Word Teori

download Word Teori

of 25

Transcript of Word Teori

1.0 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalamanatau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis danmengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidakakan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.Oleh itu, pandangan ahli psikologi kognitif terhadap pembelajaran juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Gestalt (Banks & Thompson,1995). Ahli psikologi kognitif yang lain, seperti Edward Tolman, memajukan konsep pembelajaran latent iaitu pembelajaran berlaku tanpa peneguhan, yang digunakan juga oleh Jean Piaget, Jerome Bruner, David Ausubel dan Robert Gagne. Ahli psikologi kognitif kini berpendapat bahawa pembelajaran melibatkan dua proses mental penting iaitu persepsi (pengamatan) dan pembentukan konsep (penanggapan) . Gagne melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah individu memproses maklumat. Ausubel pula menekankan pembelajaran persepsi dan bermakna. Seterusnya, Bruner mengemukakan pembentukan konsep dan pembelajaran penemuan.

Berikur merupakan teori pembelajaran kognitif:-1. Teori pembelajaran Gestalt Psikologi Gestalt talh diasaskan di Jerman. Perkataan Gestalt adalah perkataan dalam bahasa Jerman yang bermaksud pola. Kohler salah seorang pengkaji psikologi Gestalt melalui kajiannya ke atas seekor cimpanzi (sultan) telah mengemukakan konsep celik akal. Celik akal bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap. Bagaimanapun, individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsure-unsur berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan mengaitkan dengan pengalaman yang lepas. Dalam kajiannya, Kohler meletakkan Sultan yang lapar di dalam sebnuah sangkar. Diluar sangkar, terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh yang panjannya berbeza-beza, sultan cuba mendapatkan pisang beberapa kali dengan menggunakan buluh dan memikirkan alternative-alternatif untuk menyelesaikan masalahnya. Tiba-tiba dia mendapat idea (celik akal).dia mengambil buluh pendek untuk mendapatkan buluh panjang dan mengambil pisang.

2. Teori pembelajaran Gagne Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakkan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat iaitu bergerak daripada peringkat yang paling mudah kepada peringkat yang paling kompleks. Gagne telah mengenalpasti lapa peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah mengusai pembelajaran di peringkat yang lebih awal. a. Pembelajaran isyaratb. Gerak balas c. Rangkaian motord. Pertalian bahasae. Diskriminasif. Konsepg. Hokumh. Penyelesaian masalah

3. Teori Pembelajaran Bruner Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Bruner telah mengemukakan perkembangan mental manusia terbahagi kepada 3 tahap:a. Peringkat enaktif (0-2 tahun) Kanak-kanak akan bergerak kea rah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu, kanak- kanak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah.

b. Peringkat ikonik (2-4 tahun)Kanak-kanak berupaya menggambakan sesuatu dalam fikirannya. Contohnya dia boleh melukis Sesutu imej yang pernah dilihat.

c. Peringkat simbolik (4-7 tahun)Kanak-kanak boleh menggunakan simbol seperti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya iaitu bermula penakulan simbolik.

2.0 Teori Pembelajaran Behaviorisme

sosial berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran, sementara teori pembelajaran kognitif berfokus kepada pemikiran. Menurut ahli-ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkahlaku yang berlaku dalam diri sesorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insane sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatiakn dan boleh diukur. Ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh diperhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini, kita dpaat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan. Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov dan Watson serta ahli-ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner. Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

2.1 Teori Pelaziman Klasik PavlovMenurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akubat sesuatu ransangan. Ransangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya ialah kebanyakan guru dan murid akan berlari apabila mendengar loceng kebakaran dibunyikan dan akan sentiasa berwaspada. Oleh itu, apabila ransangan ini berlaku di tempat lain, maka tindakan yang diambil adalah sama. Loceng kebakaran adalah sebagai rasangan manakala tindakan adalah sebagai gerak balas sesuatu perkara. Oleh hal yang demikian, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara ransangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik iaitu:-a. GeneralisasiGeneralisasi bermaksud ransangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya Sarah emnjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Sarah juga menjadi risau setiap kali ujian biologi diadakan. Jadi kerisauan dalam satu matapelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu matapelajaran (biologi).

b. Diskriminasi Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu ransangan yang tertentu sahaja dan tidak pada ransangan yang lain. dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya akan bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi lain selain loceng. Dalam kes ini,

c. Penghapusan Penghapusan berlaku apabila ransangan terlazim yang tidak disertai dengan ransangan tidak terlazim. Dalam kajuan Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan ransangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan meransang anjing tersebut untuk mengeuarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.

Pavlov menghuraikan 3 peringkat pelaziman klasik yang telah dihasilkan terhadap seekor anjing:-a. Sebelum pelazimanb. Semasa pelaziman c. Selepas pelaziman

Sebelum pelaziman Makanan Air Liur (Ransangan Tidak Terlazim) (Gerak Balas Tak Terlazim)

Bunyi Loceng Air Liur (Ransangan Terlazim) ( Gerak Balas Tak Terlazim)

Semasa pelaziman Bunyi loceng Air Liur (Ransangan Terlazim) (Gerak Balas Tak Terlazim)

Makanan (Ransangan Tak Telazim)

Selepas pelazimanBunyi Loceng Air Liur (ransangan terlazim) (Gerak Balas Terlazim)

Rajah mengenai peringkat pelaziman klasik Pavlov

2.2 Teori Pelaziman Klasik Watson Watson merupakan seorang ahli psiklogi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkahlaku dalam proses pembelajaran. Beliau telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak bernama Albert yang berumur 11 bulan. Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak-kanak tersebut seekor tikus putih. Pada mulanya kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus tersebut, tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, kanak-kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Keadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak-kanak tersebut pada tikus putih itu. Oleh itu, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajara dengan menentukan ransangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa ransagan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelvagai situasi. Da;lam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih ransangan yang menyeronokkan.

2.3 Teori Pelaziman Operan Thorndike Thorndike merupakan ahli behavioris pertama yang mengemukakan konsep pelaziman operan. Beliau menjalankan kajiannya ke atas haiwan seperti monyet dan kucing. Melalui kajiannya ke atas seekor kucing yang dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan yang diletakkan di luar sangkar, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar. Pembelajaran ini dikenali sebgaia pembelajaran cuba jaya. Melalui pembelajaran cuba jaya ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi dan apabila terpijak selak pintu, sangkar itu akan terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mencari makanan. Apabila dimasukkan semula ke dalam sangkar, kucing itu akan mengulaang perbuatan yang sama untuk keluar daripada sangkar itu. oleh itu, melalui hal beliau mendapati bahawa pembelajaran berlak, hasil daripada gabungan antara ransangan dan tindak balasThorndike menyarankan bhawa pembelajaran manusia dikawal oleh hokum tertentu yang disebut sebagai hokum pembelajaran. Hokum pembelajaran ini dibahagikan kepada tiga iaitu:-a. Hokum Kesediaan Menurut Thorndike, apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, maka tindakan itu akan menimbulkan perasaan dukacita dank alai dia dipaksa melakukanyya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Hukum kesediaan merujuk kepada keseidaan dan persiapan yang perlu ada sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat daripasa aspek psikomotor, afektif dan kognitif.

b. Hokum Latihan Perkaitan antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ualng. Seseorang individu akan menguasai kemahairan jika latihan diadakan. Contohnya jika pelajar selalu mengulangkaji rumus matematiknya, dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Hokum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dana akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hokum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.

c. Hukum Kesan Tokoh menyatakan jika Sesutu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara ransangan dan gerak balas. Contohnya, jika dalam ekperimen Thorndike, kucing tersebut mendapat kejutan eletrik apabila keluar dari sangkar, kesaannya tentulah menyakitkan dan tidak akan mempunyai motivasi untuk keluar dari sangkar. Oleh itu, jia tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia akan diluang, tetapi jika diikuti dengan kesakitan ianya akan lenyap.

2.4 Teori Pelaziman Operan Skinner

Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan Skinner Box di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan dan direkod. Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajarn bilik darjah. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulang), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan pertamanya untuk memuaskan kehendak individu, keduanya untuk mengurangkan tekanan dan meransang otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu, peneguhan positif dan peneguhan negative. Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner iaitu peneguhan positif, peneguhan naratif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. a. Peneguhan positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan di dalam bilik darjah ialah memberikan kata-kata pujian selepas pelajar berjaya menjawab soalan. Peneguhan positif memberikan pelajar lebih bersemangat untuk belajar.

b. Peneguhan negatif Peneguhan negative ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diebrikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja sekolah. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya.

c. Dendaan Dendaan adalah satu proses atau tatacara melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negative yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

d. Prinsip Premack Konsep utama prinsip Premack ialah mengatitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu menghabuskan memakan sayur ini. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Conothnya selepas mengakhiri mata pelajaran Matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.

e. Pelupusan Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat diatasi jika:- Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti Peneguhan itu tidak lagi digunakan Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak akan datang serta merta.

3.0 TEORI PEMBELAJARAN SOSIALTeori pembelajaran sosial ini mempunyai asas dalam teori pembelajaran dan behaviorisme. Namun, pada masa ini pendekatan pembelajaran sosial merupakan satu teori personalitiyang penting dan telah diikitiraf sebagai teori yang tersendiri kerana ciri-ciri interaktif yang disarankan oleh pakar-pakarnya. Pakar-pakar psikologi yang banyak mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan pembelajaran sosial ialah Albert Bandura, Julian Rotter, Martin Seligman dan Walter Mischel.Dalam perbincangan ini, kita akan melihat beberapa konsep pembelajaran sosial yang disarankan oleh dua orang pakar iaitu Albert Bandura dan Walter Mischel. Pada amnya, Bandura juga melihat manusia sebagai aktif, berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka. Manusia dan persekitaran saling pengaruh-mempengaruhi antara satu dengan yang lain. Teori pembelajaran sosial (social learning theory ) telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986,1977, 1998, 2000). Teori pembelajaran sosial ini telah dinamakan semula sebagai Teori kognitif sosial oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran (Santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya ; sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.Albert Bandura (1925) adalah seorang profesor psikologi di Universiti Stanford dan beliau telah mengemukakan Model Determinisme Timbal Balik (reciprocal determinism model )dan Teori Pembelajaran Peniruan.

(a) Model Determinisme Timbal BalikBandura mengemukakan model determinisme timbal balik yang mengandungi tiga faktor utama, iaitu individu (motivasi intrinsik) dan persekitaran ( rangsangan luaran) , dan tingkah laku (perlakuan) (lihat Rajah 1). Faktor-faktor tersebut saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran. Bandura berpendapat bahawa perlakuan seseorang adalah hasil interaksi antara faktor dalam diri (motivasi intrinsik)dan persekitaran.

Rajah 1 Model Determinisme Timbal Balik

(b) Teori Pembelajaran PeniruanBandura telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton video tentang orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi, menendang dan duduk atas patung Bobo, menumbuk sambil menjerit- jerit sockeroo. Bandura telah menayangkan video tersebut kepada kanak-kanak tadika. Kemudian mereka diarahkan pergi ke bilik permainan yang terdapat patung seperti Bobo di situ. Apabila kanak-kanak tersebut nampak patung itu, mereka pun melakukan aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam tayangan tadi. Mengikut Bandura, apabila tingkah laku seseorang itu ditiru, orang yang ditiru itu secara spontan menjadi model kepada si peniru. Menurut teori ini, terdapat beberapa cara peniruan boleh dilakukan iaitu : 1. Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung.Contohnya, guru mendemonstrasi cara membuat kapal terbang menggunakan kertas dan pelajar meniru secara langsung.

2. Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuanbersorak adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut bersorak dalam kelas semasa guru sedang mengajar, guru akan memarahinya dan diberitahu perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam kelas. Jadi perlakuan tersebut menjadi sekat lakuan dalam situasi tersebut.

3. Proses tiruan melalui elisitasi timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain.Contohnya, kita melihat jiran kita memasak mee untuk berbuka puasa, lalu timbul keinginan dalam diri kita untuk membuat perlakuan yang sama. Maka keinginan kita untuk meniru timbul setelah melihat jiran melakukan perlakuan tersebut. Proses peniruan ini mempunyai empat langkah iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi.

i. Pemerhatian - iaitu apabila seseorang ingin meniru perlakuan model, mula-muladia akan perhatikan model tersebut dan cuba mengingat langkah-langkah yangdilaksanakan oleh model tersebut.ii. Penyimpanan - iaitu langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatanoleh pelajar.iii. Pengeluaran - iaitu tingkah laku yang ditiru diperlihatkan dalam situasi yang sesuai.iv. Motivasi (peneguhan) - iaitu sekiranya tingkah laku yang diperlihatkan menerima peneguhan(motivasi) daripada orang lain, peniruan akan diulangi.

Teori Pemodelan Bandura mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dimana : i. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.ii. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.iii. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.iv. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.v. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

4.0 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISMEMengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik. Setiap individu akan berkembang secara semulajadi sekiranya persekitaran mereka adalah sesuai. Oleh itu, guru harus mengikut keperluan pelajar, membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang mereka suka dan dianggap bermakna. Prinsip tersebut dapat dikuatkan lagi dengan setiap individu bertindak atas persekitaran masing-masing dan bebas untuk membuat pilihan dan keputusan dalam usaha membentuk dunia peribadi dan pembelajaran. Kajian ahli psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing. Selain itu, pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Secara keseluruhannya, pendekatan humanis memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar. Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. .Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu. Secara semula jadi setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Maka, murid-murid hendaklah mempunyai kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka pelajari. Keberkesanan pembelajaran akan dicapai apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia. proses belajar dianggap berhasil jika murid memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Dalam proses belajar setap murid harus berusaha agar lambat laun mereka mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Lima objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik (Gagne dan Berliner, 1991) ialah :

1) Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain.2) Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang dipelajari.3) Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah.4) Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan.5) Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi.

4.1 TOKOH PEMBELAJARAN HUMANISME

Terdapat beberapa tokoh terkenal yang mempelopori teori humanisme ini. Antara tokoh-tokon humanistik termasuklah Carl Rogers, Abraham Maslow, John Holt, Malcolm Knowles dan lain-lain. Tetapi di antara tokoh-tokoh tersebut, dua orang tokoh utama bagi pendekatan humanisme iaitu Carl Rogers dan Abraham Maslow.

4.1.1 Carl RogersNama sebenarnya ialah Carl Ransom Rogers, telah dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois. Carl Rogers dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kuat disiplin, berpegang kuat pada agama dan bermoral tinggi. Carl Rogers adalah satu-satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entity-entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri.Di antara ciri-ciri Teori Pembelajaran Carl Rogers ialah: Pengalaman individu adalah fenomena-logikal yg dialami oleh individu sendiri. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Setiap individu membentuk konsep kendiri yg unik melalui sistem nilai dan kepercayaan yg berbeza dgn org lain. Tingkah laku yg ditunjukkan adalah selaras dengan konsep kendiri dan keupayaannya. Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi

Prinsip-prinsip pendekatan Teori Pembelajaran Carl Rogers antara lainnya ialah mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar dan prinsip pembelajaran berasaskan kebebasan (freedon to learn). Di dalam kelas berasaskan teori pembelajaran Carl Rogers, murid-murid diberi kesempatan dan kebebasan untuk memenuhi perasaan ingin tahunya, untuk memenuhi minatnya dan untuk mencari apa yang penting dan bererti tentang dunia dalam persekitaran mereka.

4.1.2 Abraham Maslow

Abraham Maslow dilahirkan di Rusia dan kemudiannya menetap di Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dengan Hirarki Keperluan yang diperkenalkan pada tahun 1947 hingga 1954, dan telah diterbitkan dalam Motivation and Personality pada tahun 1954. Beliau juga digelar sebagai Bapa Psikologi Humanistik. Abraham H. Maslow merupakan tokoh yang menonjol dalam psikologi humanistik. Teorinya iaitu Teori Keperluan Maslow dapat diterima pakai dan sebahagian dari teorinya yang penting dijadikan asas persepsi bahawa dalam diri manusia terdapat dorongan positif yang berkembang dan terdapat kekuatan-kekuatan yang melawan atau menghalangi pertumbuhan (Rumini, dkk. 1993).Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu. Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.

Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan. Maslow memecahkan tahap keperluan manusia kepada 5 tahap iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, dan kesempuurnaan kendiri. Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi. Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang-undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang-kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri. Ringkasan daripada hieraki tersebut terdapat dalam Rajah 2 di bawah. Keperluan sekunderKeperluan asas/primer

Rajah 2 Hierarki Keperluan Maslow

4.2 Implikasi Teori Humanistik Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Imlplikasi Teori Pembelajaran Humanistik ialah dapat membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Selain daripada itu, guru dapat memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguhz dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi. Nilai motivasi diri murid juga perlu dipupuk melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.Sebagai pembimbing ataupun fasilitator, guru hendaklah membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif. Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah menjadi role model dan menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan kasih sayang. Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar

4.3 Implikasi Teori Humanisme Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas Bagi murid bermasalah pengihatan, berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah. Guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah, benarkan pelajar tersebut memegang anda. Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama. Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui deria sentuh, dengar dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek / benda yang baru baginya. Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru perlulah mengawasinya. Untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran, bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keprluan individu. Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I). Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan.Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkahManakala bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa isyarat. Kanak-kanak ini biasanya mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama. Maka, guru pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru boleh menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis dan bercakap. Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah membaca pertuturan bibir.

5.0 RUJUKAN

Mahmood Nazar Mohamed, 1960. Pengantar Psikologi : Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah laku Manusia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.Laman sesawang, http://pendidik-istimewa.blogspot.com/2013/02/teori-pembelajaran. Retrieved date, 2 Oktober 2013.

23