Topik 2 Persepsi Motor

26
PENGENALAN Pendidikan Pergerakan Asas merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan sosial, emosi dan estetik. Memandangkan kepentingan ini, tujuan Pendidikan Pergerakan di peringkat prasekolah ialah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu mereka berjalan, berlari, melompat, mengetahui cara duduk dan berdiri dengan betul. Manipulasi alatan pula membantu pelajar menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam sukan bila pelajar meningkat dewasa. Dengan kata lain, pergerakan ini perlu didedahkan kepada pelajar dari peringkat prasekolah lagi. Pendidikan Pergerakan ini adalah bagi membina insan yang segak dan bergaya serta mengamalkan cara hidup yang sihat. T T o o p p i i k k 2 2 Persepsi Motor HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan ciri-ciri kemahiran persepsi motor; 2. Menamakan kemahiran yang terdapat dalam persepsi motor; dan 3. Merancang aktiviti pendidikan jasmani dalam kemahiran persepsi motor.

description

pj

Transcript of Topik 2 Persepsi Motor

Page 1: Topik 2 Persepsi Motor

� PENGENALAN

Pendidikan Pergerakan Asas merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan sosial, emosi dan estetik. Memandangkan kepentingan ini, tujuan Pendidikan Pergerakan di peringkat prasekolah ialah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu mereka berjalan, berlari, melompat, mengetahui cara duduk dan berdiri dengan betul. Manipulasi alatan pula membantu pelajar menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam sukan bila pelajar meningkat dewasa. Dengan kata lain, pergerakan ini perlu didedahkan kepada pelajar dari peringkat prasekolah lagi. Pendidikan Pergerakan ini adalah bagi membina insan yang segak dan bergaya serta mengamalkan cara hidup yang sihat.

TTooppiikk

22

� Persepsi Motor

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan ciri-ciri kemahiran persepsi motor;

2. Menamakan kemahiran yang terdapat dalam persepsi motor; dan

3. Merancang aktiviti pendidikan jasmani dalam kemahiran persepsi motor.

Page 2: Topik 2 Persepsi Motor

� TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR 34

KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR

Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar kanak-kanak terutama pelajar prasekolah membuat gerakan berkoordinasi. Persepsi motor membolehkan kanak-kanak:

(a) Merasa kehadiran dirinya di dalam ruang;

(b) Mengenal pasti arah kiri atau kanan dan depan atau belakang; dan

(c) Memahami perkaitan bentuk atau corak dalam gerakan. Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak membaca, mengenal dan mentafsir huruf isyarat. Oleh itu, kemahiran persepsi perlulah diajarkan kepada kanak-kanak semenjak prasekolah atau tadika lagi. Kemahiran persepsi motor berikut boleh diajar kepada pelajar prasekolah:

(a) Mengimbang;

(b) Kesedaran badan;

(c) Kesedaran ruang;

(d) Kesedaran arah; dan

(e) Koordinasi tangan-mata atau kaki-mata.

2.1.1 Mengimbang

Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti. Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah sifar, keseimbangan akan tercapai. Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang. Keseimbangan maksimum akan tercapai sekiranya garis graviti, pusat graviti dan titik tengah sokongan berada dalam satu garis. Koklea yang terdapat di dalam badan merupakan bahagian di dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan tubuh.

2.1

Page 3: Topik 2 Persepsi Motor

TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR � 35

Terdapat dua jenis imbangan iaitu: (a) IImbangan Dinamik Mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas

titi atau berlari. (b) IImbangan Statik Kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti

dirian. Imbangan penting dalam kehidupan seharian kerana dalam kedudukan

imbangan yang stabil, kita dapat menggunakan kuasa yang sedikit dalam melakukan aktiviti seperti berjalan, berlari, duduk dan lain-lain. Menjalankan aktiviti dengan imbangan yang betul juga akan mengurangkan risiko kecederaan atau kepenatan. Dalam permainan dan sukan, imbangan penting dalam memantapkan perlakuan dan membentuk gerakan.

Aktiviti Mengimbang dalam Pendidikan Jasmani (a) IImbangan Dinamik Guru boleh merancang aktiviti mengimbang dinamik dengan meminta

pelajar berjalan di atas bangku atau meniti di atas tali, berjalan menggunakan kaki tempurung, ketinting dan lain-lain.

Rajah 2.1: Meniti di atas bangku

Page 4: Topik 2 Persepsi Motor

� TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR 36

Rajah 2.2: Meniti di atas tali

Rajah 2.3: Imbangan menggunakan kaki tempurung

Rajah 2.4: Lompat ketinting (imbangan dinamik)

Mcmk"vgorwtwpi"

Page 5: Topik 2 Persepsi Motor

TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR � 37

(b) IImbangan Statik Guru boleh merancang aktiviti mengimbang statik dengan meminta pelajar

menggunakan tangan dan kaki, lutut, punggung dan sebelah kaki untuk mengimbang.

Rajah 2.5: Imbangan statik menggunakan anggota tubuh seperti tangan, kaki, lutut,

punggung dan lain-lain Imbangan statik menggunakan anggota tubuh seperti tangan, kaki, lutut,

punggung dan lain-lain.

Rajah 2.6: Imbangan badan menggunakan buai dalam keadaan pegun (imbangan

statik)

Page 6: Topik 2 Persepsi Motor

� TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR 38

(c) AAktiviti Kumpulan Bagi menjadikan aktiviti imbangan lebih menarik, guru boleh merancang

pelajar menjalankan aktiviti dalam bentuk kumpulan. Antara aktiviti imbangan dalam bentuk kumpulan yang selalu dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani ialah seperti yang ditunjukkan di dalam beberapa rajah berikut.

Rajah 2.7: Tolak patung

Rajah 2.8: Ketintingan bertiga

Page 7: Topik 2 Persepsi Motor

TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR � 39

Rajah 2.9: Meniti di atas tali bersama rakan

Rajah 2.10: Ayun kaki serentak

Rajah 2.11: Berdiri di atas papan imbang

Page 8: Topik 2 Persepsi Motor

� TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR 40

Penggabungan aktiviti mengimbang dengan permainan imaginasi boleh

menarik minat pelajar. Misalnya, kanak-kanak boleh membayangkan dirinya sebagai ahli sarkas yang beraksi mengimbang badan dalam aktiviti persembahannya.

Rajah 2.12: Penggabungan aktiviti mengimbang dengan permainan imaginasi

(d) LLaluan Imbangan Bagi menjadikan aktiviti lebih menarik, guru boleh membina laluan

imbangan dan pelajar diminta melalui laluan tersebut.

Page 9: Topik 2 Persepsi Motor

TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR � 41

Rajah 2.13: Contoh laluan imbangan

Ncmwmcp"cmvkxkvk"kpkfgpicp"dgtjcvk/jcvk"

Page 10: Topik 2 Persepsi Motor

� TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR 42

2.1.2 Kesedaran Tubuh Badan

Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri. Perkara yang penting tentang kesedaran ini ialah:

(a) Bentuk dan saiz tubuh badan;

(b) Bahagian-bahagian tubuh badan;

(c) Keupayaan melakukan gerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas dan menggerak badan; dan

(d) Perasaan yang timbul dalam situasi yang berbeza. Pemahaman tentang potensi pergerakan kanak-kanak bergantung pada kesedaran tubuh badan. Terdapat pelbagai cara untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak, contohnya dengan arahan aktiviti atau soalan yang berkaitan pergerakan tubuh badan seperti kepala, tangan, kaki dan lain-lain bahagian badan.

Rajah 2.14: Berjalan

Rajah 2.15: Golek balak

Page 11: Topik 2 Persepsi Motor

TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR � 43

Rajah 2.16: Lompat bintang

Rajah 2.17: Dirian bangau

Rajah 2.18: Menghayun

Page 12: Topik 2 Persepsi Motor

� TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR 44

Rajah 2.19: Membongkok

2.1.3 Kesedaran Ruang

Ruang adalah kawasan di mana kita hidup dan ia terdapat di sekeliling kita. Ruang membolehkan manusia dan objek lain bergerak ke sana sini. Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Pelajar perlu sedar dengan pergerakan tubuh badan dan ruang sekitar. Perkara seperti ini merupakan konsep asas yang perlu diterokai oleh kanak-kanak. Pelajar perlu diajar memenuhi ruang persekitaran dengan pelbagai cara, contohnya pelajar diminta berbaring dalam keadaan pelbagai arah. Aktiviti ini membolehkan pelajar kita mengetahui atau menyedari ruang diri masing-masing.

Rajah 2.20: Terbang rama-rama membolehkan pelajar mengetahui ruang diri

Page 13: Topik 2 Persepsi Motor

TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR � 45

Rajah 2.21: Bergerak bagai burung terbang (ruang am)

2.1.4 Kesedaran Arah

Kesedaran arah membolehkan pelajar menyedari dan seterusnya memanipulasi arah di dalam ruang persekitarannya. Kesedaran luaran ini terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala datar. Kesedaran hala datar ialah kesedaran wujudnya arah ke kiri dan kanan, atas bawah, hadapan belakang dan kiri kanan di sisi tubuh badan seseorang. Dengan kesedaran ini, pelajar akan dapat mengawal pergerakan dari kedua-dua belah arah secara serentak atau berasingan. Aktiviti kesedaran arah memerlukan koordinasi pelbagai arah pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan dan kaki digunakan dalam menolong mengembangkan kesedaran hala datar kanak-kanak. Permainan seperti angel in the snow di mana dalam permainan ini kanak-kanak disuruh berbaring dalam keadaan terlentang dan menggerakkan kaki serta tanggan membentuk gerakan membulat bergantung kepada arahan oleh guru. Pelbagai jenis penerokaan pergerakan akan dapat membentuk perkembangan kesedaran arah. Umpamanya bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan serta ke atas ke bawah boleh membina kesedaran arah bagi seseorang.

Rajah 2.22: Buaya merangkak pelbagai arah (kesedaran ruang)

Page 14: Topik 2 Persepsi Motor

� TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR 46

Rajah 2.23: Melompat kanggaru pelbagai arah (kesedaran ruang)

2.1.5 Koordinasi

Koordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan badan. Koordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan anggota tubuh badan menggunakan pancaindera serta hubungannya dengan minda. Kesemua faktor ini akan menghasilkan kecekapan yang tinggi dalam gerakan. Dengan kata lain, tujuan melakukan sesuatu pergerakan akan tercapai jika koordinasi antara pergerakan bahagian-bahagian badan disempurnakan dengan baik. Koordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. Koordinasi boleh dicapai dengan menyediakan latihan yang sistematik. Jika seorang pelajar mempunyai koordinasi, dia akan dapat menjalankan aktiviti seperti menangkap bola, menahan bola, menyangga bola, melakukan rejaman serta apa sahaja aktiviti sukan dengan baik dan tepat.

Rajah 2.24: Koordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengelecek bola dalam hoki

Page 15: Topik 2 Persepsi Motor

TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR � 47

Rajah 2.25: Koordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengawal bola dengan baik dalam permainan bola sepak

Rajah 2.26: Koordinasi digunakan dalam aktiviti seperti memukul bola pada sasaran

yang tepat dalam permainan skuasy

Rajah 2.27: Koordinasi digunakan dalam aktiviti seperti menghantar bola dengan tepat ke arah sasaran

Page 16: Topik 2 Persepsi Motor

� TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR 48

Terdapat pelbagai aktiviti dalam Pendidikan Jasmani yang membantu pelajar membentuk koordinasi yang baik di kalangan pelajar semenjak di tadika lagi. Contohnya:

Rajah 2.28: Menyusun langkah

Rajah 2.29: Melambung bola

Page 17: Topik 2 Persepsi Motor

TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR � 49

Rajah 2.30: Panjat dan turun

Rajah 2.31: Pijak dan sambut pundi kacang

Page 18: Topik 2 Persepsi Motor

� TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR 50

Rajah 2.32: Menahan bola dengan paha, dada dan kaki dan menyambut bola dengan

tangan

Page 19: Topik 2 Persepsi Motor

TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR � 51

Rajah 2.33: Permainan bayang-bayang

Rajah 2.34: Membawa bola ping pong dengan sudu

Page 20: Topik 2 Persepsi Motor

� TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR 52

Rajah 2.34: Bermain piring terbang

Rajah 2.35: Memasukkan gelung rotan ke dalam kawasan

Rajah 2.36: Memindahkan gelang getah dengan menggunakan straw

Page 21: Topik 2 Persepsi Motor

TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR � 53

Rajah 2.37: Tating lawi

Rajah 2.38: Tating lawi dan tenis mini

Page 22: Topik 2 Persepsi Motor

� TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR 54

Rajah 2.39: Menggolek bola ke sasaran

Rajah 2.40: Memasukkan gelung getah ke tiang

Page 23: Topik 2 Persepsi Motor

TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR � 55

Rajah 2.41: Dart

Rajah 2.42: Memanah

Page 24: Topik 2 Persepsi Motor

� TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR 56

� Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar kanak-kanak,

terutama pelajar prasekolah, membuat gerakan berkoordinasi.

� Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak membaca. Kemahiran persepsi membolehkan kanak-kanak mahir mengenal dan mentafsir huruf isyarat.

� Imbangan bermaksud kebolehan seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti.

� Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah sifar, keseimbangan akan tercapai.

� Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang.

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Persepsi motor penting dalam mengajar kanak-kanak terutama di peringkat prasekolah. Bincangkan kepentingan persepsi motor.

2. Huraikan kemahiran yang terdapat dalam kemahiran persepsi motor.

3. Apakah bahagian yang terdapat di dalam tubuh badan kita yang mengawal imbangan?

4. Terdapat dua jenis imbangan. Huraikan dan beri contoh dua jenis imbangan tersebut.

5. Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri. Nyatakan aspek yang penting tentang kesedaran ini.

6. Terdapat dua jenis ruang. Nyatakan dan huraikan kedua-dua jenis ruang tersebut.

7. Nyatakan dan definisikan koordinasi badan.

Page 25: Topik 2 Persepsi Motor

TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR � 57

� Koklea merupakan bahagian di dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan tubuh.

� Dalam permainan dan sukan, imbangan penting untuk memantapkan perlakuan dan membentuk gerakan.

� Imbangan statik ialah kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti dirian.

� Imbangan dinamik mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi atau berlari.

� Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri.

� Pemahaman tentang potensi pergerakan kanak-kanak bergantung pada kesedaran tubuh badan.

� Ruang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di sekeliling kita.

� Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.

� Ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.

� Kesedaran arah membolehkan pelajar menyedari dan seterusnya memanipulasi arah dalam ruang persekitarannya.

� Kesedaran luaran ini terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala datar.

� Aktiviti kesedaran arah memerlukan koordinasi pelbagai arah pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan dan kaki digunakan dalam menolong mengembangkan kesedaran hala datar kanak-kanak.

� Pelbagai jenis penerokaan pergerakan akan dapat membentuk perkembangan kesedaran arah.

� Bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan, ke atas dan ke bawah boleh membina kesedaran arah.

Page 26: Topik 2 Persepsi Motor

� TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR 58

� Koordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan anggota tubuh badan menggunakan pancaindera serta hubungannya dengan minda.

� Koordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar.

Imbangan dinamik

Imbangan statik

Kesedaran arah

Kesedaran badan

Kesedaran hala datar

Kesedaran ruang

Koordinasi tangan-mata atau kaki-mata

Mengimbang

Ruang am

Ruang diri

Abdul Hafidz, Haron, & Husain. (2002). Pendidikan jasmani dan pendidikan

kesihatan Buku teks tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Hafidz, Husain, & Zalawati. (2003). Pendidikan jasmani dan pendidikan

kesihatan Buku teks tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Hafidz, Husain, & Zalawati. (2003). Pendidikan jasmani dan pendidikan

kesihatan Buku teks tahun 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramakrishnan, P. Y. (1998). Pendidikan pergerakan mudah. Shah Alam:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam. Ten, H. (2006). Pengajaran pendidikan jasmani awal. Kuala Lumpur: Penerbit

Fajar Bakti Sdn Bhd. Wee, E. H. (2002). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Shah Alam:

Karisma Publication Sdn. Bhd.