Wau (layang-layang)

7
Topik 8 Wau (Layang-layang) HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan tentang latar belakang wau; 2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam wau; 3. Menerangkan alat dan bahan untuk menghasilkan wau; dan 4. Menghasilkan satu wau. PENGENALAN Wau adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan wau. Anda juga didedah bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru wau melalui satu proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan. Akhir sekali anda akan menghasikan satu karya wau dengan menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain. 8.1 DEFINISI Diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang baluti kertas dan diterbangkan dengan tali layang-layang dan dijadikan aktiviti untuk tujuan tertentu terutamanya sebagai aktiviti rekreasi.

Transcript of Wau (layang-layang)

Page 1: Wau (layang-layang)

80 TOPIK 8 WAU (LAYANG-LAYANG)

Topik

8Wau (Layang-layang)

4. HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan tentang latar belakang wau;

2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam wau;

3. Menerangkan alat dan bahan untuk menghasilkan wau; dan

4. Menghasilkan satu wau.

PENgENALANX

Wau adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan wau. Anda juga didedah bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru wau melalui satu proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Akhir sekali anda akan menghasikan satu karya wau dengan menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.

8.1 DEfINISI Diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang baluti kertas dan diterbangkan dengan tali layang-layang dan dijadikan aktiviti untuk tujuan tertentu terutamanya sebagai aktiviti rekreasi.

Page 2: Wau (layang-layang)

TOPIK 8 WAU (LAYANG-LAYANG) 81

Wau merupakan alat permainan yang dibuat daripada kertas,gentian atau kain yang berangka daripada buluh atau gentian. Wau yang berkepala, bersayap,berekor dan bertali teraju diterbangkan dengan bantuan angin. Wau yang terdapat dalam palbagai-bagai bentuk dan nama dikenali juga dengan nama layang-layang di johor, Negeri sembilan dan Selangor.

8.1.1 Istilah Layang-layang di Malaysia

Layang-layang lebih sinonim di negeri-negeri di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti di Selangor, Melaka dan Johor berbanding dengan negeri di pantai timur. Ini terbukti berdasarkan catatan tun Sri lanang,di mana menurut beliau, Raja Ahmad bermain layang-layang bersama-sama dengan pemuda-pemuda serta kerabat di raja.

Secara umumnya, layang-layang terbahagi kepada empat:

(a) Layang-layang laga

(b) Layang-layang anak

(c) Layang-layang hiasan

(d) Layang-layang atau wau

8.2 WAuDi Malaysia terdapat satu istilah bagi layang-layang iaitu wau. Perkataan wau digunakan oleh rakyat di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia terutama sekali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Terdapat beberapa teori tentang asalnya perkataan wau. Menurut Wayne Hosking dalam “kites of Malaysia” perkataan wau berasal daripada Belanda iaitu berasal daripada perkataan “Wouw”. Ianya merujuk kepada sejenis burung besar yang biasa dijumpai di Asia tenggara. Pandangan ini bercanggah dengan pendapat orang tua-tua di Kedah. Menurut mereka perkataan wau berasal daripada perkataan Thailand. Di Thailand layang-layang dipanggil sebagai wau. Fakta terbaharu yang dijumpai, menyatakan bahawa perkataan wau wujud daripada bunyi yang dihasilkan oleh busar yang tedapat pada wau. Apabila wau dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur itu menghasilakan bunya ‘wau’, ’wau’, ’wau’ secara irama.

Bincangkan tentang teori asal perkataan wau.

AKTIVITI 8.1

Page 3: Wau (layang-layang)

82 TOPIK 8 WAU (LAYANG-LAYANG)

(a) Ciri-ciri utama wau Mesti mempunyai kepala, sayap dan ekor.

(b) Jenis-jenis wau Rajah 8.1 berikut menunjukkan jenis-jenis wau.

Rajah 8.1: Jenis-jenis wau

Wau bulan Wau Jala Budi Wau Kucing Wau daun atau barat

(c) Jenis kegunaan wau Berikut adalah jenis kegunaan wau:

(i) Wau yang dibuat untuk dijayangkan di udara.

(ii) Wau yang dibuat untuk mempertandingkan keindahan hiasannya.

(iii) Wau yang dibuat untuk hiasan dinding dan dijual kepada pelancung.

Bincangkan perbezaan antara wau bulan dan wau kucing.

Bincangkan tentang jenis kegunaan wau.

(d) Wau dimensi baru Pada mulanya wau dicipta untuk terbang di angkasa sehingga menjadi

permainan yang sangat digemari orang, terutamanya pendudukan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Kini, wau telah terkeluar dari tujuan asalnya. Wau dicipta khas untuk hiasan kerana reka bentuk, corak serta warna yang begitu mengagumkan. Wau hiasan mempunyai pasaran yang baik di dalam dan juga di luar negeri, serta telah menjadi satu identiti istimewa negara. Wau dengan pelbagai saiz dan corak sering diletakkan

AKTIVITI 8.2

AKTIVITI 8.3

Page 4: Wau (layang-layang)

TOPIK 8 WAU (LAYANG-LAYANG) 83

sebagai hiasan di dinding ruang tetamu, restoran, firma, hotel, pejabat, rumah dan tempat-tempat lain.

(e) Corak hiasan wau

(i) Corak wau tradisional biasanya digubah halus dan padat dengan awan larat yang motifkan tumbuh-tumbuhan.

(ii) Corak berulang pada birai (tepi) bingkai wau juga disusun rapat.

(iii) Bagi melahirkan corak yang jelas, keseluruhan corak diukir (Tebuk). Tidak sekali-kali dilukis dengan mrenggunakan berus dan semburan warna.

(iv) Setelah diukir, barulah ditampal pada kertas warna.

(v) Beberapa lapisan warna digunakan dalam wau.

(f) Jenis-Jenis Motif

(i) Bunga matahari

(ii) Daun ketumbit

(iii) Ketamguri.

(iv) Pucuk rebung

(v) Itik pulang petang

(vi) Badak mudik

Apakah keistimewaan wau hiasan?

8.3 PRoSES MEMBuAT WAu(a) Alatan dan bahan yang digunakan:

(i) Alat Pisau kecil, pisau raut, pisau pemotong, pensil dan gunting

(ii) Bahan Buluh (jenis yang kuat, liut dan ringan seperti buluh duri), kertas

minyak atau kertas warna, gam dan benang

AKTIVITI 8.4

Bincangkan jenis-jenis motif yang terdapat pada wau.

AKTIVITI 8.5

Page 5: Wau (layang-layang)

84 TOPIK 8 WAU (LAYANG-LAYANG)

(b) Langkah-langkah untuk membuat wau:

(i) Ambil beberapa kepingan buluh yang telah diurut.

(ii) Ikat buluh yang telah diraut untuk dijadikan bingkai wau.

(iii) Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak kita.

(iv) Lipat dua helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut.

(v) Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis ukiran awan larat.

(vi) Potong dan sobek bahagian awan larat yang telah dilukis.

(vii) Bahagian yang telah dilsobek itu harus ditampal pada kertas warna.

(viii) Tampal kertas tersebut untuk dihiasai pada rangka wau.

(c) Aktiviti latihan pembelajaran membuat wau hiasan:

(i) Menggunakan kertas

Bahan:

• Kertaspelbagaiwarna

• Kadbod

• Pisau

• Pembaris

• Gunting

• Gam

Langkah1 :Guru menunjukkan dan berbincang tentang rekacorakyang terdapat dalam wau.

Langkah2 :Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaranrekacorak wau kepada pelajar.

Langkah3 :Guru menunjukkan perkembangan peringkat demiperingkat cara bagaimana untuk membuat lakaran rekacorak wau hiasan.

Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia ataskertaslakaran.Gurumembimbingpelajar.

Langkah 5 : Pelajar menghasilkan satu rekacorak wau hiasan.

(ii) Membuat wau hiasan

• Ambilbeberapahelaikertaswarnamengikutwarnakehendakkita.

• Lipat2helaikertaswarnatadidantekapbentukwautersebut.

• Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis rekacorak wautersebut.

Page 6: Wau (layang-layang)

TOPIK 8 WAU (LAYANG-LAYANG) 85

• Potongbahagiansobekrekacorakyangtelahdilukis.

• Bahagianyangtelahdilukisituharusditampalpadakertaswarna.

• Tampalkertasyangdihiasipadakadbod.

(iii) Persembahan hasil kerja

• Penilaianberdasarkan

– idea reka cipta

– kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik

– kemasan

• Apresiasi Perbincangan dan meperkatakan tentang hasil karya individu dan

orang lain.

(c) Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang wau atau tempat membuat wau

Tempat : kilang atau tempat membuat wau yang berhampiran

Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan

(i) bagaimana wau dihasilkan

(ii) proses bagaimana wau dihasilkan diperingkat permulaan hingga akhir

(iii) kepelbagaian rupa bentuk yang dihasilkan dari wau

(iv) pemasaran barangan wau.

Aktiviti pembelajaran tambahan

1. Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni wau. Teliti setiap contoh dari segi

corak,kesan warna dan bahan yang gunakan.

2. Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada wau.

1. Apakah itu wau?

2. Bincangkan teknik-teknik untuk membuat wau?

3. Sebutkan jenis-jenis wau?

4. Apakah alat yang digunakan untuk membuat wau?

5. Bincangkan proses untuk menghasilkan wau?

LATIHAN 8.6

Page 7: Wau (layang-layang)

86 TOPIK 8 WAU (LAYANG-LAYANG)

RuMuSAN

• Dalamtopikiniandatelahpelajaritentanglatarbelakangwau.

• Andajugatelahdidedahkandenganmotifdanragamhiasdalamwau.

• Akhirsekaliandatelahmaklumtentangalatandanbahanuntukmenghasilkansesebuah wau.

Layang-layangLayang-layang anakLayang-layang hiasan

Layang-layang lagaWau

RuJuKAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.