Topik 9 MZU3119 PPG.docx

10
MZU3119 CIPTAAN DAN ENSEMBEL II Tajuk 9 Ensembel Gabungan Alat-Alat Muzik Dengan Alat Perkusi 9.0 Sinopsis Dalam tajuk ini, anda dikehendaki mengabungkan ensembel alat perkusii berpic dan tidak berpic dalam satu ensembel perkusi dalam bentuk gubahan seperti contoh yang ditunjukkan. Anda juga didedahkan kepada beberapa tip untuk membuat gubahan kepada skor lagu. Gubahan ini boleh dimainkan secara ensembel 9.1 Hasil Pembelajaran 1. Mempraktikkan kemahiran bermain alat-alat perkusi berpic 2. Mempraktikkan kemahiran dan teknik bermain alat-alat perkusi yang tidak berpic. 3. Mengaplikasikan serta mengabungkan alat-alat perkusi berpic dan tidak berpic dalam satu ensembel. 4. Mengaplikasikan serta mengabungkan vokal, kibod, alat-alat perkusi berpic dan tidak berpic dalam satu ensembel. 5. Mengaplikasikan serta mengabungkan rekoder, kibod, alat-alat perkusi berpic dan tidak berpic dalam satu ensembel. 1

Transcript of Topik 9 MZU3119 PPG.docx

Page 1: Topik 9 MZU3119 PPG.docx

MZU3119 CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Tajuk 9 Ensembel Gabungan Alat-Alat Muzik Dengan Alat Perkusi

9.0 Sinopsis

Dalam tajuk ini, anda dikehendaki mengabungkan ensembel alat perkusii berpic dan tidak berpic dalam satu ensembel perkusi dalam bentuk gubahan seperti contoh yang ditunjukkan. Anda juga didedahkan kepada beberapa tip untuk membuat gubahan kepada skor lagu. Gubahan ini boleh dimainkan secara ensembel

9.1 Hasil Pembelajaran1. Mempraktikkan kemahiran bermain alat-alat perkusi berpic

2. Mempraktikkan kemahiran dan teknik bermain alat-alat perkusi yang

tidak berpic.

3. Mengaplikasikan serta mengabungkan alat-alat perkusi berpic dan

tidak berpic dalam satu ensembel.

4. Mengaplikasikan serta mengabungkan vokal, kibod, alat-alat perkusi

berpic dan tidak berpic dalam satu ensembel.

5. Mengaplikasikan serta mengabungkan rekoder, kibod, alat-alat perkusi

berpic dan tidak berpic dalam satu ensembel.

1

Page 2: Topik 9 MZU3119 PPG.docx

MZU3119 CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

9.2 Kerangka Tajuk

9.3 Pengenalan Alat Perkusi

Menurut Wikipedia alat perkusi bermaksud :

A percussion instrument is any object which produces a sound by being hit

with an implement, shaken, rubbed, scraped, or by any other action which

sets the object into vibration. The term usually applies to an object used in a

rhythmic context or with musical, (Wilkipedia)

Alat perkusi adalah daripada apa sahaja bahan yang menghasilkan bunyi

apabila diketuk, digoncang, dikikis, digetarkan pada permukaannya atau apa

GABUNGAN ENSEMBEL PERKUSI

Ensembel Rekoder Rekorder, Kibod dan Perkusi

Ensembel Caklempong Caklempong dan Gendang

Ensembel Vokal Vokal, Kibod dan Perkusi

2

Page 3: Topik 9 MZU3119 PPG.docx

MZU3119 CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

sahaja aksi permainan dilakukan pada alat perkusi tersebut yang boleh

menghasilkan bunyi.

Pengertian Ensembel

Ensembel muzik ialah kumpulan muzikal yang merangkumi sekumpulan dari dua

atau lebih ahli muzik yang memainkan alat-alat muzik atau muzik vokal. Dalam

setiap jenis muzik atau genre, model-model yang berbeza dari setiap ensembel telah

berkembang mengikut saiz-saiz dan komposisi muzik, begitu juga repertoir lagu-lagu

atau kerja-kerja muzik yang dijalankan oleh setiap ensembel.

Di dalam muzik klasikal, kumpulan tiga orang atau kuartet bermain secara

berasingan untuk mencampurkan bunyi muzik dengan menggunakan alat-alat muzik

seperti piano, alat muzik bertali dan alat muzik tiupan) ataupun juga bermain alat-

alat muzik tersebut secara berkumpulan seperti membentuk kumpulan ensembal

alat muzik bertali dan kumpulan alat muzik tiupan.

Dalam ensembel jazz, alat-alat muzik yang lazim adalah alat muzik mainan solo,

(contohnya: saksofon, trompet, dan sebagainya) alat muzik korda, (contohnya: gitar

elektrik, piano atau organ), alat muzik bes (contohnya: gitar bes atau gitar bes

berkembar), dan seorang pemain dram atau pemain genderang.

Untuk ensembel muzik rock pula, kebiasaannya terdapat beberapa pemain gitar

(satu atau dua pemain gitar elektrik, gitar bes, dan juga gitar akustik), pemain alat

muzik kibod (contohnya: organ Hammond, piano, piano elektrik, atau alat muzik

elektronik sintesis), dan seorang pemain dram.

Apakah yang dimaksudkan Gubahan Muzik ?

Gubahan muzik ialah modifikasi kepada sesuatu komposisi, kebiasaannya dengan

element-elemen tambahan. Pada pengubah setiap bit adalah penting seperti

komposer lagu yang mempunyai nilai seni yang canggih. Seseorang pengubah yang

baik perlu mempunyai ilmu tentang teori dan harmoni, stail dan orkestrasi.

3

Page 4: Topik 9 MZU3119 PPG.docx

MZU3119 CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Mereka perlu tahu dengan tepat alat-alat muzik yang boleh dimainkan atau tidak

dalam renj yang sesuai untuk mendapatkan kesan bunyi berkesan. Sesuatu

gubahan perlu mempunyai elemen-elemen frasa, reharmonization dan komposisi.

Tugas mengubah adalah setaraf dengan produksi muzik dan mengadun (mixing)

bunyi untuk ahli muzik. Pengubah perlu seimbangkan hasil tonasi dan pic dengan

teliti dan ianya memerlukan kemahiran bermain dan pengetahuan teori muzik yang

tinggi.

Gubahan Muzik : Daripada skor lagu kepada gubahan.

Menggubah skor lagu menjadi ensembel seolah-olah memerlukan kemahiran dan

pengetahuan teori muzik yang mendalam. Sebenarnya, sekiranya jika seseorang itu

mempunyai pengetahuan tentang kord asas dan kemahiran menulis dan membaca

skor lagu, seseorang itu sebenarnya sudahn boleh mencipta atau mengubah dengan

mudah. Gubahan muzik adalah berbeza dengan improvisasi. Ianya ditulis dan

dimainkan seperti mana yang ditulis atau digubah setiap kali ianya dimainkan,

manakala improvisasi ialah suatu kemahiran bermain secara kreatif pada setiap

pertukaran kord serta tidak terikat dengan gubahan.

Berikut adalah beberapa contoh gubahan yang mudah :

Ensembel Rekoder

4

Page 5: Topik 9 MZU3119 PPG.docx

MZU3119 CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

5

Page 6: Topik 9 MZU3119 PPG.docx

MZU3119 CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Ensembel Caklempong

6

Page 7: Topik 9 MZU3119 PPG.docx

MZU3119 CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

Ensembel Vokal, Kibod Dan Perkusi

7

Page 8: Topik 9 MZU3119 PPG.docx

MZU3119 CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

8