Download - 3. Pembajaan Sawit Muda & Matang

Transcript

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

MODUL TEKNOLOGI PEMBAJAAN SAWIT MUDA DAN SAWIT MATANG1PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

TUJUANPembajaan adalah proses pembekalan nutrien secara seimbang kepada tanaman untuk keperluan tumbesaran dan pengeluaran hasil Dengan cara ini tanaman sawit akan tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang optimum.2PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Penentuan jenis baja - Jumlah baja - Pembelian - Penyimpanan - Membaja di ladang Nutrien dalam baja mestilah mencukupi untuk Mengeluarkan hasil yang menguntungkan tanpa Pembaziran.PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

PROSES PEMBAJAAN MELIBATKAN BEBERAPA PERINGKAT:-

3

PENENTUAN KADAR BAJA BERGANTUNG PADA :Jenis tanah - Faktor alam sekitar - Faktor ekonomi Pemuliharaan tanah sangat penting : - Mengelakkan kehilangan nutrien dan bahan organik - Pengurusan tanah dan air yang baik boleh mengurangkan hakisan, mengekalkan kelembapan tanah nutrien oleh pokok.4PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

JENIS BAJA-

-

Nutrien utama yang diperlukan oleh pokok sawit untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil ialah nitrogen (N), fosfat (P) dan kalium (K). Bergantung pada jenis tanah tertentu pokok sawit, juga memerlukan nutrien sekunder magnesium (Mg) dan unsur surih iaitu boron (B), zink (Zn) dan Kuprum (Cu).5PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

-

-

-

Nutrien boleh didapati daripada bahan organik dan baja kimia Bekalan baja organik adalah terhad dan lebih mahal. Baja kimia lebih banyak digunakan dalam perladangan sawit.

6PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

BAJA NITROGEN (N)-

-

Nutrien N unsur penting untuk pertumbuhan pokok. Untuk membentuk klorofil yang memberi warna hijau pada daun Untuk membentuk sel protoplasma pada pokok yang mengandungi protein, asid amino, amide dan alkoloid Dapat meningkatkan pengeluaran buah tandan segar Kekurangan menyebabkan warna daun kekuningan dan tumbesaran pokok terencat7PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

BAJA FOSFAT (P)-

Keperluannya untuk perkembangan akar dan membentuk asid nukleik.

-

Kekurangan unsur P menyebabkan :- Pokok menirus ke atas

- Pelepah menjadi pendek- Pengeluaran hasil menurun - Penyerapan unsur N kurang cekap - Melambatkan buah masak8PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Baja Kalium (K)-

-

Diperlukan untuk kesuburan, pengeluaran bunga dan buah. Unsur K yang berlebihan menyebabkan penurunan nutrien Mg dalam daun Pembajaan K dengan kadar yang berpatutan dan tidak berlebihan memberi pulangan yang maksimum. Kekurangan menyebabkan bintik-bintik oren pada pelepah-pelepah daun

9PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Baja Magnesium(Mg)- Perlu untuk membentuk klorofil bersama unsur Nitrogen. - Membantu kesuburan pokok kerana berkait rapat dengan proses fotosintesis. - Kekurangan akan menyebabkan daun berwarna kekuningan atau jingga terutama

10PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Nutrien Sekunder dan Unsur Surih

Terdiri daripada Sulfur ( S ), Boron ( B ), Zink ( Zn ) dan Kupram ( Cu ). Nutrien S mencukupi untuk pemakanan pokok kerana terdapat di dalam semua jenis tahah Nutrien Zn dan Cu sebagai nutrien tambahan untuk kawasan tanah gambut Nutrien B sebagai nutrien tambahan yang amat penting terutama di tanah yang kurang subur akibat hakisan Semua unsur ini diperlukan dalam jumlah yang sedikit untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil. Kekurangan nutrien Boron ( B ) akan menyebabkan daun melengkung dan bercangkung pada bahagian hujungnya.11

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Kawasan Pembubuhan Baja-

-

-

-

Keberkesanan penyerapan nutrien dipengaruhi tempat meletakkan baja dan umur pokok. Sebahagian besar taburan akar pemakanan pokok sawit hampir sama dengan kawasan yang diliputi kanopi pokok. Akar lebih banyak di hujung sadir daun dan di bawah susunan pelepah. Membubuh baja di kawasan ini sangat munasabah untuk memudahkan pengamatan dan penyeliaan.12PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Pokok sawit berumur 5 tahun mempunyai akar yang panjang dan berselirat diseluruh kawasan-

Tidak ada tempat khusus untuk meletakkan baja( mengikut manual Golden Hope : Letakkan baja 0.6 meter dari pangkal pokok )

-

-

Jika baja N dan K ditabur secara serakan kehilangan melalui larut resap dapat dikurangkan kerana baja bertembung dengan lebih banyak akar yang boleh menyerap nutrien/ Baja P dan K lebih berkesan ditabur atas susunan pelepah atau antara lorong tanaman berbanding dengan kawasan bulatan merumpai kerana kawasan tersebut kurang hakisan dan lebih lembap.13PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Syor Kaedah Membaja-

-

-

Pokok muda (1-2 tahun) penyerapan baja terbaik apabila ditabur di kawasan bulatan merumpai. Pokok (3-5 tahun) pengambilan yang cekap apabila baja ditabur dalam bulatan merumpai di hujung sadur daun di mana terdapat akar pemakanan yang aktif. ( 0.6 m 1.2 m ) Pokok sawit matang kanopi daun telah bertindih dan akar telah menjalar jauh, oleh itu baja boleh ditabur di kawasan yang lebih luas termasuk lorong antara pokok dan kawasan meletakkan pelepah. Elakkan pembajaan di lorong menuai kerana tanahnya telah padat dan terdedah pada hakisan.14PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Kekerapan Membaja-

Kekerapan membaja ialah ulangan membaja untuk satu jenis baja dalam setahun. Penyerapan baja lebih berkesan dengan meningkatkan kekurangan membaja. Membaja akan kurang berkesan jika dilakukan pada musim hujan lebat. Penggunaan baja sebatian yang lengkap memerlukan pembajaan 2 atau 3 kali setahun.15PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Kaedah Pembajaan lain-

-

-

Kaedah lain pembajaan adalah menggali beberapa lubang di keliling pokok untuk dimasukkan baja campuran atau sebatian dan dikambus kembali. Kaedah ini dapat mengurangkan kehilangan baja oleh hakisan terutama di kawasan berikut:Ia dapat mengurangkan kekerapan pembajaan kerana pembajaan dilakukan hanya sekali setahun.

16PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Cara meningkatkan kecekapan PembajaanAmalan berikut perlu dilaksanakan di ladang Sawit:- Menentukan kekacang penutup bumi tumbuh dengan baik semasa pokok muda. - Mengamalkan sungkupan dan kitaran semula biojisim pokok sawit. - Menentukan ladang bebas daripada rumpai parasit dan pokok renek. Rumpai lembut seperti pakis dan rumput tumbuh dalam lingkungan 10% - 20% untuk menjaga kelembapan tanah dan mengurangkan kadar hakisan tanah. - Kawasan beralun dengan kecerunan sederhana perlu sistem perparitan yang baik dan bina teres atau permatang (bund) untuk mengurangkan hakisan.17PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Cara meningkatkan kecekapan Pembajaan ( smbg )-

-

-

Membina takungan keladak (silt pit) untuk menyimpan tanah yang terhakis antara barisan pokok. Takungan keladak dapat mengurangkan kehilangan baja oleh hakisan. Untuk tanah bukit dan curam, sediakan teres yang lebar atau lorong jentera yang sesuai. Bagi tanah berpasir, guna baja pada kadar rendah dan tingkatkan kekerapan membaja. Tidak membekalkan baja lebih dari yang diperlukan oleh pokok. Elakkan membaja dalam musim hujan.18PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

Kesimpulan- Pengesyoran pembajaan adalah penentuan jumlah dan kadar baja yang diperlukan untuk setiap pokok bagi sesuatu kawasan ladang. Pengesyoran baja yang tepat dapat menentukan nutrien sentiasa berada pada tahap seimbang dan pokok dapat mengeluarkan hasil yang optimum.

19PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

TERIMA KASIH

20PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH