Tingkahlaku bermasalah

44
Tingkah laku Bermasalah PENGENALAN Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah. Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak- anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan 1

Transcript of Tingkahlaku bermasalah

Tingkah laku Bermasalah

PENGENALAN

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah

menjadi topik perbincangan di kalangan

masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku

bermasalah boleh menyebabkan

ketidakseimbangan di antara emosi dan

aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah

laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan

tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk

mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk

keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di

sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah

orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna

dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota

masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak

mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah.

Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian

serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan

rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-

anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi

peluang kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan

memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan

1

Tingkah laku Bermasalah

asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan

sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia

kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu

generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan

untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.

Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh

guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di

kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada

kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya

proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti,

tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak

kata pepatah “ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

“. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila

berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan

dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru.

PENGERTIAN TINGKAH LAKU BERMASALAH

Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak

boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang

diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini

menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar

dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa

Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai ‘ abnormal

behavior ‘ iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan

norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku

2

Tingkah laku Bermasalah

normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan

dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.

Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku

bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menggangu

perjalanan kehidupannya.

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul ‘ The

School and the Behaviour Problem Child ‘ menyatakan semua

tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai

bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri

mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan

begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka

untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah

merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh

menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan

pengajaran khasnya di dalam bilik darjah.

Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau

positif. Yang pastinya tingkah laku bermasalah ini boleh

membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang

demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru

mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di

3

Tingkah laku Bermasalah

dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat

digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan

lancar serta berkesan.

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua

bahagian iaitu :-

1. Tingkah laku Bermasalah Negatif

Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :-

Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) :

Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh

membahayakan diri.

Kebimbangan – sentiasa berasa takut,

menunjukkan reaksi bimbang, tiada keyakinan

diri.

Pergantungan lebihan – terlalu mengharapkan

pertolongan atau bantuan dari orang lain

terutama ibu bapa atau orang yang rapat

dengannya, terlalu manja, tidak boleh

berdikari

Pengunduran diri – malu untuk menunjukkan

kebolehan, teragak-agak memberi pendapat atau

4

Tingkah laku Bermasalah

idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering

menggangap orang lebih baik dari dirinya

Pengasingan diri – tidak suka bergaul atau

berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap

rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan

malu pada kawan-kawan

Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) :

Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh

membahayakan orang lain.

Hiperaktif – kelakuan atau bertingkah laku yang

tersangat agresif

Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan,

membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas.

Bising – menganggu ketenteraman bilik darjah,

banyak bercakap .

Bergerak sesuka hati – suka keluar masuk kelas

tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas

semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan

aktiviti yang disukai bila-bila masa.

Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring

dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada

di sekelilingnya

Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan

kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak

sopan

5

Tingkah laku Bermasalah

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai

masalah emosi ‘ neurotic ‘ atau ‘ psychotic dapat dikenali

melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah,

melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.

Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah

laku ini merupakan tingkah laku yang boleh

membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.

Permusuhan nyata – suka bergaduh, berlawan,

bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana

murid terutama rakan sebaya.

Vandalisme – suka merosakkan harta benda awam

seperti menconteng dinding menggunakan pen,

pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan

alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau

meja di dalam bilik darjah, menggores atau

menconteng meja.

Kumpulan liar – terlibat dengan kumpulan

tidak bermoral

Klik – mempunyai hubungan dengan beberapa

orang yang mempunyai perangai atau tabiat

yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku

tidak baik

Geng – menubuhkan kumpulan tertentu di dalam

sekolah, kumpulan yang ditakuti atau digeruni

6

Tingkah laku Bermasalah

oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau

menakut-nakutkan murid-murid lain.

Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah

tingkah laku berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia

lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid

sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah

kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan

akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada

peringkat akan datang.

Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu

bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid

berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut

kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang

pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “

the potential influence of student’s free will “.

2. Tingkah laku bermasalah Positif

Tingkah laku bermasalah positif merangkumi :-

Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang

tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat

Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau ‘

catch up ‘ sesuatu perkara yang baru dipelajari,

dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat

7

Tingkah laku Bermasalah

Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan

pantas apabila menggunakan otak dan berfikir

Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan

kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding

kawan-kawan yang lain

Tingkah laku bermasalah ini dapat digambarkan memalui rajah

di bawah ini :-

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku

Tingkah Laku

Bermasalah Negatif

Bermasalah Positif

Tingkah Laku

Tingkah Laku

bergantung disruptif distruktif ingin cepatpintar proaktif

tahu belajar cerdas

8

Tingkah laku Bermasalah

Tingkah laku merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh

seseorang. Selain dari tingkah laku bermasalah yang

diterangkan di atas, terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak

yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di bawah :

Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau

lebih muda dari mereka.

Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka

Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan

Sering bercakap bohong atau bercakap besar

Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap

rokok

Suka menyakiti hati kawan-kawan

Menjahanamkan harta benda

Tidak duduk diam

Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap

Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua

Panas baran

Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi

( Robert H Woody : The school and the behaviour problem

child )

Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman ( 1995 )

di dalam artikelnya bertajuk “Beberapa Pandangan dan

Pendapat Berkaitan Punca-punca Timbul Masalah Tingkah

9

Tingkah laku Bermasalah

Laku” . :Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia,menyatakan

antaranya adalah seperti berikut :-

Faktor Diri Murid

Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu

bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid

berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut

kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang

pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “

the potential influence of student’s free will “.

Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat

dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik

minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat

belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam

fikiran mereka.

Faktor Keluarga

Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang

menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses

anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak

yang tidak bermoral.

Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan

Rogers ( 1962 ) dan Bee ( 1975 ) menunjukkan bahawa perasaan

ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian

yang dilakukan di rumah dan di sekolah.

10

Tingkah laku Bermasalah

Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah

besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-

masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.

Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai

“ Jevenile Delinquency ‘ mengesahkan bahawa hasil dari

kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari

rumahtangga yang serba kekurangan.

Faktor Masyarakat

Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila

salah laku itu sudah menjadi kebudayaan kecil ( sub-

culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di

dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Faktor Sekolah

Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di

antara keadaan keluarga yang kucar kacir dengan perlakuan-

perlakuan salah laku di kalangan generasi muda.

Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang

besar atau keadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian yang

disignifikan dengan masalah tidak berdispilin

( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )

Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang

tidak dikelolakan dengan baik akan menimbulkan disiplin

11

Tingkah laku Bermasalah

kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang kurang

baik di kalangan murid.

PENGERTIAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi Tingkah laku :

Langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-

prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif

kepada positif. Antara langkah-langkah sistematik ialah :

Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah

Menetapkan matlamat

Menentukan strategi bertindak

Merancang prosedur atau plan bertindak

Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak

Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika

perlu

Memsstikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

Modifikasi tingkah laku ini merupakan cara menguruskan bilik

darjah. Ia sesuai untuk mengatasi masalah sama ada negatif

atau positif.

12

Tingkah laku Bermasalah

------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------

-----------

Objektif modifikasi tingkah laku murid ialah :-

1) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini

2) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak

diingini.

------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------

-----------

Faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah dalam

bilik darjah :-

Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa – saiz

rumah, kedudukan kawasan, bilangan ahli, kemudahan

Suasana persekitaran sekolah yang kurang konduksif –

berhampiran kawasan pembinaan, jauh dari bandar,

terpencil, tiada kemudahan asas

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan – alat

bantu mengajar yang tidak menarik, cara penyampaian

guru yang monotone dan sukar difahami oleh murid

Dunhill ( 1965 ), keadaan pembelajaran kelas yang tidak

dikelolakan dengan baik akan menyebabkan murid bosan

dan tidak dapat menumpukan perhatian dengan minat

terhadap mata pelajaran yang diajar.

13

Tingkah laku Bermasalah

Keadaan fizikal sekolah kurang konduksif – bilik darjah

yang kotor, kawasan sekolah yang kotor, tiada perhiasan

atau kemudahan untuk murid

Pengurusan sekolah bercorak autokratik – guru yang

terlalu garang, disiplin yang terlalu ketat, selalu

menggunakan kaedah hukuman atau dendaan, perkhidmatan

kaunseling yang tidak mencukupi

Pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian

sekolah – murid hanya mengikut arahan tanpa bantahan,

maslah murid tidak didengari atau diambil perhatian,

tiada kompromi dari guru

Penilaian negatif mewujudkan permusuhan nyata dengan

membalas dendam

14

Tingkah laku Bermasalah

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang

bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi

pelaziman. Berikut ialah huraian pelbagai teknik yang sesuai

digunakan untuk perlaksanaan program modifikasi tingkah laku

murid-murid di sekolah.

1 Peneguhan

Positif dan peneguhan Negatif

Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan

dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi

sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh

berupa positif dan negatif.

Peneguhan Positif

15

Tingkah laku Bermasalah

Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong

individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang.

Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku

yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku

positif dapat dikuatkan lagi.

2 Denda dan Peneguhan

Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak

diingini berulang. Dengan erti kata lain ialah mengehentikan

perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daraipada

dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat

sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula

perbuatan atau tingkah laku tersebut.

Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku

yang diingini atau sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya.

3 Reverse Psychology

Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan

tingkah laku negatif kepada positif. Ia bertujuan agar

murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih

kepada tingkah laku positif.

16

Tingkah laku Bermasalah

4 Shaping

Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang

diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-

ansur.

5 Token Economy

Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh

simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang

diidamkan seperti point merit, markah, peratus. Kebiasaannya ia

digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan

disiplin murid.

6 Kontrak ( Lisan atau Bertulis )

Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku

negatif kepada positif secara perjanjian lisan atau

bertulis.

7 Kawalan Kendiri

Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal

tingkah laku sendiri. Ia dilakukan seperti berikut :-

a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan

b) Mengumpulkan data

c) Merancang program tindakan

d) Menilai program

e) Menamatkan Program

17

Tingkah laku Bermasalah

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya ada menerangkan

beberapa punca tingkah laku bermasalah seperti di bawah ini

juga boleh menyumbang kepada tingkah laku bermasalah.

1. Masalah Keluarga

Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanak-

kanak itu tinggal juga mempunyai pengaruh penting

dalam kemajuan pendidikan dan tingkah laku kanak-

kanak. Jika kehidupan kanak-kanak harian di rumah

dibaluti atau dibelenggu masalah keluarga seperti

perbalahan, ketiadaan jaminan keselamatan, sikap ibu

bapa yang terlalu kasar, garang , dominan, terlalu

mengongkong atau terlalu memanjakan maka mereka akan

membesar di dalam situasi yang terperangkap di segi

emosi dan sosial yang mana ia boleh membantutkan

perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam

membentuk tingkah laku sempurna.

2. Pengaruh Rakan Sebaya

Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan

yang sama umur dari segi perlakuan dan percakapan.

Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat

mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak.

3. Pengaruh Media

Media masa turut menyumbang dan memberi kesan

terhadap perkembangan tingkah laku kanak-kanak.

18

Tingkah laku Bermasalah

Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau

lakonan apabila mereka menonton atau membaca .

Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa

yang mereka lihat sama ada melalui suratkhabar,

televisyen, filem yang dilakonkan oleh pelakon-

pelakon dan meniru aksi apa yang ditonton.

( Bandura, 1986 )

4. Pengaruh Genetik atau Baka

Menurut Teori Roe,minat dan kebolehan seseorang

itu adalah diwarisi melalui baka genetik. Tenaga

jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat

dikawal sepenuhnya. Teori ini dikemukakan oleh Anne

Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ). Teori ini

menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah

tertentu di dalam menggunakan tenaga jiwa yang

diwarisinya.

Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh

membawa kepada perlanggaran peraturan di sekolah. Murid-

murid yang lemah belajar dan gagal berkali-kali dalam

peperiksaan akan merasa kecewa dan hilang minat untuk

belajar.

Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat

dalam sesuatu mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak

19

Tingkah laku Bermasalah

beusaha menarik minat mereka, maka murid-murid itu akan

hilang semangat belajar dan akan melakukan apa saja yang

terlintas di dalam hati mereka.

Mengikut Waller ( 1939 ) asas segala masalah disiplin di

sekolah ialah pertentangan pendapat di antara guru dan murid

mengenai sesuatu keadaan di sekolah kerana masing-masing

mempunyai kemahuan yang berlainan. Hal ini menjadi lebih

buruk di sekolah menengah di mana murid-murid merasa kurang

senang apabila terasa dipengaruhi ( Wadd 1973 ).

Gragey ( 1970 ), Maslow dan Rogers ( 1962 ), Boysen ( 1793 )

dan Gordon ( 1974 ) berpendapat bahawa persekitaran

persekolahan yang ketat kawalannya akan menimbulkan keadaan

tidak berdisplin kerana murid-murid akan menentang kawalan

ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti tidak

menghormati guru, tidak bersopan dan juga menetang guru. Ada

juga yang akan berbohong dalam keadaan kawalan ketat itu.

20

Tingkah laku Bermasalah

CONTOH TINGKAH LAKU BERMASALAH

1. Murid yang berkelakuan nakal

Kelakuan nakal melibatkan kepada tingkah laku murid.

Nakal merujuk bagaimana individu itu berkelakuan lincah,

tidak duduk diam atau sentiasa melakukan sesuatu yang

tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di

sekelilingnya. Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek

seperti suka membuat bising di dalam bilik darjah, murid

tidak duduk diam di tempatnya, murid suka berjalan-jalan

di dalam bilik darjah ketika guru tiada di dalam kelas

dan menganggu kawan-kawannya yang lain dan gemar bermain-

main semasa proses pembelajaran berlaku.

21

Tingkah laku Bermasalah

Murid yang berkelakuan nakal ini lebih banyak memberi

kesan kepada kawan-kawan di dalam kelasnya seperti

menggangu proses pengajaran dan pembelajaran ,

mengakibatkan ketidakselesaan di kalangan murid-murid

lain di dalam kelas dan menyukarkan guru mengajar dengan

aktif.

Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah

tidak makan saman dengan teguran, amaran atau dendaan.

Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu sahaja

apabila didenda , ditegur atau dimarah. Apabila sudah

tidak ditegur atau dimarah atau diingatkan oleh guru,

kelakuan murid itu akan kembali kepada perangai asalnya.

Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke

sekolah sebagai alasan daripada dimarahi, didenda atau

dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap nakal di

dalam kelas. Tabiat tidak hadir ke sekolah tanpa alasan

atau sebab yang kukuh dianggap melanggar peraturan

sekolah dan boleh dikenakan denda.

Burt ( 1953 ), dalam penyelidikannya di London menyatakan

lebih dari 11% kes kemunduran kanak-kanak di sekolah

dalam bidang pelajaran adalah disebabkan kedatangan yang

tidak mencukupi atau kedatangan tidak menentu kerana

berbagai sebab.

22

Tingkah laku Bermasalah

Cara mengatasi tingkahlaku bermasalah murid berkelakuan

nakal ini boleh di atasi menggunakan teori mazhab

behavioris.

------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------

-----------

Guru-guru perlu memberi perhatian serius terhadap

murid-murid yang bermasalah seperti di atas.

Kenal pasti serta selidik faktor-faktor yang

menyebabkan murid-murid berkelakuan nakal.

Kelakuan mereka hendaklah dipantau dari masa ke

semasa. Guru sentiasa memberi tumpuan terhadap

kelakuan murid tersebut agar tidak menganggu proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Guru-guru hendaklah memberi amaran berulangkali agar

mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

Sekiranya murid berubah kepada tingkah laku positif,

guru-guru perlu mengambil inisiatif memberikan

penghargaan terhadap perubahan yang telah murid

lakukan secepat mungkin.

Contoh: Murid tersebut menyalin nota yang diberi oleh

guru. Guru harus memuji perbuatan murid pada

waktu ketika itu juga. Ini akan memberikan

23

Tingkah laku Bermasalah

peneguhan di dalam diri murid itu. Ia juga

dapat meningkat semangat ingin berubah kerana

perubahan tingkah lakunya mendapat perhatian

dari guru.

2. Pengasingan Diri

Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya

tidak mahu bergaul dengan kawan-kawan yang lain. Murid

ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan meletakkan

dirinya di satu sudut atau tempat terpencil. Murid yang

suka mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab tertentu

seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna, merasai

kekurangan dari segi material berbanding rakan-rakan

lain, sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil

atau mempunyai masalah peribadi atau dalaman.

Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam

kelompok kerana sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup

bersendiri dan merupakan anak tunggal atau bilangan adik

beradik yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau

tidak banyak berinteraksi.

Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah

tingkah laku atas faktor masalah keluarga, kewangan dan

kurang perhatian dari kawan-kawan , kebiasaannya berwajah

murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini

juga kurang memberi penumpuan atau perhatian di dalam

kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal atau mengelamun

24

Tingkah laku Bermasalah

ketika belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak

berminat langsung untuk belajar.

Tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka mengasingkan

diri ini boleh di atasi menggunakan teori mazhab sosial.

Beberapa cara mengatasi tingkah laku bermasalah tersebut :-

------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------

-----------

Guru boleh memilih beberapa orang murid yang

berkelakuan positif seperti berdisplin dan cemerlang

dalam akademik. Lebih elok jika murid ini terdiri

daripada rakan sebaya mereka di dalam kelas.

Guru boleh menjadikan murid-murid ini sebagai contoh

kepada murid-murid yang bermasalah tingkah laku .

Jelaskan apa yang akan mereka perolehi sekiranya

bersikap dan berkelakuan seperti murid-murid contoh .

Muird-murid contoh dijadikan sebagai model.

Guru mesti pandai memainkan peranan agar murid-murid

yang bermasalah tersebut berminat dan berkecenderungan

mengikut jejak langkah rakan sebaya mereka yang baik.

Guru perlu menerangkan apa faedah yang boleh mereka

dapat sekiranya mereka bertingkah laku positif seperti

mempunyai peluang masa depan yang cerah, disayangi oleh

ibu bapa, guru dan rakan-rakan dan berpotensi menjadi

murid contoh, dihargai dan disayangi .

25

Tingkah laku Bermasalah

Guru perlu memberi tumpuan yang lebih kepada murid-

murid yang bermasalah berbanding murid-murid lain

semasa mengajar di dalam kelas. Guru hendaklah pandai

mencuri tumpuan murid bermasalah agar mereka dapat

mengikuti aktiviti pembelajaran bersam-sama dengan

murid-murid lain di dalam kelas.

Guru jangan sekali-kali meminggirkan murid yang

bermasalah. Guru hendaklah sentiasa cuba mencari jalan

untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut. Guru

juga boleh menggunakan situasi pembelajaran secara

berkumpulan atau berpasangan.

Contohnya: menyoal murid, meminta pendapat atau

respon, mendekati murid, membimbing murid dan

memberi semangat jika perlu.

Guru juga boleh memberi peneguhan seperti ganjaran,

pujian, penghargaan,hadiah dan motivasi kepada murid-

murid ini agar mereka lebih berkeyakinan dan

bersemangat di atas perubahan tingkah laku mereka.

Dalam konteks bimbingan dan kaunseling, murid-murid yang

suka mengasingkan diri adalah murid-murid yang mempunyai

masalah dari segi emosi.

( Suradi Salim , 1996 )

Faktor emosi boleh dikaji meliputi beberapa aspek seperti

berikut :-

26

Tingkah laku Bermasalah

Kemungkinan berlaku pergaduhan di antara ibu bapa,

leteran, perbalahan tentang perkara kecil di antara

murid dengan ibu bapa.

Penceraian atau perpisahan menghadkan keupayaan untuk

berusaha dalam pelajaran

Hubungan yang tidak baik di antara adik beradik dan

keluarga

Keadaan keluarga yang sering berpindah randah sehingga

murid tidak merasa selesa dengan perubahan tempat baru

Keadaan situasi tempat tinggal atau rumah kediaman yang

tiada keseimbangan dari segi saiz, kemudahan, bilangan

ahli yang terlalu ramai atau kedudukan kawasan.

Oleh itu, melalui bimbingan dan kaunseling, murid yang

suka memencilkan diri akan dicuba diterokai oleh guru

bimbingan seterusnya mengenalpasti punca-punca masalah atau

ketidakselesaan yang sedang dihadapi oleh murid. Guru

bimbingan akan cuba memberi nasihat atau cara mengurangkan

ketidakselesaan yang sedang dialami.

Ahli-ahli teori pembelajaran seperti Bandura ( 1986 ) yang

menyatakan pembelajaran terhasil melalui proses pemerhatian

dan peniruan merupakan bahagian penting dalam pembelajaran

sosial.

27

Tingkah laku Bermasalah

Miller dan Dollard ( 1941 ) menyebut ‘tingkah laku

kebegantungan sepadan dan percaya bahawa individu hanya dapat

mempelajari gerak balas itu jika ia memadankan tingkah laku model itu’.

Mowrer ( 1960 ) menyatakan gerak balas model boleh

dipelajari oleh seseorang pemerhati hanya dengan memberikan

peneguhan atau ganjaran yang diberikan kepada model semata-

mata. Dalam proses ini peneguhan yang diberikan kepada model

dianggap sebagai ganjaran gantian untuk si pemerhati.

3. Murid yang suka merosakkan harta benda atau vandalisme

Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya

tabiat yang paling buruk. Antara perlakuan yang sering kita

lihat dewasa ini seperti menconteng dinding menggunakan

objek (pensel, pen atau marker ). Bagi yang tiadak mempunyai

peralatan untuk menconteng, tapak kasut adalah jalan mudah

bagi mereka memenuhkan ruang dinding. Selain itu, tabiat

suka mematahkan atau merosakkan pam tandas sekolah juga

semakin berleluasa. Ada juga murid yang mencabut batang paip

tandas sekolah. Perkara yang sering dilakukan oleh murid-

murid yang suka merosakkan harta benda ialah menconteng meja

atau kerusi yang terdapat di dalam kelas.

Contoh : Ali sering menconteng meja di dalam kelasnya.

Kadangkala, dia juga turut menconteng meja kawan-

kawannya yang lain. Perbuatannya memang tidak

28

Tingkah laku Bermasalah

disenangi atau disukai oleh kawan-kawannya yang

lain di dalam kelas. Meskipun sudah diberi amaran

atau denda oleh Cikgu Dali , namun sikap Ali masih

tidak berubah.

Bagi murid-murid yang terlibat dalam perbuatan

merosakkan harta benda ini bolehlah dikategorikan dalam

tingkah laku melakukan jenayah atau rosak akhlak. Murid-

murid yang terlibat dalam masalah jenayah tidak sesuai lagi

dikenakan denda atau hukuman. Denda bukanlah ubat yang

mujarab untuk menyembuhkan penyakit ini. Masalah ini perlu

diberi tumpuan khusus oleh guru dan pihak sekolah kerana

bibit-bibit jenayah yang diperlihatkan pada peringkat ini

jika berlarutan dan dibiarkan ia akan menjadi barah. Dengan

erti kata lain, ia akan menjadi masalah yang lebih besar

pada masa akan datang. Oleh itu, sebaik-baiknya murid-murid

yang menunjukkan sikap sedemikian perlu dirujukkan kepada

Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan rawatan dan

bimbingan yang betul.

Terdapat sesetengah pandangan mengatakan ‘ anak-anak

yang baik ‘ ialah kanak-kanak yang pendiam, pasif, tidak

tahu meminta dan hanya bersifat menerima sahaja. Kanak-kanak

yang aktif, lincah, terlalu banyak bercakap atau bertanya,

berani menjawab atau mempersoalkan apa yang dikemukakan

29

Tingkah laku Bermasalah

adalah dianggap sebagai kanak-kanak nakal, tidak berdisiplin

atau dianggap kurang ajar dan biadap.

Keadaan ini berlanjutan sehingga mereka masuk ke

sekolah rendah, menengah, universiti dan seterusnya dewasa.

Pada keseluruhannya, orang kita lebih bersikap pemerhati

sebagai reactionist dan bukannya actionist, tidakberani

mengemuka pendapat kerana jiwanya yang kerdil itu tidak

membenarkannya berbuat demikian. Mereka dididik untuk

tunduk, menerima dan patuh kerana kalau ada tingkah laku

yang sebaliknya mereka akan dicemuh, dicaci, dikeji atau

didenda.

Ahli-ahli penyelidik telah dapat menentukan bahawa pada

umumnya kanak-kanak yang rosak akhlak bencikan sekolah,

kehadirannya ke sekolah tidak tetap, lemah dalam pencapaian

akademik dan lebih cenderung tercicir dalam sistem

persekolahan. Kebanyakan kanak-kanak rosak akhlak lekas

marah, cepat tersinggung perasaan dan bermusuhan terhadap

rakan-rakan persekolahan.

Menurut Arther Johnson ( 1988 ) yang telah membuat kajian

yang meluas mengenai perhubungan sekolah dan jenayah kanak-

kanak menyatakan bahawa “ Tidak ragu-ragu lagi bahawa corak

permulaan penjenayahan kanak-kanak bersangkutan dengan kanak-kanak itu

sendiri.

30

Tingkah laku Bermasalah

Dalam kajian Horley dan Bronner mendapati 40% dari contoh

kanak-kanak rosak akhlak sangat bencikan sekolah . Maka

mereka bertindak merosakkan apa saja benda yang terdapat di

sekolah.

Mengikut Sheldon dan Elemor Glueck membandingkan kanak-kanak

rosak akhlak dengan yang tidak melaporkan 88.5% dari kanak-

kanak rosak akhlak dan hanya 34.1% dari kumpulan terkawal

yang benci atau bersikap tidak acuh dengan sekolah. Beliau

menjelaskan murid-murid rosak akhlak mempunyai cirri-ciri

seperti tidak berminat belajar, benci pada peraturan, kurang

minat terhadap sekolah.

Abdullah Salleh ( 1979 ) dalam kajiannya menyatakan sebab-

sebab murid melakukan ‘vandalism‘. Di antaranya ialah mahu

membalas dendan terhadap sekolah, suka melihat benda itu

hancur, hendak menunjukkan kekuatan atau kelebihan, dan

keadaan terbiar tanpa pengurusan dari guru semasa di dalam

bilik darjah.

Cara mengatasi tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka

merosakkan harta benda dengan menggunakan teori mazhab

behavioris.

31

Tingkah laku Bermasalah

------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------

-----------

Kenalpasti tingkah laku bermasalah murid. Dalam kes

ini, murid suka menconteng mejanya dan meja kawan-

kawannya di dalam kelas.

Murid bermasalah dirujuk kepada Guru Bimbingan. Guru

bimbingan akan menerokai masalah dan murid diberikan

bimbingan.

Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menentukan matlamat

bimbingan : Murid mengurangkan sikap suka menconteng di

atas meja kepada di dalam buku atau kertas. Menghargai

barang kepunyaan sendiri dan hak milik orang lain.

Guru bimbingan memberikan nasihat atau kata-kata

perangsang yang boleh membawa kepada perubahan tingkah

laku.

Murid diingatkan, dinasihati berulang kali serta

dilatih dan diajar mengamalkan sikap-sikap positif.

Murid dibimbing oleh guru supaya mengurangkan atau

membuang perangai atau tabiat buruk suka menconteng

meja di dalam kelas.

Guru membimbing murid dan memberikan perbezaan sikap

dari awal kedatangan ke bilik bimbingan sehingga pada

hari berikutnya. Guru cuba menjelaskan perubahan sikap

murid agar murid dapat merasai atau mendapat gambaran

perubahan tingkah lakunya.

32

Tingkah laku Bermasalah

Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya

murid sudah mula berubah dan mencapai matlamat yang

diinginkan.

5. Murid Pintar Cergas

Ramai di antara kita yang tidak tahu apakah tanda-tanda

yang perlu diketahui mengenai kanak-kanak pintar cerdas. Ada

yang menggangap kita tahu, tetapi penilaian kita sering

cetek seperti bijak bercakap, penilaian berasaskan hobi atau

penilaian berasaskan rupa paras. Akibatnya, bakat-bakat

kanak-kanak pintar yang sememangnya mempunyai bakat luar

biasa tidak dapat diperkembangkan sepenuhnya.

Menurut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan adalah penting

untuk kita ketahui bahawa tiada satu pun tanda set sifat

yang umum atau biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar

cerdas. Seperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-

kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas

luas berbeza antara satu sama lain.

Mengikut kajian yang dilakukan,terdapat 30 cara mengenal

pasti murid-murid pintar cerdas di dalam kelas melalui

senarai semak kepintarcerdasan. Antaranya ialah :-

33

Tingkah laku Bermasalah

1. Mula berjalan dan bercakap lebih awal dari

kanak-kanak biasa. Semasa kecil lagi sudah

menunjukkan kebolehan menyusun perkataan

dan frasa yang bermakna.

2. Mungkin lebih besar, lebih kuat daripada

kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya

dan dalam ukuran tertentu mereka biasanya

adalah luar biasa seperti ukuran dada,

kekuatan otot dan perkembangan paru-paru.

3. Boleh menarik perhatian ibu bapa dengan

menunjukkan gaya, tidak semestinya di

hadapan pelawat yang datang ke rumah atau

penonton. Gaya diri yang luar biasa

mungkin satu dari tanda luar biasa kanak-

kank pintar cerdas.

4. Menunjukkan minat pada masa lebih awal.

Bercakap mengenai masa seperti semalam,

hari esok, hari ini, hari-hari dalam

seminggu, waktu ini dan waktu itu,

kalender dan jam pada peringkat umur yang

awal. Ini menunjukkan kesedaran pada

dirinya berkaitan dengan masa.

5. Menpunyai berbagai minat dan sikap

spontan, disaingi dan perasaan ingin tahu

dari segi intelek yang luas dan cepat

berkembang.

34

Tingkah laku Bermasalah

6. Selalunya telah belajar membaca sebelum

memasuki alam persekolahan. Kanak-kanak

itu dikatakan telah mempunyai minat

membaca yang lebih awal. Mempunyai

kebolehan membaca yang tinggi berbanding

kanak-kanak lain yang sebaya dengan

dirinya.

7. Mengumpul benda-benda dengan teratur

seperti mengumpul benda dari spesis yang

sama ( burung, setem, bahan kimia,

kenderaan, bunga). Biasanya koleksi dari

bahan yang canggih atau saintifik.

8. Mempunyai hobi yang lebih banyak

berbanding kanak-kanak lain.

9. Dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan

mudah, hanya memerlukan sedikit penerangan

dari guru dan sedikit penerangan dari

guru. Mempunyai sifat tidak sabar

mendapatkan latih tubu dari guru dan

pandai menggunakan masa dengan berfaedah.

10. Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari

dengan menggunakan situasi lain.

Pemindahan idea datang dengan begitu

pantas sekali.

35

Tingkah laku Bermasalah

Elizabeth Drews ( 1961 ), salah seorang penyelidik terkenal

tentang kanak-kanak pintar cerdas pernah menyatakan “ It’s

immoral to squander a child’s time on what he really knows “ (adalah

tidak bermoral untuk membazirkan masa kanak-kanak dengan

memaksa mereka mempelajari apa yang mereka sudah tahu )

kerana kecerdasan mereka telah menguasai apa yang kanak-

kanak lain sedang bersusah payah untuk mempelajari.

Seorang lagi pakar dalam bidang ini mengatakan “There is

nothing so unequal as the equal treatment of unequals “ ( Borlond,

1989 ). Equal tidak semestinya sama tetapi itulah yang

sering diamalkan dalam bilik darjah apabila murid pintar

cerdas dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang

sama dengan murid-murid lain sedangkan mereka dapat

menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan

bersedia maju ke hadapan, menaiki tangga yang lebih tinggi

dan mempelajari sesuatau yang baru dengan lebih mudah

berbanding murid-murid lain di dalam bilik darjahnya.

dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama

dengan murid-murid lain sedangkan mereka dapat menguasai

dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia maju ke

hadapan, menaiki tangga yang lebih tinggi dan mempelajari

sesuatu yang baru dengan lebih mudah berbanding murid-murid

lain di dalam bilik darjahnya.

36

Tingkah laku Bermasalah

Kata-kata George Bernard Shaw ( 1965 ) mungkin sesuai

disebut di sini “ Take to get what you like or you will be forced to like

what you get “ yang bermaksud kita perlu berusaha atau

melakukan sesuatu untuk mendapat apa yang kita suka kerana

kalau tidak kita terpaksa menyukai apa yang diberikan kepada

kita . Ini menunjukkan bagaimana murid pintar cerdas

terpaksa menerima apa saja dalam situasi pembelajaran

mereka.

Sememangnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah, guru-guru memang ingin murid-muridnya sentiasa

pintar dan cerdas. Namun di dalam situasi bilik darjah yang

terdiri daripada pelbagai jenis kebolehan murid , murid

pintar cergas ini boleh menganggu situasi pembelajaran di

dalam kelas.

Contoh: Alin merupakan murid pintar cerdas di dalam

kelasnya. Alin selalu mendahului kawan-kawannya

dari segi menjawab soalan, membuat latihan,

menyiapkan tugasan dan melibatkan diri secara

aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas.

Apa yang pasti, sememangnya sukar juga juga mengawal

tindak tanduknya di dalam kelas yang selalu jauh ke depan

meninggalkan kawan-kawannya yang lemah atau sederhana.

37

Tingkah laku Bermasalah

Cara mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas

dengan menggunakan teori mazhab sosial :-

------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------

-----------

Guru menjadikan murid pintar cerdas sebagai model.

Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau

contoh kepada kawan-kawannya yang lain di dalam kelas

Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin

mengulangkaji pelajaran di rumah, mencuba menjawab

pelbagai bentuk soalan, siakp berani bertanya sekiranya

tidak faham atau tidak tahu

Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh

menjadi seperti murid contoh.

Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat

murid-murid lain di dalam kelas supaya berinisiatif

untuk berubah seperti memberi hadiah kepada murid

contoh. Maka jika ada di kalangan murid-murid lain di

dalam kelas boleh menunjukkan kebolehan seperti murid

contoh; murid tersebut akan menerima hadiah serupa

seperti murid contoh. Ini akan memberangsangkan murid-

murid lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih

baik.

Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-

murid supaya sentiasa bersedia dalam pembelajaran.

38

Tingkah laku Bermasalah

Seperti murid-murid lain, murid pintar cerdas juga

memerlukan tiga perkara iaitu kasih sayang, pencapaian dan

aspirasi. Pertolongan dari ibu bapa juga diperlukan bukan

hanya dari guru semasa di sekolah.

Mengikut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan terdapat beberapa

objektif bimbingan dan kaunseling bagi murid pintar cerdas

seperti berikut :-

1. Menbantunya mengenal dan menerima kebolehan

dan kekurangan dirinya dan menyedari bahawa

kelebihan yang ada pada dirinya mungkin tidak

pada semua aktiviti atau perkara.

2. Menghormati kebolehan orang lain dan menerima

kekurangan orang lain

3. Membentuk matlamat pendidikan, kerjaya,

sosial, bakat, emosi selaras dengan

kebolehan, bakat dan minat.

4. Penyediaan dan pemberian pengalaman ke arah

aktiviti yang membawa kesimbangan.

5. Pemberian bantuan dan pertolongan kepada

mereka mengambil bahagian dengan murid lain.

6. Mengenal akan perlunya empati, menghormati

dan menerima individu lain dengan sifat dan

kebolehan mereka.

39

Tingkah laku Bermasalah

7. Menunjukkan di mana sumber-sumber yang boleh

membantu mereka memenuhi keperluan hidup

mereka.

8. Mengembangkan sifat dan sikap

bertanggungjawab terhadap orang lain

berasaskan sifat-sifat keistimewaan dan bakat

semulajadi seseorang.

9. Memelihara hak setiap individu untuk membuat

keputusan pendidikan

10. Memberi bantuan dalam menganalisis

masalah peribadi dan pelajaran.

Kesemua objektif di atas adalah untuk menghasilkan

kemajuan murid pintar cerdas dari segi akademik serta

melayan mereka agar rasa gembira memiliki kelebihan sendiri

tanpa memandang rendah terhadap kebolehan murid-murid yang

sebaya dengannya yang mungkin memiliki kekurangan berbanding

kebolehan yang ada pada dirinya.

5. Murid Ingin Tahu

Murid ini mempunyai sikap ingin tahu yang amat tinggi

dari perkara besar hingga sehalus kuman. Guru pun boleh

lemas dan letih menjawab pertanyaan murid yang mempunyai

sikap ingin tahu yang terlalu tinggi. Adakalanya soalan yang

dikemukakan tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran.

Tetapi perasaan ingin tahu lebih mendalam tentang topik yang

dibincangkan sehingga boleh merimaskan guru untuk

40

Tingkah laku Bermasalah

menjawabnya. Murid-murid lain di dalam kelas hanya

termanggu-mangu menanti jawapan dari guru. Sedikit sebanyak

sikap murid sebegini boleh mengganggu proses pembelajaran di

dalam kelas.

Contohnya :

Cikgu Ani : Murid-murid, ini adalah gambar bunga raya.

Nampak tak apa warna bunga raya?

Murid-murid : Nampak cikgu. Warna merah. ( murid-murid

menjawab ….. )

Amirul :Cikgu, mengapa bunga raya mesti berwarna merah?

Ada tak bunga raya berwarna lain. Apakah

kelebihan warna merah berbanding warna lain ?

Cikgu Ani : Oh… sememangnya bunga raya ada memounyai

warna lain seperti…….

( Cikgu Ani menjwab soalan yang dikemukakan oleh Amirul ).

Kemudian Amirul bertanya beberapa soalan lagi kepada Cikgu Ani

sehingga masa pembelajaran tamat sebelum Cikgu Ani sempat

memberi kesimpulan topik perbincangan kelas pada hari itu .

Teori behavioris melalui modifikasi tingkah laku pengurusan

diri boleh digunakan bagi murid yang mempunyai sikap ingin

tahu yang tinggi:-

------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------

-----------

41

Tingkah laku Bermasalah

Murid hendaklah tahu matlamat yang hendak dicapai atau

kenalpasti soalan yang dia ingin tahu mengenai

jawapannya

Murid berusaha mencuba mendapatkan jawapan sendiri

selain dari guru.

Murid kemudian membuat semakan atau rujukan sama ada

jawapan yang dicari adalah betul atau tidak. Sekiranya

tidak yakin, murid boleh bertanya guru untuk kepastian.

Murid dapat menilai kebolehan diri dan mencapai

kepuasan.

Guru hanya bertindak sebagai pakar rujuk atau

pemerhati.

Murid boleh mengulangi tingkah lakunya berulang ulang

sehingga ia mencapai tahap keberkesanan guru dan murid,

PENUTUP

Kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga

menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan

menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas

yang terlalu ramai, alat kelengkapan yang

tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang

tidak teraputik, alat bantu mengajar yang

tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan

sekolah yang tidak sempurna dari segi

kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh

42

Tingkah laku Bermasalah

menimbulkan kegelisahan dan menganggu kelancaran perjalanan

kelas.

Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa

tokoh terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh

pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk

meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku

bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah.

Sebagai ibu bapa, kita mestilah menjaga keselamatan dan

jaminan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa mesti

memberikan kasih sayang dan perhatian selain dari wang

ringgit dan keperluan asas mereka.

Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan

kepada anak-anak untuk memilih apa yang mereka suka,

mendengar penjelasan dan pendapat serta memberi sokongan

tentang perkara-perkara yang mereka minati. Ibu bapa juga

perlu mengamalkan sikap memberi ganjaran atau peneguhan

setiap kali anak-anak berjaya. Sentiasa memberi galakan dan

motivasi.

Oleh demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani

oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak

membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan

43

Tingkah laku Bermasalah

sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan

perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

44