To what extend your school regulations are in line with Education (School Discipline) Regulations...

31
SGDU6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATION MANAGEMENT To what extend your school regulations are in line with Education (School Discipline) Regulations 1959 and the Professional Circulars of the Ministry on student discipline. Mohamad Faisal Mustaffa (814065) Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen (814066) LECTURER

Transcript of To what extend your school regulations are in line with Education (School Discipline) Regulations...

SGDU6043 LEGAL ASPECTS IN EDUCATION MANAGEMENT

To what extend your school regulations are in line with Education

(School Discipline) Regulations 1959 and the Professional

Circulars of the Ministry on student discipline.

Mohamad Faisal Mustaffa (814065)

Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen (814066)

LECTURER

Dr. Khaliza Binti Saedin

Kandungan :

1. Pengenalan

3

2. Pihak Berkuasa Disiplin

7

3. Langkah-Langkah Siasatan Dan Tindakan

9

4. Kajian Kes Pertama

10

5. Kajian Kes Kedua 12

6. Kajian Kes Ketiga 14

7. Kajian Kes Keempat

16

8. Kajian Kes Kelima

17

9. Kesimpulan 19

10. Rujukkan

20

11. Lampiran Kes

21

PENGENALAN

Hak asasi manusia adalah perkara pokok yang membezakan diri kita

semua dari manusia gasar. Isu serta perkara yang berkaitan dengan hak

asasi manusia mula mendapat perhatian serius di peringkat antarabangsa

melalui pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat pada tahun 1948 selepas

berakhirnya perang dunia kedua. Sesebuah negara yang mengamalkan

demokrasi akan berpegang kepada enam falsafah demokrasi iaitu rasional,

bermoral, kesamarataan, kebolehan mencapai kemajuan, berkerajaan sendiri

iaitu kerajaan dengan kehendak rakyat, dan kebebasan. Hak asasi ini juga

wujud dalam masyarakat dan negara yang mendokong nilai-nilai demokratik

seperti kebebasan untuk bercakap, kebebasan untuk mengekspresi dan

kebebasan untuk mengutarakan pendapat serta pemikiran. Bagi menjamin

setiap individu memiliki hak tanpa sebarang diskriminasi, semua individu

dan masyarakat harus dilayan sama rata tanpa mengira bangsa, agama

mahupun keturunan.

            Isu hak asasi manusia yang telah menjadi isu sejagat apabila

ianya mula diperdebatkan diperingkat dunia dan sering menjadi agenda

utama di dalam setiap persidangan antarabangsa. Ianya adalah kesan

daripada kesedaran masyarakat dunia tentang hak asasi manusia sebagai

warga sesebuah negara. Hak asasi manusia difahami umum sebagai prinsip-

prinsip asas dalam kehidupan berpolitik sesebuah masyarakat seperti hak

kebebasan bercakap, hak kebebasan beragama, hak kebebasan bergerak dan

lain-lain. Secara umumnya, hak asasi manusia bermaksud cara atau tindakan

seseorang manusia memperlakukan seseorang manusia yang lain mengikut

dasar kemanusiaan sebenar.

Namun begitu terdapat pelbagai konsep serta definisi mengenai hak

asasi manusia. Menurut Wong Hon Wai 2001, hak asasi manusia boleh

ditakrifkan sebagai hak dan dasar yang wajib diterima dengan sama rata

seperti hak untuk memberi pendapat, mendapat perlindungan dan

pendidikan yang sempurna, makanan, menganut agama atau kepercayaan

dan sebagainya. Manakala menurut Kofi Anan, Hak asasi manusia adalah

asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi

manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak

asasilah yang menjadikan kita manusia dan berteraskan prinsip hak asasi

manusia kita membina kesucian maruah manusia.

            Namun begitu, contoh makna dan contoh yang diberikan

sebenarnya adalah merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Seiring

dengan pengedaran zaman hak asasi manusia harus diberi tafsiran dan

pengertian yang lebih meluas dan mencakupi pelbagai aspek kehidupan

manusia. Dalam penafsiran moden terdapat tiga dokumen penting berkenaan

Hak Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948,

konvenan Antarabangsa Hak-hak Sivil dan Politik 1966 dan konvenan

Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966.

Hak asasi manusia wujud dalam masyarakat yang mendokong nilai-

nilai demokratik seperti kebebasan untuk bercakap, kebebasan untuk

berekspresi dan kebebasan untuk mengutarakan pemikiran. Demi menjamin

setiap individu memiliki hak ini tanpa diskriminasi, semua orang harus

dilayan secara sama rata tidak mengira agama, bangsa dan keturunan.

Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, Malaysia memiliki

perspektifnya yang tersendiri terhadap kebebasan asasi. Kewujudan pelbagai

fahaman politik, agama, etnik dan keturunan menyebabkan kebebasan asasi

di Malaysia lebih bersifat kebebasan yang dikawal dan terbatas. Hal ini

adalah untuk menjamin ketenteraman dan keharmonian masyarakat.

Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996 yang

memaktubkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dilaksanakan

sehingga sekarang. Dasar tersebut diasaskan kepada peruntukan utama dalam

Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 dan telah melahirkan

Sistem Pendidikan Kebangsaan yang terdapat pada hari ini.

Ke arah mencapai matlamat perpaduan masyarakat, Akta ini telah

menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua

peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang

sama untuk semua murid. Akta ini menitikberatkan penghasilan tenaga kerja

yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Sejak kemerdekaan pelbagai usaha telah dibuat ke arah pembentukan

sistem pendidikan kebangsaan, melaksanakannya dan penyemakan semula

dengan tujuan untuk mengukuhkan pelaksanaannya dan perjuangan bahasa

kebangsaan ke arah memupuk perpaduan kaum.

Sekolah bukanlah sebagai badan pengajar sahaja. Ia mempunyai tujuan

mendidik dalam ertikata yang lebih luas. Murid-murid sepatutnya mendapat

bukan sahaja pengetahuan dan kebolehan intelektual yang diuji melalui

peperiksaan, tetapi juga mutu moral dan sosial secara amnya, di mana

ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal.

Peraturan sekolah adalah satu set peraturan yang secara

langsung mengawal tingkah laku pelajar. Ianya merupakan satu

bentuk latihan yang memperkembangkan mental, fizikal dan sikap.

Usaha pendisiplinan pelajar di mana nilai-nilai disiplin disemai,

dipupuk dan diterapkan untuk mewujudkan masyarakat yang

bertatasusila, bersatupadu, berdemokrtatik, adil, liberal dan

maju.

Peraturan sekolah adalah berciri autokratik, guru mempunyai

kuasa mutlak ke atas kawalan, arahan, pengurusan dan hukuman

berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Oleh kerana

guru mempunyai kuasa untuk mendenda pelajar yang melanggar

peraturan, maka jenis disiplin ini juga boleh dilihat sebagai

ciri menghukum.

Dibentuk berlandaskan kesedaran kepada keperluan dan

tanggungjawab serta kebaikannya untuk pelajar mematuhi arahan.

Setiap sekolah perlu ada peraturan sekolah masing-masing secara

bertulis dan perlu dibuat salinan serta ditampal di bilik darjah

dan di kawasan-kawasan terbuka di sekolah.

Peranan sebagai ‘in loco parentis’ guru adalah

bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka

membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan

norma masyarakat. Ini termasuk pencegahan iaitu mengelakkan

pelajar daripada melanggar peraturan dan disiplin yang ditetapkan

dan mengingatkan para pelajar agar sentiasa berwaspada dalam

melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sebarang

tindakan yang dikenakan ke atas pelajar adalah bertujuan untuk

dijadikan iktibar dan pengajaran serta panduan kepada pelajar

lain agar perkara tersebut tidak berulang.

Soalnya adalah bagaimanakah pihak pengurusan sekolah

khususnya guru disiplin harus mengimbangi antara tiga perkara

tersebut? Bagaimanakah seseorang guru disiplin harus

menguatkuasakan peraturan sekolah, dengan mematuhi Akta

Pendidikan Negara tetapi tanpa sedikit pun melanggar hak-hak

asasi seseorang pelajar?

PIHAK BERKUASA DISIPLIN

Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas

disiplin sekolah dan diperuntukkan untuk menurunkan kuasa

disiplin dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain

tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang difikirkannya

patut, sesuai dengan peraturan 4, dalam Peraturan-Peraturan

Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Di samping kuasa dan budi

bicara yang diberikan, pihak berkuasa disiplin haruslah

mengamalkan keadilan dengan memberi perhatian kepada ‘natural

justice’.

Natural justice pula adalah suatu doktrin yang menyediakan

hak prosedur yang penting dalam proses membuat keputusan

pentadbiran. Doktrin natural justice mempunyai dua komponen

iaitu, (1) Audi alteram partem, hak didengar dan bersuara bagi

pihak dirinya (2) Nemo judex in causa sua, segala keputusan

dibuat oleh pihak ketiga yang berkecuali tanpa dipengaruhi oleh

mana-mana pihak yang lain. Prinsip begini adalah terpakai dalam

semua keputusan yang diambil oleh semua agensi kerajaan, tribunal

dan mahkamah. Jika keputusan yang diambil terbukti melanggar

prinsip ini, ianya boleh diketepikan tanpa kompromi. Keperluan

kedua komponen tersebut amat bergantung kepada prinsip

interpretasi undang-undang awam (common law) yang berteraskan

keadilan (fairness), kesaksamaan (neutrality) dan bebas

(independence). Prinsip natural justice dan keadilan procedural

adalah merangkumi ciri-ciri berikut :

Keadilan (Fairness) – keputusan dibuat berdasarkan satu set

peraturan dan undang-undang yang diketahui umum.

Ketelusan (Transparency) – segala apa yang berlaku adalah

jelas dan mampu difahami oleh masyarakat umum bahawa keputusan

mahkamah dan tribunal terbuka kepada umum.

Kesaksamaan di mata undang-undang (Equality before the law)

– setiap orang harus diadili secara saksama tanpa prejudis. Tiada

yang berada di atas undang-undang (above the law), tanpa mengira

kedudukkan mereka di sisi masyarakat.

Bebas dari ketidak-adilan (Freedom from bias) – seseorang

pembuat keputusan tidak boleh ada kepentingan peribadi atau tidak

boleh bersifat berat sebelah dalam keputusannya.

Hak untuk didengar (The right to be heard) – seseorang yang

terlibat dalam penghakiman oleh system perundangan adalah berhak

untuk didengar, memberi keterangan dan bukti yang menyokong

pendiriannya sebelum penghakima dibuat. Dengan lain perkataan,

yang tertuduh berhak membela diri bagi membela dirinya sebaik

mungkin.

Perkembangan terkini mula melihat mahkamah mula menggunakan

terma dan konsep keadilan procedural (fair procedure) di dalam

proseding pentadbiran yang bergaris-pandukan natural justice.

Pihak yang tertuduh atau berkemungkinan kehilangan dalam

proseding perlu diberi pencerahan secukupnya tentang perbicaraan

dan pembelaan sewajarnya. Tambahan pula, pihak yang membuat

keputusan perlu membuat keputusan tersebut tanpa bias dan tanpa

prejudis (nemo judex in causa).

Prinsip natural justice adalah kawalan procedural yang

memastikan agar tiada penyalah-gunaan kuasa berlaku dalam

perbicaraan dan tribunal badan awam. Ianya boleh memastikan pihak

pentadbiran mematuhi semua prosedur perundangan sebelum mengambil

sebarang tindakan dengan mematuhi Audi Alteram Partem dan Nemo

Judex in Causa Sua. Demi memastikan keputusan yang diambil adalah

sah, kedua elemen tersebut haruslah dipatuhi, jika tidak

keputusan tersebut boleh dicabar di mahkamah.

LANGKAH-LANGKAH SIASATAN DAN TINDAKAN

Langkah Pertama bagi tindakan disiplin adalah menerima aduan

dan memastikan kebenaran aduan itu dan memastikan sama ada kes

itu bersabit (prima facie) atau tidak. Seterusnya membuat

siasatan awal serta mengumpul bukti serta menentukan kebenaran

dan bukti-bukti tuduhan.

Langkah Kedua membuat kesimpulan dari bukti-bukti untuk

menjawab kes bersabit (prima facie) itu. Sebelum mengenakan

sebarang perintah hukuman, peluang yang munasabah hendaklah

diberi kepada murid itu untuk menafikan kesalahannya dan

menegakkan kebenarannya dengan menceritakan versi dari pihaknya.

Langkah Ketiga haruslah diambil untuk membolehkan murid beri

sebab ( To Show Cause ) jika murid itu menafikan kesalahannya.

Maksud beri sebab di sini adalah pihak berkenaan itu diberi

peluang untuk menyatakan kesnya, iaitu untuk membela diri dan

memberi bukti bahawa tuduhan-tuduhan yang dihadapkan itu tidak

betul.

Langkah Keempat mestilah diambil untuk membuat keputusan dan

dapatan Guru Besar. Sekiranya murid itu boleh memberi keterangan

yang memuaskan dan dia dapat membebaskan dirinya daripada tuduhan

yang dihadapkan kepadanya, maka Guru Besar boleh membuat

keputusan bahawa tuduhan itu tidak ada bukti dan tindakan

selanjutnya adalah tidak perlu. Pengakuan atau didapati bersalah.

Jika murid mengaku melakukan salah laku, sebagai alternatif,

selepas mendengar keterangan Guru Besar mendapati bahawa tuduhan

itu mempunyai bukti-bukti, maka dia hendaklah membuat keputusan

terhadap hukuman yang hendak dikenakan terhadap pesalah itu

mengikut peruntukkan peraturan sekolah.

KAJIAN KES PERTAMA

Fakta kes

Seorang pelajar bernama Muhammad Firdaus Bin Johari dari

Tingkatan 3A3, telah ditangkap oleh pihak polis ketika sedang

ponteng sekolah pada jam 10. 30 pagi, 23 September 2011, di

sebuah rumah kosong di Kg Paya Ara, 32700 Beruas, Perak. Pelajar

tersebut telah diserahkan kepada pihak sekolah pada hari yang

sama.

Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturan-peraturan Pelajaran

(Disiplin Sekolah) 1959, pelajar tersebut telah didapati bersalah

dan telah digantung dari persekolahan selama dua minggu, mulai

dari 24 September 2011 hingga 30 September 2011.

Walaupun tindakan ke atas pelajar tersebut adalah agak

drastic dan menghalang beliau dari belajar selama tempoh dua

minggu. Namun tindakan adalah amat perlu kerana ianya akan

menjadi pengajaran kepadanya agar tidak mengulangi perbuatan

tersebut. Ia juga mampu satu deteren kepada pelajar lain agar

tidak melakukan perkara yang sama.

Peraturan Yang Relevan

Peraturan Bilik Darjah : Ponteng kelas/sekolah:

• Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah/kelas tanpa kebenaran

dan alasan yang munasabah dianggap ponteng.

• Murid tidak dibenarkan ponteng kelas atau ponteng sekolah.

• Murid yang ponteng kelas/sekolah akan dikenakan tindakan

disiplin.

• Sekiranya murid ponteng sekolah selama 3 hari berturut-turut

guru tingkatan, melalui Pengetua akan menghantar surat pertama

kepada ibubapanya.

• Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari, maka

surat kedua akan dihantar kepada ibubapanya.

• Setelah murid yang sama ponteng selama 2 minggu berturut-

turut, surat ketiga, iaitu surat tunjuk sebab kenapa dia tidak

diberhentikan daripada sekolah akan dihantar kepada ibubapa.

Keputusan

Pelajar tersebut telah diberi masa dan peluang untuk membela

dirinya dan menceritakan sebab dan alasan kenapa beliau terlibat

dalam perkara tersebut. Setelah pertimbangan dibuat oleh Lembaga

Tatatertib Sekolah, beliau telah didapati bersalah dan menjalani

hukuman gantung sekolah selama dua minggunya.

KAJIAN KES KEDUA

Fakta kes

Seorang pelajar bernama Muhammad Farez Bin Muhd Rajis dari

Tingkatan 4CG, telah pada jam 07.30 pagi, 20 Julai 2010, di

tangga Blok C, SMK Raja Shahriman, Beruas menumbuk seorang guru,

iaitu En. Nor Azman Bin Muslim, Penolong Kanan HEM, SMK Raja

Shahriman, Beruas, Perak. Pelajar tersebut telah melakukan

perbuatan tidak menghormati guru, satu kesalahan di bawah

peraturan KP/8543/Vol.2/55 (c) Undang-undang dan Peraturan

Sekolah Menengah Raja Shahriman, Beruas.

Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturan-peraturan Pelajaran

(Disiplin Sekolah) 1959, pelajar tersebut telah didapati bersalah

dan telah digantung dari persekolahan selama satu minggu, mulai

dari 22 Julai 2010 hingga 28 Julai 2010.

Tindakan ke atas pelajar tersebut adalah agak lembut kerana

tidak dilibatkan dengan pihak polis, dan hanya menghalang beliau

dari belajar selama tempoh satu minggu. Namun tindakan tersebut

diambil setelah mengambil kira situasi yang telah mendorongnya ke

arah perkara tersebut.

Peraturan Yang Relevan

Larangan-Larangan :

• Pelajar dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di

kawasan luar berdekatan dengan sekolah.

• Murid dilarang menyebar khabar angin/berita yang boleh menyebabkan

pergaduhan.

• Murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan Pengetua, Penolong

Kanan-Penolong Kanan, Penyelia Petang dan Guru-guru.

Keputusan

Pelajar tersebut telah diberi masa dan peluang untuk membela

dirinya dan menceritakan sebab dan alasan kenapa beliau telah

bertindak sedemikian. Setelah pertimbangan dibuat oleh Lembaga

Tatatertib Sekolah, beliau telah didapati bersalah dan menjalani

hukuman gantung sekolah selama satu minggunya.

KAJIAN KES KETIGA

Fakta kes

Seorang pelajar bernama Mohammad Farizal Amirul Bin Abdul

Rahman telah pada jam 07.30 pagi, 24 Mei 2010, di bilik Kelas

2A3, SMK Raja Shahriman, Beruas didapati memilikki dan menghisap

rokok sehingga menyebabkan kebakaran di dalam tong sampah kelas

tersebut. Pelajar tersebut telah melakukan kesalahan di bawah

pekeliling SPI 5/1997.

Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturan-peraturan Pelajaran

(Disiplin Sekolah) 1959, pelajar tersebut telah didapati bersalah

dan telah digantung dari persekolahan selama dua minggu, mulai

dari 25 Mei 2010 hingga 04 Jun 2010.

Tindakan ke atas pelajar tersebut adalah masih agak lembut

kerana tidak dilibatkan dengan pihak polis, dan hanya menggantung

beliau dari belajar selama tempoh dua minggu. Tindakan tersebut

diambil setelah mengambil kira situasi yang telah mendorongnya ke

arah perkara tersebut. Beliau juga mesti hadir ke sekolah setelah

tempoh penggantungannya selesai bersama ibubapanya untuk sesi

kaunseling.

Peraturan Yang Relevan

Merokok.

• Sekolah adalah kawasan larangan merokok. Semua guru, ibu

bapa, pekerja, murid dan mana-mana individu yang berada atau

berurusan dengan sekolah tidak dibenarkan merokok di kawasan

sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97) (Peraturan-peraturan Kawalan

Hasil Tembakau, 1993)

• Larangan merokok meliputi semua premis sekolah, sama ada di

kawasan terbuka, mahupun di bilik-bilik atau di tempat-tempat

yang terselindung.(Pek. Ikt. Bil 1/83)

• Murid-murid tidak dibenarkan membawa, membeli atau

mengedar rokok.

• Murid-murid ditegah sama sekali merokok di kawasan sekolah

atau berdekatan dengan pintu/ pagar sekolah.

• Murid-murid yang ditangkap 5 kali merokok akan dibuang

sekolah.(Pek.Iktisas Bil. 5/97)

Keputusan

Pelajar tersebut telah diberi masa dan peluang untuk membela

dirinya dan menceritakan sebab dan alasan kenapa beliau telah

bertindak sedemikian. Setelah pertimbangan dibuat oleh Lembaga

Tatatertib Sekolah, beliau telah didapati bersalah dan menjalani

hukuman gantung sekolah selama dua minggunya. Beliau juga mesti

hadir semula ke sekolah bersama ibubapanya untuk sesi kaunseling.

KAJIAN KES KEEMPAT

Fakta kes

Seorang pelajar bernama Nasrul Hariri Bin Muhd Rajis, telah

pada 30 April 2012, ditangkap kerana membawa telefon bimbit ke

sekolah, Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturan-peraturan Pelajaran

(Disiplin Sekolah) 1959, pelajar tersebut telah didapati bersalah

dan telah dirampas telefon bimbit tersebut dan hanya dikembalikan

kepadanya setelah beliau berjanji berkelakuan dan menandatangani

surat perjanjian akuan berkelakuan baik.

Tindakan ke atas pelajar tersebut adalah agak lembut kerana

ianya merupakan kesalahannya pertama dan hanya dirampas telefon

bimbit dan hanya dikembalikan kepadanya setelah beliau berjanji

berkelakuan dan menandatangani surat perjanjian akuan berkelakuan

baik.

KAJIAN KES KELIMA

Fakta kes

Seorang pelajar bernama Saiful Adzhar Bin Mat dari Tingkatan

4 Dedikasi telah, pada jam 08.30 pagi, 24 Jun 2013, di koridor

kelas 4 Dedikasi, SMK Raja Shahriman, Beruas dengan sengaja

mencetuskan pergaduhan dengan Muhamad Hakimi Bin Husin dan Fahmi

Izuddin Bin Ahmad.

Di bawah Peraturan 8 (a), Peraturan-peraturan Pelajaran

(Disiplin Sekolah) 1959, pelajar tersebut telah didapati bersalah

dan telah digantung dari persekolahan selama dua minggu, mulai

dari 1 Julai 2013 hingga 05 Julai 2013.

Tindakan ke atas pelajar tersebut adalah masih agak lembut

kerana tidak dilibatkan dengan pihak polis, dan hanya menggantung

beliau dari belajar selama tempoh satu minggu. Tindakan tersebut

diambil setelah mengambil kira situasi yang telah mendorongnya ke

arah perkara tersebut.

Peraturan Yang Relevan

Larangan-Larangan :

• Pelajar dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di

kawasan luar berdekatan dengan sekolah.

• Murid dilarang menyebar khabar angin/berita yang boleh menyebabkan

pergaduhan.

• Murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan Pengetua, Penolong

Kanan-Penolong Kanan, Penyelia Petang dan Guru-guru.

Keputusan

Pelajar tersebut telah diberi masa dan peluang untuk membela

dirinya dan menceritakan sebab dan alasan kenapa beliau telah

bertindak sedemikian. Setelah pertimbangan dibuat oleh Lembaga

Tatatertib Sekolah, beliau telah didapati bersalah dan menjalani

hukuman gantung sekolah selama satu minggunya.

KESIMPULAN

Peraturan sekolah adalah pada dasarnya berciri autokratik

dengan guru berkuasa mutlak dalam urusan pendisiplinan para

pelajar di sekolah berlandaskan peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan. Oleh kerana guru mempunyai kuasa untuk mendenda

pelajar, maka jenis disiplin ini adalah dilihat bercirikan

menghukum dan mendera sebagai hukuman sebarang kesalahan.

Sesuai dengan peranan ibubapa gantian sebagai ‘in loco

parentis’ guru bertanggungjawab membentuk sahsiah pelajar agar

sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Sebarang hukuman atau

dendaan terhadap pelajar adalah dengan tujuan mendidik dan

mengajar serta panduan kepada pelajar lain agar perkara tersebut

tidak berulang.

Dalam rangka siasatan dan mencari punca kesalahan, para guru

wajib mematuhi prinsip natural justice yang akan mempastikan

keadilan yang saksama kepada semua yang terlibat dan mempastikan

hak asasi setiap pelajar dijaga dan dipertahankan. Oleh yang

demikian, para pelajar akan membesar dengan sempurna dan sihat

dari segenap segi, dan tidak nudah menjadi anti-sosial atau

membenci peraturan atau bersikap anti –establishment, seterusnya

menyumbang kepada pembangunan Negara.

RUJUKKAN

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1979 - Surat Tugas-Tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah.

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1983 - Garis Panduan Kempen Anti Merokok di sekolah-sekolah.

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1986 - Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah.

4. Arthur P. Hoyd (1988) Bimbingan dan Kaunseling Di Malaysia, Dewan Bahasa & Pustaka.

6. Kementerian Pendidikan (1984). Panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, DBP: K.L.

7. Tang Chee Yee (1992) Bimbingan dan Kaunseling Perkhidmatan, Prosedur dan Kemahiran- Kumpulan Budiman.

8. Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Am Disiplin Sekolah-sekolah, Kuala Lumpur, Adabi, 1981.

9.Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Bagi Ibu/Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, 1982.

10.Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Tatacara Displin Sekolah Untuk Guru Besar, dan Guru, K.L. DBP, 1983.

11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/68 dan 8/68 - Tambahan kepada Surat Pekeliling ‘Profesional’ Kementerian Pelajaran (Gantung Persekolahan), bertarikh 12 Oktober 1968.

12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975 Disiplin: Murid-murid Menghisap Rokok bertarikh 5 September 1975.

13. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1983 - Garis Panduan Kempen Anti Merokok di sekolah-sekolah.

14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1986 - Langkah-langkah

Keberkesanan Disiplin Sekolah.

15. Arthur P. Hoyd (1988) Bimbingan dan Kaunseling Di Malaysia, Dewan Bahasa & Pustaka.

16. Kementerian Pendidikan (1984). Panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Keunseling Sekolah, DBP: K.L.

17.Tang Chee Yee (1992) Bimbingan dan Kaunseling Perkhidmatan, Prosedur dan Kemahiran-Kumpulan Budiman.

18. Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Tatacara Displin Sekolah Untuk Guru Besar, dan Guru, K.L. DBP, 1983.

19. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975 Disiplin: Murid-murid Menghisap Rokok bertarikh 5 September 1975.

20. Rekod HEM SMK Raja Shahriman, Beruas

Lampira

n Kes