5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
1/20
Jom Jadi Bijak
1
KERTAS KERJA KEMPEN
JOM JADI BIJAK(Anda Bijak Jauhi Zina)
JAWATANKUASA PEMUDA REMAJA BELIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA ( IKRAM )
NEGERI JOHOR
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
2/20
Jom Jadi Bijak
2
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru pada kebajikan,
menyuruh pada yang maruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang
yang beruntung. (Ali Imran: 104)
Keruntuhan akhlak dalam kalangan generasi muda pada hari ini akan memberikan kesan
dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Mereka merupakan aset utama negara
pada masa akan datang dan memainkan peranan yang sangat penting dalampembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku
seandainya generasi muda pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan
memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang
individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya
peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Generasi muda yang mempunyai akhlak yang
buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Saban hari isu-isu gejala sosial hangat diperkatakan, secara tidak langsung, isu ini turut
menggambarkan bahawa generasi muda kini semakin agresif, berani, dan liar. Masalah ini
mempunyai hubung kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama,
tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, perasaan ingin
tahu, ingin mencuba dan pengaruh rakan-rakan. Apabila masalah keruntuhan generasi
muda dibincangkan soalan yang biasa ditanya ialah siapa yang harus dipersalahkan dan
mengapa perkara ini berlaku? Ibu bapa dan orang dewasa pula merasa kekok, tidak selesa
ataupun tidak relevan dalam membincangkan secara terbuka mengenai aspek
tanggungjawab dalam masalah sosial ini. Kejahilan inilah yang menyebabkan golongan
muda lebih banyak terjebak dengan masalah sosial sehingga membawa kepada berlakunya
zina.
Statistik-statistik dan fakta yang dinyatakan mempunyai kaitan yang jelas dengan larangan
Allah dalam surah Al-Israa ayat 32 Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya
zina adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa
kerosakan). Intipati ayat Allah tersebut sangat menekankan aspek pencegahan dan
pendidikan menjauhi zina.
MUKADIMAH
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
3/20
Jom Jadi Bijak
3
Atas dasar itu, Jawatankuasa Pemuda Remaja Belia Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Negeri Johor dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Negeri Johor (JIM Johor ) berasa
terpanggil untuk mendidik generasi muda tentang pentingnya menjauhi zina melalui kempen
Jom Jadi Bijak dalam pakej 4 jam ataupun 29 jam . Selepas ini akan di tulis JJB. Usaha
kempen ini telah dimulai dengan Majlis Pelancaran pada 14 Julai 2007 yang telah
mendapat perkenan Tuanku Permaisuri Agong D.Y.M.M Sultanah Nur Zahirah dan
disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha
Ismail di Dewan Wawasan Convention & Exibition Centre Seri Cempaka Services
Suite, Menara PGM, Cheras.Disusuli di peringkat Daerah Batu Pahat pada 14
Februari 2009 dan diikuti oleh peringkat Negeri Johor pada 28 Februari 2009 dengan
kerjasama Jabatan Agama Johor dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Melalui pengalaman kempen selama 4 jam dan 29 jam ini , terbukti bahawa
masalah sosial yang paling serius bukan setakat zina malah rokok, dadah, derhaka
kepada orang tua, mencuri, rempit dan sebagainya.
Penyelesaian atau pencegahan tidak cukup hanya difokuskan kepada zina sahaja
kerana ianya berangkai ( contoh : Mereka bukan sahaja terlibat dengan zina, tapi +
rokok +dadah+derhaka+lari rumah dan sebagainya ).
Maka JOM JADI BIJAK lebih sesuai digunakan kerana ia bermakna usaha
penyelesaian dan pencegahan tidak hanya fokus kepada zina sahaja tetapi masalah
sosial lain perlu juga diberi perhatian.
Fokus utama dalam kempen Jom Jadi Bijak yang akan diberi perhatian ialah ANDA
BIJAK JAUHI ZINA.
REBRANDING ABJZ KE JJB
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
4/20
Jom Jadi Bijak
4
1. FAKTA ANAK KELAHIRAN LUAR NIKAH 2009
KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan
di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan
itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar
nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak
luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang
dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sepanjang tempoh ini, 214,033
bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak
yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299), katanya kepada Berita Minggu.
Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak
teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.
Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak
didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh
pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.
Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum
tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran anak luar nikah
membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang
kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).
STATISTIK
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
5/20
Jom Jadi Bijak
5
2. STATISTIK KESALAHAN JENAYAH SYARIAH BAGI TAHUN 2003-2007 SELURUH
NEGERI JOHOR.
Statistik di dalam Jadual 1 menunjukkan peningkatan pelbagai kesalahan jenayah syariah
dari setahun ke setahun. Ini yang dapat dikesan melalui tindakan penguatkuasaan oleh
pihak berkuasa. Bagaimana pula keadaan di seluruh negeri yang mungkin tidak dapat
dikesan oleh pihak berkuasa?
Jadual 1: Statistik Kesalahan Jenayah Syariah (JanuariJun)
TAHUN BILANGAN KES
Tahun 2003 5126 Kes
Tahun 2004 4794 Kes
Tahun 2005 4976 Kes
Tahun 2006 6582 kes
Tahun 2007 3731 kes
Sumber: Jabatan Agama Islam Johor, 2007
Jadual 2: Perbandingan Kesalahan Utama Jenayah Syariah Tahun 20052007Seluruh Negeri Johor
KES 2005 2006 2007
JUDI 372 329 212
ARAK 49 13 8
ZINA 816 897 430
KHALWAT 2234 2129 1108
PONDAN 42 27 54
TIDAK SOPAN 441 360 307
JUMLAH 3954 3755 2119
Sumber: Jabatan Agama Islam Johor, 2007
Statistik yang dikeluarkan oleh Polis Di Raja Malaysia bagi Januari-Jun 2007 menunjukkan
negeri Johor mencatat bilangan tertinggi bagi kes sumbang mahram (33 kes), kedua
tertinggi bagi kes rogol (221 kes) dan ketiga tertinggi bagi kes cabul kehormatan (103 kes)
berbanding negeri-negeri lain. Lihat lampiran
3. ISU PEMBUANGAN BAYI
Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di negara
ini. Sejak zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan
khususnya terhadap bayi serta anak-anak perempuan atas faktor keagamaan masyarakat
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
6/20
Jom Jadi Bijak
6
pada masa itu. Akan tetapi, gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza senarionya
memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu
sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat
pada hari ini. Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka
pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah terbaik dalam menutup segala
keaiban yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kini gejala buang bayi diperkatakan
semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau
mati di merata tempat.
Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian yang
dilakukan di negara ini juga menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini
mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga melihat senario
pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu ditangani habis-
habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006, JKM menerima
maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai di tempat awam atau
diserahkan sendiri oleh ibu bermasalah kepada polis.
Pada tahun 2006, sebanyak 83 kes telah dicatatkan di seluruh negara berbanding 65 kes
pada 2000. Sepanjang tempoh 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah
dicatatkan dengan 48 daripadanya masih merupakan janin. Apa yang lebih
membimbangkan
lagi ialah pembuangan bayi turut menular di institusi pengajian tinggi (IPT). Perangkaan Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan 580 kes buang bayi dari 2000 hingga tahun lalu,
dengan Selangor dan Johor mencatat kes paling tinggi. Pada 2000, 65 kes dicatatkan di
seluruh negara, 2001 (97 kes), 2002 (98 kes), 2003 (92kes), 2004 (78 kes), 2005 (67 kes)
dan 2006 (83 kes). Tahun lalu sahaja, daripada 83 kes di seluruh negara, Selangor
mencatatkan 24 kes, Johor (21 kes),Sarawak (12 kes), Sabah (11 kes), Kedah, Negeri
Sembilan dan Pahang (masing-masing tiga kes), Perak dan Melaka (dua kes) serta
Kelantan
dan Terengganu (satu kes). Statistik sama turut mencatatkan usia bayi yang dibuang
membabitkan dua kategori, iaitu janin dan baru lahir. Untuk janin, 48 kes dilaporkan dalam
tempoh 2000 hingga 2006, manakala baru lahir pula 532 kes.
Gejala buang bayi adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda
oleh masalah keruntuhan moral yang serius. Kebejatan sosial yang sedang berlaku itu
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
7/20
Jom Jadi Bijak
7
menandakan bahawa masyarakat kita sedang sakit. Sekaligus menunjukkan betapa proses
pembangunan yang dilaksanakan dalam negara kita berada pada kedudukan yang tidak
seimbang. Di Amerika Syarikat misalnya, lebih kurang 40 peratus daripada remajanya hamil
luar nikah. Akibat kehamilan luar jangkaan ini ramai remaja perempuan bertindak
menggugurkan kandungan mereka yang akhirnya menimbulkan komplikasi kesihatan dan
kematian. Statistik yang diperoleh oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati
4.4 juta remaja dunia pernah menggugurkan kandungan.
Sumber 1:- Berita Harian, 21 Mac 2010
Sumber 2 :- Hashim bin Haji Bedu, Khairulhelmi bin Katip, Mohd Fahmi bin Mohd Sahid,Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia :Seminar Kaunseling Keluarga 2008
Sumber 3.:http://www.kpwkm.gov.my.Statistik.
1. Memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang punca, kesan dan perkara-perkara yang
membawa seseorang itu terjebak dengan gejala zina.
2. Mengendalikan satu program untuk generasi muda bagi membina jati diri seterusnya boleh
dijadikan panduan bagi remaja untuk membentengi diri daripada terlibat dengan gejala sosial
khususnya zina .
3. Menyedarkan peserta tentang bahaya zina dunia dan akhirat.
4. Memupuk kesedaran dalam ahli masyarakat, agensi kerajaan, agensi swasta dan gabungan NGO
untuk sama-sama berganding bahu mencegah kemungkaran (zina) kerana sesungguhnya Allah
telah berfirman dalam surah Al-Israa ayat 32 Dan janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa
kerosakan).
JOM JADI BIJAK
OBJEKTIF
TEMA
http://www.kpwkm.gov.my/http://www.kpwkm.gov.my/http://www.kpwkm.gov.my/http://www.kpwkm.gov.my/5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
8/20
Jom Jadi Bijak
8
Pihak penganjur dengan kerjasama Jawatankuasa Pemuda Remaja Belia, PertubuhanIKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Johor.
Di tentukan oleh pihak penganjur dengan persetujuan bersama Jawatankuasa Pemuda
Remaja Belia, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Johor
PAKEJ 4 JAM
1. REMAJA
Usia : 13 hingga 17 tahunJantina : Lelaki dan perempuan
2. PELAJAR IPT / IPTS
Usia : 1725 tahunJantina : Lelaki dan perempuan
3. BELIA
Usia : 18 hingga 40 tahunJantina : Lelaki dan perempuan
4. KAUNSELOR , GURU SEKOLAH / IPT
Jantina : Lelaki dan perempuan.
5. IBUBAPA / MASYARAKAT
Jantina : Lelaki dan Perempuan .
8.00-8.30 :Pedaftaran ( di uruskan oleh pihak penganjur )
8.30-9.30 :Tak Kenal Maka Tak Cinta
PENYERTAAN/ KUMPULAN SASAR UNTUK 4 JAM
TENTATIF PROGRAM KEMPEN JJB UNTUK 4 JAM
ANJURAN
TARIKH & TEMPAT PROGRAM
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
9/20
Jom Jadi Bijak
9
9.30-11.30 : JOM JADI BIJAK
11.30-12.30 : Satu Tekad
PILIHAN 1.
RM 5.00 seorang untuk :-
1. Pakej modul JJB 1/2 hari
2. 1 set buku program JJB
3. 1 button badge
4. 1 bunting JJB untuk penganjur ( untuk 100 peserta ke atas )
PILIHAN 2
RM 6.00 seorang untuk :-
1. Pakej modul JJB 1/2 hari
2. 1 set buku program JJB
3. 1 button badge
4. 1 bunting JJB untuk penganjur ( untuk 100 peserta ke atas )
5. Sijil penyertaan Kempen JOM JADI BIJAK
PERSEDIAAN PIHAK PENGANJUR :
1. Bakal peserta2. Tempat program
3. LCD & Skrin 12X12 ( minima )
4. 1set PA System ( 2 mic wireles- sangat penting )
5. Kerusi untuk peserta
6. 1 set Woofer untuk komputer.
PAKEJ 29 JAM
PELABURAN JJB 4 Jam
KEPERLUAN PERALATAN
PENYERTAAN/ KUMPULAN SASAR UNTUK 29 JAM
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
10/20
Jom Jadi Bijak
10
1. Remaja
2. Pelajar IPT/IPTS
3. Beliayang telah dikenalpasti :-
i. Terlanjur dalam perbuatan zina
ii. Terjebak dalam perkara-perkara yang menghampiri zina seperti masalah couple,
masalah menonton video lucah, masalah pergaulan bebas dan sebagainya .
Ibubapa merupakan golongan yang paling hampir dengan anak-anak dan yang paling
meletakkan matlamat yang tinggi kepada anak-anak. Mereka sanggup mengorbankan apa
jua demi kepentingan anak-anak. Ibubapa sangat mengasihi anak-anak mereka dan kasih
sayang ini dicurahkan melalui pengorbanan yang tidak terhingga.
Harapan ibubapa dan harapan anak-anak ini semestinya dikongsi bersama.
Kemudiannya, mereka saling memahami dan membantu ke arah mencapai harapan kedua-
dua pihak. Ibubapa perlu di beri pendedahan dengan lebih mendalam tentang punca danperkara-perkara yang membawa seseorang itu terjebak dengan gejala sosial agar ibubapa
dapat sama-sama membantu mengatasi dan mencegah perkara ini agar tidak semakin
menular dalam diri anak-anak remaja kini.
Kehadiran ibubapa sangat penting dalam program ini untuk memastikan matlamat
program ini dapat di capai dengan sebaiknya.
Hari pertama
8.00
8.30pg : Majlis Pembukaan & Penyerahan ringkas oleh pihak penganjur8.30 10.00 : TAK KENAL MAKA TAK CINTA
PENGLIBATAN IBUBAPA UNTUK PROGRAM REMAJA SAHAJA
TENTATIF PROGRAM KEMPEN JJB 29 JAM
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
11/20
Jom Jadi Bijak
11
10.00 10.20 : Rehat & Minum Pagi
10.20 1.00tgh : AKU MEMANG BIJAK .
1.00 2.15 : Rehat, Makan & Solat Zohor
2.15 - 6.30ptg : NIKMATMU AMANAHKU, KU TAHU PUNCA & KESANYA
( solat Asar dalam program ini )
6.30 - 9.00mlm : Makan , Rehat, Solat Maghrib & Tazkerah.
9.00 1.30 pg : SEBELUM TERLENA
Hari kedua
6.00 6.30pg : Solat Subuh
6.30 - 8.00 : KISAH EPAL
8.00 9.00 : Makan & Persiapan Diri
9.00 10.30 : KU TEMUI JALAN PULANG
10.30 11.30 : AYAH & IBU
11.30 -1.00 : MENGUNGKAP KASIH MENGHARAP HIDAYAH
1.00 2.00 tgh : Solat Zohor
ATURCARA PROGRAM IBUBAPA ( untuk program remaja sahaja )
9.009.30pg : Kehadiran ibubapa
9.3011.30 : RUMAHKU SYURGAKU
11.301.00 : MENGUNGKAP KASIH MENGHARAP HIDAYAH
( Program Selari dengan anak-anak )
PERINCIAN PROGRAM JOM JADI BIJAK 29 JAM
AKTIVITI PENGISIAN
TAK KENAL MAKA TAK
CINTA
MATLAMATPerkenalan
Menerangkan objektif ,konsep, isi kandungan
dan disiplin program
Berkenalan dengan rakan-rakan
Berkenalan dengan para fasilitator
BENTUK AKTIVITI
Permainan Ukhuwah
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
12/20
Jom Jadi Bijak
12
Nyayian ( lagu tema )
* Komunikasi 2 hala
Pembinaan Kumpulan
LDK
Tayangan Multimedia
Memperkenalkan fasilitator
Memperkenalkan kumpulan & ahli
Menerangkan rasional slot ini.
KUTAHU PUNCA &
KESANNYA
MATLAMAT
Kepentingan mengetahui kesan-kesan zina
terhadap diri, keluarga, masyarakat dan
agama
Menjelaskan cara dan kepentinga hadas besar
BENTUK AKTIVITI
Komunikasi 2 hala
Tayangan multimedia
LDK
Menerangkan rasional slot ini.
NIKMATMU
AMANAHKU
MATLAMAT
Punca zina dari nikmat anggota badan
BENTUK AKTIVITI
Permainan
LDK
Rasional
SEBELUM TERLENA
MATLAMAT
Keindahan bersamaMU , Ya Allah.
Keindahan bersamamu, Ya Rasulullah.
Keinsafan diri
Konsep tawakkal
Konsep kesyukuran
Pengharapan kepada Allah
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
13/20
Jom Jadi Bijak
13
Kembali kepada asal kejadian manusia.
Muhasabah diri .
BENTUK AKTIVITI
Penerapan zikir sebagai motivasi diri
Tayangan multimedia yang bersesuai
Simulasi dan lakonan
LDK
KUTEMUI JALAN
PULANG
MATLAMAT
Membina potensi diri
Berfikiran dan bertindak secara positif
Hijrah sikap yang cemerlang
Contohi akhlak Rasulullah saw
Sikap terpuji vs sikap keji
Perubahan perlukan tindakan
BENTUK AKTIVITI
*Permainan minda
* Komunikasi 2 hala
* LDK
* Perkongsian harapan.
IBADAH
Perkara asas ini akan diterangkan dan
dilaksanakan sepanjang program
Kepentingan dan panduan solat
Solat fardu dan sunat
* Kepentingan zikir dan doa Adab-adab asas dalam islam
Penyampaian kerohanian semasa kuliah subuh &
kuliah maghrib.
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
14/20
Jom Jadi Bijak
14
MENGUNGKAP KASIH
MENGHARAP
HIDAYAH bersama
ibubapa
(Kehadiran ibubapa
sangat penting bagi
menjayakan progam
ini secara
keseluruhan
MATLAMAT
Program bersama ibubapa bertujuan :
Perkongsian matlamat dan harapan di
antara ibubapa dan peserta-peserta
Menyelami perasaan dan luahan hati anak
dan ibubapa
Mengeratkan hubungan kasih sayang
dalam keluarga.
BENTUK AKTIVITI
Tayangan multimedia
Ketemukan ibubapa dan anak-anak
Perkongisan harapan.
KEPERLUAN PESERTA :-
* Pakaian bersih untuk program 2 hari 1 malam
* Pakaian sukan dan kasut sukan
* Pakaian Mandi dan alatan mandi
* Pakaian tidur dan keperluan tidur
* Pakaian solat
* Alatulis
1. PELABURAN RM 100.00
i. Pelaburan RM 100.00 seorang untuk program 29 jam. Kos ini merangkumikos penginapan, kos makanan, sijil penyertaan, bahan program danpengendalian program selama 29 jam oleh IKRAM
ii. Pihak penganjur menyediakan peserta dan pengangkutan peserta pergidan balik.
iii. Keselamatan peserta dibawah tanggungjawab pihak penganjur.
PELABURAN JJB 29 JAM
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
15/20
Jom Jadi Bijak
15
2. PELABURAN RM 30.00
i. Pelaburan RM 30.00 seorang untuk program 29 jam. Kos ini merangkumi
kos asas bahan program, sijil penyertaan dan pengendalian programselama 29 jam oleh IKRAM.
ii. Pihak penganjur menyediakan peserta, tempat program, keperluanprogram , pengangkutan pergi dan balik ( peserta ) , urusan makanan danpenginapan peserta termasuk fasilitataor dan pengendali program.
iii. Keselamatan dan kawalan disiplin peserta r adalah tanggungjawab pihakpenganjur
SENARAI KEPERLUAN BARANG YANG DI SEDIAKAN OLEHPIHAK PENGANJUR
BIL BARANG / KEPERLUAN KUANTITI
1. Dewan untuk laksanakan program
2 PA System beserta dengan 3 micwireless
2 set
3 LCD Projektor 2 set
4 Skrin LCD minima 12x12 2 set
5 Hailer 2 set
6 Extension wayar panjang 10m 2 set7 Extension wayar4 panel (soket ) 2 set
8 Air mineral semula jadi 3 botol x fasi &pengendali
TEMPAT : -
1. 1 dewan besar tertutup yang boleh memuatkan semua peserta bersama
ibubapa.
2. Kerusi yang mencukupi untuk ibubapa dan para peserta.
3. 1 ruang untuk memuatkan semua peserta semasa program berasingan
dengan ibubapa. Tempat yang sesuai untuk aktiviti tayangan multimedia,
penulisan , nasyid dan aktiviti ceria. Perlukan PA System.
4. Tikar solat yang boleh memuatkan semua peserta . Solat akan dilaksanakan
di dewan program jika surau tidak boleh memuatkan semua peserta dan
pengendali.
ALATAN DAN BAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK JJB :-
1. Mengendalikan program selama 2 hari 1 malam.
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
16/20
Jom Jadi Bijak
16
2. Buku program untuk setiap peserta
3. Button untuk setiap peserta.
4. Kad Azamku dari anak untuk ibubapa
5. Kad Ibubapa kepada anak.
6. Barangbarang program penghayatan malam.
7. Kain penutup mata untuk setiap pelajar
8. Tanda nama pelajar
9. Pen untuk Ibubapa
10. Kertas A4
Pelaburan tambahan dikenakan kepada pihak penganjur sekiranya tempat programdilaksanakan di luar negeri Johor. Kos adalah untuk menampung kos kenderaan dan jugapenginapan. Bilangan pengendali dan fasilitator yang terlibat adalah seperti berikut :-
JJB 4 jam :-1. Untuk pelajar 100300 orang ( 3 orang )
1 pengendali1 penjaga laptop1 pembantu/fasi
2. Untuk pelajar 300600 orang ( 4 orang)1 pengendali1 penjaga laptop2 pembantu/fasi
3. Apabila bilangan pelajar melebihi 600 dan setiap tambahan 100 orang akan makatambahan seorang pembantu/ fasi diperlukan.
JJB 29 jam:-
1. Pengendali & Teknikal5 orang2. Fasi1 orang fasi untuk 10 orang pelajar.
Persetujuan untuk mengadakan program akan diambil kira selepas Pihak Penganjurmengeluarkan surat rasmi melantik / menjemput Jawatankuasa Pemuda RemajaBelia Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Johor selaku pengendaliprogram. Pihak IKRAM akan mengeluarkan surat maklumbalas persetujuanprogram beserta dengan invois program.
PENUTUP
PERSETUJUAN PROGRAM
PELABURAN TAMBAHAN
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
17/20
Jom Jadi Bijak
17
Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak sangat penting
dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik
akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yag baik
akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik
seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu
kebanyakan generasi muda hari ini, terutamanya remaja dan belia muslim, mempunyai
akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara. Kebejatan sosial ini amat
membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan negara.
Semua pihak terutamanya kerajaan, badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri
harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan
generasi muda kerana mereka adalah pemimpin negara pada masa akan datang. Pepatah
ada menyatakan ; Mencegah itu lebih baik dari merawat. Semoga usaha kita bersama dapat
memberi sesuatu yang baik kepada semua pihak dalam melaksanakan agenda modal insan
serta mendapat keredhaan dan keberkatan dariNYA.
Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang di lahirkan untu k manu sia, (kerana
kamu) menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, danberiman kepada Allah....
Ali Imran:110
Maklumat lanjut.
Anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Kempen Jom Jadi Bijak
sila hubungi :
1. Hj Aminuddin Alias - 019 7309065Email:[email protected]\
2. Sdri Rafidah Mahat - 013 7097052Email :[email protected]
Layari :http://jomjadibijak.blogspot.com
mailto:[email protected]/mailto:[email protected]/mailto:[email protected]/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://jomjadibijak.blogspot.com/http://jomjadibijak.blogspot.com/http://jomjadibijak.blogspot.com/http://jomjadibijak.blogspot.com/mailto:[email protected]:[email protected]/5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
18/20
Jom Jadi Bijak
18
LAMPIRAN :
1. Surat sokongan Institusi terhadap kempen ini.
2. Senarai peserta yang telah mengikuti kempen ini.
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
19/20
Jom Jadi Bijak
19
5/26/2018 Kertas Kerja Jadi Bijak Jauhi Zina
20/20
Jom Jadi Bijak
20