LORONG MIDAQ BAB 31
Kehidupan Baru Hamida
PERISTIWA PENTING Hamida menghabiskan masanya selama satu jam untuk berpakaian dan menggunakan
mekap untuk memikat hati dan dan perhatian anggota tentera Inggeris.
Hamida telah memilih jalan hidupnya atas kemahuan dia sendiri dan kalah dengan pujuk rayu Ibrahim Faraj yang memberikan komen kepada Hamida sebagai 'pelacur secara naluri' .
Hamida berjaya menguasai seluruh dasar mekap, pakaian, tarian Timur dan Barat dan dia mempelajari dasar-dasar mengenai hubungan seks dalam bahasa Inggeris.
Ibrahim Faraj tidak lagi menunjukkan sifat yang romantis sebaliknya Ibrahim hanya membincangkan tentang kerja dan keuntungan sahaja dan layannya kepada Hamida berubah.
Ibrahim akan mengelak daripada menjawab pertanyaan Hamida tentang maslah cinta mereka dan memujuk Hamida dengan puji-pujian.
Ibrahim hanya menyatakan perasaan cintanya kepada Hamida apabila dia tidak mahu mengambil risiko untuk kehilangan keuntungannya pada hari itu.
Hamida mengajak Ibrahim untuk berkahwin dengannya tetapi jawapan yang diberikan oleh Ibrahim menaikkan kemarahan Hamida dan Hamida telah menampar muka Ibrahim dan Ibrahim hanya mengundurkan diri tanpa mempertahankan dirinya.
• Hamida meninggalkan bilik itu seperti dia tidak akan kembali lagi ke dalam bilik itu.
• Dia menaiki sebuah kereta kuda dan meuju ke Medan Opera dan kemudian berpatah balik melalui Jalan Fuad 1.
• Di dalam perjalanan itu , Hamida ternampak seorang wanita dan lelaki dan terfikir adakah mereka akan mengenali Hamida yang kini mempunyai nama samaran Titi.
• Semasa Hamida sedang menikmati perjalanan ke kedai minuman temoat Hamida bekerja , tiba-tiba Hamida terdengar suara Abbas memanggilnya.
PERSOALAN• Persoalan keruntuhan akhlak seorang wanita. Peristiwa: Hamida mengalah dengan pujuk rayu Ibrahim Faraj yang memberi komen
kepadanya bahawa dia adalah 'pelacur secara naluri' Teknik: Pemerian Kesan: Menimbulkan konflik dalaman dalam diri Hamida yang pada mulanya bingung
samaada mahu menerima tawaran Ibrahim ataupun tidak. • Persoalan lelaki yang suka mengambil kesempatan. Peristiwa: Ibrahim Faraj mengambil kesempatan ke atas Hamida untuk menjadi pelacur
dengan membuatkan Hamida untuk jatuh cinta kepadanya untuk mendapatkan keuntungan untuk perniagaannya.
Teknik: Pemerian & dialog Kesan: Memperkukuhkan watak Ibrahim Faraj yang merupakan seorang yang licik • Persoalan seorang wanita yang materialistik Peristiwa: Hamida memakai mekap, perhiasan dan pakaian yang mempunyai harga
yang mahal. Teknik: Pemerian Kesan: Memperkukuhkan perwatakan Hamida yang merupakan seorang wanita yang
materialistik
PLOT EKSPOSISI Hamida sedang bersiap dihadapan cermin dengan memakai make-up dan
pakaian yang cantik sambil mengingati perilaku Ibrahim Faraj yang dahulunya seorang yang romantis. Dia juga sedih kerana Ibrahim tidak mahu mengahwininya.
Teknik : Pemerian Kesan : Membuatkan pembaca terkejut kerana mengetahui Ibrahim Faraj
yang sebelum ini sangat romantis terhadap Hamida akhirnya tidak mahu mengahwininya
PERKEMBANGAN Ibrahim masuk ke dalam bilik. Dia meminta Hamida untuk cepat bersiap
dengan ayat yang kasar sehingga Hamida berasa berang. Hamida berkata dia lah perempuan yang banyak membawa keuntungan berbanding perempuan lain dan Ibrahim tidak sepatutnya berkata kasar kepadanya.
Teknik : Dialog Kesan : Mencetuskan konflik luaran antara Hamida dan Ibrahim Faraj
KLIMAKS Konflik luaran antara Hamida dan Ibrahim Faraj Hamida bergaduh dengan Ibrahim kerana tidak dapat menahan
kesabarannya apabila Ibrahim menyindirnya tentang perkahwinan lalu terus menyerang Ibrahim.
Teknik : Pemerian- Hamida mencekik dan menampar muka Ibrahim Faraj sekuat hati- Ibrahim sedar hubungan mereka akan kembali rapat apabila Hamida
mencetuskan pergaduhan- Ibrahim tidak mahu memberi respon terhadap Hamida lalu
meninggalkannya begitu sahaja Kesan : Mencetuskan konflik dalaman dalam diri Hamida kerana
Hamida secara tiba-tiba dipengaruhi oleh satu keinginan untuk membunuh lelaki itu. Hamida berdendam terhadap Ibrahim
PERLERAIAN Hamida berazam ingin membunuh Ibrahim Faraj. Dia tahu dia bukan
seorang perempuan yang boleh ditewaskan dengan cinta. Kemudian dia keluar dari rumah itu dengan menaiki kereta kudanya.
Teknik : Monolog Kesan : Membuatkan pembaca tertanya-tanya apakah yang akan
dilakukan oleh Hamida setelah dia keluar dari rumah itu, sama ada dia akan mencari Ibrahim Faraj atau membiarkannya sahaja
PENYELESAIAN Apabila tiba di kedai minuman tempat Hamida bekerja, dia melihat Abbas
memanggil namanya. Dia berasa ketakutan. Teknik : Pemerian Kesan : Membuatkan pembaca terkejut dan tertanya-tanya bagaimana
Abbas boleh berada di situ dan dapat berjumpa dengan Hamida. Pembaca juga menjadi lebih tertarik kerana ingin mengetahui apa yang akan berlaku apabila Abbas dan Hamida bertemu setelah sekian lama terpisah.
WATAK & PERWATAKAN HAMIDA MEMPUNYAI BAKAT SEMULA JADI SEBAGAI PELACUR Dalam masa yang singkat, dia dapat menguasai seluruh dasar mekap
dan berpakaian, tarian-tarian timur dan barat, dan menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari dasar-dasar seks sehingga berjaya dan menjadi popular dalam kalangan tentera.
TEKNIK: Pemerian KESAN: Pembaca mempunyai gambaran yang jelas terhadap perwatakan
Hamida yang sukakan kemewahan dan tidak pernah menyesal memasuki kehidupan barunya itu.
TIDAK MAHU BERKAHWIN Dia menganggap perkahwinan hanya akan mengurungnya di dalam
rumah, meletihkan diri dan tugas-tugas seorang isteri bukanlah menjadi tujuannya dilahirkan di dunia ini
TEKNIK: Imbas kembali KESAN: Mewujudkan konflik dalaman terhadap Hamida kerana dia berasa
agak pelik dan aneh apabila Ibrahim mengambil keputusan untuk tidak mengahwininya
SEORANG YANG TIDAK BERPENDIRIAN TETAP Pada awalnya, Hamida berasa seronok dengan pekerjaannya sebagai
pelacur kerana dapat memiliki kemewahan, namun dia juga berasa geram kerana pekerjaannya itu telah meragut kebebasannya.
TEKNIK: Pemerian KESAN: mencetuskan konflik dalaman terhadap Hamida kerana dia berasa
gelisah dengan kehidupannya sekarang
IBRAHIM FARAJ SEORANG YANG LICIK Dia sangat bijak berlakon sebagai seorang lelaki yang romantis
sehingga gadis melutut dan memastikan keteguhan pengaruhnya itu menjadikan gadis itu bergantung padanya. Kemudian, dia akan mula menunjukkan dirinya seorang pedagang seks.
TEKNIK: Imbas kembali (Hamida), pemerian KESAN: mengukuhkan persoalan keruntuhan moral dalam kalangan
masyarakat SEORANG YANG MEMENTINGKAN PEKERJAAN Dia menegur Hamida dengan berkata bahawa tidak perlu untuknya
mengucapkan “saya cintakan kau” setiap kali bertemu kerana mereka sepatutnya menyerahkan hidup pada pekerjaan dan bukan kepada percintaan (kata-kata bodoh)
TEKNIK: dialog KESAN: mengukuhkan persoalan kesungguhan dalam pekerjaan
SEORANG YANG BIJAK MENGAWAL PERASAAN MARAH Apabila Hamida menyerang, dia menghadapi Hamida dengan penuh
ketenangan dan memberikan senyuman sinis. Dia mengundurkan diri tanpa mempertahankan diri lalu mengajak Hamida ke tempat kerja
TEKNIK: Pemerian KESAN: membuatkan pembaca terkejut dengan tindakannya yang tenang
mengendalikan Hamida mencetuskan konflik dalaman terhadap Hamida
TEKNIK PLOT IMBAS KEMBALI
Hamida teringat perasaan sedihnya ketika pertama kali Ibrahim memberitahu bahawa dia tidak mahu mengahwininya
Kesan : membuatkan pembaca berasa terkejut dengan perubahan sikap Ibrahim seorang yang romantis berubah dalam sekelip mata
DIALOGIbrahim berkata kepada Hamida bahawa cinta itu adalah kata-kata bodoh, lalu Hamida marah lalu berkata Ibrahim tidak patut bercakap kasar dengannya kerana dia lah yang banyak mendapatkan wang.
Kesan : menimbulkan konflik luaran antara Hamida dan Ibrahim PEMERIAN
Pengarang mnceritakan reaksi Hamida dan Ibrahim apabila berlaku konflik luaran antara mereka
Kesan : mencetuskan konflik dalaman dalam diri Hamida
Unsur Plot
• Konflik• Konflik antara Hamida dengan Ibrahim Faraj apabila Ibrahim Faraj enggan
mengahwininya menyebabkan Hamida bertindak mencekik Ibrahim Faraj• Kejutan
• Pembaca terkejut apabila Abbas muncul di akhir bab memanggil Hamida
• Ketegangan• Pembaca berasa ragu-ragu tentang apa yang akan
terjadi antara Abbas dan Hamida selepas Abbas memanggil nama Hamida kerana hubungan mereka yang menjadi tegang kerana sikap Hamida yang materialistik
Teknik Plot
Pemerian Pengarang menggambarkan kehidupan Hamida yang kini
dipenuhi dengan kemewahan tanpa sebarang penyesalan. Kesan: Memperkukuh perwatakan Hamida sebagai
seorang yang materialistikMengetengahkan masyarakat yang tiada perasaan sesal
Monolog Pengarang menggambarkan perasaan cinta Hamida
terhadap Ibrahim Faraj dan perasaanya terhadap sikap lelaki itu yang pada awalnya bersifat romantis tetapi selepas itu tidak lagisama seperti itu
Kesan: Menimbulkan konflik antara Hamida dan Ibrahim Faraj
Dialog Dialog antara Hamida dan Ibrahim Faraj tentang
desakan Hamida agar mereka berkahwin Kesan: Menimbulkan konflik antara Hamida dan
Ibrahim Faraj
Latar
Latar Tempat Rumah Ibrahim Faraj Jalan Sharif
Latar Masyarakat Masyarakat yang keras hati
Peristiwa: Hamida tidak menyesal memilih jalan menjadi seorang pelacur kerana berjaya hidup dalam keadaan yang dilimpahi kemewahan seperti yang diimpikannya selama ini (m/s 395)
Teknik: Pemerian Kesan : Mengukuhkan perwatakan Hamida sebagai gadis yang materialistik
Masyarakat yang hipokrit Ibrahim Faraj seorang yang hipokrit kerana menggunakan
kata-kata romantis semata-mata untuk menjadikan Hamida sebagai seorang pelacur semata-mata untuk mendapat keuntungan (m/s 396 & 397)
Teknik: Pemerian Kesan: Memperkukuhkan persoalan tentang lelaki yang
mengambil kesempatan terhadap wanita
Masyarakat yang materialistik Hamida menghias dirinya dengan perhiasan yang mahal-mahal Teknik: Pemerian Kesan: Memperkukuh perwatakan Hamida sebagai seorang gadis yang materialistik
Masyarakat yang panas baran Hamida berasa amat marah dengan sikap acuh tak acuh Ibrahim Faraj apabila Hamida bertanyakan hal
perkahwinan kepadanya sehingga menyebabkan Hamida bertindak mencekik dan menampar lelaki itu Teknik: Pemerian Kesan: Menimbulkan konflik antara Hamida dan Ibrahim Faraj
Masyarakat yang licik Ibrahim Faraj menjawab soalan Hamida berkaitan perkahwinan dengan jawapan yang dianggap logik dan
berpandangan jauh bagi Hamida semata-mata kerana dia tidak mahu kehilangan Hamida yang merupakan sumber keuntungannya
Teknik: Pemerian Kesan: Menimbulkan konflik dalaman dalam diri Hamida
Menimbulkan konflik antara Hamida dan Ibrahim FarajMemperkukuh perwatakan Ibrahim Faraj sebagai seorang yang licik
Thank You
Kingsoft OfficeMake Presentation much more fun
Top Related