PERTANDINGAN
BICARA BERIRAMASEKOLAH RENDAH DAN MENENGAHEDISI 2013
KERTAS KONSEP BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAHKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAEDISI 2013
1.0 PENDAHULUANBicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor.
Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.
2.0PENGENALANBicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Sub Unit Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat menggalakkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam kalangan murid-murid sekolah menengah khasnya.
3.0SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN3.1 Sasaran Pertandingan ini terbuka untuk murid menengah rendah (Tingkatan Peralihan, 1,2 dan 3) saja. Setiap kumpulan/pasukan mestilah dari sekolah yang sama. Digalakkan penyertaan berbilang kaum.
3.2 Masa Persembahan hanya dihadkan selama DUA BELAS(12) hingga LIMA BELAS(15) minit. 3.3 PasukanSetiap pasukan mestilah berjumlah TIGA PULUH(30) orang (termasuk SEORANG(1) konduktor). Setiap pasukan mestilah diiringi oleh TIGA(3) orang guru pengiring.
3.4 Teks/Skrip3.4.1. Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa yang dikarang/reka sendiri dan autentik. 3.4.2. Skrip yang dikarang/reka mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang. 3.4.3. Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur dalam lima salinan selewat-lewatnya seminggu sebelum pertandingan.3.4.4. Markah kreativiti dinilai berdasarkan persembahan fizikal buku skrip dan isi kandungannya.3.4.5. Skrip yang dikarang/reka hendaklah mempunyai sinopsis, kerangka cerita, segmen dan nombor mengikut ujaran.3.4.6. Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk nota/teks/bahan bercetak dan bertulis semasa membuat persembahan.
3.5 Pakaian Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah (pakaian pengawas/pengawas pusat sumber/uniform asrama dibenarkan). Hanya konduktor dibenarkan memakai sarung tangan putih.
3.6 AlatanPenggunaan mikrofon adalah dibenarkan. Mikrofon tersebut hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada peserta.
3.7 SokonganSebarang alatan/sokongan seperti lakonan, berdrama, prop, bahan latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak dibenarkan. Nyanyian hanya dibenarkan tidak melebihi 3 minit sepanjang persembahan. Rakaman muzik minus one sahaja dibenarkan pada segmen permulaan dan penutup persembahan tetapi tiada sebarang markah diberi.
3.8 PentasSusunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan masing-masing. Susunan yang dbenarkan tidak melebihi tiga baris. Pergerakan setempat sahaja dibenarkan.
4.0 LARANGAN
Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan budaya masyarakat Malaysia secara langsung.
5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN5.1 Persembahan Ujaran (30 markah)Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai
5.2 Keseragaman persembahan (15 markah) Formasi/gerakan badan berbentuk objek seperti bulatan, segi empat dan sebagainya serta pergerakan setempat.
5.3 Kreativiti (10 markah)Kesesuaian kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang bermakna serta rakaman muzik minus one yang sesuai.
5.4 Kesan bunyi (5 markah)Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain lagi.
5.5 Penghayatan (10 markah)Ekspresi mimik muka (tanpa bantuan alat solek) dan bahasa tubuh.
5.6 Tempo dan ritma (10 markah)Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara segmen, Ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA RAMAI 5.7 Konduktor (20 markah)Keselarasan gerak tangan, mimik muka, bahasa badan yang bersopan, tempo dan kepimpinan.
5.8 Penalti (tolak 10 markah)Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi had masa atau kurang LIMA(5) minit dan persembahan yang keterlaluan.
5.9 Skrip
5.9.1 Tema/Mesej (10 markah)Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai kehendak audiens.
5.9.2 Bahasa (40 markah)Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan. Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai. Penggunaan bahasa bombastik dan dialek tidak digalakkan
5.9.3 Cerita (30 markah)Ada kesinambungan cerita. Jalan cerita jelas dan menampakkan keaslian (originality). Arahan dalam skrip dinyatakan dengan jelas dan difahami
5.9.4 Watak (10 markah)Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI. Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran.
5.9.5 Kreativiti (5 markah)Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita,menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak dan sesuai dengan tema.
5.9.6 Markah Bonus (5 markah) Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihat kesungguhan pasukan. Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip.
6.0KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD
7.0HAL-HAL LAIN Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.
9.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013
25KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
150BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAANBORANG MARKAH PERSEMBAHANPasukanNomborUjaran(30 markah)Keseragaman Persembahan (15 markah)Kreativiti(10 markah)Tempo dan Ritma(10 markah)Penghayatan (10 markah)Kesan bunyi (5 markah)Penalti(-10 markah)Jumlah MarkahMasa Persembahan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
Nama Hakim ___________________________________ Tandatangan _______________ Tarikh :_______________ BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAANBORANG MARKAH SKRIPPasukanNomborTema/Mesej (10 markah)Bahasa (40 markah)Cerita(30 markah)Watak(10 markah)Kreativiti (5 markah)Markah Bonus (5 markah)Jumlah Markah
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013
Nama Hakim ___________________________________ Tandatangan __________________ Tarikh :___________
180KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
180
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAANCATATAN MASA
PASUKAN
MASA DIAMBIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
NAMA PENJAGA MASA : ___________________TARIKH : _____________
TANDATANGAN :________________________
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAHRUMUSAN KEPUTUSAN
KEDUDUKANMASAHAKIM 1HAKIM 2HAKIM 3HAKIM 4HAKIM 5KEDUDUKAN TEMPAT
1
2
3
4
5
NAMA KETUA HAKIM: _______________________ TANDATANGAN:__________
NAMA DAN TANDATANGAN HAKIM
HAKIM 1 : __________________________ TANDATANGAN : _________
HAKIM 2 : __________________________ TANDATANGAN : _________
HAKIM 3 : __________________________ TANDATANGAN : _________
HAKIM 4 : __________________________ TANDATANGAN : _________
TARIKH : ________________
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAHKONDUKTOR TERBAIK
Panduan Pemarkahan
Markah PenuhSangat LemahLemahSederhanaBaikCemerlang
201- 45- 89- 1213 - 1617 - 20
BORANG MARKAH
Nombor PasukanKeselarasan Gerak Tangan (5 markah)Mimik Muka(5 markah)Kawalan Tempo(5 markah)Kepimpinan(5 markah)Jumlah
Nama Hakim : _______________________
Tandatangan : ____________
BILSUKATAN PEMBELAJARAN
3.1Konsep Tema cerita Isu semasa, persekitaran, kemasyarakatan, sains, dll
Unsur bahasa / seni yang digabungkan Berdialog, menyusun kata/frasa, bertutur dengan betul, menyampaikan mesej dan menghafal skrip Seni bercerita, seni muzik, seni suara, seni peniruan suara, seni lakon, seni dramatisasi (dramatik), seni pergerakan kreatif
3.2Cerita/Skrip Kerangka cerita / jalan cerita /masa Mengingati cerita/jalan cerita
Kesinambungan / pertautan idea Jalinan antara idea mengikut segmen
Ketepatan dialog / bermakna Berdasarkan tema, suara solo dan suara beramai-ramai
Bahasa (ringkas, padat, bermesej)
Tema yang jelas
3.3Melodi Kesesuaian Pelbagai jenis nada dalam penceritaan dan penyampaian
Suara / suara latar Kawalan suara, lontaran suara, kejelasan sebutan, suara dalam atau suara luaran
Sebutan / nada / intonasi (BERIRAMA)
Korus = sekumpulan peserta yang menyanyi bersama-sama dalam sesuatu persembahan ditekankan keseragaman persembahan
ad lib (sahut-menyahut) suara solo (soloist) nada suara yang lantang
Kepelbagaian irama Tempo muzik berentak perlahan atau cepat Kata dan frasa yang puitis
Tempo / jeda Berdasarkan ujaran kata atau dialog serta ekspresi emosi
3.4Teknik Penyampaian Susunan cerita Berplot (pengenalan, perkembangan, klimaks dan kesudahan cerita)
Kesatuan dan harmoni Keseragaman korus, melodi dan irama
Keseragaman keseluruhan Suara ramai, suara solo dan konduktor
Kreativiti Bahasa badan dan bergantung pada arahan konduktor
Ekspresi Mimik muka terhad kepada ujaran kata atau frasa Sorotan mata dan lirikan mata Suara tinggi, rendah dan lantang Bunyi selingan muzik atau kesan bunyi Penghayatan watak
Unsur kecindanan (kata-kata atau perlakuan yang berunsur jenaka yang tidak keterlaluan) Rujuk situasi dalam cerita, dialek, peniruan bunyi atau suara watak tertentu
3.5Gerak Kreatif Kesesuaian gerak Disiplin bahasa badan (dari paras pinggang ke kepala)
Gerak yang bermakna (fungsi) Memberi kesan kepada mesej menggunakan kata dan frasa
Keseragaman gerak Arahan daripada konduktor menggunakan isyarat tangan dan mimik muka
Bentuk-bentuk gerak (formasi) Gerakan statik, gerakan memukau, gerakan bermakna serta kreatif
Kesinambungan dan keselarasan Menyesuaikan lirik
3.6Teknikal Peserta Suara solo dan suara beramai-ramai
Muzik Muzik latar
Kesan bunyi Terhad dan disesuaikan mengikut situasi yang diwujudkan
Alat / props CD, DVD, buku rujukan, rakaman video, dll
Pencahayaan Lampu sorot dan lampu limpah jika diadakan di dalam dewan
Konduktor Memahami kerangka cerita Mencipta gerak tangan dan mimik muka mengikut situasi serta segmen Mengawal tempo, ad lib, melodi dan ujaran frasa Berdiri tegak di hadapan kumpulan
KERANGKA CERITA/ISI SKRIP BICARA BERIRAMA
Memilih bahan berdasarkan tema persembahan Bicara Berirama Pastikan tema untuk bahan sesuai berdasarkan khalayak Contoh isu dasar-dasar negara; alam sekitar, cerita binatang; dll
Menyaring isi melalui pemetaan cerita Melakar plot cerita berdasarkan pengenalan, perkembangan (isi) cerita, klimaks dan kesudahan (isi) cerita Menentukan plot cerita berdasarkan sub isi (SB) Menulis ujaran kata, frasa dan ayat berserta watak Penentuan watak individu (solo) dan suara ramai
Menentukan isi berdasarkan segmen Menetapkan tempoh masa penyampaian isi Menentukan aksi, pergerakan badan (gesture), mimik muka Memasukkan kesan visual, elemen nyanyian berirama dan selingan muzik
Mengedit isi Menentukan istilah, kata seru Pemilihan ayat mudah, ringkas dan bermakna Pemilihan frasa dan ungkapan yang menarik Memetik ujaran tertentu yang biasa didengar oleh khalayak
Menghafal skrip Menghafal berdasarkan segmen skrip, nombor ujaran/arahan cerita/pergerakan tubuh
CONTOH PEMETAAN CERITA MENGGUNAKAN TEKNIK PETA MINDATEMA : PERPADUAN RAKYAT MALYSIA
Langkah 1 : Memastikan bahan dan isi yang sesuai daripada tema
342
51S2: Memperkasa aktiviti muhibbah antara kaum
S3: Menjadikan Jalur Gem ilang sebagai lambang penyatuan rakyat MalaysiaS6: Menjunjung konsep gagasan 1Malaysia S4: Mengamalkan nilai toleransi dan semangat setiakawanS7: Berpegang pada paksi Perlembagaan dan prinsip Rukun NegaraS5:Mendaulatkan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa MelayuPERPADUAN RAKYAT MALAYSIA S1
12Langkah 2 : Menentukan plot cerita berdasarkan sub isi (SB)
34Pengenalan : S1 (Sub Isi 1-4)) Salam pembukaan Latar belakang negara Malaysia Teras/Dasar Perpaduan Negara Slogan/Ungkapan perpaduan
321Perkembangan Cerita : S2 (Sub Isi 1-5) Memperkasa aktiviti muhibah antara kaum
54 Tujuan aktiviti muhibahAktiviti rukun tetangga Aktiviti rumah terbuka perayaan kaum Aktiviti sukan /sukaneka Aktiviti gotong-royong
Langkah 3 : Menulis ujaran kata, frasa dan ayat beserta watak SEGMEN 1SB1.(Memberi hormat dalam bentuk pergerakan kreatif)
SB1(SUARA RAMAI) Salam 1Malaysia
SB1(SOLO)Dengar sini semua! (simbol telapak tangan di belakang cuping telinga )
SB2(SOLO) Cerita rakyat sebuah negara bernama Malaysia
SB2(SOLO) Rakyat berbilang kaum
SB2(SUARA RAMAI) Hidup harmoni ,sengketa dimusyawarah, musuh disanggah
SB2(SOLO) Melayu
SB2(SOLO) Cina
SB2(SOLO) India
SB2(SOLO) Lain-lain bangsa.
SB3(SUARA RAMAI) Toleransi, muafakat, kerjasama, faham-memahami
SB3(SOLO) Apa resipinya?
SB4(SUARA RAMAI) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
SEGMEN 2SB1(SUARA RAMAI) Nyanyian lagu patriotik Muhibah/ Muzik latar lagu patriotik Muhibah
SB1(SUARA RAMAI) Seterusnya ,memperkasa aktiviti muhibah
SB2(SOLO) Untuk apa?
SB1(SUARA RAMAI) Masyarakat berpadu, negara maju.
SB1(SUARA RAMAI) Negara yang maju, aman sentosa, kemesraan rakyat terjaga. Itulah Muhibah namanya!
SB1(SOLO) Ha, saya tahu! Muhibah... MuhibahMuhibah Itulah amalan kita semua (memelodikan lirik lagu Muhibah)
SB2(SOLO) Bagaimana caranya?
SB2(SUARA RAMAI)Keamanan tempat tinggal diawasi bersama, dengan cara amalan Rukun Tetangga
SB2(SOLO) Slogannya Muafakat Membawa Berkat
SB3(SUARA RAMAI)Apabila musim perayaan agama, jemputlah berkunjung ke rumah terbuka tetangga
SB3(SUARA RAMAI)Ukhuwah dipanjangkan, silaturahim dirapatkan
SB4(SOLO)Ada lagi!...
SB4(SUARA RAMAI) Untuk menjaga kesihatan tubuh, anjurkan aktiviti sukan
SB5(SOLO) Ha,Bukan itu sahaja! Sukaneka memeriahkan suasana, mengeratkan persaudaraan
SB5(SUARA RAMAI) Detik ini, hubungan antara kaum kita julang
SB5(SUARA RAMAI) Bagai aur dengan tebing, kita teruskan tradisi bergotong royong
SB5(SOLO) Susah payah nenek moyang kita, mencipta rumah muafakat
SB5(SUARA RAMAI) Hasilnya Lihatlah apa yang terbentang, kita warisi
SB5(SOLO) Malaysiaku Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
SKRIP BICARA BERIRAMA Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia)SEGMEN 11.(Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki dan badan.
2.(SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring
3.(SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa
4.(SRP) Ha, tengok ni!
5.(SRP) I Phone.
6.(SRL) I I apa?
7.(SRP) I Phone lah pakcik
8.(SRL) I Phone tu... mata telefon ke?
9.(SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan lagu ikut tempo)
10.(SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising sekali (irama minus one tanpa muzik)
11.(SRP) Hebatkan!
12.(SRL) Nak tengok ,boleh?
13.(SRP) Boleh.
14.(SRL) Nak pinjam?
15.(SRP) Tak boleh!
16.(SOLO) Emm, itulah bahasa!
17.(SRP) Bila dengar , banyak makna!
18.(SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata
(SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya!
SEGMEN 219.(SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
(SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia.
20.(SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini. Masa zaman nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca. .
21.(SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu)
22.(SR) Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung. Ramai pedagang menggunakanya.
23(SOLO)Hebat!
24(SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan. Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk negara, tak kira tua , muda, di desa atau di kota
24.(SRP) Gunakanlah bahasa kebangsaan kitaMarilah amalkan ramai-ramai Bahasalah menyatukan kita semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa (irama lagu Bahasa Jiwa Bangsa)
25.(SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua bercakap bahasa Melayu
26.(SRP) Tapi, pada masa tubahasa pasar diutamakan
27.(SOLO) Bahasa pasar tu apa?
28.(SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam
29.(SOLO P) Haiya apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa mengikut nada orang Melayu bercakap menggunakan nada orang Cina berbahasa Melayu )
30.(SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? .(lenggok laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap bahasa Melayu)
31.(SOLO L) Ayo..yoyo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau jalan sama apek tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik manis . Ikut saya naik api kereta. (lenggok laras bahasa mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu)
(SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar
32.(SRL) Sekarang Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia
33.(SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu berbahasa Melayu.
34.(SRL)Malangnya timbul pula bahasa cacamarba
35.(SR)Cuba dengar ni
36.(SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go Boringlah duduk sorang-sorang.
37.(SR) Inilah bahasa rojak macam buat sambal belacan.
38.(SR)Masuk lada, Masuk bawang masuk belacan Blennnd (bunyi mesin kisar).
39.(SRP) Lepas tu makan. Rasa Huhhuhhuh.
40.(SRP) Pedasnya
41.(SRL) HaSiapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir)
42.(SRP) TapiSambal belacan kan sedap, sudah makan pedas. Lepas tu Nak lagiNak lagiNak lagimacam tu juga bahasa rojak.
43.(SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini orang Malaysia.
44.(Lagu instrumental Joget Serampang Laut dalam jangka masa 25 saat)
SEGMEN 345.(SOLO)Nah ! Tu, dia, Bahasa Identiti Bangsa
46.(SR) Macam dulu-dulu Nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa
47.(SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor, kita ada ghazal
48.(SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria
49.(SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, Hidup rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan merana.
50.(SR) Kat tengah pula, ada orang Minang
(SRP) Luruihlah jalan payakumbuah, Babelok jalan kayu jati, Dima hati den indak karusoh, Ayam den lapeh ei, ei... Ayam den lapehPagaruyuang batusangka, Tampek bajalan urang baso. Duduok tamanuong tiok sabanta, Oi takanang juo oi oi, Ayam den lapeh
51.52.
53.
Kat timur pula, ada ore Kelate.Dengar ye. Demo lo ni tak supa mulo, tak beghani hambo nak tegor, demo kherling ujung mato, nyo maghi angin , sekat demo kayo(SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen Budi Bahasa Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi bahasa. Barulah terjamin kedaulatan bangsa. Macam lagu ni
54.(SR)Bangsa Malaysia berhemah tinggi, Ramah dan mesra elok pekerti, Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi, Bertimbang rasa hormat-menghormati , Budi bahasabudaya kitaa..aaa
SEGMEN 455.(SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita jerit ramai-ramai .
56.(SOLO L)Satu, dua, tiga .
57.(SR) Goooooool (gerakan pegang tangan beramai-ramai dan membuat gelombang)
58.(SOLO) Satu, dua, tiga .
59.(nyanyi ikut irama lagu) Ole..oleole Kita menang kitalah juara. (2x)
60.(SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan bahasa tanpa rasa curiga
61.(SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang kala
62.(SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; Suruh makan dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya pengucapan pantun)
63.(SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa, binasalah akar bangsa.
63.(SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu bahasa, Yang cantik itu budi.
64.Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia!
65.(SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas)
66.(Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan barisan. Muzik back up drum roll)
67.(SR) Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar)
68.(SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji
69.(SR) Mengekalkan tradisi bahasa, bangsa Malaysia ,
(SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga Terbilang
70.
Lagu 1Malaysia nyayian Faizal Tahirdalam jangka masa 1 minit 32 saat. (Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan berirama sambil menyanyikan lagu verse ke 2 )
71.(SOLO) 1Bahasa
72.(SOLO) 1Bangsa
73.(SOLO) 1Malaysia
74.(Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil menyanyi verse ke 4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah masuk )
Catatan Petunjuk : SOLO Suara Solo ( 9 orang) SR Suara Ramai SRL Suara Ramai Lelaki SRP Suara Ramai Perempuan
SKRIP BICARA BERIRAMA : PENDIDIKAN MENJANA TRANSFORMASI
SEGMEN 11.(Murid sedang santai dan berbuat bising di dalam kelas)
2.(SOLO) Kawan-kawan,saya hendak pinjam kerja rumah matematik, boleh ke tidak? Saya tidak datanglah semalam.
3.(SOLO)Eh, cikgu sudah sampai!!! Hisssh (simbol jari telunjuk di atas daun bibir mulut)
4.(SOLO) Selamat pagi, kelas.
5.(SR) Selamat pagi, cikgu.
6.(SOLO) Anda semua sudah bersedia?
7.(SOLO) Ya, cikgu
8.(SOLO) Baiklah. Hari ini kita akan belajar sejarah sejarah pendidikan negara.
9.(SOLO) Dari dahulu hingga merdeka, banyak dasar telah digubal. (Murid menunjukkan reaksi kurang bersemangat)
10.(SOLO) Salah satunya Dasar Pendidikan Negara.
11.(SOLO) Apa laporan yang terdapat di dalamnya?
12.(SOLO) Siapa tahu?
13.(SOLO) Cikgu, saya tahu jawapannya.
14.(SOLO) Apa dia, Yusri.
15.(SOLO) Laporan Barnes.
16.(SOLO) Cikgu, saya.
17.(SOLO) Laporan Fenn Wu.
18.(SOLO) Laporan Razak.
19.(SOLO) Ha, eer Laporan Rahman Talib
20.(SOLO) Ya, betul, kamu membaca sebelum diajar.
SEGMEN 221.(SR) Salam 1Malaysia
22.(SR) Dunia pendidikan negara mengalami pelbagai transformasi
23.(SR) Dari DPN ke PIPP dan sekarang NKRA
24.Apa itu NKRA?
25.(SR) Bidang Keberhasilan Utama Negara
26.(SRP) NKRA mempunyai 6 dasar
27.(SRL) Ya, segalanya bermula dengan teknologi.
28.(SOLO) Ilmu, maklumat ditransformasi, terhasillah e-pembelajaran (suara robot lelaki)
29.(SOLO) Apa faedahnya?
30.(SRP) Banyak
31.(SOLO) Satu
32.(SRL) Lahirnya rakyat berdaya maju
33.(SRP) Ooooh
34.(SOLO) Kedua
35.(SRL) Masyarakat berprestasi tinggi
36.(SRP) Uuuuu
37.(SOLO) Ketiga
38.(SRL) Wujudkan kecemerlangan negara bangsa
39.(SRP) Aaaaa
40.(SRP) Wah, bagusnya!
41.(SOLO) Tapi Bagaimana caranya?
42.(SR) Modal insan terbaik bermula daripada pendidikan awal
43.(SR) Belajar sambil bermain
44.(SR) Itulah PERMATA
45.(SOLO) Eh, awak emak kita kata, sahsiah diri, jati diri boleh memupuk apa tu
46.(SRL) Perpaduan rakyat kita
47. (SOLO) Mari kita rujuk buku
48.(SRP) Dulu a bunyinya [ a ]
49.(SRP) Cikgu, betul tak?
50.(SOLO) Ya, tepat sekali
51.(SRP) Sekarang a untuk angklung
52.(SRP) Jom kita main angklung
53.(SR) Klong, klang, klung,klung,klung
SEGMEN 354.(SRL) Seterusnya, memperkasakan sukan
55.(SRL) Satu Murid Satu Sukan
56.(SOLO) EkEleh
57.(SRL) Nak jadi atlit ke! (menyindir)
58.(SRP) Tak semestinya!
59.(SOLO) Siti, tukar baju sekarang!
60.(SOLO) Murid sekarang mesti bijak lagi cergas.
61.(SOLO) Jelas semua
62.(SRL) Huh,huh,huh,huuuh
63.(SOLO) Hah, itu akibatnya tidak cergas, kalau tidak bersukan!
64.(SR) Gol, gol, gol, gooooool
65.(SRL) Arumugam
66.(SRP) Tangkas
67.(SRL) Mokhtar Dahari
68.(SRP) Lincah
69.(SRL) Marina Chin
70.(SRP) Pantas
71.(SRP) Kalau boleh, kita mahu, ramai lagi macam mereka
SEGEMEN 472.(SR) Selamat Hari Guru
73.(SR) Guru Pembina Negara Bangsa
74.(SRL) Patuhi standard
75.(SRP) Iyaaa, Guruku mendidik tanpa jemu. Lagi-lagi kalau muridnya panjang akal seperti kami
76.(SRP) Hi,hi,hi,hi
SEGMEN 577.(SOLO) Ayuh, kita semua ke pautan pelayaran Internet
78.(SOLO) Tut, tut, tut Tut,tut Tutut,Tutut,tut..
79.(SR) Dunia di hujung jari kita
80.(SRL) Macam-macam ada
81.(SRP) Yahoo, hoo..
82.(SRL) Goggle
83.(SRP) MSN
84.(SRP) Twit,twit,Twitter
85.(SRL) SKMM
86.(SOLO) Streamyx pendidikan berjalur lebar berprestasi tinggi
87.(SOLO) http : www.moe.gov.my
88.(SR) Itulah Dasar Jalur Lebar Negara
SEGMEN 689.(SR) Semuanya cukup dan nampak mudah
90.(SR) Itu kelebihan anak kota
91.(SRL) Tapi, bagaimana dengan anak desa?
92.(SOLO) Penoreh getah?
93.(SOLO) Bagaimana keluarga miskin?
94.(SOLO) Nelayan pula macam mana?
95.(SRP) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
96.(SOLO) Tanggungjawab siapa?
97.(SOLO) Siapa pula yang mendukungnya?
98.(SOLO) MARA!
99.(SOLO) RISDA!
100.(SOLO) FELDA!
101.(SOLO) Dan YAYASAN PENDIDIKAN
102.(SRL) Sama menyokong, meningkatkan taraf pendidikan negara
103.(SRP) Barulah kita hidup sama rasa, sama kata
SEGMEN 7104.(SR) Hebat, bertenaga dan berkualiti
105.(SR) Kita mampu menjadikan pendidikan bertaraf dunia.
106.(SRP) Bak kata orang-orang tualah, kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
107.(SR) Mari kita bersama gemblengkan tenaga, jayakan NKRA.
108.(SR) Tiada yang mustahil, semua dirintis
109.(SR) Kerana kita
110.(SR) Satu Malaysia : Transformasi Pendidikan
Catatan Petunjuk : SOLO Suara Solo SR Suara Ramai SRP Suara Ramai Perempuan SRL Suara Ramai Lelaki
SKRIP BICARA BERIRAMA Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia)
SEGMEN 11.(Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki dan badan.
2.(SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring
3.(SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa
4.(SRP) Ha, tengok ni!
5.(SRP) I Phone.
6.(SRL) I I apa?
7.(SRP) I Phone lah pakcik
8.(SRL) I Phone tu... mata telefon ke?
9.(SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan lagu ikut tempo)
10.11.(SRP) Senyum, Tak perlu kata apa-apa (3x)(SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising sekali (irama minus one tanpa muzik)
12.(SRP) Hebatkan!
13.(SRL) Nak tengok ,boleh?
14.(SRP) Boleh.
15.(SRL) Nak pinjam?
16.(SRP) Tak boleh!
17.(SOLO) Emm, itulah bahasa!
18.(SRP) Bila dengar , banyak makna!
19.(SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata
(SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya!
SEGMEN 220.(SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
(SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia.
20.(SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini. Masa zaman nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca. .
21.(SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu)
22.(SR) Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung. Ramai pedagang menggunakanya.
23(SOLO)Hebat!
24(SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan. Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk negara, tak kira tua , muda, di desa atau di kota
25.(SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua bercakap bahasa Melayu
26.(SRP) Tapi, pada masa tubahasa pasar diutamakan
27.(SOLO) Bahasa pasar tu apa?
28.(SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam
29.(SOLO P) Haiya apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa mengikut nada orang Melayu bercakap menggunakan nada orang Cina berbahasa Melayu )
30.(SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? .(lenggok laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap bahasa Melayu)
31.(SOLO L) Ayo..yoyo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau jalan sama apek tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik manis . Ikut saya naik api kereta. (lenggok laras bahasa mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu)
(SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar
32.(SRL) Sekarang Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia
33.(SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu berbahasa Melayu.
34.(SRL)Malangnya timbul pula bahasa cacamarba
35.(SR)Cuba dengar ni
36.(SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go Boringlah duduk sorang-sorang.
37.(SR) Inilah bahasa rojak macam buat sambal belacan.
38.(SR)Masuk lada, Masuk bawang masuk belacan Blennnd (bunyi mesin kisar).
39.(SRP) Lepas tu makan. Rasa Huhhuhhuh.
40.(SRP) Pedasnya
41.(SRL) HaSiapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir)
42.(SRP) TapiSambal belacan kan sedap, sudah makan pedas. Lepas tu Nak lagiNak lagiNak lagimacam tu juga bahasa rojak.
43.(SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini orang Malaysia.
SEGMEN 344.(SOLO)Nah ! Tu, dia, Bahasa Identiti Bangsa
45.(SR) Macam dulu-dulu Nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa
46.(SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor, kita ada ghazal
47.(SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria
48.(SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, Hidup rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan merana.
49.(SR) Kat tengah pula, ada orang Minang
50.51.
52.(SRP) Kat timur pula, ada ore Kelate.(SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen Budi Bahasa Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi bahasa. Barulah terjamin kedaulatan bangsa.
SEGMEN 453.(SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita jerit ramai-ramai .
54.(SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan bahasa tanpa rasa curiga
55.(SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang kala
56.(SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; Suruh makan dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya pengucapan pantun)
57.(SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa, binasalah akar bangsa.
58.(SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu bahasa, Yang cantik itu budi.
59.
Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia!
60.(SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas)
61.(Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan barisan. Muzik back up drum roll)
62.(SR) Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar)
63.(SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji
64.(SR) Mengekalkan tradisi bahasa, bangsa Malaysia ,
(SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga Terbilang
65.
Lagu 1Malaysia nyanyian Faizal Tahir dalam jangka masa 1 minit 32 saat. (Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan berirama sambil menyanyikan lagu verse ke 2 )
66.(SOLO) 1Bahasa
67.(SOLO) 1Bangsa
68.(SOLO) 1Malaysia
69.(Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil menyanyi verse ke 4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah masuk )
Catatan Petunjuk : 1. SOLO Suara Solo ( 9 orang) 1. SR Suara Ramai1. SRL Suara Ramai Lelaki 1. SRP Suara Ramai Perempuan
Skrip disediakan oleh : Abd Razak b. Abd. Malek
SKRIP BAHASA BERIRAMA BALQISSEGMEN 11. Engkaulah ratu, di mahligai permata
2. Istana bagaikan syurga
3. Harta dan takhta telah mengaburi mata
4. Tersesat baginda diterangi cahaya
4. Langsung tidak kau
5. Endah kata bicara, utusan hud-hud yang benar
6. Seruan mengajakmu, taat yang Esa
7. Tinggalkan menyembah tuhan sang suria
8. Balqis, kau bijak dalam menilai
9. Dan membuat pemilihan
10. Di antara yang sementara
11. Dan yang kekal buat selamanya
12. Keindahan dunia yang hanya pinjaman
13. Untuk seketika
14. Atau kebahagiaan hidup di akhirat
15. Yang dijanjikan-Nya.
SEGMEN 216. Tidak perlu kau singkapi labuhkan kainmu
17. Ketika kau melangkah ke istana Nabi Sulaiman
18. Bukannya air yang kau pijak tetapi kaca
19. Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya
20. Hanya sekelip mata, mahligaimu pun beralih
21. Abid memindahkannya tanpa kau sedari
22. Kebijaksanaan Nabi Sulaiman telah merubahi
23. Sekeping hati
SEGMEN 324. Akhirnya Balqis akur jua
25. Akan kelemahan pada diri
26. Kau kutip ikhtibar dari apa
27. Yang telah engkau lalui
28. Menjadikan kau isteri yang taat
29. Kepada seorang Nabi
30. Pangkat dan jua harta
31. Tak menjamin bahagia
32. Cantik dan keayuan wajah
33. Kan pudar akhirnya
34. Kemiskinan di dunia tak bererti
35. Kau terhina,
36. Itu hanyalah di pandangan mata
37. Kemewahan tak bermakna
38. Hidupmu akan sentosa
SKRIP BAHASA BERIRAMASELAMATKAN BUMI KITA
SEGMEN 11. SELAMAT PAGI TUAN PUAN WARGA DEWAN
2. ( SELAMAT PAGI!!!)
3. TIKA INI , SAAT INI, INGIN KAMI BERKONGSI SESUATU
4. PARA HADIRIN DAN JUGA TETAMU
5. KAMI MENYERU DI SINI
6. SELAMATKANLAH BUMI KITA! DUNIA KITA! ALAM KITA!
7. LIHAT DAN PANDANGLAH SEKELILING KITA,
8. CANTIK SUNGGUH TAK DAPAT DIKATA
9. AWAN DAN LAUT BERWARNA BIRU
10. POKOK DAN RUMPUT KEHIJAUAN
11. TETAPI.. KITA TAK PERNAH AMBIL TAHU
12. TAK PERNAH AMBIL PEDULI
13. TENTANG APA YANG KITA LAKUKAN PADA BUMI INI
14. TENTANG KEMUSNAHAN YANG KITA LAKUKAN HARI INI
15. ITU PROTES, INI PROTES,
16. JEREBU KITA PROTES, PANAS PUN KITA PROTES
17. KEMARAU KITA PROTES, HUJAN PUN KITA PROTES.
18. PELIK..PELIK..PELIK
19. MANUSIA ZAMAN SEKARANG
20. TAHU BUAT TAK TAHU NAK TANGGUNG.
SEGMEN 221. DENGAR SINI, LIHAT SINI..
22. RINTIHAN INI DATANGNYA DARI KAMI
23. BERGELAR ALAM SEMULAJADI
24. BUKA MATA PASANGLAH TELINGA
25. KEMBAR KARAM SINGH WALIA NAK MULA BICARA,
26. BETULKAN KERUSI DAN JUGA MEJA
27. DI HADAPAN PENTAS KAMI DAH SEDIA
28. EHEMEHEM
29. DULU..
30. PEPOHON ITU TEGAP BERDIRI MEGAH KERANA KEGAGAHANNYA
31. TATKALA DITIUP ANGIN SEPOI SEPOI BAHASA
32. KINI.
33. POHON-POHON YANG DAHULU KAYA DENGAN KEHIJAUAN
34. TIDAK SANGGUP MEMBERI KHIDMATNYA LAGI
35. PEPOHON ITU MULA REBAH DAN TERUS SUJUD KE BUMI
36. PM DAH KATA JANGAN ADA PEMBALAKKAN HARAM
37. MEREKA PULA KATA....DUIT CIK... DUIT,,,,
38. PEPOHON OOH PEPOHON
39. KENAPA ENGKAU REBAH?
40. MACAM MANA AKU TAK REBAH
41. MANUSIA ZALIM SANGAT!
SEGMEN 342. DULU..
43. UDARA KITA SEDUT SUNGGUH BERSIHSUNGGUH SEGAR DAN
44. SUNGGGUHHHHH NYAMAN.( MMMMMMM. NYAMAN.)
45. KINI..
46. UDARA KITA TELAH TERCEMAR( UHUKUHUK)
47. ADA VIRUS DAN ADA BAKTERIA
48. PM DAH KATA ASAP MOTOR
49. ASAP KILANG DIKURANGKAN
50. MEREKA PULA KATA....TAK KENA SAMAN PUN
51. UDARA OO UDARA
52. KENAPA ENGKAU KOTOR?
53. MACAM MANA AKU TAK KOTOR
54. HABUK BANYAK SANGAT!
55. IKAN YANG DULU BERENANG KEGIRANGAN
56. KINI LENYAP DISEBABKAN PENCEMARAN
57. SISASISA SINISISA SANA
58. SISA DOMESTIK, SISA INDUSTRI, SISA PERTANIAN
59. DAH TAK MUAT SUNGAI KITA LAGI!
60. PM DAH KATA.. SISA DIPROSES SEMULA
61. MEREKA PULA KATA....AHHH...LECEHLAH
62. IKAN OOO IKAN
63. KENAPA TIDAK TIMBUL?
64. MACAM MANA AKU NAK TIMBUL
65. AIR HITAM SANGAT!
64. SAMPAH.. SAMPAH SINI, SAMPAH SANA,
65. CAMPAK SINI, CAMPAK SANA, CAMPAK SITU
66. BUANG SAMPAH MERATA-RATA67. PARIT TERSUMBAT HARUS WASPADA
68. NYAMUK DAN LALAT ADA DI MANA SAJA
69. PM DAH KATA..
70. JANGAN BUANG MERATA-RATA
71. MEREKA PULA KATA....
72. NANTI.... ORANG TAK ADA KERJA
73. SAMPAH OO SAMPAH
74. KENAPA ENGKAU BANYAK ?
75. MACAM MANA AKU TAK BANYAK
76. MANUSIA PEMALAS SANGAT!
77. LIHAT!!!FAJAR MULA MENYINSING
78. TETAPI.
79. MANA CAHAYA?.
80. MANA SINARNYA!
81. DI MANA ENGKAU????
82. DAH HILANG..
83. KAMU KATA HILANG??
84. YA!!!.
85. AWAN BIRU MULA BERTUKAR KEHITAMAN UNTUK SELAMA-LAMANYA
86. PM DAH KATA LAPISAN OZON DAH MULA MENIPIS
87. MEREKA PULA KATA....IA KA ?
88. API!API!API!
89. ( BUNYI SIREN )
SEGMEN 490. MANUSIAMANUSIA..
91. BEROTAK ADA, BERAKAL TIADA
92. PM DAH KATA.....
93. DILARANG PEMBAKARAN TERBUKA
94. MEREKA PULA KATA....BIAR SAJALAH
95. (BUNYI TANGISAN)
96. WAHAI INSAN ATAU MANUSIA
97. KAU MUSNAHKAN KAMI SABAN HARI
98. FAHAMI KAMI JAUH SEKALI
99. HANYA TAHU MENUNDING JARI.
100. PM DAH KATA.. TANAM SEMULA,
101. MEREKA PULA KATA..
102. APA NAK SUSAH, CABUT SAHAJA.
103. HUTAN RIMBA DAH GANTI HUTAN KONKRIT
104. TEBANG!TEBANG!!TEBANG!
105. BAKAR!..BAKAR!BAKAR!!
106. (BUNYI HAIWAN DAN UNGGAS)
107. KE MANA KAMI HENDAK TUJU?.
108. RUMAH KAMI, TEMPAT TINGGAL KAMI..HANCURMUSNAH.
109. MANA IBU?
110. MANA AYAH?
111. MANA ABANG?
112. MANA SAUDARAKU?
113. MANA TEMAN-TEMANKU?
114. MENANGIS KAMI DALAM SENGSARA
115. (BUNYI MENANGIS )
116. TIADA TEMAN TIADA SAUDARA.
117. HEIMANUSIA PENTING DIRI
118. ADA UBI ADA BATAS
119. SUATU HARI TUHAN BALAS
SEGMEN 5120 (RINTIHAN HARIMAU)
121. KENAPA KAMU DATUK HARIMAU?
122. SEDIH AKU MENGENANGKAN NASIBKU
123. DIBUNUH, DIKEJAR SESUKA HATI,
124. KULITKU DILAPAH MEMANG TAK BERHATI
125. AKU DENDAM SAMPAI KE MATI
126. AEDES
127. ( BUNYI NYAMUK )
128. EII..BANYAKNYA NYAMUK
129. OH..LALALA
130. BUMI INI
131. KITA PUNYA!
132. MILIK KITA!
133. HAK KITA!
134. PLANET YANG PALING BERHARGA DAN TERLALU ISTIMEWA
135. OLEH ITU LINDUNGILAH IA
136. KEPUTUSAN DAN TINDAKAN DI TANGAN KITA
137. SAMA ADA BUMI INI ADA DAN JUGA TIADA.
138. SELAMATKANLAH BUMI KITA!!!
Top Related