Topic 05 Pend Konservasi PL

download Topic 05 Pend Konservasi PL

of 17

Transcript of Topic 05 Pend Konservasi PL

  • 70 TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

    Topik

    5

    Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menyatakan objektif konsep dan objektif pendidikan konservasi;

    2. Menghuraikan impak dari kesan pelaksanaan aktiviti pendidikan konservasi;

    3. Menyatakan cara pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar; dan

    4. Menghuraikan prinsip konservasi dalam pendidikan luar.

    PENGENALAN

    Setiap hari kita didedahkan dengan pelbagai isu berkaitan dengan kerakusan manusia memusnahkan khazanah alam sekitar. Tahukah anda akibat dari sikap yang tidak bertanggungjawab ini berbagai masalah berlaku yang melibatkan kehilangan harta benda dan lebih dahsyat ialah kehilangan nyawa. Setiap kali isu besar berkaitan alam sekitar seperti keruntuhan bangunan, banjir lumpur, banjir kilat dan lain-lain, berbagai cadangan dikemukakan namun cadangan tinggal cadangan. Kita terpaksa menerima hakikat yang paling penting dalam kesemua isu alam sekitar ialah menyedarkan masyarakat, kesedaran lahir daripada pendidikan yang sempurna.

    Kita selalu tersalah anggap dengan mengatakan pendidikan konservasi menghalang penggunaan alam sekitar dan kemajuan. Sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada menggunakan sumber alam sekitar untuk kemajuan. Justeru

  • TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR ! 71

    itu konsep konseverasi bukan menghalang penggunaan sumber alam sekitar sehingga menghalang proses kemajuan. Pendidikan konservasi berkaitan dengan cara memelihara dan menguruskan alam sekitar dengan bijak.

    Kita harus sedar hakikat alam semula jadi ini bukan hak milik kita sahaja, kita hanya meminjamnya daripada generasi lalu dan perlu kembalikannya kepada generasi yang akan datang. Dalam ucapan pada persidangan Ahli-Ahli Parlimen Asia mengenai Kemusnahan Alam Sekitar dan Pengurusan Bencana anjuran Forum Anggota Parlimen Asia mengenai Pembangunan Penduduk (AFPPD) pada 10 Ogos 2006, Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Najib Tun Abdul Razak menyatakan:

    Sebagai pemegang amanah kita perlu memberi penekanan untuk melindungi alam sekitar kerana jika gagal, kita sebagai pemegang amankan menjaga bumi ini mengecewakan anak-anak dan generasi akan datang,

    Jika kita sendiri tidak prihatin terhadap penjagaan alam sekitar, siapa lagi yang harus dipertanggungjawabkan? Berbagai cara diusahakan oleh pemimpin dan pendidik di negara kita untuk membentuk dan menyemai sikap dan tanggungjawab di kalangan masyarakat mengenai pentingnya usaha pemeliharaan alam sekitar dan menyelamatkan bumi daripada pencemaran. Usaha yang dilihat paling berkesan dalam membentuk dan menyemai sikap positif terhadap alam sekitar ialah melalui pendidikan konservasi.

    5.1 KONSEP PENDIDIKAN KONSERVASI

    Menurut Kamus Dewan Konservasi dide!nisikan sebagai menjaga, memelihara sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan. Pendidikan ditakrifkan sebagai kaedah mendidik untuk membentuk perubahan dalam pemikiran dan cara hidup. Kita juga perlu memahami apa yang dikenali sebagai alam semula jadi dan apa pendidikan alam semula jadi? Alam Semula jadi boleh diertikan sebagai alam ciptaan tuhan yang meliputi aspek yang terdapat di sekeliling manusia yang wujud secara semula jadi. Alam semula jadi boleh dilihat sebagai semua komponen semula jadi di mana semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan.

    Oleh itu pendidikan konservasi dilihat sebagai usaha bagi memberikan kesedaran kepada pelajar untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau di musnahkan. Pendidikan konverservasi yang disebatikan dalam pendidikan luar lebih menekan kepada nilai murni yang berperanan menjaga dan memelihara alam semula jadi. Dengan kata lain pendidikan konservatif dalam pendidikan luar banyak lebih tertumpu kepada nilai-nilai yang perlu dalam menjaga alam semula jadi. Pendidikan konservasi merupakan salah satu strategi yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap pentingnya pendidikan alam sekitar.

  • 72 TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

    Dengan melaksanakan pendidikan konservasi di sekolah kita akan dapat membentuk warganegara yang bertanggung jawab terhadap alam sekitar dan mempunyai komitmen terhadap usaha memelihara penghidupan yang seimbang.

    5.1.1 Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar

    Isu alam sekitar merupakan isu yang sentiasa hangat dan mendapat perhatian bukan sahaja oleh badan bukan kerajaan, media malah oleh kerajaan. Memandangkan keperluan dan kepentingan sejagat pendidikan konservasi amat perlu diserapkan dalam pendidikan bagi membentuk kesedaran yang berterusan di dalam jiwa masyarakat dunia ini. Berdasarkan faktor ini pendidikan konservasi telah menjadi elemen yang amat penting dalam pendidikan luar dewasa ini.

    Pendidikan konservasi membolehkan peserta pendidikan luar menghayati kepentingan alam sekitar. Pendidikan ini juga dilihat akan dapat menyemai kesedaran untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar bertujuan mengelakkan malapetaka alam sekitar. Kejadian seperti tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat dan lain-lain bencana alam sekitar dapat dielak sekiranya alam sekitar dapat di jaga dengan sempurna. Anda mampu mengubahnya!

    5.1.2 Objektif Pendidikan Konservasi

    Objektif pendidikan konservasi dibahagikan kepada enam perkara iaitu:

    (i) Kesedaran Pendidikan konservasi akan membentuk kesedaran kepada individu dan

    masyarakat terhadap alam semula jadi

    (ii) Pengetahuan Pendidikan konservasi akan memberi pengetahuan asas tentang kepentingan

    serta masalah dan krisis alam semula jadi. Kesemua ini di harap akan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab

    (iii) Sikap Pendidikan konservasi akan melahirkan individu yang mempunyai

    sikap sayangkan alam semula jadi serta bertindak dengan proaktif untuk memelihara alam semula jadi

    (iv) Kemahiran Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang mempunyai

    kemahiran untuk memelihara alam semula jadi. Kemahiran amat perlu dalam menyelesaikan masalah alam sekitar.

  • TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR ! 73

    (v) Kebolehan menilai Pendidikan konservasi akan membantu individu dan masyarakat supaya

    dapat menilai dan mengambil kira faktor sekitaran dalam semua tindakan.

    (vi) Bekerjasama Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang sentiasa bekerjasa-

    ma dan bertanggungjawab dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan dengan alam sekitar

    (UNESCO, 1976)

    5.1.3 Impak Perlaksanaan Aktiviti Pendidikan

    Kita terpaksa menerima hakikat keseimbangan ekosistem dewasa ini telah terganggu akibat degradasi alam. Menyedari hakikat ini pelbagai isu alam sekitar seperti pemusnahan hutan, pencemaran kesan rumah kaca, hakisan kepupusan spesies dan lain telah dibahaskan secara hangat di mana-mana saja tidak kira sama ada di warung kopi, media mahupun di parlimen. Keadaan ini telah mendorong pihak yang bertanggungjawab untuk bertindak bersungguh bagi memperbaiki kualiti alam sekitar.

    Namun perbahasan dan penguatkuasaan tanpa menekankan kepada pendidikan kesedaran dalam masyarakat hanya tindakan yang takkan meninggalkan kesan sementara sahaja atau dalam jangka pendek. Perancangan dan pelaksanaan yang akan meninggalkan kesan jangka panjang dan kekal ialah mendidik masyarakat terutama pelajar supaya peka dan bertanggungjawab terhadap isu-isu alam sekitar. Melalui program ini, pelajar dapat mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta tanggungjawab terhadap alam semula jadi secara pro-aktif dan berperanan.

    Perancangan serta perlaksanaan satu program pendidikan yang teliti akan memberi kesan yang positif bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Dalam mereka bentuk pendidikan kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar perkara-perkara berikut perlu di pertimbangkan.

    (a) Mencederakan individu dan masyarakat tentang kaitan malapetaka yang berlaku dan mengancam kehidupan adalah hasil daripada proses pemusnahan alam sekitar yang berleluasa.

    (b) Menyedarkan manusia bahawa alam sekitar adalah harta yang perlu di warisi. Kehidupan manusia pada masa hadapan bergantung kepada keupayaan masyarakat di zaman ini mengekalkan alam sekitar.

    (c) Menyedarkan manusia bertapa pentingnya alam sekitar selain daripada usaha mengejar kemajuan dan perubahan. Kesedaran perlu di pertingkatkan supaya manusia mempunyai tanggungjawab dalam pemeliharaan alam sekitar.

  • 74 TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

    Di antara aktivitiaktiviti yang boleh kita lakukan untuk memberi kesedaran kepada pelajar untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar ialah:

    (a) Melaksanakan aktiviti pendidikan luar yang menyerap pendidikan alam sekitar dalam perancangan tahunan untuk unit berpakaian seragam/ kelab/persatuan.

    (b) Menganjurkan aktiviti pendidikan luar yang bertemakan alam sekitar seperti Larian Hijau, Enviro-Hunt, Enviro-Walk, Enviro-Bike dan lain-lain.

    (c) Menjadikan aktiviti mengutip sampah di kawasan perkhemahan atau trek laluan sebagai aktiviti wajib atau dendaan.

    (d) Program penanaman dan pemeliharaan pokok-pokok daripada spesies yang sesuai.

    Pendekatan serta matlamat penyebatian pendidikan konservasi dalam pendidikan luar adalah untuk membantu para pelajar supaya lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar. Secara tidak langsung dengan menyerapkan pendidikan konservasi dalam pendidikan luar, para pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan boleh memupuk nilai-nilai murni dan tanggungjawab untuk berusaha serta boleh bertindak secara individu atau berkumpulan bagi menyelesaikan isu-isu alam sekitar.

    Terdapat dua komponen penting tentang alam semula jadi yang dikaji dalam pendidikan luar iaitu hutan dan air.

    (a) Hutan Hutan ditakrifkan sebagai satu komuniti pokok-pokok besar serta haiwan

    dan serangga yang saling bersimbiosis dengan meliputi kawasan yang sangat luas. Hutan memerlukan cahaya matahari, udara, air dan tanah untuk membentuk pertumbuhan, kematangan dan seterusnya membiak dengan baik. Hutan amat penting dalam dunia, terutamanya untuk manusia dan haiwan. Hutan telah memberikan manusia banyak faedah.

  • TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR ! 75

    Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun di negara kita menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis tumbuhan hingga membentuk kawasan hutan yang luas. Malaysia amat beruntung kerana masih mempunyai kawasan hutan asli yang agak luas. Namun kita tidak seharusnya berpuas hati dan mengabaikan masalah-masalah yang sedang mengancam kawasan hutan kita. Tiada jaminan yang konkrit bahawa sumber alam semula jadi dan warisan ini akan terus kekal pada masa hadapan. Kita boleh lihat jelas kelihatan dewasa ini terdapat tanda-tanda bahawa kawasan hutan sudah mula berkurangan dengan cepat berdasarkan kadar penebusgunaan hutan masa kini. Sebenarnya, pemeliharaan dan pengurusan sumber-sumber alam semula jadi memerlukan tindakan wajar dan segera. Terutamanya sikap prihatin dan tanggungjawab masyarakat adalah amat diperlukan. Kita sebagai masyarakat perlu bertindak dengan segera sebelum terlambat, menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

    Kepentingan hutan

    Terdapat pelbagai kepentingan hutan antaranya ialah:

    (i) Sebagai habitat bagi haiwan, serangga dan tumbuhan

    (ii) Mengawal alir air dan kualiti air

    (iii) Mengawal hakisan tanah

    (iv) Kestabilan cuaca

    (v) Rekreasi

    Rajah 5.1: Hutan terdiri daripada fauna dan #ora

  • 76 TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

    (i) Habitat bagi haiwan, seranggan dan tumbuhan Hutan menyediakan habitat yang semula jadi bagi beribu-ribu haiwan,

    serangga dan tumbuhan kesemua ini mempunyai peranan tersendiri dan hidup salin bergantung dalam mengekalkan ekosistem. Mengikut kajian yang dijalankan, Hutan Hujan Tropika Malaysia mengandungi 1200 spesies burung, 1000 spesies rama-rama dan kupu-kupu, 147 spesies am!bia, 250 spesies ikan air tawar dan 675 spesies mamalia. Lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga di mana antaranya ada 2500 spesies adalah spesies pokok.

    Berdasarkan rantai makanan kesemua haiwan dan tumbuhan dalam hutan ini saling perlu memerlukan untuk hidup Begitu juga keadaan serangga dan tumbuhan, di mana tumbuhan menyediakan makanan untuk serangga sementara serangga pula memainkan peranan dalam proses pendebungaan. Hutan penting sebagai habitat haiwan, serangga dan tumbuhan tetapi dengan masalah pemusnahan yang semakin serius ini terdapat haiwan yang semakin pupus atau sudah pupus dari hutan Malaysia. Dekad ini sebilangan besar haiwan sedang mengalami masalah kepupusan sama ada di sebabkan oleh kemusnahan alam sekitar atau aktiviti memburu secara haram.

    (ii) Mengawal air dan kualiti air Apabila hujan turun, air hujan akan menitis ke bawah menuju ke

    lantai tanah hutan dengan pantas. Pergerakan titisan air hujan dapat diperlahankan dengan adanya kanopi hutan dan lapisan tumbuhan di bawahnya. Struktur Hutan Hujan Tropika yang berkanopi adalah penghalang hujan dari sampai ke tanah.

    Rajah 5.2: Tanpa hutan, banjir kilat boleh berlaku

  • TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR ! 77

    Dengan kata lain sebahagian saja hujan yang turun dapat sampai ke lantai tanah hutan sebahagiannya lagi di pintas oleh kanopi dan lapisan tumbuhan. Kuantiti hujan yang sampai ke lantai tanah hutan bergantung kepada bentuk, susunan daun dan ranting pokok dalam hutan. Selain daripada itu kuantiti air yang dapat sampai ke lantai tanah hutan juga bergantung kepada jenis hujan (Hutan hujan primer dilindungi oleh beberapa lapisan kanopi)dan tempoh hujan turun. Sebahagian besar air hujan yang di pintas tidak sampai ke tanah, air ini akan tersejat ke atmosfera.

    Dari keterangan di atas ini boleh kita lihat liputan hutan dapat mengurangkan kejadian banjir pada musim hujan lebat dengan memerangkap kebanyakan air hujan dan mengembalikan kepada atmosfera. Sistem saliran yang ada sekarang ini tidak dapat menampung kesemua air hujan yang turun pada musim hujan dan ini mengakibatkan berlakunya banjir. Banjir berlaku akibat daripada air yang berlebihan dalam sungai dan rangkaian sungai.

    Penebangan hutan bukan sahaja mempengaruhi aliran sungai tetapi juga boleh menimbulkan perubahan keadaan kimia air sungai. Apabila pokok-pokok ditebang, bekalan nutrien yang tersimpan dalam tumbuhan akan hilang. Sebahagian daripada nutrien digunakan oleh tumbuhan yang ditanam oleh petani pindah tetapi kebanyakannya akan terlarut resap dan mengalir ke sungai. Perubahan nutrien yang banyak menimbulkan kesan yang tidak diingini seperti pencemaran tasik dan kolam dengan ini, kemerosotan kualiti air berlaku.

    (iii) Mengawal hakisan tanah Apabila hujan turun, percikan titisan hujan akan mempercepatkan

    proses hakisan. Hujan yang sampai ke muka bumi akan membebaskan tenaga yang akan mengakibatkan serakan kumin tanih. Daun dan ranting melindungi permukaan tanah daripada hentaman titisan air hujan sementara akar tumbuhan akan mencengkam pada tanah, proses ini akan menghalang hentaman titisan air dan seterusnya menghalang hakisan. Pokok-pokok menjalar berfungsi sebagai pengikat tanah-tanih dengan akarnya mencengkam tanah dengan ini pokok ini dapat mengelakkan butir-butir tanah daripada dipecahkan dan dihakis oleh air. Dari fakta ini bolehlah kita katakan tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai agen penghalang hakisan secara semula jadi yang amat penting.

    Masalah hakisan tanah sering berlaku kebelakangan ini akibat daripada

    aktiviti manusia sendiri. Disebabkan jumlah penduduk meningkat, permintaan untuk tanah juga meningkat. Penebangan kawasan hutan untuk dijadikan penempatan, perindustrian dan lebuh raya berlaku

  • 78 TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

    bagi memenuhi keperluan pembangunan. Namun harus kita ingat penebangan hutan yang melampau akan menguntungkan manusia pada jangka masa yang pendek. Proses hakisan tanah yang berlaku boleh mengakibatkan kita kehilangan nyawa dan harta.

    (iv) Kestabilan cuaca Pengurangan kawasan hutan hujan tropika sejak kebelakangan ini telah

    memberi kesan terhadap cuaca di bumi. Semasa proses fotosintesis terjadi pada tumbuhan, tumbuh-tumbuhan akan menyerap karbon dioksida dengan mengeluarkan oksigen. Keadaan ini telah menjadikan suhu udara di sekitar kawasan hutan lebih rendah dan selesa daripada kawasan yang terbuka tanpa tumbuhan.

    Akibat penebangan hutan yang berluasa pemekatan karbon dioksida di udara telah bertambah. Keadaan Ini telah menjadi semakin serius sejak 10 tahun kebelakangan ini sehingga suhu dunia menjadi semakin panas. Kehadiran gas-gas seperti karbon dioksida, kloro#orokarbon (CFC), nitrik oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinaran daripada permukaan bumi. Situasi ini juga menggalakkan penembusan tenaga haba dari matahari ke atmosfera. Ini telah menyebabkan suhu meningkat fenomena ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.

    (v) Rekreasi Hutan merupakan sesuatu tempat yang cantik dan selesa untuk

    merehatkan minda dan jiwa kita dari kekalutan di bandar. Hutan telah digunakan untuk berehat dan bersukan, penggunaan hutan untuk rekreasi kian berkembang sejak kebelakangan ini. Hutan merupakan kawasan terbaik untuk mendapat udara yang segar dan bersih. Menyedari hakikat pentingnya hutan sebagai rekreasi bermula dari awal tahun 70 an Jabatan Hutan telah membina hutan lipur dan seterusnya dikenali sebagai hutan lipur dan kemudiannya dikenali sebagai hutan rekreasi dengan tujuan menyediakan kawasan-kawasan yang mempunyai ciri-ciri hutan alam semula jadi bagi aktiviti-aktiviti istirehat kepada masyarakat. Dengan ini, masyarakat berkesempatan menghayati suasana persekitaran hutan di samping mengenali pelbagai fungsi #ora dan fauna hutan.

  • TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR ! 79

    Rajah 5.2: Hutan menjadi tempat rekreasi terbaik untuk mencari ketenangan

    Aktiviti rekreasi yang baik membolehkan, masyarakat menjadi lebih prihatin dan peka terhadap kepentingan hutan dalam menyumbangkan peranannya untuk kesejahteraan kehidupan. Justeru, aktiviti ini diharap dapat merangsang masyarakat untuk lebih mencintai alam semula jadi sejajar dengan kehendak negara bagi memelihara dan mengekalkan kualiti dan keindahan alam sekitar. Kini, pengurusan dalam industri berorientasikan pelancongan alam semula jadi berpotensi meningkatkan hasil ekonomi negara. Hutan Hujan Tropika didapati menepati keperluan berekreasi, di samping menghirup udara segar di bawah teduhan tumbuhan dan aliran sungai, kita juga turut disediakan pelbagai kemudahan riadah seperti kawasan perkhemahan, persiaran denai alam, kolam mandi dan pelbagai kemudahan rekreasi lain.

    (b) Air Bila kita merujuk Kamus Dewan, air boleh dide!nisikan sebagai cecair yang

    terbentuk daripada dua unsur hidrogen dan satu unsur oksigen. Kawasan tadahan air di de!nisikan satu kawasan tanah tinggi yang merupakan punca aliran sungai kesemua kawasan lembah. Aliran air di bumi kita ini sebenarnya berasal daripada air hujan, ketika hujan turun air hujan akan bertakung dan memenuhi kawasan puncak tanah tinggi di mana tempat ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Daripada kawasan tadahan air, air mengalir memenuhi kawasan muka bumi sehingga wujudnya air terjun, sungai, tasik, laut dan sebagainya. Tiga perempat daripada muka bumi diliputi air.

  • 80 TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

    Rajah 5.3: Hutan merupakan sumber takungan air

    Air adalah anugerah Tuhan yang sangat bernilai kepada seluruh hidupan di muka bumi ini. Air merupakan satu sumber keperluan asas yang sangat penting kepada kita.

    Memang tidak dapat dina!kan bahawa tanpa air pincanglah kehidupan kita dan hidupan lain. Di dalam aktiviti seharian, air menjadi sumber minuman yang utama bagi membekalkan tenaga. Air yang bersih perlu bagi meningkatkan sistem pertahanan badan. Selain itu, air penting untuk kehidupan seharian seperti membasuh, mandi, menyiram tumbuhan dan lain-lain lagi. Oleh itu, kita perlu mendapat bekalan air yang bersih dan secukupnya. Namun demikian, di dalam usaha kita untuk mendapatkan bekalan air yang bersih, terdapat banyak faktor yang mengekangnya. Menurut kajian, hanya 25% sahaja daripada sungai-sungai di Malaysia yang boleh dikategorikan sebagai sungai yang benar-benar bersih. Ancaman utama bekalan air kita ialah bahan buangan dari kawasan perumahan dan perindustrian. Bahan buangan perumahan terdiri daripada sampah-sarap, kumbahan manusia dan bahan pencuci. Manakala dari kawasan perindustrian pula terdiri daripada bahan kimia berbahaya seperti fosfat, sianida dan asid sulfurik. Pengaliran air yang bercampur dengan tanah, baja, racun serangga serta minyak ini menyumbang kepada pencemaran air.

    Walau bagaimana pun kita harus sentiasa bersyukur kerana kita masih dapat minum air yang bersih, namun apa akan jadi pada anak-anak cucu kita? Justeru itu, kita sebagai penghuni bumi perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan masalah pencemaran air. Di antaranya ialah mewujudkan kesedaran terhadap masyarakat. Satu sikap yang perlu kita tanamkan di dalam jiwa kita dan pelajar-pelajar kita ialah dengan tidak membuang sampah di kawasan sungai, laut dan sebagainya. Sebaliknya tanamkan sikap memungut sampah agar pencemaran tidak menjadi serius. Melalui cara ini, air bukan sahaja tidak tercemar, malahan hidupan di dasar laut juga tidak terancam.

  • TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR ! 81

    LATIHAN 5.1

    Hutan berfungsi mengawal alir air dan kualiti air, nyatakan secara ringkas fungsi hutan dalam mengawal alir air dan kualiti air.

    5.2 PRINSIP KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

    Prinsip konservasi dalam pendidikan luar adalah untuk memberi kesedaran pen-didikan alam sekitar dalam semua aspek serta memupuk nilai berikut:

    1. Prinsip rendah dirir ,JUBQFSMVUBOBNLBOQFSBTBBOSFOEBIEJSJUFOUBOHLFCFTBSBOQFODJQUB

    di dalam jiwa.

    r 1FSBTBBO SFOEBI EJSJ BLBO NFXVKVELBO QFSBTBBO CFSTZVLVS BUBTkurnia Nya.

    r .FOZFEBSJ LFMFNBIBO EJSJ LJUB TFCBHBJ NBOVTJB LJUB UJEBL NBNQVmencipta alam semula jadi oleh itu sebagai khalifah kita perlu memelihara alam sekitar.

    2. Prinsip bekerjasamar 4FCBHBJ QFOEJEJL LJUB QFSMV NFNVQVL TFNBOHBU CFLFSKBTBNB EBMBN

    kumpulan dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah alam semula jadi dan alam sekitar dengan jayanya.

    r ,JUB KVHB QFSMV NFSBOHTBOH TJLBQ CFLFSKBTBNB EJ EBMBN EJSJpelajar agar mereka bersungguh sungguh melakukan sesuatu kerja memelihara dan memulihkan alam sekitar contohnya aktiviti gotong royong di kawasan perkhemahan di akhir program.

    3. Prinsip menghormati alam sekitarr .FOHIPSNBUJ BMBN TFNVMB KBEJ ZBOH UFSEBQBU EJ CVNJ LJUB TFCBHBJ

    benda hidup dengan memelihara alam sekitar.

    4. Prinsip kehidupan seimbangr 4FOUJBTBNFOHJNCBOHBOUBSBLFQFSMVBOFLPOPNJEFOHBOBMBNTFLJUBSr .FNCFOUVLLFIJEVQBOEBODBSBIJEVQZBOHTFJNCBOHUFSIBEBQBMBN

    sekitar

  • 82 TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

    5. Prinsip mementingkan kemapanan ekosistemr .FNFOUJOHLBO LFNBNQBUBO FLPTJTUFN EFOHBO UJEBL NFOHHBOHHV

    sistem ekosistem semula jadi

    r 4FOTJUJG UFSIBEBQ LFNVTOBIBO FLPTJTUFN TFSUB NFODFHBI HBOHHVBOekosistem daripada pelbagai pihak

    6. Prinsip mengekalkan kehidupan liar dan kepelbagaian hidupr ,JUBTFIBSVTOZBNFOHFLBMLBOLFIJEVQBOPSBEBOGBVOBEJIBCJUBUOZB

    tanpa mengalih ke tempat lain.

    r ,JUB NFTUJ NFNFHBOH UFHVI QSJOTJQ iNFMJIBU UBOQB NFOHHBOHHVudalam aktiviti yang dijalankan dan kehidupan seharian.

    7. Prinsip kerosakan minimar 4FOUJBTB DVCB NFOHVSBOHLBO LFSPTBLBO BMBN TFLJUBS EFOHBO

    menggunakan ketika perlu saja

    r 4FOUJBTB NFNJLJSLBO DBSB BUBV DPSBL IJEVQ BMUFSOBUJG MBJO TFCFMVNmenggunakan atau mengganggu alam sekitar

    8. Prinsip perubahan berterusanr ,JUBTFIBSVTOZBCFSTFEJBEBOTFOUJBTBNFNJLJSLBOQFSVCBIBOZBOHLF

    arah menjaga alam sekitar

    r ,JUBTFIBSVTOZBEBQBUNFNCFOUVLQFSVCBIBOZBOHCFSUFSVTBOLFBSBImemulihkan alam sekitar

    9. Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanyar .FOBOBNLBO LFTFEBSBO EBMBN EJSJ LJUB CBIBXB TFLJSBOZB LJUB

    memusnahkan alam sekitar, kita akan dapati keuntungan hari ini ialah kerugian besar pada esok hari

    r ,JUB TFIBSVTOZB CBIBXB BMBN TFNVMB KBEJ UJEBL CPMFI EJCJOB BUBV EJbeli dengan wang ringgit

    10. Prinsip mengikut hak mereka yang belum lahir atau hak generasi akan datangr ,JUB QBUVU NFOZFEBSJ BMBN TFNVMB KBEJ BEBMBI QVTBLB ZBOH BNBU

    berharga tinggalan nenek moyang kita.

    r ,JUBEJCFSJBNBOBIVOUVLNFNFMJIBSBBMBNTFLJUBSr 5BOBNLBO LFTFEBSBO QBEB EJSJ LJUB HFOFSBTJ BLBO EBUBOH CFSIBL

    merasakan nikmat alam semula jadi

  • TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR ! 83

    11. Prinsip tanggungjawab setiap individur ,JUBQFSMVCFSUBOHHVOHKBXBCVOUVLCFSTBNBTBNBEJEBMBNQFOKBHBBO

    alam semula jadi

    r ,JUB QFSMV NFNVQVL EJSJ LJUB BHBS TFOUJBTB QSJIBUJO EBObertanggungjawab di dalam pengurusan hutan dan menjaga alam sekitar dengan baik

    r +BOHBOTFLBMJLBMJLJUB NFSPTBLLBOQBQBOLFOZBUBBOEJEBMBNIVUBOtaman dan sebagainya

    12. Prinsip kesederhanaanr ,JUB QFSMV CFSTFEFSIBOB EBMBN NFOHHVOBLBO IBTJM BMBN TFNVMB KBEJ

    tanpa membazir

    r ,JUB QFSMV CFSTFEFSIBOB EBMBN NFOHFOEBMJLBO QFNCBOHVOBO ZBOHmembabitkan alam sekitar

    13. Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistemr ,JUB QFSMV TFOUJBTB CFSTFEJB VOUVL NFMJOEVOHJ FLPTJTUFN EBSJQBEB

    penjenayah alam sekitar

    r ,JUB QFSMV TFOUJBTB CFSVTBIB VOUVL NFNVMJILBO FLPTJTUFN EBSJQBEBkemusnahan alam sekitar

    14. Prinsip etika melebihi hukumr 4FCBHBJ QFOEJEJLBO LJUB QFSMV NFOZFMFTBJLBO NBTBMBI BMBN TFLJUBS

    secara etika dan berdisplin (etika dan disiplin adalah lebih bermakna berbanding dengan hukuman)

    r 1FOEJEJLBOLPOTFSWBTJQFSMVCFSUVKVBONFNCJOBCBOHTBZBOHCFSFUJLBdan berdisiplin

    15. Prinsip mengalami dan menghayati r ,JUB QFSMV NFOHIBZBUJ BMBN TFLJUBS EFOHBO DBSB NFOZFSUBJ BLUJWJUJ

    aktiviti berlandaskan alam sekitar

    r ,JUBQFSMVNFOZFSUBJEBONFOHBMBNJTFOEJSJVTBIBEBMBNNFNVMJILBOdan menjaga alam sekitar

    16. Prinsip mencintai persekitaranr ,JUB QFSMV NFODJOUBJ IVUBO EFOHBO UJEBL NFNVTOBILBOOZB EFOHBO

    sewenang-wenangnya

    r ,JUBBNBUQFSMVNFMJOEVOHJBMBNTFNVMBKBEJr .FOZBZBOHJCJOBUBOHEBOUVNCVIBOr .FNFMJIBSBIVUBOEBOQFSTFLJUBSBOVOUVLLFTFKBIUFSBBOIJEVQ

  • 84 TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

    17. Sikap menghargair .FNVQVLTJLBQNFOHIBSHBJIVUBOIBTJMEFOHBONFOHBOHHBQTFCBHBJ

    khazanah yang paling berharga

    r .FOJLNBUJ LFJOEBIBO BMBN TFLJUBS EBO TFUFSVTOZB NFOZFEBSJ BLBOkepentingan alam semula jadi.

    r .FOHIBSHBJ QFNCFSJBO 5VIBO ZBOH NFNCFSJLBO LJUB QFMVBOHmenikmati keindahan hutan yang hijau yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

    r .FOHIBSHBJIJEVQBOEJQFSTFLJUBSBOLJUB

    18. Beranir ,JUB QFSMV CFSTFEJB EBO TBOHHVQ EBO CFSTFEJB QBEB CJMBCJMB NBTB

    untuk melakukan sebarang aktiviti pencegahan

    r ,JUB QFSMV UBCBI NFOHIBEBQJ DBCBSBODBCBSBO ZBOH BLBO EBUBOHterhadap pemeliharaan alam sekitar

    LATIHAN 5.2

    Prinsip konservasi dalam pendidikan luar adalah untuk memberi kesedaran pendidikan alam sekitar dalam semua aspek serta memupuk nilai. Huraikan empat nilai yang terlibat.

    r 1FOEJEJLBO LPOTFSWBTJ NFNCFSJLBO LFTFEBSBO LFQBEB QFMBKBS VOUVLmenjaga dan memelihara hak daripada rosak atau dimusnahkan.

    r 1FOEJEJLBO LPOTFSWBTJ EBMBN QFOEJEJLBO MVBS CPMFI NFOZFNBJ LFTFEBSBOuntuk memelihara dan memulihkan alam sekitar

    r )VUBO EBO BJS BEBMBI EVB LPNQPOFO VUBNB BMBN TFNVMBKBEJ ZBOH EJLBKJdalam pendidikan luar.

    r 1FOEJEJLBOLPOTFSWBTJNFNVQVLQFMCBHBJOJMBJ

    RUMUSAN

  • TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR ! 85

    UJIAN 1

    UJIAN 2

    1. Objektif pendidikan konservasi dibahagikan kepada enam perkara, huraikan keenam-enam prinsip tersebut.

    2. Nyatakan empat aktiviti yang boleh kita lakukan untuk memberi kesedaran kepada pelajar untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar?

    1. Dalam merekabentuk pendidikan kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar. Nyatakan perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan.

    2. Terdapat pelbagai kepentingan hutan. Nyatakan empat kepentingan hutan.

    Abdul Alim Abdul Rahim dan Balkis Wan Daud, 1993. Panduan ekspedisi pengangkap Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Abdul Alim Abdul Rahim, (1992), Panduan perkhemahan, simpulan dan pioneering, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

    C. A. Lewis, (1975), The administration of outdoor education programs. Dubuque, IA: Kendall-Hunt.

    D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, 1985, Teaching in the outdoors, Danville, IL: Interstate.

    Kamus Dewan. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    RUJUKAN

    AirKawasan

    HutanKonservasi

  • 86 TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR

    Modul Bina Insan Guru, (2000), Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Modul Pendidikan Luar. (1993), Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Rimba Hijau. (2000). Jabatan Perhutanan Malaysia.

    Phyllis Ford, (1981), Principles and practices of outdoor / environmental education. New York: Wiley.

    Simon Priest, (1986), Rede!ning outdoor education, journal of environmental education, 17(3), 13).