaman Khalifah Umar al-Khattab, empayar Islam semakin luas melalui dasar hubungan diplomatik dan ketenteraan.e. Zaman Khalifah Uthman juga berjaya membina empayar Islam yang luas melalui dasar hubungan diplomatik dan ketenteraan - menubuhkan pasukan tentera lautf. Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib pergolakan dalaman menghalang beliau meluaskan wilayah Islam

2.Cadangan BBM Peta Semenanjung Tanah Arab Video dan filem animasi Power Point

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran Kuiz Kajian dokumen Kajian peta

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr. Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.b. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.c. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajard. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.e. Sejarah STPM (Sejarah Islam) - Teks Prau Longman Pearsonf. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosenseic. Youtube

5.Cadangan latihan pengukuhan danPemulihan

Contoh soalan esei : a. Bincangkan hubungan diplomatik yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.b. Hubungan diplomatik yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW adalah salah satu kaedah dakwah. Bincangkan.c. Sejauh manakan Perjanjian Hudaibiah membuktikan kewibawaan kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam hubungan diplomatik.

Contoh soalan struktur :a. Bincangkan bentuk-bentuk hubungan luar pada zaman Khalifah al-Rasyidin.____________________________________________________________________________________________________

Unit 1.8 : Perhubungan luar 1.8.2 : Naungan

Hasil Pembelajaran : Membincangkan bentuk perhubungan luar naungan melalui pembayaran jizyah. Masa /Kawasan Kajian : Khalifah al-Rasyidin abad ke-7M (601 699 M) dan Khalifah Umayyah abad ke-7 8M (601 - 799Masihi)

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil.KandunganKeterangan

1.Naungan( 2 waktu) Zaman Khulafa al-Rasyidin, naungan melalui pembayaran jizyah ke atas kafir zimmi dan al-Mustakim Definisi jizyah Kadar jizyah - jizyah secara baik dan jizyah secara paksaan Syarat-syarat jizyah

Naungan yang berhak diterima melalui pelaksanaan jizyaha. Hak mendapat perlindungan ancaman luar, kezaliman, nyawa dan harta bendab. Hak mendapat kehormatan diric. Hak kebebasan beragamad. Hak memperolehi perlindungan (kebajikan) waktu miskin dan pada hari tuae. Hak kebebasan bekerja dan memegang jawatan dalam kerajaan

Kafir zimmi dan al-Mustakim berkewajipan menunaikan tanggungjawab terhadap negara Islam :a. Menghormati undang-undang Islamb. Menghormati syiar dan umat Islamc. Bersama-sama mempertahankan negara Islamd. Bersama-sama membangunkan negara Islam

Perubahan dasar pelaksanaan jizyah zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar jizyah diambil daripada wilayah bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam. Perubahan dasar pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Umar - jizyah diambil daripada orang kafir zimmi yang tinggal dalam negara Islam. Perubahan dasar pelaksanaan jizyah pada zaman Umaiyyah (Khalifah Abdul Malik bin Marwan) - jizyah diwajibkan ke atas kafir zimmi (Mawali) yang memeluk Islam dan golongan agama (rahib) satu bentuk diskriminasi Arab dan bukan Arab - jizyah sumber kewangan penting negara - penubuhan Diwan al-Kharaj

Perubahan dasar pelaksanaan jizyah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz - jizyah ke atas kafir zimmi dihapuskan untuk menarik mereka memeluk Islam, menghapuskan amalan diskriminasi terhadap golongan Mawali dan menggalakkan asimilasi golongan Mawali dan bukan Arab. Kadar jizyah dikurangkan. Namun khalifah-khalifah Umayyah seterusnya telah mengembalikan dasar diskriminasi terhadap golongan Mawali - dikenakan jizyah.

2.Cadangan BBM Peta Semenanjung Tanah Arab (empayar Islam zaman Khulafa al-Rasyidin dan Bani Umayyah) Video dan filem animasi Power Point

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbangan saran Kuiz Kajian peta Kaedah projek

4.Cadangan rujukan Buku rujukan :a. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.b. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajarc. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.d. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr. Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.e. Sejarah STPM (Sejarah Islam) - Teks Prau Longman Pearsonf. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosenseic. Youtube

5.Cadangan latihan pengukuhan dan pengayaan Contoh soalan esei :a. Bincangkan dasar naungan yang dijalankan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.b. Anasisiskan perubahan dasar pelaksanaan jizyah pada zaman Bani Umayyah.c. Khalifah Umar Abdul Aziz telah menghapuskan jizyah terhadap golongan kafir zimmi. Bincangkan

Contoh soalan struktur :a. Senaraikan naungan yang berhak diterima oleh kafir zimmi.____________________________________________________________________________________________________

Unit 1.8 : Perhubungan luar 1.8.3 : Perjanjian

Hasil Pembelajaran : Membincangkan bentuk perhubungan luar - perjanjian Masa /Kawasan Kajian : Khalifah Abbasiyah abad ke-9 13M (801- 1299 M) dan Khalifah Uthmaniyah abad ke-17 19M (1601 - 1899M)

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil.KandunganKeterangan

1.Perjanjian (2 waktu)

Perjanjian-perjanjian pada zaman Khalifah Abbasiyyah :a. Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan Kerajaan Byzantine (Rom Timur) musuh tradisi kerajaan Islam Byzantine membayar cukai tahunan kepada kerajaan Abbasiyahb. Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan Kerajaan Umayyah di Andalusiac. Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan Kerajaan Karolonji di Laut Adriatik (selatan Perancis) pelantikan duta kedua-dua pihak dan pertukaran hadiah berlaku interaksi ilmu Islam ke dunia Barat (zaman kegelapan ilmu).

Perjanjian-perjanjian pada zaman khalifah Uthmaniyah :a. Perjanjian Carlowitz (1699M) isi perjanjian dan kesannyab. Perjanjian Passarowit (1718M) isi perjanjian dan kesannyac. Perjanjian Radsin isi perjanjian dan kesannyad. Perjanjian Kainarji / Perjanjian Kucuk Kaynarcea / Perjanjian Catharina (1774M) isi perjanjian dan kesannyae. Perjanjian Sistova (1791M) isi perjanjian dan kesannyaf. Perjanjian Jassy (1792M) isi perjanjian dan kesannyag. Perjanjian Dardanela (1809M) isi perjanjian dan kesannyah. Perjanjian San Stefano (1878M) isi perjanjian dan kesannyai. Perjanjian Berlin (1887M) isi perjanjian dan kesannya

2.Cadangan BBM Peta empayar Bani Abbasiyah dan empayar Uthmaniyyah Video dan filem animasi Power Point

3.Cadangan Aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran Kuiz Kajian dokumen Kajian peta Inkuiri

4.Cadangan rujukan Buku rujukan :a. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.b. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajarc. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.d. Sejarah Islam, Mohd. Sukki Othman, Longmane. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr. Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.f. Sejarah STPM (Sejarah Islam) - Teks Prau Longman Pearsong. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosenseic. Youtubed. Astro Channel 555 (History)

5.Cadangan latihan Contoh soalan esei :a. Sejauh manakan kesan perjanjian-perjanjian yang ditandatangan oleh Khalifah Uthmaniyyah dengan kuasa Barat membawa kepada kejatuhan empayar Turki.b. Analisis isi-isi Perjanjian Kainarji (1774) dan kesannya terhadap empayar Islam Uthmaniyyah dan Rusia.

Contoh soalan struktur :a. Senaraikan perjanjian-perjanjian yang pernah berlaku pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah.____________________________________________________________________________________________________

b. Senaraikan perjanjian-perjanjian yang pernah berlaku antara Khalifah Uthmaniyyah dengan kuasa-kuasa Barat.____________________________________________________________________________________________________

MODUL SEJARAH 940/2SEJARAH ISLAM (500 1918M)TAJUK 2 : Pembangunan dan Penerokaan

Unit 2.1 : Ekonomi 2.1.1 : Sistem ekonomi

Hasil Pembelajaran : Menghuraikan konsep dan ciri-ciri sistem ekonomi. Masa /Kawasan Kajian : Zaman Nabi Muhammad SAW abad ke-7M, Abbasiyah abad ke 11-12M dan Kesultanan Melaka abad ke-15M.

Waktu pengajaran : 4 waktu

BilKandunganKeterangan

1.a. Konsep ekonomi Islam(1 waktu)

b. Ciri-ciri ekonomi (1 waktu)

c. Kegiatan ekonomi (2 waktu) Definisi ekonomi dari segi bahasa dan istilah Menurut Al Quran / pandangan tokoh Islam Asas-asas ekonomi ekonomi Islam :a. Konsep Rububiyyahb. Konsep Tazkiyahc. Konsep Ubudiyahd. Konsep Uluhiyyah

Ciri-ciri sistem ekonomi Islam : a. Ekonomi berasaskan al-Quran dan hadisb. Aktiviti ekonomi adalah ibadah - ikhlas dan halalc. Kegiatan ekonomi tidak memisahkan antara kebendaan dan kerohanian (seimbang)d. Berasaskan keadilan dan kebajikan - mengurangkan jurang perbezaan golongan kaya dan miskine. Pengharaman amalan berunsur penindasan seperti ribaf. Agihan kekayaan - zakat, sedekah dan lain-laing. Penggunaan harta - manfaat dunia dan akhirat, larangan pembaziran dan lain-lain

Prinsip ekonomi Islam :a. Harta hak milik Allah, hak milik individu dan hak milik umum (masyarakat dan negara).b. Prinsip Istikhlaf (pertanggungjawaban)h. Kebebasan terpimpin : aktiviti ekonomi yang diharus (halal) dan diharamkan seperti riba, penipuan, rasuah, monopoli dan lain-lainc. Campur tangan dan kawalan pihak berkuasa - jaminan persamaan peluang, pengawasan pasaran dan polisi kerja serta upah buruh Perbezaan antara sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi feudalisme, sosialisme, komunisme dan kapitalisme

Zaman Abbasiyah abad ke-11 dan 12M :a. Perdagangan - Baghdad sebagai hub / kota perdagangan terpenting dunia. Jaringan perdagangan antarabangsa zaman Abbasiyah amat luas. Pelabuhan Baghdad, Basrah dan lain-lain. Pelbagai barang dagangan.b. Pertanian - khasnya kawasan berhampiran sungai Euphrates dan Tigris. Tanaman seperti gandum, kurma, kapas dan lain-lain. Khurasan dan Kota Bukhara adalah wilayah paling subur dan produktif. Cukai hasil pertanian adalah sumber penting kerajaan.c. Penternakan - d. Perindustrian seperti industri tekstil, tenunan, gelas dan tembikar

Zaman Kesultanan Melaka abad ke-15M :a. Ekonomi sara diri dan ekonomi perdaganganb. Pertanian / bercucuk tanam - penanaman padic. Berdusun - buah pisang, tebu, nanas, pinang dan sebagainya.d. Menternak binatang - kerbau, lembu dan kambing.e. Menangkap ikan dan hasil lautf. Memungut hasil hutan - rotan, damar dan getah jelutung.g. Memburu - ekonomi sara diri. Kegiatan tradisi raja-raja Melayuh. Perlombongani. Pertukangan dan kraftanganj. Perdagangan - hubungan dagang dengan China, India dan lain-lain. Pelabuhan entrepot. Barang dagangan. Urusan jual beli. Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Faktor Melaka sebagai pusat perdagangan terkenal.

2.Cadangan BBM Peta Semenanjung Tanah Arab dan Semenanjung Malaysia Video dan filem animasi Power Point

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran/ perbincangan Kuiz Kaedah Inkuiri terpandu dan bebas Kaedah kaji gambar

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.b. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajarc. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.d. Sejarah Islam, Mohd. Sukki Othman, Longmane. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr. Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.f. Sejarah STPM (Sejarah Islam) - Teks Pra U Longman Pearsong. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosensei

5.Cadangan latihan pengukuhan dan pemulihan Contoh soalan esei :a. Kegiatan ekonomi Malaysia hari ini adalah cerminan daripada kegiatan ekonomi pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke15M. Bincangkan.b. Bandingkan kegiatan ekonomi pada zaman Abbasiyah abad ke 11 hingga 12 dan Kesultanan Melaka pada abad ke-15M.c. Bandingkan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalisme.d. Penerapan sistem ekonomi Islam oleh Nabi Muhammad SAW berjaya memecahkan monopoli ekonomi golongan Yahudi di Madinah. Bincangkan.

Contoh soalan struktur :a. Jelaskan konsep ekonomi Islam.______________________________________________________________________________________

Unit 2.1 : Ekonomi 2.1.2 : Institusi ekonomi

Hasil Pembelajaran : Menganalisis peranan institusi ekonomi dan pelaksanaannya.

Masa /Kawasan Kajian : Zaman Khalifah al-Rasyidin abad ke 7 - 8M dan Khalifah Abbasiyah abad ke 9 - 11M.

Waktu pengajaran : 3 waktu

BilKandunganKeterangan

1.a. Baitulmal (1 waktu)

b. Cukai(1 waktu)

c. Zakat(1 waktu)

Sejarah penubuhan Baitulmal Tiga jenis Baitulmal : Baitulmal Khas (Perbendaharaan Diraja), Baitulmal (Bank Pusat) dan Baitulmal Muslimin (Perbendaharaan untuk kaum muslimin kebajikan awam). Peranan Baitulmal zaman Khalifah al-Rasyidin :a. Sumber perbelanjaan kerajaan pusat di Madinah (zaman Khulafa al-Rasyidin) dan Baghdad (zaman Abbasiyah)b. Membantu perkembangan ekonomi umat Islamc. Memperkasa angkatan tentera seperti zaman Khalifah Umar al-Khattab guna harta Baitulmal bagi memperkukuh angkatan tentera Islam dalam menghadapi ancaman tentera Byzantine.d. Menyelaras pungutan dan agihan harta-harta umum berasaskan syariat Islam. Khalifah Umar memperkenalkan buku kira-kira.e. Pembangunan negara seperti pendidikan, kesihatan dan prasaranaf. Mengurangkan kadar kemiskinan.g. Menyimpan dan menyelenggara harta negara (institusi kewangan negara)

Pelaksanaan Baitulmal zaman Khulafa al-Rasyidin :a. Secara tidak rasmi, Baitul telah wujud pada zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar r.a tetapi pengurusannya berada pada tahap yang mudah dan tidak rumit. Sumber zakat dan harta yang diperolehi diagihkan kepada mereka yang berhak dengan segera. Pendapatan negara dibelanjakan sepenuhnya tanpa ada lebihan. Oleh itu tidak timbul isu untuk menjaga lebihan harta dalam Baitulmal.b. Zaman Khalifah Umar al-Khattab bermula secara rasmi penubuhan Baitulmal ekoran pembukaan wilayah yang luas dan hasil cukai yang banyak hingga tidak dapat diagihkan dengan serta-merta. c. Pelantikan beberapa pegawai baitulmal Aqil Ibn Abi Talib, Makhramah Ibnu Naufal dan Jubair Ibn Mutim.d. Peringkat awal - perbendaharaan negara dikenali sebagai Diwan dan Khazanah- mengawal urusan pentadbiran harta negara. Kemudian dikenali sebagai Baitulmal.e. Harta Baitulmal adalah milik negara.f. Kota Madinah sebagai pusat pentadbiran Baitulmal selain beberapa cawangan di wilayah Islamg. Kewangan atau sumber Baitulmal diperolehi dari zakat, jizyah, usyur, ghanimah dan fai dan kharaj.h. Baitulmal zaman Khulafa al-Rasyidin mengikut syariat dan tidak diizinkan kemasukan dan pengeluaran yang bertentangan dengan syarak.i. Zaman Khalifah Umar al-Khattab, beliau memberi elaun dari Baitulmal untuk anggota tentera bagi mengantikan pemberian tanah-tanah yang ditakluki.

Peranan dan pelaksanaan Baitulmal zaman Khalifah Abbasiyah :a. Kedudukan kewangan negara di dalam Baitulmal mengalami tiga zaman - zaman pembinaan, zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan.b. Zaman Khalifah Abu Abbas as-Saffah - kebanyakan dana baitulmal digunakan untuk tujuan ketenteraan termasuk menaikkan gaji tentera. c. Zaman Khalifah Abu Jaafar al-Mansur - pelantikan seorang pegawai kewangan yang bertangungjawab dalam urusan kewangan negara. Urusan kewangan telah dikawal secara langsung oleh kerajaan pusat (khalifah).d. Zaman Khalifah al-Mahdi, penubuhan Jabatan Akauntan Negara untuk mengawal akaun setiap jabatan kerajaan (hasil pungutan dan perbelanjaannya). Khalifah juga memperkenalkan sistem Muqasamah (perkongsian) terhadap hasil pertanian di Iraq (cukai berdasarkan hasil pertanian sebenar setelah ditolak modal yang digunakan).e. Zaman Khalifah Harun al-Rasyid - zaman kemuncak sehingga baitulmal berjaya memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang kehidupan.f. Zaman al-Makmun - bermula era kemerosotan peranan baitulmal - pembiayaan tinggi dalam peperangan dan pemberontakan dalam negara.g. Langkah mengatasi kekurangan kewangan negara : antaranya membayar gaji mengikut hari bekerja sahaja, mengemaskini sistem cukai pertanian di kawasan dikuasai kerajaan pusat, mewujudkan sistem konsesi dan mewujudkan undang-undang pusaka (harta tiada waris jadi milik kerajaan).

Peranan dan pelaksanaan cukai zaman Khulafa al-Rasyidin -tiga cukai yang dikenakan oleh pemerintah Islam dalam pentadbiran iaitu kharaj, jizyah dan usyur. Peranan dan pelaksanaan kharaj a. Definisi kharaj - cukai yang dikenakan terhadap pemiliki tanah yang ditakluki oleh tentera Islam. Salah satu sumber utama Baitulmal khasnya zaman Khalifah Umar al-Khattab.b. Jenis tanah yang dikenakan cukai kharaj : tanah perolehan perang (3 jenis) dan jenis-jenis tanah yang ditentukan penggunaannya oleh pemerintah.c. Dua cara pungutan kharaj : kharaj Muqasamah (berdasarkan hasil pertanian yang diperolehi) dan kharaj Wazifah / Masahah (berdasarkan keluasan tanah dan jenis tanaman).d. Kharaj Muqasamah dipungut selepas pengeluaran semusim manakala KharajWazifah dipungut pada akhir tahun.e. Zaman Khalifah Abu Bakar, kharaj belum dilaksanakan meskipun sebahagian tanah Iraq telah dikuasai tentera Islam. Tanah berkenaan dianggap tanah ghanimah dan diagih kepada tentera Islam yang terlibat.f. Zaman Khalifah Umar al-Khatatab, kharaj mula diperkenalkan.g. Tanah tidak bertuan dikenakan kharaj dipantau oleh oleh Pemegang Amanah, khasnya Ahl al-Ayyam di Iraq. 1/5 hasil kharaj disalurkan kepada kerajaan pusat dan 4/5 untuk ahl al-Ayyam. Zaman akhir pemerintahan Khalifah Uthman, tugas Ahl Ayyam diambil alih oleh gabenor.h. Syarat-syarat tanah yang dikenakan kharaj : pemilik tanah penduduk zimmi sahaja, tanah kediaman yang dijadikan kawasan kediaman, tanah kharaj yang disewa atau dipajak (kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah, bukan penyewa) dan pengecualian kharaj jika hasil pertanian musnah akibat bencana alam. i. Faktor-faktor menentukan kadar kharaj lokasi kawasan, kualiti tanah, penggunaan alat siraman dan kualiti benih tanaman.j. Sistem kharaj di Iraq, Mesir dan Syria.k. Kharaj Tetao dikenakan kepada pemilik yang sengaja tidak mengusahakan tanahnya.l. Hasil pungutan kharaj diletakkan di bawah Baitulmal

Peranan dan pelaksanaan jizyah :a. Definisi Jizyah - cukai perlindungan yang dikenakan terhadap golongan bukan Islam (zimmi) sebagai balasan kepada jaminan perlindungan daripada negara Islam ke atas nyawa, harta dan amalan agama mereka.b. Jizyah adalah gantian kepada khidmat perlindungan kerajaan Islam kepada golongan zimmi dan bukanlah sebagai sewa atau denda kerana tidak beriman kepada Allah SWT atau sebagai balasan kepada kekufuran mereka.c. Semangat Islam jelas kelihatan dalam pelaksanaan jizyah apabila Khalifah Umar mengarahkan gabenor Syam memulangkan semula jizyah kerana pemerintah Islam tidak yakin dapat melindungi dan mempertahankan golongan zimmi di Syam daripada serangan Rom.d. Jenis jizyah : Sulh al-Jizyah (cukai perlindungan) dan Jizyah al-Ruus (cukai diri).e. Kadar jizyah berbeza-beza mengikut perjanjian yang dipersetujui dan bergantung kepada kemampuan. f. Mengikut amalan zaman Khulafa al-Rasyidin, kadar tahunan jizyah 48 Dirham (golongan kaya), 24 dirham (golongan pertengahan) dan 12 Dirham (golongan miskin yang mampu menyara hidup mereka) g. Cukai jizyah dibayar sama ada dalam bentuk mata wang atau harta benda yang bernilai seperti ternakan, hasil pertanian dan lain-lain.h. Golongan yang dikecualikan jizyah orang perempuan, kanak-kanak orang tua, fakir miskin, golongan cacat dan lemah, hamba dan golongan sakit berpanjangan. Kebajikan menjadi asas utama di sebalik jizyah.i. Pelaksanaan jizyah zaman khalifah Umat al-Khattab dijalankan oleh gabenor-gabenor wilayah. Antara kawasan pungutan jizyah yang penting adalah Baitul Maqdis ekoran kekalahan Byzantine, Babylon, Mesir dan Syria. Kadar bayaran jizyah oleh kerajaan tersebut adalah 19 ribu Dirham setahun dan dibayar terus kepada kerajaan Islam Madinah.

Peranan dan pelaksanaan usyur :a. Definisi usyur - cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga Islam dan bukan Islam apabila mereka menjalankan perniagaan dalam negara Islam.b. Usyur diperkenalkan pada zaman Khalifah Umar bagi menegakkan keadilan dalam perdagangan di mana sebelum itu, pedagang Islam yang berdagang di wilayah lain dikenakan cukai tetapi sebaliknya bagi pedagang bukan Islam yang berdagang di negara Islam.c. Kadar usyur berbeza terhadap pedagang dan berdasarkan nilai dagangan 2.5% (peniaga Islam), 5.0% (peniaga / kafir zimmi) dan 10% (peniaga / kafir zimmi). Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200 Dirham apabila cukup kadar nisabnya.

Peranan dan pelaksanaan cukai zaman Abbasiyah. Peranan dan pelaksanaan kharaj :a. Penubuhan dua diwan terpenting : al-Jund dan al-Kharaj. Selain itu dewan al-Rasail, as-Sawafi dan al-Sirr.b. Diwan al-Kharaj : Jabatan Percukaian yang mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan masalah cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian.c. Diketuai oleh seorang pegawai - berkuasa melantik wakil pemungut cukai dan menentukan jumlah cukai kharaj dihantar ke Baitulmal.d. Kadar kharaj dikenakan tidak sama antara kawasan. Lazimnya minima 10 Dirham dikenakan bagi setiap unit tanah pertanian.e. Bayaran kharaj dibayar dalam bentuk mata wang dan barangan yang bernilai. f. Khalifah al-Mahdi menubuhkan Jabatan Akauntan Negara.g. Salah satu sumber terpenting Baitulmal ekoran kemajuan pesat dalam bidang perdagangan dan pembangunan negara.

Peranan dan pelaksanaan jizyah :a. Khalifah Abbasiyah telah mengembalikan sistem jizyah seperti mana zaman Khulafa al-Rasyidin.b. Tiada diskriminasi dalam pelaksanaan kharaj berbeza zaman Umayyah di mana orang Islam bukan Arab (Mawali) turut dikenakan. Ini mungkin disebabkan zaman Abbasiyah, yang menguasai pentadbiran adalah bangsa Parsi dan Turki.

Peranan dan pelaksaan usyur :a. Zaman Abbasiyah mencapai kemajuan ekonomi yang pesat dalam perdagangan, perindustrian dan pertanian. Baghdad muncul antara pusat perdagangan tersibuk di dunia.b. Pelabuhan utama - Baghdad, Basrah, Kaherah dan lain-lain. Kapal-kapal menbawa barang dagangan melebih sejuta Dirham.c. Antara barang dagangan - sutera, kasturi, rempah ratus, batu permata dan lain-lain.d. Usyur menjadi cukai terpenting untuk Baitulmal dan digunakan untuk pembangunan negara.

Peranan dan pelaksanaan zakat zaman Khulafa al-Rasyidin :a. Definisi zakat penambahan (kemakmuran dan pahala) dan penyucian (jiwa)b. Zakat wajib dikeluarkan bagi mereka yang mampu dan memenuhi syarat-syaratnya (Islam, cukup nisab dan genap haul).c. Jenis zakat : zakat fitrah dan zakat harta (hasil tanaman, ternakan dan lain-lain).d. Kadar zakat dan golongan penerima zakat.e. Pelantikan amil dengan syarat yang ketatf. Khalifah Abu Bakar - gerakan memerangi golongan yang enggan keluarkan zakat (gerakan al-Riddah).g. Khalifah Umar al-Khattab - konsep pengembangan harta (an-nama) dan diteruskan hingga zaman kini (zakat saham, zakat pendapatan dan lain-lain). Setiap harta yang berpotensi untuk berkembang diwajibkan zakat seperti anak-anak haiwan yang baharu dilahirkan.h. Khalifah Umar memperluaskan asas zakat ternakan (kuda), beberapa hasil pertanian baru (kacang, kapas, zaitun) dan beberapa hasil laut. Zakat 5-10% madu berdasar kaedah guna tenaga dalam memproses madu.i. Khalifah Umar melantik pegawai zakat bergaji yang bertugas di Baitulmal di seluruh daerah kekuasaan Islam bertugas mentaksir, memungut dan memantau pengagihan zakat.j. Khalifah Uthman al-Affan - harta zakat boleh ditunaikan dengan tukaran wang (nilai wang). Mengenakan zakat ke atas harta yang bersih iaitu semua hutang pembayar zakat hendaklah ditolak terlebih dahulu, kemudian baki harta yang ada itulah yang dikenakan zakat.k. Khalifah Ali menghapuskan zakat terhadap kuda yang telah diperkenalkan Khalifah Umar. l. Zaman Khulafa al-Rasyidin - pelaksanaan zakat ditekankan kerana ia sumber utama Baitulmal.

Peranan dan pelaksanaan zakat zaman Abbasiyah :a. Meneruskan dan memperkukuhkan dasar dan pelaksanaan zakat.b. Wujud jawatan Ketua Kadi - pakar bidang syariah dan bertanggungjawab menasihati khalifah dalam urusan zakat.c. Perkembangan intelektual membentuk mazhab-mazhab awal dalam Islam dan membawa kepada tafsiran berbeza dan akhirnya mempengaruhi urusan dan pentadbiran zakat.d. Kadar zakat (2.5%), jenis zakat (zakat fitrah dan harta).e. Harta yang dikenakan zakat (haiwan ternakan, emas dan perak, harta perniagaan/barang dagangan, hasil pertanian, maadin dan kekayaan laut - hasil perlombongan dan rikaz)f. Golongan penerima zakat 8 golongang. Zakat digunakan untuk pembangunan dan kemajuan negara.

2.Cadangan BBM Peta konsep jenis zakat dan golongan penerima zakat Video dan filem animasi Power Point

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran Kuiz Kaedah penggunaan modul/buku rujukan Kaedah pembelajaran koperatif

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.b. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajarc. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.d. Sejarah Islam, Mohd. Sukki Othman, Longmane. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr. Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.f. Sejarah STPM (Sejarah Islam) - Teks Prau Longman Pearsong. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosenseic. Youtube

5.Cadangan latihan pengukuhan dan pemulihan Contoh soalan esei :a. Nilaikan peranan baitulmal dalam memperkukuhkan ekonomi negara Islam Madinah pada zaman Khalifah al-Rasyidin.b. Analisis peranan zakat dalam perkembangan ekonomi Islam zaman khalifah Abbasiyah.c. Fungsi baitulmal di Malaysia kini adalah cerminan kepada fungsi baitulmal zaman Khulafa al-Rasyidin. Bincangkan.

Contoh soalan struktur :a. Bincangkan peranan usyur sebagai salah satu sumber baitulmal pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.________________________________________________________________________________________

Unit 2.2 : Pendidikan 2.2.1 : Falsafah pendidikan Islam

Hasil Pembelajaran : Membincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam Masa / Kawasan Kajian : Khalifah Umayyah pada abad ke 7 8M dan Khalifah Abbasiyah pada abad ke 11- 12M.

Waktu pengajaran : 1 waktu

BilKandunganKeterangan

1.a. Falsafah Pendidikan Islam(1 waktu)

Ciri-ciri Pendidikan Islam

Falsafah pendidikan yang berteraskan roh Islam - falsafah Islam untuk pendidikan. Falsafah pendidikan Islam bertujuan menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar ia kenal akan dirinya, tugas dan tanggungjawabnya serta mengetahui cara untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Falsafah pendidikan Islam - satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan hadis bagi membentuk hamba Allah sejati demi mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.

Definis pendidikan Islam - tarbiah, taklim, tadib, irsyad dan tadris. Takrif umum Pendidikan Islam - suatu proses pembentukan keperibadian manusia berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah supaya menjadi hamba Allah SWT yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.

Surah al-Alaq ayat 1 hingga 5 membuktikan pendidikan dan berilmu pengetahuan merupakan risalah terpenting dalam Islam. Islam menekankan pengetahuan berbentuk fardu ain dan fardu kifayah di samping tidak mengetepikan pengatahuan lain. Berbeza dengan pendekatan sekularisme. Islam memandang tinggi orang-orang berilmu (ulama). Sumber Pendidikan Islam : al-Quran, as-Sunnah dan ijmak ulama.

Tujuan Pendidikan Islam :a. Mencari keredhaan Allahb. Membentuk akhlak dan keperibadian muliac. Perwujudan diri (sempurna kendiri - roh dan jasad) Pendidikan Islam menekankan keseimbangan antara roh, jasad dan akal.

Lima punca pengetahuan yang diakui oleh falsafah Islam - deria, akal, institusi, ilham dan wahyu. Dr. Said Ismail Ali - enam punca Pendidikan Islam :a. al-Quranb. Hadisc. Sahabat-sahabat Rasulullah SAWd. Permasalahan sosiale. Adat istiadat dan etika masyarakat (sejarah)f. Para pemikir Islam

Pendidikan Islam merupakan tanggungjawab peribadi, tanggungjawab masyarakat dan tanggungjawab pemerintah. Pendidikan Islam bersifat pragmatis - teori dan praktik sekaligus.

Pendidikan Islam zaman Khalifah Umayyah mencapai tahap kecemerlangann. Faktor-faktor yang mendorong peningkatan kemajuan pendidikan pada zaman kerajaan Umayyah :a. Perkembangan kerajaan Islam itu sendirib. Perkembangan ilmuc. Perkembangan masyarakat Islam. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan pendidikan pada zaman Umayyah :a. Gerakan agamab. Gerakan falsafahc. Gerakan sejarah

Ciri-ciri pendidikan pada zaman khalifah Umayyah :a. Institusi pendidikan dan bentuk pengajaran Masjid-masjid, istana khalifah dan Kuttab. Kurikulum - ilmu tafsir, hadis, fiqh, bahasa, kesusasteraan Arab dan lain-lain. Pengajaran dalam bentuk syarahan. Cara penyamapaian ilmu berbentuk halaqah Terdapat pengajaran qiraah al-Quran dan qasidah yang berpusat di Kota Makkah dan Madinah. Terdapat tujuh jenis bacaan mengikut loghat suku kaum Arab. Bagi membolehkan orang Islam bukan Arab membaca ak-Quran, diwujudkan tanda-tanda bunyi seperti fathah, dammah dan kasrah. Al-Quran kemudian dibariskan dengan lengkap serta ditanwimkan serta diletakkan tanda syaddah. Masjid-masjid di Basrah dan Kufah (Iraq) - pusat pengajian bahasa Istana khalifah berfungsi sebagai tempat belajar dan perpustakaan Subjek yang diajar - sejarah, kesusasteraan, ilmu pidato dan lain-lain Kuttab - sekolah permulaan. Dua jenis kuttab untuk orang awam yang dikenakan yuran dan kuttab al-Sabil untuk kanak-kanak miskin yang diberi percuma. Penekanan kepada pengajian al-Quran dan asas-asas ilmu agama.

b. Tenaga-tenaga pengajar : Mempunyai pengetahuan yang berbeza-beza antara satu sama lain Guru-guru di masjid mempunyai asas-asas ilmu pengetahuan yang kukuh dan pelbagai kemahiran berbanding dengan guru-guru di istana dan kuttab. Guru-guru di masjid mengajar tanpa sebarang ganjaran. Guru-guru yang mengajar di istana khalifah dikenali sebagai muaddih guru yang mengajar berkenaan budi pekerti, adab-adab dan sahsiah. Mereka ditugaskan mengajar putera-putera khalifah dan anak pembesar.

c. Bidang-bidang pengajian : Pengajian senik muzik dan puisi - berpusat di Kota Makkah dan Madinah. Pemuzik dan penyanyi menjadikan istana khalifah sebagi tempat untuk mendapat ganjaran. Pengajian kesusasteraan dan ilmiah berkembang pesat di masjid-masjid di Basrah dan Kufah Pengajian sains dan perubatan - mencapai kemajuan tinggi hingga melahirkan pakar-pakar perubatan Pengajian seni ukir dan seni pahat banyak ayat Quran, hadis, syair dan kata-kata hikmat dipahat dan diukir pada dinding dan mimbar masjid, istana dan lain-lain. Pengajian membuat kertas, kompas dan mensiu (alat millliliter)

d. Dasar dan perkembangan pendidikan : Percuma bagi golongan kurang berkemampuan di kuttab dan percuma bagi pengajian secara terbuka di masjid-masjid. Kebanyakan rakyat menuntut ilmu walaupun tiada dasar wajib belajar. Berbeza dengan putera mahkota yang diberikan pendidikan wajib di istana atau mereka dihantar ke halaqah pengajian. Tiada sukatan pelajaran ditetapkan. Perkembangan ilmu pengetahuan seiring dengan penyebaran agama Islam. Lahir tokoh-tokoh agama dan cendiakawan Islam. Peranan khalifah dalam perkembangan ilmu dan penyebaran Islam. Kemunculan ilmu falsafah (suatu ilmu yang banyak menggunakan akal untuk berhujah) menyumbang perkembangan sistem pendidikan. Akhir zaman pemerintahan Bani Umayyah, ulama Islam terpaksa menggunakan falsafah sebagai senjata bagi menentang hujah-hujah orang Yahudi dan Nasrani. Bentuk pendidikan mengalami perubahan mengikut tuntutan dan situasi semasa. Ilmu sejarah menjadi salah satu faktor penting dalam perkembangan sistem pendidikan. Ilmu ini dikhususkan untuk putera-putera khalifah.

Pendidikan pada zaman Khalifah Abbasiyah : - zaman keemasan dan kegemilangan pengajian Islam. Ciri-ciri pendidikan zaman Khalifah Abbasiyah a. Institusi pendidikan dan bentuk pengajaran Masjid merupakan pusat bagi pelajaran rendah, menengah, dan tinggi. Masjid merupakan sekolah utama bagi mempelajari al-Quran, hadis dan fiqah. Di masjid diadakan majlis munazarah (perbincangan dan perbahasan isu semasa) oleh para ulama, sarjana dan pujangga. Sekolah-sekolah tinggi (madrasah) ditubuhkan zaman Nizam al-Mulk seperti di Baghdad dan Basrah. Istana khalifah sebagai institusi pendidikan. Istana berfungsi sebagai gedung ilmu dan pusat pengkajian sastera berbanding pusat pemerintahan. Perpustakaan - menjalankan aktiviti pengkajian buku-buku ilmiah dan tempat perbincangan. Contoh Baitul Hikmah

b. Bidang pengajian : Keagamaan dan bidang lain seperti ilmu nisab, fizik, kimia, ahli falak, ilmu logikal, ilmu falsafah dan lain-lain. Kurikulum peringkat rendah merangkumi pelajaran al-Quran, sirah Nabi SAW, membaca, menulis dan puisi. Kurikulum peringkat menengah dan tinggi merangkumi ilmu tafsir, ilmu hadis, ilmu kalam, falsafah, perubatan dan lain-lain Aktiviti penterjemahan dan pengkajian buku-buku ilmiah. Menggalakkan perkembangan ilmu.

c. Tenaga pengajar Muncul ramai cendiakawan Islam yang mempunyai pengetahuan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Pakar ilmu hadis al-Kindi, al-Farabi, Imam 4 Mazhab, al-Bukhari, al-Muslim dan lain-lain Pakar perubatan Ibn Sina, al-Razi dan Ali al-Tabari.

d. Dasar dan perkembangan pendidikan : Dasar pelajaran yang digunakan ialah al-Quran dan hadis. Sumber pengetahuan Islam berasal daripada dua jurusan : sumber internal (dalam) - al-Quran dan hadis manakala sumber external (luar) - ilmu-ilmu dari India, Parsi dan Greek.

2.Cadangan BBM Gambar Masjid Umawi Video dan filem animasi Power Point

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbangan saran Kuiz Kaedah kumpulan kecil Penggunaan I Think dan peta minda Penggunaan peta konsep

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.b. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajarc. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.d. Sejarah Islam, Mohd. Sukki Othman, Longmane. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Prof Dr. Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.f. Sejarah STPM (Sejarah Islam) - Teks Prau Longman Pearsong. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosenseic. Youtube

5.Cadangan latihan pengukuhan dan pemulihan Contoh soalan esei :a. Bincangkan ciri-ciri pendidikan Islam zaman Khalifah Umayyah.b. Istana khalifah telah memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan zaman khalifah Abbasiyah. Bincangkan.c. Sejauh manakah kegiatan terjemahan berjaya membawa kegemilangan pendidikan zaman Abbasiyah.d. Baitul Hikmah memainkan peranan penting dalam kemajuan pendidikan zaman Abbasiyah. Bincangkan.

Contoh soalan struktur :a. Senaraikan institusi pendidikan Islam zaman Khalifah Umayyah.____________________________________________________________________________________________

b. Senaraikan bidang-bidang pengajian zaman khalifah Abbasiyah.____________________________________________________________________________________________

Unit 2.2 : Pendidikan 2.2.2 : Perkembangan pendidikan

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan jenis institusi pendidikan : halaqah, masjid/surau, pondok/madrasah, istana dan universiti.

: Menghuraikan sistem pendidikan fardu ain dan kifayah serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Masa / Kawasan Kajian : Mesir pada abad ke 8M dan Acheh pada abad ke 16- 17M.

Waktu pengajaran : 4 waktu

BilKandunganKeterangan

1.

a. Jenis institusi pendidikan (2 waktu)

b. Sistem pendidikan fardu ain dan kifayah (1 waktu)

c. Kaedah pengajaran dan pembelajaran(1 waktu)

Sejarah awal perkembangan pendidikan Islam di Mesir - kota Fustat sebagai pusat pentadbiran dan pusat pendidikan Islam, khasnya selepas pembinaan Masjid Amru bin al-As. Kemudian pusat keilmuan berpindah ke Kaherah dengan terbinanya Masjid al-Azhar zaman Dinasti Fatimiyyah. Seterusnya Masjid al-Azhar menjadi pusat pengkajian Islam khasnya zaman pemerintahan khalifah Salehuddin al-Ayyubi sehingga melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam terkenal.

Jenis institusi pendidikan di Mesir :a. Halaqah - lingkaran iaitu proses belajar dan mengajar dilaksanakan apabila murid-murid melingkari gurunya. Kegiatan halaqah berlaku di masjid atau rumah-rumah. Halaqah adalah lanjutan daripada pembelajaran di kuttab dan kemunculannya lebih awal dari madrasah.b. Masjid - pusat pendidikan, pusat ilmu, dakwah, kebudayaan Islam dan mahkamah keadilan. Pendidikan dan pengajaran yang berlangsung di masjid-masjid merupakan proses awal daripada terbentuknya kuttab dan halaqah di Mesir. Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam (madrasah) dan hospital. Antara masjid terkenal di Kaherah adalah Masjid Jamie Amru dan Masjid Jamie Ibn Thulun.c. Kuttab pendidikan fardu ain dan fardu kifayah. Penekanan kepada ilmu al-Quran, tafsir, hadis dan lain-lain. Kurikulum pendidikan di kuttab berorientasi al-Quran sebagai buku teks yang merangkumi pengajaran membaca dan menulis, kaligrafi, sejarah Nabi Muhammad SAW dan hadis. Abad ke-8M, kuttab mulai mengajar ilmu pengetahuan umum dan agama ekoran pertembungan antara Islam dengan warisan budaya helenisme (budaya Yunani) sehingga berlaku banyak perubahan dalam kurikulum pendidikan Islam. Muncul dua aliran kuttab : pertama kuttab yang mengajar ilmu agama (religious learning) dan kuttab yang mengajar pengetahuan bukan agama (secular learning).d. Madrasah madrasah hadis (sistem pendidikan hadis)e. Padang pasir / badiah badiah-badiah merupakan sumber pembelajaran bahasa Arab yang asli sehingga banyak anak khalifah, ulama dan ahli ilmu datang ke badiah-badiah untuk mempelajari bahasa kesusasteraan Arab.

Jenis institusi pendidikan di Acheh :a. Madrasah / Meunasah merupakan institusi pendidikan rendah terawal dan terpenting. Ditubuhkan di semua wilayah. Biasanya terdapat satu atau lebih madrasah/meunasah di setiap desa. Seorang guru ditugaskan untuk membimbing pelajar, manakala pelajar yang pintar ditugaskan untuk membantu guru. Setiap pelajar diajar menulis dan membaca huruf Arab, membaca al-Quran, mempelajari rukun iman dan Islam dan lain-lain. Kitab berbahasa Arab, Jawa dan Acheh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kitab Perukunan dan Masail al-Muhtadin merupakan antara kitab yang dipelajari.

b. Rangkang dan Balee Institusi pendidikan peringkat menengah. Pelbagai disiplin ilmu diajar sesuai dengan tahap pencapaian pelajar. Antara ilmu yang diajar ialah tauhid, fiqh, dan tasawuf. Tenaga pengajar dari dalam dan luar negara berkhidmat di sini. Gabungan beberapa rangkang dan balee akan melahirkan kompleks pendidikan yang dikenali sebagai Dayah.

c. Dayah - pendidikan secara umum dan khusus. Bahasa pengantar adalah bahasa Arab. Pelajar diajar ilmu tauhid, fiqh, muamalat, tasawuf dan sebagainya. Setaraf dengan Sekolah Menengah Atas / Madrasah Aliyah di Indonesia. Terdapat juga pendidikan khusus untuk wanita dan pendidikan berkaitan bidang-bidang tertentu seperti pertanian, pertukangan dan lain-lain. Antara dayah terkenal adalah Dayah Cot Kala.

d. Masjid merupakan pusat pendidikan tinggi yang mempunya