Download - Konsep Sistem Pengangkutan Awam

Transcript

SMK SUNGAI LAYARGEOGRAFI KAJIAN KES LAPORAN KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR

NAMA: PUTERI ZULAIKA BINTI ZOLKAPALIKELAS: 203NAMA GURU: PUAN SHAMILAH BT. MASOOD

Konsep Sistem Pengangkutan AwamSistem pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai perkhidmatan rel dan bas, definisi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dan sebagainya.mana-mana sistem yang mengangkut orang awam

Jenis Sistem Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian (Kuala Lumpur)Pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Lembah Klang merangkumi pelbagai jenis pengangkutan seperti Bas Pengangkutan rel, termasuk transit aliran ringan (LRT) yang dikendaliRapid KL Aliran Kelana Jaya Aliran Ampang Aliran Sri Petaling KTM Komuter Aliran Sentul-Port Klang Aliran Rawang-Seremban KL Monorail Express Rail Link KLIA Express KLIA Transit Teksi Perkhidmatan antarabandar lain

Kepentingan Perkembangan Sistem Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian (Kuala Lumpur)a) Mengurangkan kesesakan lalu lintas Kebanyakkan penduduk Kuala Lumpur mempunyai kenderaan sendiri untuk urusan seharian. Dengan adanya sistem pengangkutan awam, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan

b) Mengangkut penumpang seharian Pergerakan penduduk lebih lancar dan mudah dengan adanya sistem pengangkutan awam

c) Peluang pekerjaan Sistem pengangkutan awam menawarkan pekerjaan kepada penduduk setempat dalam memberikan perkhidmatan

Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian Terhadap Alam Sekitara) Pencemaran udara Disebabkan terlalu banyak bas dan teksi di sekitar Kuala Lumpur, setiap kenderaan ini mengeluarkan asap kenderaan yang membahayakan alam sekitar. Udara di sekitar Kuala Lumpur menjadi tidak segar dan berbahaya.

b) Kesesakan lalu lintas Sistem pengangkutan awam yang tidak teratur dan terurus menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku. Hanya 16% daripada penduduk Kuala Lumpur mengunakan pengangkutan awam juga menyumbang kepada kesesakan lalu lintas

c) Kemalangan dan keselamatan penumpang Sikap pemandu bas dan teksi yang cuai menyebabkan kemalangan sentiasa berlaku di jalan raya di Kuala Lumpur

Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan di Kawasan Kajian Terhadap Alam Sekitar

a) Kuatkuasa undang-undang Mengutkuasakan undang undang bagi mengurangkan masalah pengangkutan awam yang berlaku. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sepatutnya mendenda pemandu teksi atau bas yang memandu secara berbahaya. Mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya"

b) Penggunaan petrol tanpa plumbum Pemandu pengangkutan awam digalakkan untuk mengunakan petroleum tanpa plumbum. Hal ini dapat mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara.

c) Mengunakan penapis asap (Catalytic Conveter) Pemandu bas atau teksi yang mengunakan minyak diesel digalakkan supaya mengunakan penapis asap atau lebih dikenali sebagai Catalytic converter. Dengan penggunaanya, kita dapat mengurangkan pengeluaran asap merbahaya.