7/28/2019 31 Mei
1/97
Nass Alina Noah
1
Prolog
A
WAK ni badan lembik
macam katak pun nak
masuk Kesatria ke?
Puteri memandang takut-takut ke arah komando
yang sedang menengkingnya. Selalu sangat dia dimarahi oleh
komando lelaki itu. Entah apa sebabnya, dia sendiri pun tak
tahu. Sama ada dia sendiri sudah menjadi katak yang lembik
itu atau komando itu adalah jelmaan katak ganas. Tak pun
raksasa katak dalam siri Ultraman tu! Tapi Ninja Turtle
lebihhandsome kalau nak banding dengan katak.Argh! Aku bukan nak cerita pasal katak la! Grrr!
Awak ni datang nak buat lawak sarkas ke nak buat
apa ni? Kalau rasa badan tu tak bersemangat, lembik macam
jeli, baik awak duduk rumah, masak! Tak pun pergi tangkap
katak aje! marah komando itu lagi.
Kali ini Puteri angkat muka untuk menjawab.Bukannya hendak kurang ajar tetapi sudah lumrah alam
dan kejadian. Tubuh wanita, kan lembik? Mestilah nampak
lembik.
7/28/2019 31 Mei
2/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
2
Lagi satu macam mana dia tahu aku suka makan
jeliek?
Saya. Puteri tidak dapat meneruskan.
Ooo nak menjawab ya? Baik, saya nak... awak
duduk mencangkung kat situ dan dengar saya nyanyi.
Dahi Puteri berkerut seribu. Rasanya inilah
hukuman paling berat yang pernah diterimanya.
Terpancar sejalur cahaya di kelopaknya serojabak kemilau samarinda, memukau mata hati ini untuk
seketika. Lamunanku tersentak, lalu kumendongak
gemuruh rasa... lantaran terkena duri tapak sulaiman. Siapa
gerangan sang puteri mengalung cinta di leherku dan terus
berlari aku cuba menangkap bayang-bayangnya di antara
kembang seroja dan tapak sulaiman Puteri Seroja anak
tapak sulaiman ooo jemput makan siput sedut oooPuteri Siput Seduttt.... Pasti cintakan bersua.
Huh! Suara macam katak pun nak nyanyi! Puteri
senyum sambil mencebik. Kalaulah komando katak ini tahu
dia mengutuknya dalam hati, entah apa lagi hukuman yang
akan diberikan kepadanya.
I love you....
Puteri diam.
I love you....
Kali ini Puteri senyum nipis. Sama sekali dia tidak
menduga komando yang garang selama ini boleh menyimpan
perasaan terhadapnya. Melaazkan kata-kata cinta di hadapan
semua orang. Dia telah silap mentasir, tersalah meneka.
Baru hari ini dia tahu komando katak pun seorang manusia
biasa. Punya hati, punya rasa, dan punya cinta.
Saat ini mata Puteri redup memandang mentari di
7/28/2019 31 Mei
3/97
Nass Alina Noah
3
langit. Pandangannya tembus. Mentari cintanya pernah
gerhana. Kali ini, hari ini biarlah panas berpanjangan.
Biarlah sinarannya menyuburkan cinta mereka. Biarlah kasih
mereka semerah mentari sehingga ke alam syurga.
7/28/2019 31 Mei
4/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
4
H
EI Put! Terkejut kita orang!
Bila sampai?
Semua yang ada
memandang ke arah pintu yang terbuka. Tiba-tiba sahaja
Puteri muncul tanpa salam atau bunyi tapak kasut.
Cuti sudah berakhir. Semester baru sudah bermula.
Pelajar-pelajar yang menghabiskan cuti di kampung halaman
masing-masing sudah mula kembali ke Kuala Lumpur.
Menambahkan kesibukan kota raya yang membangun sejak
puluhan tahun dahulu.Puteri hanya tersenyum nipis, perlahan-lahan
masuk ke dalam rumah. Tidak peduli dengan rakan-rakan
serumah yang sedang memandang pelik ke arahnya yang
kelihatan tidak bermaya, seperti jiwanya tertinggal di
kampung. Lebih pelik barang-barang yang dibawa dari
kampung kali ini lebih banyak daripada biasa.
Mana Pinky? soal Puteri.
Errr Pinky belum datang lagi. Trac jam kat
atas awan tu. Banyak geroda kut, seloroh Mimi.
Bab1
7/28/2019 31 Mei
5/97
Nass Alina Noah
5
Ada lagi orang yang lebih lambat daripada aku!
Puteri menggeleng pendek.
Tak ada buah tangan ke? soal Umi. Teruja melihat
banyak barang yang dibawa oleh Puteri.
Tak.Errr aku nak mandilah penat!
Nak mandi aje? Mana buah tangan untuk kita
orang? sahut Cham.
Puteri menggeleng. Biasanya pasti ada serundingdaging, sambal bilis atau buah-buahan yang dibawa bersama
sebagai bekalan untuk mereka berkelah beramai-ramai.
Selain dapat merasa pelbagai jenis makanan yang pelik-pelik
yang dibawa dari kampung halaman masing-masing, mereka
juga akan bertukar-tukar cerita musim cuti mereka.
Mulut Mimi sudah terbuka seperti ingin bercakap
sesuatu. Sebenarnya, dia benar-benar teruja untukmengetahui apa yang telah berlaku kepada Puteri semasa
cuti. Puteri ada meneleonnya beberapa hari lepas
mengatakan dia akan bertunang. Itu adalah satu berita yang
mengejutkan. Tidak sabar rasanya untuk mengetahui
bagaimana majlis pertunangan Puteri. Namun, setelah
melihat wajah Puteri yang pucat dan tidak ceria, dia menutup
kembali mulutnya.
Tak ada apa-apa. Sorry guys, tak sempatlah.
Banyak hal yang berlaku kat kampung, jelas Puteri dalam
terpaksa. Dia penat sebenarnya.
Apa yang dah berlaku? Sahut Umi.
Sepintas lalu Puteri memandang Umi dan dua lagi
rakan serumahnya. Ah, dia sendiri tidak mahu menjawab
soalan itu untuk diri sendiri, inikan pula hendak
memberitahu orang lain. Sudahnya, dia mencebik sebelum
berlalu ke dalam bilik.
7/28/2019 31 Mei
6/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
6
Selepas mandi, Puteri terus tidur. Malas melayan
teman-teman yang sedang berseronok bergurau senda.
MACAMMANAaku boleh dapatresult 3.5 aje ni? kata Mimi
tidak puas hati. Sebenarnya dia sengaja hendak menyakat
Umi.
Umi pula tidak henti-henti mencebik. Dia hanya
mendapat CGPA 3.2. Geram dengan Mimi yang sengaja mahu
menunjuk-nunjuk keputusan yang diperolehinya. Mimi
memang seorang sahabat yang nakal, tetapi hatinya baik.
Peramah dan tidak pernah berkira.
Aku tahu la aku ni otak udang kau otak lembu.
Mesti la kau lagi cerdik daripada aku, kan? balas Umi.
Serentak rumah pangsa tingkat 2 itu riuh dengan
ledakan tawa mereka.
Macam mana dengan result kau Put? Mesti our
fat, kan?
Puteri diam. Soalan Mimi tidak dijawabnya. Namun,
pandangan orang di sekelilingnya seolah-olah masihmenantikan jawapan daripadanya. Tadi pun dia terjaga kerana
mereka bertiga tertawa kuat. Hendak sambung tidur balik
pun rasa mengantuknya sudah hilang. Hendak baring-baring
di dalam bilik, bilik pula sudah sesak dengan muka seorang
lelaki dan kenangan bersamanya.
Mimi dengan Umi saling berpandangan. Setahu
Mimi, semasa ujian tahun satu Puteri mendapat CGPA 4.0.
Selama dua semester sahabatnya itu mendapat Anugerah
Dekan. Namun, sejak bercinta prestasi Puteri semakin
7/28/2019 31 Mei
7/97
Nass Alina Noah
7
menurun. Sewaktu menduduki peperiksaan akhir semester
lepas, dia sedang dilanda krisis dengan teman lelakinya.
Bagaimana prestasi Puteri tidak menurun kalau bercinta
dengan buaya tembaga! Puteri pula sibuk jaga reban buaya
supaya buayanya tidak membaham kambing lain.
Okey aje sahut Puteri lambat-lambat.
Mereka berempat berbual-bual lagi. Banyak tawa
daripada ceritanya sehinggalah Pinky sampai. Pelbagai cerita
lucu dan menarik menjadi tajuk perbualan mereka ketika itu.Buah tangan yang dibawa oleh Pinky pula menjadi hidangan
utama. Semua orang bergembira, semua orang mempunyai
cerita untuk dibualkan. Puteri juga ketawa. Ketawa yang
dibuat-buat. Dia lebih banyak mengangguk dan menggeleng
sahaja. Selebihnya dia lebih suka berdiam diri.
Hah, semua dah ada ni aku sebagai ketuarumah, nak minta duit sewa. Mesti korang tengah kaya
nikan? kata Mimi selepas tiada lagi isu menarik untuk
dibualkan.
Semua mencebik ke arah Mimi. Memang mereka
kaya kerana duit yuran belum dijelaskan lagi. Kaya dengan
duit mak bapak.
Pinky meletakkan RM150.00 di hadapan Mimi.
Umi dan Cham juga begitu.
Hanya Puteri yang masih membisu.
Errr aku punya esok-esok la. Malas la nak masuk
bilik. Kata Puteri kerana semua orang memandangnya.
Hmmm esok nak kena bank in ni. Ada ke patut
Kak Ani callaku hari tu minta sewa bulan lepas. Aku nak
holiday pun tak aman!
Ilaian tawa mereka pecah lagi dengan gelagat Mimi.
7/28/2019 31 Mei
8/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
8
Puteri pula sudah terlelap dek keletihan.
Memang tuan rumah mereka cukup cerewet,bayaran sewa mesti dijelaskan mengikut tarikh yang telah
dipersetujui. Kemudian mereka menyambung cerita masing-
masing. Jam dua pagi barulah mereka masuk ke bilik masing-
masing.
PINKYdan Mimi masih belum dapat melelapkan mata. Sejak
tadi mereka bermain isyarat mata. Tertanya-tanya kenapa
wajah Puteri tidak ceria seperti biasa. Dan kenapa tiada
komando yang datang menghantarnya sehingga ke muka
pintu tadi?
Kau la tanya dia, Pink bisik Mimi dalam samarlampu jalan.
Pinky mengeluh panjang. Kemudian dia menghadap
Puteri yang membelakangkannya. Put bangunlah. Aku tau
kau belum tidur.
Mata Puteri terbuka. Memang sudah beberapa hari
dia tidak tidur dengan sempurna. Sampai bila dia akanmerahsiakan semuanya daripada mereka berdua? Perlahan-
lahan dia berpaling.
Muka kau ni dari tadi lagi aku perasan, macam
ada yang tak kena aje? kata Mimi.
Puteri hanya tersenyum nipis. Jelas dan nyata dia
memang tidak dapat menipu Mimi yang telah menjadi rakan
baiknya selama dua tahun ini.
Tak ada apa-apa la jawabnya dengan suara
mendatar.
7/28/2019 31 Mei
9/97
Nass Alina Noah
9
Mereka bertiga senyap. Senyap walaupun di halkum
masing-masing masih sarat dengan tanda tanya.
Errr macam mana majlis pertunangan kau?
Akhirnya suara Mimi memecah keheningan di antara mereka
bertiga.
Sudah lama dia menanti untuk bertanyakan soalan
ini. Tempoh hari Puteri sudah memintanya agar merahsiakan
pertunangannya daripada semua orang kecuali Pinky.
Katanya mahu membuat kejutan.
Puteri diam. Perkara inilah yang mahu dilupuskan
dari ingatannya. Namun, dinding bilik tidur yang sempit ini
bagaikan sedang menghimpitnya. Soalan Mimi bergema
sehingga sesak naasnya.
Hari tu bukan main lagi gaduh, alih-alih nak
bertunang. Terkejut aku! Biar betul! sambung Mimi lagi.Sempat lagi dia ketawa kecil.
Hmmm biasalah Mi... orang kampung, mestilah
buat dalam suasana kampung.... Akhirnya Puteri membuka
mulut, dalam nada yang cukup hambar.
Ada gambar tak? Bagilah kami tengok?
Puteri mengeluh kuat.Esok-esok la Mimi. Mengantuk ni. Puteri pura-
pura menguap melihat Mimi tidak mahu berhenti mendesak.
Alah taksporting la kau ni! sahut Pinky geram.
Puteri menutup mata. Tidak mahu mendengar
bebelan Pinky dan Mimi lagi.
Sudahnya mereka bertiga membisu meskipunsemuanya masih belum dapat melelapkan mata. Ada sesuatu
yang bermain di kiran masing-masing. Ada rahsia yang
disembunyikan oleh Puteri. Pasti ada sesuatu yang berlaku.
7/28/2019 31 Mei
10/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
10
Tapi apa?
Errr....Aku nak berhentistudylah.
Belum sempat Pinky mengusul, Puteri sudah
menyuarakan hasrat hatinya.
Serentak Mimi dan Pinky bangun.
Pinky mula menekan suis lampu meja.
Puteri menekup mukanya dengan bantal. Bukannyasilau tetapi dia tidak mahu orang lain melihat garis-garis
kesedihan pada wajahnya.
Kau cakap apa tadi Put? soal Pinky sambil
menjeling Mimi.
Puteri diam sejenak. Dia tahu mereka berdua telah
mendengarnya.Aku nak berhentistudy katanya dengan jelas.
Semasa di dalam bas, Puteri sudah memikirkan
semasak-masaknya untuk membuat keputusan ini. Apa
pilihan yang dia ada ketika ini? Kalaulah mereka berdua tahu
apa yang telah berlaku.
Mimi dan Pinky saling berpandangan.Put? Kau dah gila, ya? Mimi merengus,
menggeleng tidak percaya.
Puteri tertawa pendek melihat muka serius dua
rakannya.
Mimi terus menarik bantal yang menutupi wajah
Puteri. Mereka berdua berasak sehinggalah Pinky campurtangan dengan melontarkan bantal itu ke sudut dinding.
Sebab aku tak gilalah maka aku perlu berhenti
kata Puteri.
7/28/2019 31 Mei
11/97
Nass Alina Noah
11
Put I knew it! I knew it! Kau memang ada
sembunyikan sesuatu daripada kita orang, kan? Cuba story,
macam mana kau boleh couple balik dengankomando katak
tu lepas tu nak bertunang, dan tiba-tiba nak berhenti
study, kata Pinky yang masih belum berpuas hati.
Tak ada apa-apa la Pinky oi! Puteri memintas. Dia
mencapai semula bantal peluknya.
Aku tak nak cakap pasal benda-benda yang tak
penting! Aku nak berhentistudy. Itulah yang sepatutnya akubuat sejak dulu lagi. Aku rasa silap besar aku masuk UiTM
ni, jelas Puteri dengan riak serba salah.
Relakslah Put... ada apa-apa kita bincang, okey?
Cakap dengan kita orang kenapa kau nak berhenti? Kau
gaduh dengankomando katak ke? soal Mimi lagi.
Puteri diam. Berat mulutnya untuk menceritakansemuanya. Mereka berdua memang tahu yang dia tiada duit.
Yang mereka tidak tahu adalah komando katak telah
mengkhianatinya. Mahu sahaja dia mengusulkan kepada
mereka di mana lelaki lidah bercabang itu berada, tetapi
bimbang rahsia akan pecah pula nanti.
Aku rasa dah tak ada apa-apa lagi yang nak kita
bincangkan. Aku rasa inilah keputusan yang terbaik
sekarang ni. Aku aku ada masalah ekonomi. Kewangan aku
tak dapat bantu aku untuk study.Korang pun tahu, kan aku
ni orang susah?
Eh, selama nikan balak kau yang support kau,
kan? Kan ke dia ada? Kenapa kau terlebih emosi pulak ni?
Periodke? sahut Mimi.Puteri merenung tajam. Selagi dia tidak memberi
penjelasan yang selogiknya, selagi itulah semua orang tidak
akan berhenti mengusul soalan yang sama.
7/28/2019 31 Mei
12/97
7/28/2019 31 Mei
13/97
Nass Alina Noah
13
Pinky dan Mimi terdiam, tiada mood untuk
bergurau senda. Kenapa Puteri memberi terlalu banyak
alasan? Orang lain boleh buat, kenapa Puteri tidak boleh
buat? Puteri seperti sudah berputus asa sebelum mencuba.
Tidak bersemangat!
Tapi ramai students yang kerja untuk survive,
Put kata Pinky.
Puteri diam. Sebenarnya dia juga mampu kalau dia
mahu tetapi dia ingin pergi dari sini. Pergi jauh-jauh daritempat ini. Semua tempat ini akan hanya mengingatkan dia
kepada lelaki yang telah menghancurkan hatinya.
Errr... kau dah bagitau dia? Aku rasa dia pun tak
bersetuju dengan kau... soal Pinky pula.
Come on la guys! potong Puteri. Sudah rimas
diasak oleh Mimi, atau mungkin sudah rimas hendakmenjawab soalan berkaitan dia.
Ini hidup aku! Hanya aku yang berhak ke atas
kehidupan aku. Dia ada kehidupan dia sendiri, jelas Puteri
lagi.
Tapi dia tukan boyriendkau? sahut Mimi pula.
Puteri terdiam dengan mulut terbuka untukmenjawab. Apa yang sepatutnya diucapkannya? Hendak
membongkarkan semua rahsia? Tidak! Dia tidak sanggup! Ini
bukan masa yang sesuai. Ini bukan masanya untuk bercerita
mengenai dia. Ini adalah masa untuk memikirkan
bagaimana hendak mencari duit untuk hidup hari esok dan
seterusnya.
Tiba-tiba Puteri bangun. Errr... aku nak keluarkejap. Kita sembang lain kali aje, ya?
Puteri menonong keluar dari bilik.
7/28/2019 31 Mei
14/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
14
Pinky dan Mimi saling berpandangan.
Mesti ada yang tak kena, kan? Aku tau dia mestiada rahsia. Bisik Mimi selepas pintu tertutup.
Pinky mengangguk setuju dengan pendapat Mimi.
Puteri terus ke bilik mandi. Menangis semahu
hatinya. Sebenarnya dia tidak mahu lagi diasak dengan
persoalan yang memenatkan otaknya. Dia sendiri tidak ada
jawapan yang pasti untuk setiap soalan mereka.
Kehilangan dia adalah satu bencana besar dalam
hidupnya. Satu perubahan yang ketara pada hidupnya yang
selama ini bahagia. Kini suram dan malap. Waktu siang dia
seperti matahari, waktu malam dia adalah bulan bintang.
Tanpa dia Puteri buta. Seluruh hidup Puteri menjadi
gerhana.
7/28/2019 31 Mei
15/97
Nass Alina Noah
15
A
LAMAK tak dapat lagi!
Puteri mengeluh kesal.
Gagang teleon
diletaknya. Sudah banyak kali dia mendail nombor-nombor
tertentu bertanyakan status permohonannya untuk
mendapatkan pekerjaan di mana-mana syarikat. Namun, dia
gagal. Yalah, tanpa sijil dan pengalaman, peluangnya
memang tipis!
Dia berpaling melihat ke arah jalan raya. Begitu
banyak kenderaan lalu-lalang. Awan pula mendung. Mungkinakan hujan sebentar lagi.
Aduh sakitnya! Dia mula mendesis kesakitan.
Ditekan-tekan perutnya menahan sakit. Sejak
akhir-akhir ini dia kerap mengalami gastrik kerana menahan
makan. Dia terpaksa berjimat cermat untuk hidup di bandar
besar seperti Shah Alam ini. Berasakan terlalu perit, diaberlari-lari anak menuju ke deretan kedai di seberang jalan.
Hujan mulai merintik ketika ini.
Dia mula berjalan di sepanjang kaki lima, tanpa
Bab2
7/28/2019 31 Mei
16/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
16
arah haluan. Fikirannya menjadi kosong sehinggalah
hidungnya tercium sesuatu yang enak. Ayam panggang di
kedai Ayamas itu nampak begitu menyelerakan. Dirabanya
duit di dalam poket seluar jeannya.
Helo.
Perlahan-lahan Puteri mengangkat muka apabila
disapa oleh seorang lelaki. Wajahnya tidak menunjukkan
sebarang reaksi. Nampak sangat jiwanya tidak bersatu dengan
jasad.
Hai dah tak ingat I?
Puteri menghadiahkan sebuah senyuman hambar
untuk lelaki yang berkemeja itu. Dia masih ingat. Lelaki
inilah pemilik Mercedes perak yang melanggarnya dulu.
Sampai bila-bila pun dia tidak akan lupa. Kemalangan bukan
selalu berlaku.I think sepatutnya sekarang ni you berada di
bilik kuliah, bukannya berjalan-jalan macam ni. Ponteng ya?
Dahi Puteri berkerut seribu. Memang dia berniat
untuk mencuri tulang-tulang ayam kalau keadaan sudah
terdesak tetapi sejak bila pula lelaki ini sudah pandai
mengambil tahu hal orang?
Ya. Saya ponteng jawabnya dengan selamba,
membuatkan lelaki itu tertawa kecil.
Alang-alang dah ponteng tu apa kata you belanja I
makan? Tapi biar I yang belanja, deal?
Puteri tertawa pendek sebelum menggeleng
beberapa kali.
Errr... tak apalah. Puteri menolak. Dia diam tiba-
tiba apabila mengingatkan yang dia sedang kelaparan.
Sebenarnya dia sudah berjanji dengan seseorang,
7/28/2019 31 Mei
17/97
Nass Alina Noah
17
yang dia tidak akan keluar dengan mana-mana lelaki pun
untuk membuktikan yang dia seorang yang setia. Tetapi lelaki
itu sudah tiada. Tiada Put! Untuk apa lagi kau setia jika orang
tidak menghargai? Lagipun hanya keluar makan bukannya
keluar untuk menjadi bahan makanan orang!
Errr okey jugak tu! Puteri mengangguk laju
sebelum lelaki itu mengubah kiran.
Puteri membuntuti lelaki itu ke keretanya.
Pemandu sudah bersedia membawa mereka ke sebuahrestoran seperti yang diarahkan oleh lelaki tersebut. Di dalam
kereta mereka tidak banyak bercakap kecuali bertanyakan
serba sedikit mengenai latar belakang masing-masing dan
kursus yang diambil oleh Puteri di UiTM.
Sebaik sahaja kereta berhenti, Puteri langsung tidak
bertanya apa-apa. Dia hanya menuruti langkah lelaki itusehingga mereka masuk ke sebuah Restoran Thai. Patung-
patung terhias cantik menampakkan hasil seni yang tinggi
menyambut kedatangan mereka berdua. Alunan muzik klasik
negara gajah putih juga membuai rasa. Keadaan amat
mendamaikan dengan bunyi air terjun dan pokok-pokok
hijau. Semuanya melahirkan satu hiasan dalaman yang amat
menarik.Mata Puteri meliar ke sana sini. Masih banyak meja
kosong. Pengunjung juga berbual dalam keadaan ormal,
bukan seperti di restoran biasa atau warung-warung yang
membingitkan.
Tidak lama kemudian mereka didatangi oleh
seorang pelayan. Mereka dibawa ke meja yang berada di
bahagian sudut restoran, agak jauh dari pengunjung lain.
Puteri diam ketika pemilik Mercedes itu menyatakan menu
pilihannya kepada pelayan tersebut.
7/28/2019 31 Mei
18/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
18
Puteri nak makan apa?
Puteri senyum panjang sambil melihat padakandungan buku menu.
Anything jawabnya ringkas. Dia pun tidak
aham sangat dengan nama-nama masakan di dalam buku
menu itu. Dia tidak pernah makan ikan yang mencecah harga
ratusan ringgit untuk seekor. Dia hanya merenung kosong
lelaki itu sehinggalah pelayan itu beredar pergi.
I oder Thai coconutor you. Is it okay?
Puteri angguk. Dia pun tidak tahu bagaimana
bentuk kelapa Thailand. Mungkin sama dengan Malaysia kut.
Errr... kenapa tak callsaya? Ive been waiting or
your call... ujar lelaki itu.
Puteri terdiam dalam senyum hambar. Dia suka
tetapi dia tidak suka. Nah! Perasaannya bercampur baur.
Inilah bahananya jika hati tidak gembira. Rasanya terlalu
kekok dan sukar untuk beramah mesra dengan lelaki ini.
Bukan kerana mereka baru kenal tetapi hatinya! Hatinya
menjadi milik lelaki lain yang telah menghancurkannya.
Lelaki yang telah merenggut pergi segala kebahagiaannya.
Takut mengganggu jawabnya pendek, penuhmakna.
Puteri hanya memandang sepintas lalu ke arah
lelaki bermisai nipis di hadapannya ini. Kemudian dia lebih
suka menghayati bunga-bunga hidup di atas meja. Ya, dia
tahu lelaki ini kacak dan kemas. Ada stail dan kelasnya.
Tetapi tidak cukup untuk menarik minatnya. Malah, ketika
ini dia lebih suka jika Tuhan menghapuskan lelaki di
sekelilingnya buat seketika. Selagi ada lelaki, selagi itulah
kaum perempuan yang lemah akan hidup menderita.
7/28/2019 31 Mei
19/97
Nass Alina Noah
19
Ya ke macam tu? Atau... tak suka nak berkawan
dengan I ni.
Puteri tertawa kecil. Alah... kalau saya call pun
belum tentu Datuk nak layan saya. Datuk, kan busy?
Lagipun siapalah saya ni betul tak?
Puteri merendah diri membuatkan kening lelaki itu
terangkat sedikit. Kemudian dia menyerikan wajah dengan
senyuman manisnya. Nipis tetapi cukup menggoda. Ini yang
membuatkan dia menarik dan nampak mahal keranasenyumannya yang mahal. Kemudian perbualan mereka
diganggu kedatangan pelayan restoran yang membawa
pesanan.
Errr... kenapa ponteng kuliah? soal Datuk
Kamarul selepas pelayan itu beredar pergi.
Tidak lama selepas itu datang pula dua orangpelayan lagi berdiri di belakang mereka, sedia untuk
berkhidmat.
Puteri terdiam, tidak selesa dengan keadaan itu.
Bagaimana dia hendak makan jika ada orang yang menjadi
pemerhati? Dan naas Puteri terhenti seketika mendengar
pertanyaan Datuk Kamarul. Dia tidak perlu bercerita atau
menjelaskan apa-apa. Mereka tiada hubungan langsung. Atas
dasar itulah dia senyum walaupun sumbing.
Saja... malas. Bosan jawabnya acuh tidak acuh.
Datuk Kamarul hanya mengangguk-angguk.
Kemudian dia menyudukan ikan siakap masak stim ke
pinggan Puteri. Cubalah Thai coconut tu sedap. Boleh
hilangkan rasa mual.
Puteri menyedut sekali air kelapa yang sudah
dikupas kulitnya itu dan dihias cantik di dalam bekas tanah
liat. Raut wajahnya berubah. Memang sedap. Bukan saja
7/28/2019 31 Mei
20/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
20
manis tetapi harum. Rasanya seperti kelapa ini telah dibakar
terlebih dahulu.
Bosan ke atau ada masalah lain? I dengar
cerita dah sebulan Puteri tak ke kuliah.
What?
Serta-merta air muka Puteri berubah. Dia kurang
senang dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki itu. Dari
mana dia tahu? Sejak bila lelaki itu menjadi penyiasat?
Melihat Datuk Kamarul yang tenang dan merenungnya
sambil tersenyum, cepat-cepat dia mengawal emosinya.
Siapalah yang tnahkan saya tu, ujar Puteri
menidakkan kata-kata yang dikeluarkan oleh mulut Datuk
Kamarul.
HaahI see? Errr... or your inormation one
o your lecturers is my good riend.
Puteri angkat muka. Dia terkejut. Mungkin sebab
itulah kenapa Datuk Kamarul boleh berada di sekitar kampus
ini sehingga mereka berdua terlibat dalam kemalangan. Apa
pun yang telah berlaku, dia tidak berminat untuk mengetahui
siapakah rakan lelaki ini. Tidak penting! Mana-mana lelaki
pun tidak penting baginya. Yang penting dia perlu mencari
kerja. Itu sahaja.
Puteri meletakkan sudu dan garpu ke pinggan.
Saya rasa... saya ke kuliah atau tak, tu tak berkaitan
dengan sesiapa pun, kan? Lembut Puteri menyindir
membuatkan Datuk Kamarul tersenyum kepadanya.
Kenapa ponteng?
Saya dah berhenti! pintas Puteri. Sebenarnya dia
rimas diasak.
Ditenungnya wajah Datuk Kamarul, cuba membaca
7/28/2019 31 Mei
21/97
Nass Alina Noah
21
rahsia-rahsia di sebalik air mukanya yang tenang namun,
Datuk Kamarul tetap senyum.
Well may I know why? soal Datuk Kamarul
bersahaja dan lembut walaupun dia tahu Puteri tidak suka dia
mengusul soal peribadinya.
Puteri menghela naas panjang. Dia semakin tidak
mengerti mengapa lelaki ini terlalu berminat dengan
perjalanan hidupnya.
None o your business, sir jawabnya dengan
bisikan dan senyuman yang dibuat-buat.
Mata Puteri melirik memandang kesibukan Petaling
Jaya di luar dinding kaca. Sudah bosan dan rimas diasak.
Malah, saat ini dia benar-benar menyesal kerana menerima
pelawaan Datuk Kamarul tadi.
Datuk Kamarul senyum.
Puteri sedikit lega kerana seorang pelayan datang
membawakan semangkuk kerabu sotong dan udang ke meja
mereka. Dia hanya merenung kosong hirisan lada merah
yang menghiasi mangkuk itu. Di mindanya terngiang-ngiang
jawapan yang diberikan kepada Datuk Kamarul tadi. Entah
kenapa dia seperti hendak melampiaskan segala kemarahan
yang terpendam kepada Datuk Kamarul sedangkan lelaki ini
langsung tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadapnya.
Am I too rough and no manners, Datuk? kata
Puteri sedikit kesal.
Datuk Kamarul masih lagi senyum. Kemudian dia
mengalihkan pandangan pada teleon bimbitnya.
Renungannya kosong. Sebenarnya dia masih menantikan
ayat-ayat yang akan keluar daripada bibir gadis muda ini.
Im so sorry, but I speak rom the bottom o my
7/28/2019 31 Mei
22/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
22
heart, sir! tambah Puteri lagi. Dalam bahasa yang lebih
mudah, saya tak senang jika diasak dengan pelbagai soalan
saya minta maa kalau...
Tak suka dapat soalan cepumas ke? pintas Datuk
Kamarul sehingga Puteri tergamam seketika.
Kenapa berhenti belajar? soalnya lanjut tanpa
mempedulikan pendirian Puteri.
Datuk Kamarul,would you please.
Students berhenti study sebab tiga masalah aje.
Yang pertama course tak sesuai, kedua sebab masalah
kewangan. Ketiga... sebab boyriend tinggal. Well my
princess, you yang mana satu?
Puteri mengetap bibir. Datuk Kamarul benar-benar
melampau kali ini. Namun, tidak ada sebarang kata-kata yang
boleh menakan hujahnya itu. Akhirnya dia tersenyum danketawa kecil.
Makan, Puteri. Nanti sejuk kata Datuk Kamarul
memandangkan makanan di dalam pinggan Puteri langsung
tidak terusik.
Puteri menguis-nguis kerabu sotong. Memang
sedap. Cukup perencahnya. Orang Thailand memang pandaimemasak.
Sebenarnya saya errr tak sukakan suasana
pembelajaran... yang mana kehidupan saya tak ada privacy,
orang terlalu ingin tahu mengenai kehidupan saya. Apa yang
saya buat, apa yang saya makan. Saya rimas. Puteri
menyindir dalam nada yang lembut.
Datuk Kamarul tersenyum nipis, aham.
Puteri pelik Datuk Kamarul tidak memberi tindak
balas. Sebaliknya leka menyuap nasi ke mulutnya. Melihat
7/28/2019 31 Mei
23/97
Nass Alina Noah
23
lelaki itu seperti ingin memberikan privasi kepadanya, Puteri
mula menikmati hidangan. Semuanya sedap. Semuanya
memenuhi seleranya walaupun dia tidak berselera, tetapi
perutnya memang benar-benar lapar.
Okeylah... saya ada meeting. Saya nak balik ke
pejabat. Mari saya hantarkan awak pulang kata Datuk
Kamarul melihat Puteri sudah berhenti makan. Cendol pulut
sebagai pencuci mulut itu langsung tidak disentuh oleh
Puteri.Datuk Kamarul menyerahkan kad kredit kepada
seorang pelayan. Kemudian dia terus ke kereta.
Puteri hanya membisu sehinggalah kereta mula
memasuki Seksyen 18 dan berhenti di hadapan sebuah kedai
kek.
Datuk Kamarul menghilangkan diri ke dalam kedaitersebut. Tidak lama kemudian, dia kembali dengan sekotak
kek di tangannya.
Kemudian, pemandu terus memulas stereng ke
rumah Puteri di Seksyen 24.
Nah ada kek untuk you, hulur Datuk Kamarul
sebaik sahaja Puteri membuka pintu kereta.
Tapi.... Puteri cuba menolak tetapi mengenangkan
anak di dalam perutnya yang akan lapar selepas ini dia
mengambilnya juga. Thanks.
I rasa you masih simpan kad I dulu.But Ill give
you a new one, lady.
Puteri terus mengambil kad yang dihulurkan oleh
Datuk Kamarul.
Call me....
Puteri senyum segaris sejurus keluar dari kereta.
7/28/2019 31 Mei
24/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
24
Dia menunggu sehingga kelibat Mercedes itu menghilang
dari pandangan mata. Perlahan-lahan dia mendaki anak
tangga ke tingkat dua, langsung tidak bersemangat. Terlalu
banyak persoalan yang bermain di benaknya. Tidak sedar
kakinya sudah berada di hadapan muka pintu.
Hei Put birthday siapa ni beli kek?
Arrr! Puteri terkejut, tidak sangka pula tiba-tiba
Mimi membuka pintu. Seperti tahu dia akan pulang. Namun,
ada bakul sampah di tangannya. Mungkin Mimi hendakmembuang sampah. Errr tak kawan yang bagi. Nah,
makanlah. Simpankan sikit untuk aku.
Mimi bersorak kuat sejurus berlari ke lubang
sampah di tangga.
Puteri terus masuk ke dalam rumah. Cepat-cepat
dia mencapai tuala dan terus ke bilik mandi. Sebaik sahajakeluar, dia sedikit tergamam melihat rakan-rakan
memandangnya pelik. Tanpa menegur mereka dia terus ke
bilik dan memakai sehelaisinglet bersama seluar pendeknya.
Tidur. Tidak mahu memikirkan apa-apa lagi.
7/28/2019 31 Mei
25/97
Nass Alina Noah
25
PUTERI mencuba sepotong kek
black orest yang terhias cantik
dengan bunga-bunga aising dan
pelbagai hiasan yang menarik itu. Kemudian dia terus masuk
ke kamar mandi. Terasa segar sedikit badannya selepas
dijiruskan dengan air sejuk dari kolah kecil. Ketika dia terjaga
tadi, jam sudah menunjukkan pukul sepuluh lebih. Sudah
melepasi waktu maghrib.
Kelihatan Mimi dan Pinky juga sudah membentang
toto. Sudah bersedia untuk tidur. Mungkin mereka berduakeluar makan atau berada di bilik sebelah tadi.
Puteri mengukir senyuman sejurus mengenakan
pakaian.
Put ada roti sardin ni. Makan la. Kita orang
pergi Seksyen 2 tadi. Nak kejutkan kau pun nampak kau
tidur mati. Kesian pulak aku tengok, kata Mimi. Plastik
yang mengandungi roti sardin itu ditolak ke hadapan Puteri.
Puteri senyum nipis. Dia sendiri pun tidak larat
sebenarnya. Letih mencari kerja dan letih berkir.
Bab3
7/28/2019 31 Mei
26/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
26
Ketika Puteri bangun untuk keluar dari bilik, Pinky
menarik tangannya.
Puteri duduk, berhadapan dengan mereka berdua.
Aku nak pergi buat air, kata Puteri.
Aku dah tapau air tembikai untuk kau. Minum kat
sini aje la, potong Pinky.
Puteri menjeling air tembikai yang nampak sedap
itu. Sebenarnya dia bukannya hendak pergi ke dapur, tetapitidak selesa apabila berada di dalam bilik ketika ini. Dia sudah
dapat membayangkan soalan-soalan yang bakal diajukan
kepadanya nanti. Sudah beberapa minggu dia cuba mengelak
daripada menjawab soalan itu.
Put aku rasa dah sampai masanya kita talk the
true.Heart to heart, kata Pinky dengan nada perlahan.
Puteri terdiam. Dia tahu apa yang bermain di
kiran Pinky. Mimi juga. Mereka berdua tidak lepas dari
merenungnya. Tanpa membalas, dia bangun untuk menyidai
tuala. Rambut panjangnya dikirai-kirai.
Put, apa yang berlaku kat kampung? soal Pinky.
Tak ada apa-apa. Puteri masih mahu berahsia.
Mana boleh tak ada apa-apa? sahut Mimi. Kan ke
kau bertunang?
Yalah memang aku bertunang. Selain dari tu tak
ada apa-apa yang berlaku.
Tipu! bentak Mimi.
Puteri membelingas memandang Mimi. Dia
menggeleng pendek.
Orang tu cakap dengan aku, dia bertunang. Tapi
bukan kau tunang dia, tambah Mimi lagi.
7/28/2019 31 Mei
27/97
Nass Alina Noah
27
Sekali lagi Puteri membelingas. Kenapa Mimi perlu
menyebut nama dia lagi? Sudah hampir sebulan nama dia
tidak disebut di dalam rumah ini. Suara Mimi tadi masih
kedengaran di telinganya sehingga bibirnya terkunci kemas.
Dia langsung tidak tahu-menahu tentang cerita itu.
Sekali lagi Pinky menarik tangan Puteri agar duduk
bersama-sama mereka. Aku bukan nak malukan kau, Put.
Aku bukan nak campur urusan kau. But as a riend yang
lebih daripada adik-beradik, aku rasa kami kena kongsidengan kau.
Puteri terdiam. Anak mata Pinky direnungnya
sehinggalah air matanya menitis. Kemudian dia mula
tersenyum, meraung perlahan sehinggalah Pinky menarik
tangannya, memeluknya seerat mungkin.
Mimi juga memeluk mereka berdua.Puteri tidak mempunyai pilihan lain kecuali
menceritakan segala-galanya. Semuanya, sehinggalah dia
dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Dia
telah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari
rumah.
Sampai hati dia buat aku macam ni dia yang nak
sangat ajak aku bertunang. Bukan aje malu, tapi dia
hancurkan hati aku. Orang macam mana dia sebenarnya,
hah? Tak ada hati perut! Puteri menangis lagi setelah
mencurahkan segala rahsia di hatinya.
Ternyata beberapa minggu yang berlalu masih
belum dapat memadamkan kesakitan yang ditinggalkan oleh
dia. Sakit dipukul pun tidak sesakit dikhianati dia.Mereka bertiga diam. Pinky dan Mimi bagaikan
kehilangan kata-kata melihat Puteri masih belum berhenti
menangis. Sedangkan mereka sudah berbincang di restoran
7/28/2019 31 Mei
28/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
28
tadi bagaimana untuk berhadapan dengan Puteri. Ketika ini,
hendak memujuk pun mereka sudah tidak pandai.
Sekarang korang dah aham kenapa aku kena
berhenti belajar dan kerja, kan?
Pinky dan Mimi membisu, saling berpandangan.
Dah la Put lupakan lelaki tak guna tu! Bina
hidup baru pujuk Pinky.
Puteri merintih lagi. Bergerak-gerak bahunyamenahan sebak. Bagaimana dia dapat hidup tanpa lelaki tak
guna tu? Lelaki tak guna tu adalah nyawanya, oksigennya,
cahaya hidupnya. Lelaki tak guna tu adalah segala-galanya.
Aku sendiri pun tak aham. Kau cakap, kau nak
bertunang. Tapi yang aku dengar cerita, lelaki bodoh tu
memang nak bertunang. Tetapi dengan orang lain la!
Sekarang ni dia dah urther studies kat London dengantunang dia. Mungkin dia orang akan kahwin kat sana
cerita Mimi.
Puteri menangis tidak berlagu lagi. Kesal, menyesal,
marah, sakit, pedih, tersepit, semuanya bercampur baur.
Dah la Put ramai lagi lelaki yang boleh buat kau
hidup bahagia, pujuk Pinky.Pinky dan Mimi tidak henti-henti memujuk Puteri.
Sehinggalah jam menghampiri empat pagi barulah
Puteri berhenti menangis sepenuhnya. Masih terhinggut-
hinggut menahan sebak. Habis bengkak mata dan hidungnya.
Terasa sebak, seperti mahu pecah dadanya.
Put nah duit kau.Dahi Puteri berkerut, terkejut. Tetapi dia lebih
bingung bila melihat berkeping-keping not RM100.00 yang
dihulurkan oleh Mimi.
7/28/2019 31 Mei
29/97
Nass Alina Noah
29
Duit apa ni? soalnya, langsung tidak aham.
Eh, nikan duit kau Put ada bawah kotak kek katdapur tu.
Tapi.
Puteri diam tiba-tiba. Ingatannya terus berlegar-
legar pada satu wajah, satu nama. Datuk Kamarul. Kenapa
lelaki korporat itu meletakkan duit di bawah kotak kek?
Mustahil dia boleh tercicir.
Melihat Puteri seperti hilang dalam terang, Mimi
bangun dan meletakkan duit itu di atas meja, kemudian dia
kembali menyertai mereka berdua.
Put... kita orang nak kau ceritakan pada kita orang
apa yang sedang terjadi sekarang ni.
Puteri aham soalan Pinky. Mimi juga merenungnya
dengan pandangan yang pelik.
Aku tak buat kerja bodohlah... aku tak tahu pun
ada duit kat situ.
Melihat mereka berdua tidak percaya, pantas Puteri
menceritakan apa yang telah terjadi sehingga mereka berdua
jelas dan dapat menerimanya.
Ada ke dalam dunia ni orang yang baik macam
tu? soal Mimi walaupun dia sudah tahu jawapannya.
Give and take. Macam ada yang tak kena aje,
kan? ulas Pinky, juga berasa tidak senang hati.
Errr dia ada cakap apa-apa yang pelik tak dengan
kau Put? soal Mimi.
Puteri diam sebelum menggeleng perlahan. DatukKamarul hanya menyuruh dia meneleonnya jika ada apa-apa.
Itu sahaja. Tidak ada yang aneh.
7/28/2019 31 Mei
30/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
30
Kang terhutang budi terbayar body pulak! kata
Mimi sebelum ketawa pendek.
Puteri dan Pinky menjeling tajam.
Esok aku call dia dan bagi balik duit ni. Aku dah
cakap aku tak mahu terhutang budi dengan sesiapa pun, kan?
Aku janji akan pulangkan semua duit dia. Kalau aku nak buat
dajal, dengan lelaki bodoh dulu pun aku boleh buat.
Aduh... mengapa nama itu disebut lagi? Biarlah apa
pun gelarannya namun, nama itu disebut oleh bibirnya yang
telah berjanji untuk melupakan dan membencinya buat
selama-lamanya. Puteri mengetap bibir, menahan rasa.
Pinky tunduk mendengar betapa terseksanya Puteri
hendak menyebut nama kekasihnya. Sudah hampir sebulan
dia dan Mimi tidak bertanyakan lelaki yang tidak
bertanggungjawab itu. Puteri juga tidak pernah menyebutnya,seperti dia telah lupus dari dunia ini.
Aku ni... bermaruah... bukannya tak ada maruah.
Korang ingat senang-senang aku nak bagi body aku pada
lelaki? Mungkin body aku ni tak bernilai tapi... cinta aku
bukannya murah! Kata Puteri sejurus memadamkan lampu.
Dia terus masuk ke dalam selimut. Hatinya sendiri
pedih semasa menuturkan kata-kata itu. Kata-kata yang
membuatkan Pinky dan Mimi terdiam dalam suram lampu
jalan.
Mereka bertiga diam. Entah apa yang bermain di
kiran masing-masing sehinggalah terdengar Mimi
berdengkur perlahan.
Pinky sudah pun dibuai mimpi.
Alam menjadi sunyi. Sesepi hatinya. Alam semakin
gelap, segelap hidupnya.
7/28/2019 31 Mei
31/97
Nass Alina Noah
31
Azan subuh sayup-sayup kedengaran tetapi Puteri
masih membelek-belek wang kertas itu. Dia sendiri tidak
tahu berapa jumlahnya. Hendak menghitung dia tidak ada
mood. Benar seperti kata Pinky dan Mimi. Nampaknya Datuk
Kamarul cuba membeli sesuatu.
Dia pandang ringan pada aku, ya? Puteri
merengus kasar. Menggeleng-geleng penuh kesal. Sakit hati.
Huh, semua jantan sama aje!
7/28/2019 31 Mei
32/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
32
D
UA belas ringgit lapan
puluh sen?
Puteri menelan
liur. Tidak bernaas. Rasanya saat ini mahu sahaja dia
menghubungi ibu di kampung minta duit. Namun, dia tidak
akan menjilat ludahnya sendiri. Dia sudah tekad untuk
meninggalkan kampungnya buat selama-lamanya. Dia masih
sayangkan ibu, sentiasa akan menyayanginya tetapi bukan
mudah bagi Sulaiman untuk memaakan anak yang tidak
mendengar kata apatah lagi menconteng arang ke mukanya.Perut pula sudah berbunyi-bunyi minta diisi. Sudah
beberapa hari dia hanya makan Maggi. Dompet dimasukkan
ke dalam beg sandang. Matanya ke kiri dan kanan
sehinggalah dia ternampak pondok teleon di sebelah
perhentian bas. Pantas dia menyeberangi jalan.
Nombor teleon bimbit Datuk Kamarul didailnya.
Helo Datuk Puteri kat sini. Saya tak boleh cakap
lama-lama. Tak ada syiling. Datuk datang ambil saya
sekarang, boleh?
Bab4
7/28/2019 31 Mei
33/97
Nass Alina Noah
33
Selepas memberitahu kedudukannya tika itu, talian
terputus. Puteri lega. Setelah menunggu lebih dari sejam,
Datuk Kamarul tiba. Kali ini dia sendiri yang memandu.
Kita nak makan kat mana ni? soal Datuk Kamarul
sebaik sahaja memulakan perjalanan.
Puteri diam. Dia pun tidak tahu. Apa yang dia tahu
penyaman udara dan bau kereta ini begitu menyegarkan.
Sejak tadi dia berpanas di luar.
Mereka berdua senyap sahaja sepanjang jalan
sehinggalah Datuk Kamarul memarkir kereta di pekarangan
Hotel Concorde.
Puteri mengekori Datuk Kamarul sehingga mereka
mendapatkan meja di coee house.
Saya nak banana splitand coee ya, kata
Datuk Kamarul kepada pelayan. Put makan heavy sikit ya?Dah kurus I tengok. I dah makan tadi.
Puteri senyum nipis. Dia hanya memesan nasi
goreng cina dan jus mangga.
Add butter prawn, tambah Datuk Kamarul. Nak
dessert tak?Errr kek aiskrim boleh, Put?
Puteri hanya mengangguk. Dia sendiri pun tidakpernah makan di tempat-tempat begini. Sewaktu bercinta
dengan anak orang kaya dulu pun dia tidak pernah dibawa
mencuba masakan hotel.
Saat ini mereka berdua hanya membisu,
sehinggalah teleon Datuk Kamarul berbunyi. Sementara itu,
Puteri mula sibuk melamun sehinggalah Datuk Kamarul
berhenti berbual.
Kenapa senyap aje ni? I tamatkan mesyuarat awal
tadi sebab Put tau ujar Datuk Kamarul.
7/28/2019 31 Mei
34/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
34
Puteri tersenyum panjang. Kemudian dia mencari-
cari sesuatu di dalam beg. Sekeping sampul surat ditolak ke
hadapan Datuk Kamarul. Saya tak tahu kenapa Datuk bagi
saya duit ni.
Datuk Kamarul diam. Matanya melirik perlahan
pada pengunjung lain sehinggalah anak matanya tumpah
pada seraut wajah di hadapannya. Puteri nampak cantik dan
lemah lembut dalam busana kebaya yang berwarna biru ini.
Ringkas tetapi menawan. Bila masa I letakkan duit tu katsitu?
Puteri tersenyum lagi. Menggeleng-geleng sehingga
Datuk Kamarul tertawa pendek. Saya tak cakap pun macam
tu. Nampaknya ada orang masuk perangkap sendiri.
Datuk Kamarul menggeleng dalam senyuman. Dia
tidak dapat menipu gadis di hadapannya.Ada sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya ke?
soal Puteri dengan kiasan.
Errr ada udang di balik mi ke? tambahnya lagi.
Datuk Kamarul membalas dengan senyuman.
Pakailah boleh call boyriend.
Hah,excuse me?Mereka berdua senyap.
Datuk Kamarul senyum panjang melihat Puteri
mencebik.
Makan, Put pelawa Datuk Kamarul sejurus
pesanan mereka sampai.
Mak saya cakap kita tak boleh terima duit daripadaorang yang kita tak kenal. Betul ke?
Betul. Tapi dah lama kita kenal, kan?
7/28/2019 31 Mei
35/97
Nass Alina Noah
35
Puteri meletakkan kembali sudu di tangannya.
Matanya merenung raut wajah Datuk Kamarul. Akhirnya dia
sudah bersedia untuk menyuarakan apa yang dikirkannya
selama beberapa hari ini. Keputusan yang diambil sebelum
dia meneleon Datuk Kamarul tadi. Apa kata kita buat satu
perjanjian?
Datuk Kamarul angkat muka.
Puteri sedikit gugup dengan renungannya. Errr...
rankly speaking saya memang tak ada duit tapi saya takperlukan duit ni, dan saya akan repot polis kalau Datuk
ganggu saya lagi. Saya harap Datuk aham.
Datuk Kamarul terdiam. Puteri yang sudah bangun
dari kerusi itu dipandang dengan penuh tanda tanya.
Saya nak balik, kata Puteri selepas mencapai beg
sandangnya.Makanlah dulu. Membazir ni, kata Datuk Kamarul
ikhlas.
Datuk makan la ya. Saya tak lapar.
Puteri terus beredar. Belum sampai ke pintu, Datuk
Kamarul sudah memegang lengannya. Puteri menepis
lembut.I hantar you balik.
Puteri menggeleng pada mulanya tetapi apabila
memikirkan yang dia tidak mampu menjelaskan tambang
teksi untuk pulang ke rumah, dia menurut.
Di dalam kereta, mereka berdua saling membisu.
Sedikit sebanyak Puteri kesal dengan sikap biadabnya tadi.Sepatutnya dia tidak terlalu beremosi dan menunjukkan rasa
tidak puas hatinya. Mungkin Datuk Kamarul sebenarnya
ikhlas hendak menolong tetapi pendapat rakan-rakan tidak
7/28/2019 31 Mei
36/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
36
boleh diketepikan. Dan dia sudah bosan dengan lelaki yang
suka mengambil kesempatan.
Sedar tidak sedar, mereka sudah pun sampai di
pekarangan fat Seksyen 24.
Hati Puteri sedih tiba-tiba. Dulu dia pernah
dihantar dan dijemput oleh kekasihnya di halaman ini. Malah
ketika ini semua memori itu bagaikan terlakar di hadapan
mata. Tempat ini seperti sebuah penjara, melemaskan!
Errr... Datuk Kamarul, saya
Saya adameeting.
Puteri tidak sedap hati kerana Datuk Kamarul
langsung tidak mahu memandang mukanya. Rasa malu juga
melata namun, tidak guna dia menjilat ludah kembali.
Pintu kereta dibuka. Sebelum keluar dia berpaling
namun, Datuk Kamarul masih tidak mahu memandangnya.
Saya minta maa. Katanya sejurus keluar dari
kereta tanpa berpaling.
Puteri nekad. Apa yang terjadi pun dia tidak akan
meminta pertolongan daripada lelaki yang tidak dikenalinya.
Hanya seorang lelaki saja yang telah diberi hak eksklusi
untuk mengisi perjalanan hidupnya tetapi kini....Oh... kenapa kau tinggalkan aku? Kenapa? Sudah
beribu kali Puteri mengeluh. Peritnya sebuah kehidupan
tanpa seorang lelaki yang dicintainya.
Air matanya bergenang. Rasanya hendak mendaki
tangga ke tingkat dua itu pun dia sudah tidak mampu.
Seolah-olah semangatnya telah tiada. Menghilang bersama
lelaki yang telah menghancurkan hatinya.
Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, dilihatnya
skrin televisyen gelap, kipas juga tidak berputar. Ini bermakna
7/28/2019 31 Mei
37/97
Nass Alina Noah
37
hanya dia sendirian di rumah. Mungkin rakan-rakannya ada
kuliah pada waktu ini. Dia mengambil bantal lalu baring di
hadapan televisyen. Suasana sunyi tika ini. Hanya kedengaran
bunyi kipas yang berpusing.
Sejak kekasih hatinya pergi, segalanya sudah mati
baginya. Begitu juga dengan dirinya. Dia juga akan mati. Air
mata menitis lagi. Sebak. Akhirnya, dia menangis semahu-
mahunya sehingga dia terlelap sendiri.
PUT kau nak asam mangga tak? Kalau nak, makan cepat-
cepat. Nanti habis!
Puteri yang baru terjaga itu diam melihat Mimi
duduk bersila di sebelahnya. Puteri tidak tahu bila merekapulang ke rumah. Ketika ini telinganya dapat menangkap
bunyi riuh-rendah di dapur. Mungkin Umi dan Cham sedang
memasak. Dah pukul berapa ni?
Errr dah nak maghrib ni, kata Pinky selepas
melihat jam di tangannya.
Puteri bangun. Dia mendengus panjang. Mungkinsakit kepala. Lamanya dia tidur. Sepotong mangga epal yang
dihulurkan oleh Mimi dicapainya kemudian dicecah ke dalam
sambal kicap. Sebaik sahaja lidahnya berasa masam, manis,
masin dan pedas, terus matanya membulat. Bestnya! Mana
korang dapat ni?
Airiel yang bagi. Dia datang schooltadi, beritahu
Mimi.
Puteri diam. Siapa Airiel? Macam pernah dengar
aje.
7/28/2019 31 Mei
38/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
38
Boyriendkau ke? soal Puteri.
Huh... kalau dia jadi boyriendaku, dah lama akubuat pulut kuning, seloroh Mimi.
Tak sabar nak kahwin ke? sahut Pinky.
Siapa yang nak kahwin ni? sahut Umi yang baru
datang dari dapur.
Apa? Dah gatal nak kahwin? sahut Cham di
belakangnya.Mimi hanya menggeleng panjang sebelum ketawa
kuat. Keropok keping yang dibawa oleh Umi dicapainya.
Apalahkorang ni aku cakap kalau Airiel tu jadi
boyriend aku, dah lama aku buat pulut kuning. Sunatkan
dia. Mimi tidak henti-henti membuat lawak.
Meledak tawa masing-masing lebih-lebih lagi bilaMimi memuji-muji paras rupa Airiel. Mereka semua hanya
mencebik kerana Mimi sudah pun mempunyai kekasih hati.
Seorangmamat kilang!
Kau pasang dua la Mimi. Buat spare tyre. Aku
support hundred percents! kata Pinky.
Aku pun! sahut Umi dan Cham. Sudahnya mereka
berdua ketawa serentak.
Puteri hanya mencebik.
Huh! Apalah kau ni Put mamat handsome pun
kau tak ingat! Abang Katak Hijau la. Yang handsome nak
mampus tu! Yang hidung mancung macam udang goreng
tu! kata Mimi, sudahnya dia dan Pinky tertawa kuat.
Puteri hanya mencebik.
Mangga ni dia bagi untuk kau. Dia kirim salam
dengan kau.
7/28/2019 31 Mei
39/97
Nass Alina Noah
39
Apehal? Puteri ingat-ingat lupa siapa Airiel. Yang
dia tahu di padang Kesatria, hanya seorang lelaki sahaja yang
kacak.
Eh... dia, kan best riendbalak kau? Kau dah lupa
ke?
Puteri terdiam. Kalau dia ingat pun sudah tidak
bermakna apa-apa kerana balak yang dimaksudkan sudah
tiada. Sudah lupus daripada memori ingatannya.
Puteri mula mencapai satu demi satu hirisan
mangga masam yang sedap itu. Tanpa disedarinya Umi sedang
memandang pelik ke arahnya.
Wei, makanslow-slow la.Pregnant ke apa ni? usik
Umi.
Uwek! Cham buat-buat muntah.
Pinky dan Mimi hanya ketawa.
Muka Puteri masam. Terus dia berhenti makan.
Kemudian dia meminta diri untuk mandi. Saat ini dadanya
berdebar-debar kuat.
Mengandung?
Perut kempisnya diraba-raba. Mungkinkah dia
mengandung? Ya Allah!
Tanpa mahu melayan rasa yang tidak sedap itu,
Puteri cepat-cepat menghabiskan mandiannya. Kemudian dia
terus masuk ke bilik.
Ya Allah janganlah akupregnant. Tolonglah aku
Ya Allah....
Puteri terus mencapai kalendar kecil di dalamdompetnya. Tarikh haid bulan lepas dibandingkan dengan
bulan ini. Dadanya berdebar-debar mendapati bulan lepas dia
tidak datang bulan. Ini bermakna sudah hampir dua bulan!
7/28/2019 31 Mei
40/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
40
Ya Allah! Puteri terus menangis dalam gelap
malam.
Perut kempisnya ditumbuk-tumbuk beberapa kali
sehingga dia keletihan. Saat ini pelbagai idea datang ke
benaknya. Apa yang sepatutnya dilakukan seandainya dia
mengandung?
Wajah lelaki yang telah menghancurkan hatinya
dan Datuk Kamarul juga semakin kuat menghimpit sehingga
membuatkan dia tersepit. Apa yang paling menakutkanadalah mengandung dan duit. Dia benar-benar tersepit.
Kalaulah benar dia mengandung dan hendak menggugurkan
kandungan, duit adalah sesuatu yang paling penting untuk
melakukan semua itu. Pengguguran haram menelan banyak
belanja!
Aku nak buat apa ni, Ya Allah....Ingin meminjam daripada Pinky dan Mimi, terasa
malu pula. Mereka berdua juga hendak pakai duit. Air mata
Puteri mula menitis dalam gelap malam. Setelah menyedari
pintu bilik hendak terbuka, cepat-cepat disapu air mata yang
mengalir itu.
Muncul Mimi di sebalik pintu mencari-cari
tualanya, mungkin hendak mandi.
Ada apa Mimi? soal Puteri apabila Mimi
menyentuh bahunya beberapa kali.
Errr... pagi tadi, Kak Ani datang minta sewa
rumah. Kalau aku ada duit, dah lama aku dulukan. Tapi
aku tak ada duit, Put. Betul-betul tak ada. Kau pun tahu aku
tak pernah berkira dengan kau, kan?
Kata-kata itu membuatkan hati Puteri diamuk pilu.
Inilah perkara yang ditakutkan selama ini. Kalaulah Mimi
tahu dia hanya mempunyai dua belas ringgit. Tapi... Mimi
7/28/2019 31 Mei
41/97
Nass Alina Noah
41
juga tidak mampu menolongnya. Ibu bapanya juga bukan
orang senang.
Kau dah missed tiga bulan, campur dengan cuti
semester hari tu. Kita orang tak ada alasan lagi nak bagi. Kau
tahu la, kan... kita orang pun tak mampu nak tolong kau.
Kalau mampu pun Pinky. Selama ni dia yang tolong bayar
untuk kau.
Puteri terdiam. Pinky sememangnya seorang
sahabat yang baik. Tidak pernah berkira dan dia tidak mahumengambil kesempatan di atas nama persahabatan mereka.
Kan hari tu duit kau banyak? Dah habiskan ke?
Puteri terdiam lagi. Duit itu sudah dikembalikan
kepada Datuk Kamarul tadi. Dia mengeluh panjang. Sedikit
kesal dengan tindakannya memulangkan duit itu, sepatutnya
dia gunakan duit itu untuk perkara beraedah. Setakat duit,dia boleh ganti balik.
Bagi aku tempoh seminggu, aku akan bagi kau
duit sewa tu, janji Puteri.
Mimi terdiam. Sebenarnya dia sudah bosan diasak
oleh penyewa rumah untuk membayar sewa. RM70.00 untuk
satu kepala bukanlah banyak. Tetapi jika keadaan Puteri
teruk, makan pun belum tentu dia mampu.
Kau tak cari kerja ke Put?
Dah. Tapi nak cari jauh-jauh kena pakai modal
juga. Aku dah pokai ni.
Kat Internet? soal Mimi.
Aku takut kena tipu la.Mimi terdiam.
Errr kalau kau pergi PKNS, kat notice board
sebelah ATM BSN, depan kedai Bonia tu. Biasa kat situ ada
7/28/2019 31 Mei
42/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
42
orang tampal kerja kosong. Kat bus stop pun banyak. Tak
pun kau beli Malay Mail, banyak advertising kerja kosong,
Put. Nantilah aku tanya geng aku yang kaya raya tu kalau-
kalau mak bapak dia orang nak pakaimaid, kau nak tak?
Puteri senyum bila Mimi tertawa pendek.
Kerja la Put apa-apa pun asalkan halal.
Mereka berdua senyap sehinggalah Pinky masuk.
Dia juga mencari tuala.
Mimi terus keluar.
Macam mana? Dapat tak kerja hari ni? soal Pinky.
Soal sewa langsung tidak disebut.
Puteri benar-benar terhutang budi dengan gadis
yang beragama Kristian ini. Puteri geleng.
Dah pokai la nak call situ sini, Pink. Puteriberterus terang.
Pinky terangguk-angguk.
Ha kau cuba part timerkat Nandos. KFC ke
McDonalds, Kenny Rogers. Baik kau tanya. Member aku
cakap, part timer kat Nandos gaji lagi mahal berbanding
pekerja tetap.
Ya? Bulat mata Puteri mendengar semua itu.
Part timertak dapat hostel kut.
Yalah kut. Pinky terus mencapai beg sandangnya.
Dikeluarkan dompet. Aku nak balik kampung esok. Ada hal
sikit. Kau ambil la duit ni. Pergi cari kerja.
Puteri terdiam melihat Pinky meletakkan wang
kertas seratus ringgit di hadapannya. Dia benar-benarterharu. Bibirnya mula bergetar. Pink, aku dah banyak
termakan budi dengan kau.
7/28/2019 31 Mei
43/97
Nass Alina Noah
43
Alah tak kisah la. Ambillah. Simpan. Nanti orang
nampak dia orang cakap aku pilih kasihpulak.
Puteri tersenyum kelat, berat hati. Namun, duit itu
disimpan di dalam dompetnya. Terima kasih, Pink.
Mereka berbual-bual kosong sehinggalah Mimi
masuk.
Pinky bangun. Sudah tiba gilirannya pula untuk ke
bilik air.
Put, kau dah makan? Kita orang nak keluar ni
kata Mimi, terus menyarungkan seluar jean yang sudah
dipakai sehari suntuk. Biasanya tarikh luput sampai sebulan!
Tak larat la aku nak tidur.
Alah jomlah. Semua nak keluar ni. Pujuk Mimi
lagi.
Puteri geleng lalu menarik selimut.
Mimi menggeleng, bengang.
Puteri tidak tahu apa yang berlaku selepas itu
kerana dia benar-benar tertidur.
7/28/2019 31 Mei
44/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
44
PUTERI terjaga setelah kakinya
disentuh beberapa kali. Matanya
yang berpinar dan pedih dikelip-
kelipkan beberapa kali. Kelihatan wajah Umi dengan muka
masam di hujung kakinya.
Put kau ada ambil duit dalam kotak kat luar
tak?
Puteri menjeling jam beruang di atas meja. Sudah
pukul sepuluh lebih. Kemudian dia merenung Umi semula.
Soalan Umi cuba diproses namun tidak jelas.Kau cakap apa tadi? soalnya dalam bingung.
Aku tanya kau ada ambil duit kat dalam bekas tisu
kat luar tu tak? suara Umi semakin keras.
Puteri terbangun. Dia menggeleng sekali.
Tipu! bentak Umi.
Umi?
Puteri terus keluar ke ruang tamu. Suis kipas
dipetiknya. Baru sejuk badannya. Kemudian dia
Bab5
7/28/2019 31 Mei
45/97
Nass Alina Noah
45
menyelongkar ke dalam kotak tisu. Di situlah duit rumah
mereka dikumpulkan untuk bayaran sewa, bil dan barang
dapur. Kosong. Tiada apa-apa.
Aku tak tahu la Umi. Aku tidur.
Kau tipu! Malam tadi kau aje yang ada kat rumah.
Pagi ni pun kau aje yang ada kat rumah. Pinky dah pergi
KLIA sebelum subuh. Kita orang pergi school bertiga tadi.
Kau aje yangstay kat rumah, kata Umi panjang lebar.
Kau tuduh aku ke ni? soal Puteri seperti tidak
percaya.
Aku bukan tuduh kau. Tapi semua orang tahu
kau tak ada duit, kau nak pakai duit. Kalau kau tak ambil,
siapa lagi yang ambil?
Aku tak ambil la. Sumpah, demi Allah!
Umi mencebik panjang.
Selalunya macam ni la perangai orang tangan
panjang. Buat salah tak pernah mengaku.Family kau tak ajar
ke macam mana nak jadi orang? Dah la tiga bulan kau tak
bayar sewa, kau buat macam ni pulak dengan kita orang?
Macam mana aku nak bayar sewa petang ni? Kak Ani nak
datang petang ni tahu tak?Puteri terdiam. Kenapa sampai nama ibu bapanya
juga disebut-sebut?
Kalau kau tak percaya panggil polis, Umi!
Puteri terus masuk ke dalam bilik. Sakit hatinya
mendengar semua itu. Selepas beberapa minit, dia
mendengar pintu dihempas dengan kuat. Kemudian diakeluar dari bilik. Umi sudah tiada.
Puteri menggeleng panjang. Dia memang perlukan
duit, dia memang miskin, tetapi dia tidak pernah mencuri.
7/28/2019 31 Mei
46/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
46
Lebih-lebih lagi mencuri di dalam rumah sendiri. Dia yang
tidak mahu memikirkan hal ini lagi, terus membawa baju-
baju kotor ke bilik mandi. Rasanya sudah banyak hari dia
tidak mencuci baju. Sudah penuh sebakul.
Selepas mandi, Puteri ke dapur. Hanya ada
sebungkus Maggi. Terus dimasaknya kemudian dibawa ke
hadapan televisyen. Baru sahaja dia hendak menyuap, pintu
rumah diketuk bertalu-talu.
Puteri terdiam. Siapa yang tertinggal kunci rumah?Mahu tidak mahu dia terus membuka pintu. Bagai tidak
dapat bernaas melihat dua orang lelaki yang
memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Kemudian
muncul Umi di belakang anggota polis tersebut.
Puteri tidak terkata melihat dua anggota polis itu
masuk ke dalam rumah. Kecut perutnya melihat salahseorang daripada mereka menyelongkar dompetnya. Sekeping
wang seratus ringgit ditayang-tayang.
Itulah duitnya cik. Kata Umi tanpa ragu-ragu.
Puteri menggeleng-geleng. Duit tu Pinky yang
bagi aku, Umi!
Tipu! Dia memang tak ada duit, cik. Dah tiga bulan
dia tak bayar duit sewa rumah!
Puteri terdiam apabila pegawai itu mengarahkan
dia ke balai polis. Selepas menukar pakaian, Puteri terpaksa
mengikut. Menitis air matanya pada ketika ini.
AKU minta maa, Put. Aku baru tahu malam tadi. Aku nak
datang pun teksi charge dua kali ganda. Nak minta tolong
7/28/2019 31 Mei
47/97
Nass Alina Noah
47
orang pun aku tak tahu kat siapa? Balak aku syi malam, tak
boleh keluar.
Tangisan Puteri semakin menjadi-jadi. Dia benar-
benar takut bermalam di dalam lokap malam tadi.
Mimi juga ikut menangis mengenangkan apa yang
telah terjadi. Alangkah terkejutnya dia apabila diberitahu oleh
Umi bahawa Puteri ada di balai polis kerana mencuri. Malam
tadi dia tidak dapat melelapkan mata. Selesai kuliah tadi
barulah dia dapat datang ke sini.
Kau tak nak jamin aku ke? bisik Puteri.
Mimi mengetap bibir.
Aku tak ada duit Put.... Kalau kau kenal sesiapa,
bagitau aku, biar aku calldia, ujar Mimi dengan simpati.
Puteri terdiam. Kemudian dia terus menceritakan
apa sebenarnya yang telah berlaku.
Duit tu memang Pinky yang bagi aku. Dah
banyak kali aku minta polis calldia, tapi tak dapat-dapat.
Mimi terdiam. Dia tidak melihat semasa Pinky
memberikan duit itu kepada Puteri. Dia tidak percaya Puteri
mencuri. Selama mereka kenal, tidak pernah ada barang atau
duit yang hilang hatta satu sen pun. Tetapi dia tahukeadaan Puteri. Puteri terdesak dan orang yang terdesak
sanggup melakukan apa saja.
Bila Pinky balik sini? soal Puteri.
Entah dia cakap nak balik kampung seminggu.
Seminggu? Puteri bagai tidak dapat bernaas.
Matanya tertancap pada rantai dan gelang di tanganMimi. Ingin saja dia meminta agar Mimi menggadaikan
barang kemas itu. Tetapi itu adalah harta pusaka, milik
ibunya. Puteri serba salah.
7/28/2019 31 Mei
48/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
48
Put aku tak tahu nak buat macam mana ni?
Kalau benda-benda ni laku dah lama aku jual.
Puteri terdiam. Kalau begitu Mimi hanya memakai
barang kemas tiruan sahaja? Oh, Tuhan! Hendak mengeluh
pun dia tidak terdaya pada ketika ini.
Kau cubalah minta tolong sesiapa, okey? Yang
penting, callPinky. Cari dia sampai dapat. Dia aje yang boleh
jadi saksi aku.
Mereka berdua diam. Hilang idea sehinggalah Mimi
meminta diri kerana ada ujian pada petang ini.
Aku tak sangka Umi sanggup buat repot polis.
Langsung tak tanya pendapat aku dulu. Setakat duit lima
ratus pun dia kecoh. Macam ni ke kawan? Kau jaga diri ya
Put? Aku akan tolong sedaya mungkin. Kalau aku tak dapat
buat apa-apa, kau jangan marah aku ya?Puteri tersenyum nipis mendengar harapan yang
semakin kabur itu.
Selepas berdakapan, Mimi beredar meninggalkan
Balai Polis Seksyen 15 dalam kekesalan. Dia juga tidak henti-
henti menangis. Kesal dan sedih dengan dugaan yang
menimpa sahabat baiknya itu.
Puteri tidak pelik. Duit lima ratus seperti lima ribu
jika tidak ada duit. Nasi bungkus dan jus tembikai yang
dibawa oleh Mimi tadi dipandang kosong. Tidak ada selera.
Sejak semalam dia tidak berselera untuk makan meskipun
beberapa pegawai polis ada menasihatkannya.
Kenapa satu per satu bala datang menimpa? Apakah
kerana Tuhan ingin menguji atau adakah kerana semua ini
adalah balasan ke atas dosa-dosanya? Puteri tidak pernah
sangka dia akan sampai ke lokap. Tidak pernah terduga. Tidak
sesekali!
7/28/2019 31 Mei
49/97
Nass Alina Noah
49
PUTERI benar-benar lega melihat
pemandu Datuk Kamarul sedang
bercakap dengan pegawai polis
di kaunter. Sejak sepuluh hari, inilah hari yang paling
menggembirakannya. Dia sudah tidak sabar untuk keluar dari
lokap dan pergi dari tempat yang menakutkan ini.
Tidak lama kemudian datang pegawai
membebaskannya.
Datuk tunggu dalam kereta, ujar pemandu Datuk
Kamarul.Puteri hanya mengikut pemandu Datuk Kamarul.
Malunya bukan kepalang melihat Datuk Kamarul hanya
memandang sepintas lalu padanya sebelum menyambung
kembali bacaan akhbar.
Datuk... terima kasih sebab jamin saya, bicara
Puteri selepas beberapa saat duduk di dalam kereta.Semalam dia meminta Mimi menghubungi Datuk
Kamarul kerana Pinky masih belum pulang walaupun sudah
sepuluh hari. Dia tidak ada pilihan lain kecuali meminta
Bab6
7/28/2019 31 Mei
50/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
50
pertolongan daripada Datuk Kamarul. Biarlah dia diejek atau
maruahnya tercalar, dia tidak peduli. Cukup terseksa rasanya
berada di dalam lokap meskipun hanya sepuluh hari. Tidak
dapat dia membayangkan betapa seksanya mereka yang
dipenjarakan seumur hidup.
Tak apa kalau Put bagitau awal-awal, kan
senang?
Puteri diam. Dia malu dan dia tidak mahu
menyusahkan Datuk Kamarul sebenarnya, tambahan pula diapernah menghina Datuk Kamarul secara tidak langsung dulu.
Perlahan-lahan dia mengerling ke arah Datuk Kamarul.
Hartawan korporat ini masih tidak mahu memandangnya.
Ketika ini dia tidak sedap hati. Jauh di sudut hati dia tertanya-
tanya apa yang dikirkan oleh Datuk Kamarul? Apa yang dia
pasti, lelaki yang berkelas tinggi ini pasti memandang rendah
atau sinis padanya.
Tiba-tiba Datuk Kamarul melipat akhbar.
Puteri cepat-cepat memandang ke arah lain.
Put dah makan? soal Datuk Kamarul.
Puteri geleng dalam senyum hambar. Wajah pucat
tanpa secalit mekap itu cukup menyentuh hati sesiapa yang
memandangnya.
Datuk Kamarul terus mengarahkan pemandunya ke
Hotel Bluewave.
Errr saya segan la nak pergi hotel macam ni
Datuk.
Thats okay. Buat macam biasa aje. Put nampak
cantik kalau senyum.
Puteri senyum nipis. Hatinya sedikit terubat
mendengar semua itu. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu ke
7/28/2019 31 Mei
51/97
Nass Alina Noah
51
mana dia perlu pergi selepas ini. Umi pastilah tidak akan
membenarkan dia masuk ke rumah selepas kejadian ini.
Sampai di Bluewave, Puteri mengikut Datuk
Kamarul ke restoran. Matanya silau kerana sudah sepuluh
hari dia tidak melihat cahaya dengan betul.
Selepas meminta pesanan, Puteri meminta diri ke
tandas. Mukanya dibersihkan dengan sabun pencuci tangan.
Bibirnya digigit-gigit biar nampak merah. Kemudian dia
mula mendandan rambut. Menjalin di kanan dan kiri sebelummencantumkan ke belakang. Nampak sedikit segar. Selepas
itu dia kembali ke meja. Hidangan yang dipesan oleh Datuk
Kamarul tadi sudah pun terhidang di atas meja.
Makan, Put....
Puteri terdiam melihat ikan siakap goreng pedas,
daging masak lada hitam, udang goreng mentega, sup sayur,ayam goreng gajus dan dua pinggan nasi. Nampak
menyelerakan kerana sudah banyak hari dia tidak berselera.
Baru beberapa sudu nasi masuk ke mulutnya,
seorang pelayan datang menghantar semangkuk asam pedas
kepala ikan pula. Puteri tidak membuang masa. Kali ini dia
tidak malu lagi untuk menikmati rezeki yang Tuhan
kurniakan. Di dalam lokap sudah banyak yang dia pelajari.
Antaranya, hargai apa yang kita ada sebelum hilang!
Nak tambah nasi? soal Datuk Kamarul melihat
nasi di pinggan Puteri hampir habis.
Tak nak. Malu.
Datuk Kamarul tertawa kecil sejurus memanggil
pelayan. Tidak lama kemudian nasi tambah sampai. Kali ini
Datuk Kamarul sendiri yang menambahkan nasi ke pinggan
Puteri.
7/28/2019 31 Mei
52/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
52
Nanti kalau ada masa, kita pergi memancing.
Makan ikan bakar.
Puteri diam sejenak sebelum tersenyum panjang.
Kemudian dia leka menikmati asam pedas. Hidungnya sudah
merah menahan pedas. Tisu yang dihulurkan oleh Datuk
Kamarul tidak disedarinya malah dibiarkan sahaja lelaki itu
mengelap bibir dan hidungnya.
Kemudian mereka dihidangkan pula dengan
pelbagai jenis buah-buahan.
Datuk Kamarul pula meminta kopi.
Puteri pula sudah bersandar kekenyangan di kerusi.
Tersenyum melihat Datuk Kamarul merenungnya dalam
senyum yang penuh makna. Ternyata dia silap membuat
penilaian mengenai Datuk Kamarul. Lelaki ini sebenarnya
baik dan ikhlas.Errr saya nak minta tolong dengan Datuk,
bicara Puteri agak malu-malu. Tetapi, apabila mengenangkan
apa yang telah terjadi dia terpaksa menebalkan mukanya.
Datuk Kamarul pula hanya tenang memandangnya.
Errr... saya rasa... saya amat perlukan duit yang
Datukoerdulu... saya janji akan bayar balik!Nah! Puteri sudah berterus terang. Dia tidak mahu
memikirkan apa-apa pun ketika ini kecuali mencari cara
untuk meneruskan kehidupan.
Maafah... I dah berikan pada orang lain, Puteri
balas Datuk Kamarul selepas diam sejenak.
Puteri tunduk. Bukan setakat terkejut tetapi malu.Ternyata Datuk Kamarul belum memaakannya lagi. Hendak
angkat muka memandangnya pun Puteri rasa segan. Mukanya
sudah berat.
7/28/2019 31 Mei
53/97
Nass Alina Noah
53
Errr tak apalah. Dah bukan rezeki Put nak buat
macam mana, kan?
Datuk Kamarul mengukir senyuman. Senyuman
yang sukar untuk diterjemahkan maksudnya.
Errr boleh tak Put nak buat pinjaman?Errr
Put akan bayar selepas Put tamat belajar.
Datuk Kamarul mengamati ke segenap inci wajah
Puteri sehingga Puteri terpaksa melarikan anak matanya ke
arah lain.
Errr saya ada cadangan yang lebih baik. Apa
kata kita buat syarat. Saya jamin akan bayar.
Datuk Kamarul tersenyum. Sukar sekali untuk
menterjemah makna di sebalik senyuman yang dibuat-buat
itu.
Puteri mula berasa tidak sedap hati.
Come on la Put. You ingat semua benda dalam
dunia niree? Semua orang suka buat janji dan semua orang
suka melupakan janji. Apa yang I dapat kalau I tolong you?
Datuk Kamarul! Puteri cuba bersabar. Inilah yang
dia takutkan. Apa yang Mimi dan Pinky katakan selama ini
memang ada benarnya. Kebaikan Datuk Kamarul bersebab.
I mean apa jaminan yang I akan dapat kalau I
tolong you?
Puteri terdiam. Nampaknya hari ini sudah tiba
giliran Datuk Kamarul pula mempermainkan maruahnya.
Adakah dia sedang membalas dendam? Puteri sudah hilang
kata-kata.Baiklah Puteri...I will give what you want. But....
Datuk Kamarul sengaja tidak menghabiskan kata-
katanya membuatkan Puteri tidak senang duduk.
7/28/2019 31 Mei
54/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
54
Puteri angkat muka. Dia semakin bercelaru. Lebih-
lebih lagi apabila melihat Datuk Kamarul bermain-main
dengan pen di atas meja. Puteri semakin resah dan takut.
Walaupun suhu penyaman udara sangat rendah namun,
badannya semakin kepanasan. Teh Cina di atas meja
diteguknya sekali.
Listen my little princess... look at me. I adalah
kapten kapal besar. Setakat ikan kecil, I tak makan. Sebab
umpan I pun besar jugak. Tapi kalau you nak merasa betapamegahnya berdiri di atas kapal besar ni, kenalah buat
pertukaran. Give and take.
Saya tak aham Datuk.
One night stand or ten thousands.
Mencerlung Puteri memandang ke wajah Datuk
Kamarul. Dia sudah aham permainan yang ingin dimainkanoleh lelaki ini.
Tapi saya bukannya pelacur.
Sebab you jual mahallah I bayar mahal. Sinis
sekali nada Datuk Kamarul.
Puteri semakin tersepit.
Datuk Kamarul tersenyum kepuasan. Dia masihingat betapa dia dimalukan oleh Puteri tempoh hari. Kalau
dia berkehendakkan perempuan, bukan setakat cantik malah
bergetah lebih daripada Puteri pun dia boleh dapat dengan
mudah. Bukannya dia tidak ada rupa atau harta. Perempuan
seperti Puteri sangat biasa dan tidak ada apa-apa yang
istimewa dengannya.
Puteri terdiam, agak lama. Mendengar naas sendiri
pun dia tidak mahu pada ketika ini. Dia sudah mati kutu.
Saya benar-benar dalam kesempitan sekarang ni.
7/28/2019 31 Mei
55/97
Nass Alina Noah
55
Tapi saya tak mampu buat apa yang Datuk nak tu. Ni semua
dosa, Datuk. Berat Puteri menuturkan kata.
Datuk Kamarul diam. Kopi diteguk sehingga habis.
Fine kalau you tak setuju,Ill give you a second choice.
Puteri angkat muka. Dalam hati dia benar-benar
berharap lelaki itu akan memberi khabar yang gembira. Dan
semua yang dikatakan oleh Datuk Kamarul tadi adalah
gurauan semata-mata untuk menduganya.
I nak tengok you tanpa sehelai baju pun.
Puteri menelan liur yang tidak lepas. Telinganya
dapat menangkap dengan jelas walaupun Datuk Kamarul
berbisik.
Saat ini mereka saling bertentangan mata.
Puteri tidak tahu apa yang bermain di kiran Datuk
Kamarul. Apa yang dia aham lelaki ini tidak berakhlak.
Harus disumpah menjadi lipas! Menjijikkan!
Perlahan-lahan Puteri bangun ingin beredar, tetapi
langkahnya terhenti apabila Datuk Kamarul memanggilnya.
You balik dan kir dulu okey?
Datuk Kamarul memasukkan wang kertas seratus
ringgit ke dalam poket beg sandang Puteri.
Puteri kaku sehingga kelibat Datuk Kamarul
menghilang. Kemudian dia mula melangkah keluar dari lobi
Hotel Bluewave ini. Pelik. Apa lagi permainan Datuk
Kamarul? Mengapa dalam sekelip mata lelaki ini boleh
berubah? Sudah lupuskah orang yang baik-baik di dunia ini?
Ah! Bukannya salah orang lain, tetapi salah dirisendiri. Kalaulah dia tidak menjual mahal kepada Datuk
Kamarul dulu, pastinya keadaan tidak akan begini.
Puteri terus menaiki teksi untuk pulang ke rumah.
7/28/2019 31 Mei
56/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
56
Ketika dia sampai, tiada kelibat sesiapa pun. Dia terus mandi
dan tidur di dalam bilik. Kasut juga dibawa masuk ke bilik,
tidak mahu sesiapa pun menyedari dia berada di rumah.
Mimi jangan cakap sesiapa pun aku ada kat
rumah.
Selepas meletakkan sekeping nota di atas meja, diaterus tidur. Sudah lama dia tidak tidur dengan selesa. Tidur
di lokap, mimpi indah pun jadi ngeri.
7/28/2019 31 Mei
57/97
Nass Alina Noah
57
Put, aku tau kau penat. Kau tidur la. Tak ada
orang tau pun kau ada kat rumah. Esok Pinky
sampai. Kalau kau tak salah, kau jangan
takut okey. Aku sokong kau!
PUTERI terdiam selepas
membaca mesej Mimi yang
ditinggalkan di atas meja
komputer. Pinky akan pulang dan menyelesaikan semua
masalahnya. Dia tidak sabar melihat Umi meminta maadaripadanya. Dia pun sudah tidak sabar-sabar mahu tahu
siapa sebenarnya yang telah mencuri duit di dalam kotak itu
sehingga dia yang terpaksa menanggung akibatnya.
Jam dikerlingnya. Sudah pukul sembilan setengah
pagi. Lamanya dia tidur. Dari maghrib hingga ke pagi
keesokan harinya.
Selepas menguap panjang, dia terus ke dapur.
Perutnya sudah panas. Pantas dia menuangkan air sejuk ke
dalam gelas. Matanya meliar mencari sesuatu yang boleh
Bab7
7/28/2019 31 Mei
58/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
58
dimakan. Tidak ada mi segera, hanya ada beberapa keping roti
yang berkulat. Dibuangnya kulat-kulat itu. Roti tadi terus
disumbat ke mulut. Kemudian dia ke bilik air.
Selepas mandi, dia mengurungkan diri di dalam
bilik. Fikirannya kosong. Hanya satu wajah yang memenuhi
benaknya. Wajah lelaki yang telah menghancurkan hidupnya.
Kalaulah lelaki itu masih ada, tentu dia tidak perlu melalui
semua ini. Kalaulah lelaki itu tidak mengkhianati dia,
tentulah dia tidak perlu lari dari rumah dan menderitabegini.
Tiba-tiba tombol pintu bergerak-gerak. Selepas
beberapa saat, muncul Mimi dengan bungkusan plastik yang
mengandungi dua bekas polistirena.
Put ni ada nasi lemak. Kelas cancel la hari ni.
Menyusahkan aku aje.Puteri diam. Dia hanya memandang ke arah Mimi
yang bergerak ke dapur sebelum kembali dengan dua gelas
air kosong.
Air kosong aje Put, malas la aku nak bancuh teh.
Puteri senyum sejurus menyambut sudu dan garpu
yang dihulurkan oleh Mimi.
Pertama sekali aku nak cakap, aku minta maa
sebab tak dapat tolong kau tempoh hari. Tadi Pinky callaku,
dia terkejut beruk bila tahu kau kena tangkap. Dia cakap dia
memang ada bagi duit kat kau.
Puteri tersenyum panjang. Berlinangan air matanya
menahan sebak.
Kau dah banyak tolong aku. Memang korang
berdua la sahabat aku dunia akhirat, katanya dengan bibir
bergetar.
7/28/2019 31 Mei
59/97
Nass Alina Noah
59
Mimi menolak kotak tisu.
Teruk betullah Umi tu aku tak sangka betul hatidia jahat macam Hang Jebat. Nak aje aku tampar pipi dia.
Zalim, kan? Firaun lagi mulia daripada dia! Huh! Masuk
nerakalah kita berkawan dengan orang macam ni.
Puteri tersenyum hambar. Sudah adat dunia. Orang
miskin selalu dipandang hina. Ke mana hilangnya duit tu?
Mimi berjeda. Bulat matanya memandang Puteri.
Membersebilik dia la yang ambil.
Cham? soal Puteri tidak percaya.
Haah. Cham bagi pinjam dekat boyrienddia. Nak
bayar ansuran kereta. Dia tak cakap dengan Umi. Hei
bengangnya aku! Kalau tak kir pasal sewa rumah, dah lama
aku belasah!
Puteri senyum melihat keletah Mimi. Ikan bilis di
hujung bibir Mimi diambil.
Mimi tersengih.
Yang aku nak marah sangat lepas dia sumbat
kau ke lokap, dua tiga hari lepas tu dia dah tahu cerita
sebenar, tapi dia buat tak tahu aje sampailah aku terdengar
dia marah-marah Cham. Dia orang ingat aku tak ada katrumah. Bila aku dengar aje, aku belasah dia dengan bantal.
Cham pegang-pegang kaki aku. Umi terus keluar dari rumah.
Petang semalam baru dia balik. Langsung tak tegur aku.
Puteri tersenyum nipis. Dahlah lupakan. Syukur
alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik.
Macam mana pun, bila Pinky sampai nanti, akuakan pastikan dua ekormangkuk tu minta maa dengan kau.
Kau dendalah dia orang. Kau buatlah apa pun.
Dahlah aku tak simpan dalam hati pun!
7/28/2019 31 Mei
60/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
60
Eleh, come on la Put! Tak simpan dalam hati
konon! Errr best tak tidur kat lokap?
Puteri diam. Berlinangan air matanya sehinggalah
Mimi memeluknya.
Sekurang-kurangnya kau dapat merasa Put. Aku
ni kempunanlah nampaknya, seloroh Mimi menceriakan
suasana sedih yang menyelubungi mereka tika ini.
Woi! jerit Puteri.
Mereka berdua ketawa kuat sehinggalah Mimi
memasukkan bekas polistirena kosong ke dalam plastik.
Wajah Puteri dipandangnya sehingga Puteri berhenti makan.
Ada apa?
Ada berita tak best kau nak dengar tak? Kalau
nak akupostpone, akupostpone, kata Mimi.
Cakap ajelah. Aku dah biasa.
Mimi senyum nipis. Put... kita orang tambah duit
sikit sorang untuk cukupkan sewa rumah. Kak Ani marah
sebab selalu lambat. Sorry to say Kak Ani cakap kalau tak
bayar sewa dia suruh kita kosongkan rumah ni. Dia kirim
salam dengan kau, Umi la yang cakap kita lambat bayar sewa
sebab kau banyak kerenah.
Puteri bungkam. Kemudian dia cuba untuk
mengukir senyuman walaupun riak wajahnya sedih. Esok
lusa aku bayar duitkorang okey?
Mana kau nak cari duit?
Ada la.... Puteri berjanji walaupun dia sendiri
masih kabur dengan hala tuju hidupnya.Mimi mencebik panjang sejurus bangun hendak ke
dapur.
7/28/2019 31 Mei
61/97
Nass Alina Noah
61
Puteri terdiam di atas toto. Apa yang bermain di
benaknya pada ketika ini ialah wajah Datuk Kamarul. Dia
seperti ternampak-nampak wang yang berjumlah sepuluh
ribu ringgit itu. Jika diikutkan, kerja setahun pun belum
tentu akan dapat mengumpulkan wang sejumlah itu. Sepuluh
ribu ringgit dalam sekelip mata hanya dengan bertelanjang
bulat? Siapa yang akan melakukannya?
Aku tak rugi apa-apa. Hanya maruah aku di mata
sendiri dan di hadapan Tuhan. Hanya Tuhan dan DatukKamarul aje yang tahu. Bisik Puteri pada diri sendiri.
Hanya Tuhan yang jadi saksi, sedangkan orang lain?
Orang lain tidak pernah mengambil kisah akan perutnya yang
lapar atau betapa susahnya hidup dipulaukan oleh keluarga di
atas kesilapan yang dia sendiri tidak mahu lakukan. Kerana
menurut hati dan perasaan, dia yang rugi. Kerana lelaki yang
dicintai sepenuh jiwa, dia yang binasa.
Puteri menangis lagi. Menangis air mata darah
sekalipun, sejarah tidak mungkin dapat diubah. Dia tidak
berkuasa untuk memutarkan kembali masa yang telah
berlalu.
7/28/2019 31 Mei
62/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
62
S
AMPAI hati kau buat macam
ni pada Put, ya? Orang jenis
apa kau ni? Sepatutnya kau
bincang dengan kita orang dulu! Kau ingat kau bijak sangat?
Kalau kau bijak dah sangat, tak payah la belajar dah!
Puteri terjaga setelah dikejutkan dengan suara
orang mengamuk. Jam dikerling. Sudah jam sepuluh pagi.
Kerana selalu tidur lewat, dia sering bangun lambat.
Berasa ingin tahu apa yang sedang terjadi, dia
keluar dari bilik. Semua orang memandangnya. Wajahmasing-masing seperti budak sekolah rendah yang baru kena
marah dengan guru besar.
Aku nak kau minta maa dengan Puteri! arah
Pinky, kuat.
Puteri terdiam. Bermakna, suara Pinky la tadi yang
terjerit-jerit seperti hendak roboh rumah dibuatnya.Melihat Umi dan Cham takut-takut hendak
memandangnya, Puteri menaikkan kedua-dua tangan separas
dada.
Bab8
7/28/2019 31 Mei
63/97
Nass Alina Noah
63
Dahlah lupakan aje. Aku dah lupa dah. At least
aku ni bertuah, merasa masuk lokap!
Mimi yang hendak ketawa itu berpaling ke arah
lain. Rasa lucu, tetapi sedih dan sakit hati.
Pinky pula mencekak pinggang sejak tadi. Dia
sudah berazam, sebaik sahaja sampai ke rumah dia akan
mencekik leher Umi dan Cham. Sebenarnya dia sudah sampai
di Kuala Lumpur semalam tetapi dia singgah di rumah
saudaranya.
Dahlah Umi, Cham. Aku aham. Aku tak simpan
dalam hati pun, kata Puteri dengan nada yang mendatar
sebelum terus masuk ke bilik semula.
Setelah mengambil tuala, di terus berlalu ke bilik
mandi. Dia langsung tidak angkat muka semasa melewati
mereka berempat. Ada perkara lain yang lebih menakutkandaripada memikirkan peristiwa yang telah berlalu.
Put jom makan, aku bawa buah tangan ni, kata
Pinky dengan muka masam, masih marahkan Umi dan
Cham.
Simpan untuk aku okey. Aku ada hal sikit ni.
Puteri yang hanya berkemban itu terus masuk ke bilik.
Hatinya berbolak-balik. Dia terus mengenakan
solekan. Beberapa helai baju dibelek-beleknya. Sepasang
kebaya moden yang dipakainya semasa hari raya tahun lepas
ditarik keluar. Selepas setengah jam, dia keluar dari bilik.
Wow!Pewit!!!
Semua berpaling ke arah Puteri selepas Mimi
bersiul. Puteri berdandan cantik dan mengenakan solekan
yang berbeza pada hari ini.
Kau nak pergi mana Mak Datin? soal Mimi.
7/28/2019 31 Mei
64/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
64
Puteri tergamam seketika. Errr aku ada hal sikit.
Nak pergi cari kerja.
Okay. Good luck!
Puteri yang sedang menyarung kasut itu berpaling.
Guys... pasal sewa tu kita bincangkan lepas ni ya.
Aku ada hal ni.... Aku janji kalau aku tak bayar hari ni, aku
akan keluar dari rumah ni okey? kata Puteri sejurus pergi.
Mimi dan Pinky saling berpandangan. Kemudianserentak mereka memandang Umi dan Cham yang tidak
berani angkat muka.
Ni semua sebab korang la! dengus Mimi sambil
mengangkat garpu tinggi-tinggi. Mahu dicucuknya mata
besar Umi itu.
Eh, apa cerita dengan balak dia arrr? Soalan
Cham tidak habis.
Eh, jaga hal kau sendiri la. Sebab balak kau dan
kau yang bodoh ni la Puteri masuk lokap tahu tak? Sahut
Mimi, geram.
Dia dan Pinky saling berpandangan. Sudah lama
mereka tidak mendengar khabar berita tentang buah hati
Puteri. Entah apa yang berlaku padanya. Kalau dia ada, Puteritentu tidak akan susah sebegini.
SAYAnakpregnancy test kit, kata Puteri perlahan.
Dia tidak membuang masa. Terus dia masuk ke
tandas awam untuk membuat ujian kehamilan. Lama
ditatapnya alat yang dibeli tidak sampai sepuluh ringgit itu.
Ketika ini pelbagai perkara bermain di benaknya. Banyak
7/28/2019 31 Mei
65/97
Nass Alina Noah
65
soalan datang, bertindan-tindan. Jantungnya pula seperti
mati. Sukar untuk bernaas.
Matanya tidak berkelip menatap alat ujian
kehamilan itu. Dia melepaskan keluhan yang kuat. Alat ujian
kehamilan yang berada di tangannya dicampakkan ke dalam
tong sampah sejurus keluar dari tandas. Tidak sanggup
rasanya untuk menggunakan alat itu. Hakikat sebenarnya,
dia tidak sanggup menerima keputusan yang bakal diterima
nanti.Air matanya terus menitis laju. Buntu untuk
memikirkan hala tuju hidupnya. Dia hanya mampu
menggeleng-gelengkan kepala. Jalan yang dilalui juga seakan-
akan semakin sempit.
Puteri melangkah menuju ke Tasik Shah Alam.
Lenguh berjalan, dia duduk di kerusi batu.Kejadian yang berlaku semasa cuti semester lepas
terbayang satu per satu di ruangan mata. Pedih, sakit,
kecewa, semuanya bercampur baur. Kalaulah masa boleh
diulang kembali, kalaulah dia mampu menghentikan masa,
kalaulah dia berkuasa untuk mengubah sejarah, pastilah
semua ini tidak perlu dilaluinya.
Semakin lama dia membuang masa, semakin besar
masalahnya. Kalaulah betul dia mengandung, sudah tentu
perutnya akan membesar. Melahirkan anak tanpa seorang
ayah? Ini bukanlah sesuatu yang diingini oleh setiap wanita.
Dia bukanlah wanita barat yang boleh hidup dengan
pendirian itu. Dia mahukan keluarga bahagia yang sempurna.
Tambahan pula masyarakat pasti akan meminggirkannya
kerana melahirkan bayi ini.
Nanas? Akar kayu? Farmasi? Semua benda terlintas
di benaknya kini. Mindanya semakin sesak dengan pelbagai
7/28/2019 31 Mei
66/97
31 Mei Gerhana Mentari Cinta
66
permasalahan. Apa yang dia teringin sangat untuk dilakukan
kini adalah tidur. Kalau boleh dia ingin menelan sebotol pil
tidur. Tidur hingga puas!
Malas untuk memikirkan perkara yang bukan-
bukan, Puteri bergerak pantas ke perhentian bas. Dia mahu
pulang ke rumah dan tidur. Bas yang akan melalui rumahnya
sudah mahu bergerak.
Sampai di perhentian bas Seksyen 24, dia bergerak
ke sebuah bangku. Bingung! Kosong! Buntu! Matanyamerenung kosong ke arah orang yang lalu-lalang sehinggalah
dia
Top Related