UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... ·...

13
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 59 غوا عنى ولو أية بلUNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan istilah-istilah yang digunakan dalam pembukuan hadis 2. Menjelaskan metodologi yang digunakan oleh para muhaddithin dalam pembukuan hadis 3. Menjelaskan kepentingan pembukuan hadis kepada generasi kini dan akan datang PENDAHULUAN bad ke-3 hijrah kemuncaknya perkembangan ilmu hadis dan pembukuannya, lahir banyak tokoh muhaddithin sehingga mereka berjaya membuat kompilasi terhadap hadis-hadis yang dihafal serta dinukilkan dalam bentuk kitab supaya dapat disampaikan kepada seluruh umat Islam. Nama-nama ulama' yang tidak asing lagi pada kita antaranya ialah Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abu Daud. Perkembangan Islam dalam bentuk penulisan adalah suatu perkara yang tidak mustahil. Hal ini kerana ajaran Islam berkembang melalui ilmu yang ditulis dan dibaca sejak zaman Rasulullah S.A.W. A Mari kita hayati Firman Allah Surah Al-'Alaq (96): 1 Maksudnya: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).

Transcript of UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... ·...

Page 1: UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Senarai kitab hadis muktabar. ... Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf

Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 59

بلغوا عنى ولو أية

UNIT PELAJARAN 5

KITAB KARYA TOKOH

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menyatakan istilah-istilah yang digunakan dalam pembukuan hadis

2. Menjelaskan metodologi yang digunakan oleh para muhaddithin dalam pembukuan hadis

3. Menjelaskan kepentingan pembukuan hadis kepada generasi kini dan akan datang

PENDAHULUAN

bad ke-3 hijrah kemuncaknya perkembangan ilmu hadis dan pembukuannya, lahir banyak tokoh

muhaddithin sehingga mereka berjaya membuat kompilasi terhadap hadis-hadis yang dihafal

serta dinukilkan dalam bentuk kitab supaya dapat disampaikan kepada seluruh umat Islam.

Nama-nama ulama' yang tidak asing lagi pada kita antaranya ialah

Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam

Abu Daud.

Perkembangan Islam

dalam bentuk penulisan

adalah suatu perkara

yang tidak mustahil. Hal

ini kerana ajaran Islam

berkembang melalui ilmu

yang ditulis dan dibaca

sejak zaman Rasulullah S.A.W.

A

Mari kita hayati Firman Allah Surah Al-'Alaq (96): 1

Maksudnya: Bacalah

(Wahai Muhammad)

dengan nama Tuhanmu

yang menciptakan (sekalian

makhluk).

Page 2: UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Senarai kitab hadis muktabar. ... Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf

Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 60

ISI KANDUNGAN

1. Definisi istilah dalam ilmu Tadwin al-Hadith.

2. Senarai kitab hadis muktabar.

3. Methodologi penulisan dalam Tadwin al-Hadith.

DEFINISI ISTILAH DALAM ILMU TADWIN AL-

HADITH.

pabila kita merujuk kepada kitab-kitab hadis, kita akan

dapati istilah yang menjadi tajuk kitab-kitab tersebut

berbeza-beza antara satu sama lain contohnya al-

Jami', al-Musnad dan lain-lain lagi. Pernahkah kita meneliti mengapa terdapat perbezaan istilah yang

digunakan oleh para ulama' tersebut? Adakah ianya menunjukkan kreativiti mereka dalam memilih tajuk

atau pun istilah yang digunakan menunjukkan sesuatu perkara khusus yang penting? Bagi meleraikan

persoalan ini, mari kita meneliti perkara ini dengan lebih mendalam.

Istilah yang biasa digunakan oleh para muhaddithin bagi memperkenalkan kitab-kitab mereka ialah

al-Jami’, Sahih, Sunan, Musnad, Mustadrak, Mustakhraj, Muwatta’ dan Musannaf. Kepelbagaian istilah

yang digunakan sudah pasti menunjukkan perbezaan dalam penyusunannya. Sebagai contoh, Sahih

Bukhari juga diberikan nama sebagai Al-Jami' al-Sahih al-Musnad, al-Muhkhtasar min Umur Rasulillah Wa

Sunanihi wa Ayyamihi. Umumnya, setiap istilah tersebut dapat dihuraikan sebagaimana berikut:

1. Al-Jami': Penulisan hadis di dalam kitab yang dinamakan al-Jami' atau jamaknya al-Jawami'

merangkumi tajuk-tajuk terpenting dalam agama. Antara bab yang penting dalam ajaran Islam

ialah akidah, hukum, raqaq, adab, tafsir, syama'il, fitan, dan manaqib. Kitab ini termasuklah kitab-

kitab Sahih sebagaimana diterangkan nanti.

2. Musnad: Ia juga disebutkan sebagai al-Musanid. Karya-karya yang bersangkutan dengan al-

Musnad disusun hadisnya secara khusus dan lengkap meliputi sanad dan matan hadis. Ia disusun

mengikut nama-nama sahabat sama ada berdasarkan susunan abjad atau mengikut keturunan

A

Surah al-Kahfi (18): 109

Maksudnya: Katakanlah (Wahai

Muhammad): "Kalaulah semua jenis

lautan menjadi tinta untuk menulis

kalimah-kalimah Tuhanku, sudah

tentu akan habis kering lautan itu

sebelum habis kalimah-kalimah

Tuhanku, walaupun Kami tambahi

lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

Surah al-Kahfi (18): 109

Maksudnya: Katakanlah (Wahai

Muhammad): "Kalaulah semua jenis

lautan menjadi tinta untuk menulis

kalimah-kalimah Tuhanku, sudah

tentu akan habis kering lautan itu

sebelum habis kalimah-kalimah

Tuhanku, walaupun Kami tambahi

lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

Page 3: UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Senarai kitab hadis muktabar. ... Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf

Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 61

atau berpandukan kepada keutamaan dan

ketinggian sahabat. Sanad setiap hadis

yang dikumpul bersifat muttasil dari perawi

sampai kepada Rasulullah. Tokoh yang

mula menyusun musnad ialah Abu Daud

Sulaiman ibn al-Jarud al-Tayalisi (m204H).

Selepas itu ialah Asad ibn Musa al-Amawiy

(m122H), Musaddad al-Bashriy (m228H);

Yahya ibn Abd al-Hamid al-Hamaniy al-

Kufiy (m228H); yang pertama di Kufah

sebagimana dinyatakan oleh Ibn Addiy,

Nu'aim ibn Hammad al-Khaza'iy al-Mishriy (m228H) dan Ahmad ibn Hambal (164-241H). Antara

tujuan metodologi penulisan dalam susunan sahabat dilaksanakan adalah untuk membezakan

antara hadis dengan athar sahabat dan tabi'in.

3. Al-Sahih: Ia juga disebutkan sebagai kitab

al-Sihhah. Hadis yang dikumpulkan

merupakan hadis-hadis yang mencapai

tahap hadis sahih sahaja iaitu berhubung

sanad dari perawi yang terakhir hingga

sampai kepada Rasulullah S.A.W. dan

diriwayatkan oleh perawi yang 'adil, sempurna ingatan, tiada illat dan tidak janggal. Kitab ini

diyakini tidak mempunyai hadis Dhaif dan Maudu' sebagaimana yang diteliti oleh pengarangnya.

4. Al-Sunan: Kitab hadis yang disusun berdasarkan ilmu

fiqh iaitu hadis-hadis yang berkaitan soal hukum. Ia

juga berteraskan subjek yang umum seperti perkara

berkaitan taharah, solat, zakat dan sebagainya.

Perkara yang berkaitan dengan petunjuk dan amalan

nabi atau sifat nabi tidak dimasukkan di dalam sunan

tersebut. Hadis yang dimasukkan di dalam kitab

Sunan termasuk hadis Sahih, Hasan dan Dhaif

Page 4: UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Senarai kitab hadis muktabar. ... Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf

Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 62

5. Al-Muwatta': Penyusunan hadis di dalam kitab ini berdasarkan ilmu fiqh. Ia merangkumi haids-

hadis Marfu', Mawquf, dan Maqtu'. Antara kitab al-Muwatta' yang masyhur ialah Muwatta' Imam

Malik, Muwatta' Ibn Abi Dhi'b al-Madani (m.158H) dan kitab Muwatta' Abi Muhammad 'Abd Allah al-

Mawarzi (m.293H).

6. Al-Musannaf: Penyusunan hadis di dalam kitab ini juga berdasarkan ilmu Fiqh. Ia juga merangkumi

hadis Marfu' Mawquf dan Maqtu'. Hanya nama yang membezakan antara al-Musannaf dan al-

Muwatta'. Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf 'Abd al-Razzaq a-San'ani

(m.211H), Musannaf Ibn Abi Syaibah (m.235H) dan Musannaf Baqi ibn Makhlad (m.276H).

7. Al-Mu'jam: Penyusunan hadis di dalam kitan al-Mu'jam mengikut nama-nama sahabat atau guru

dalam bidang hadis atau negeri. Kemudia ianya disusun mengikut abjad. Antara kitab al-Mu'jam

yang masyhur ialah Al-Mu'jam al-Kabir li Abu al-Qasim Sulayman ibn Abi Ahmad al-Tabrani

(m.360H), Al-Mu'jam al-Awsat dan Almu'jam alSaghir juga oleh al-Tabrani, al-Mu'jam Ibn 'Arabi

(m.340H) dan al-Mu'jam a-Buldan li Abi Ya'la al-Mawsili (m.307H)

Terdapat banyak lagi istilah yang digunakan di dalam penulisan ilmu hadis oleh para

ulama'. Istilah-istilah tersebut digunakan sebagai judul penulisan bagi membezakan isi kandungan kitab

masing-masing. Mari kita senaraikan istilah-istilah tersebut bagi menambahkan pengetahuan kita. Ia

adalah sebagaimana berikut:

i. Ahadith Ahkam

ii. Al-Ajza' atau al-Juz'

iii. Al-Majmu'

iv. Al-Atraf

v. Al-Zawa'id

vi. al-Mustadrak

vii. al-Mustakhrajat

viii. Al-Masyhur

ix. Al-Mawdu'

x. Al-Takhrij

Page 5: UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Senarai kitab hadis muktabar. ... Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf

Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 63

METHODOLOGI PENULISAN DALAM TADWIN AL-HADITH.

ita telah bincangkan mengenai klasifikasi kitab hadis

sebelum ini dan secara tidak langsung didapati

terdapat banyak kitab hadis hasil karya para ulama'

silam dapat dikumpulkan. Ianya dapat dijadian sumber

rujukan bukan sahaja pada zaman penulisnya, bahkan

sehingga ke hari ini ia tetap mempunyai kepentingan dalam

perkembangan ajaran Islam. Malah, ianya akan terus relevan

untuk masa-masa akan datang.

Sanjungan kepada tokoh-tokoh ulama' atas keilmuwan mereka sememangnya tidak dapat

disanggah. Kredibiliti kitab-kitab hadis ini juga tinggi kerana diperkukuhkan oleh metodologi penulisannya

yang dapat mengabsahkan penulisan hadis-hadis tersebut. Oleh yang demikian, mari kita telusuri

beberapa karya penulisan hadis yang agung dan meneliti metodologi yang diaplikasikan dalam beberapa

karya tersebut.

1. Sahih Bukhari

1.1. Pengenalan Imam Bukhari

Nama beliau ialah Abu 'Abdillah Muhammad ibn Isma'il ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Ja'fiy

al-Bukhari. Beliau lahir pada hari Jumaat, 13 Syawal 194H di Kota Bukhara. Gelarannya di ambil sempena

nama tempat kelahirannya. Beliau wafat pada 30 Ramadan 256H.

1.2. Pengenalan Kitab

Nama kitab karangan Imam Bukhari ialah al-Jami' al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Hadith Rasulullah

wa Sunanih wa Ayyamih. Namun kitabnya lebih dikenali sebagai Kitab Sahih Bukhari. Keseluruhan isi

K

Cuba anda senaraikan istilah-istilah yang digunakan dalam pembukuan hadis dan huraikannya secara tuntas.

Page 6: UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Senarai kitab hadis muktabar. ... Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf

Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 64

kandungan kitab tersebut disusun dalam 7 kitab

yang utama. Ia mempunyai 3450 bab dan

sekiranya dikira satu persatu terdapat 9082

hadis di dalamnya. Penelitian para ulama'

mendapati terdapat 6397 daripada keseluruhan

hadis yang tercatat di dalamnya adalah hadis

yang jelas sahih dan daripada jumlah

keseluruhannya terdapat 2531 buah hadis yang tidak berulang. Merujuk kepada taraf kitab ini, para ulama'

membuat kesimpulan bahawa kitab ini adalah kitab yang paling sahih selepas al-Quran.

1.3. Metodologi Penulisan

Apabila anda meneliti kitab tersebut, anda akan dapati bahawa Imam Bukhari tidak menyatakan

metodologi yang digunakan dalam penulisan kitab beliau. Namun begitu, para ulama' yang mengkaji kitab-

kitab beliau dapat mengeluarkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh Imam Bukhari dengan mudah dan

tepat.

Berdasarkan penelitian terhadap nama kitab tersebut, dapat disimpulkan bahawa Imam Bukhari

menekankan beberapa ciri tersebut iaitu dari aspek penjenamaan:

1. Kalimah al-Jami' menegaskan bahawa hadis yang dikumpulkannya meliputi keseluruhan perkara-

perkara yang terdapat dalam ajaran Islam meliputi hukum, perkara

yang lalu dan akan datang, akhlak dan lain-lain lagi.

2. Kalimah al-Sahih menjelaskan bahawa beliau hanya memilih

hadis-hadis yang sahih sahaja dan menghindari hadis yang tdak

mencapai tahap tersebut.

3. Kalimah al-Musnad menjelaskan bahawa beliau hanya

mengumpulkan hadis-hadis yang disandarkan kepada

Rasulullah S.A.W. sahaja.

Dari aspek syarat-syarat penerimaan hadis sahih:

Page 7: UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Senarai kitab hadis muktabar. ... Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf

Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 65

1. Syarat perawi ialah 'adil, dhabit, thiqah dari segi riwayat hidupnya serta sifat-sifatnya.

2. Hadis mestilah bersambung (muttasil) dari Rasulullah hingga ke akhir sanad tanpa terputus

periwayatnya.

3. Hendaklah disandarkan kepada Rasulullah perkataan, perbuatan dan pengakuan dan bukan kepada

sahabat atau tabi'in.

4. Perawi hendaklah hidup sezaman dengan perawi sebelumnya dan mereka hendaklah sempat

bertemu sekurang-kurangnya sekali. Syarat ini dinamakan Mu'asyarah (sezaman) dan Liqa'

(bertemu).

2. Sahih Muslim

2.1. Pengenalan Imam Muslim

Nama sebenar Imam Muslim ialah Abu al-Husain Muslim

Abu al-Hajjaj ibn Muslim Ibn al-Warid Ibn al-Qusyairi al-

Naisaburi. Beliau lahir pada tahun 204H/206H dan wafat

pada 25 Rejab 261H di Nasr Abad, Naisabur.

2.2. Pengenalan Kitab

Nama kitab beliau ialah al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min al-

Sunan bi Naqal al-A'dil 'an Rasulullah, namun ia lebih dikenali

sebagai al-Jami' al-Sahih dan Sahih Muslim. Keseluruhan isi

kandungan kitab Sahih Muslim mengandungi 7275 hadis yang

mana terdapat 4000 hadis tidak berulang. Ia telah dibahagikan

kepada 54 tajuk yang dikategorikan sebagai kitab-kitab. Para

ulama' bersepakat bahawa tarafnya adalah kedua selepas Sahih

Bukhari

2.3. Metodologi Penulisan Sahih Muslim

1. Memasukkan hadis Sahih yang telah disepakati para ulama' manakala hadis yang baginya Sahih

tetapi tidak disepakati oleh para ulama' tidak dimasukkannya.

2. Syarat perawi ialah 'adil, dhabit, thiqah dari segi riwayat hidupnya serta sifat-sifatnya.

Page 8: UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Senarai kitab hadis muktabar. ... Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf

Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 66

3. Hadis mestilah bersambung (muttasil) dari Rasulullah hingga ke akhir sanad tanpa terputus

periwayatnya.

4. Hendaklah disandarkan kepada Rasulullah perkataan, perbuatan dan pengakuan dan bukan kepada

sahabat atau tabi'in.

5. Perawi hendaklah hidup sezaman dengan perawi sebelumnya. Syarat ini dinamakan 'An'anah.

Pandangan Imam Muslim berbeza dengan Imam bukhari dalam hal ini iaitu beliau tidak mensyaratkan

perawi perlu bertemu kerana perawi yang thiqah pasti akan meriwayatkan hadis yang didengarinya

sahaja.

6. Dari segi matan, beliau mengumpulkan matan yang berbeza dalam satu riwayat tanpa dipecahkan

kepada bab berasingan

7. Penulisan kitab

a. Mempunyai pendahuluan

b. Menerangkan tabaqat perawi-perawi

c. menerangkan pengkelasan taraf hadis

3. Sunan Abu Daud

3.1. Pengenalan Imam Abu Daud

Nama sebenar beliau ialah Sulaiman ibn al-Asy'ath ibn Ishaq ibn

Basyir al-Azdi al-Sijistani. Beliau lahir pada tahun 202H dan wafat

pada 16 Syawal 275H di Basrah.

3.2. Pengenalan Kitab

Nama kitab beliau ialah Sunan Abu Daud. Keseluruhan isi kandungan kitab tersebut terdiri daripada 40

kitab yang meliputi 1871 bab. Beliau telah memasukkan 4800 hadis yang terdiri daripada 600 hadis sahih

manakal hadis yang lain menyamai taraf hadis sahih. Hadis yang dikumpulkan di dalam kitab tersebut

adalah hadis yang berkaitan dengan hukum-hukum sahaja.

3.3. Metodologi Penulisan:

1. Penyusunan bab berdasarkan permasalahan Fiqh dan penulisannya dimulakan dengan bab bersuci

dan bersolat.

Page 9: UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Senarai kitab hadis muktabar. ... Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf

Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 67

2. Di dalam sunannya, terdapat hadis Sahih, hasan dan dhaif. Beliau tidak memasukkan hadis yang

telah disepakati muhaddithin untuk ditinggalkan.

3. Menjelaskan taraf sesuatu hadis seperti hadis dhaif, munkar dan mudallas. Namun demikian hadis

yang sahih tidak dinyatakan tarafnya.

4. Menerangkan kredibiliti perawi sama ada thiqah, wahm, majhul dan lain-lain lagi. Hadis yang

diriwayatkan oleh perawi yang matruk tidak dimasukkan.

4. Sunan Al-Tirmizi

4.1. Pengenalan Imam al-Tirmizi

Nama sebenar Imam Tarmizi ialah Imam al-Hafiz Muhammad

ibn Isa ibn Surah ibn Musa ibn al-Dahhak al-Silmu al-Tirmizi.

Beliau juga dikenali dengan panggilan Abu Isa. Beliau lahir

pada tahun 200H di Tirmiz dan wafat pada 13 Rejab 279H juga

di Tirmiz.

4.2. Pengenalan Kitab

Nama kitab beliau ialah Jami' al-Tirmizi atau juga dikenali sebagai Sunan al-Tirmizi. Keseluruhan isi

kandungan kitab tersebut terdiri daripada 46 bab. Jumlah keseluruhan hadis yang terdapat di dalamnya

pula ialah sebanyak 3956 buah hadis.

4.3. Metodologi Penulisan

1. Menerangkan taraf sesuatu hadis daripada hadis sahih, hasan, dhaif, gharib dan mu'allal serta

menjelaskan illatnya

2. Mempelopori satu klasifikasi baru dalam pentarafan hadis iaitu seperti hadis hasan, hadis gharib,

hasan sahih, hasan sahih gharib, hasan li ghairihi.

3. Menerangkan Rijal al-Hadith iaitu tentang perawi hadis.

4. Menyusun hadis berdasarkan permasalahan fiqh. Memasukkan hadis yang menjadi sandaran dan

pegangan fuqaha' bagi mazhab yang rajih dan tidak rajih sama ada sahih ataupun tidak untuk dibuat

penilaian serta menerangkan sebab-sebab kecacatannya.

Page 10: UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Senarai kitab hadis muktabar. ... Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf

Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 68

5. Sunan al-Nasa'i

5.1. Pengenalan al-Nasa'i

Nama sebenar beliau ialah Abu Abd al-Rahman Ahmad ibn Ali ibn

Syu'ib ibn Ali ibn Sinan ibn Bahr ibn Dinar al-Khurasani al-Nasa'i.

Beliau juga dikenali sebagai al-Nasa'i Abu Abd al-Rahman. Beliau

lebih dekenali dengan nama al-Nasa'i sempena nama tempat

kelahiran beliau di Nasa' iaitu sebuah perkampungan kecil di pinggir

bandar Khurasan. Beliau lahir pada tahun 215H dan wafat pada 13 Safar 303H di Palestin.

5.2. Pengenalan Kitab

Nama sebenar kitabnya ialah al-Mujtaba min al-Sunan al-Kubra yang bermaksud pilihan daripada Sunan

al-Kubra. Ia juga dikenali sebagai Sunan al-Sughra, Sunan al-Nasa'i atau al-Mujtaba. Di dalamnya terdapat

5270 buah hadis yang dipecahkan kepada 51 bab. Hadis di dalamnya adalah dipilih dan dikeluarkan

daripada Sunan al-Kubra miliknya.

5.3. Metodologi Penulisan

1. Menyusun hadis berdasarkan ilmu Fiqh.

2. Menulis hadis daripada perawi yang diterima Ijma' para fuqaha' sahaja.

3. Syarat perawi: pemilihan beliau dikatakan lebih ketat daripada al-Bukhari dan Muslim, namun masih

terdapat pendapat yang menyatakan beliau masih tidak terlepas dari melakukan penilaian yang tidak

tepat. Seperti Ibn Kathir yang berpandangan bahawa beliau telah melakukan kajian yang mendalam

terhadap para perawi namun di dalam kitabnya masih terdapat perawi yang lemah dari sudut al-Jarh

dan terdapat hadith dhaif, muallal serta mungkar.

4. Terdapat hadis sahih, hasan dan dhaif di dalamnya dengan diterangkan secara tuntas.

5. Mencatatkan pelbagai isnad dalam suatu perkara kemudian dijelaskan tentang kebenaran dan

kesalahan yang terdapat pada sanad hadis tersebut.

6. Menjelaskan sanad dan matan serta disertai dengan takhrij hadis.

Page 11: UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Senarai kitab hadis muktabar. ... Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf

Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 69

6. Sunan Ibn Majah

6.1. Pengenalan Ibn Majah

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Yazid

ibn Abdullah ibn Majah al-Quzwani al-Rabi'. Beliau juga dikenali

dengan nama Abu Abdullah dan Majah Maula Rab'at. Beliau

lahir pada tahun 209H di Quzwain dan wafat pada tahun 273H.

6.2. Pengenalan Kitab

Nama kitab beliau ialah Sunan Ibn Majah. Keseluruhan isi kandungan kitab tersebut dibahagikan kepada

1500 bab daripada 37 kitab. Terdapat juga ulama' yang merumuskan bahawa hadis-hadisnya dipecahkan

kepada 32 bab sebagaimana menurut al-Zahabi. Keseluruhan hadis di dalamnya ialah sebanyak 4000

buah hadis.

6.3. Metodologi Penulisan

1. Membahagikan hadis berdasarkan ilmu Fiqh

2. Di dalamnya terdapat hadis sahih, hasan dan dhaif dan mungkar tetapi tidak dinyatakan oleh beliau

taraf setiap hadis yang ada kerana mengambil

pendekatan tidak menilainya. Berdasarkan

penyelidikan, 428 hadis sahih kerana sanadnya

thiqah, 199 hadis hasan kerana sanadnya hasan, 613

hadis dhaif kerana sanadnya lemah atau dhaif, 99

lagi hadis mungkar dan mahzub kerana sanadnya

terlalu lemah, mungkar dan dusta. Kitab ini

dimasukkan dalam kumpulan Kutub al-Sittah kerana

terdapat tambahan hadis yang dikemukakan oleh Ibn

Majah jika dibandingkan dengan kitab haids sahih

yang lain

Kitab-kitab yang telah kita bincangkan di atas adalah kitab-kitab hadis yang paling masyhur. Ia

dikategorikan sebagai Sunan Sittah. Walau bagaimanapun terdapat juga ulama' yang mengetengahkan

Page 12: UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Senarai kitab hadis muktabar. ... Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf

Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 70

Para perawi hadis

mempunyai latar belakang pengajian ilmu

yang menarik untuk diselidiki. Mereka

menuntut ilmu dari ramai guru, malah

ramai juga ulama' telah berjaya dihasilkan

daripada ilmu yang dimiliki oleh mereka.

Huraikan latar belakang ulama'

muhaddithin dalam kategori Sunan Sittah

secara terperinci supaya dapat mengenali

mereka dengan lebih mendalam.

beberapa buah kitab hadis lagi untuk diangkat sebagai

rujukan yang muktabar. Antaranya ialah kitab Sahih

Ibn Hibban, Sahih Ibn Khuzaimah, Sunan Imam

Baihaqi, Sunan Daruqutni dan Muwatta' Imam Malik.

RUMUSAN

1. Terdapat beberapa sitilah yang digunakan

dalam penulisan kitab hadis antaranya al-

Jami', al-Musnad, al-Sahih dan lain-lain lagi.

Penggunaan istilah ini mempunyai maksud

yang tertentu dan khusus serta mempunyai

perbezaan antara satu sama lain.

2. Para ulama' muhaddithin menggunakan metodologi tertentu dalam penulisan kitab-kitab mereka

dan saling berbeza antara satu sama lain.

3. Penulisan kitab-kitab tersebut mempunyai taraf-taraf yang tertentu bergantung kepada metodologi

penulisan yang diaplikasikan. Kitab Sahih Bukhari mencapai taraf kitab yang paling sahih dan

seterusnya barulah kitab-kitab yang lain. namun demikian, masing-masing mempunyai kelebihan

yang tertentu dan saling lengkap melengkapi untuk kegunaan umat Islam setiap zaman.

KATA KUNCI

1. Kitab

2. Sahih

3. Sunan

PENILAIAN KENDIRI

1. Berdasarkan ketelitian para muhaddithin dalam menilai sifat adil seorang perawi, bagaimanakah

kita dapat mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian sebagai umat Islam.

2. Huraikan pengertian istilah-istilah yang digunakan dalam penulisan kitab hadis

3. Senaraikan kitab-kitab yang disenaraikan di dalam kumpulan Kutub al-Sittah atau Sunan al-Sittah

Page 13: UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH - …myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Senarai kitab hadis muktabar. ... Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf

Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 71

4. Jelaskan perbandingan terhadap metodologi penulisan para ulama' muhaddithin dari aspek

persamaan dan perbezaan di dalam kitab-kitab mereka.

RUJUKAN

1. Muhammad 'Ajjaj al-Khatib (1998). Ushul al-Hadits: Pokok-pokok Ilmu Hadits (terj.). Jakarta: Gaya

Media Pratama.

2. Mohd. Muhiden Abd Rahman (2010). 'Ulum Hadis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka