Topik 2 Ruang Lingkup Bidang Komunikasi

download Topik 2 Ruang Lingkup Bidang Komunikasi

of 27

description

Topik 2 Ruang Lingkup Bidang Komunikasi

Transcript of Topik 2 Ruang Lingkup Bidang Komunikasi

  • PENGENALAN

    Sejarah tamadun manusia mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang komunikasi. Sejarah komunikasi bermula 2,000 tahun yang lalu di mana semasa era Greek, ahli-ahli falsafah seperti Aristotle dan Socrates menganggap retorik sebagai satu aspek penting dalam kehidupan sivil. Pertengahan abad kedua puluh menyaksikan perkembangan pengucapan awam sebagai akibat daripada isu-isu sosial semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Dari pengucapan awam, bidang komunikasi mula menyaksikan kesan propaganda dan media terhadap orang ramai. Hasilnya, penyelidikan empirikal (pembuktian secara saintifik) dalam bidang komunikasi telah dimulakan. Kajian pada masa itu mengkaji pengaruh penceramah, kredibiliti dan kepimpinan serta pujukan. Dalam tahun 1960an dan 1970an, tumpuan telah diberi pada komunikasi antara perorangan yang menggabungkan perspektif kemanusiaan dan saintifik komunikasi.

    TTooppiikk

    22 Ruang

    Lingkup Bidang Komunikasi

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan ruang lingkup komunikasi;

    2. Menghuraikan bentuk komunikasi yang berbeza; dan

    3. Menjelaskan kepentingan komunikasi dalam pelbagai konteks.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 32

    Ini termasuk komunikasi dalam keluarga, tingkah laku bukan lisan dan pembuatan keputusan. Bermula dari tahun 1970an hingga tahun 1990an, pakar-pakar mengalihkan perhatian mereka kepada perspektif kritikal dengan mengkaji bagaimana bentuk komunikasi dan dibentuk oleh konteks sosial, teknologi, sejarah dan politik yang berlaku pada masa tertentu (Wood, 2001). Berdasarkan sejarah pembangunan komunikasi, kita dapat melihat bahawa ruang lingkup komunikasi berlaku dalam pelbagai situasi seperti yang diperlukan pada masa itu. Semua ini akan dirumuskan dan pelbagai perspektif komunikasi yang akan dibincangkan dalam topik ini. Penerangan ringkas mengenai ruang lingkup komunikasi akan membantu anda dalam memahami subjek ini dengan lebih baik.

    RUANG LINGKUP KOMUNIKASI

    Terdapat beberapa jenis komunikasi. Ia adalah:

    (a) Komunikasi Intraperibadi;

    (b) Komunikasi Antara Peribadi/Perorangan;

    (c) Komunikasi Kumpulan;

    (d) Komunikasi Organisasi;

    (e) Komunikasi Awam;

    (f) Komunikasi Massa;

    (g) Komunikasi Antara Budaya; dan

    (h) Komunikasi Dalam Talian.

    2.1.1 Komunikasi Intraperibadi

    Fikirkan "apa yang anda boleh sumbangkan kepada negara", dan bukannya "apa yang negara boleh sumbangkan kepada anda". Proses untuk memikirkan jawapan kepada soalan ini dianggap komunikasi intraperibadi. Komunikasi intraperibadi atau komunikasi kendiri (self-talk) adalah satu proses komunikasi yang berlaku dalam diri individu. Anda juga boleh menganggap konsep komunikasi intraperibadi serupa dengan berfikir. Ini kerana ia berkaitan dengan proses kognitif yang berlaku dalam diri sendiri. Apa yang kita fikirkan tetapi tidak disuarakan (verbalise) juga dianggap sebagai komunikasi. Proses pemikiran ini berlaku dalam diri sendiri (intrapersonal), dan apabila seseorang bercakap kepada diri sendiri, ia dipanggil monolog (lihat Rajah 2.1).

    2.1

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 33

    Komunikasi intraperibadi sebenarnya adalah asas untuk semua jenis dan tahap komunikasi antara manusia. Seperti yang kita lihat dalam banyak keadaan, kita bercakap perkara-perkara yang ada dalam minda kita. Seseorang yang berkomunikasi sesama sendiri melakukan aktiviti berfikir, pembelajaran, memerhati, menilai dan membimbing tindakan yang akan diambil. Sama ada secara sedar atau tidak, proses komunikasi intraperibadi berlaku dalam diri kita sepanjang masa. Ini bermakna seseorang yang berkomunikasi sesama sendiri sebenarnya berfungsi sebagai penerima-pengirim. Otak berfungsi sebagai saluran, yang memproses apa yang difikir dan dirasai. Dalam komunikasi intraperibadi, maklum balas berlaku apabila idea di bawah pertimbangan ditolak, diterima atau diganti dengan yang lain.

    Rajah 2.1: Proses komunikasi intraperibadi

    Pernahkah anda mendengar tentang muhasabah diri? Sebenarnya, proses berfikir ini berlaku dalam diri kita pada setiap masa. Kita sering kali berfikir sama ada perlu untuk melakukan suatu perkara itu atau sebaliknya. Selain memikirkan tentang sesuatu, kita juga berfikir mengenai artifak atau peristiwa di sekeliling kita, dan kejadian yang sedang berlaku. Kita juga akan memikirkan idea semasa perbincangan dan tentang diri kita. Secara tidak langsung, proses ini melibatkan proses penilaian. Dalam kes ini, kita melihat diri kita sebagai model yang menerima dan memproses mesej, menyimpan dan mengimbas kembali mesej yang diterima. Kita sering menggunakan komunikasi intraperibadi dalam proses mengingat atau mengharapkan sesuatu, mempertimbangkan sesuatu, menenangkan diri dan membuat keputusan. Sebagai contoh, Diana yang menerima bonus untuk prestasi kerja cemerlang pasti akan berasa sangat gembira pada hari tersebut. Sebaliknya, Raimi, yang ditinggalkan oleh teman wanitanya, tentu akan marah, kecewa atau berasa muram pada ketika itu. Seseorang yang berkomunikasi secara intraperibadi juga akan menyoal dirinya sendiri, berfikir secara rasional dan membuat keputusan. Dalam kata lain,

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 34

    walaupun seseorang tidak berinteraksi dengan individu lain dalam komunikasi intraperibadi, pengalaman lalu akan mempengaruhi atau menentukan apa yang sedang difikirkan. Rajah 2.2 menunjukkan antara faktor yang mempengaruhi komunikasi intraperibadi.

    Rajah 2.2: Faktor-faktor yang mempengaruhi komunikasi intraperibadi

    2.1.2 Komunikasi Antara Peribadi/Antara Perorangan

    Sebahagian daripada kehidupan sosial melibatkan komunikasi antara peribadi. Komunikasi antara peribadi adalah satu cabang komunikasi yang penting dalam hubungan manusia. Secara ringkas, keupayaan untuk berkomunikasi secara antara peribadi adalah penentu kejayaan atau kegagalan hubungan yang sedia ada.

    AKTIVITI 2.1

    Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi ketika berkomunikasi secara intraperibadi? Senaraikan tiga cabaran yang anda boleh jangkakan.

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 35

    Komunikasi antara peribadi diwujudkan apabila seseorang berinteraksi dengan yang lain. Selalunya komunikasi antara peribadi melibatkan emosi. Sebagai contoh, empati adalah sangat penting dalam memahami perasaan orang lain. Komunikasi antara peribadi biasanya dirujuk sebagai dua atau lebih individu yang berinteraksi secara bersemuka. Ia adalah satu proses yang membolehkan seseorang untuk mengekalkan dan membina hubungan dengan orang lain. Ia juga kadang-kadang boleh membawa konflik kepada hubungan yang telah lama wujud. Komunikasi antara peribadi mungkin berlaku secara tidak formal atau secara formal. Ini dapat dilihat dalam Rajah 2.3 di bawah.

    Rajah 2.3: Komunikasi antara peribadi

    Komunikasi antara peribadi juga disebut sebagai komunikasi diadik (dyadic communication) yang unik kerana ia berlaku secara langsung, bersifat peribadi, tidak formal dan berlaku secara spontan (Trenholm, 2001). Umumnya, ciri-ciri asas komunikasi antara peribadi adalah ditunjukkan dalam Rajah 2.4.

    Rajah 2.4: Ciri-ciri asas komunikasi antara peribadi

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 36

    (a) KKomunikasi Bersemuka Komunikasi bersemuka berlaku apabila dua individu berkomunikasi secara bertentangan antara satu sama lain tanpa menggunakan saluran perantaraan atau medium yang kompleks. Biasanya, komunikasi sebegini berlaku secara spontan. Penghantar dan penerima komunikasi menggunakan satu saluran perantaraan untuk mendapatkan maklumat, mesej dan tindak balas yang dihasilkan. Dalam komunikasi seumpama ini, tindak balas biasanya cepat dan pantas.

    (b) KKomunikasi Melibatkan Kedua-dua Pihak Memberi dan Menerima Maklumat Komunikasi antara peribadi adalah komunikasi dua hala, iaitu, melibatkan dua orang yang saling menghantar dan menerima mesej antara mereka. Sebagai contoh dalam Rajah 2.5, dua rakan di pejabat, Nazul dan Mustafa, cuba untuk menyelesaikan masalah dan mengurangkan kekeliruan mengenai perkara-perkara tertentu. Selepas mendengar isu-isu yang dibangkitkan, mereka berdua akan cuba untuk memahami mesej yang disampaikan. Jika Mustafa bertindak balas dan memberi pandangan beliau mengenai perkara itu, maka perhubungan akan terjalin. Namun, jika Nazul masih tidak berpuas hati dengan perbincangan itu, mereka pastinya akan terus memberi jawapan tertentu sehingga mereka berjaya mencapai kata sepakat sekali gus mencapai tujuan komunikasi. Contoh komunikasi antara individu adalah individu yang berada dalam kalangan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran, guru atau rakan-rakan pejabat.

    Rajah 2.5: Kedua-dua pihak memberi dan menerima maklumat

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 37

    (c) JJarak antara Kedua Pihak yang Berkomunikasi adalah Rapat Dalam komunikasi antara peribadi, jarak antara kedua-dua individu

    mestilah dekat. Ruang di antara mereka bergantung pada keselesaan mereka dan juga perhubungan yang dibentuk. Sebagai contoh, jika kita berbual dengan kawan-kawan rapat dan ahli keluarga, jarak di antara kita adalah lebih dekat berbanding dengan orang asing atau kenalan baru. Jarak ini sebenarnya menunjukkan keakraban yang wujud antara kedua belah pihak.

    (d) MMaklumat yang Disampaikan Berbentuk Lisan dan Bukan Lisan Komunikasi antara peribadi tidak semestinya secara lisan atau dalam bentuk bertulis sahaja. Tindak balas juga boleh melalui pergerakan seperti ekspresi muka, pergerakan badan atau nada suara. Isyarat yang dipaparkan oleh seseorang semasa berkomunikasi adalah penting untuk mengukuhkan hujah supaya mesej yang dihantar tidak diragukan. Sebagai contoh, A menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan cadangan perniagaan yang disediakan oleh B tetapi ekspresi wajah beliau menunjukkan seribu tanda tanya. Tanpa keraguan, B merasakan bahawa A berhasrat untuk meluahkan rasa tidak puas hati beliau mengenai kertas cadangan yang dikemukakan. Kertas cadangan tersebut merupakan satu komunikasi dalam bentuk bertulis, manakala respon yang diberikan oleh A adalah komunikasi bukan lisan.

    Otak yang berguna adalah lebih baik daripada seratus tangan yang kuat.

    Buat nota ringkas mengenai ciri-ciri yang dilihat dalam komunikasi antara peribadi.

    SEMAK KENDIRI 2.1

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 38

    2.1.3 Komunikasi Kumpulan

    Komunikasi Kumpulan terdiri daripada interaksi antara individu yang berlaku dari semasa ke semasa sehingga ia membentuk satu entiti. Komunikasi kumpulan melibatkan interaksi bagi tujuan menyelesaikan masalah, membentuk idea-idea baharu dan mendapat pengalaman baharu. Secara umum, ia bermaksud bertukar-tukar dan menerima maklumat antara ahli kumpulan. Komunikasi kumpulan, sama ada besar atau kecil, mempunyai elemen-elemen menarik di mana ia berupaya untuk mengawal dan mempengaruhi operasi dan aktiviti kumpulan itu. Kita sedia maklum bahawa pada hakikatnya, manusia biasanya suka bergaul sesama sendiri sehingga terbentuknya kumpulan sosial tertentu. Kumpulan biasanya terdiri daripada 3 hingga 20 individu. Pembentukan kumpulan sosial sama ada formal atau tidak formal, mempunyai peranan dalam memberikan kepuasan dan kekuatan psikologi untuk menyokong masyarakat dan persaudaraan yang rapat. Komunikasi kumpulan ini boleh dilihat dalam kumpulan kerja, kumpulan terapi, ahli jawatankuasa organisasi, kumpulan berorientasikan tugas, kumpulan membuat keputusan dan kumpulan sosial. Dalam komunikasi kumpulan kecil, tumpuan diberi kepada peranan dan tanggungjawab ahli kumpulan untuk menguruskan konflik yang timbul atau menentukan agenda dalam mencapai objektif kumpulan (lihat Rajah 2.6).

    Rajah 2.6: Komunikasi kumpulan

    Komunikasi kumpulan mempunyai lima ciri seperti yang disenaraikan dalam Jadual 2.1 di bawah.

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 39

    Jadual 2.1: Ciri-ciri Komunikasi Kumpulan

    Interaksi Komunikasi diwujudkan melalui interaksi, manakala rangkaian komunikasi yang dibentuk dan digunakan, menyatukan ahli kumpulan. Hanya melalui interaksi, mesej boleh dihantar dan dikongsi sebagai kumpulan yang mampu untuk berfungsi dan membentuk kombinasi khas.

    Bilangan ahli dalam kumpulan

    Bilangan ahli dalam kumpulan menentukan keperluan dan kualiti perhubungan. Oleh kerana kumpulan menjadi lebih besar, komunikasi akan menjadi lebih rumit. Mesej dan idea untuk dikongsi bersama kadang-kadang mungkin mengalami komplikasi.

    Hubungan yang dikongsi

    Perhubungan antara ahli dalam suatu kumpulan adalah unik dan berdasarkan kepada amalan, norma, perlakuan yang diterima dan diikuti sehingga struktur yang stabil dan kukuh terbentuk. Dalam kata lain, kesepakatan yang kuat wujud dalam hubungan ahli kumpulan. Walau bagaimanapun, ini bergantung pada komitmen dan penglibatan ahli-ahli dalam aktiviti kumpulan.

    Kesaling-bergantungan

    Perhubungan antara ahli membentuk matlamat yang sama dalam kalangan ahli. Tindakan setiap ahli memberi kesan kepada yang lain.

    Identiti kolektif Setiap ahli menganggap dan merasakan dirinya sebagai salah seorang daripada ahli kumpulan.

    Komunikasi kumpulan sering menghadapi pelbagai cabaran komunikasi. Cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi dalam komunikasi kumpulan ditunjukkan dalam Rajah 2.7.

    Rajah 2.7: Cabaran-cabaran dalam komunikasi kumpulan

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 40

    Sebagai maklumat tambahan, anda boleh melawati laman web di http://www.tp.edu.sgl/pblconference/full/mohammad

    2.1.4 Komunikasi Awam

    Pernahkah anda ke ceramah atau kuliah yang diadakan di tempat-tempat awam? Apakah tujuan utama anda pergi ke sana? Apakah objektif utama ceramah seperti yang dijalankan oleh pihak penganjur? Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan menyampaikan maklumat kepada sebilangan besar khalayak. Satu contoh ialah seorang penceramah yang memberi ucapan motivasi kepada pelajar atau membentangkan kertas kerja di satu seminar antarabangsa. Terdahulu, komunikasi awam dikenali sebagai pengucapan awam. Ini adalah kerana komunikasi awam berlaku di tempat-tempat awam seperti di dewan, bilik kuliah, auditorium atau tempat di mana orang awam berkumpul. Dalam komunikasi awam, penceramah adalah sumber maklumat dan penonton adalah penerima. Komunikasi awam berlaku secara rasmi dan mempunyai struktur yang tertentu. Penghantar mesej tidak boleh berinteraksi dengan orang awam seperti dalam komunikasi antara peribadi kerana jarak dan bilangan besar orang yang terlibat. Komunikasi awam mempunyai unsur-unsur komunikasi sebagaimana dalam jenis lain komunikasi: ada sumber dan penerima, mesej dihantar, saluran komunikasi dan maklum balas (lihat Jadual 2.2).

    AKTIVITI 2.2

    Pernahkan anda menyertai Pengakap atau Pergerakan Pandu Puteri? Pada pandangan anda, apakah perbezaan antara kumpulan dan pasukan?

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 41

    Jadual 2.2: Elemen-elemen Komunikasi dalam Pengucapan Awam

    Elemen-elemen Komunikasi Contoh

    Sumber Pengucap (komunikator)

    Kadangkala bertindak sebagai penerima semasa sesi soal jawab

    Penerima Pengucap (komunikator)

    Penonton

    Mesej Maklumat tentang topik yang disampaikan secara lisan

    Saluran Mesej melalui komunikasi bukan lisan

    Suara dan isyarat bukan lisan

    Alat bantuan seperti poster, slides, persembahan PowerPoint

    Maklum Balas Tepukan gemuruh

    Isyarat bukan lisan oleh pengucap/komunikator

    Soalan-soalan yang dikemukakan

    Maklum balas bukan lisan oleh penonton

    Pengucapan awam perlu dirancang terlebih dahulu. Untuk lebih berkesan, beberapa faktor perlu diambil kira (lihat Rajah 2.8).

    Rajah 2.8: Faktor-faktor penting dalam pengucapan awam

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 42

    Penceramah mesti tahu jenis khalayak yang mendengar ucapan. Analisis penonton membantu penceramah untuk mengetahui latar belakang demografi dan pasti akan membantu dalam memahami apa yang mahu diketahui dan didengari. Penceramah juga boleh membuat andaian tentang reaksi penonton.

    (a) Dengan mengambil kira tujuan ucapan, penceramah boleh memilih dan memberi tumpuan kepada topik-topik yang sesuai dengan objektif yang dikehendaki, sama ada untuk memberitahu, memujuk atau menasihati. Selain itu, penceramah juga akan mempunyai peluang untuk menjalankan kajian yang mencukupi untuk mengukuhkan hujah-hujah yang akan dibentangkan kepada orang ramai.

    (b) Lokasi ceramah.

    (c) Masa yang diperuntukkan untuk memberi ceramah. Pengetahuan tentang Apa, Siapa, Di mana dan Bila akan membantu penceramah untuk membuat persediaan awal dalam menyediakan pengucapan awam yang berkesan. Komunikasi awam juga mempunyai beberapa ciri umum. Antaranya:

    (a) Komunikasi yang berlaku secara bersemuka tetapi melibatkan bilangan khalayak yang besar.

    (b) Komunikasi berlaku di tempat awam.

    (c) Komunikator menyampaikan ucapan formal yang dirancang dan mempunyai mesej yang berstruktur.

    (d) Komunikasi awam mempunyai objektif khusus. Mesej disampaikan dengan tujuan memberitahu atau mempengaruhi. Khalayak juga mempunyai peranan untuk mempengaruhi yang lain agar mereka mengubah fikiran, nilai dan norma.

    (e) Saluran yang digunakan dalam menyampaikan mesej menggunakan suara yang boleh diterima dengan jelas oleh khalayak yang besar. Ini dibantu oleh alat bantuan audio visual (gambar, brosur, slides PowerPoint).

    (f) Interaksi dan maklum balas antara sumber dan penerima maklumat adalah sangat kecil atau terhad. Ini dapat dilihat dalam reaksi khalayak semasa dan selepas ucapan disampaikan.

    Komunikasi awam adalah suatu yang tidak mudah untuk dilakukan. Cabaran utama bergantung kepada sumber, iaitu komunikator. Ia adalah sukar untuk memahami kehendak dan potensi orang ramai dari pelbagai latar belakang. Ringkasnya, penceramah harus membuat persediaan awal mengenai topik yang hendak disampaikan, di samping memahami penonton dan tahu tentang apa

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 43

    yang dianggap ucapan yang baik. Pertama sekali, penceramah mestilah mempunyai kredibiliti. Mempraktikkan etika yang baik semasa menyampaikan ucapan juga adalah penting dalam membuat ucapan awam yang berkesan.

    2.1.5 Komunikasi Massa

    Komunikasi massa adalah satu bidang komunikasi yang mendapat perhatian ramai dan kajian yang meluas. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan komunikasi massa? Ramai orang salah faham tentang maksud sebenar komunikasi massa. Komunikasi massa kadang-kadang dirujuk sebagai komunikasi umum. Ia berbeza daripada jenis komunikasi yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat banyak definisi untuk menjelaskan makna sebenarnya. Secara umum, komunikasi massa melibatkan proses perkongsian maklumat dengan menggunakan pelbagai media perantara yang ditujukan kepada penonton yang besar. Mediator di sini merujuk kepada fungsi media sebagai saluran untuk menyampaikan mesej kepada penonton dan dikenali sebagai media massa. Secara ringkas, komunikasi massa mempunyai ciri-ciri berikut:

    (a) Terdapat perantara media antara sumber dan penerima maklumat.

    (b) Khalayak komunikasi massa terdiri daripada sekumpulan individu yang pelbagai jenis dan tingkah laku.

    (c) Jarak di antara sumber dan penerima adalah jauh.

    (d) Sumber tidak tahu siapa khalayak yang menerima maklumatnya.

    (e) Komunikasi berlaku secara formal.

    (f) Maklumat disediakan oleh sumber yang terdiri daripada individu-individu tertentu atau sekumpulan individu (penerbit, pelakon, pengarah dan penyunting).

    SEMAK KENDIRI 2.2

    Apakah langkah-langkah yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pengucapan awam?

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 44

    Beberapa perantara media massa disenaraikan dalam Jadual 2.3 berikut.

    Jadual 2.3: Perantara Media Massa

    Jenis Media Contoh

    Media Cetak Buku, majalah dan akhbar

    Media Penyiaran Radio dan televisyen

    Media Digital Komputer, Internet, audio visual digital, permainan video DVD dan laman web.

    Dengan kewujudan perantara media, mesej boleh dihantar kepada khalayak yang lebih luas di mana jarak di antara penghantar dan penerima tidak menjadi penghalang. Sebagai contoh, jika pengguna media mahu mengetahui tentang perkembangan ekonomi dunia atau politik, ataupun maklumat mengenai persidangan terbaru pemimpin dunia, mereka boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui akhbar-akhbar cetak atau dalam talian atau televisyen.

    Rajah 2.9: Contoh maklumat yang diperoleh daripada media massa

    AKTIVITI 2.3

    Komunikasi juga berlaku melalui media semula jadi. Berikan contoh-contoh media semula jadi.

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 45

    Mesej dalam komunikasi massa adalah sangat berstruktur dan diterima oleh khalayak ramai. Media massa adalah pengganda besar maklumat dan berupaya membentuk satu jaringan atau saluran untuk menyebarkan maklumat. Mengapa komunikasi massa dikatakan berbeza daripada komunikasi lain? Komunikasi massa berbeza daripada lain-lain jenis komunikasi dalam aspek-aspek berikut:

    (a) Interaksi atau hubungan antara sumber dan penerima adalah sangat terhad atau tidak wujud.

    (b) Maklum balas terhad kerana pertukaran maklumat yang minima yang kadangkala tidak wujud langsung antara sumber dan penerima. Contohnya, surat kepada penyunting atau maklum balas kepada Webmaster mungkin hanya dibalas selepas satu jangka masa yang lama.

    (c) Mesej dihantar melalui perantara media dibentuk dan dicorakkan oleh profesional yang bekerja dalam organisasi media tersebut sebagai pengampang (gatekeepers). Pengampang ini menentukan jenis mesej, bagaimana ia dipersembahkan dan bila ia sepatutnya diberitahu kepada orang awam atau pengguna media.

    (d) Media massa mempunyai potensi untuk memberi impak kepada orang awam dengan tujuan untuk memaklumkan, memujuk atau mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran.

    Terdapat banyak kajian lanjutan mengenai kesan media massa kepada orang ramai, model media massa, pemilihan media oleh khalayak yang memberikan kepuasan, ekonomi dan pemilikan media, serta implikasi teknologi kepada media dan orang awam. Dalam era digital sekarang, komunikasi massa menghadapi pelbagai cabaran dan menimbulkan isu mengenai peranan media dalam pembangunan teknologi seperti isu etika, isu kawalan media, implikasi maklumat kepada khalayak sosial, dan ledakan maklumat merentasi sempadan antarabangsa.

    SEMAK KENDIRI 2.3

    Media massa dan komunikasi massa sering kali dianggap serupa. Adakah telefon satu contoh perantara media massa?

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 46

    2.1.6 Komunikasi Organisasi

    Pakar-pakar telah memberikan pelbagai pandangan mengenai pengertian komunikasi dalam organisasi, atau dikenali sebagai komunikasi organisasi. Goldhaber (1986) melihat komunikasi dalam organisasi sebagai:

    (a) Komunikasi yang berlaku dalam satu sistem yang kompleks dan dipengaruhi oleh persekitaran, faktor dalaman dan luaran.

    (b) Komunikasi yang melibatkan mesej dan alirannya, tujuan, hala tuju dan media.

    (c) Komunikasi yang melibatkan manusia, sikap, perasaan, perhubungan dan kemahiran yang mereka miliki.

    Mengapakah komunikasi organisasi dikaji dan dianggap sebagai cabang penting komunikasi? Sama seperti jenis komunikasi yang lain, komunikasi organisasi penting dalam menubuhkan satu organisasi yang ideal. Kepentingan komunikasi organisasi dirumuskan dalam Rajah 2.10.

    Rajah 2.10: Kepentingan komunikasi organisasi

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 47

    Komunikasi organisasi memberi tumpuan kepada aliran maklumat formal dan tidak formal dalam konteks organisasi. Jenis-jenis komunikasi yang dimaksudkan ini adalah:

    (a) KKomunikasi Ke Bawah (Downward Communication) aliran komunikasi yang berlaku dari peringkat atasan yang berkuasa (kumpulan pengurusan) ke peringkat bawahan (staf).

    (b) KKomunikasi Ke Atas (Upward Communication) aliran komunikasi yang berlaku dari staf peringkat bawahan ke peringkat lebih tinggi (penyelia atau supervisor).

    (c) KKomunikasi Mendatar (Horizontal Communication) perkongsian maklumat dalam kalangan rakan sekerja dalam unit yang sama.

    (d) KKomunikasi Silang-Rangkaian (Cross-channel Communication) komunikasi yang diwujudkan antara jabatan yang berbeza. Maklumat dikongsi merentasi sempadan fungsional jabatan-jabatan dan antara orang bawahan atau penyelia.

    (e) Grapevine Aliran komunikasi tidak formal yang berlaku dalam rangkaian yang tidak menentu (menegak, mendatar dan bersilangan). Penghantaran mesej desas-desus ini bermula daripada interaksi antara staf tentang rahsia yang dikongsi bersama dan dibincangkan. Mesej tersebar dengan cepat tetapi kebenaran kandungannya sukar untuk dipastikan (Pace & Faules, 1989).

    Setiap jenis komunikasi di atas mempunyai fungsi yang berbeza mengikut kesesuaiannya. Saluran komunikasi yang efektif menentukan keberkesanan mesej dan objektif dalam mengkoordinasi maklumat yang hendak disampaikan dalam sesebuah organisasi. Salah satu isu penting yang dibincangkan dalam komunikasi organisasi ialah implikasi teknologi terhadap aliran maklumat. Kewujudan teknologi telah mengubah struktur dan proses komunikasi organisasi pada masa kini.

    AKTIVITI 2.4

    Sekiranya anda bekerja dalam organisasi yang mempunyai skop pengkhususan kerja yang berbeza, apakah jenis komunikasi yang anda rasa sering diaplikasikan dan apakah bentuk hubungan yang mungkin berlaku?

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 48

    2.1.7 Komunikasi Antara Budaya

    Hampir setiap masa, seseorang indvidu melibatkan komunikasi dengan orang lain. Tidak semua individu mempunyai latar belakang dan amalan yang serupa. Keberkesanan komunikasi tidak bergantung hanya pada keupayaan seseorang untuk bercakap secara lisan atau ekspresi melalui komunikasi bukan lisan. Tidak semua interaksi dalam kalangan orang ramai mencapai objektif mereka. Sebaliknya, faktor paling penting ialah untuk memahami corak komunikasi yang melibatkan budaya yang berbeza. Hanya dengan memahami budaya orang lain seseorang itu akan mampu menjangkakan, menyesuai dan mengasimilasi diri dalam satu perhubungan yang bermakna dengan yang lain.

    Rajah 2.11: Komunikasi antara budaya

    AKTIVITI 2.5

    Apa yang anda fikir telah menyebabkan revolusi IRC (Internet Relay Chat)? Kemunculan IRC pada peringkat permulaan Internet suatu ketika dahulu telah membolehkan manusia di seluruh dunia berkomunikasi secara langsung merentasi sempadan geografi dan masa. Komunikasi telah berkembang dengan meluas yang membolehkan perbincangan yang interaktif. Apakah implikasi IRC yang anda jangkakan pada masa akan datang?

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 49

    Komunikasi antara budaya adalah komunikasi yang simbolik dan telah ditafsirkan (interpretative) yang dianggap sebagai satu proses kontekstual kerana darjah perbezaan dalam kalangan individu yang berinteraksi. Ia adalah proses komunikasi yang melibatkan ahli masyarakat yang berbeza budaya, adat, peranan dan peraturan (lihat Rajah 2.11). Gamble & Gamble (2002) melihat komunikasi antara budaya sebagai satu proses pentafsiran dan perkongsian makna dengan seseorang dari latar belakang budaya yang berbeza. Perbezaan dalam maksud budaya oleh Gamble dilihat dalam beberapa corak, umpamanya komunikasi antara ras/kaum, komunikasi antara etnik, komunikasi antarabangsa dan komunikasi antara budaya (lihat Rajah 2.12).

    Rajah 2.12: Perbezaan budaya yang dimaksudkan oleh Gamble

    Apakah halangan dalam usaha untuk menyesuaikan diri seseorang dalam konteks perbezaan budaya? Cabaran-cabaran dalam komunikasi antara budaya wujud kerana:

    (a) Seseorang yang mengamalkan budaya yang berbeza menganggap apa yang berlaku di sekelilingnya secara berbeza atau membuat perbandingan antara budaya yang diamalkan dengan orang lain.

    (b) Setiap budaya mempunyai penerimaan yang berbeza tentang peranan seseorang.

    (c) Setiap budaya mempunyai pandangan yang berbeza terhadap objektif yang dianggap penting dalam kalangan ahli sesuatu budaya itu.

    (d) Budaya mempengaruhi asas untuk identiti seseorang (Trenholm, 2001).

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 50

    Dalam komunikasi antara budaya, interaksi yang mudah boleh menjadi kompleks kerana salah faham yang kerap timbul dalam interaksi pelbagai budaya. Komunikator yang gagal untuk memahami budaya komunikator yang lain dalam sesebuah interaksi dianggap sebagai tidak sensitif atau kadangkala tidak sopan. Salah faham budaya boleh menyebabkan seseorang kehilangan peluang untuk membangunkan komunikasi yang baik dan ia juga boleh menambah ketegangan pada hubungan.

    2.1.8 Komunikasi dalam Talian

    Dalam era teknologi komunikasi maklumat, komunikasi diwujudkan melalui media elektronik. Apa yang paling nyata ialah ia telah menjadi isu yang paling hangat dibincangkan dalam disiplin komunikasi. Corak aliran maklumat tidak lagi sama seperti sebelum ini. Kaedah menyampaikan maklumat digital kini mengambil alih kaedah konvensional. Maklumat menjadi komoditi yang tidak lagi sukar untuk diperolehi. Kaedah komunikasi telah dipelbagaikan selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Mereka yang terlibat dalam komunikasi dalam talian tidak bersemuka secara fizikal tetapi hanya melalui pengantara elektronik dalam dunia siber. Perhubungan yang dibangunkan secara maya tidak menyalurkan mesej secara lisan seperti dalam kes komunikasi bersemuka. Rajah 2.14, adalah satu contoh kaedah komunikasi melalui perkhidmatan Internet. E-mel semakin popular dalam menyampaikan mesej.

    SEMAK KENDIRI 2.4

    Apakah cabaran yang dihadapi dalam komunikasi antara budaya?

    AKTIVITI 2.6

    Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsanya, bahasa dan budaya yang merentasi segenap pelusuk Negara. Apakah yang anda faham dengan maksud budaya? Adakah bangsa mewarisi budaya daripada satu generasi ke satu generasi atau berlaku penyesuaian dalam kalangan masyarakat setempat?

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 51

    Rajah 2.13: Contoh kaedah komunikasi melalui Internet iaitu E-mel

    Percantuman teknologi menunjukkan gabungan teknologi komputer, telekomunikasi, elektronik dan teknologi media massa. Internet, misalnya, berperanan sebagai pengantara media kerana keupayaannya untuk mengakses penonton secara meluas. Ini dapat dilihat daripada penggunaan laman web. Internet mempunyai ciri-ciri komunikasi peribadi dengan penggunaan e-mel, kumpulan sembang (chat group) dan kumpulan perbincangan elektronik. Perbincangan dalam talian juga mempunyai kualiti yang sama untuk komunikasi massa dan interaksi peribadi. Secara khususnya, komunikasi dalam talian mampu menghubungkan individu atau kumpulan merentasi sempadan ruang, jarak dan masa. Semua urusan dan interaksi antara ahli keluarga yang tinggal di tempat yang jauh, pasangan yang dipisahkan oleh benua atau pelajar yang berada jauh dari tutor mereka kini boleh berhubung melalui Internet seperti e-mel sebagai perantara komunikasi. Perkhidmatan yang disediakan melalui Internet bukan sahaja boleh membantu golongan pengguna, malah ia menawarkan perkhidmatan yang lebih murah berbanding kaedah komunikasi konvensional. Sesuatu kumpulan boleh berkongsi maklumat menerusi papan buletin dan newsgroup. Ciri-ciri interaktif teknologi komunikasi elektronik membolehkan seseorang individu atau kumpulan untuk berinteraksi secara spontan melalui chatting. Hari ini, teknologi

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 52

    telah mengubah cara manusia berkomunikasi komunikasi bertulis kini dilaksanakan secara dalam talian. Telefon bimbit juga telah mengubah kaedah komunikasi lisan kepada penggunaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Sistem Pesanan Multimedia (MMS).

    Rajah 2.14: Kaedah komunikasi interaktif menerusi chatting

    Walaupun teknologi komunikasi dan maklumat berpotensi merevolusi cara manusia berkomunikasi, ia juga menimbulkan pelbagai cabaran dalam hubungan seharian dan proses komunikasi. Ringkasnya, ruang lingkup komunikasi boleh dirumuskan seperti dalam Rajah 2.15.

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 53

    Rajah 2.15: Ruang lingkup komunikasi

    AKTIVITI 2.7

    1. Berikan contoh situasi di mana berlakunya:

    (a) Komunikasi intraperibadi

    (b) Komunikasi antara peribadi

    (c) Komunikasi awam

    (d) Komunikasi kumpulan kecil 2. Apakah komunikasi formal dan komunikasi tidak formal dalam

    sesebuah organisasi? 3. Terdapat banyak jurnal yang membincangkan isu-isu

    komunikasi. Senaraikan 10 jurnal seumpamanya.

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 54

    Perkembangan dan Prospek Disiplin Komunikasi Perkembangan awal bidang komunikasi bermula dengan kajian retorik dan ucapan dalam komunikasi. Kajian dalam bidang komunikasi kebanyakannya memberi tumpuan terhadap teori, aplikasi dan kesan bahasa lisan dan tingkah laku bukan lisan terhadap komunikasi. Hari ini, bidang komunikasi berkembang dengan meluasnya. Pengetahuan komunikasi bukan sahaja terhad kepada satu kajian disiplin sahaja, tetapi ia adalah satu bidang pengajian pelbagai disiplin yang mempunyai hubungan erat dengan bidang pengajian lain. Sebagai contoh, dalam bidang antropologi, ahli antropologi mengkaji hubungan dalam masyarakat dan sistem komunikasi mereka. Dalam usaha pembelajaran bagaimana bahasa berkembang, bidang komunikasi menyumbang kepada kajian manusia dan aktiviti komunikasi yang berlaku. Dalam bidang psikologi pula, pengetahuan dalam bidang komunikasi menyumbang untuk mengkaji proses perubahan sikap, bersama-sama dengan bagaimana untuk memujuk, mempengaruhi, dan lain-lain. Manakala dalam ilmu sosiologi, pengetahuan komunikasi membantu dalam pemahaman dinamik kumpulan, mengkaji hubungan antara individu, konteks kumpulan dan masyarakat. Oleh itu, pengetahuan dalam bidang komunikasi boleh membantu anda menyumbang kepada bidang-bidang lain juga. Komunikasi telah bercabang kepada bidang ilmu kewartawanan (media cetak seperti akhbar, majalah dan buku-buku), penyiaran (radio, televisyen dan media elektronik filem), pengiklanan, perhubungan awam, komunikasi politik, komunikasi antara budaya, komunikasi antarabangsa dan komunikasi pembangunan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah menyumbang kepada satu lagi bidang, iaitu komunikasi multimedia. Percantuman teknologi telah menyebabkan pelbagai kombinasi dalam bidang penyiaran, teknik pengeluaran dan komunikasi dalam hubungan manusia. Komunikasi dalam talian melalui Internet,webcasting dan kewartawanan dalam talian adalah bidang yang semakin popular.

    SEMAK KENDIRI 2.5

    Apakah prospek kerjaya untuk seorang pelajar yang memilih untuk belajar dalam bidang komunikasi?

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 55

    Jadual 2.4: Jenis-jenis komunikasi

    JJenis Komunikasi Tujuan Soalan Kemahiran

    Intraperibadi Komunikasi

    dalam diri sendiri

    Untuk berfikir, menganalisis, bertindak balas dan bertaakul

    Bagaimanakah konsep kendiri dibentuk? Bagaimana konsep kendiri mempengaruhi komunikasi?

    Bagaimana kebolehan menganalisa dan menyelesaikan masalah diperbaiki dan diajar?

    Apakah hubungan antara personaliti dan komunikasi?

    Meningkatkan self-esteem, memperbaiki kesedaran diri, memperbaiki kebolehan menganalisa dan menyelesaikan masalah, menambah kawalan diri, mengurangkan tekanan dan menguruskan konflik diri.

    Antara peribadi Komunikasi antara dua individu

    Untuk meneroka, berhubung, mempengaruhi dan membantu

    Apakah keberkesanan antara peribadi?

    Mengapa orang menjalinkan hubungan?

    Apakah yang mengikat hubungan kasih sayang, keluarga dan rakan-rakan?

    Apa yang memisahkan mereka? Bagaimana hubungan mereka boleh diperbaiki?

    Memperbaiki keberkesanan komunikasi antaraperibadi. Menjalinkan dan mempertahankan perhubungan antara kekasih, keluarga dan rakan-rakan.

    Memperbaiki kebolehan untuk menyelesaikan masalah.

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 56

    Komunikasi Kumpulan Kecil

    Untuk berkongsi maklumat, bertukar idea, menyelesaikan masalah dan membantu.

    Apakah ciri-ciri yang ada pada seorang ketua?

    Apakah antara kualiti seorang ketua yang bagus?

    Apakah peranan ahli dalam sesebuah kumpulan?

    Apakah perkara yang paling baik yang kumpulan boleh capai dan perkara yang paling teruk yang boleh berlaku kepada kumpulan?

    Bagaimana sesuatu kumpulan itu boleh dijadikan efektif?

    Meningkatkan keupayaan ahli kumpulan.

    Memperbaiki kepimpinan.

    Menggunakan kumpulan untuk mencapai objektif tertentu seperti menyelesaikan masalah.

    Awam: Komunikasi oleh seseorang kepada khalayak awam

    Untuk memaklum, mempengaruhi dan menghiburkan

    Apakah struktur organisasi yang paling sesuai untuk ucapan pemujukan?

    Bagaimana khalayak dianalisis secara berkesan dan diadaptasikan kepada situasi?

    Bagaimana untuk menghasilkan idea terbaik untuk dikomunikasikan kepada khalayak?

    Mengkomuni- kasikan maklumat dengan efektif.

    Meningkatkan keupayaan untuk memujuk.

    Menghasilkan,mengurus dan menghantar mesej dengan lebih berkesan.

  • TOPIK 2 RUANG LINGKUP BIDANG KOMUNIKASI 57

    Massa: Komunikasi

    dengan khalayak penonton yang besar melalui

    media/pengantara

    Untuk menghibur, mempengaruhi dan memaklumkan

    Apakah fungsi media?

    Bagaimana media mempengaruhi media?

    Bagaimana kita boleh mempengaruhi media?

    Apakah cara untuk menapis mesej dalam media?

    Bagaimana iklan beroperasi?

    Meningkatkan keupayaan untuk menggunakan media dengan lebih berkesan.

    Meningkatkan keupayaan untuk mengawal media, memahami pengaruh iklan dan kewartawanan yang tidak objektif.

    Jadual di atas menerangkan beberapa jenis komunikasi yang menunjukan bilangan peserta dalam proses komunikasi daripada seorang individu (intraperibadi) hinggalah kepada khalayak yang terdiri daripada ribuan/jutaan orang (massa) dan soalan serta kemahiran yang diperolehi.

    Terdapat pelbagai jenis komunikasi dan setiap satunya mempunyai ciri-ciri

    dan fungsi yang berbeza.

    Ruang lingkup komunikasi terbahagi kepada intraperibadi, antara peribadi/ peorangan, kumpulan, organisasi awam, massa, antara budaya dan talian.

    Ruang lingkup bidang komunikasi menunjukkan bahawa proses komunikasi tidak berlaku secara rawak; malah ia meliputi pelbagai konteks kehidupan dan mempunyai tujuan yang jelas.

    Antara peribadi

    Intraperibadi

    Komunikasi kumpulan kecil

    Massa

    Publik