Download - Mengenali Langit Kita -Astronomi -BINTANG

Transcript

MENGENALI LANGIT KITA- MATAHARI

INDAHNYA ALAM CIPTAAN TUHAN

“ Ia menciptakan langit dan Bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan Matahari dan Bulan beredar menurut perintahnya,-tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa mengampuni.”

Surah Az-Zumar – Ayat 5

Firman Allah S.W.T :Dialah yang menjadikan Matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan Bulan bercahaya. (Surah Yunus: 5)

CIRI-CIRI MATAHARI

UKURAN

Saiz (Diameter) 1.4 juta km

Jisim 1.989 x 1030 kg

Ketumpatan 1.41 g cm-3

Suhu Permukaan 6000ᵒC

Suhu Teras Matahari 15 juta ᵒC

INFO MATAHARI

Matahari dipercayai sudah berusia 4.7 billion tahun.Matahari sangat penting untuk kehidupan manusia, flora dan juga

fauna.Kedudukan Bumi yang paling dekat dengan Matahari

(Perihelion) = 147 100 000 km Kedudukan Bumi yang paling jauh dengan Matahari

(Aphelion) = 152 600 000 km

INFO MATAHARIMatahari adalah bintang yang terdekat dengan Bumi dengan jarak

purata 150,000,00 kilometer Matahari adalah pusat Sistem Suria dan semua planet di dalam

Sistem Suria mengelilingi MatahariMatahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G

FAKTA MATAHARI

Kandungan

Gas Hidrogen dan Helium

Graviti 28 x lebih kuat daripada graviti Bumi

TOMPOK MATAHARI (SUN SPOT)Tompok Matahari adalah tompok

gelap pada permukaan fotosfera Matahari.

Tompok Matahari biasanya wujud secara berkumpulan dan mempunyai saiz yang berlainan.

Kawasan ini adalah bersuhu lebih rendah (4,000 C ) daripada suhu di ͦpersekitaran (6,000 C ). ͦ

Tompok Matahari boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa bulan.

Bilangan tompok Matahari mencapai kemuncak pada setiap 11 tahun.

TOMPOK MATAHARI / SUNSPOT

PROMINEN

PROMINENProminen adalah cetusan gas

panas sebahagian yang keluar dari kromosfera Matahari dengan kilauaun cahaya yang terang

Prominen dapat dilihat pada sisi Matahari semasa gerhana Matahari.

Gas panas ini memecut sejauh 300 hingga 400 ribu kilometer dan terlepas ke angkasa

Kemudian gas panas ini ditarik balik ke kromosfera oleh tarikan graviti Matahari

Prominen memancarkan zarah-zarah bercas dan sinaran ultraungu ke angkasa lepas

NYALAAN SURIA (SOLAR FLARES)NYALAAN SURIAFenomena dipermukaan Matahari yang berlaku secara tiba-tiba. Satu nyalaan

suria yang besar boleh membebaskan sejumlah besar tenaga yang digunakan oleh manusia untuk tempoh 100,000 tahun.

Fenomena ini berlaku untuk tempoh dari beberapa minit hingga bebrapa jam. Fenomena ini berlaku berhampiran tompok Matahari terutamanya ketika

Matahari aktif.

SEKIAN TERIMA KASIH