7/29/2019 Kata Dasar Dan Kata Akar
1/5
Kata Dasar dan Kata Akar
Abdullah Hassan (2007) menjelaskan bahawa hampir semua perkataan dapat
menerima imbuhan untuk menjadi kata terbitan. Kata yang diimbuhkan disebut
kata akar. Gabungan antara kata akar dengan imbuhan disebut kata terbitan.
Kata akar ialah perkataan asal, iaitu yang tidak mempunyai imbuhan,
manakala kata terbitan ialah perkataan yang diterbitkan oleh kata akar, iaitu kata
yang mempunyai imbuhan. Abdullah Hassan menegaskan bahawa kata akar boleh
menjadi kata dasar, seperti:
Kata Akar Kata Dasar
pakai pakaian
angkat angkatan
Kata terbitan juga boleh berfungsi sebagai kata dasar. Contohnya, pakaian
(berpakaian), berangkat (keberangkatan), dan peroleh (perolehan) (Abdullah
Hassan, 2002). Perkataan terbentuk daripada dua unsur bahasa,
iaitu morfem dan kata. Morfem ialah unit bahasa yang terkecil yang mempunyai
makna atau fungsi tatabahasa. Contohnya, ber-, me-, dan men- ialah morfem,
bukan perkataan kerana unsur bahasa ini mempunyai fungsi tatabahasa tetapi
tidak mempunyai makna.
Tentang perbezaan antara konsep kata akar dengan kata
dasar, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985) menjelaskan bahawa kata akar
ialah kata yang menjadi akar atau inti sesuatu perkataan,yang terdiri
daripada dua morfem atau lebih.Contohnya, bangunan (bangun), pendirian
(diri), dan bersenam (senam). Kata dasar pula ialah kata yang boleh dikenakan
http://1.bp.blogspot.com/_bB9A1Xg9Jy8/S8aDO_zh4jI/AAAAAAAAAUY/7mOCTHvf3PM/s1600/teknik+bercerita+012.jpg7/29/2019 Kata Dasar Dan Kata Akar
2/5
penambahan atau imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada kata akar,
kata akar dengan imbuhan, kata akar berulang, dan kata majmuk. Contohnya:
a) Kata akar: tunjuk (pertunjukan), raja (kerajaan)
b) Kata akar dengan imbuhan: perkembang (perkembangan), kebumi
(pengkebumian)
c) Kata akar berulang: main-main (mempermain-mainkan), ingat-ingat
(teringat-ingat)
d) Kata akar majmuk: surat khabar (persuratkhabaran), gambar rajah
(menggambarajahkan)
Huraian di atas adalah selari dengan penjelasan Abdullah Hassan (2002), yang
menyatakan bahawa ada tiga cara kata akar dapat dijadikan kata terbitan, iaitu a)
kata akar diimbuhkan: ajar (pengajar, diajar, mengajar, ajaran, pengajaran); b)kata akar digabungkan dengan kata akar lain: tanggung + jawab (tanggungjawab),
setia + usaha (setiausaha), kaki + tangan (kakitangan), dan dari + pada
(daripada); dan c) kata akar itu digandakan: rumah (rumah-rumah) dan gunung
(gunung-gunung). Rumusannya, kata terbentuk menerusi empat cara, iaitu
pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.
7/29/2019 Kata Dasar Dan Kata Akar
3/5
Kata Akar
2.7.1 Berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997)
dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata akar ialah bentuk morfem terikat yang
bukan imbuhan. Mereka turut menggolongkan kata akar ini sebagai segelintir daripada
kata dasar seperti kata akartapa yang menjadi dasar bagi
perkataanpertapaan dan nyala dalam perkataan nyalaan.
2.7.2 Pendapat kedua pula dikemukakan oleh Pitsamai Intrachat (1987) dalam
bukunya, Sintaksis Predikat Dalam Bahasa Malaysia. Beliau menyatakan kata akar
ialah morfem terikat yang tidak boleh berdiri sendiri, misalnya tari yang perlu
digabungkan dengan morfem lain sepertipe- menjadipenari.
2.7.3 Menurut teori Ferdinand De Saussure (1991: 24) dalam bukuLinguistic Theory
The Discourse Of Fundamental Works, kata akar disebut sebagai the root (racine) is
the irreducible element common to all words of same family the element in which
the meaning common to all related words reaches the highest degree of abstraction
and generality. Perkara utama yang disentuh di sini ialah kata akar tidak boleh
dikurangkan atau dipisahkan lagi kepada bentuk yang lebih kecil.
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata akar ialah morfem terikat yang bukan
daripada bentuk imbuhan. Kata akar tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan
morfem lain bagi melengkapkan maknanya, contohnya kata akar rama dan juang. Kata
akar ramaperlu digandakan menjadi rama-rama danjuang ditambah dengan
perkataan semangat juang bagi melengkapkan maknanya.
2.8 Kata Dasar
2.8.1 Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997: 69) dalamTatabahasa
Dewan Edisi Baharu, kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima
imbuhan. Mereka menyatakan kata dasar ini turut terdiri daripada morfem terikat
yang bukan imbuhan, iaitu kata akar. Contohnya perkataan bernyala dan pekebun.
7/29/2019 Kata Dasar Dan Kata Akar
4/5
Kata dasar bagi bernyala ialah nyala yang merupakan kata akar, manakala kata dasar
bagipekebun ialah kebun yang merupakan morfem bebas.
2.8.3 Ch. A. Van Ophuijsen (1983) dalam buku Tatabahasa Melayuyang diterjemah
oleh T.W Kamil daripada buku yang berjudulMaleiche Spraakkunst juga mentakrifkan
kata dasar sebagai kata yang menurut peraturan bahasa yang berlaku sekarang, tidak
dapat dipulangkan kepada bentuk yang lebih sederhana. Beliau menambah lagi kata
dasar Melayu yang bersuku kata tunggal terdapat sedikit sahaja seperti kata mas,
wang, moe dan koe.
2.8.4 Konsep kata dasar ini turut dijelaskan oleh Ferdinand De Saussure (1991: 24)
dalam Linguistic Theory The Discourse Of Fundamental Works. Beliau menyatakan
The radical is generally the common element in a series of related words and
conveys the idea common to every word. Daripada pendapat beliau ini, dapat dibuat
kesimpulan bahawa kata dasar merupakan bentuk atau unsur utama yang menjadi
dasar dalam kata dan membawa idea untuk setiap kata.
Secara ringkasnya, kata dasar ialah kata yang terdiri daripada morfem bebas dan
morfem terikat yang bukan imbuhan, iaitu kata akar. Kata dasar ini merupakan kata
yang menjadi idea utama dalam setiap kata dan tidak boleh dipulangkan dalam
bentuk yang lebih kecil lagi. Misalnya katajalan ialah kata dasar bagi berjalan yangmerupakan idea utama dalam kata tersebut dan tidak boleh dipisahkan
menjadija dan lan kerana tidak lagi berfungsi sebagai kata.
2.9 Kata Tunggal
2.9.1 Konsep kata tunggal ada dijelaskan oleh Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya
(1997) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Mereka mentakrifkan kata tunggal
sebagai bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak
menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal ini
terbahagi kepada dua jenis. Pertama, kata tunggal yang merupakan unit bebas dan
boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat seperti kataitu, pergi dan saya. Kedua, kata
tunggal yang merupakan jenis kata tugas seperti di, untuk dan yang.
7/29/2019 Kata Dasar Dan Kata Akar
5/5
2.9.2 Menurut Drs. Zainuddin (1992) dalam buku Materi Pokok Bahasa dan Sastra
Indonesia pula, kata tunggal ialah bentuk kata yang belum mendapatkan tambahan,
belum diberi imbuhan atau belum mengalami perubahan bentuk. Beliau memberi
contoh perkataan mandi, pergi, tulis dan baca yang tidak menerima sebarang
perubahan atau tambahan unsur-unsur lain.
2.9.3 R.L Trask menyebut kata tunggal sebagai singular word, iaitu In a language
with the grammatical category of number, that form of a word (most often a noun)
which is tipically used to talk about a single object such as dog, tree and idea.
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata tunggal ialah kata yang tidak menerima
sebarang bentuk imbuhan dan perubahan bentuk. Kata tunggal ini berpotensi
mengalami perubahan bentuk melalui proses pengimbuhan (pelajardan makanan),
penggandaan (baik-baikdangunung-ganang) dan pemajmukan (warganegara dan atur
cara). Kata tunggal boleh dibahagikan kepada empat golongan kata, iaitu kata nama,
kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku
kata seperti tin, sen serta lap dan dua suku kata atau lebih seperti doa,
suara serta masyarakat.
Top Related