HBEF2303

27
HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 6 / 2014 HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN NO. MATRIKULASI : 770703015761001 NO. KAD PENGENALAN : 770703015761-01-5761 NO. TELEFON : 012-3402598 E-MEL : [email protected] 1

Transcript of HBEF2303

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 6 / 2014

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 770703015761001

NO. KAD PENGENALAN : 770703015761-01-5761

NO. TELEFON : 012-3402598

E-MEL : [email protected]

1

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

PUSAT PEMBELAJARAN : MENTAKAB LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN 3

2 PENGGUNAAN APLIKASI ANDROID 5

3 METODOLOGI KAJIAN 9

4 INSTRUMENT KAJIAN 11

5 DAPATAN KAJIAN 14

6 KESIMPULAN 18

7 RUJUKAN 20

2

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN

Peengajaran dan pembelajaran berpandukan komputer (PPBK) ialah

pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan

perisian kursus yanh dihasilkan untuk disampaikan melalui

komputer atau tablet.

Android adalah sistem pengendalian untuk peranti bergerak

seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android

dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan

perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc.

(firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk

mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance,

konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google,

HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Android).

Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan

serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan.

Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati,

3

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular

untuk peralatan mobile.

Menurut Timothy J. Newby, Donald A. Stepich, James D.

Lehmandan James D. Russell(2000), aplikasi menggunakan computer

untuk pengajaran selalunya dilabel sebagai compuer-based instruction

(CBI), computer-assistrd instruction (CAI) atau computr-assisted learning (CAL).

Menurut Harold F. O’Neil, JR and Judith Paris (1981),

kosakata “computer-based” adalah mencangkupi makna yang luas bagi

mewakili pelbagai guna. Contohnya seperti computer-managed

instruction (CMI) dan computer-assisted instruction (CAI). Manakala kosakata

“Instruction” adalah merujuk kepada arahan sama ada dari sudut

latihan dan pendidikan.

Menurut Alessi & Trollip (1985) mendefinisikan CAI sebagai

penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, membimbing,

melatih dan menilai prestasi pelajar. Menurut Faharol Razi Hj.

Shaari (1998) pula, menyatakan bahawa istilah Pengajaran dan

Pembelajaran Berpandukan Komputer (PPBK) adalah diambil dari

istilah asalanya daripada bahasa Inggeris iaitu Computer-Based

4

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Instruction (CBI) yang membawa maksud pengajaran terancang berasaskan

komputer.

Penggunaan sistem android telah membuka lembaran baru dalam

sistem perkomputeran. Pembelajaran sangat mudah diakses dengan

kemudahan sambungan internet wifi sahaja. Beribu-ribu aplikasi

aplikasi pembelajaran boleh dimuat turun dengan penggunaan

AppStore yang disediakan oleh Google pada bila-bila masa sahaja.

Pembelajaran yang interaktif, grafik yang menarik serta kesan

audio yang memberangsangkan dapat menarik minat pelajar menguasai

sesuatu kemahiran pembelajaran dengan lebih efesyen dan berkesan.

Pada abad ke 21, sejajar dengan keperluan FPK dan menghadapi

globalisasi pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

telah mengambil langkah proaktif memperkasa sekolah-sekolah

kebangsaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PIPP) 2006-2010. Sewajarnya penggunaan tablet, telefon pintar

atau peranti mudah alih yang lain adalah amat bersesuaian dengan

keperluan pendidikan masa kini bagi melahirkan modal insan yang

mahir dalam teknolgi seiring dengan Wawasan 2020 bagi menjadikan

Malayisa sebuah Negara maju.

5

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan aplikasi Android bagi Math Work Out For Children

Paparan Tutorial

TUTORIAL

Tutorial melibatkan aplikasi android bagi penggunaan tablet atau

smartphone memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran disampaikan

6

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

secara berperingkat-peringkat. Ianya sesuai digunakan untuk

memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji, membuat latih

tubi, serta penerangan mengenai tahap penguasaan pelajar dari

aras mudah ke aras tinggi bagi membolehkan pelajar memahami

pembelajaran terhadap aplikasi ini.

Kategori Latih Tubi

Paparan Latih Tubi Tahap 3

7

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

LATIH TUBI

Latih Tubi adalah set latihan yang diberikan oleh aplikasi ini

untuk meningkatkan pengalaman belajar. Aplikasi ini akan

memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau

salah. Seterusnya aplikasi ini dapat memberikan maklum balas

kepada pelajar dalam bentuk tulisan dan audio.

Ini membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat

mengikut pembelajaran yang diingini serta mengikut tahap

penguasaannya sendiri serta dapat memaparkan kemajuannya mengikut

kemampuan pelajar utu sendiri. Tahap penguasaan yang boleh

dicapai oleh pelajar mengikut urutan, iaitu bermula tahap

penguasaan satu hingga dua belas.

Kategori Permainan

8

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Paparan Permainan

PERMAINAN

Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk

pertandingan. Aktiviti ini dapat mendorong pelajar membuat

keputusan, mengikut arahan dan pertaturan permainan yang telah

ditetapkan. Elememn-elemen hiburan dan keseronokan dimasukkan

dalam aplikasi ini bagi memastikan pelajar mempelajari sesuatu

kemahiran dalam PPBK.

Aplikasi ni dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik,

pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah. Aktiviti

permainan ini, dapat memotivasikan pelajar supaya dapat bersaing

dengan pelajar lain bagi menyelesaikan permainan ini dengan

pantas. Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat

digabung dengan kaedah permainan untuk menghasilkan suatu

keputusan atau tindakan yang perlu diambil oleh pelajar. Pelajar

akan melakukan pilihan yang sesuai dan pengalaman pembelajaran

yang menyeronokkan .

Kategori Ujian

9

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Paparan Tahap Ujian

UJIAN

Ujian pula membolehkan guru mengukur dan menilai pencapaian atau

prestasi pelajar dengan cepat dan tepat. Soalan-soalan berbentuk

gambarajah dan interaktif amat menarik minat murid bagi mengusai

pembelajaran yang elah ditetapkan oleh guru.

Terdapat juga soalan berbentuk aneka pilihan jawapan, isi

tempat kosong dan padanan betul-salah dan sebagainya yang sesuai

digunakan dalam PPBK jenis ini. Jawapan adalah ringkas dan tepat

serta tiada jawapan berbentuk penulisan esei atau karangan. Murid

10

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

yang Berjaya menjawab soalan ujian dengan cepat dan betul

mengikut masa yang ditetapkan akan diberikan skor mengikut

kemampuan pelajar berkenaan.

METODOLOGI KAJIAN

Bab ini akan menerangkan tentang kaedah perlaksanaan kajian bagi

mengkaji hubungan antara penggunaan kaedah pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dengan minat pelajar

terhadap penggunaan system android dalam penggunaan aplikasi Math

Work Out For Children bagi mata pelajaran Matematik Tahap 2

sekolah rendah. Aspek yang dibincangkan dalam bab ini ialah reka

bentuk kajian, responden kajian, instrumen kajian , prosedur

pengumpulan data, prosedur analisis data data dan juga kesimpulan

yang akan dijadikan panduan dan juga garis kasar bagaimana kajian

ini dilaksanakan di sekolah yang dipilih.

REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian yang dijalankan ini adalah berasaskan

pada tahap penguasaan serta minat murid terhadap penggunaan

tablet sebagai medium pembelajaran mata pelajaran Matematik.

Menurut Cambell & Stanley (1996), reka bentuk kuasi

eksperimen adalah melibatkan dua kumpulan kawalan yang tidak

11

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

setara atau “ the nonequivalent control group design” . Manakala menurut

Hessen, 1996; McTaggart, 1997; Schumuck, 1997, mereka memberi

pendapat kajian tindakan ialah proses untuk mengkaji masalah yang

berlaku di dalam bilik darjah atau sekolah yang melibatkan proses

pembelajaran dan pengajaran. Seterusnya memperbaiki kualiti

tindakan yang dilakukan di dalam bilik darjah.

Foshy ,(1998); Tomlinson, (1995), mereka pula memberi

takrifan kajian tindakan merupakan sejenis penemuan yang

dirancang, disusun dan boleh dikongsi dengan orang lain tentang

maklumat yang diperolehi. Kajian tindakan yang dilakukan adalah

bermatlamat untuk memperbaiki teknik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran guru dan seterusnya meningkatkan fungsi sesebuah

sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai satu objektif iaitu mengetahui penggunaan

tablet yang menggunakan sistem pengoperaisan android terhadap

pelajar sekolah rendah dalam meningkatkan minat murid terhadap

pembelajaran Matematik.

SOROTAN KAJIAN

12

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Tablet merupakan salah satu gajet telekomunikasi yang terkenal di

seluruh dunia. Majoriti masyarakat dunia khususnya di negara maju

dan membangun sudah mampu memiliki sekurang-kurangnya mempunyai

sebuah tablet kerana harganya semakin murah. Terdapat dua

pengoperasian sistem tablet iaitu android dan IOS.

Tablet terdapat dengan pelbagai jenama di pasaran. Antara

contohnya ialah tablet jenama Samsung, Balckberry, Acer, Ramos,

Onda dan Teclast yang menggunakan system android untuk berfungsi.

Ini berlainan dengan tablet Apple atau dikenali sebagai iPad yang

menggunakan sistem pengoperasian IOS utuk berfungsi.

Penggunaan tablet pada masa ini begitu meluas dengan

beberapa aplikasi yang boleh digunakan dalam hanya satu tablet.

Antara kegunaan tablet adalah seperti melayari internet dengan

mudah dan pantas dengan penggunaan internet wifi. Tablet juga

mempuyai perkakasan kamera bagi tujuan mengambil foto. Selain

itu, terdapat juga aplikasi penunjuk arah (navigator) bagi

memudahkan perjalanan. Selain itu terdapat banyak aplikasi

permainan interaktif dan juga permainan yang berunsurkan

pendidikan serta pengguna tablet boleh menonton video dan juga

mendengar lagu.

13

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

ALAT UKUR / INSTRUMEN KAJIAN

Salah satu instrumen yang digunakan ialah set soal selidik.

Menurut Majid( 2000), penggunaan borang soal selidik dapat

meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan

oleh responden kerana tidak dipengaruhi oleh geraklaku pengkaji.

Berikut merupakan contoh instrumen borang soal selidik yang

digunakan;

Instrument Penilaian

Tajuk : ……………………………………………………………………………

Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………………

Kumpulan Sasaran : ………………………………………………………………………….....

Objektif Pembelajaran :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………

Huraian Ringkasan :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………

14

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Pengetahuan Sedia ada :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………

Kebolehan Membaca : ……………………………………………………………………………..

Model Pengajaran dan Pembelajaran

Tutorial dan Permainan dalam penggunaan aplikasi android

Aplikasi android ‘Math Work Out For Children’

Pemeringkatan

Bi

lItem

Rendah Tinggi1 2 3 4 5

1 Sesuai dengan objektif

2 Sesuai dengan peristiwa pengajaran

3 Boleh menjelaskan konsep / prosedur

4Ada interaksi / maklum balas yang

aktif dari murid

5Boleh menyimpan dan memproses rekod

/ prestasi

6Menggalakkan perbincangan /

aktiviti susulan

7 Ketepatan maklumat

8 Mudah dikendalikan

9 Kadar kecepatan

10 Pilihan pelajaran mengikut

15

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

kebolehan murid

11 Kesesuaian maklum balas

12 Dapat menarik minat

13 Kawalan murid

14 Arahan konsisten, teratur dan jelas

15 Aktiviti pemulihan atau bantuan

16 Bukti Keberkesanan

17 Kreatif / Inovatif

18Kesederhanaan dan kebolehbacaan

(grafik)

19Kesesuaian warna (kontras dan

bilangan)

20 Kesesuaian dan mutu audio

21Pendedahan dan pencahayaan (visual

fotografi)

22Panduan Penggunaan / Dokumentasi

systemRumusan

Kelebihan Bahan

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

Kekurangan Bahan

16

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

Cadangan

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

Catatan : Instrumen di atas di ambil dari Yusof Hasim (1998)

"Teknologi Pengajaran", Fajar Bakti, KL.

DAPATAN KAJIAN

Seramai 20 orang pelajar sekolah rendah telah terpilih di salah

sebuah sekolah kawasan luar bandar bagi mengikuti kaji selidik

ini. Pelajar berkenaan mempunyai latar belakang kekeluarga yang

17

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

berbeza, tahap ekonomi yang berbeza, jantina yang berbeza dan

terdapat persamaan di kalangan pelajar dari segi umur dan suasana

atau latar belakang persekitaran kampung.

Hampir semua pelajar yang dikaji tahu menggunakan tablet

dengan menggunakannya secara betul. Kajian dibuat setelah pelajar

berkenaan mempelajari pembelajaran mata pelajaran Matematik di

dalam kelas. Aplikasi ini bertujuan meningkatkan lagi kefahaman

mengenai tajuk atau operasi Matematik yang diajar di dalam kelas

serta dapat menarik minat pelajar.

Pra Ujian telah dijalankan bagi mengetahui kefahaman pelajar

terhadap operasi Matematik yang dijalankan di dalam kelas dengan

menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Post Ujian juga

dijalankan setelah penggunaan tablet dalam pengajaran.

Berikut merupakan jadual perbandingan dapatan Pra Ujian dengan

Post Ujian;

Resonden Kawalan Markah Pra Ujian % Markah Post Ujian1 50 702 60 803 20 504 40 605 40 706 30 507 70 908 20 509 40 60

18

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

10 30 5011 50 7012 50 7013 20 4014 60 8015 30 5016 40 6017 20 5018 20 4019 60 8020 50 80Min 40 61

Graf Perbandingan Min Responden Pra Ujian dengan Post Ujian

Pra Ujian Post Ujian0

10

20

30

40

50

60

70

Series1

19

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Borang soal selidik telah diedarkan kepada sampel pelajar yang

telah diajar dengan menggunakan tablet (Math Work Out) iaitu

seramai 20 orang. Soal selidik ini telah diedarkan bagi

mengetahui sejauh manakah minat dan kecenderungan mereka terhadap

pengajaran berbantukan multimedia (tablet). Hasil soal selidik

yang dilakukan adalah bagi menguji hipotesis kajian menyatakan

bahawa tidak terdapat kesan positif terhadap pelajar selepas

penggunaan tablet di dalam pengajaran dan pembelajaran didalam

kelas bagi bagi mata pelajaran Matematik yang mempunyai opersai

asas nombor. Skala yang digunakan didalam soal selidik ini adalah

skala likert di mana sampel dikehendaki menjawab mengikut skala

yang diberi iaitu:

Format Skala Linkert

Skor Nilai SkorSangat Tidak Bersetuju 1

Setuju 2Tidak Pasti 3

Seuju 4Sangat Setuju 5

Peratus Keseluruhan Soal Selidik Mengikut Skala

Bil Soalan (STS

)

(TS

)

(TP

)

(S) (SS

)

Min

1 Saya suka menghadiri

20

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

kelas yang diajar dengan

menggunakan tablet.

1 4 10 5 4.42

2 Saya menumpukan perhatian

semasa didalam kelas yang

diajar

menggunakan tablet.

2 3 12 3 4.32

3 Saya memahami sepenuhnya

apa yang diajar semasa

menggunakan tablet.

3 5 8 4 4.08

4 Saya menghayati segala

contoh, simulasi, analogi

yang ditunjukkan oleh

guru.

2 4 10 4 4.24

5 Saya berkeyakinan

menjawab soalan selepas

pengajaran menggunakan

tablet.

3 7 8 2 4.02

6 Saya mudah faham dengan

gambar rajah interaktif

yang terdapat dalam

tablet.

1 3 11 5 4.36

7 Saya tidak pernah berasa

bosan semasa pengajaran

berlangsung

2 6 9 3 4.42

8 Saya fikir dengan

penggunaan tablet dalam 1 2 8 9 4.50

21

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

pengajaran guru dapat

meningkatkan minat saya

dalam pembelajaran.

Purata Min keseluruhan = 4.3

Hasil daripada soal selidik menyatakan bahawa terdapat 64.0%

pelajar sangat setuju untuk menghadiri kelas yang diajar

berbantukan tablet, seramai 16.0% mengatakan setuju dan hanya

12.0% sahaja yang mengatakan tidak pasti serta 8.0% menyatakan

tidak setuju. Min bagi soalan ini adalah 4.3 dimana pelajar

setuju untuk menyertai kelas yang diajar dengan menggunakan

tablet. Ini mungkin kerana mereka mahukan sesuatu kelainan

didalam kelas yang mana pengajaran berbantukan tablet akan lebih

menarik minat mereka beserta bantuan audio,video,grafik dan

animasi yang menarik.

Min bagi setiap soalan soal selidik

22

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1 2 3 4 5 6 7 83.73.83.94

4.14.24.34.44.54.6

KESIMPULAN

Kemajuan teknologi pada masa kini amat pantas bergerak. Syarikat-

syarikat besar pembangunan aplikasi dan teknologi seperti Apple,

Samsung, Microsoft, Window dan sebagainya berlumba-lumba

mengeluarkan produk yang di luar sangkaan pengguna tentang

kehebatan teknologi ini di mana ia mesra pengguna dan mempunyai

banyak manfaat.  

Antaranya seperti Ipad, tablet, smart phone dan sebagainya

telah menggantikan penggunaan komputer yang agak besar dan berat

untuk dibawa bersama kemana-mana. Kini kanak-kanak seusia 3 tahun

sudah dapat menguasai kehebatan teknologi ini. Jika hendak

dibandingkan kemahiran dan tahap kreativiti pelajar pada awal

tahun 2000 amat jauh perbezaannya. 

23

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Keperluan teknologi masa kini telah menjadi suatu keperluan

asas kepada pengguna begitu juga kanak-kanak. Ianya dapat

memberangsangkan kebolehan pelbagai pemikiran mereka secara

interaktif. Kini, masyarakat telah sedar bahawa keperluan ini

amat penting untuk perkembangan kognitif anak-anak mereka selain

menghantar  ke pusat-pusat tuisyen dan sekolah.

Idea Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang di

bawa oleh Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin selaku Menteri

Pelajaran Malaysia amat bersesuai pada masa kini untuk

mengangkatkan lagi tahap kemajuan pendidikan sedia ada bagi

melahirkan generasi masa depan yang mempunyai daya fikiran tinggi

bertaraf dunia seiring dengan kemajuan teknologi masa akan

datang.

Oleh yang demikian bagi peringkat permulaan masa kini, guru-

guru seharusnya perlu mengaplikasikan penggunaan teknologi ini

dengan lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Sebagai contoh penggunaan Ipad, Smart Phone dan Tablet

dapat dimanfaatkan dalam pengajaran di dalam kelas sebagai alat

yang praktikal  dan dapat menggantikan papan hijau yang agak

mengganggu masa interaksi bersama pelajar.

Teknologi ini dapat digunakan sepenuhnya dengan menggunakan

aplikasi khas seperti Kamus, Quick Office (word/excel/power

point), YouTube (Video  tayangan) dan sebagainya. Alat seperti

24

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Ipad, Iphone, Galaxy Tab, Galaxy Note dan tablet  dapat

menggunakan capaian terus internet melalui kad sim (data

Internet) atau wifi yang memudahkan guru-guru untuk mencapai

maklumat secara terus dan cepat untuk menunjukkan contoh

gambarajah, video dan sebagainya kepada para pelajar.

Alat ini juga dapat disambungkan kepada projektor atau

televisyen untuk tatapan para pelajar di dalam kelas secara

langsung. Penggunaan teknologi ini memberi suatu daya tarikan

kepada pelajar disamping dapat menjimatkan banyak masa untuk

menulis dipapan hijau dan menunjukkan contoh-contoh gambar rajah

atau sebarang contoh yang terhad di dalam buku teks dengan

mencapai di dalam Google, Yahoo atau sebarang capaian maklumat

jaringan internet.

Jika perlaksanaan ini dapat dilakukan maka tiada yang

mustahil untuk kita melahirkan pelajar yang berkualiti dalam masa

terdekat juga secara tidak langsung sistem pendidikan yang lebih

berkesan telah tercapai.

25

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

RUJUKAN

Malaysia, Ministry of Education (1997). The Malaysian Smart School

implementation plan. Kuala Lumpur: Ministry of Education

Pisapa, J. (1994). In Williams, D.M. (2000), Integrating technology

into teaching andlearning. Singapore: Prentice Hall.

Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies for delevering knowledge in

thedigital age. U.S.A: McGraw-Hill.

Williams, D.M. (2000). Integrating technology into teaching and learning.

Singapore:Prentice Hall.

P. A. Brett dan M. Nash (1998). Multimedia Language Learning Courseware:

a design Solution ti the production of a series of CD-ROMs. Journal of

Computer and Education. 32. 19-33

Sathiamoorthy Kannan. (2002). Kajian kemampuan Mengurus Integrasi

Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Bestari, Jurnal Pendidikan Dan

Kepimpinan pendidikan, Jilid 12, Bil.02, Disember 2002

26

HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

http://skkgngka.blogspot.com/2010/01/pembelajaran-e-book-di-dalam-kelas.html

27