Download - Gambar Kantin

Transcript

Untuk memastikan premis luar dan dalam kantin sentiasa bebas dari kehadiran makhluk perosak seperti lalat, lipas, tikus dan binatang peliharaan , pengusaha kantin telah memasangkan alat perangkap lalat serta mendapatkan perkhidmatan kawalan makhluk perosak dari syarikat swasta.

Makanan yang dimasak dihidangkan dalam bekas tertutup atau menggunakan pembungkus plastik yang sesuai supaya makanan tidak terdedah kepada habuk dan urungan lalat dengan suhu yang bersesuaian.

Tong sampah yang mencukupi ,dialas dengan beg plastik, sentiasa bertutup , berada di lokasi yang betul dan diselenggara dengan baik oleh pihak kantin.

Bekas yang sesuai dan sentiasa bersih disediakan oleh pihak kantin bagi mengumpul sisa makanan agar ianya dapat dilupuskan dengan sempurna

Penyediaan makanan mentah untuk dimasak disediakan di tempat yang bersih, tinggi serta kalis air bagi memudahkan tempat itu dibersihkan.

Makanan yang sedia dimakan dan mentah di simpan secara berasingan dalam peti sejuk bagi mengelakkan pencemaran bersilang. Makanan di susun secara teratur dan bersih di dalam peti sejuk yang berfungsi dalam suhu yang sesuai iaitu suhu chiller (0-40 C) dan suhu freezer (kurang dari -18 0C)Chiller ( 0 -4 C ) untukmenyimpanbuah-buahan, sayur-sayuranoSuhuFreezer ( -18 C ) untukmenyimpanikan, ayam, u

Chiller ( 0 -4 C ) untukmenyimpanbuah-buahan, sayur-sayuranoSuhuFreezer ( -18 C ) untukmenyimpanikan, ayam, udan

Untuk mengelakkan kantin dari kepanasan, kelembapan dan bau yang tidak menyenangkan penyedut asap dapur dipasang di bahagian atas dinding dapur kantin supaya minyak, asap,bau , haba dan wap air dari makanan yang dimasak dapat dikeluarkan dari kantin .

Satu jadual penjagaan kebersihan kantin disediakan dan ditampal di dinding kantin untuk pengendali kantin menjalankan tugas membersih premis dalam dan sekeliling kantin seperti lantai, dinding, siling, kipas , kepala paip, pemegang pintu, perlimbahan dan perparitan .

Menggunakan peralatan seperti pengepit, sudu, garpu atau sarung tangan semasa mengendalikan makanan yang sudah dimasak bagi mengelakkan pencemaran bersilang.

Pengendali makanan sentiasa memakai pakaian , penutup kepala , apron yang bersih dan kemas , memakai kasut yang bertutup serta tanda nama semasa bertugas mengendalikan makanan.

Penggunaan bahan-bahan media massa seperti poster makanan seimbang , papan tanda cara mengelakkan keracunan makan , risalah tatacara makan dan membeli di kantin yang ditampal di dinding dan papan kenyataan kantin sekolah adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang penjagaan kesihatan dan keselamatan ketika berada di kantin.