UKIRAN KAYU TRADISIONAL

download UKIRAN KAYU TRADISIONAL

of 13

Transcript of UKIRAN KAYU TRADISIONAL

  • 7/30/2019 UKIRAN KAYU TRADISIONAL

    1/13

    UKIRAN KAYU TRADISIONAL

    Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat

    dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak

    lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni

    ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan

    penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran.

    Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang

    diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara

    pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Di negeri Kelantan, Terengganu dan

    Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayuadalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh

    Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni

    ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri

    Thailand iaitu Patani.

    TEKNIK DAN GAYA

    Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung

    pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Dua teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah

    tebuk tebus

    tebuk timbul.

    Susunan atau pola ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu

  • 7/30/2019 UKIRAN KAYU TRADISIONAL

    2/13

    pola bujang

    pola lengkap

    pola pemidang.

    BENTUK UKIRAN KAYU

    Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi

    gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran

    tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

    Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot

    dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang

    menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan.

    Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga

    ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri. Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa

    keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak.

    Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

    Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan

    mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta

    melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah

    istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah

    awan larat, silang dan simetri.

  • 7/30/2019 UKIRAN KAYU TRADISIONAL

    3/13

    B. UKIRAN BUNGA TIMBUL

    Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar

    masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

    http://4.bp.blogspot.com/-fAoKju3ADCQ/UV6m6a3VVbI/AAAAAAAAAPI/SPFzSYVikjw/s1600/4.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-fAoKju3ADCQ/UV6m6a3VVbI/AAAAAAAAAPI/SPFzSYVikjw/s1600/4.png
  • 7/30/2019 UKIRAN KAYU TRADISIONAL

    4/13

    C. UKIRAN ARCA

    Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan

    sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

    D. LARIK

    Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan

    gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing,

    tiang-tiang rumah dan sebagainya.

    http://1.bp.blogspot.com/-HdOb_rn_qFE/UV6m_lqJKfI/AAAAAAAAAPc/tsgBtylpGfo/s1600/5.png
  • 7/30/2019 UKIRAN KAYU TRADISIONAL

    5/13

    D. UKIRAN KAYU HANYUT

    Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya

    sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan,

    burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.

    http://3.bp.blogspot.com/-K6YBBT7gsfw/UV6nAtZTo9I/AAAAAAAAAPo/XiQndv5YiIE/s1600/7.pnghttp://2.bp.blogspot.com/-zVyqxLqY1t8/UV6m_m04fUI/AAAAAAAAAPg/sZuycbj5R8c/s1600/6.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-K6YBBT7gsfw/UV6nAtZTo9I/AAAAAAAAAPo/XiQndv5YiIE/s1600/7.pnghttp://2.bp.blogspot.com/-zVyqxLqY1t8/UV6m_m04fUI/AAAAAAAAAPg/sZuycbj5R8c/s1600/6.png
  • 7/30/2019 UKIRAN KAYU TRADISIONAL

    6/13

    MOTIF-MOTIF UKIRAN KAYU

    Keindahan dunia Melayu bukan hanya dalam seni pengucapan yang meliputi syair gurindam, jampi serapah,

    pantun teromba dan ratusan yang lainnya. Keindahan alam itu diabstrak pula pada seni ukiran. Terdapat dua jenis ukiraniaitu ukiran/sobek kasar dan halus. Sobek kasar melibat ukiran pada benda-benda besar seperti dinding rumah, pintu,

    rabung, sisp angin, perahu dan lain-lain lagi, manakala sobekan halus melibatkan peralatan kecil seperti kukur

    kelapa,rehal, hulu dan sampir keris, bingkai fram dan lain-lain. Apa yang ada pada sebuah rumah, akan ada pada perahu

    dan juga akan ada pada sebilah keris. Ukiran ini pula bukan hanya diukir atau pahatan kayu, tetapi juga melibatkan logam

    seperti perak, emas dan tembaga dan juga pada benda-benda lain. Motifnya diambil dari dan manusia serta haiwan ini

    dilakar dan digarap dengan gagasan, wawasan, aspirasi, falsafah, emosi dan intelektual banngsa Melayu. Penuh-penuh

    dengan lambang-lambang antara garis halus manusia dengan Penciptanya-antara manusia dengan Tuhan. Motif-motif itu

    adalah manifestasi dari:

    a. manusia

    b. tumbuhan dan haiwan

    c. alam yang lebih luas

    fizikal manusia diolah diukir sebagai lambang, misal hulu jawa demam pada sebilah keris, ayam teleng, kerdas atau patah

    tiga, unduk-unduk dan banyak lagi menjadi objek seni ukiran halus yang dapat dikesan dari seni ukiran keris. Manakala

    ukiran kusriwa pada sampir yang berbentuk perahu juga mengambil motif deburan ombak dan sulur tunas.

    Ukiran ini juga ada pada sebuah perahu dan rumah atau bangunan Melayu. Motif-motif ini dapat dipecahkan

    kepada geometri, flora fauna, abstrak dan seumpamanya. Berapa contoh motif ukiran dapat dilihat seperti di bawah:

  • 7/30/2019 UKIRAN KAYU TRADISIONAL

    7/13

    NAMA MOTIF GAMBAR

    MOTIF DAUN SAYAP

  • 7/30/2019 UKIRAN KAYU TRADISIONAL

    8/13

    MOTIF BUNGA RAYA

    MOTIF CINTA MANI

  • 7/30/2019 UKIRAN KAYU TRADISIONAL

    9/13

    MOTIF KETAM GURI

    MOTIF TARI BUAYA

  • 7/30/2019 UKIRAN KAYU TRADISIONAL

    10/13

    JENIS-JENIS BUNGA UKIR

    Terdapat lima corak bunga ukir yang terdapat dalam reka corak tradisional, antaranya awan larat, awan silang atau

    kerawang,awan bentuk huruf, larik dan semetri.

    A. AWAN LARAT

    Awan larat berilham dari alam iaitu awan yang berarak apabila ditiup angin. Ada pula mengatakan bahawa nama

    ini diambil sempena nama seorang anak kecil bernama Awang yang menggaris tanah hingga melarat-larat menjadi

    bentuk yang cantik. Gambaran inilah yang diabadikan oleh pengukir dalam ukirannya. Kebiasaannya pengukir mencipta

    daun, buah dan bunga hasil ilhamnya sendiri. Awan larat ini corak yang paling dimuliakan dalam apresiasi seni ukir

    Melayu Klasik. Ukiran jenis ini tidak diletakkan di paras pusat. Awan larat terbahagi kepada dua jenis yakni Awan Larat

    Melayu dan Awan Larat Jawa.

    B. AWAN LARAT MELAYU ASLI

  • 7/30/2019 UKIRAN KAYU TRADISIONAL

    11/13

    Awan jenis ini juga dikenali sebagai Awan Larat Jawi. Bentuknya mempunyai bunga yang besar dan jarang.

    Coraknya bermula dari satu tempat dan melarat memenuhi ruang yang lain. Batangnya berlingkar dan bertembung

    dengan daunnya yang berlipat lunak.

    C. AWAN LARAT JAWA

    Bentuknya lebih kecil daripada awan larat Melayu Asli. Daun dan bunganya rapat-rapat. Terdapat banyak bunga

    dan daun saling bertindih. Bentuk daunnya lurus dan tidak berlipat.

    D. SILANG /KERAWANG

  • 7/30/2019 UKIRAN KAYU TRADISIONAL

    12/13

    Bunga ukir bentuk ini adalah dalm garis yang bengkang-bengkok. Garisan bersimpang-siur seumpama akar yang

    berlegar. Ukiran corak ini biasanya terdapat dalam bentuk papan tebuk tidak silat.

    E. AWAN BENTUK HURUF LARIK ATAU SIMETRI

  • 7/30/2019 UKIRAN KAYU TRADISIONAL

    13/13

    Jenis ukiran berbentuk huruf yang dimaksudkan ialah huruf-huruf dalam al- Quran. Ukiran ini biasanya banyak

    terdapat di masjid. Awan jenis Larik berbentuk gerlang-gerlang pada batang bulat. Keindahan jenis ini terletak pada

    gerlang yang berkala dan tersusun. Ukiran ini biasanya terdapat pada tongkat, tiang-tiang ulu senjata dan sebagainya.

    Kebanyakannya mempunyai dua jenis larik. Awan jenis simetri biasanya terdapat dalam bentuk geometri Islam, misalnya

    corak swastika. Awan jenis ini biasanya terdapat di masjid atau mimbar.