Download - Gabungan -trusted....tegahan jualan secara tipu

Transcript

HURAIAN RINGKAS HADISSood

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah s.a.w. melarang jual beli dengan cara lemparan batu dan jual beli secara tipu.

Dalam hadis ini,dijelaskan jual secara gharar yang umum,tetapi amat luas sekali bentuknya. Ia merupakan tegahan dan larangan yang membawa maksud bertentangan dengan agama dan syariat., oleh itu, jual beli yang termasuk dalam jual beli gharar banyak sekali,antaranya :

c) Menjual ikan dalam air.d) Jual benih binatang.e) Menjual burung di udara.f) Mengambil upah atau sewa binatang untuk

pengawanan.

Bagi konteks lain pula,jual beli secara tipu yang dimaksudkan ialah, jualan yang tidak jelas atau juga berbentuk kesamaran diantara dua perkara,seperti :

c. Salah satunya berdasarkan tujuan yang betul dan yang lain adalah sebaliknya.

d. Menjual sesuatu yang tidak diketahui sewaktu akad.e. Menjual sesuatu barangan yang mana nilainya akan

ditentukan di pasar.

Semua itu adalah haram,kerana ia membawa kepada unsur perselisihan dan pertelingkahan kerana tidak jelas.

Jual beli secara gharar merangkumi urusan niaga yang belum tentu harganya,rupanya,waktunya, dan tempat,barangan yang tidak dapat diserahkan dan tidak diketahui jenisnya.

Wafiy Jualan yang tidak sah Dan diharamkan.

Bentuk dan jenis jual beli berunsur penipuan tersebut banyak sekali,antaranya ialah:

iii.Jualan secara baling batu atau jualan al-hasah.ulamak berselisih pendapat mengenai jualan ini iaitu : Pertama : sesetengah menjelaskan atau menyatakan bahawa ia adalah itu menjualkan barangan itu kepada orang lain,seperti: pakaian yang mana terkena lemparan batu ketika ia melemparkan batu tersebut.Kedua : menjual sesuatu barangan kepada orang lain sejauh lemparan batu.Ketiga : ada ulama yang menafsirkan atau mengatakan ia bermaksud,syarat boleh khiyar atau syarat hak khiyar selama atau sehingga batu dilemparkan.Keempat : ada yang mengatakan lemparan batu atau lemparan itu sendiri dijadikan sebagai barang jualan.iaitu antara lain bermaksud,apabila batu itu sudah dilemparkan,beerti jual beli itu dikira secara langsung.

Untuk itu jual al-hasah ialah: jual beli yang dilaksanakan dengan cara melempar atau membaling biji batu dan sebagai contohnya penjual berkata : awak balinglah batu itu, mana-mana pakaian yang terkena lemparan batu awak itu,awak bayarlah harganya yang tertentu.bentuk permainan yang ada zaman moden ini,khasnya pada masa pesta dan fun fair ada permainan yang berunsur sebegini.iaitu seseorang mencampakkan rotan atau benda-benda tertentu yang telah ditetapkan oleh penjual atau pengurus permainan tersebut.mana-mana barang yang terkena dan masuk dalam gelung rotan tersebut dikira menjadi miliknya.semua itu diharamkan,kerana ia berunsur judi berdasarkan dalil daripada abu hurairah yang bermaksud : rasulullah s.a.w melarang jual beli secara lontaran batu.

sebagai rumusannya,jualan al-hasah tersebut antara lain dengan salah satu daripada cara berikutnya,iaitu : Pertama : seseorang berkata: saya melontar atau membaling dengan batu ini dan di atas mana-mana pakaian ia jatuh atau terkena,yang itu dikira saya jualkan untuk awak. Atau juga mana-mana tempat atau bahagian tanah atau bumi yang sampai batu itu,dikira ia adalah jualan untuk awak.justeru itu ia tidak sah,kerana menjual sesuatu yang tidak diketahui atau majhul.Kedua : seseorang berkata : saya lontarkan batu ini,dan kiranya ia jatuh atau terkena mana-mana bahagian bumi,pakaian tertentu dijual kepada awak dengan nilai tertentu.Ketiga : seseorang berkata : saya jualkan pakaian ini dengan nilai tertentu,namun hanya boleh khiyar atau membuat pilihan selama mana saya membaling batu ini (iaitu selagi batu belum jatuh ke bumi). Ia juga tidak sah kerana diberikan khiyar yang tidak diketahui.

Hadis tersebut di atas adalah berkaitan dengan jualan yang haram serta tidak sah atau batal menurut pendapat imam al-syafi’I,manakala menurut imam malik dan abu hanifah adalah fasad. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh abu hurairah yang bermaksud : sesungguhnya rasulullah s.a.w menegah daripada melakukan jual beli secara tipu.

Qhairul Aizat bin Shahrull Ramadzan6 Abu Bakar al-Siddiq

Menjual buah-buahan yang berada di pokok yang masih belum jelas masaknya atau belum jelas keadaan baiknya. Tegahan tersebut sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar:

ل تبيعوا الثمر حتى يبدو صلحه Maksudnya: Janganlah kamu menjual buah-buahan hinggalah

jelas masaknya. Dalam hadis lain sebagaimana berikut:أن رسول ال صلى ال عليه وسلم نسهى عن بيع النخل حتى يزهو وعن السنبل حتى يبيض ويْأمن

العاهة نهى البائع والمشتري Maksudnya: Nabi melarang menjual buah kurma sehingga

jelas atau nyata jadinya, dan baginda juga melarang menjual buah bertangkai (seperti padi dan gandum) sehingga berisi dan selamat dari hama atau penyakit, tegahan terhadap penjual dan pembeli.

Dalam hadis lain lagi berkaitan dengan menjual buah-buahan ialah sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik:

أن رسول ال صلى ال عليه وسلم نهى عن بيع الثمرة حتى تزهي قالوا وما تزهي قال تحمر فقال إذامنع ال الثمرة فيم تستحل مال أخيك؟

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi melarang menjual buah-buahan sehingga sempurna. Para sahabat bertanya: Apakah tanda sempurnanya itu? Baginda menjawab: Berwarna merah. Dan baginda berkata lagi: Apabila Allah menghalangi buah itu untuk menjadi sempurna, dengan cara atau jalan apa kamu menjadikan halal harta saudaramu itu.

Dalam hadis yang lain lagi berkaitan menjual kurma yang belum sampai atau belum jelas eloknya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik:

أن رسول ال صلى ال عليه وسلم نهى عن بيع الثمرة حتى تزهو وعن بيع العنب حتى يسود وعن.بيع الحب حتى يشتد

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi melarang menjual buah-buahan hinggalah sempurna dan menegah menjual anggur sehingga berwarna hitam dan melarang menjual bijiran sehinggalah bernas atau berisi.

Antara lain juga ditegah menjual buah yang belum boleh dimakan atau belum cukup matang. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, katanya:

أن رسول ال صلى ال عليه وسلم نهى عن بيع الثمرة حتى نطعم Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. menegah

menjual buah-buahan hinggalah boleh dimakan.

Sekian Terima Kasih

Menjual sesuatu yang belum wujud atau belum ada dalam pemilikannya, kemudian apabila ada orang yang pelukannya, ia membelinya dan diserahkan kepada orang yang berhajat barang tersebut selepas itu. Termasuk dalam kategori ini juga ialah menjual barangan yang dibeli oleh seseorang, namun ia menjualkannya kepada orang lain sebelum ia menerima barangan tersebut. Dalilnya ialah sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam, beliau pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., dimana ia pernah berkunjung oleh seseorang lelaki yang bertanya kepadanya berkaitan dengan menjual barangan yang tiada ditangannya, baginda bersabda :- Janganlah engkau menjual sesuatu yang engkau tidak memiliki.

Sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis lain daripada Amru bin Syu’ib daripada bapanya daripada datuknya, sesungguhnya Rasululluh s.a.w. bersabda :

- tidak ada talak, kecuali terhadap isteri yang engkau memiki, tidak ada pembebasan hamba melainkan apa yang engkau memiliki, tiada ada jualan melainkan apa yang engkau memiliki dan inb al-sabah menambah tidak ada perlaksanaan nazar kecuali apa yang engkau miliki.

Antara lain pula, bentuk jualan lain yang ada kaitan dengan bentuk ini ialah seseorang yang membeli bahan makanan, seperti tepung, tidak boleh menjualnya sebelum disukat terlebih dahulu. Tegahannya berdasarkan hadis sebagaimana sabda baginda iaitu :

- sesiapa yang membeli makanan jangan ia menjualnya sehingga ia disukat.

Najib

Menjual tiang atau rangka pada rumah atau bangunan. Ia tidak sah dan berunsur tipu kerana tidak dapat diserahkan dengan sempurna. Antara lain juga ia tidak dapat diserahkan melainkan dengan meruntuhkan bangunan atau rumah tersebut. Begitu juga jual beli berka, gelas dan pinggan mangkuk yang pecah, kerana ia akan membawa mudarat atau membahayakan orang lain.

Menjual bulu binatang yang masih pada tubuhnya, seperti : bulu biri-biri yang masih wujud pada badan atau kulit binatang tersebut, walupun dengan syarat memotong atau menguntingnya. Hal itu kerana ia akan bertambah dan panjang. Untik itu, sesuatu yang bertambah itu tidak sah dan batal jual belinya serta tidak termasuk dalam jual beli. Begitu juga ditegah menjual susu yang ada dalam telek binatang.

Hadis Hukum : Tegahan Jualan Secara Tipu-wan-

• Jual beli munabazah ialah jual beli sesuatu benda atau barang atau pakaian denagan cara mencapakkan atau melemparkannya. Contohnya seseorang berkata : Saya buangkan atau campakkan kepada awak pakaian saya dan awak campakkan kepada saya pakaian awak, iaitu di antara mereka ada pertukaran. Ia dikira tidak sah.

• Menurut setengah pendapat, munabazah tersebut dikira batal kerana ia ada persamaan dari sudut batalnya jual beli secara mulasamah iaitu: seseorang menjual pakaian dengan dengan pakaian lain yang berlipat-lipat, serta tidak ada peluang khiyar selepas sibentangkan atau dibuka lipatannya.

Munabazah ditafsirkan dengan beberapa takwil, iaitu:8. seseorang yang berkata: apa sahaja barangan awak campakkan kepada

saya, saya membelinya. Atau juga: pakaian yang saya campakkan kepada awak, saya jualkan pada awak.

11. seseorang berkata: saya jualkan pakaian ini kepada awak dengan berdasarkan bila atau apabila saya buangkan atau campakkan kea rah awak, maka ia dikira jadi jual beli dan awak tidak ada khiyar atau tidak boleh pilih lagi.

antara lain juga ialah seseorang berkata: campakanlah barang atau pakaian kepunyaan awak itu dan saya akan campakkan pula kepada awak harga atau bayarannya, tanpa ditentukan berapa jumlahnya.

Pengharaman dan tegahan bentuk atau jenis jual beli mulasamah dan munabazah berdasarkan hadis berikut iaitu riwayat Anas bin Malik :

نهى رسول ال صلى عليه وسلم عسسن المحاقلة والمخاضرة والملمسة والمنابذة والمزابنة

Maksudnya: sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang daripada jual beli secara muhaqalah, mukhadarah, mulamasah, munabazah, dan muzabanah.

Ditegah menjual buah-buahan yang masih di tangkai. Iaitu secara muhaqalah.

Selain itu,menjual buah kurma rutab dengan buah kurma kering atau tamar, menjual anggur dengan zabib, iaitu anggur kering adalah ditegah. Diharamkan juga menjual biji gandung dengan tepung. Diharamkan keran berunsur riba.

Diharamkan juga jualan secara mukhadarah iaitu menjual buah-buahan atau bijirin yang belum cukup masak atau belum dapat dimakan. Manakala secara muzabanah juga ditegah iaitu menjual buah-buah di pokok atau yang masih dipokoknya dengan buah yang telah keringkan dengan cara bersukat.

Jualan bentuk itu juga adalah dikira tidak sah dan diharamkan. Iaitu ia merangkumi samada jualan itu dengan bintang dan daging sama jenis seperti: menjual daging lembu dengan lembu atau berlainan jenis,seperti: menjual daging lembu dengan biri-biri dan lainnya.

Pengharaman dan dalil tegahannya ialah berdasarkan hadis daripada Samurah bin Jundab :

أن النبى صلى ال عليه وسلم نهى عن بيع الحيوان .بالحيوان

Maksudnya: sesungguhnya Nabi menegah menjual binatang dengan binatang.

Antara lain juga ditegah dan diharamkan menjual daging kering dengan daging basah.kerana ia berunsur RIBA.

Pembentang:ahmed sollehin ibnu supardi

Orang bandar menjualkan barangan orang desa,

:ia membawa maksud tidak boleh orang bandar menjual apa sahaja barangan kepunyaan orang desa.orang bandar tidak boleh menjadi pengantara atau orang tengah antara penjual dan pembelinya.dalam istilah arab,sebagai simsar dan ia memang berlaku di dalm masyarakat arab semenjak zaman nabi lagi dan sehingga sekarang,khasnya berkaitan dengan perniagaan dan perdagangan.

Pengantara atau orang tengah yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah mereka yang bergerak secara haramdan terdapat unsur-unsur penipuan.tegahan tersebut dijelaskan sebagaimana hadis daripada ibn.abbas:

ل تلقوا الركبان ول بيع حاضر لبادRumusannya,selain daripada hukumnya yang

haram,ia mengingatkan sikap suka mengambil kesempatan daripada penat lelah orang lain serta mendapat wang dengan cara mudah ini tidak akan mendapat keberkatan daripada Allah

Menurut jumhur ulama,pengertian diatas ialah sesuatu jualan yang masih dalam tempoh khiyar. Yang mana dalam tempoh ini ada seoarang pembeli ingin membeli barangan yang sudah dipilih oleh pembeli yang lain dengan harga tawaran yang tinggi untuk memilikinya dengan syarat ia membatalkan penjualan daripada pembeli yang pertama dan menjual barangan yang telah dijual itu kepada pembeli kedua. Ramadan

Haram. Ia dapat dijelaskan melalui hadis daripada Ibnu Umar:

ل يبيع بعضكم على بيع أخيه Janganlah seorang itu menjual diatas jualan

saudaranya. Hal ini diharamkan demi menjaga hubungan

baik sesama Islam, agar tidak berlaku pergaduhan, pertelingkahan dan sebagainya.

Hukum menjual anggur tidak haram, tetapi menjadi haram jika anggur itu di jual kerana untuk dijadikan arak dan minuman yang memabukkan.

Disediakan oleh : muhammad ramadan bin abdul malek chin

zulkefly

Mempengaruhi dan merangsangkan. Jualan ini berlaku terhadap barangan dan

dinamakan dengan jual najasy kerana ia menarik minat dan menaikan harga dengan cara tipu.

Menaikkan harga bukan tujuan untuk membeli. Iaitu seorang pendagang menyuruh atau

berpakat dengan orang lain agar memuji barangannya atau menawar dengan harga yang tinggi, agar orang lain tertarik dan merasa barang itu baik dan bermutu dan masih tidak mahal, kemudiannya ia ikut membelinya.

Jika kedua-duanya bersepakat iaitu, penjual dan orang yang meletakkan tawar menawar dengan tinggi sama-sama berdosa.

Seandainya ia tidak disepakati yang berdosa ialah najisy seorang.

Seseorang yang memuji barang jualan sendiri supaya laris atau laku atau juga ia berbentuk menawar dengan harga yang tinggi agar orang yang bakal membeli barangan itu beranggapan harganya masih kekal dalam harga patut, justeru itu ia mahu membeli barang itu walaupun harganya meningkat.

Nazirul Etika jual beli dalam Islam

Jika ingin menjadi seorang muslim yang sejati hendaklah mereka menjaga hubungan yang baik dengan Allah dan manusia. Khususnya perkara ang dijelaskan dalam hadis diatas dan perkara yang berkaitan dengannya. Justeru itu, persoalan pokok dalam hadis tersebut nabi s.a.w. dan Islam menengah serta mengharamkan aktiviti jual beli yang berunsur penipuan, riba dan judi. Antara etika jual beli dalam islam ialah :-

I. Jujur diantara penjual dan pembeli, iaitu penjual jujur terhadap nilai atau mutu dan sukatan yang cukup supaya pembeli berpuas hati. Mereka yang mengurangkan sukatan akan diazab. Sebagaimana firman Allah :

terjemahan : kecekalan besar kepada orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), (iaitu) mereka yang apabila menerima sukatan (gantang-cupak) dari orang lain, mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

I. Pembeli hendaklah jujur terhadap harga atau tentang harga barang yang dibeli itu. Contohnya, kiranya penjual tidak mengetahui bahawa barangan yang dijual itu adalah terlalu murah dan tidak patut dengan harga pasaran, pembeli menyatakan dan membayarnya dengan harga pasaran. Atau jika terlebih pulang baki dari sepatutnya, pembeli mesti pulangkan semula kepada penjual.

III. Penjual hendaklah menyatakan kecacatan atau sebaliknya terhadap barangan yang dijual. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir, bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda :

maksudnya : orang Islam adalah saudara orang Islam lain. Tidak halal seseorang muslim menjual sesuatu kepada saudaranya yang ada cacatnya, melainkan ia menerangkan kecacatannya tersebut kepada saudaranya itu.

Dalam hadis yang lain lagi daripada Wathilah bin al-Asqa’ , Rasulullah bersabda :

Maksudnya, tidak halal seseorang menjual sesuatu barangan kecualilah ia menjelaskan (cacat atau aib yang ada padanya). Dan tidak halal bagi seseorang yang mengetahui yang demikian itu (cacat), melainkan ia seharusnya menerangkannya.

Fauzan

Barang yang telah dibeli dan ada cacat boleh dikembalikan. Jika jelas ada cacat sebelum akad, penjual hendaklah menerima semula barangan tersebut. Sebagaimana hadis daripada Aisyah :

أن رسول ال صلى ال عليه وسلم قضى أن الخراجبالضمان

Ertinya : sesungguhnya Rasulullah s.a.w menghukum bahawa hasil yang diperolehi (boleh dimiliki), sebab menanggung.

Pembeli mengembalikan barang cacat kepada penjualnya dengan syarat barang tersebut dikembalikan dalam keadaan elok seperti mula-mula dilakukan jual beli. Namun begitu, jika perselisihan antara penjual dengan pembeli berkaitan kerosakan barang, dipegang kata-kata penjual. Sebagaimana hadis daripada Abdullah bin Mas’ud :

.إذا اختلف البيعان فالقول قول البائع والمبتاع بالخيارMaksudnya : apabila penjual dan pembeli berselisih, perkataan penjual dan pembeli berhak khiyar.

Tidak melakukan sorok. Islam mengharamkan sebarang bentuk tindakan dan kegiatan menyorok barang. Khasnya tujuan untuk menaikkan harga barang. Sebagaimana hadis daripada Ma’mar bin Abdullah al-’Adawy, nabi bersabda :

ل يحتكر إل خساطئMaksudnya : tidak melakukan sorok, melainkan orang yang salah atau berdosa

Dalam hal ini, haraqm dan tegahan melakukan sorok untuk menaikkan harga barang.

Etika jual beli Islam, jika barang hilang, kemudiannya didapati oleh pemiliknya berada pada tangan pembeli dengan berdasarkan bukti atau lainnya dan ia yakin barang yang berada pada tangan pembeli adalah barangnya, ia berhak menuntut atau mengambil kembali barangan tersebut. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan Samurah bin jundab :

من وجد عين ماله عند رجل فهو أحق بهSesiapa yang mendapati barang kepunyaannya ada pada seseorang(hilang atau dicuri), ia lebih berhak terhadapnya.

Tajuk:Tegahan jualan secara tipu

Muraabbi:Ustaz tuba nihrir b in hassan

Stpm .

Fikri

Orang yang menipu tidak diberkati hasil atau sumber pendapatan.

@ Hasil rezeki yang diperolehi secara tipu,ia bukannya rezeki,tetapi ia akan

mengundang bencana dan bahaya terhadap

dirinya.Mereka yang menipu akan mendapat kemurkaan

Allah dan azab di akhirat nanti.

Ia juga boleh menyebabkan pergaduhan dan pertelingkahan.

@ Ada pendapat mengatakan,jika tiada penipuan

dalam perniagaan maka ia tidak kaya.Tetapi

hakikatnya ia adalah dusta dan seolah-olah

menghalalkan apa yang Allah haramkan dan

ia boleh membatalkan iman.

Nabi menafikan ia sebagai golongannya.Sebagaimana Hadis yang mana suatu hari Nabi pergi ke pasar dan memasukkannya jarinya kedalam bekas tepung.Hadis daripada Abu Hurairah.Maksudnya.

@ Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. pernah melewati penjual makanan,Baginda memasukkan jari tangannya ke dalam makanan tersebut, Baginda dapati makanan tersebut basah (dibawahnya).Baginda bertanya:Apa semua ini wahai penjual?Jawab penjual:Ia basah ditimpa hujan.Baginda bertanya lagi:Kenapa engkau tidak meletakkannya di atas supaya pembeli dapat melihatnya.Sesiapa yang menipu,bukan golongan kami. Berdasarkan hadis diatas haram hukumnya menyembunyikan kecacatan atau aib.Ia mestilah dinyatakan terlebih dahulu kepada pembeli.

Sekian,terima kasih muhammad fikri bn abdul rashid 6atas abu bakar

b..