Download - menjadi penyembah sejati

Transcript

DIMIN BANSAI

MENJADI PENYEMBAH SEJATI

Penerbit DIMIN BANSAI

MENJADI PENYEMBAH SEJATI Oleh: Dimin Bansai Copyright 2010 by Dimin Bansai

Penerbit Dimin Bansai [email protected]

Diterbitkan melalui: www.nulisbuku.com

2

Ucapan Terimakasih: Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam penulisan ini.

3

DAFTAR ISITajuk 1. Penyembahan anda 2. Penyembahan yang tidak murni 3. Memuliakan Tuhan 4. Menjadi penyembah sejati mukasurat 5 16 24 30

4

PENYEMBAHAN ANDA Alkitab menyatakan bahawa manusia diciptakan serupa dengan gambar Tuhan. Dan bukan itu sahaja manusia telah diciptakan untuk menyembah Tuhan oleh kerana itu dapat dikatakan bahawa pekerjaan terbesar semua manusia adalah untuk memuliakan Tuhan. Bagaimanakah dengan anda hari ini? Apakah anda sudah melakukan tujuan itu dalam hidupmu? Coba renungkan apa yang anda sudah lakukan selama ini? Adakah ada pengalaman-pengalaman di mana anda menyembah dengan sungguh-sungguh? Bagaimanakah keadaan pada masa itu? Mungkin anda memiliki pengalaman-pengalaman penyembahan pada masa lalu. Tapi di dalam buku ini saya ingin anda menilai penyembahan anda saat ini. Sekarang ini! Mahu atau tidak mahu kenyataannya Tuhan telah menciptakan anda sebagai penyembah. Dia mahu supaya saudara menyembah Dia. Tuhan Yesus telah mati di atas kayu salib untuk menyelamatkan manusia dan membuka jalan sehingga manusia dapat masuk ke dalam hadiratNya untuk memuji dan menyembahNya. Hari ini, bagaimana dengan penyembahan anda? Tahukah anda bahawa Tuhan sangat rindu agar saudara dipulihkan dan mengalami terobosan dalam penyembahan. Karena jika tidak demikian, maka kehidupan yang keluar dari dirimu tidak akan berkenan kepada Tuhan dan tidak akan pernah mencapai tujuan hidup anda. MANUSIA TUHAN DICIPTAKAN UNTUK MENYEMBAH

5

Kita harus mengerti bahawa kita diciptakan untuk menyembah Allah. Artinya seluruh hidup kita direncanakan untuk memuliakan Tuhan. Tubuh, jiwa dan roh kita harus memuliakan Tuhan. Tuhan mahu agar seluruh hidup kita akan menyenangkanNya. Perhatikan apa yang dikatakan di dalam Roma 11:36. Tujuan utama dari penciptaan manusia adalah untuk kesenangan Tuhan sebab telah dikatakan segala sesuatu.. dari Dia, oleh Dia dan kepada Dia. Demikian juga di dalam 1 Korintus 8:6 lebih jelas menyatakan bahawa kita diciptakan untuk menyembah Dia. Dikatakan bahawa manusia berasal dari Dia, dan seterusnya hidup kita harus untuk kesenanganNya. Saudara, kita hidup seharusnya bukan untuk diri sendiri lagi dan bukan juga untuk sesuatu yang lain akan tetapi kita hidup seharusnya untuk Dia yang telah menciptakan kita. Bagi Dia sahaja kemuliaan sampai selama-lamanya. Saudara, kita harus kembali kepada tujuan utama mengapa Tuhan menciptakan kita iaitu menyembah Dia. Jika tidak, saudara tidak akan pernah sampai kepada tujuan Tuhan dalam hidupmu. A. TUHAN MEMERINTAHKAN MENYEMBAH-NYA KITA UNTUK

Ingat, Dosa telah memisahkan manusia dari hadirat Tuhan. Akibatnya setiap orang yang berdosa tidak layak masuk ke dalam hadiratNya. Persekutuan dengan Tuhan telah terputus. Jalinan kasih antara manusia dan Tuhan telah hilang. Walaupun Tuhan tetap setia mengasihi6

manusia, akan tetapi manusia tidak lagi bisa mengasihi Tuhan. Akan tetapi puji Tuhan! Allah telah menyediakan jalan keluarnya iaitu melalui pengorbanan Yesus Kristus. Setiap orang yang percaya kepada Yesus dan menjadikanNya sebagai Tuhan dan Juruselamat peribadinya, ia layak untuk masuk ke dalam hadiratNya. Demikianlah jalinan kasih itu kembali berputik dan inilah yang dikehendaki oleh Tuhan. Firman Tuhan berkata sesiapa yang mengasihi berasal dari Tuhan dan mengenal Tuhan (1 Yohanes 4:7). Kita dapat lihat betapa Tuhan rindukan jalinan kasih ini. Mengapa? Kerana perintah yang terutama adalah mengasihi Allah dengan sungguh-sungguh! Lihatlah Firman Tuhan di dalam Matius 22:36-38 MATIUS 22:36-38 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. Itulah hukum yang terutama dan yang pertama Perintah Tuhan bagi setiap orang percaya adalah mengasihi Tuhan! Inilah penyembahan yang sejati iaitu oleh kerana kasih, kita menyerahkan seluruh hidup kita untuk memuji dan memuliakan Tuhan. Penyembahan tanpa kasih tidak akan berkenan kepada Tuhan. Kerana setiap orang yang mengasihi, lahir dari Tuhan dan mengenal Tuhan. Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Tuhan, sebab Tuhan adalah kasih. (lihat 1 Yohanes 4:7-8) Satu contoh yang sangat baik bagaimana seharusnya kita hidup adalah ketika Yesus dicobai oleh Iblis di padang7

gurun. Bukan sahaja Yesus menyatakan prinsip terpenting ini tetapi Dia juga berani mengaplikasikan prinsip ini dalam hidupNya. Pada waktu itu Iblis menunjukkan kerajaan dunia dan berkata semua ini akan kuberikan kepadaMu jika Engkau sujud menyembah aku. Iblis menyadari bahawa penyembahan adalah hal terpenting dan paling tinggi. Oleh kerana itu Iblis berusaha untuk menipu manusia untuk menyembah kepadanya. Ia mendambakan penyembahan. Ini kerana Iblis tahu penyembahan adalah hak tertinggi yang dapat diterima oleh siapapun. Namun demikian Yesus berkata "Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!". Yesus sedar bahawa yang layak menerima hak tertinggi ini adalah Tuhan sahaja oleh itu ia tidak membiarkan diriNya ditipu oleh Iblis. Saudara, apakah anda sudah memberikan hak tertinggi ini kepada Tuhan? Ingatlah; kita telah diciptakan untuk kesenangan Tuhan, untuk kemuliaan Tuhan, untuk menyembah Tuhan. Ingatlah jikalau anda tidak memberikan hak ini kepada Tuhan, anda akan memberikan hak ini kepada sesuatu yang lain. Akibatnya anda akan sangat mudah ditipu oleh Iblis. B. APA YANG TELAH PENYEMBAHAN ANDA? TERJADI KEPADA

Hari ini marilah kita menyelidiki hidup kita. Apakah kita sungguh-sungguh mengasihi Tuhan? Hal ini penting8

sekali! Tanpa kasih yang sungguh-sungguh ini semua yang pernah saudara kerjakan selama ini mungkin tidak berarti apa-apa. Mengapa saya katakan demikian? Ini kerana di dalam Wahyu 2:4-5 menyatakan bahawa orang yang tidak punya kasih sebenarnya telah jatuh dan harus bertobat. Wahyu 2:4-5 Namun demikian Aku mencela engkau, karena engkau telah meninggalkan kasih yang semula. Sebab itu ingatlah betapa dalamnya engkau telah jatuh! Bertobatlah dan lakukanlah lagi apa yang semula engkau lakukan. Jika tidak demikian, Aku akan datang kepadamu dan Aku akan mengambil kaki dianmu dari tempatnya, jikalau engkau tidak bertobat. Hari ini, Tuhan mahu memulihkanmu. Mahukah anda merendahkan hati dan kembali kepada Tuhan. Berita baiknya adalah apapun keadaanmu, betapa dalamnya engkau jatuh Tuhan tetap mengasihimu dan pada waktu engkau datang kepadaNya.. Dia akan memulihkan anda. Ada seorang perempuan yang telah kedapatan berzinah diperhadapkan kepada Yesus. Menurut peraturan orang Yahudi, perempuan itu melakukan dosa yang sangat besar dan harus dihukum iaitu direjam sampai mati. Tapi perempuan ini bertemu dengan Tuhan yang penuh dengan kasih. Tuhan Yesus telah menyelamatkan perempuan ini dan Ia berkata kepadaNya "Akupun tidak menghukum engkau. Pergilah, dan jangan berbuat dosa lagi mulai dari sekarang." (Yohanes 8:11)

9

Hari ini, jika engkau datang kepada Yesus dan bertobat, Ia adalah setia dan adil. Ia akan mengampuni dosa-dosamu dan menyucikanmu dari segala kesalahanmu. (1 Yohanes 1:9) Mari kita berdoa: Tuhan Yesus, saya mengakui bahawa saya sudah kehilangan kasih yang mula-mula itu. Selama ini aku berusaha untuk menyenangkan hatiMu dengan melakukan pelayanan-pelayanan tapi saya sedar bahawa saya lakukan semua itu hanya kerana tugas. Ampunilah aku ya Tuhan. Aku mahu dipulihkan hari ini. Di dalam nama Yesus, amen. C. LIMA TANDA PEMULIHAN ANDA MEMERLUKAN

Ada lima tanda seseorang itu harus mengalami pemulihan dalam penyembahannya. Jikalau pada hari ini, tandatanda ini ada di dalam hidupmu maka bertobatlah sungguh-sungguh. Mari kita lihat satu-persatu. Hilangnya kasih yang semula

Orang-orang seperti ini adalah mereka yang kuat beragama dan giat melayani Tuhan. Tetapi tidak memiliki keintiman dengan Tuhan Yesus. Agama dan pelayanan mereka hanya sebagai tugasan yang harus dikerjakan. Jemaat di Efesus (Wahyu 2) adalah jemaat yang giat demi agama Kristen akan tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka sudah semakin jauh dengan Tuhan Yesus.10

Pernahkah saudara mengalami hal seperti ini? Saudara mungkin kuat melayani akan tetapi saudara merasa Tuhan itu jauh, atau saudara merasa semakin hilang pengenalan akan Tuhan Yesus. Tidak mampu memandang kemuliaan Tuhan

Orang-orang ini sulit untuk memandang keindahan Tuhan Yesus. Seringkali orang-orang seperti ini mengalami begitu banyak pergumulan dan masalah. Akhirnya mereka tidak lagi memandang kepada Tuhan Yesus tetapi mereka berfokus kepada masalah mereka. Akibatnya mereka menjadi kurang percaya dan mata mereka tidak lagi dapat melihat betapa indahnya peribadi dan rancangan Tuhan Yesus dalam hidup mereka. Alkitab menjelaskan bahawa orang Kristen juga tidak bebas dari masalah. Kita pasti akan menghadapi masalah dan kesulitan. Tapi di dalam Ibrani 12: 1-4, dikatakan bahawa mata kita harus senantiasa tertuju kepada Yesus supaya kita jangan menjadi lemah dan putus asa. Dua hal ini pasti ada dalam hidup orang Kristen; iaitu pertama kita pasti akan menghadapi pelbagai kesulitan dan kedua Tuhan Yesus selalu menyertai kita walaupun dalam kesulitan tersebut. Sebenarnya pada waktu kita menghadapi kesukaran, itulah waktunya kita dapat menghargai saat-saat bersama dengan Tuhan Yesus. Hanya saja kita belajar memandang Yesus saat hal itu terjadi. Hanya mengejar-ngejar pengalaman

Orang-orang seperti ini adalah mereka yang hanya mengejar sensasi-sensasi rohani dalam mengikut Tuhan. Fokus mereka dalam penyembahan adalah perasaan11

enak. Jikalau tidak mereka tidak bisa menyembah Tuhan. Contohnya ada orang yang rajin mengikuti acara-acara KKR, Seminar dan sebagainya namun tidak pernah mahu membayar harga untuk mengikut Tuhan atau untuk melayani. Tidak hairanlah mengapa ada banyak orang yang seringkali maju ke depan untuk didoakan tapi tidak pernah benar-benar bertobat. Tidak ada komitmen/pengabdian

Orang-orang seperti ini adalah mereka yang memiliki pengetahuan tentang Tuhan akan tetapi mereka tidak rela untuk membayar harga dalam mengikut Tuhan. Orangorang seperti ini adalah orang-orang yang berbakti kepada Tuhan dengan setengah hati. Sebagai contoh; mereka bisa memberi waktu beribadah selama 2 jam pada hari minggu tetapi waktu-waktu selain daripada itu digunakan untuk kesenangan diri sendiri. Orang-orang seperti ini adalah munafik dan sangat tidak berkenan kepada Tuhan. Jemaat di Laodikia dalam Wahyu 3:16 dikatakan orang seperti ini adalah sebagai suam-suam kuku. Yesus berkata jikalau mereka tidak bertobat, Tuhan akan memuntahkan mereka dari mulutNya. Kurangnya kesucian hidup

Orang-orang seperti ini adalah mereka yang tidak menjaga kesucian hidup. Mereka masih suka melakukan keinginankeinginan daging. Mereka tidak suka di tegur atau menerima nasihat yang sehat.

12

Sebenarnya ibadah yang benar keluar dari hati yang sedang dalam proses menjadi serupa dengan Yesus Kristus. Orang yang benar-benar menyembah kepada Tuhan akan bertumbuh dalam kerohaniannya. Jikalau kita betul-betul ingin memperoleh pemulihan, kita harus memusatkan hati kepada Tuhan Yesus. Dia saja yang harus menjadi pusat ibadah kita. Hari ini, biarlah api kebangunan rohani berhembus ke dalam hati saudara, mengembalikan saudara kepada tujuan Tuhan iaitu mengasihi Dia dan menjadi serupa dengan Dia. Apakah hari ini ada tanda-tanda ini di dalam hidupmu? Apakah saudara tidak lagi mampu memandang kemuliaan Tuhan, apakah saudara kehilangan kasih yang semula, apakah saudara hanya mengejar-ngejar pengalaman, apakah saudara selama ini tidak menjaga kesucian hidup atau selama ini saudara tidak sungguh-sungguh mengabdi kepada Tuhan? D. MILIKILAH BERKENAN KUALITAS HATI YANG

Saudaraku, milikilah hati yang berkenan kepada Tuhan. Ada enam kualitas hati yang berkenan kepada Tuhan. Hati yang rindu Mazmur 27:4 Satu hal telah kuminta kepada TUHAN, itulah yang kuingini: diam di rumah TUHAN seumur hidupku, menyaksikan kemurahan TUHAN dan menikmati bait-Nya.

13

Hati yang penuh kasih 1 Korintus 13:3 Dan sekalipun aku membagi-bagikan segala sesuatu yang ada padaku, bahkan menyerahkan tubuhku untuk dibakar, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, sedikitpun tidak ada faedahnya bagiku. Hati yang suci Matius 5:8 Berbahagialah orang yang suci hatinya, karena mereka akan melihat Allah.

Hati yang remuk Mazmur 51:19 Korban sembelihan kepada Allah ialah jiwa yang hancur; hati yang patah dan remuk tidak akan Kaupandang hina, ya Allah. Hati yang percaya Ibrani 11:6 Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah. Sebab barangsiapa berpaling kepada Allah, ia harus percaya bahwa Allah ada, dan bahwa Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Dia.

Hati yang komit Yakobus 5:17 Elia adalah manusia biasa sama seperti kita, dan ia telah bersungguh-sungguh berdoa, supaya

14

hujan jangan turun, dan hujanpun tidak turun di bumi selama tiga tahun dan enam bulan. Kesimpulan Tuhan mahu kita kembali menyembah Dia dengan benar. Mahukah saudara merendahkan hati dan kembali kepada Tuhan hari ini?

15

PENYEMBAHAN YANG TIDAK MURNI Ada begitu banyak orang yang mengakui bahawa Tuhan adalah pencipta langit dan bumi. Mereka mengakui bahawa Tuhan berkuasa dan layak untuk menerima segala kemuliaan. Mereka malah percaya Tuhan Yesus dapat menyelamatkan mereka dari dosa. Akan tetapi orangorang ini pada waktu yang sama menghargai dan meletakkan pengharapan kepada ilah-ilah lain. Mereka percaya kepada Yesus, tetapi pada waktu yang sama memuja hal-hal yang lain. Masalah ini serius. Masalah ini disebut penyembahan yang tidak murni. Ingat! Tuhan tidak pernah membiarkan diriNya disamakan dengan ilah-ilah yang lain. Dia adalah Allah yang cemburu! Oleh sebab itu, Dia mahu anda menyingkirkan ilah-ilah yang masih ada di dalam hidupmu dan sungguh-sungguh menjadikan Dia sebagai Allah satu-satunya dalam hidupmu! Nah, dalam sesi ini kita akan mempelajari apakah inti dari penyembahan yang tidak murni, dan apakah akibat-akibat dari penyembahan yang tidak murni tersebut. Saya berdoa supaya hari ini anda akan menyedarinya dan sungguhsungguh menjadikan Allah penguasa tertinggi dan Allah satu-satunya. Sebagai Excellent Worshipper anda harus bisa berkata: Yesus adalah Kristus yang tiada tandingannya! Lihat di dalam Matius 6:24. Tuhan Yesus berkata Tak seorangpun dapat mengabdi kepada dua tuan. Ada banyak orang yang mengakui keagungan dan kemuliaan Yesus akan tetapi sebahagian dari hatinya diberikan kepada ilah-ilah lain. Apakah anda memiliki sesuatu ilah lain dalam hatimu?16

Contoh orang Israel pada Zaman nabi Hosea Orang Israel adalah umat pilihan Tuhan. Allah telah membuat perjanjian dengan mereka. Namun demikian, orang Israel berdosa kerana mereka beribadah kepada ilah lain. Lalu apa yang Tuhan lakukan? Dia memerintahkan Nabi Hosea untuk mengawini seorang perempuan sundal dan memperanakkan anak-anak sundal. Mengapa? Tuhan mahu menunjukkan bahawa demikianlah scenario yang terjadi kepada bangsa itu. Lalu Tuhan berkata kerana mereka bersundal hebat dengan membelakangi Aku.(Hosea 1:2) iaitu dengan beribadah kepada Baal (Hosea 11:7). Lalu kemudian wanita itu melahirkan seorang anak perempuan bernama lo-Ruhama. Dan Tuhan berkata Aku tidak akan menyayangi lagi kaum Israel dan sama sekali tidak akan mengampuni mereka. (Hosea 1:6) Anak yang kedua dinamai Lo-Ami. Tuhan berkata sebab kamu ini bukanlah umat-Ku dan Aku ini bukanlah Allahmu. (Hosea 1:9). Wow ini hal yang sangat serius! Ini menunjukkan betapa mereka membuat Tuhan kecewa. Saudaraku, jangan menjadi seperti orang Israel pada zaman itu. Mereka telah membelakangi Tuhan dengan beribadah kepada ilah lain. Mereka diheret oleh berhalaberhala tersebut sehingga mereka melupai Tuhan dan tidak lagi percaya kepada Tuhan. Ibadah mereka menjadi ritual semata-mata. Tidak ada lagi kehidupan di dalam ibadah mereka. Para Imam hanya melakukan tugasan sahaja, tidak ada kasih yang meluap dari hati kepada Allah yang satu-satunya dikasihi dan dilayani. TIGA AKIBAT FATAL KERANA MENDUA HATI Saudaraku, ada tiga akibat fatal jikalau kita mendua hati. Pertama Kemuliaan akan hilang, kedua anak-anak akan17

sesat dan ketiga kita akan kehilangan urapan/kuasa dalam pelayanan. A. KEMULIAAN AKAN HILANG Makin bertambah banyak mereka, makin berdosa mereka kepada-Ku, kemuliaan mereka akan Kutukar dengan kehinaan. Hosea 4:7 Apa yang terjadi kepada bangsa Israel pada zaman itu adalah kehidupan mereka makmur. Mereka menjadi kaya. Tetapi mereka telah kehilangan respek dari bangsa-bangsa lain. Mungkin hari ini saudara merasa kehidupan saudara sudah mampan atau sedikit mampan. Tapi coba saudara lihat sekeliling saudara. Apakah yang dikatakan oleh orang lain tentang saudara? Apakah yang dikatakan oleh orang yang tidak percaya ketika berbicara tentang saudara? Jikalau saudara sudah kehilangan respek dari orang lain, saudara harus selidiki hidupmu hari ini. Mungkin anda melakukan ibadah orang Kristen yang biasa tetapi dalam membuat keputusan-keputusan anda masih meletakkan pengharapan kepada hal-hal yang lain. Mungkin anda seringkali melupakan dan membelakangi Tuhan dalam hal-hal tertentu dalam hidupmu. B. ANAK-ANAK MEREKA ORANG SESAT HIDUP SEBAGAI

Umat-Ku binasa karena tidak mengenal Allah; karena engkaulah yang menolak pengenalan itu maka Aku menolak engkau menjadi imam-Ku; dan karena engkau

18

melupakan pengajaran Allahmu, maka Aku juga akan melupakan anak-anakmu. Hosea 4:6 Firman Tuhan berkata Aku akan melupakan anakanakmu. Saya percaya di dalam keluarga mereka tidak ada keharmonian. Rumahtangga menjadi berantakan. Akhirnya anak-anak menjadi liar dan tidak lagi perduli akan orang tua. Dan yang paling dahsyat, tidak akan ada perlindungan Tuhan atas anak-anak mereka. Akibatnya, anak-anak akan turut beribadah kepada berhala yang dipuja oleh orang tua mereka kerana itu Tuhan akan membiarkan mereka sehingga mereka menjadi runtuh atau sesat. (Hosea 4:14) C. KEHILANGAN PELAYANAN URAPAN/KUASA DALAM

Satu hal yang sangat pasti adalah orang-orang yang mendua hati akan kehilangan urapan/kuasa dalam pelayanan mereka. Umat-Ku binasa karena tidak mengenal Allah; karena engkaulah yang menolak pengenalan itu maka Aku menolak engkau menjadi imam-Ku; dan karena engkau melupakan pengajaran Allahmu, maka Aku juga akan melupakan anak-anakmu. Hosea 4:6 Perhatikan orang yang mendua hati sebenarnya menolak pengenalan akan Tuhan. Dan, oleh kerana itu Tuhan berkata Aku menolak engkau menjadi imamku. Ini bermaksud bahawa mereka mungkin masih tetap dapat menjalankan pelayanan tetapi tidak ada kuasa Tuhan yang menyertai mereka. Mereka masih kelihatan hebat bagi manusia akan tetapi sebenarnya tidak ada kehidupan yang19

mengalir dari pelayanan mereka. Perhatikan, mereka sendiri yang menolak Allah oleh sebab itu Tuhan tidak akan berkenan kepada pelayanan mereka. Mungkin hari ini saudara melayani di dalam gereja! Tetapi apakah pelayananmu penuh dengan kuasa? Atau saudara melayani dengan kekuatan sendiri? Tuhan berkata jikalau demikian, anda akan jatuh tergelincir. (Hosea 4:5) TIGA ILAH ZAMAN INI Ada 3 ilah zaman ini yang seringkali menjadi tuan atas hidup beberapa orang Kristen. Mari kita lihat apakah ada dari ilah ini sudah menjadi tuan atas hidupmu. A. ILAH KESENANGAN Orang yang mendua hati kepada ilah kesenangan adalah mereka yang mengutamakan kepuasan diri sendiri dan hanya ingin merasa senang dalam ibadah. Mereka akan ke gereja dengan rajin, akan tetapi hidup mereka setiap hari adalah demi untuk diri sendiri. Orang ini seringkali menjadi orang yang suka mengkritik orang lain dalam ibadah. B. ILAH HARTA BENDA Orang yang mendua hati kepada ilah harta benda adalah orang-orang yang rajin beribadah tetapi fokus mereka adalah mendapat berkat dari Tuhan. Akibatnya mereka dikuasai oleh pikiran-pikiran yang jahat. Mari lihat Yakobus 2:2-4. Sebab, jika ada seorang masuk ke dalam kumpulanmu dengan memakai cincin emas dan pakaian indah dan20

datang juga seorang miskin ke situ dengan memakai pakaian buruk, dan kamu menghormati orang yang berpakaian indah itu dan berkata kepadanya: "Silakan tuan duduk di tempat yang baik ini!", sedang kepada orang yang miskin itu kamu berkata: "Berdirilah di sana!" atau: "Duduklah di lantai ini dekat tumpuan kakiku!", bukankah kamu telah membuat pembedaan di dalam hatimu dan bertindak sebagai hakim dengan pikiran yang jahat? Mereka yang memiliki ilah harta benda akan suka menilai orang lain berdasarkan pangkat, harta dan kedudukan. Ini dipanggil memandang muka. Hal ini dosa di mata Tuhan. (Yakobus 2:9) C. ILAH KEDUDUKAN/KESOMBONGAN Orang yang mendua hati kepada ilah ini adalah mereka yang membiarkan si aku masih duduk di atas tahta hati mereka. Mereka seringkali melayani untuk mendapatkan pujian atau penghargaan dari orang lain. Mereka beribadah supaya kelihatan lebih kudus dari orang lain. Mereka juga seringkali suka membandingbandingkan diri dengan orang lain. Keangkuhan merendahkan orang, tetapi orang yang rendah hati, menerima pujian. Amsal 29:23 Bagaimana dengan saudara hari ini? Jikalau ada ilah-ilah lain dalam hidupmu? Mungkin selama ini saudara sudahpun membangun mezbah-mezbah bagi ilah-ilah yang lain.

21

Kerana itu hari ini, RUNTUHKAN MEZBAH-MEZBAH ITU!! Hari ini mari kita lihat seorang pemuda yang telah menjadi pemenang yang luar biasa dalam hidupnya. Namanya Gideon. Dikatakan pada zamannya Gideon, orang Israel menjadi melarat kerana mereka berbalik kepada penyembahan berhala dan Tuhan menyerahkan mereka ke tangan orang Midian. Satu hari Tuhan menampakan diri kepada Gideon dan oleh kerana ketaatan Gideon maka akhirnya dia membawa hanya 300 orang dan Berjaya mengalahkan beratus ribu musuh. Apakah kunci kejayaan Gideon? Dia taat kepada 2 hal yang diperintahkan Tuhan. Mari baca Hakim2 6:25-27. Pada malam itu juga TUHAN berfirman kepadanya: "Ambillah seekor lembu jantan kepunyaan ayahmu, yakni lembu jantan yang kedua, berumur tujuh tahun, runtuhkanlah mezbah Baal kepunyaan ayahmu dan tebanglah tiang berhala yang di dekatnya. Kemudian dirikanlah mezbah bagi TUHAN, Allahmu, di atas kubu pertahanan ini dengan disusun baik, lalu ambillah lembu jantan yang kedua dan persembahkanlah korban bakaran dengan kayu tiang berhala yang akan kautebang itu." Kemudian Gideon membawa sepuluh orang hambanya dan diperbuatnyalah seperti yang difirmankan TUHAN kepadanya. Pertama KEMBALI MENDIRIKAN MEZBAH BAGI TUHAN Saudara ibadah yang murni di hadapan Tuhan adalah ketika kita mengutamakan Dia sahaja dalam seluruh aspek hidup kita. Tidak mungkin ibadah kita murni jikalau kita22

masih menyembah kepada ilah-ilah yang lain. Gideon membuat keputusan untuk mendirikan Mezbah bagi Tuhan yang berarti bahawa, ia hanya mengutamakan Tuhan sahaja dalam hidupnya walau apapun keadaannya pada masa itu. Kedua RUNTUHKAN MEZBAH-MEZBAH BERHALA Iaitu ambil keputusan untuk memutuskan segala persekutuan atau hubungan dengan ilah-ilah atau berhala itu. Seringkali kita coba untuk beribadah kepada Tuhan tetapi tidak sanggup untuk memutuskan hubungan dengan berhala akhirnya kita sendiri masih diikat oleh berhala tersebut. Hari ini runtuhkan mezbah berhala-berhala tersebut! Taatilah perintah Tuhan untuk kita mengasihi Dia dengan sungguh-sungguh. Orang yang diurapi Tuhan adalah orang yang mempunyai mezbah Tuhan saja dalam hatinya. Jika kita ingin menyaksikan kemuliaan Tuhan, kita harus meruntuhkan mezbah-mezbah lainnya. Kesimpulan Ibadah yang murni harus menjadi gaya hidup setiap kita. Hanya Yesus yang terindah dan tidak mungkin ada yang lain. Tuhan tidak suka dengan orang yang masih mengabdi kepada ilah yang lain. Oleh kerana itu mari kita merubuhkan mezbah penyembahan kepada ilah-ilah yang lain dan menyembah Tuhan dengan sungguh-sungguh.

23

MEMULIAKAN TUHAN Paulus berkata di dalam Filipi pasal 1 ayat 20 bahawa hidup untuk Kristus dan mati adalah keuntungan. Siapakah Paulus? Paulus dahulunya bernama Saulus adalah seorang yang berkobar-kobar untuk Tuhan tetapi dengan matlamat yang salah. Dia sangat menghormati agamanya sehingga ia berusaha untuk menghalang orang menjadi percaya kepada Yesus. Dia berusaha mengainaya dan membunuh orang-orang Kristen. Akan tetapi ketika Paulus bertemu dengan Tuhan Yesus, terjadi perubahan terbesar dalam hidupnya. Dia bertobat, dan menyerahkan seluruh hidupnya untuk kemuliaan Yesus. Dahulu ia sangat membenci Yesus dan pengikutNya, akhirnya Dia sendiri telah menjadi pengikut Kristus yang sejati. Dia akhirnya berkata hidup untuk Kristus dan mati adalah keuntungan. Apa maksudnya? Dengan perkataan lain Paulus berkata begini (dan inilah sebenarnya yang harus dilakukan oleh semua excellent worshipper!): Pada waktu aku masih bernafas, seluruh hidupku hanyalah untuk memuliakan Tuhan, dan sekalipun aku harus mati kerana Kristus, itu adalah keuntungan bagiku kerana aku akan bersama-sama dengan Yesus dalam kekekalan. Wow pernyataan yang luar biasa! Bagaimana dengan anda hari ini, sanggupkah engkau kehilangan sesuatu oleh kerana nama Yesus? Sanggupkah engkau dirugikan oleh kerana nama Yesus? Sanggupkah engkau menyerahkan nyawamu oleh kerana nama Yesus? Hari ini tantangan saya buat saudara adalah HENDAKLAH HIDUPMU MEMULIAKAN TUHAN.

24

Bayangkan dalam sebuah kebaktian yang dihadiri oleh 200 orang, Pak Pendeta yang sedang berkhotbah berkata adakah di sini yang benar-benar sanggup berkata hidup untuk Tuhan dan mati adalah keuntungan?. Keadaan menjadi senyap seketika. Tidak ada yang menjawab. Tibatiba datang dua orang yang menutupi kepalanya dengan topeng dan membawa machine gun dan berteriak dengan kuat. Ada sesiapa di sini yang sanggup ditembak demi nama Yesus?!!! Satu persatu orang keluar dari gedung itu. Dan yang tinggal hanyalah Pak pendeta dengan 20 orang jemaat. Kedua orang tadi lalu membuka topeng mereka dan berkata; Okey Pak Pendeta saya sudah keluarkan semua orang yang hipokrit, sekarang pak pendeta boleh meneruskan khotbah!. Saudara, saya mahu supaya mulai hari ini saudara akan mengerti bahawa Yesus Kristus adalah inti dari penyembahan kita. Oleh Dia kita dapat menyembah Allah, oleh Dia kita berkenan kepada Allah dan oleh Dia kita dapat melihat kemuliaan Allah Bapa. Doa Yesus Kristus Nah saya ingin menunjukkan bahawa Yesus Kristus ingin kita melihat satu hal dalam hidup kita ini. Dan hal ini amatlah penting kepada kita sebagai orang yang percaya. Yohanes 17:1-2 Demikianlah kata Yesus. Lalu Ia menengadah ke langit dan berkata: "Bapa, telah tiba saatnya; permuliakanlah Anak-Mu, supaya Anak-Mu mempermuliakan Engkau. Sama seperti Engkau telah memberikan kepada-Nya kuasa atas segala yang hidup, demikian pula Ia akan25

memberikan hidup yang kekal kepada semua yang telah Engkau berikan kepada-Nya. Kenapa Yesus mahu dimuliakan? Kedengarannya Yesus seolah-olah ingin dipuji. Apakah Yesus ini orangnya sombong alias minta puji. Jawabannya sama sekali tidak! Mengapa saya katakan demikian kerana tujuan Yesus ingin dipermuliakan bukan untuk diriNya sendiri tetapi untuk kita! Inilah sebabnya mengapa Yesus ingin dimuliakan Bapa: supaya kita dapat melihat kemuliaan Yesus dan oleh itu kita dapat memuliakan Bapa. Yohanes 17:24 berkata agar mereka memandang kemuliaan-Ku yang telah Engkau berikan kepada-Ku. Ketika kita dapat memandang kemuliaan Tuhan Yesus, maka kita juga akan dapat memuliakan Bapa sama seperti Yesus. Yohanes 17:1 supaya AnakMu mempermuliakan Engkau Hal ini iaitu melihat kemuliaan Yesus ini sangat penting. Hanya apabila ketika kita dapat melihat kemuliaan Tuhan Yesus maka barulah kita dapat sungguh-sungguh memuliakan Bapa. Saya mengatakan hal ini adalah hal terpenting kerana hal inilah yang Iblis usahakan supaya manusia tidak dapat melihatnya. Mari buka 2 Korintus 4:4. yaitu orangorang yang tidak percaya, yang pikirannya telah dibutakan oleh ilah zaman ini, sehingga mereka tidak melihat cahaya Injil tentang kemuliaan Kristus, yang adalah gambaran Allah. Iblis berusaha untuk menghalangi manusia kepada hal ini: Injil tentang kemuliaan Kristus.

26

Saudara apabila kita dapat melihat kemuliaan Kristus maka kita dapat juga melihat kemuliaan Bapa. Sebenarnya kita tidak dapat melihat Bapa tetapi Yesus telah menyatakanNya bagi kita. Oleh sebab itulah kita dapat datang kepada Bapa melalui Yesus Kristus (Ibrani 7:5). Orang yang tidak dapat melihat kemuliaan Yesus tidak dapat mengenal Bapa dan tidak mungkin dapat menyembah Bapa. Namun demikian berita baiknya adalah Bapa Sorgawi memampukan kita untuk melihat kemuliaan itu! (2 Kor 4:6) Sebab Allah yang telah berfirman: "Dari dalam gelap akan terbit terang!", Ia juga yang membuat terang-Nya bercahaya di dalam hati kita, supaya kita beroleh terang dari pengetahuan tentang kemuliaan Allah yang nampak pada wajah Kristus. Ada sesuatu yang Tuhan kerjakan di dalam hati kita sehingga terang kemuliaan Kristus itu dapat bercahaya dan kita dapat melihat kemuliaan Allah. Oleh sebab itulah kondisi hati kita amat penting! Baca Matius 15:8: Bangsa ini memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya jauh dari pada-Ku. Tuhan menginginkan kondisi hati yang benar dalam penyembahan. Kenapa? Kerana hati berbicara kehendak dan keutamaan kita. Saudara dengarkan! Tuhan melihat ke dalam hatimu. Mahukah saudara memberikan hatimu kepadaNya dan mengambil keputusan untuk mengutamakan Dia dalam hidupmu sehingga dapat anda berkata: Hidup untuk Tuhan, mati adalah keuntungan. Yang harus kita ingat adalah oleh kerana Yesus juga telah mempermuliakan Allah Bapa, kita juga HARUS27

mempermuliakan Dia. Demikianlah sama seperti Kristus memuliakan Bapa hendaklah kita juga memuliakan Allah. Seperti Di dalam Matius 5:16 Yesus memberikan perintah ini kepada semua orang yang percaya kepada-Nya. hendaklah terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di sorga BAGAIMANA MEMULIAKAN TUHAN Saya ingin memberikan 4 cara bagaimana memuliakan Tuhan. kita dapat

1. Mempersembahkan hidup kepada Tuhan Roma 12:1 Karena itu, saudara-saudara, demi kemurahan Allah aku menasihatkan kamu, supaya kamu mempersembahkan tubuhmu sebagai persembahan yang hidup, yang kudus dan yang berkenan kepada Allah: itu adalah ibadahmu yang sejati. Mempersembahkan tubuh artinya surrender atau menyerah diri kepada kedaulatan dan kehendak Allah. Perhatikan standard persembahan yang berkenan kepada Allah tidak ditentukan oleh kita. Mungkin ada orang berkata aku akan surrender hidup saya kepada Tuhan. Aku akan tinggalkan semua keinginan dunia ini dan tinggal di sebuah temple dan aku hanya akan berdoa sepanjang hari dan membaca Alkitab. Aku akan berusaha untuk menjadi orang yang kudus atau mulia. Namun tidak mungkin ada orang yang bisa berkata oleh kerana aku telah melakukan semua ini, aku pasti akan berkenan kepada Tuhan. Manusia tidak punya

28

hak sama sekali untuk menentukan ia berkenan atau tidak kepada Allah. Ini adalah hak Allah sendiri. Jadi bagaimanakah kita bisa berkenan kepada Allah? Bagaimanakah agar penyembahan kita berkenan kepada Allah? Jawabannya adalah jikalau kita lakukan semua itu di dalam Yesus Kristus. Oleh Yesus Kristus kita berkenan kepada Allah. Ketika saudara membuat keputusan untuk menyerahkan diri kepada kehendak Tuhan, maka hidupmu menjadi ibadah yang berkenan kepada Allah Bapa. Kehendak siapakah yang selalu saudara lakukan selama ini? 2. Rindu agar Yesus Kristus dimuliakan Filipi 1:20 Sebab yang sangat kurindukan dan kuharapkan ialah bahwa aku dalam segala hal tidak akan beroleh malu, melainkan seperti sediakala, demikianpun sekarang, Kristus dengan nyata dimuliakan di dalam tubuhku, baik oleh hidupku, maupun oleh matiku. Karena bagiku hidup adalah Kristus dan mati adalah keuntungan. Paulus berkata ada sesuatu yang sangat-sangat dia rindukan di dalam hidupnya. Ia tidak akan merasa malu akan hal ini, ia tidak akan merasa takut akan hal ini, ia tidak akan merasa segan akan hal ini. Bahkan Paulus berkata dalam segala hal ia akan mengalir dari hidupku. Oh sungguh luar biasa orang yang memiliki kerinduan seperti ini. Apakah yang sangat-sangat dirindukan oleh Paulus ini? Jawabannya adalah ini: Kristus dengan nyata dimuliakan! Saudara harus memiliki kerinduan agar Yesus dimuliakan!

29

3. Komitmen hidup untuk kemuliaan-Nya Filipi 1:21 Karena bagiku hidup adalah Kristus dan mati adalah keuntungan. Artinya tujuan hidupku adalah untuk memuliakan Tuhan. Saudara, tidak cukup untuk kita hanya memiliki kerinduan akan tetapi tanpa ada komitmen. Ia bukanlah saja sekadar pergi ke gereja, menyanyikan beberapa buah lagu, memberi persepuluhan atau memberi wang kepada orang miskin, tapi ini benar-benar mengutamakan Tuhan dalam seluruh aspek kehidupan termasuk soal kematian. Saya berdoa supaya saudara memiliki kerinduan untuk menjadikan Yesus sebagai keutamaan dalam hidupmu. Saya banyak membaca kesaksian dimana ketika ada pengainayaan terjadi kepada orang Kristen, dan mereka tetap mengutamakan kemuliaan Yesus sampai pada tahap menyerahkan nyawa mereka, kebangunan rohani terjadi di tempat itu, tranformasi terjadi di antara jiwa-jiwa. Semakin banyak jiwa-jiwa diselamatkan. Nama Tuhan dipermuliakan. Mahukah saudara memilih untuk mengutamakan Tuhan dalam hidupmu? Seorang Excellent Worshipper adalah seorang pengikut Yesus yang sejati. Ia tidak akan memalingkan dirinya kepada hal-hal yang lain selain memusatkan hidupnya kepada kemuliaan Tuhan. Dalam Kolose 3:17 dikatakan: Dan segala sesuatu yang kamu lakukan dengan perkataan atau perbuatan, lakukanlah semuanya itu dalam nama Tuhan Yesus, sambil mengucap syukur oleh Dia kepada Allah, Bapa kita.

30

4. Menyelesaikan Pekerjaan yang diberikan Bapa Yohanes 17:4 Aku telah mempermuliakan Engkau di bumi dengan jalan menyelesaikan pekerjaan yang Engkau berikan kepada-Ku untuk melakukannya. Satu lagi aspek penting tentang bagaimana kita memuliakan Tuhan adalah; sebagaimana Yesus Kristus memuliakan Allah Bapa dengan cara menyelesaikan pekerjaan yang diberikan Bapa kepadaNya, demikian juga kita harus menyelesaikan pekerjaan yang diberikanNya kepada kita. Oleh sebab itu, saudara harus mengetahui apakah kehendak Bapa kepada saudara. Dan melakukannya sampai tuntas! Pada waktu kita melakukan kehendak Bapa, Tuhan akan menolong kita sehingga kita berhasil. Dan, maka dengan itulah Allah Bapa dipermuliakan. Oleh kerana itu, kita harus senantiasa bersandar kepada Yesus. Yesus berkata diluar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa. KESIMPULAN Saudara, Yesus Kristus adalah cahaya kemuliaan Allah. Ia adalah penyataan Allah yang sempurna. Dia layak untuk menerima segala pujian dan kemuliaan sampai selamalamanya. Oleh kerana itu, hendaklah kita juga memuliakan Tuhan. Bagaimana kita memuliakan Tuhan? Mempersembahkan hidup kepada Tuhan. Kita harus surrender hidup kepada kedaulatan dan kehendak Tuhan. Kedua, kita harus rindu untuk Yesus dimuliakan. Baik dalam susah, mahupun senang kita harus senantiasa rindukan kemuliaan Yesus31

dinyatakan dalam hidup kita. Ketiga, bukan sahaja rindu memuliakan Tuhan tetapi juga berkomitmen untuk memuliakannya. Artinya mengutamakan Tuhan. Semua pikiran, tindakan dan keputusan kita adalah untuk kemuliaan Tuhan. Keempat, kita harus menyelesaikan pekerjaan yang Allah Bapa telah berikan kepada kita. Dengan cara itu, kita akan mempermuliakan Bapa. Amen. MARI KITA MEMULIAKAN BAPA DENGAN SEGENAP HATI MELALUI YESUS KRISTUS!!

32

MENJADI PENYEMBAH SEJATI Penyembah Sejati adalah mereka yang mengasihi Tuhan sepenuh hati, mengikuti Dia dengan setia, memiliki kehidupan yang kudus dan pujian yang melimpah-limpah untuk kemuliaan Tuhan. Mahukah anda menjadi PENYEMBAH SEJATI? Saudara, Tuhan bukan sahaja ingin memulihkan anda dari penyembahan yang tidak benar tetapi Dia mahu supaya saudara mengambil keputusan untuk memuliakan Tuhan dalam semua aspek kehidupanmu sehingga saudara bukan lagi penyembah yang biasa-biasa tetapi sesungguhnya saudara akan menjadi Excellent Worshipper! Ada 4 tanda seorang penyembah sejati yang berkenan kepada Tuhan: TANDA-TANDA PENYEMBAH SEJATI 1. MENGASIHI TUHAN Penyembah sejati Mengasihi sungguh. Allah dengan sungguh-

Mengasihi Tuhan adalah perintah yang terutama. Seorang penyembah sejati hendaklah mengasihi Tuhan dengan sungguh-sungguh. Kasih adalah tanda kita berasal dari Tuhan. Ada sebuah cerita tentang seorang wanita yang menggambarkan kasih yang sangat besar kepada Tuhan. Mari baca Lukas 7:37-38. Wanita ini meminyaki Yesus dengan minyak wangi yang mahal dan berharga, ia mencium kaki Yesus dan menyekanya dengan rambutnya. Yang menarik untuk diperhatikan adalah Yesus menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh wanita ini33

adalah perbuatan kasih. Dan, perbuatan kasih ini sangat besar sekali. Wanita ini mengasihi Yesus dengan sungguh-sungguh. Apa yang dilakukan oleh wanita ini begitu peribadi, begitu nyata dan begitu original. Apakah saudara rindu mengasihi Tuhan Yesus dengan melimpah-limpah seperti ini? Ada dua bukti kasih yang dapat kita berikan kepada Yesus iaitu Ketaatan dan Penyerahan diri secara total. A. TAAT Mari kita buka Yohanes 14:15. "Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku. Yesus berkata, bukti seseorang itu mengasihi Dia adalah dengan melakukan perintahNya. Taat adalah bukti kasih kita kepada Tuhan. Kita bukan melakukan sesuatu kerana tugas semata-mata akan tetapi Tuhan mahu kita melakukan hal tersebut kerana kita mengasihi Dia. Masih ingat jemaat di Efesus? Tuhan mencela mereka bukan kerana mereka tidak melakukan apa-apa akan tetapi mereka melakukannya tanpa jalinan kasih kepada Tuhan. Jikalau kita mentaati Tuhan maka Tuhan akan menganggap kita sebagai sahabatNya. (Yohanes 15:14). Ertinya Tuhan akan menyatakan isi hatiNya kepada kita. Kita akan mengenalNya dan mengetahui rancanganNya.

34

Oleh kerana itu maka kita dapat menyembahNya dalam level penyembahan yang lebih tinggi. B. PENYERAHAN DIRI: TOTAL Ada satu lagi bukti seseorang itu mengasihi Tuhan. Iaitu ia akan rela untuk menyerahkan dirinya kepada Tuhan secara total. Inilah yang Tuhan mahu. Menyerah diri tidak bermaksud bahawa kita hanya serahkan diri dan tidak melakukan apa-apa. Maksud menyerah diri di sini ialah percaya kepada kedaulatan Tuhan dan kehendak Tuhan dalam hidupnya sehingga tindakan kita dikuasai oleh kehendak Tuhan. Jikalau seseorang itu menyerahkan dirinya kepada Tuhan, maka segala sesuatu yang ia lakukan akan dilakukannya sesuai kehendak Tuhan. Ini berarti bahawa apapun yang dilakukannya, tujuannya hanya untuk menyenangkan Tuhan dan memuliakan Tuhan. Gaya hidup seperti inilah yang Paulus nyatakan di dalam Kolose 3:17 dan Roma 12:1 Dan segala sesuatu yang kamu lakukan dengan perkataan atau perbuatan, lakukanlah semuanya itu dalam nama Tuhan Yesus, sambil mengucap syukur oleh Dia kepada Allah, Bapa kita.(Kolose 3:17) Karena itu, saudara-saudara, demi kemurahan Allah aku menasihatkan kamu, supaya kamu mempersembahkan tubuhmu sebagai persembahan yang hidup, yang kudus

35

dan yang berkenan kepada Allah: itu adalah ibadahmu yang sejati.(Roma 12:1) Saudara yang dikasihi Tuhan, Excellent Worshipper adalah seorang yang mengasihi Tuhan dengan sungguhsungguh. Ia bukan sekadar pernyataan-pernyataan biasa tetapi dengan tindakan iaitu ketaatan dan penyerahan diri.

2. MENGIKUTI TUHAN Penyembah sejati adalah Pengikut Kristus yang Sejati. Seorang penyembah sejati bukan hanya mengasihi Tuhan dengan sungguh-sungguh akan tetapi ia juga akan mengikuti Tuhan dengan sungguh-sungguh. Yesus berkata dalam Yohanes 10:4 demikian: Jika semua dombanya telah dibawanya ke luar, ia berjalan di depan mereka dan domba-domba itu mengikuti dia, karena mereka mengenal suaranya. Domba-domba berbicara tentang orang-orang yang percaya kepada Tuhan. Perhatikan Yesus akan berjalan di hadapan mereka dan mereka akan mengikuti Dia kerana mengenal suaraNya. Seorang penyembah sejati akan mengikuti Tuhan tanpa bersungut-sungut. Ia akan mengikuti Tuhan kemana pun Dia pergi walaupun keadaan-keadaan kelihatan sukar dan mencabar. Ada 2 ciri seorang yang mengikuti Tuhan iaitu percaya dan mengenal Tuhan. A. PERCAYA KEPADA TUHAN Di dalam Markus 10:21 menyatakan ada seorang yang ingin mengikuti Yesus tetapi tidak rela untuk percaya

36

sepenuhnya kepada Tuhan. Walaupun orang ini kuat beragama, Yesus berkata kepadanya: "Hanya satu lagi kekuranganmu: pergilah, juallah apa yang kaumiliki dan berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di sorga, kemudian datanglah ke mari dan ikutlah Aku. Orang ini ingin mengikuti Yesus tetapi tidak rela untuk percaya kepada Yesus dengan sungguh-sungguh. Oleh kerana itu, ia tidak dapat mengikuti Tuhan. Orang yang tidak dapat percaya secara total kepada Tuhan tidak dapat menjadi penyembah sejati. Bahkan, ia tidak berkenan kepada Tuhan. Di dalam Ibrani 11:6 mengatakan bahawa: Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah. Sebab barangsiapa berpaling kepada Allah, ia harus percaya bahwa Allah ada, dan bahwa Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Dia. Artinya seseorang yang tidak percaya kepada Tuhan tidak mungkin akan berkenan kepada Tuhan. Percayakah saudara kepada Tuhan? B. MENGENAL TUHAN. Hal kedua berkenaan dengan mengikut Tuhan adalah mengenal Tuhan. Yohanes 10:27 menyatakan Yesus berkata: Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku dan Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku. Fokus seorang penyembah sejati dalam mengikut Tuhan adalah pengenalan akan Tuhan.

37

Pada zaman Yesus ada di dunia, banyak orang mengikuti Dia tetapi ternyata mereka mengikutiNya kerana motivasi untuk memuaskan diri sendiri. Mereka sebenarnya tidak sungguh-sungguh percaya. Mereka tidak termasuk domba-domba yang Yesus maksudkan. Oleh kerana itu, motivasi kita untuk mengikuti Dia bukan berkat-berkat sahaja, tetapi kerana kita rindu bersekutu dengan Dia dan mendengarkan suaraNya. Saudara, penyembah sejati adalah pengikut Kristus yang sejati. Ia dengan sungguh-sungguh percaya dan mengenal Dia. Motivasinya untuk mengikut Dia adalah pengenalan akan Dia. 3. MEMILIKI HIDUP KUDUS Penyembah sejati adalah mereka yang hidup dalam kekudusan. Tanda yang ketiga bagi seorang penyembah sejati adalah memiliki hidup yang suci dan kudus di hadapan Tuhan. Mari kita lihat ayat-ayat berikut: "Siapakah yang boleh naik ke atas gunung TUHAN? Siapakah yang boleh berdiri di tempat-Nya yang kudus?" "Orang yang bersih tangannya dan murni hatinya, yang tidak menyerahkan dirinya kepada penipuan, dan yang tidak bersumpah palsu. (Mazmur 24:3-4) Mazmur Daud. TUHAN, siapa yang boleh menumpang dalam kemah-Mu? Siapa yang boleh diam di gunung-Mu38

yang kudus? Yaitu dia yang berlaku tidak bercela, yang melakukan apa yang adil dan yang mengatakan kebenaran dengan segenap hatinya, yang tidak menyebarkan fitnah dengan lidahnya, yang tidak berbuat jahat terhadap temannya dan yang tidak menimpakan cela kepada tetangganya; yang memandang hina orang yang tersingkir, tetapi memuliakan orang yang takut akan TUHAN; yang berpegang pada sumpah, walaupun rugi; yang tidak meminjamkan uangnya dengan makan riba dan tidak menerima suap melawan orang yang tak bersalah. Siapa yang berlaku demikian, tidak akan goyah selamalamanya. (Mazmur 15:1-5) Saudara, Tuhan kita kudus, barangsiapa mahu masuk ke dalam hadiratNya harus kudus. Tidak seorangpun yang dapat masuk ke dalam hadiratNya tanpa kekudusan. Apa artinya hidup kudus? Ada dua hal iaitu hendaklah kita hidup dalam pertobatan dan menjauhi kejahatan dalam takut akan Tuhan. A. HIDUP DALAM PERTOBATAN Roma 12:2 menyatakan bahawa kita harus mengubah pola pikir kita agar dapat melakukan apa yang Tuhan kehendaki. Iaitu seseorang itu harus membuat keputusan untuk membuang pikiran lama dan menggantikannya dengan pikiran yang sesuai dengan kehendak Tuhan. Pertanyaannya berapa kali saya harus bertobat? Jawapannya adalah banyak kali. Dalam konteks Roma 12, sebenarnya Paulus sedang berbicara tentang gaya hidup orang Kristen. Memang benar kita pernah bertobat untuk keselamatan jiwa kita tetapi kita harus diubah hari demi

39

hari supaya semakin serupa dengan Kristus. Proses ini dipanggil pengudusan. Contohnya, bayangkan sebuah botol kaca yang penuh dengan kawat duri. Pada waktu botol itu dipecahkan, apa yang terjadi adalah kawat duri ini masih dalam bentuk botol. Untuk meleraikan kawat duri ini mengambil waktu yang lama. Demikian juga pada waktu saudara menerima keselamatan kerana percaya kepada Yesus, kuasa Roh Kudus telah membebaskan pikiran kita dari belenggu. Namun pola-pola pikir kita masih dipengaruhi oleh dunia dan sifat lama kita. Proses seterusnya adalah mengenakan pikiran-pikiran baru yang sesuai kehendak Tuhan. Ini yang saya maksudkan sebagai gaya hidup pertobatan. Oleh sebab itulah, Yohanes berkata Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan. (1 Yohanes 1:9) B. TAKUT AKAN TUHAN dan MENJAUHI KEJAHATAN Bukan sahaja kita bertobat dengan mengenakan pikiranpikiran Kristus, akan tetapi kita juga harus menyucikan diri dengan menjaga diri dari melakukan apa yang jahat. Paulus menuliskan bahawa kita harus menyucikan diri dari pencemaran jasmani dan rohani agar kita mencapai kekudusan. (2 Korintus 7:1). Saudara-saudaraku yang kekasih, karena kita sekarang memiliki janji-janji itu,40

marilah kita menyucikan diri kita dari semua pencemaran jasmani dan rohani, dan dengan demikian menyempurnakan kekudusan kita dalam takut akan Allah. Bagaimana kita melakukan hal ini, iaitu dalam takut akan Tuhan. Mengapa saya katakan demikian, kerana apabila ada takut akan Tuhan di dalam hati kita, kita akan bertindak hati-hati sesuai dengan apa yang Tuhan katakan kepada kita. Mari kita baca Ulangan 5:29. Kiranya hati mereka selalu begitu, yakni takut akan Daku dan berpegang pada segala perintah-Ku, supaya baik keadaan mereka dan anak-anak mereka untuk selama-lamanya! Ketika umat Tuhan memiliki Takut akan Tuhan maka mereka akan bertindak hati-hati dan berpegang sepenuhnya kepada apa yang Tuhan katakan. Tuhan berkata orang yang seperti ini akan baik keadaannya sampai selama-lamanya. Saudara, seorang excellent Worshipper adalah seorang yang menjaga hidupnya dalam kekudusan. Orang yang tidak kudus tidak mungkin dapat masuk ke dalam hadirat Tuhan. Ketika kita lahir kembali, kita haruslah memberikan diri kita untuk diubah oleh kebenarankebenaran Tuhan sambil menjaga hidup kita agar tetap berpegang kepada Firman Tuhan dalam takut akan Dia.41

4. PEMUJI Yang keempat adalah penyembah sejati adalah full time pemuji Tuhan tidak kira apapun situasinya. Mari kita buka Ibrani 13:15: Sebab itu marilah kita, oleh Dia, senantiasa mempersembahkan korban syukur kepada Allah, yaitu ucapan bibir yang memuliakan nama-Nya. Oleh kerana Yesus Kristus telah menyelamatkan kita oleh pengorbananNya, maka kita hendaklah senantiasa memuji Tuhan. Perhatikan kata senantiasa. Senantiasa berarti sepanjang masa. Atau full time. Artinya kita bukan hanya memuji Tuhan sekali seminggu, atau dalam keadaan baik sahaja tetapi kita memujiNya 24/7 dalam apapun keadaan. Penyembah sejati adalah pemuji Tuhan secara full time. Paulus dan Silas adalah contoh yang sangat baik sebagai full time pemuji Tuhan. Pada waktu mereka ditangkap, disiksa dan dipenjarakan mereka tidak pernah bersungutsungut, tapi mereka malah menyanyikan nyanyian syukur dan pujian. Ingat Pujian kita tidak hanya sekadar lagu-lagu yang dinyanyikan. Pujian kita harus ditunjukkan dari perbuatan yang nyata. A. SUKACITA YANG MELIMPAH-LIMPAH42

Pertama pujian kita lahir dari sukacita yang melimpahlimpah iaitu pertama memberikan ucapan syukur dan kedua memberikan korban pujian. Mazmur 50:23 Siapa yang mempersembahkan syukur sebagai korban, ia memuliakan Aku; siapa yang jujur jalannya, keselamatan yang dari Allah akan Kuperlihatkan kepadanya. Firman Tuhan berkata jikalau kita mempersembahkan korban syukur kita sebenarnya telah memuliakan Tuhan. Kedua, sebagai pemuji, kita harus senantiasa mempersembahkan korban pujian yang melimpah-limpah kepada Tuhan. Ada satu cerita bagaimana Raja Daud membawa tabut Perjanjian dari rumah Obed-Edom ke kota Daud. Dikatakan Daud menari-nari dan mereka mempersembahkan seekor lembu dan seekor anak lembu gemukan setiap 6 langkah. Bayangkan betapa banyaknya lembu yang telah dikorbankan. Ini menunjukkan bahawa betapa besar ucapan syukur dan pujian mereka kepada Tuhan. (2 Sam 6:12-15) Yang penting adalah korban syukur dan korban pujian haruslah ditandai dengan sukacita yang melimpah-limpah. Orang-orang Israel pada waktu itu dikatakan mengangkut tabut perjanjian itu dengan diiringi sorakan, nyanyian dan

43

permainan musik yang gilang-gemilang. (1 Tawarikh 15:28) B. MEMBERI YANG TERBAIK Tindakan yang lain oleh seorang pemuji full time adalah pemberian yang terbaik. Kita bukan hanya memberi dengan penuh sukacita tetapi harus ada sikap untuk memberi yang terbaik. Ada beberapa hal yang Alkitab perintahkan kepada kita untuk diberikan kepada Tuhan. Dan, Tuhan mahu kita memberikannya dengan sungguhsungguh. Berikut adalah hal-hal tersebut: Persepuluhan & Persembahan (Maleakhi 3:10-11) Tuhan memerintahkan kita untuk memberikan persepuluhan dan persembahan. Persepuluhan adalah milik Tuhan. Kita harus mengembalikan bagian Tuhan. Pekerjaan /pelayanan (Kolose 3:22-23) Perhatikan apa yang dikatakan dalam Kolose 3:23; Apapun juga yang kamu perbuat, perbuatlah dengan segenap hatimu seperti untuk Tuhan dan bukan untuk manusia. Maksudnya kita harus memberi yang terbaik dalam apapun yang kita perbuat. Pada waktu kita melayani atau bekerja dengan sungguhsungguh, tujuan kita bukan kerana upah tetapi kerana memuliakan Tuhan.

44

Gaya Hidup (Mat 5:16) Nah sebagai pemuji yang memuliakan Tuhan, bukan sahaja kita harus memberi dengan sukacita yang melimpah-limpah dan memberi yang terbaik akan tetapi tindakan memuji Tuhan ini adalah gaya hidup kita. Yesus berkata; Demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di sorga." Seorang penyembah sejati adalah seorang yang memuji Tuhan dalam hidupnya. Pada waktu ia melakukan semua itu, maka nama Tuhan akan dimuliakan dan jiwa-jiwa akan ditarik kepada Bapa sorgawi. APLIKASI Oleh itu jadilah Excellent Worshipper. 1. Mengasihi Tuhan dengan sungguh-sungguh 2. Mengikuti Tuhan dengan setia 3. Hidup dalam kekudusan 4. Memberi yang terbaik

45