Unit 1 konsep abm pdf

12
Pembinaan Bahan Bantu Mengajar | 1 UNIT PELAJARAN 1 PENGENALAN KEPADA BAHAN BANTU MENGAJAR HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan konsep bahan bantu mengajar. 2. Menjelaskan ciri-ciri bahan bantu mengajar. 3. Menjelaskan teknik pemilihan dan penilaian bahan bantu mengajar. PENGENALAN Pembinaan bahan bantu mengajar memerlukan guru pemulihan khas yang kreatif dan inovatif, khususnya dalam mengajar kemahiran asas 3M (membaca,menulis dan mengira. Pembinaan BBM seharusnya diasaskan kepada pengetahuan dan kemahiran sedia murid pemulihan khas. BBM yang berkesan mempunyai ciri-ciri yang fleksibel dan mudah digunakan dalam sebarang situasi dalam bilik darjah. Sungguhpun begitu BBM yang berkesan akan menjadikan pembelajaran lebih produktif dan mempercepatkan kadar pembelajaran serta menjadikan pengajaran lebih bersifat individu yakni berasaskan keupayaan diri. DEFINIS BAHAN BANTU MENGAJAR ahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid .Atan Long (1981) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat bpendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Hamid (1981) membahagikan BBM kepada dua multimedia iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin (1979) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu “ software dan hardware”. Ngui Kuen Sang B

description

 

Transcript of Unit 1 konsep abm pdf

Page 1: Unit 1 konsep abm pdf

P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 1

UNIT PELAJARAN 1

PENGENALAN KEPADA BAHAN BANTU MENGAJAR

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan konsep bahan bantu mengajar.

2. Menjelaskan ciri-ciri bahan bantu mengajar.

3. Menjelaskan teknik pemilihan dan penilaian bahan bantu mengajar.

PENGENALAN

Pembinaan bahan bantu mengajar memerlukan guru pemulihan khas yang kreatif dan

inovatif, khususnya dalam mengajar kemahiran asas 3M (membaca,menulis dan

mengira. Pembinaan BBM seharusnya diasaskan kepada pengetahuan dan kemahiran

sedia murid pemulihan khas. BBM yang berkesan mempunyai ciri-ciri yang fleksibel dan

mudah digunakan dalam sebarang situasi dalam bilik darjah. Sungguhpun begitu BBM

yang berkesan akan menjadikan pembelajaran lebih produktif dan mempercepatkan

kadar pembelajaran serta menjadikan pengajaran lebih bersifat individu yakni

berasaskan keupayaan diri.

DEFINIS BAHAN BANTU MENGAJAR

ahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan

hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid .Atan Long (1981) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat bpendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Hamid (1981) membahagikan BBM kepada dua multimedia iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin (1979) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 )

mengkelaskannyakepada dua iaitu “ software dan hardware”. Ngui Kuen Sang

B

Page 2: Unit 1 konsep abm pdf

P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 2

(1981) m e ng e na i B B M , k i t a t id a k d a p at m em be r i t ak r i f y a ng t e t ap w al au pu n p a d a keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandanganseseorang.” Atan Long (1982) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.” Thomas, R. Murray, Swartout, Sherwin G (1963) …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.” Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikankepada tiga kategori: a. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran,

filemjalur,slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, p ita rakaman, piring hitam, CD ,komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.

b. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar,carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya. c. Bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahanmaujud (realia) dan sebagainya

OBJEKTIF PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Penggunaan BBM yang berkesan berjaya menarik minat murid dan mengekalkan

situasi pengajaran yang lebih menarik. BBM yang menggunakan pelbagai deria akan

memberikan kesan dalam menerangkan sesuatu konsep kepada pelajar, khususnya

konsep yang abstrak. Penggunaan multimedia yang terdiri daripala slaid,video dan

audio yang menarik berjaya mendorong pembelajaran secara sendirian atau

berkumpulan. Jika BBM digunakan secara betul dan sesuai dengan pengalaman murid

objektif-objektif berikut akan tercapai.

Objektif

Penggunaan

Bahan

Bantu

Menyediakan asas yang kuat untuk sesuatu konsep

Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar

Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

Pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri

dikalangan pelajar

Page 3: Unit 1 konsep abm pdf

P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 3

Mengajar Membina pemikiran yag berterusan terutama melalui multimedia

Membantu perkembangan dan perbendaharaan kata

KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM) DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:

BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalanganpelajar

Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.

Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.

Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam danberagam.

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:

memberi rangsangan dan minat murid-muird.

menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran danmengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.

membeka lkan dasa r pe rkembangan pembe la ja ran dan men jad ikan pembe la ja ranmereka lebih kekal.

menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain,menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.

dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.

ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.

menjimatkan masa

dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid menyeronokkan murid-murid.

PRINSIP PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Page 4: Unit 1 konsep abm pdf

P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 4

3.1 Pelbagai bahan bantu mengajar berbagai BBM dapat mempelbagaikan kegiatan ataupengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized ,demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya.

3.2 Mutu bahan bantu mengajar:

Mutu bahan bantu mengajar bergantung kepada pembinaan dan pemilihannya sebagaibahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa– sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan sebagainya.

3.3 Kecekapan Menggunakan BBM: Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya menyebabkanpengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikanBBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. BBM sentiasa beradadi dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya.Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan muriddan masa yang diperuntukkan.

3.4 Kesesuaian BBM BBM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yanghendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalahsia-sia sahaja.

STRATEGI MENGGUNAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR.

a. BBM dic ipta atau d ibuatnya sendir i bukan d ibe l i di kedai-kedai secara sewenang -wenangnya saha ja . Apa yang pen t ingnya d i s in i ia lah semangat dan kegigihan guru-guru itu sendiri yang perlu ditiru. Contohnya di dalam pengajaran jawi, alat tulisnya dibuat sendiri dari buluh atau rotan sahaja tetapi hasilnya adalah bermutu tinggi dan sukar ditandingi sehingga sekarang.

b. Daya kreativiti yang tinggi. Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius, kerana sa lah sa tu sya ra t un tuk men jad i seo rang guru yang ba ik

Page 5: Unit 1 konsep abm pdf

P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 5

i a lah ia mempunya i n i la i kreativiti yang baik seperti di dalam seni lukis, seni ukir, seni sastera, seni suara dansebagainya. Mata pelajaran menulis cantik seperti seni khat atau tulisan rumi dan jawiperlu dihidupkan semula. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik, kemas, menarik dan je las sudah ten tu menghas i l kan BBM yang menar ik seper t i

t u l i san pada kad -kad imbasan, kad ayat-kad ayat, papan hitam, papan gulung, carta-carta dan sebagainya.Begitu juga hasil-hasil karya sastera seperti puisi-pantun, syair, gurindam dan sajak adalah ditulis dan diciptanya sendiri dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil karyanya tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain.

c. Menggunakan bahan-bahan tradisional atau bahan terbuang sepenuhnya: Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya seperti rotan, buluh, tin-tin kosong, kain-kain perca, kulit siput, sarung kaki lama, batu-batan,kulit-kulit siput, surat khabar lama, buah getah, guli, lidi, batang ice cream, tudung botol,kotak rokok, ranting kayu, daun-daun kering dan sebagainya.

d. Cekap mengguna dan menyesuaikan BBM dengan kebolehan murid: Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini bukan sahaja mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan dan minat muridnya. Dapat dilaksanakan dengna bmelibatkan pancaindera.

Sebagai guru kita perlu kembali kepada asas mengapa menggunakan BBM. Bilangan murid sekolah rendah yang puratanya 30-35 orang masih belum mencukupi untuk disediakan BBM yang berbetuk elektronik khususnya sekolah di luar bandar. Dengan terwujudnya kelas bestari telah menimbulkan masalah ketidakcukupan komputer untuk menyokong pengajaran. Dalam hal inilah kreativiti guru sagat diperlukan dalam menghasilkan BBM yang boleh menjadi ganti kepada media elektronik ini. Dengan sebab itulah guru per lu cekap , k rea t i f dan ak t i f menc ip ta BBM

sebagai gantinya seperti kegunaan kertasmahjong, kad-kad gambar, kad sukukata, kad–kad ayat, kad huruf, kad imbasan, bahan maujud, model-

model dan sebagainya ganti. Masih ada sekolah di luar bandar yang tiada

kemudahan elektrik, bagaimanakah bahan-bahan elektronik hendak digunakan di sekolah-sekolah berkenaan? Ini sudah tentu satu pilihan lain perlu diadakan sebagai gantinya.

Huraikan ciri-ciri bahan bantu mengajar yang baik untuk

mengajar kemahiran membaca asas murid pemulihan khas

membaca asas murid pemulihan khas

Page 6: Unit 1 konsep abm pdf

P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 6

PRINSIP PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran dan prinsip -prinsip pemilihan bahan pengajaran iaitu; a. Sesuai Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan,dimana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kes sesuai dengan perkara berikut: a. Objektif dan matlamat pengajaran bahasa b. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran c. Keadaan pelajar d. Suasana Pembelajaran e. Minat pelajar bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat pengajaran. Guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan.Dengan pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu ke arah pencapaian objektif tersebut.Bahan yang dipilih hendaklah sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negeri dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi tempatan. Faktor latar belakang pengalaman sosial,pendidikan, ekonomi dan taraf pencapaian ketika menyediakan bahan.Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar,isi pelajaran, bahan dan guru.Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.

b. Mencabar

Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan

pemikiran dan tingkahlaku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan

rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar.Satu strategi

pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan

yang dipilih itu mestilah bahan yang mengandungi ciri-ciri:

Page 7: Unit 1 konsep abm pdf

P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 7

c. Menepati Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang

menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih mestilah

menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahan, proses pembelajaran dan pengajaran.

Ketepatan sesuatu bahan berdasarkan ciri-ciri berikut:

a. Kurikulum pengajaran sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.

b. Susunan bahan

c. Mengandungi maklumat atau fakta yang tepat

d. Maklumat yang kemaskini

e.Perbendaharaan kata yang sesuai

d. Bahan Pengajaran yang diperakui.

Menarik a. Reka letak;peta, lukisan,carta,jadual,graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun

berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memudahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.

b. Saiz huruf cetak atau saiz haruslah sesuai dengan peringkat umum pelajar. c. Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran tetapi berfungsi

sebagai maifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman

d. Kualiti kulit dan cara buku dijilid. e. Bahan Pengajaran menganadungi arahan yang jelas.

Ciri-ciri

bahan yang

Mencabar

Bahan yang konkrit

kepada bahan yang

abstrak

Bahan yang mudah

kepada yang

kompleks

bahan khusus

kepada umum

Fakta terasing

kepada bersepadu

Bahan kini kepada

akan datang

Bahan umum kepada

teori

Bahan khusus

kepada bahan umum

Page 8: Unit 1 konsep abm pdf

P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 8

Jimat dan Mudah

Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidaksemestinya mahal. Sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.

Praktikal Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya sederhana dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasaa dalam komunikasi. Selain daripada itu bahan itu mestilah tahan lasak jika digunakan berulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih daripada satu mata pelajaran lain.

Mudah Alih

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-mana, dan tidak t erlalu berat atau besar. Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri. Prinsip berikutnya adalah bahan yang telah dipilih dan diolah,yang mana difikir sesuai untuk diketengah kepada murid-murid, pembinaanbahan-bahan pengajaran bolehlah dimulakan. Dalam proses pembinaan bahan pengajaran, banyak faktor yang harus difikirkan. Walau bagaimanapun, dalam bahagian ini, aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian oleh guru . Ini juga melibatkan bentuk dan fungsi bahasa, ketepatan, kepelbagaian,kemahiran bahasa, penyerapan pengetahuan dan nilai, standardisasi dan simplikasi. Dalam hal sama Asmah Omar (1984) menjelaskan kriteria pemilihan bahan mestilah merujuk kepada tiga sudut iaitu sudut guru, pelajar dan pedagogi dan bahasa.

Kriteria Pemilhan Bahan

Sudut Guru

Tujuan dan objektif Pengajaran Aspek lisan,tulisan dan pemahaman

Sudut Pelajar

Kesesuaian Peringkat Umur

Sudut Pedagogi dan Bahasa

Penggunaan Bahasa dan Penyampaian jangkamasa

Page 9: Unit 1 konsep abm pdf

P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 9

Rumusan

Bahan bantu mengajar merupakan bahan yang sangat penting sebagai media dalam pengajaran.

Sebagai guru pemilihan khas, anda perlu kreatif dan inovatif menghasilkan bahan bantu mengajar terutamanya dalam kemahiran 3M.

Pemilihan Bahan bantu mengajar bergantung kepada keperluan mata pelajaran dan kemahiran yang hendak diajar.

Prinsip-prinsip pemilihan bahan bantu mengajar mestilah dipatuhi agar ianya berkesan dalam penggunaannya.

Rujukan

Otto,W & Smith,K (1980) Corective and remedial teaching. Houghton Miffllin.

Jabatan Pendidikan Khas. 1998. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemuilhan Khas

(Masalah Penguasaan 3M) Kementerian Pelajaran Malaysia

Jabatan Pendidikan Khas.2001. Manual IPP3M Tahun 3 (Kegunaan Program

Pemulihan Khas) Kementerian Pelajaran Malaysia

Hallahan, D.P & Kaufman, J.M (1997). Exceptional Children: Introduction to Special

Education (7th ed.) Needham Heights M.A: Allyn & Bacon

Kirk, S.A & Gallanger, M.C (1989). Educating Exceptional Children. Boston: Houghton-

Mifflin

Lewis, R.B & Doorlag, D.H (2003). Teaching Special Student: In general education

classroom (6th. Ed.) Ohio: Prentice Hall

Senaraikan lapan (8) kriteria pemilihan bahan bantu mengajar mengikut perspektif guru,pelajar dan keperluan pedagogi a. _________________________________________ b._________________________________________ c. _________________________________________ d. _________________________________________ e. _________________________________________ f. _________________________________________ g. _________________________________________ h. _________________________________________

Page 10: Unit 1 konsep abm pdf

P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 10

Kathlen, L & Erik, C. 2010. Remedial and Special Education. Hammill Institute & Sage.

.

Page 11: Unit 1 konsep abm pdf

P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 11

Page 12: Unit 1 konsep abm pdf

P e m b i n a a n B a h a n B a n t u M e n g a j a r | 12