Laporan assignment individu

25
KUALITI DALAM PENDIDIKAN Matlamat Pendidikan Tinggi (Purpose of Higher Education) Pengenalan: Pendidikan Pendidikan merupakan asas kepada kemajuan sesuatu bangsa. Pendidikan telah menjadi hak kepada setiap individu tanpa mengira warna kulit, bangsa atau agama. Lazimnya pendidikan terbahagi kepada dua, iaitu pendidikan secara formal dan juga pendidikan tidak formal.Pendidikan formal yakni pendidikan yang merangkumi satu organisasi yang ditubuhkan oleh pihak kementerian pendidikan sesebuah negara yang memberi pendidikan dalam bidang yang lebih luas dan sistematik.Manakala pendidikan tidak formal selalunya diperolehi melalui proses pengamatan, perbuatan dan pengalaman. Berdasarkan takrifan, pendidikan adalah proses menyediakan latihan untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kemuncak kepada pencarian ilmu secara formal, ialah kemasukan seorang pelajar ke institusi pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, ada sesetengah pelajar yang tidak tahu tentang tujuan kemasukan mereka ke institusi tersebut.Persoalan yang patut dijelaskan ialah adakah pelajar masuk ke institusi tersebut untuk belajar tentang ilmu tertentu sahaja ataupun kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi sepatutnya menghasilkan

Transcript of Laporan assignment individu

KUALITI DALAM PENDIDIKAN

Matlamat Pendidikan Tinggi (Purpose of Higher Education)

 

Pengenalan: Pendidikan

Pendidikan merupakan asas kepada kemajuan sesuatu bangsa.

Pendidikan telah menjadi hak kepada setiap individu tanpa mengira

warna kulit, bangsa atau agama.

 Lazimnya pendidikan terbahagi kepada dua, iaitu pendidikan

secara formal dan juga pendidikan tidak formal.Pendidikan formal

yakni pendidikan yang merangkumi satu organisasi yang ditubuhkan

oleh pihak kementerian pendidikan sesebuah negara yang memberi

pendidikan dalam bidang yang lebih luas dan sistematik.Manakala

pendidikan tidak formal selalunya diperolehi melalui proses

pengamatan, perbuatan dan pengalaman. Berdasarkan takrifan,

pendidikan adalah proses menyediakan latihan untuk melakukan

sesuatu pekerjaan.

 Kemuncak kepada pencarian ilmu secara formal, ialah

kemasukan seorang pelajar ke institusi pengajian tinggi. Walau

bagaimanapun, ada sesetengah pelajar yang tidak tahu tentang

tujuan kemasukan mereka ke institusi tersebut.Persoalan yang

patut dijelaskan ialah adakah pelajar masuk ke institusi tersebut

untuk belajar tentang ilmu tertentu sahaja ataupun kemasukan

pelajar ke institusi pengajian tinggi sepatutnya menghasilkan

pelajar yang holistik dari segi keilmuan itu sendiri, sahsiah

peribadi atau kerohanian diri.

  Institusi pengajian tinggi selalunya dikaitkan dengan

universiti sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Istilah universiti

berakar daripada perkataan universaliti yang membawa erti

kesejagatan. Kesimpulannya, pendidikan di universiti seharusnya

bersifat universal sesuai dengan fungsi institusi berkenaan.

Berdasarkan takrifan pendidikan tinggi adalah taraf pendidikan

yang jauh lebih maju berbanding dengan apa yang disediakan di

peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.Universiti pula

adalah tempat atau institusi pendidikan yang menyediakan

kemudahan untuk pendidikan tinggi.

1.0 PENDAHULUAN

Secara konvensional, kualiti difahami sebagai sesuatu yang

paling baik dan sesuai digunakan, tahan lama, serta bentuk

terbaik. Ada juga yang merujuk kualiti sebagai imej yang

cemerlang, reka bentuk kelas pertama dan paling baik. Namun

secara strategik, teori pengurusan memberi takrifan kualiti

sebagai “memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan”.

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM) atau Total Quality

Management (TQM) didefinisikan sebagai pendekatan yang sistematik

dan bersepadu untuk mencapai kepuasan hati pengguna hati pengguna

melalui peningkatan mutu dari peringkat operasi, megeluarkan

produk dan memberi perkhidmatan di sesebuah organisasi. Ia juga

menekankan “Bagaimana “ sesebuah organisasi boleh ditingkatkan.

Ianya juga memberi lebih perhatian terhadap “Bagaimana” strategi

penambahbaikan yang berterusan yang berterusan boleh dilaksanakan

dalam penawaran produk dan penyediaan perkhidmatan dapat memenuhi

permintaan dan citaras pengguna. Oleh yang demikian, starategi

untuk mencapai kualiti mengikut piawai yang ditetapkan ialah

melalui utilisasi bakat dan kemampuan kakitangan yang akhirnya

meningkatkan lagi prestasi organisasi atau institusi berkaitan.

Konsep TQM kadangkala dinyatakan sebagai Pengurusan Kualiti

Menyeluruh yang mempunyai skop yang amat luas apatah lagi

pembicaraannya menyangkut pengalaman pelaksanaanya di sekolah

berasaskan 1SO 9000.

2.0 ASAS-ASAS PENENTUAN KUALITI

Kualiti mempunyai takrifan yang berbeza menurut perspektif

pelbagai teori pengurusan. Walaupun terdapat perbezaan pandangan

dalam menjelaskan konsep kualiti, namun kebanyakan teori yang

membicarakan konsep kualiti memberi fokus terhadap penentuan

piawai yang dapat memberi kepuasan kepada pengguna perkhidmatan

atau produk yang ditawarkan.

Dalam memberi huraian konsep kualiti, terdapat pelbagai

pendekatan yang digunakan. Empat pendekatan telah dipilih yang

digunakan oleh W. E. Deming, Joseph M. Juran, Philip B. Crosby

dan David A. Garvin untuk menjelaskan konsep kualiti

i. W. E. Deming

Kualiti menurut pandangan Deming (1981) adalah hasil

daripada tindakan dan keputusan daripada pihak pengurusan

dan bukan hasil daripada tugasan yang dijalankan oleh

para pekerja. Oleh itu kualiti mengikut piawai atau

standard yang ditetapkan boleh dicapai melalui:

a. Penwujudan sistem tugasan kerja dan bagaimana tugasan

tersebut seharusnya dijalankan.

b. Sistem tugasan kerja yang efisyen dan mekanisma

penilaian yang efektif yang akan menghasilkan produk

atau perkhidmatan mengikut paiwai atau standard yang

ditetapkan untuk memberikan kepuasan dan memnuhi

citarasa pelanggan.

ii. Joseph M. Juran

Kualiti mengikut Juran (1989) melibatkan sesuatu produk

atau perkhidmatan yang ditawarkan bersesuaian dan layak

untuk penggunaan. Untuk itu sesuatu kualiti itu boleh

dicapai apabila langkah-langkah berikut diberi perhatian

dan dilaksanakan.

a. Perancangan Kualiti (Quality Planning) iaitu proses

untuk mengenalpasti pengguna, kehendak dan keinginan

mereka.

b. Kawalan Kualiti (Quality Control) iaitu proses

penelitian dan pemastian produk atau perkhidmatan

yang dihasilkan memenuhi atau mengikut standard yang

ditetapkan.

c. Penambahbaikan Kualiti (Quality Improvement) iaitu

proses yang menentukan satu mekanisme yang sesuai

supaya standard kualiti yang ditentukan yang

ditingkatkan secara berterusan.

iii. Philip B. Crosby

Kualiti pada pendapat Crosby (1979) adalah produk atau

perkhidmatan yang

dipasarkan memenuhi kehendak pengguna. Kualiti menurutnya

lagi mengandungi ciri-ciri mutlak yang boleh dirumuskan

kepada empat elemen berikut.

a. Kualiti sebagai sesuatu yang memenuhi syarat dan

permintaan pengguna. Takrifan ini melihat pentingnya

perhatian diberikan terhadap kehendak dan citarasa

pelanggan dan bagaimana citarasa tersebut boleh

dipenuhi.

b. Kualiti sebagai suatu sistem untuk memenuhi kehendak

pelanggan dengan menghasilkan sesuatu produk atau

perkhidmatan yang terbaik. Percubaan untuk memenuhi

kehendak pelanggan ialah melakukan yang terbaik

sekaligus tanpa sebarang kecacatan melalui usaha

mencegah.

c. Kualiti sebagai prestasi kecacatan sifar. Definisi ini

memberi fokus supaya kerosakan sifar manjadi matlamat

utama dalam penghasilan produk atau perkhidmatan.

d. Pengukuran kualiti adalah kos kualiti. Ini bermakna

penghasilan produk atau perkhidmatan yang berkualiti

memerlukan pelaburan untuk latihan dan pengembangan

staff. Pelaburan yang sebegini hendaklah diberikan

perhatian supaya staf mempunyai kepakaran dan

kemahiran. Kedua-dua syarat ini adalah penting untuk

meminimumkan berlakunya pembaziran.

iv. David A. Garvin

Garvin(1988) berpendapat sekurang-kurangnya lima aspek

pendekatan yang boleh digunakan untuk penghuraian konsep

kualiti. Aspek-aspek ini termasuklah:

a. Kualiti transedental. Kualiti ini hanya boleh

difahami dan dinyatakan apabila objek-objek atau

ciri-ciri tertentu diperlihatkan dan diberi

penilaian berasaskan piawai yang ditetapkan. Sebagai

contoh, kualiti seseorang pengurus hanya boleh

dinyatakan efisyen dan efektif apabila prestasi

kerjanya dinilai dan terbukti bahawa tugasannya

dilaksanakan dengan cekap dan berkesan atau

sebaliknya sejajar dengan piawai. Contoh di atas

memberi gambaran bahawa kualiti trasendental tidak

boleh dinyatakan sehingga dilihat, dinilai dan

dibuktikan.

b. Kualiti Berasaskan Produk. Kualiti sesuatu produk

ditentukan menurut ketetapan berasaskan kewujudan

atau ketidakwujudan ciri-ciri tertentu atau piawai

yang ditetapkan. Sekiranya ciri-ciri atau piawai

tersebut mengikut ketentuan, produk yang dihasilkan

dianggap mempunyai kualiti yang tinggi. Sebagai

misalan, sesebuah komputer bimbit dalam pasaran

dikatakan sebagai produk yang terbaik apabila ianya

mempunyai ciri-ciri piawai yang ditetapkan di

samping keunikan tersendiri sesuai dengan citarasa

pengguna.

c. Kualiti Berasaskan Pembuatan. Sesuatu produk itu

dikatakan berkualiti sekiranya produk yang dicipta

dan dikeluarkan oleh sesebuah kilang itu mengikut

permintaan pengguna. Kegagalan merekacipta produk

selaras dengan permintaan yang ditetapkan

menyebabkan produk berkenaan tidak akan mendapat

sambutan.

d. Kualiti Berasaskan Citarasa Pengguna. Penentuan

kualiti barangan atau perkhidmatan bergantung kepada

pandangan dan penerimaan pengguna atau pelanggan.

Kemampuan memberi kepuasan atau memenuhi harapan dan

kehendak pelanggan adalah kriteria khas kualiti

berasaskan citarasa pengguna.

e. Kualiti Berasaskan Nilai. Kualiti mengikut

pendekatan ini memberi fokus kepada nilai dan kos

penawaran atau perkhidmatan produk kepada pengguna

dengan ciri-ciri tertentu. Nilai dan kos hendaklah

yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak pembekal

dan pengguna.

Berasaskan pendekatan yang disarankan oleh para teori di

atas, konsep kualiti boleh dirumuskan sebagai:

i. Penawaran sesuatu produk atau perkhidmatan yang selaras

dengan piawai, memenuhi citarasa pengguna mempunyai

kecacatan sifar dan dapat memberi kepuasan kepada

pengguna. Ini bermakna sesuatu barangan atau perkhidmatan

tidak boleh dianggap berkualiti seandainya salah satu

daripada piawai atau ciri-ciri yang dinyatakan tidak

dipenuhi.

ii. Sesuatu barangan atau perkhidmatan itu hanya boleh

dikatakan berkualiti apabila ia dapat menonjolkan

keunikan dan keistimewaannya apabila ia dapat menonjolkan

keunikan dan keistimewaannya apabila dibandingkan dengan

produk dan perkhidmatan sejenisnya.

iii. Kualiti sesuatu barangan atau perkhidmatan itu yang

ditawarkan hendaklah berasaskan kepada kesesuaian dan

kebolehan menggunakan kedua-dua produk dan perkhidmatan.

iv. Kualiti boleh dicapai apabila pembuatan produk atau

penawaran perkhidmatan dirancang, dikawal dan

penambahbaikan secara berterusan.

3.0 Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) di Sekolah Dalam

Perspektif

Sesebuah sekolah atau institusi pendidikan diibaratkan

seperti sebuah kilang yang mencipta dan mengeluarkan tenaga

manusia yang memenuhi permintaan masa depan. Keupayaan

mendidik, melatih dan melahirkan insan sepadu yang

berkemahiran dan berbudaya luhur merupakan manifestasi

keunggulan pendidik yang futuristic, kreatif dan inovatif.

Pendidik sebegini sentiasa responsive kepada perubahan yang

pesat berlaku. Adalah terlalu malang bagi negara seperti

Malaysia seandainya sekolah gagal melahirkan generasi

holistic-dua dalam satu.

TQM atau pengurusan kualiti menyeluruh adalah satu

konsep, prosedur dan proses bertujuan supaya sesebuah

organisasi atau institusi pendidikan seperti sekolah diuruskan

dengan efisyen dan efektif berasaskan keberkesanan kos. Dengan

itu, kualiti bukan sahajar merupakan sesuatu yang dapat

dilihat pada keluaran atau perkhidmatan tetapi juga lebih

menyeluruh meliputi sebarang operasi dan urusan yang

dikendalikan oleh sesebuah organisasi. Pada tahap ini, kualiti

akan dipamerkan melalui kecekapan pentadbiran, kebolehan

kakitangan, kelicinan sistem-sistem operasi dan sebagainya.

TQM juga bertujuan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan

selaras dengan piawai yang ditetapkan.

TQM mempunyai beberapa ciri penting yang dapat dilihat

melalui empat aspek iaitu matlamat TQM, fokus TQM, strategi

TQM bagi meningkatkan kualiti. Matlamat TQM ialah memberi

kepuasan hati pelanggan. Dalam konteks pendidikan pula

matlamat TQM adalah memberi setiap perkhidmatan kepada pelajar

dan prosesnya hendaklah berkualiti. Matlamat yang ingin dibina

ini seharusnya dengan berdasarkan penilaian keperluan mega,

makro dan mikro dan matlamat berkenaan adalah saling berhubung

kait. Contohnya, jika matlamatnya ialah untuk melahirkan

pelajar yang tinggi sahsiahnya, ianya perlu selari dengan

matlamat sekolah, masyarakat dan juga matlamat pendidikan

Negara.

3.1 TQM dan Pengurusan Sekolah

Sejak konsep TQM diperkenalkan, persoalan dan konsep kualiti

sesuatu produk atau perkhidmatan adalah tidak menjadi urusan

golongan pekerja. Ianya adalah urusan pihak pengurusan organisasi

untuk menentukan ciri-ciri piawai kualiti disamping

bertanggungjawab kepada pelanggan, pekerja dan pembekal barangan

supaya tugasan yang dipertanggungjawabkan itu berjaya

dilaksanakan.

Model TQM yang dicadangkan adalah menekankan persoalan,

apakah piawai kualiti yang ada itu boleh dipenuhi. Konsep

penambahbaikan berterusan memberi fokus kepada pelanggan, proses

penambahbaikan dan penglibatan menyeluruh.

i. Fokus kepada pelanggan

Pelanggan sesebuah organisasi dibahagikan kepada dua

kumpulan iaitu pelanggan dalam organisasi atau pelanggan

dalaman dan pelanggan luar organisasi atau pelanggan

luaran. Analogi pelanggan, bila dikaitkan dengan

pengurusan pendidikan, maka kumpulan pelanggan yang

pertama merujuk kepada guru di sekolah, manakala kumpulan

yang kedua adalah pelajar-pelajar sekolah berkaitan.

Sebagai pelanggan, kedua-dua pelanggan ini menggunakan

segala kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di

sekolah walaupun keperluan, kehendak dan kepentingan

mereka berbeza. Namun kepentingan mereka perlu dipenuhi.

Oleh yang demikian fokus kepada pelanggan sebagai suatu

proses dan prosedur memerlukan kajian dan analisis

terperinci bersabit dengan keperluan dan hasrat mereka

serta bagaimana keperluan dan hasrat tersebut dipenuhi.

Kegagalan memenuhinya akan membawa kesan jangka panjang

terhadap Negara.

Sebagai contoh, pelajar yang dikatakan adalah pelanggan

yang memerlukan program pendidikan di sekolah yang bukan

sahaja menitikberatkan persoalan akademik sesuatu objek

semata-mata tetapi memerlukan aplikasi dan artikulasi

ilmu untuk memahirkan mereka dalam bidang-bidang yang

diikuti. Para guru pula memerlukan suasana kondusif untuk

melaksanakan proses pembelajaran dengan lebih sempurna

dan sistem perkhidmatan yang lebih menarik untuk

meningkatkan motivasi untuk menjalankan tugas dengan

lebih efektif. Oleh itu, adalah menjadi tugas dan

tanggungjawab sekolah untuk membayangkan dan seterusnya

merancang supaya keperluan kedua-dua pihak terpenuh

dengan kos yang sedia ada.

ii. Proses penambahbaikan

Konsep penambahbaikan diasaskan kepada andaian bahawa

sesuatu kerja itu adalah kesan daripada rangkaian

tindakan dan aktiviti – aktiviti yang berkaitan yang

dijalankan untuk menghasilkan sesuatu output yang

dikehendaki. Pemerhatian dan penelitian yang berterusan

terhadap proses dan rangkaian tindakan serta aktiviti –

aktiviti yang dijalankan akan mengurangkan ketidaksamaan

atau perbezaan output dan dalam masa yang sama pula

meningkatkan reliabiliti proses dan sistem yang

dijalankan.

Konsep di atas boleh dianalogikan dengan proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh,

sesuatu subjek yang akan diajar sudah tentu memerlukan

perancangan aktiviti-aktiviti tertentu supaya subjek

tersebut lebih senang difahami dan mudah melakukannya,

khususnya subjek yang memerlukan belajar sambil

melakukannya. Proses ini memerlukan kreativiti dan

inovasi pendidik melalui pendedahan idea-idea baru.

Pembelajaran di luar bilik darjah, dan lawatan sambil

belajar adalah contoh –contoh program yang dapat

meningkatkan motivasi terhadap pembelajaran yang diikuti.

Untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, para

pendidik perlu didedahkan kepada idea-idea sebegini

melalui latihan tertentu atau wacana kerana mereka adalah

bertanggungjawab melaksanakannya. Setiap guru yang

berupaya memperkenalkan sesuatu konsep berkaitan dengan

pengajaran-pembelajaran yang efisyen dan efektif wajar

dihargai melalui anugerah sebagai penghargaan kerana

sumbangan yang diberikan.

Matlamat utama penambahbaikan ialah untuk menentukan

reliability atau keboleh percayaan untuk menghasilkan

output tanpa perbezaan atau ketidaksamaan. Sekiranya

ketidaksamaan tidak boleh diminimumkan dan hasilnya masih

tidak memuaskan, maka proses penambahbaikan ialah mereka

suatu proses kerja yang baru yang boleh menghasilkan

kualiti yang memuaskan para pelanggan.

iii. Pengelibatan menyeluruh

Pendekatan bagi penglibatan menyeluruh bergantung kepada

kepimpinan pengurusan yang aktif. Kepimpinan yang aktif

ialah usaha dan keupayaan sekolah dalam utilisasi bakat

serta kemampuan guru dalam menjalankan tugas supaya

sekolah yang terbabit dapat menandingi prestasi sekolah

di sekitarnya. Para guru diberi galakan untuk

meningkatkan usaha mereka melalui kerjasama dan sistem

kerja yang sistematik bagi memperbaiki proses kerja yang

sedia ada, yang akhirnya meningkatkan prestasi sekolah.

3.2 Faktor – faktor Sokongan Penambahbaikan Berterusan

Faktor – faktor tersebut terdiri daripada:

i. Kepimpinan

Pengetua atau pegawai kanan sesebuah sekolah hendaklah

memimpin kakitangan bawahannya supaya matlamat pendidikan

boleh dicapai. Kepimpinan berkesan selalunya mampu

menyakinkan para guru menjalankan tugas dengan dedikasi.

ii. Latihan dan Pengembangan Staf

Kualiti yang diharapkan amat bergantung kepada

kemahiran setiap pekerja, para guru dan keupayaan mereka

memahami harapan dan matlamat sekolah. Latihan dan

pengembangan staf membantu kakitangan membina bakat dan

meningkatkan keupayaan mereka.

iii. Sokongan padu

Pengetua dan pegawai kanan sekolah mengharapkan

sokongan yang padu dari kakitangan bawahannya supaya

kualiti yang diharapkan boleh dicapai. Sokongan ini bukan

sahaja dari para guru malah dari masyarakat setempat.

iv. Komunikasi

Sistem komunikasi yang berkesan selalunya diperlukan

untuk memberi maklumat-maklumat berhubung dengan kemajuan

sekolah. Maklumat ini sama ada boleh dinyatakan melalui

“newsletter” atau edaran-edaran yang boleh sampai kepada

masyarakat setempat mengenai perkembangan sekolah.

v. Anugerah Pengiktirafan

Setiap kakitangan yang telah menyumbang kepada kemajuan

sekolah dan pelajar-pelajar yang cemerlang sewajarnya

diberi pengiktirafan melalui pelbagai anugerah. Ini

menggalakkan semua pihak untuk memberi sokongan padu

kepada pengurusan sekolah.

vi. Pengumpulan dan Penilaian Maklumat

Pengumpulan maklumat pelajar, kejayaan yang dicapai perlu

dinilai dari masa ke semasa. Pengumpulan dan penilaian

maklumat akan membantu mengatasi masalah untuk

peningkatkan prestasi sekolah.

3.3 Piawai Kualiti Pendidikan

Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk mengaplikasikan

prinsip – prinsip TQM ini dalam sektor pendidikan, di antara

piawai yang boleh digunakan oleh para pengurus dan kempimpinan

institusi –institusi pendidikan adalah:

Piawai Kualiti Pengguna

Dalam konteks mikro, piawaian kualiti pengguna ini dapat

dihasilkan melalui:

i. Inisiatif para pengurus dan kepimpinan institusi

pendidikan untuk bertanya tentang apakah yang diperlukan

oleh para pelajar/ibubapa/masyarakat tentang bentuk

perkhidmatan dan harapan mereka tetapi hasrat tersebut

harus selari dengan harapan pengguna/pelanggan yang lain

iaitu majikan, komuniti dan Negara.

ii. Setelah ditentukan piawaiannya, pihak pengurusan

institusi ini juga perlu mencuba beberapa pendekatan

untuk mempertingkatkan kepuasan tersebut ke peringkat

yang lebih tinggi melalui:

Pelajar

i. Mengadakan pemantauan yang rapi

ii. Memastikan para pelajar mendapat perhatian yang

sewajarnya daripada guru- guru

iii. Menjamin setiap pelajar mendapat pengajaran yang baik

serta tidak mengalami pembelajaran yang berkurangan.

iv. Melaksanakan tindakan susulan dan lanjutan

Ibubapa

i. Memastikan ibu bapa mendapat makluman yang segera tentang

anak-anak mereka.

ii. Bermuzakarah/ menziarah ibu bapa pelajar untuk

membincangkan masalah dihadapi oleh anak-anak mereka di

sekolah.

iii. Pihak sekolah menyediakan profil pembelajaran yang

terkini untuk penelitian ibu bapa supaya mereka dapat

membantu pembelajaran anak-anak mereka di rumah.

Dalam konteks makronya pula, piawaian kualiti pelanggan

juga boleh dilihat oleh institusi – institusi pendidikan di

peringkat pusat seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan

Pendidikan Negeri atau maktab-maktab perguruan.

Piawai Kualiti Pengeluar

Di peringkat mikronya, pengurus dan kepimpinan institusi

pendidikan juga perlu menjamin supaya wujudnya perkhidmatan –

perkhidmatan berikut mencapai piawai kualiti pengeluar iaitu

melalui:

i. Jadual waktu pengajaran dipenuhi setiap masa oleh guru-

guru

ii. Menyesuaikan pengajaran mengikut tahap kemampuan pelajar

iii. Memastikan suasana dalam kelas dan kaedah yang digunakan

akan menggalakkan pembelajaran semua pelajar.

iv. Pihak pengurusan/pentadbir institusi memastikan para guru

diberi latihan yang secukupnya dalam aspek-aspek yang

mereka perlukan latihan tambahan

v. Guru boleh secara berkumpulan dan muafakat memberikan

fokus kepada kemajuan dan kebajikan para pelajar di

sekolah.

Dalam konteks kepiawaian kualiti peringkat makro, piawai

kualiti yang harus diambilkira oleh pihak pengeluar (organisasi

dan pendidikan serta warganya) ialah dari segi keefisienan dan

keberkesanan kurikulum. Kita juga perlu memikirkan tentang

keberkesanan kosnya. Penyebaran ilmu pengetahuan, pemupukan

kemahiran dan penyerapan ilmu pengetahuan, pemupukan kemahiran

dan penyerapan nilai yang dihasratkan dapat dilakukan secara

berkesan dengan kos paling menjimatkan.

3.3 Pendekatan TQM ke Arah Kecemerlangan Pendidikan

Setelah mengenalpasti piawaian pengguna/pelanggan serta

pengeluar, di antara pendekatan TQM yang disarankan untuk

dilaksanakan bagi mencapai kecemerlangan pendidikan ialah:

i. Mendapat Sokongan Pengurusan Atasan

Sokongan pengurusan atasan perlu dibuktikan dengan

kesediaan mengambil tindakan-tindakan yang konkrit.

Tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah:

- Mewujudkan dasar kualiti

- Menubuhkan struktur pengurusan kualiti seperti

Jawatankuasa Pemandu Kualiti, Pasukan Petugas Kualiti

dan Pasukan Kerja

- Menarik penglibatan kaki tangan secara menyeluruh

- Menyebarkan maklumat kualiti

- Menguruskan proses perubahan

- Menganjurkan proses Hari Kualiti

ii. Perancangan Strategi Kualiti

- Menganalisis persekitaran luaran yang melibatkan

citarasa pelanggan, dasar kerajaan, teknologi, sumber

dan sosioekonomi

- Menganalisis persekitaran dalaman

- Menggubal wawasan organisasi yang dinyatakan dengan

jelas serta mudah difahami – sumber aspirasi dan

mencabar.

- Menggubal objektif-objek kualiti yang spesifik, boleh

diukur, boleh dicapai, realistik dan mempunyai tempoh

masa tertentu

- Mengenalpasti aktiviti penambaikan dari segi tujuan,

jadual pelaksanaan, kakitangan dan metadologi yang

digunakan.

iii. Mengutamakan Pelanggan

- Mengenalpasti pelanggan

- Mengenalpasti kehendak pelanggan

- Menwujudkan proses penghasilan output

- Melaksanakan proses.

iv. Latihan dan Pengiktirafan

a. Latihan

- Menggubal Pelan Induk Latihan yang sejajar dengan dasar

kualiti organsisasi

- Menentukan pegawai yang bertanggungjawab mengenai

latihan

- Menggariskan objektif latihan

- Membentuk struktur organisasi untuk mengendalikan

latihan

- Menggariskan keperluan latihan

- Melaksana dan mengesan kemajuan program latihan

- Menilai pencapaian program

- Mengkaji semula keberkesanan latihan

b. Pengiktirafan

- Surat pujian

- Hadiah

- Peluang mengikuti latihan

- Keistimewaan menggunakan kemudahan organisasi

- Pemberian pingat serta anugerah

- Cuti rehat tambahan

- Diraikan dalam majlis-majlis khas seperti jamuan

- Keahlian percuma dalam kelab-kelab perkhidmatan awam

dan kelab-kelab organisasi

- Pemilihan sebagai “tokoh pekerja bulanan”

- Memberi publisiti dalam majalah atau newsletter

organisasi

v. Semangat Berpasukan

Tindakan yang sesuai diambil kira:

- Menjalankan kempen kesedaran tentang konsep semangat

berpasukan faedah kepada individu dan organisasi –

peranan individu dan bentuk sokongan yang disediakan.

- Mengadakan latihan dalam aspek-aspek kepimpinan,

penetapan objektif, kemahiran berkomunikasi dan teknik

penyelesaian masalah

- Menwujudkan struktur pasukan seperti Pasukan Kerja,

pasukan Petugas dan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja

- Memberi lebih kuasa bertindak kepada pasukan kerja

seperti menyediakan kemudahan sumber yang mencukupi

kepercayaan dan peluang dalam penggubalan matlamat

organisasi

- Memberi pengiktirafan

vi. Pengukuran Prestasi

- Menentukan ciri-ciri kualiti output yang hendak dikawal

seperti daya tahan dan ketepatan masa

- Menentukan matlamat atau standard kualiti yang

dikehendaki

- Mewujudkan mekanisme pengumpulan data

- Menyediakan saluran maklum balas serta jaringan

maklumat yang berkesan

vii. Kepastian Kualiti

- Melaksanakan pemeriksaan di mana tiada kesilapan dan

kurang ralat

- Mengamalkan perancangan output yang melibatkan

peringkat reka bentuk keluaran dan peringkat reka

bentuk proses

- Latihan kaki tangan yang mencakupi aspek penilaian

kendiri atas proses kerja

3.4 Aplikasi TQM dalam sektor Pendidikan

Pada dasarnya, prinsip – prinsip TQM dapat diaplikasikan dalam

konteks menghasilkan sebuah institusi pendidikan yang

cemerlang. Pendapat ini disokong oleh Peter Mortimore, seorang

professor dari Institute of Education, University of London.

Beliau telah meneliti beratus-ratus kajian sejak awal tahun

enam puluhan hinggalah sekarang dan hasil kajian beliau

menunjukkan bahawa kualiti sesebuah sekolah mempunyai hubungan

yang rapat dengan prinsip – prinsip teras dalam TQM.

Ciri- ciri yang menwujudkan kecemerlangan di sekolah dalam

konteks TQM ialah:

i. Kepimpinan ikhtisas

Di mana pengetua atau guru besar yang tegas serta

mempunyai hala tuju yang jelas, mengamalkan pendekatan

penyertaan bersama di dalam pengurusan sekolah dan

mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disegani dan

dikehendaki.

ii. Pengkongsian wawasan dan matlamat

Sekolah umpama ini mempunyai hala tuju yang dikongsi

bersama oleh semua anggota dan mempunyai semangat

kekitaan dan kerjasama yang tinggi.

iii. Suasana pembelajaran yang unggul

Sekolah memperlihatkan suasana yang aman dan teratur

serta memiliki suasana pembelajaran yang menggalakkan.

iv. Penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran

Sekolah menumpukan perhatian kepada pengajaran dan

pembelajaran semaksimum mungkin. Fokus sekolah adalah

terhadap prestasi pelajar.

v. Pengajaran yang mempunyai hala tuju yang jelas

Sekolah mendekati tugas pengajaran dengan jelas,

bersistem dan diubahsuai dengan keadaan

vi. Penghargaan yang tinggi kepada pelajar

Sekolah mempunyai harapan yang tinggi terhadap pelajarnya

dan memaklumkan kepada pelajarnya tentang pengharapan

tersebut. Tidak ada sesiapa yang dikeji bahkan semua

mendapat pujian dan mendapat galakkan untuk meraih

pencapaian yang setinggi mungkin.

vii. Penggalakkan yang positif

Sekolah memberikan galakkan yang hebat dan bersungguh-

sunggu kepada pelajar-pelajarnya

viii. Pemantauan kemajuan

Sekolah mempunyai sistem yang baik untuk memantau

kemajuan pelajar-pelajarnya supaya mereka mendapat maklum

balas yang baik untuk tindakan sewajarnya.

ix. Hak dan tanggungjawab pelajar

Pelajar-pelajar sekolah diberi tanggungjawab dan peranan

yang bertujuan untuk meningkatkan imej kendiri mereka.

x. Permuafakatan sekolah dan rendah

Sekolah menunjukkan penglibatan ibu bapa yang tinggi.

xi. Organisasi pembelajaran

Sekolah mempunyai pengetua atau guru besar dan guru-guru

yang sentiasa belajar untuk memperbaiki kemahiran masing-

masing dalam pelbagai lapangan dengan mengamalkan budaya

membaca.