Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen...

16
Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing TRANSAKSI HARAM Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing Program pendidikan pengguna oleh:

Transcript of Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen...

Page 1: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing

T R A N S A K S I H A R A M

Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing

Program pendidikan pengguna oleh:

Page 2: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

1 Pengenalan

2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah

Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang

3 Pengiriman wang tidak sah

4 Bagaimana untuk melaporkan kegiatan pengiriman wang tidak sah

Tindakan ke atas ejen pengiriman wang tidak sah

Berdagang dalam mata wang asing

5 Keperluan mata wang asingBerdagang dalam mata wang

asing oleh seseorang yang tidak diberi kuasa adalah menyalahi undang-undang

6 Sindiket dagangan haram mata wang asing

Amaran bagi pencari kerjaBagaimana untuk mengesan

pengendali haram

7 Amaran untuk pelabur

8 Bagaimana untuk melaporkan sindiket dagangan haram mata wang asing

kan

du

ng

an

Penafian

Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja.Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumatlengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidakseharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihatguaman.

Tarikh: 21 Januari 2003

9 Tindakan ke atas pedagang haram mata wang asing

10 Soalan yang sering ditanya

12 Glosari

Page 3: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

Pengenalan

Tujuan buku kecil ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya melibatkan diri dalam kegiatan haram,khususnya mengenai:

A. Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah

B. Berdagang dalam mata wang asing

Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap

bahaya melibatkan diri dalam kegiatan

perbankan haram

Page 4: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

PENGIRIMAN WANG KE LUAR NEGARA MELALUI EJEN TIDAK SAH

Sekiranya anda ingin mengirim wang ke luar negara, sama ada bagi pihak diri andasendiri atau orang lain, jangan gunakan ejen pengiriman yang tidak sah. Wang andamungkin tidak sampai ke destinasinya.Gunakanlah ejen pengiriman yang dibenarkanseperti melalui sebuah bank sebagai langkah keselamatan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGANPENGIRIMAN WANG

Pengiriman wang adalah pembayaran yang dibuat kepada seseorang yang berada di luar negara. Ini termasuklah penghantaranwang kepada anak-anak yang sedang belajar di luar negara, pengiriman wang oleh pekerja asing kepada keluarga mereka dinegara asal masing-masing atau pembayaranyang dibuat untuk mengimport barangan dan perkhidmatan.

2

A.

Page 5: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

Pengiriman wang ke luar negara hanya boleh dilakukan melalui peniagamata wang yang diberi kuasa atau syarikat-syarikat yang dibenarkan olehBank Negara Malaysia, iaitu:

• Bank-bank perdagangan

• Bank Islam Malaysia Berhad

• Bank Muamalat Malaysia Berhad

• Pos Malaysia Berhad

• Bank Simpanan Nasional

Hanya pihak-pihak di atas sahaja dibenarkanuntuk mengirim wang ke luar negara bagi pihak orang awam, pengimport,pengeksport atau pelabur. Memandangkanpeniaga mata wang tersebut hanyaberurusan dengan ejen-ejen berlesen dinegara penerima, mereka boleh memastikanwang yang dihantar sampai ke destinasinya.

PENGIRIMAN WANG TIDAK SAH

Pengiriman wang tidak sah ialahpenghantaran wang ke luar negaramelalui syarikat yang tidak dibenarkanoleh Bank Negara Malaysia untukmenjalankan perniagaan sedemikian. Jikaanda menggunakan khidmat ejen tidaksah ini, tiada jaminan bahawa wang akandikembalikan. Sifat umum ejen pengirimanwang tidak sah ialah seperti berikut:

• Mereka biasanya beroperasi secara kecil-kecilan

3

Sekiranya anda inginmengirim wang ke luarnegara, janganmenggunakan ejenpengiriman yang

tidak sah

Page 6: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

Bank Negara

Malaysiasentiasa memantaumaklum balas danlaporan mengenai

kegiatan pengirimanwang tidak sah

4

• Mereka mendakwa mampu memberiperkhidmatan pengiriman wang dengancepat tanpa perlu mengemukakan sebarangdokumen atau bukti pengenalan diri

• Mereka jarang menggunakan dokumenuntuk membenarkan dan mengesahkansesuatu urus niaga

BAGAIMANA UNTUK MELAPORKANKEGIATAN PENGIRIMAN WANG TIDAK SAH

Sekiranya anda mengesyaki seseorangterlibat dalam menyediakan perkhidmatanpengiriman wang ke luar negara secaratidak sah, anda boleh melaporkannya keBank Negara Malaysia di alamat berikut:

Jabatan Pentadbiran Pertukaran AsingBank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn50480 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2698 8044 samb. 8211 / 8233

No. Faksimili: 03-2691 3266

TINDAKAN KE ATAS EJEN PENGIRIMANWANG TIDAK SAH

Bank Negara Malaysia sentiasa memantaumaklum balas dan laporan orang awammengenai kegiatan pengiriman wang tidaksah di Malaysia. Unit Penyiasatan BankNegara Malaysia membuat serbuan darimasa ke semasa ke atas ejen yang disyakimenyediakan khidmat pengiriman wang tidak sah. Wang yang disita dalamserbuan akan dirampas manakalapengendalinya akan dihukum mengikutsaluran undang-undang.

BERDAGANG DALAM MATA WANGASING

Jika anda mempunyai wang untukdilaburkan, melaburlah dengan bijaksupaya wang anda selamat. Elakkan dirianda daripada ditipu, dipujuk atau dipaksa untuk melabur wang hasil penatlelah anda ke dalam pelaburan yangmenjanjikan pulangan yang besar dalamtempoh yang singkat seperti sindiket

B.

Page 7: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

5

dagangan haram mata wang asing. Andaakan kehilangan semua wang anda!

Jadilah seorang yang bijak. Simpanlah hasil penat lelah anda dalam pelaburanyang dikawal selia oleh Kerajaan. Tidurlah dengan nyenyak dan nikmatilahpersaraan anda.

KEPERLUAN MATA WANG ASING

Wang kertas dan duit syiling dalam matawang asing selalunya diperlukan apabilaanda berkunjung ke negara luar. Pengimportdan pengeksport memerlukan mata wangasing bagi tujuan membuat pembayaranke atas barangan yang diimport atau lain-lain urus niaga. Keperluan mata wangasing ini hanya dapat dipenuhi olehpengurup wang berlesen dan peniagamata wang asing yang diberi kuasa.Peniaga mata wang asing yang diberikuasa adalah terdiri daripada:

Bank-bank perdagangan

Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Muamalat Malaysia Berhad

BERDAGANG DALAM MATA WANG ASING OLEH SESEORANG YANG TIDAK DIBERI KUASA ADALAHMENYALAHI UNDANG-UNDANG

Di Malaysia, semua urusan di dalam matawang asing mesti dibuat dengan ataumelalui peniaga mata wang asing yangdiberi kuasa. Seseorang (individu atausyarikat) yang bukan peniaga mata wangasing yang diberi kuasa tidak dibenarkanuntuk menawarkan perkhidmatan atauberdagang dalam mata wang asing.

Berdagang dalam mata wang asing ialah aktiviti pelaburan dalam mata wangasing dengan tujuan untuk mendapatpulangan yang tinggi daripada pergerakankadar tukaran mata wang asing. Oleh itu, jika anda diajak untuk melabur wanganda dalam mata wang asing, tidaksyaklah ia adalah satu sindiket daganganharam mata wang asing.

Page 8: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

SINDIKET DAGANGAN HARAM MATAWANG ASING

Ramai rakyat di negara ini yang telah tertipu oleh sindiket dagangan harammata wang asing dan akibatnya, mereka kehilangan berjuta-juta ringgit.Sindiket sedemikian selalunya dikendalikanoleh syarikat-syarikat yang beroperasisecara tidak sah. Pengendali haram inibiasanya mensasarkan golongan pencarikerja dan para pelabur yang inginkankeuntungan cepat ke atas pelaburanmereka sebagai mangsa.

AMARAN BAGI PENCARI KERJA

Jangan bersubahat membantu pengendaliharam untuk menipu orang ramai. Semakdengan Bank Negara Malaysia sebelummenerima sesuatu tawaran pekerjaandaripada syarikat sedemikian.

BAGAIMANA UNTUK MENGESAN PENGENDALI HARAM

Pengendali atau syarikat yang beroperasisecara tidak sah ini biasanya:

• Memaparkan iklan yang cukup menarikuntuk mengumpan orang ramai supayamendengar rancangan pemasaran merekayang meyakinkan tetapi sebenarnya palsu

• Mempunyai ibu pejabat di luar negara

• Beroperasi di pejabat dan kemudahan IT yang canggih

• Menyediakan latihan kepada bakal pekerja mengenai prinsip dagangan dalam mata wang asing dan memberilatihan amali mengenai dagangan mata wang asing berasaskan transaksiandaian atau tiruan dalam suasana yangdikawal oleh pengendali. Biasanyakesemua transaksi yang dibuat akanmenghasilkan keuntungan

Jangan bersubahatmembantu

pengendali haram

untuk menipuorang ramai

6

Page 9: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

• Mengambil pekerja berasaskan komisendan mereka ini tidak diberi suratpelantikan secara formal atau kontrak yangmenggariskan syarat-syarat pekerjaan

Sebelum seseorang pekerja memulakanurus niaga, mereka dikehendaki mencaribakal pelabur dan mengambil depositdaripada mereka. Jika tidak, mereka mungkinakan dibuang kerja. Dalam kebanyakan kesyang dirujuk kepada Bank Negara Malaysia,pekerja yang gagal mencari pelabur akanbertindak meminjam wang daripada ibu bapa atau ahli keluarga masing-masingsemata-mata untuk melabur.

AMARAN UNTUK PELABUR

Pengusaha syarikat dagangan mata wangasing haram ini akan cuba meyakinkanpara pelabur dengan:

• Mengatur strategi pemasaran mereka yang menjanjikan keuntungan yang tinggidalam masa yang singkat

• Menampilkan imej yang profesional dan bereputasi dengan barisan pekerjayang berpakaian segak, keadaan pejabat yang bercirikan teknologi tinggidan kemudahan IT yang terkini. Dalamsesetengah kes, pelabur juga dibenarkanuntuk mengendalikan akaun mereka di Internet

• Dengan radas urus niaga seperti skrin berita yang menunjukkan pergerakandalam kadar pertukaran untuk memberigambaran bahawa suatu perniagaan yang profesional dan sah di sisi undang-undang sedang dijalankan

Para pelabur boleh berdagang sama ada melalui akaun dagangan merekadengan syarikat tersebut atau melaluiwakil yang dilantik oleh syarikat. Pelaburadalah juga dikehendaki menandatanganisatu kontrak urus niaga yang biasanyaadalah di antara pelabur dan syarikatinduk. Dalam kebanyakan kes, pengusahaakan memaklumkan pelabur bahawamereka akan perlu menghantar kontrak

7

Page 10: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

8

tersebut ke ibu pejabatnya di luar negara. Walau bagaimanapun, biasanyakontrak ini dibiarkan tanpa ditandatangani.Dengan ini, sekiranya pelabur tidakberpuas hati dengan urus niaga yangdijalan, tiada tindakan yang boleh diambilterhadap syarikat ini memandangkan tiadaperjanjian yang mengikat mereka.

Daripada kes-kes yang dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia, terdapatdua senario bagaimana pelabur akankehilangan wang mereka:

Senario 1:

Biasanya pelabur akan mendapatpulangan yang tinggi ke atas pelaburanpermulaan mereka. Ini akan meyakinkanpelabur untuk menambah pelaburansupaya mendapat pulangan yang lebihtinggi lagi. Lama-kelamaan mereka akankehilangan kesemua wang yangdilaburkan apabila pemilik syarikatmenghilangkan diri secara tiba-tiba.

Senario 2:

Para pelabur yang telah mengalami kerugian akan diberitahu bahawa sentimenpasaran dijangka akan meningkat dan jika mereka menambah pelaburan, merekaakan mendapat balik wang mereka. Yang pastinya ini tidak akan berlaku danmereka akhirnya akan kehilangan kesemuawang pelaburan mereka.

BAGAIMANA UNTUK MELAPORKANSINDIKET DAGANGAN HARAM MATAWANG ASING

Jika anda telah ditawarkan pekerjaan untuk mencari bakal pelabur atau andasendiri telah diajak untuk melabur dalamskim pelaburan mata wang asing, silalahmelaporkannya kepada:

Jabatan Pentadbiran Pertukaran AsingBank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn50480 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2698 8044 samb. 8211 / 8233

No. Faksimili: 03-2691 3266

Page 11: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

Bank Negara Malaysiasentiasa memantau kegiatan dagangan mata wang asing untuk mengesankegiatan haram

9

TINDAKAN KE ATAS PEDAGANG HARAMMATA WANG ASING

Bank Negara Malaysia sentiasa memantaukegiatan dagangan mata wang asing untukmengesan kegiatan haram. Tindakan yang diambil adalah termasuk menjalankanserbuan dari masa ke semasa ke ataspengusaha haram oleh Unit PenyiasatanBank Negara Malaysia. Wang yang disitasemasa serbuan ini akan dirampas danpengusaha akan dihukum mengikut saluranundang-undang.

Page 12: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

S&JApakah yang dimaksudkandengan pengiriman wang?

Pengiriman wang ialah cara penghantaran wang kepada seseorang yang berada diluar negara. Contohnya ialah penghantaran wang kepada anak yang sedang belajardi luar negara atau penghantaran wang oleh warga asing kepada keluarga di negaraasal atau pembayaran yang dibuat untuk mengimport barangan dan perkhidmatan.

Bolehkah pengurup wangberlesen menghantar wang bagipihak pekerja asing dariIndonesia dan Bangladesh yangbermastautin di Malaysia ?

Bolehkah saya menghantar wangkepada keluarga pembantu rumahsaya di Indonesia?

Ya, boleh. Penghantaran wang tersebut boleh dibuat melalui bank perdagangan,Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional atau Pos Malaysia Berhad.

Tidak boleh. Pengurup wang berlesen tidak dibenarkan untuk menyediakanperkhidmatan penghantaran wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998.

Apakah perkhidmatan yang boleh diberi oleh pengurup wang berlesen?

Pengurup wang berlesen hanya boleh memberi perkhidmatan:

• Membeli dan menjual mata wang asing sama ada dalam bentuk wang kertas atau duit syiling

• Membeli cek kembara

SOALAN YANG SERING DITANYA

10

Page 13: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

Ke manakah boleh saya pergiuntuk menukar mata wang asing?

Anda boleh menukar mata wang asing dengan pengurup wang berlesen ataupedagang yang dibenarkan. Pedagang yang dibenarkan adalah terdiri daripada bankperdagangan termasuk kaunter biro pertukaran wang (‘Bureau De Change’) dan bank-bank Islam.

Siapakah yang boleh menjalankandagangan mata wang asing?

Di Malaysia, hanya peniaga mata wang asing yang diberi kuasa dibenarkan berdagangdi dalam mata wang asing.

Saya telah dihampiri oleh sebuahsyarikat yang mempelawa sayamelabur di dalam mata wang asing.Kepada siapakah boleh sayamerujuk untuk mendapatkan latarbelakang syarikat ini?

Anda boleh merujuk kepada:Jabatan Pentadbiran Pertukaran AsingBank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn50480 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-2698 8044 samb. 8211 / 8233

No. Faksimili : 03-2691 3266

Apakah risiko yang sayatanggung jika saya menghantarwang melalui peniaga mata wangyang tidak diberi kuasa?

Jika anda menghantar wang melalui peniaga mata wang yang tidak diberi kuasa, andamungkin menghadapi risiko bahawa wang anda tidak sampai ke destinasinya. Tambahanlagi, anda tidak boleh mengambil tindakan terhadap peniaga mata wang ini kerana andatidak mempunyai dokumen atau bukti urus niaga tersebut.

11

Page 14: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

12

GLOSARI

Akaun Dagangan

Akaun yang dibuka oleh peniaga untuk setiap

pelabur. Akaun tersebut menunjukkan jumlah

yang dilabur dan pergerakan dana pelabur

melalui pembelian dan penjualan komoditi yang

diperdagangkan, seperti mata wang asing.

Bank-bank Perdagangan

Bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan

Institusi-institusi Kewangan 1989 oleh Bank

Negara Malaysia.

Biro Pertukaran Wang

Cawangan bank perdagangan yang

menyediakan perkhidmatan pengurupan

wang asing, penunaian kad kredit dan cek

kembara. Cawangan kecil ini juga menyediakan

perkhidmatan pengiriman wang.

Kiriman Wang

Cara penghantaran wang kepada seseorang.

Mata Wang Asing

Mata wang kertas dan syiling yang sah

laku dalam mana-mana wilayah di luar Malaysia,

tidak termasuk mata wang asing negara

Israel dan Republik Persekutuan Yugoslavia

(Serbia dan Montenegro).

Pengurup Wang Berlesen

Pengurup wang yang dilesenkan oleh Bank

Negara Malaysia di bawah Akta Pengurupan

Wang 1998.

Page 15: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

Design Copyright © 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

Page 16: Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing · 1 Pengenalan 2 Pengiriman wang ke luar negara melalui ejen tidak sah Apakah yang dimaksudkan dengan pengiriman wang 3 Pengiriman wang tidak

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.myATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Edisi Pertama