PENGENALAN
Festival Dan Perayaan
Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan negara ini lebih berwarna-warni.
Penduduknya yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan sepanjang
tahun. Di negara ini, musim perayaan adalah masa untuk bergembira dan menjalin
persahabatan serta muhibah antara kaum. Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa
mengira keturunan, turut serta memeriahkan suasana dengan kunjung-mengunjungi
antara satu sama lain. Oleh itu, upacara 'rumah terbuka' adalah satu suasana yang
tidak asing lagi di hari-hari perayaan. Selamat datang ke Malaysia, negara beraneka
budaya, bahasa, agama dan makanan yang memikat hati. Penyatuan budaya dan
sosial yang berkurun lamanya di antara bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan,
Dusun, Iban dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum
yang hidup dalam harmoni. Sambutan bersama pelbagai perayaan, sambutan tradisi
dan aktiviti kebudayaan di sepanjang tahun memastikan pelancong tidak mungkin
bosan di sini. Terkenal dengan keramahan mereka, rakyat Malaysia tidak sabar
berkongsi acara dan perayaan mereka bersama kenalan mahu pun pelancong
asing.
PERAYAAN UTAMA MASYARAKAT
MALAYSIA
Mengikut kaum utama di Malaysia:-
MELAYU
← Hari Raya Aidilfitri← Hari Awal Muharram
CINA← Hari Tahun Baru Cina ← Hari Chap Goh Mei
INDIA← Hari Deepavali← Hari Chap Goh Mei
Kristian← Hari Natal(Krismas)← Hari Ahad Easter
Buddha← Hari Wesak
KADAZAN DUSUN← Tadau Kaamatan
Dayak← Hari Gawai Dayak
PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH ORANG ISLAM
DI MALAYSIA
PENGENALAN
Bagi umat Islam, tiga perayaan utama diraikan, iaitu Hari Raya Puasa
(Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul. Hari Raya Puasa
diraikan bagi menandakan berakhirnya sebulan berpuasa pada bulan
Ramadan. Hari Raya Haji (Aidiladha) dirayakan pada hari ke-10 bulan Zulhijjah
(bulan Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan ibadat Haji di Mekah berada
di peringkat akhir ibadah mereka. Pada pagi hari tersebut umat Islam
menunaikan sembahyang Hari Raya Aidiladha di masjid-masjid. Mereka yang
berkemampuan akan mengerjakan ibadat korban. Perayaan Maulidur Rasul
pada bulan Rabiulawal, dirayakan bagi memperingati perjuangan Nabi
Muhammad s.a.w. Acara-acara seperti perhimpunan, syarahan dan bacaan
berzanji biasanya diadakan.
Hari Raya Aidilfitri
Merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan
Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang
bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan
sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan
sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan
penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi
untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan
tetamu datang berkunjung.
Hari Raya AidilfitriNama rasmi Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya
Puasa, Bahasa Arab: Eid ul-Fitr الفطر عيد
Juga dinamakan
Terjemahan: Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran (Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh), Ramazan Bayramı (Turki)
Diraikan oleh
Islam
Jenis Religious holidayKeutamaan Selepas berakhirnya bulan
Ramadhan, bulan puasaTarikh 1 SyawalTarikh 2007 12 Oktober/13 OktoberTarikh 2008 2 OktoberTarikh 2009 21 SeptemberPerayaan Menghias, menziarahi keluarga
dan sahabat taulan, memasang lampu pelita, "Balik Kampung"
Amalan SolatBerkaitan dengan
Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam lain, yang disambut 70 hari kemudian
Hari Raya Aidilfitri (b.Arab: الفطر عيد ("Ayd al-Fiṭr "perayaan fitrah'
disambut pada 1Syawal tahun Hijrah Perayaan tersebut juga dikenali .
sebagaiHari Raya Puasa ,Hari Raya Fitrah dan ,Hari Lebaran Hari .
Raya Aidilfitri merupakanperayaan yang dirayakan oleh umat Islam di
seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulanRamadhan yang mana
umatIslam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan
antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selainHari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat
anakbulan ,ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah (
apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulanSyawal ,
iaitu bulan ke-10 dalamTakwim Hijrah Islam. Di Malaysia anak bulan ,
akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga
.waktu maghrib di beberapa tempat strategik
Hari Raya Aidilfitri (b.Arab: الفطر ("Ayd al-Fiṭr "perayaan fitrah' عيد
disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali
sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari
Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di
seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana
umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan
antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat
anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah,
apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal,
iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan
akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga
waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat
fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa
itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia.
Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan
puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri
dimulakan.
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid
sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh takbir pada Hari Raya antara terbenam
matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya bermula
pada pagi 1 Syawal.
Zakat fitrah dan takbir
Simbol
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah
juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang
dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan
bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong,
dodol, dan kuih raya.
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu
sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah
dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi
dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di
radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan
ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama
beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.Di jalan raya utama dan lebuh
raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar
yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak
saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di
Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket
di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju
kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi
mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik,
songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan
komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Persiapan
Pakaian
Pakaian
Pakaian
Pakaian
Amalan lazim
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.
Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi
Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi
pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.
Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada
asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk
mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan
kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya.
Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui
sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi
daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang
Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah,
iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-
bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan
saiz wang kertas polimer RM 5.
Pada malam Tujuh Likur, pelita atau lampu minyak tanah akan dinyalakan
terutamanya di kampung-kampung. Kadangkala pelita akan digantikan dengan
penggunaan lampu elektrik kerana ia lebih bersih dan praktikal, namun keaslian
sambutan Hari Raya selalunya akan berkurang dengan penggunaan ini.
Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun
sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan
berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya
apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.
Aidilfitri dalam Kalendar Masihi
Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah.
Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar
Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut
peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza
daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15
hari.Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada
tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.
2008 : 1 Oktober/2 Oktober 2009 : 21 September
2010 : 10 September
2011 : 31 Ogos
2012 : 19 Ogos
2013 : 8 Ogos
2014 : 29 Julai
2015 : 19 Julai
Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula
terbenamnya matahari.
Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India. Masing-masing menyambut perayaan
Deepavali dan Tahun Baru Cina. Kadangkala, salah satu perayaan tersebut iaitu
Deepavali dan Tahun Baru Cina sering bertembung dengan perayaan Hari Raya
Aidilfitri mengikut kalendar Masihi. Oleh sebab itu, terdapat segelintir pihak yang
mengadakan sebuah 'rumah terbuka' untuk dua perayaan sekaligus. Disebabkan
situasi itu, wujudlah fenomena "DeepaRaya" dan "KongsiRaya".
Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan perayaan umat Islam yang
dikongsi dengan perayaan orang kafir yang lain seperti "DeepaRaya" dan
"KongsiRaya" serta lain-lain dianggap menjurus ke arah perbuatan syirik dan ditegah
sama sekali oleh Islam.
Festival lain
Hari Raya Aidil Adha (bahasa Arab: األضحى atau Hari Raya Haji merupakan (عيد
perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam
Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada
hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.
Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat
sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan
ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13
Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk
umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan
perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah
s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban.
Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu
selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam
matahari pada hari ke-13 Zulhijah.Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat,
manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat
kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.Hari Raya Korban
jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah
Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi
Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum
berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik,
paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban,
umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat
akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil
Fitri.Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat
korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula
waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum
tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Hari Raya Aidil Adha
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan
biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid
sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan
fakir miskin.Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan
ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak
menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini
memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai
korban kepada Tuhan.Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan
berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang
akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan
daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang
disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi
umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah
Islam.Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke
Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana
umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal
Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan
permulaan tahun hijrah bagi umat Islam
Tarikh Perayaan Keterangan
Hari Raya Aidil Fitri
Hari Raya Aidil Fitri menandakan tamatnya bulan puasa (Ramadhan) dan disambut
oleh penganut Islam di seluruh dunia. Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari
ini dengan menziarahi kubur diikuti sembahyang sunat hari Raya dan saling
bermaafan antara satu sama lain. Sanak-saudara serta sahabat handai dijemput ke
rumah terbuka di mana mereka disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang
lazat.
Lokasi: Seluruh Malaysia
1,2 Okt, 2008
Hari Raya Aidil Adha
Hari Raya Aidil Adha juga merupakan perayaan yang disambut oleh penganut Islam
pada hari ke-10 bulan Zulhijjah. Ianya juga menandakan para jemaah haji telah
selesai menunaikan fardhu haji di Mekah, Arab Saudi.
Lokasi: Seluruh Malaysia
Awal Muharram
PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH RAKYAT MALAYSIA
YANG BERKETURUNAN CINA
PENGENALAN
Rakyat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina pada
hari pertama di dalam bulan pertama kalendar Cina pada bulan Januari atau
Februari setiap tahun. Perayaan bermula dengan kaum keluarga berkumpul
untuk makan malam bersama. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari
hingga hari Chap Goh Mei yang dirayakan pada malam ke-15. Seperti biasa
di perayaan ini, pemberian bungkusan merah "angpow" memeriahkan lagi
suasana, terutama kepada kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga perayaan
Kuih Bulan yang ada kaitannya dengan legenda bidadari dari bulan lapan
kalendar Cina. Kuih-kuih bulan dan tanglung-tanglung adalah ciri-ciri utama
perayaan tersebut.
PENGENALAN
Perayaan ini disambut secara besar-
besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang
menandakan kedatangan tahun baru menurut
kalender mereka. Orang Cina percaya ada 12
binatang yang menaungi kalender mereka iaitu
tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda,
kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan
babi.Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga
berkumpul untuk mengeratkan perhubungan
sesama keluarga. Pemberian ‘angpau’ juga
dilakukan oleh mereka yang sudah
berumahtangga. Perayaan Chap Goh Mei
diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru
Cina.
Tahun Baru Cina
TAHUN BARU CINA
Malam Tahun Baru Cina di Meizhou, China
Juga dinamakan
Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga
Diraikan oleh terutamanya tamadun Asia Timur
Jenis China, kebudayaan, agama Buddha
Keutamaan Hari pertama kalendar Cina (qamari)
Tarikh 2007 18 FebruariTarikh 2008 7 FebruariTarikh 2009 26 JanuariPerayaan sambutan Tahun Baru,
perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga.
Berkaitan dengan
Perayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan ini
Tahun Baru Cina (Cina Tradisional: 春節 , Cina Ringkas: 春节 , pinyin: Chūnjíe,
"Perayaan Musim Bunga" atau Cina Tradisional: 農曆新年, Cina Ringkas: 农历新年,
pinyin: Nónglì Xīnnián, "Tahun Baru Takwim Qamari") merupakan perayaan
terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena
nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)Tahun Baru Cina melambangkan
permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru
bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.
Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka
tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada
tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka
dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah
rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum
keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai,
sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan
tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib
baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum
kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias
yang diiringi bunyi gendang.
Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina
ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan
oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam,
Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan
dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.
Tarikh perayaan
Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah
disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan
lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan
bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.
Haiwan
Dahan bumi
Tarikh
Tikus
子 zǐ
19 Februari 1996
7 Februari 2008
Lembu
丑 chǒu
7 Februari 1997
26 Januari 2009
Harimau
寅 yín
28 Januari 1998
14 Februari 2010
Arnab
卯 mǎo
16 Februari 1999
3 Februari 2011
Naga
辰 chén
5 Februari 2000
23 Januari 2012
Ular
巳 sì
24 Januari 2001
10 Februari 2013
Kuda
午 wǔ
12 Februari 2002
31 Januari 2014
Kambing
未 wèi
1 Februari 2003
19 Februari 2015
Monyet
申 shēn
22 Januari 2004
8 Februari 2016
Ayam
酉 yǒu
9 Februari 2005
28 Januari 2017
Anjing
戌 xū
29 Januari 2006
16 Februari 2018
Khinzir
亥 hài
18 Februari 2007
5 Februari 2019
Sambutan perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli kelaurga saudara-
mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi
kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.
Sebelum Tahun Baru
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah
mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini
menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta
menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul
habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik
itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi
tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah
mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula.
Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan
paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk
memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana
bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga
kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering
mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan
kehormatan.
Hari pertama
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,
menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai
bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.
Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila
keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam
seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik
untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.
Hari ke-2
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年 ,
Cina Ringkas: 开 年 , kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin
untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.[5] Menurut tradisi, anak perempuan
yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung
sendiri.
Hari ke-3
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk
menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa
adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai
untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja[5] Keluarga yang
mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan
menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga
Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.
Hari ke-5
Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃子 , Cina Ringkas: 饺子 , jiǎozi)
dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (破五 , pò wǔ). Ini juga merupakan ulang
tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya
dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.
Hari ke-7
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan
yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut
pengiraan kalendar qamari Cina.
Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga
berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang
terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia
dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain
rantau tersebut.
Hari ke-9
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah
Maharaja Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.Tambahan pula,
hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah
malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur
kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah
digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa
generasi lalu.Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.
Hari ke-15
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo
jié (Cina Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝)
dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán (Cina Tradisional:
湯圓 , Cina Ringkas: 汤圆 ), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.
Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai
Perayaan Tanglung.
Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru
Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang.
Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepada hingga kaki pula
melambangkan permulaan baru pada tahun baru.
Shou Sui
Shou Sui berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam
selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu
semetara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-
anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.
Tarikh Perayaan Keterangan
Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan ini
disambut selama 15 hari. Limau Mandarin dan putik pohon plum, yang
melambangkan kemewahan serta nasib baik, menghias rumah penduduk
berbangsa Cina, serta kompleks-kompleks membeli-belah. Tarian naga dan
tarian singa berserta paluan gendang yang bersemangat menambahkan lagi
suasana meriah perayaan ini. Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli
keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan rumah
terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan
harinya.
Lokasi: Seluruh Malaysia
21 Mac, 2008
Perayaan Pertengahan Musim Luruh
Perayaan Pertengahan Musim Luruh ini juga dikenali sebagai perayaan Kuih
Bulan yang bermula ketika zaman peperangan di kurun ke-4 di China.
Perayaan ini memberi peluang kanak-kanak pelbagai kaum di Malaysia
mengambil bahagian di dalam perarakan tanglung yang berwarna-warni
dengan semangat perpaduan serta muhibbah.
Lokasi: Seluruh Malaysia
1 Okt, 2008
HARI DEEPAVALI
PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH PENGANUT AGAMA HINDU DI
MALAYSIA
PENGENALAN
Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan Aippasi
mengikut kalendar keturunan Tamil (OktoberNovember) merupakan masa untuk
kaum keluarga dan sanak-saudara bergembira. la menandakan kemenangan,
kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, kebijaksanaan
mengatasi kejahilan. Perayaan bermula dengan upacara sembahyang dan diikuti
dengan kunjungan ke rumah sanak saudara. Di waktu malam, pelita-pelita dipasang
untuk memeriahkan lagi perayaan.
Para penganut agama Hindu di Malaysia juga merayakan Hari Thaipusam pada
bulan januari sebagai penghormatan kepada Dewa Muruga. Di perayaan
tersebutlah, Batu Caves yang terletak di Kuala Lumpur menjadi tumpuan para
penganut yang membawa persembahan-persembahan di atas kavadi untuk
dipersembahkan kepada dewa tersebut.
PENGENALAN :← Perayaan Deepavali
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan
gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali
bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya
bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan,
keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di
pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan
memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka
bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Selepas bersembahyang,
mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Dikebanyakan rumah,
‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni
akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
Diwali/DeepavaliJuga dinamakan
Terjemahan: Deretan pelita; Deepavali, Pesta Cahaya
Diraikan oleh
Secara keagamaan oleh penganut agam Hindu, Sikh dan Jain. Orang India lain meraikan aspek-aspek budayanya.
Jenis Kegamaan, IndiaKeutamaan Meraikan kemenangan terhadap
kejahatan, dan penanggalan kegelapan rohani
Tarikh Hari anak bulan Kartika, tetapi perayaan bermula dua hari sebelumnya dan tamat dua hari selepas hari itu
Tarikh 2007 9 NovemberTarikh 2008 30 OktoberPerayaan Menghiasi rumah dengan pelita,
mercun, mengagihan gula-gula dan hadiah.
Amalan Upacara sembahyang dan keagamaan
Hari Deepavali (Hindi: दि�पा�वली� , bahasa Tamil: தீபா�வளி�) juga dikenali
sebagaiDiwali dan Divali (Hindi: ��व�ली� ) merupakan perayaan yang disambut oleh
semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di
Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti
cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini
disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober
dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah
dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri
meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai
peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan,
peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada
membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut
Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan
sebagai perayaan Deepavali.
Kepentingan dalam agama Hindu
Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan,
serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan
kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti
yang diceritakan dalam Ramayana.
Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang
menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan
bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali,
terutamanya di India utara.
Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan
makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan
pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.
Sambutan Deepavali di Malaysia
Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan
dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali,
penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian
badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan
yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan
dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus
yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai
warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa
Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka
yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam
adalah dilarang.
Tarikh Perayaan Keterangan
Deepavali
Kejayaan kuasa baik mengalahkan kuasa jahat diraikan oleh penganut Hindu dalam
perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Perayaan Cahaya pada setiap bulan
ke-7 mengikut kalendar Hindu. Di seluruh negara, upacara sembahyang serta
‘pembersihan’ dijalankan di kuil-kuil serta tempat-tempat pemujaan penganut Hindu.
Lokasi: Seluruh Malaysia
8 Dis, 2008
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama
Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga
dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil.
Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak
Cancer.
Tujuan
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau
memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua
penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat
kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu
diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu
dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam
belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak ,
warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil
hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi
susu ini.
Hari Thaipusam
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan
kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di
luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau
membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa
atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada
beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan
pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan
bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda
dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan
seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu
khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik ,
mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa
kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya
ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki
tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu
Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan
dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang mereka
dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut
dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu
bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar kerana
telah menggunakan bahan-bahan tertentu .
Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia
Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan
meriah di Malaysia.
Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama
penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca
Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati
perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu
abishegam disiram kepada Dewa Murugan.
Di Ipoh, Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung
Cheroh . Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham
untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong , Ipoh.
Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.
Di Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani , Georgetown.
Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Bubramaniar di
Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel.
Perbandingan Malaysia dan India
Agama Hindu berasal dari India dan dibawa ke Malaysia oleh buruh-buruh ladang
pada zaman penjajahan British seawal 1786 di Pulau Pinang. Di ladang-ladang ,
kuil-kuil Hindu dibina dengan pembiayaan beberapa penganut Hindu. Oleh yang
demikian saiznya tidaklah begitu besar . Antara kuil yang bersaiz besar terletak di
Sungai Petani, Georgetown, Teluk Intan, Hutan Melintang , Seremban, Johor Baharu
, Kuala Lumpur dan lain-lain.
Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia berbanding dengan di India, Di India,
Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Thaipusam dapat
menyatukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar dan bertumpu
kepada beberapa kuil Hindu yang besar sahaja.
Cuti
Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti
di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari
2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah
mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Perlis, Kedah,
Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam
sebagau cuti umum.
Tarikh Perayaan Keterangan
Thaipusam
Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut agama Hindu, serta
sebagai tanda penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam. Perayaan
ini paling meriah disambut di Kuala Lumpur, di mana kenderaan berhias tuhan
Muruga dibawa berarak menerusi jalan-jalan tertentu di bandaraya sebelum berakhir
di Batu Caves, Selangor. Ribuan penganut berarak sambil memikul Kavadi, menarik
perhatian ramai pengunjung. Thaipusam diraikan secara besar-besaran di Selangor,
Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Perak.
Lokasi: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Perak
1 Feb, 2008
PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA
KRISTIAN
Pada Bulan Disember para penganut Kristian merayakan Hari Krismas sebagai
menandakan kelahiran Nabi Isa a.s., dengan bersembahyang di gereja-gereja dan
menziarahi suadara-mara dan rakan-rakan.
Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai
mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan
pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni. Bingkusan-bungkusan
hadiah diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut Christmas Carol
dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang.
Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana
persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan
menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur
kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa
hadiah kepada mereka.
Krismas (harafiah: Massa untuk Kristus) juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah
hari raya untuk penganut Kristian, disambut pada 25 Disember bagi memperingati
kelahiran Yesus Kristus. Menurut kitab Alkitab Perjanjian Baru, Yesus dilahirkan oleh
Maria di Yerusalem. Penganut Kristian percaya bahawa kelahiran Yesus menepati
ramalan Yahudi mengenai kelahiran seorang Juruselamat dari susur galur Daud
(David), yang akan menebus manusia dari dosa Nabi Adam (original sin).
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa
gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan
negara (Mesir, Habsyah, Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari
disebabkan mereka mengikuti kalendar yang berlainan (kalendar Julian berbanding
kalendar Gregorian).
Perayaan Krismas
Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ
telah dihidupkan kembali ("dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut
antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal
Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan
pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah
disalib. Pada Ahad Palma ("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu
Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para
paderi.
Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan
coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan
tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini
selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim
dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan.
Good Friday ialah hari Jumaat sebelum sambutan perayaan Easter (perayaan
Easter lazimnya jatuh pada hari Ahad) yang disambut di Sabah dan Sarawak.
Lokasi: Sabah dan Sarawak
Hari Ahad Easter
Good Friday
19 Mei, 2008
PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH
RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA BUDDHA
Bagi para penganut agama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak
sebagai memperingati tiga peristiwa penting di dalam hidup Buddha, iaitu hari
keputeraannya, hari mencapai kemantapan fikirannya dan juga hari
kemangkatannya. Di perayaan tersebut, upacara-upacara bersembahyang dan
perarakan diadakan.
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari
Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama
Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima
di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi
untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-
simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik
Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan:
Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada
ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada
perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai
Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam
kehidupan.
Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan
ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
Hari Wesak
Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong
sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang
memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".Selepas itu penganut
Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga
merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para
sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh
dunia.Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan
mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api
sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.Ia dirayakan dalam bulan
Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa
penting, iaitu:
1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-
Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
Tarikh Perayaan Keterangan
Hari Wesak
Pada hari Wesak, penganut Buddha memperingati kelahiran, kesedaran dan
kematian Buddha. Para penganut mempersembahkan pemberian mereka dan
menjalankan upacara seperti ‘mandian patung Buddha’, pembacaan mentera dan
membakar colok. Upacara perlantikan sami biasanya dilangsungkan di kuil-kuil
Buddha. Pada sebelah malam diadakan perarakan di kotaraya seperti Kuala
Lumpur, Johor Bharu, Seremban, Melaka dan Georgetown.
Lokasi: Seluruh Malaysia
30 Mei, 2008
PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM MINORITI DI MALAYSIA
Di Sabah dan Sarawak, terdapat pula perayaan-perayaan tradisi orang Kadazan dan
Dayak yang memperkayakan lagi kebudayaan masyarakat Malaysia. Pada bulan
Mei setiap tahun di Sabah, orang-orang Kadazan mengadakan Perayaan Menuai
yang merupakan satu acara penting untuk para petani mereka. Kemuncak perayaan
ialah persembahan tarian Sumazau. Tamu Besar atau pasar tahunan pula
merupakan satu pesta di mana acara-acara sukan tradisional diadakan.
Perayaan Tadau Kaamatan atau juga dikenali sebagai Pesta Menuai diraikan
sepanjang bulan Mei oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah sebagai tanda
kesyukuran petani kepada Kinoingan iaitu Pencipta, juga sebagai satu hari bagi
mereka memuja semangat padi bernama Bambaazon supaya hasil pendapatan padi
mereka meningkat setiap musim.
Perayaan ini disambut dengan hidangan minuman tapai arak beras sebagai
minuman istimewa. Pelbagai acara menarik diadakan seperti pertandingan ratu
cantik, sukan rakyat serta persembahan tarian Sumazau yang sinonim dengan kaum
Kadazandusun.
Perayaan Tadau Kaamatan
Tarikh Perayaan Keterangan
Tadau Kaamatan
Pesta ini disambut setiap tahun oleh komuniti etnik terbesar di Sabah, iaitu kaum
Kadazan Dusun. Perayaan kesyukuran ini diadakan sebagai tanda penghormatan
kepada semangat padi yang digelar Bambaazon, atas hasil tuaian padi yang
lumayan. Kemuncak perayaan ini termasuk jamuan minuman tuak, makanan serta
tarian tradisional, pertandingan Ratu Cantik, perlumbaan kerbau dan sebagainya!
Lokasi : Sabah
1 Jun, 2008
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap
tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan
disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai
Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai
memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa
supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara
Perayaan Gawai Dayak
minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan
makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh
beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang
pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah
panjang.
Perayaan-perayaan tradisi orang-orang Dayak di Sarawak pula terdiri daripada
Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan
dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran
setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang
sudah meninggal dunia). Paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.
Tarikh 1 jun adalah Hari Gawai di mana beberapa gawai dirayakan di negeri
tersebut.
Perayaan Pesta Gawai
Perayaan Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak untuk
meraikan tamatnya musim menuai padi pada 1 Jun setiap tahun. Pelbagai jenis
makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan
tanda terima kasih ke atas rezeki yang diberikan.
Pesta ini disambut dengan meriah dengan persembahan seni mempertahankan diri,
pertandingan ratu cantik, pertandingan tarian Ngajat, demonstrasi menyumpit dan
pertandingan sabung ayam.
Tarikh Perayaan Keterangan
Gawai Dayak
Gawai Dayak disambut oleh kaum Iban, Orang Ulu serta Bidayuh di Sarawak pada
awal bulan Jun bagi menandakan penghujung musim menuai. Perayaan yang
mempesonakan ini memaparkan pelbagai upacara tradisional serta tarian yang
diadakan di rumah-rumah panjang di seluruh Sarawak. Sanak-saudara serta para
pengunjung dijamu minuman tuak serta hidangan ayam yang dimasak di dalam
buluh, dan pelbagai masakan tradisional yang lain di rumah-rumah terbuka di sini.
Lokasi : Sarawak
7 Jun, 2008
Top Related