Sejarah Tingkatan 2 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk ...

107
BAB 10 SARAWAK DAN SABAH Sejarah Tingkatan 2 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor

Transcript of Sejarah Tingkatan 2 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk ...

BAB 10 SARAWAK

DAN SABAH

Sejarah Tingkatan 2 KSSM

Oleh Cikgu Norazila Khalid

Smk Ulu Tiram, Johor

10.1 SARAWAK DAN

SABAH DALAM

ALAM MELAYU

SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

oSarawak dan Sabah merupakan antara kawasan yang terletak di Alam Melayu.

oKedudukan kedua-dua kawasan ini di barat daya hingga utara pulau Borneo telah mendedahkannya dengan perkembangan yang berlaku di Alam Melayu terutama dalam aspek perdagangan dan keagamaan

o Di kedua-dua kawasan ini juga muncul beberapa pelabuhan seiring dengan kemunculan kerajaan masyhur, seperti Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara

o Kepesatan kerajaan yang masyhur ini telah mendorong kemajuan kegiatan perdagangan di Sarawak dan Sabah.

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

oSejak sebelum Masihi, penduduk di Sarawak dan Sabah telah mempunyai hubungan dengan Alam Melayu dan dunia luar seperti kemunculan pusat pembuatan tembikar di Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah.

o Penduduk di Bukit Tengkorak ini telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan kawasan di luar Sabah

o Pada abad ketiga pula, muncul Chu-Po, iaitu pelabuhan di utara Sabah. Pelabuhan ini menjadi tempat mengeksport besi ke Funan dan Champa.

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

oPada abad ketujuh, Santubong muncul sebagai pusat perdagangan utama di Sarawak .

oTerdapat penemuan barangan tembikar zaman Dinasti T’ang dan Sung di Santubong.

o Pelabuhan ini membekalkan kapur barus, kayu laka, lilin, lebah madu dan kulit penyu.

oPada abad ke-13, muncul industri peleburan bijih besi di Santubong.

oSelain Santubong, beberapa lagi pusat perdagangan muncul di Sarawak seperti Gedong, Bukit Sandong dan Kalka.

oPusat perdagangan ini menjalankan kegiatan perdagangan dengan kerajaan Siam, Vietnam dan China.

Santubong

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

oKemajuan pesat perdagangan di Sarawak dan Sabah pada ketika itu menjadi tarikan kepada kerajaan Alam Melayu untuk meluaskan pengaruhnya.

o Hal ini menyebabkan beberapa kawasan di pesisir pantai barat laut Borneo menjadi kawasan pengaruh kerajaan Alam Melayu ini

o Kerajaan Srivijaya pernah meluaskan pengaruhnya di selatan Sarawak bagi mengawal perdagangan di Laut China Selatan

oKerajaan Majapahit turut mempunyai pengaruh di Sarawak dan di utara Sabah

o Jumpaan gendang gangsa jenis Moko di Pulau Banggi, Sabah membuktikan terdapat hubungan perdagangan antara kerajaan Majapahit dengan penduduk di utara Sabah.

gendang gangsa

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

oKemerosotan Majapahit telah membawa kepada perkembangan pengaruh kerajaan Sambas, Brunei dan Sulu di kawasan barat dan utara pantai Pulau Borneo.

o Di Sarawak, berlaku penyebaran kuasa oleh kerajaan Sambas dan Kesultanan Melayu Brunei

o Kerajaan Sambas mengambil peluang daripada kemerosotan Majapahit dengan meluaskan pengaruhnya ke Samarahan, Sadong, Sarawak (Sungai Sarawak), Saribas dan Kalka

Kerajaan Sambas

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

oPada abad ke-14, Kesultanan Melayu Brunei telah muncul dan menjalinkan persahabatan dengan kerajaan Sambas.

oPersahabatan ini membolehkan kerajaan Sambas menyerahkan wilayahnya di Sarawak kepada Kesultanan Melayu Brunei.

oKesultanan Melayu Brunei juga meluaskan pengaruhnya ke utara Borneo

o Kemunculan Kesultanan Sulu di utara Borneo pula telah membawa kepada tersebarnya pengaruh mereka di pantai timur laut Borneo.

Kesultanan Sulu

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

oKebangkitan Kesultanan Melayu Brunei telah melemahkan pusat perdagangan di Sarawak kerana tumpuan perdagangan dialihkan ke Brunei.

oManakala Kesultanan Sulu yang muncul pada abad ke-15 telah meningkatkan kegiatan perdagangan di utara Sabah.

oKawasan ini kaya dengan hasil laut dan hutan terutama sarang burung yang menjadi tarikan pedagang China

o Kedua-dua kesultanan ini kemudian mengalami kemerosotan menjelang abad ke-19 apabila bersaing dengan kuasa Barat.

sarang burung

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

oSarawak dan Sabah juga dipengaruhi oleh kedatangan agama Hindu, Buddha dan Islam.

o Pengaruh agama ini dibawa secara tidak langsung oleh kerajaan Alam Melayu di kedua-dua kawasan ini

o Pada zaman kegemilangan kerajaan Srivijaya terdapat tinggalan objek-objek agama Buddha di Santubong.

oSelain itu, terdapat penemuan patung Ganesha di Limbang.

HUBUNGAN SARAWAK DAN SABAH DALAM ALAM MELAYU

oPengaruh Kesultanan Melayu Brunei di Sarawak dan Sabah telah membawa penyebaran agama Islam di pesisir pantai Sarawak dan Sabah.

oKesan ketara penyebaran Islam ini ialah penerimaan agama Islam oleh kebanyakan penduduk pesisir pantai Sarawak dan Sabah

o Kesultanan Sulu pula memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Islam di pantai timur Sabah.

GENDANG GANGSA DI PULAU

BANGGI, SABAH

Gendang gangsa ini

dikenali sebagai gendang

gangsa Timbang Dayang

yang dibuat di Pulau

Jawa.

10.2 KEMUNCULAN

PEMERINTAHAN

TEMPATAN

KEMUNCULAN PEMERINTAHAN TEMPATAN

oDi Sarawak dan Sabah telah wujud beberapa bentuk pemerintahan tempatan yang tersusun dan tersendiri.

oBentuk pemerintahan ini wujud berdasarkan kawasan geografi, iaitu pedalaman dan lembah sungai.

Pedalaman Sabah

SARAWAK

oPemerintahan tempatan di Sarawak dibentuk di pedalaman dan lembah sungai.

o Di pedalaman, penduduknya membentuk sistem kepimpinan kesukuan mengikut kaum masing-masing

o Di lembah sungai pula, terdapat pemerintahan tempatan yang kemudiannya berubah kepada pemerintahan wilayah kuasa besar Alam Melayu seperti kerajaan Sambas dan Kesultanan Melayu Brunei.

Sungai Sarawak

KEPIMPINAN KESUKUAN

oDi kawasan pedalaman Sarawak, terdapat kepimpinan kesukuan yang berbeza daripada kawasan muara sungai.

oSetiap kaum mempunyai ketuanya yang bebas daripada kawalan mana-mana kuasa dari luar.

oMasyarakat Iban mempunyai ketua mereka sendiri yang dikenali sebagai Tuai Rumah

oBagi kaum Kayan, pemimpin mereka dikenali sebagai Kelunan Maren atau Hipun Uma.

oPemimpin kaum Kenyah pula digelar Peran Lepo, manakala pemimpin kaum Kelabit dikenali sebagai Laih Rayeh.

Masyarakat Iban

KEPIMPINAN LEMBAH SUNGAI

oKerajaan

oWakil Raja

KERAJAAN

oDi Sarawak, terdapat kerajaan di kawasan lembah sungai, iaitu Sawaku, Samadong, Kalka, Saribas dan Melano.

o Wujud interaksi antara kerajaan ini dengan kerajaan luar.

oKerajaan ini telah muncul sejak abad ketujuh dan berakhir pada sekitar abad ke-14.

Sawaku

WAKIL RAJA

oPengaruh kerajaan di Alam Melayu ke atas Sarawak membawa kepada terbentuknya sistem wakil raja di Sarawak. Hal ini berlaku bermula dengan pengaruh kerajaan Majapahit.

oKerajaan Sambas menyambung sistem ini dengan melantik pemimpin tempatan sebagai wakil mereka

o Manakala Kesultanan Melayu Brunei pula, melantik dua wakilnya sama ada wakil terus dari Brunei atau pemimpin tempatan

o Kawasan kekuasaan mereka adalah di sekitar dan sepanjang sungai yang mereka wakili.

oWakil-wakil raja ini menjalankan pemerintahan dalam aspek kehakiman, kebajikan dan menjaga keamanan kawasan yang mereka wakili.

WAKIL RAJA oWakil-wakil raja ini menjalankan pemerintahan dalam aspek kehakiman, kebajikan dan menjaga keamanan kawasan yang mereka wakili.

oMereka juga mengutip cukai daripada penduduk dan aktiviti perdagangan.

oSemasa pentadbiran Kesultanan Melayu Brunei, usaha telah dibuat untuk menguatkan hubungan mereka dengan kaum-kaum di pedalaman.

oSuku kaum di pedalaman ini diiktiraf oleh Kesultanan Melayu Brunei dan diberi gelaran Orang Kaya.

SABAH

oMasyarakat di Sabah mempunyai sistem pemerintahan tempatan berdasarkan lokasi tertentu.

oMasyarakat di kawasan pedalaman Sabah membentuk kepimpinan kesukuan yang hampir sama antara satu kaum dengan kaum yang lain.

oDi kawasan lembah sungai, pentadbiran kerajaan diketuai oleh wakil raja dan ketua bebas.

KEPIMPINAN KESUKUAN

oMasyarakat pedalaman di Sabah telah mempunyai kepimpinan kesukuan yang tersusun dan bebas daripada kawalan kuasa-kuasa luar.

o Hal ini boleh dilihat dalam kepimpinan kesukuan kaum Kadazandusun, Murut dan Orang Sungai.

Murut

KEPIMPINAN KESUKUAN

oKaum Kadazandusun, Murut dan Orang Sungai mempunyai bentuk kepimpinan yang sama.

oKedua-dua kaum mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Orang Tua.

oBobohizan/ Bobolian bagi kaum Kadazandusun dan Babalian bagi kaum Murut pula akan mengurus soal adat dan pantang larang.

KEPIMPINAN KESUKUAN

oKewujudan petempatan di pedalaman Sabah telah membentuk kepimpinan kesukuan yang berdasarkan kaum-kaum tertentu.

oKeterbukaan kawasan lembah sungai pula membawa kepada kemunculan tiga corak kepimpinan yang berbeza mengikut pengaruh Kesultanan Melayu Brunei, Kesultanan Sulu dan ketua bebas

KEPIMPINAN LEMBAH SUNGAI

oKawasan lembah sungai di Sabah terdedah kepada pengaruh Kesultanan Melayu menerusi wakil Brunei, wakil Sulu dan ketua bebas.

WAKIL RAJA

oPengaruh dari Brunei dan Sulu di Sabah adalah menerusi wakil-wakil raja.

o Kuasa pemerintah wakil raja ini adalah dalam aspek kehakiman, menjaga keamanan dan kebajikan penduduk.

oMereka juga akan mengutip cukai daripada penduduk dan aktiviti perdagangan.

KETUA BEBAS

oKepimpinan ini diketuai oleh seorang ketua bebas.

oMereka ini mentadbir wilayah di muara sungai.

oKetua-ketua bebas di Sabah terdiri daripada Syarif Osman yang menguasai kawasan Marudu dan Datu Kurunding yang menguasai kawasan Tungku

o Ketua Bebas ini menegakkan kekuasaan dan menjalankan undang-undang sendiri.

oMereka ini biasanya mempunyai pertalian dengan keluarga diraja sama ada dari Brunei, Sulu atau keturunan Arab Sharif

oPenduduk di bawah pemerintahan mereka terdiri daripada pengikut mereka.

KEPIMPINAN LEMBAH SUNGAI

oPenduduk Sarawak dan Sabah sudah mempunyai pemerintahan tempatan yang muncul di lembah sungai dan pedalaman.

oHal ini menunjukkan bahawa penduduk di kedua-dua kawasan ini mempunyai kesedaran dalam aspek kepimpinan dan bertanggungjawab menjaga hal ehwal kawasan serta kaumnya.

Pedalaman Sabah

10.3 KEGIATAN

EKONOMI

MASYARAKAT

SARAWAK DAN

SABAH

KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT SARAWAK DAN SABAH

oKedudukan dan tempat tinggal masyarakat di Sarawak dan Sabah mempengaruhi kegiatan harian mereka.

oBentuk muka bumi di Sarawak dan Sabah ini boleh dibahagikan kepada tiga kawasan, iaitu pedalaman, muara sungai atau lembah sungai dan pesisir pantai.

SARAWAK

oSejarah kegiatan ekonomi masyarakat di Sarawak berkembang di kawasan pedalaman, lembah sungai dan pesisir pantai.

pantai

SABAH

oSejarah kegiatan ekonomi masyarakat di Sabah berkembang di kawasan pedalaman, lembah sungai dan pesisir pantai

10.4 KEUNIKAN

MASYARAKAT

BUMIPUTERA

SARAWAK DAN

SABAH

KEUNIKAN MASYARAKAT BUMIPUTERA SARAWAK

DAN SABAH

oPenduduk Sarawak dan Sabah yang berbilang kaum dan budaya menyebabkan kawasan ini memiliki keunikan tradisi dan warisan yang tersendiri.

Bidayuh

MASYARAKAT BUMIPUTERA SARAWAK

oKeunikan masyarakat bumiputera di Sarawak boleh dilihat dari segi kepelbagaian kaumnya seperti Iban, Melayu, Orang Ulu, Bidayuh dan Melanau.

oTerdapat beberapa lagi kaum bumiputera yang lain seperti Bisayah, Bukitan, Dusun, Kedayan, Kajang, Kejaman, Lahanan, Lisum, Lugat, Sebop, Sekapan, Sipeng, Tagal, Tanjong dan Ukit.

oKepelbagaian ini disebabkan oleh sejarah budaya setiap kaum yang berbeza-beza.

o Kepelbagaian kaum ini juga merupakan keunikan masyarakat Sarawak yang berlainan latar belakang.

Melanau

IBAN

oKaum Iban yang berasal dari Sungai Kapuas mula berhijrah dan menetap di kawasan hulu Sungai Batang Lupar dan Sungai Rajang hingga Sungai Baram.

Sungai Rajang

MELAYU

oKehadiran kaum Melayu bermula dengan kemunculan kerajaan-kerajaan awal di Sarawak.

oKebanyakan kaum Melayu menetap di kawasan pesisir pantai Sarawak

Pakaian Melayu Sarawak

BIDAYUH

Kaum Bidayuh berasal

dari Sungkung,

Kalimantan dan

kemudian berhijrah

ke selatan Sarawak.

MELANAU

Sejak dari dahulu kaum

Melanau mendiami

kawasan tengah

Sarawak.

ORANG ULU

Orang Ulu terdiri daripada pelbagai kaum yang mendiami kawasan pedalaman Sarawak.

Mereka terdiri daripada kaum Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan dan Punan

Kaum Kayan dan Kenyah berasal dari Sungai Kayan dan berhijrah ke kawasan hulu Sungai Rajang, Balui, Baram dan Hulu Kemena.

MASYARAKAT BUMIPUTERA SABAH

oMasyarakat bumiputera Sabah juga unik dari segi kepelbagaian kaumnya.

oKepelbagaian sejarah budaya setiap kaum menyebabkan masyarakat di Sabah mempunyai keunikan tradisi yang tersendiri

o Keunikan kaum ini boleh dilihat mengikut kaum-kaum seperti Kadazandusun, Murut, Bajau, Suluk dan Orang Sungai.

oTerdapat beberapa kaum lain di Sabah seperti Balabak atau Molbog, Binadan, Bisaya, Bulungan, Idahan, Kadayan, Berunai, Iranun, Cocos, Lundayeh, Rungus, Tagaas dan Tatana.

Murut

KADAZANDUSUN

oKebanyakan kaum Kadazandusun mendiami kawasan Penampang, Papar, Tuaran, Tambunan dan Ranau.

o Menurut catatan sejarah, nama Dusun diberi oleh orang Brunei yang bermaksud petani pedalaman.

BAJAU/SAMA

oTerdapat dua pendapat tentang asal usul kaum Bajau/Sama, iaitu dari Sambaungan (Zamboanga) dan Johor.

oKebanyakan kaum Bajau/Sama menetap di kawasan pantai timur dan pantai barat Sabah.

oKeunikan kaum Bajau/Sama yang tinggal di kawasan pantai barat Sabah ialah budaya menunggang kuda.

MURUT

oKebanyakan kaum Murut tinggal di kawasan Tenom hingga Kalabakan.

o Menurut catatan sejarah, nama Murut diberikan oleh orang Brunei yang bermaksud orang bukit atau orang dari pedalaman pergunungan yang terpencil.

SULUK

Kaum Suluk berasal

dari Kepulauan Sulu

dan ramai yang

menetap di kawasan

pantai timur Sabah.

ORANG SUNGAI

oOrang Sungai kebanyakannya tinggal di Sungai Kinabatangan, Sungai Sugut, Sungai Paitan dan Sungai Labuk.

oMereka dikenali dengan pelbagai nama mengikut tempat tinggal seperti Dumpas dan Buludupi.

KEPENTINGAN SUNGAI

oSungai telah memainkan peranan penting kepada masyarakat di Sarawak dan Sabah sejak turuntemurun.

oKepentingannya boleh dilihat hingga hari ini.

o Sungai digunakan dalam kegiatan harian penduduk seperti alat perhubungan, kawasan petempatan, sumber rezeki, kegiatan perdagangan dan aktiviti rekreasi.

KEPENTINGAN SUNGAI

oKegunaan harian

oPengangkutan

oPetempatan

oSumber Rezeki

oPerdagangan

oKegiatan Rekreasi

KEGUNAAN HARIAN

Sungai menjadi sumber bekalan air untuk minum, mandi dan membasuh pakaian serta pinggan mangkuk.

PENGANGKUTAN

Sampan dan bot

menjadi pengangkutan

utama untuk

membawa penumpang

dan barang melalui

sungai.

PETEMPATAN Sungai menjadi

kawasan petempatan

yang dikenali sebagai

kampung air.

SUMBER REZEKI

Sungai merupakan

sumber rezeki

kepada penduduk di

kawasan sekitar

sungai.

PERDAGANGAN

Masyarakat

menjalankan kegiatan

perdagangan dan jual

beli di sungai sejak

zaman-berzaman.

KEGIATAN REKREASI

Sungai menjadi

tempat kegiatan

rekreasi seperti pesta

regata dan acara

perahu berhias.

KESENIAN oPenghasilan barang kesenian merupakan salah satu keunikan masyarakat di Sarawak dan Sabah

o Barangan yang dihasilkan mempunyai pelbagai kegunaan dan dihiasi dengan pelbagai motif yang menarik

o Pada peringkat awal, barangan kesenian yang dihasilkan adalah untuk kegunaan sendiri dan dijual secara kecil-kecilan untuk sara diri.

oApabila terdapat lebihan dan permintaan, barangan kesenian ini dikomersialkan dan didagangkan

o Secara tidak langsung, kegiatan ini menambahkan pendapatan masyarakat

SARAWAK

oTenunan Kain

oKraf Tangan

oPertukangan

TENUNAN KAIN

oPua kumbu merupakan hasil kerja tangan kaum Iban yang dibuat daripada kain kapas

oPua kumbu digunakan dalam pelbagai majlis seperti kelahiran, perkahwinan dan kematian.

TENUNAN KAIN

oKeringkam merupakan kerja tangan kaum Melayu yang dibuat daripada pelbagai jenis kain seperti kain kapas dan kain sutera

oKain tersebut disulam dengan benang emas, perak dan tembaga.

KRAF TANGAN

oSintung Duduk dihasilkan oleh kaum Iban untuk membawa benih padi, lanji untuk membawa hasil padi dan basong untuk memburu.

Sintung

lanji

basong

KRAF TANGAN

Orang Ulu pula menghiasi bakul mereka dengan manik.

Simbol-simbol naga, manusia, burung kenyalang dan harimau yang dihiasi pada bakulnya digunakan oleh golongan atasan

KRAF TANGAN

oKaum Melanau menghasilkan penutup kepala, iaitu terendak.

oTerendak digunakan semasa kerja-kerja harian dan adat tertentu, termasuk Pesta Kaul.

PERTUKANGAN

oTiang Totem dihasilkan oleh Orang Ulu yang melambangkan status masyarakat.

oHanya mayat golongan atasan boleh diletak tinggi di atas tiang ini.

PERTUKANGAN

oPatung Burung Kenyalang merupakan lambang kepahlawanan kaum Iban.

oUkiran patung ini digunakan sebagai pemberi semangat kepada pahlawan Iban.

oPatung ini juga menjadi penjaga rumah panjang daripada semangat jahat dan penyakit

SABAH

oTenunan Kain

oKraf Tangan

oPertukangan

TENUNAN KAIN Kaum Rungus menggubah

Inavol dan menghasilkan

selendang yang

berwarna-warni.

TENUNAN KAIN

Kaum Iranun

menghasilkan kain dastar

yang biasa digunakan

sebagai tanjak.

KRAF TANGAN

oMasyarakat di kawasan pedalaman menghasilkan bakul yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti wakid untuk membawa barang yang besar, tayen untuk membawa hasil dari kebun dan barang hantaran perkahwinan, dan buan sebagai tempat menyimpan barang.

wakid tayen

KRAF TANGAN

oKaum Bajau/Sama menghasilkan pelbagai barangan yang berwarna-warni daripada daun serdang seperti tikar pandan dan duang (tudung saji).

PERTUKANGAN

oKaum Bajau/Sama masih mewarisi cara pembuatan barangan besi seperti Guuk, Badi' untuk memotong rumput dan Pida' untuk upacara perkahwinan.

Guuk

PERAYAAN

oPerayaan merupakan warisan masyarakat Sarawak dan Sabah yang unik.

oSambutan perayaannya penuh dengan adat yang diamalkan sejak zaman-berzaman dan kekal hingga hari ini.

oSetiap perayaan mempunyai sejarah tradisinya yang tersendiri dan unik.

SARAWAK

oMasyarakat di Sarawak mempunyai pelbagai perayaan yang berdasarkan kaum.

o Kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu merayakan Pesta Menuai atau Gawai Dayak.

oBagi masyarakat Iban pula upacara Miring diadakan semasa Gawai Dayak

o Upacara ini dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih kepada petara atau tuhan.

oSalah satu keunikan Gawai Dayak ialah acara Kumang dan Keling Gawai, iaitu pemilihan ratu cantik dan jejaka tampan.

Gawai Dayak

SARAWAK

oKaum Bisaya dan Kadayan pula masing-masing mengadakan Pesta Babulang dan Makan Tahun

oPesta Babulang merupakan pesta menuai

o Manakala Makan Tahun diadakan sebagai tanda kesyukuran atas hasil yang diperoleh oleh petani.

oKaum Melanau pula mengadakan Pesta Kaul yang bertujuan untuk mengelak malapetaka buruk oleh roh jahat yang dipanggil sebagai Ipok.

Pesta Babulang

SABAH

oSalah satu perayaan yang unik dalam masyarakat Sabah ialah Pesta Kaamatan.

oDari segi sejarah dan budaya, perayaan ini diraikan oleh penduduk Kadazandusun dan Murut.

oPerayaan ini merupakan simbol kesyukuran untuk meraikan semangat padi atau Bambaazon atau Bambarayon.

oUpacara kesyukuran kepada semangat padi ini dijalankan oleh Bobohizan/Bobolian

Pesta Kaamatan.

SABAH oDengan melakukan upacara kesyukuran ini, penduduk berharap agar tahun hadapan mereka akan mendapat lebih banyak hasil tuaian padi.

oAntara acara yang diadakan dalam pesta ini termasuklah pertandingan ratu cantik atau Unduk Ngadau

o Acara ini berkaitan dengan asal usul pengorbanan Huminodun.

Unduk Ngadau

SABAH

oPesta Regata Lepa merupakan perayaan memperingati peranan lepa dalam kehidupan kaum Bajau/Sama di pantai timur Sabah.

oDalam perayaan ini, kaum Bajau/Sama menghiasi lepa.

oSelain itu, pelbagai acara lain diadakan seperti perlumbaan perahu.

TARIAN SARAWAK

oKepelbagaian kaum di Sarawak membawa kepada kelahiran pelbagai persembahan tarian yang unik dan menarik.

o Hal ini dapat dilihat dengan kepelbagaian pakaian, alatan tarian dan rentak tariannya yang berbeza-beza antara satu kaum dengan kaum yang lain.

TARIAN oNgajat

oTarian Datun Julud

oBermukun

NGAJAT

oTarian Ngajat ditarikan oleh kaum Iban dan Orang Ulu.

oTerdapat beberapa jenis tarian Ngajat Iban seperti Ngajat Indu dan Ngajat Lesung.

oTarian Ngajat ditarikan sebagai pemberi semangat kepada para pejuang yang hendak pergi berperang.

TARIAN DATUN JULUD

oTarian ini berasal daripada kaum Orang Ulu.

o Tarian ini sebagai lambang kegembiraan dan terima kasih

o Penarinya ialah wanita yang memakai pakaian berwarna-warni dengan perhiasan kepala

o Bulu burung kenyalang digunakan semasa menari.

oTarian ini diiringi oleh alat muzik tradisional, iaitu sape

BERMUKUN

oBermukun merupakan acara bergendang.

oKeunikan bermukun ini ialah gendangnya yang dipalu oleh wanita dan penarinya hanya lelaki.

oTarian ini biasa ditarikan semasa majlis perkahwinan.

oSemasa bermukun, para pemukul gendang akan berbalas pantun.

TARIAN SABAH

oMasyarakat Sabah memiliki pelbagai jenis tarian yang diwarisi sejak zaman-berzaman.

oSetiap kaum memiliki tarian yang unik dan berbeza daripada satu kaum dengan kaum yang lain

o Begitu juga halnya dengan hiasan baju penari, peralatan yang digunakan dan gerak tarinya.

TARIAN SABAH

oSumazau

oMagunatip

oLimbai

Sumazau

SUMAZAU

oSumazau ialah tarian kaum Kadazandusun.

o Terdapat variasi tarian ini mengikut kawasan seperti di Penampang dan Papar.

oTarian ini ditarikan semasa Pesta Kaamatan dan majlis keramaian.

oPerkataan Sumazau diambil daripada perkataan “sazau” yang merujuk pergerakan tangan penari seperti seekor burung helang.

MAGUNATIP

oTarian ini ditarikan oleh kaum Murut di kawasan pedalaman.

o Tarian yang menggunakan dua batang buluh ini ditarikan semasa majlis keramaian.

LIMBAI

oTarian kaum Bajau/Sama dari pantai barat Sabah ini ditarikan secara berpasangan.

oPasangan wanita akan memakai sarimpak (hiasan kepala).

oTarian ini ditarikan semasa majlis perkahwinan dan majlis keramaian.

SENI BINA

oDalam aspek seni bina, masyarakat Sarawak dan Sabah mempunyai sejarah pembinaan rumah yang unik.

o Setiap seni bina ini walaupun kelihatan mempunyai persamaan tetapi terdapat ciri-ciri tersendiri dan unik.

SARAWAK

oRumah Panjang

oRumah Tinggi

oRumah Baruk

RUMAH PANJANG

oRumah panjang merupakan seni bina kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

oRumah panjang dibina untuk tujuan keselamatan dan pertahanan serta mewujudkan kerjasama dalam kalangan penduduk di rumah panjang.

RUMAH PANJANG

Fungsi: Selain menjadi tempat tinggal, rumah panjang ini merupakan tempat berinteraksi dan mengadakan acara-acara perayaan.

Bahan pembuatan: Kayu keras digunakan terutama kayu belian.

Atapnya dibuat daripada daun tebal seperti daun rumbia.

RUMAH TINGGI

Rumah tinggi merupakan hasil binaan unik kaum Melanau.

Fungsi: Rumah ini dibina tinggi, iaitu 10 meter dari aras tanah untuk mengelak serangan musuh.

Bahan pembuatan: Kayu keras dan bulat seperti belian menjadi bahan utama dalam pembuatan rumah ini.

RUMAH BARUK

Rumah baruk merupakan seni bina tersendiri yang dihasilkan oleh kaum Bidayuh.

Seni bina baruk ialah bulat dan berbentuk kon dengan puncaknya dihiasi dengan lambang burung kenyalang.

RUMAH BARUK

Fungsi: Rumah ini menjadi tempat menyimpan tengkorak, menyimpan senjata, pusat ritual, mesyuarat dan majlis sosial yang lain.

Bahan pembuatan: Kayu keras, iaitu belian digunakan untuk membina baruk.

Atapnya akan ditutup dengan daun rumbia dan dinding pula diperbuat daripada buluh.

SABAH

oDi Sabah, terdapat juga rumah panjang.

oNamun begitu, rumah panjang ini direka dengan beberapa ciri tersendiri dan unik.

o Keunikan seni bina masyarakat Sabah ini terserlah lagi dengan menjadikan perahu sebagai kediaman di kawasan pantai timur Sabah.

SABAH oRumah Panjang Rungus

oRumah Panjang Murut

oLepa

RUMAH PANJANG RUNGUS

oKaum Rungus juga membina rumah panjang yang dikenali sebagai Vinatang.

o Keistimewaan rumah panjang Rungus ini ialah bilik tidurnya dibina dengan kedudukan kepala pada sudut tepat arah Gunung Kinabalu.

RUMAH PANJANG RUNGUS

oFungsi: Rumah panjang ini menjadi kediaman dan kubu pertahanan daripada serangan musu

o Kaum Rungus membina rumah ini untuk mewujudkan semangat bekerjasama dan melindungi ahli-ahlinya.

oBahan Pembuatan: Kayu bulat, buluh, kulit kayu dan daun nipah.

RUMAH PANJANG MURUT

oKaum Murut juga membina rumah panjang.

oTerdapat pelbagai nama yang merujuk rumah panjang Murut seperti Tulus dan Pahun.

RUMAH PANJANG MURUT

Fungsi:

Rumah panjang ini dibina atas faktor keselamatan dan pertahanan.

Keunikan rumah panjang ini boleh dilihat dengan pintu rumahnya yang dibina di tepi rumah dan terdapat ruang memanjang yang memisahkan bilik-bilik keluarga.

Di bahagian tengah pula, terdapat tempat pertemuan dan lantai untuk tarian atau lansaran.

Bahan Pembuatan: Kayu bulat, kulit kayu dan daun tolidus.

LEPA

oLepa merupakan perahu yang dibuat oleh kaum Bajau/Sama di pantai timur Sabah yang bukan sahaja untuk mengangkut barang tetapi dijadikan tempat kediaman.

oBahan Pembuatan: Lepa diperbuat daripada pelbagai jenis kayu seperti kayu obasuluk, seraya, mata-mata dan gagir.

oBahagian atapnya pula diperbuat daripada daun nipah.

oApabila lepa hendak dibuat beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti hari dan bulan untuk mengambil kayu dan bahan lain untuk membuatnya.

TAMAT