tesis siap gabung.docx

135
BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Novel merupakan salah satu bahan bacaan yang banyak memberi pengaruh dalam kehidupan manusia. Novel yang sering menjadi pilihan ialah novel yang berunsurkan romantik dan cinta ( Uswatun, P. 2013). Mana Sikana (1985 : 9) menyatakan bahawa tujuan yang utama mengapa orang membaca karya sastera untuk mencari hiburan dan menambah pengetahuan. Isi karya harus menarik perhatian, merangsang jiwa dan menyeronokkan. Setiap novel yang dihasilkan oleh penulis harus berjaya memberi keseronokkan kepada pembaca untuk membaca di samping membuai perasaan ketika membaca tulisan mereka . Menurut pendapat Shanon Ahmad (1989:4) Novel benar-benar menjadi hidup, membantu kita membenih rasa cinta yang murni, rasa belas kasihan, rasa radang dan benci, rasa sabar dan suka melenting, menonjolkan sesuatu hasra; baik hasrat untuk menerima ataupun menolak sesuatu. Pelbagai jenis novel muncul dipasaran bagi memenuhi kehendak pembaca di samping itu, ramai penulis-penulis yang prolifik wujud dalam mengarang novel terutamanya novel-novel yang betemakan cinta kerana ia begitu dekat dengan jiwa pembaca. Pelbagai 1

Transcript of tesis siap gabung.docx

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Novel merupakan salah satu bahan bacaan yang banyak memberi pengaruh dalam

kehidupan manusia. Novel yang sering menjadi pilihan ialah novel yang berunsurkan

romantik dan cinta (Uswatun, P. 2013). Mana Sikana (1985 : 9) menyatakan bahawa

tujuan yang utama mengapa orang membaca karya sastera untuk mencari hiburan

dan menambah pengetahuan. Isi karya harus menarik perhatian, merangsang jiwa

dan menyeronokkan. Setiap novel yang dihasilkan oleh penulis harus berjaya

memberi keseronokkan kepada pembaca untuk membaca di samping membuai

perasaan ketika membaca tulisan mereka . Menurut pendapat Shanon Ahmad

(1989:4) Novel benar-benar menjadi hidup, membantu kita membenih rasa cinta

yang murni, rasa belas kasihan, rasa radang dan benci, rasa sabar dan suka

melenting, menonjolkan sesuatu hasra; baik hasrat untuk menerima ataupun menolak

sesuatu.

Pelbagai jenis novel muncul dipasaran bagi memenuhi kehendak pembaca di

samping itu, ramai penulis-penulis yang prolifik wujud dalam mengarang novel

terutamanya novel-novel yang betemakan cinta kerana ia begitu dekat dengan jiwa

pembaca. Pelbagai medium digunakan dalam menerbitkan karya para penulis sama

ada secara dibukukan dan diterbitkan secara atas talian.

1

Novel yang dipilih ialah novel secara talian melalui laman sesawang penulisan2u

iaitu Cinta Paling Agung karya penulis yang prolifik iaitu Umie Nadzimah. Dalam

novel ini dapat dilihat bagaimana gaya penulisan yang akan ditonjolkan oleh

penulis. Novel ini telah mendapat sambutan hangat apabila berjaya dijual lebih 8000

naskah dalam masa sebulan penerbitannya. Setiap penulisan dalam sastera

mempunyai gaya tersendiri, gaya memainkan peranan penting untuk menjadikan

sesuatu persembahan itu akan lebih bergaya dan melahirkan satu tenaga yang positif.

Mana Sikana (1985 :15) mengutarakan kesempurnaan bahasa dalam karya

bergantung kepada caranya penulis itu : pertama memilih perkataan, kedua membina

dan menyusun ayat, ketiga memberi makna yang tepat dan keempat unsur -unsur

bahasa yang boleh memperkuatkan dan memperindahkan lagi bahasanya seperti

unsur perbandingan, simile, metafora, pramasastera, kiasan, anforisme, strikometri

dan sebagai lagi. Keadaan ini jelas menunjukkan untuk menjadikan karya novel itu

lebih menarik setiap unsur gaya harus di masukkan dalam hasil tulisan supaya

menjadikan karya itu lebih mantap.

Gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam menentukan nilai estetika

dalam sesebuah novel menjadikan novel lebih menjadikan hasil tulisan penulis lebih

menarik. Kris Mas (1988:15) menyatakan bahawa kehadiran nilai estetika itu

menjadikan bahasa kesusasteraan mempunyai gaya tersendiri, ia dinamakan sebagai

gaya bahasa sastera. Jelaslah menunjukkan nilai estetika dalam gaya bahasa

merupakan aspek yang perlu di ambil perhatian dalam menggarapkan jalan cerita

dalam novel. Karya sastera memang mempunyai nilai estetika, sama ada tahap

tinggi atau bertaraf rendah. Nilai estetika ini seharusnya dapat dinikmati sebagai

nikmat ketika membaca, menghayati dan memahami setiap hasil karya. Begitulah,

2

bagi karya novel, cerpen, puisi, (pantun, syair, gurindam, seloka dan sajak), drama

dan sebagainya ada terselit nilai-nilai estetika dan keindahan.

Justeru, sentuhan rasa dan fikir dapat dirasakan oleh pembaca dengan melihat

kecerdasan dan jalinan keindahan bahasa seseorang pengarang. Luahan hati dan

getar jiwa seni pengarang melalui kata-kata dan bayangan alam budaya kehidupan

masyarakat. Ini telah diakui oleh banyak sarjana sastera. Nilai seni ini akan dapat

dirasakan oleh pembaca yang cekap menangkap dengan mata akal dan mata fikir

hasil seni sastera.

Istilah "keindahan" (indah) merupakan salah satu istilah pokok dalam sistem estetika

kesusasteraan Melayu. Konsep keindahan dalam tradisi dan budaya Melayu menurut

V.I. Braginsky (1994:16). Dia merumuskan terdapat tiga aspek yang dengan terang

dinyatakan dalam karya-karya sastera menerusi penggantian perkataan "indah"

dengan kata-kata yang seerti.

Menurutnya, keindahan sesuatu karya sastera dipercayai boleh mempengaruhi jiwa

seseorang, mempunyai kuasa penyembuh; tetapi kesan keindahan itu yang lebih

penting dan lebih utama ialah faedah (manfaat) yang terkandung di dalamnya.

Kajian ini akan melihat gaya bahasa metafora dalam novel. Metafora ialah

pengunaan gaya bahasa yang membawa maksud yang berlainan daripada perkataan

asalnya yang digunakan sebagai perbandingan atau kiasan.

Lakoff dan Johnson (1980:3) mengatakan bahawa:

“…metaphor is peruasive in everday life, not just in language but in thought and

action. Our ordinary conceptual system, in terms of which we both think and act, is

fundamentally methaporical in nature”.

3

Teori metafora ini lebih dikenal dengan teori metafora konseptual (Conceptual

Metaphor Theory), (CMT). Dalam CMT, terdapat dua ranah konseptual, iaitu ranah

sumber (source domain) dan ranah sasaran (target domain). Ranah sumber yang

lebih konkrit digunakan manusia untuk memahami konsep abstrak dalam ranah

sasaran.

Metafora mengorganisasi hubungan antara objek dan menciptakan pemahaman

mengenai objek tertentu melalui pemahaman mengenai objek lain. Menurut John

Lakoff dan Mark Johnson ( 1980 ), umumnya metafora dilihat sebagai satu alat yang

menggambarkan imaginasi puitis dan kaya dengan aspek retorikal dan biasanya juga

dianggap sebagai suatu bentuk bahasa yang luar biasa. 

Metafora biasanya dilihat sebagai karakteristik bahasa sahaja iaitu sebagai suatu

perkataan dan bukannya sebagai alat pemikiran atau perbuatan. Kajian Lakoff dan

Johnson (1980) memberikan impak yang besar terhadap kajian semantik kognitif

khususnya metafora.

Lakoff dan Johnson (1980) menegaskan bahawa metafora wujud dalam kehidupan

seharian manusia melalui bahasa, pemikiran dan tindakan manusia. Jelas mereka,

penggunaan metafora didasari oleh skema imej.

Setiap penulis harus mengetahui bagaimana untuk mengaplikasikan gaya bahasa

yang kreatif dalam tulisan supaya mampu memberi impak yang baik dan mampu

menarik khalayak untuk membaca hasil karya mereka dan menghayati karya mereka.

Shanon Ahmad (1989 : 3) memerikan bahawa dari seorang pengarang yang baik

kepada seorang pembaca - juga pembaca yang baik - sebuah novel memaparkan

kesatuan pengalaman manusia. Berdasarkan pengalaman penulisan novel berjaya

mempengaruhi pembaca dan penulis untuk menghayati suatu peristiwa berdasarkan 4

peredaran zaman di samping menggunakan gaya bahasa tertentu seperti metafora

dalam menjadikan karya menarik untuk ditelaah.

Hasil kajian Lakoff dan Johnson (1980) memberikan impak yang besar terhadap

kajian semantik kognitif khususnya metafora. Lakoff dan Johnson (1980)

menegaskan bahawa metafora wujud dalam kehidupan seharian manusia melalui

bahasa, pemikiran dan tindakan manusia. Jelas mereka, penggunaan metafora

didasari oleh skema imej. Namun, kajian Lakoff dan Johnson (1980) terhenti setakat

itu dan ruang lingkup semantik kognitif yang digagaskan oleh Lakoff dan Johnson

(1980) tidak mampu menjelaskan alasan ataupun sebab metafora digunakan oleh

pengguna bahasa Melayu.  Menurut Lakoff & Johnson, metafora melambangkan

maksud yang berlainan daripada ekspresi yang diujarkan.  

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian ini dilakukan untuk meneliti aspek gaya bahasa perbandingan yang

ditonjolkan oleh penulis novel Cinta Paling Agung. Persoalan mengenai gaya

bahasa perbandingan seperti metafora yang diungkapkan dalam novel adalah

menarik untuk dikaji. Hal ini kerana gaya bahasa dalam penulisan merupakan pusat

utama dapat dilihat gagasan seseorang penulis memperlihatkan perjuangan mereka

menerusi hasil-hasil seninya (Baha Zain,1991).

Gaya bahasa dalam penulisan merupakan salah satu aspek penting dalam

menghasilkan sesebuah karya. Gaya penulisan adalah berbeza antara penulis dengan

penulis yang lain. Hal ini dapat dilihat melalui definisi gaya oleh Keris Mas (1988:

14) yang menyatakan “gaya bahasa juga dimaksudkan dan dirujukkan kepada gaya

5

seoarang penulis menggunakan bahasa.” Gaya bahasa penulis A tidak sama dengan

gaya penulis B dan seterusnya.

Gaya penulisan adalah bertujuan untuk menghasilkan satu gagasan pemikiran

pengarang terhadap khalayak pembaca supaya setiap mesej yang ingin disampaikan

boleh sampai dan memenuhi kehendak khalayak pembaca untuk menikmati karya

yang dihasilkan. Stilistik ini juga merupakan salah satu kajian dari sudut gaya atau

stail penulisan setiap pengarang. Namun begitu kajian bekaitan dengan analisis

stilistik ini masih lagi kurang dilakukan terutamanya dalam novel-novel berunsur

cinta dan keluarga seperti yang terdapat dalam novel Cinta Paling Agung karya

Umie Nadzimah yang popular sehingga telahpun ditayangkan di televisyen dan

diminati oleh semua lapisan masayarakat.

Buat pertama kalinya sebuah filem televisyen keluaran Astro First Eksklusif

berjudul Cinta Paling Agung telah diadaptasi di dalam bentuk novel. Karya naskah

yang diterbitkan oleh Penerbitan Karya Seni Sdn. Bhd  sudah menemui peminat

novel tempatan pada 17 Julai 2015 bersamaan dengan tarikh tayangan filemnya di

Astro First.

Walaupun penulis mempunyai kebebasan dalam menyatakan gaya bahasa

perbandingan namun timbul persoalan samada gaya bahasa perbandingan (metafora)

yang diungkapkan itu dapat mempengaruhi jalan cerita yang menarik dan selari

dengan teori atau konsep metafora. Justeru dalam hal ini penelitian perlu dilakukan

bagi mengenal pasti konsep metafora yang lebih dominan dalam novel yang

dihasilkan oleh Umie Nadzimah berdasarkan Teori Metafoea yang dikemukakan

oleh Lakoff (1980).

6

Pada ilmu bahasa, konsep perbandingan antara benda satu dengan benda lainnya

termasuk dalam kajian metafora. Metafora merupakan salah satu jenis gaya bahasa

semacam analogi yang membandingkan dua hal secara langsung, namun dalam

bentuk yang singkat tanpa menggunakan kata-kata yang menunjukkan perbandingan,

contohnya penggunaan kata seperti, sebagai, bagai, layaknya, dan lain-lain.

(Keraf, 2010:139) . Contoh yang telah dijelaskan di atas dapat membuktikan bahawa

bahasa itu sendiri hakikatnya bersifat metaforis. Dalam tempoh hampir  sebulan

karya tersebut berada di pasaran, sambutannya agak memberangsangkan dan dijual

lebih daripada 8,000 ribu naskhah (http://www.astroawani.com/berita-hiburan/novel-

cinta-paling-agung-laris-terjual-8-000-naskah-dalam-sebulan dimuat turun pada 21

November 2015).

Novel ini telah diterbitkan secara talian melalui laman sesawang penulisan2u dan

kemudiannya dibukukan oleh Karyaseni dan mendapat sambutan yang hangat di

pasaran. Pernyataan masalah yang ingin dipaparkan ialah ingin melihat bagaimana

penulis novel Cinta Paling Agung ini, iaitu Umie Nadzimah menggarap jalan cerita

dalam novel in melalui gaya atau stail penulisannya.

Kajian ini adalah tertumpu kepada aspek gaya bahasa. Gaya bahasa novel yang

menarik dengan tajuk baharu akan dapat memikat para pembaca membaca sesebuah

novel. Gaya bahasa juga berkait rapat dengan teknik penceritaan sesebuah novel.

Tema dan perwatakan juga memainkan peranan penting dengan penerapan gaya

bahasa yang sesuai.

Terdapat pelbagai gaya bahasa dalam novel antaranya gaya bahasa dialog, gaya

bahasa monolog, gaya bahasa bercerita dengan pelbagai keragaman bahasa dan

langgam penceritaan iaitu pemilihan kata (diksi), penggunaan ayat pendek dan

7

ringkas tetapi bermakna dengan unsur metafora, personifikasi, hiperbola, imejan dan

peribahasa.

Metafora adalah unsur yang selalu dimasukkan dalam Penulisan Novel. “ Novel

menjadi salah satu bahagian dari bahasa tulis yang perkembangannya tidak luput dari

bahasa kreatifitas pengarangnya, Wujud dari kreativitas pengarang tersebut salah

satunya melalui penulisan gaya bahasa, antaranya metafora,” ( Puji Mawarti, 2009

dalam Kajian Gaya Bahasa Metafora dalam Novel Laskar Pelangi). Berdasarkan

kepada kenyataan ini jelaslah bahawa gaya bahasa metafora digunakan juga dalam

penulisan novel bagi mengindah dan mempelbagaikan penyampaian bahasa untuk

mengamit pembacaan penggemar novel. Bukan itu sahaja penggunaan metafora di

dalam novel juga memberi impak makna yang tersirat dalam kata-kata yang

diungkapkan . Selain itu memberikan tajuk menggunakan bahasa metafora juga

melambangkan isi kandungan flot penceritaan sesuatu novel.

Novel Melayu Malaysia terus berkembang seiring dengan perkembangan yang

berlaku dalam kesusasteraan Nusantara. Temanya masih lagi berjejak kepada

permasalahan hidup masyarakat di negara ini. Walaupun terdapat perkembangan

baharu iaitu novel popular dan novel cinta yang kini gaya bahasa baharu lebih segar

mudah difahami, indah dan cantik dan menyelitkan unsur humor dan jenaka dalam

ayat, terus mendapat tempat di hati pembaca terutamanya golongan remaja. Tajuk

novel terbaharu juga memaparkan gaya baharu bagi menarik perhatian pembaca.

Oleh itu bertepatan dengan keadaan semasa novel yang masih lagi berjejak kepada

permasalahan hidup masyarakat kajian ini akan meneliti aspek gaya bahasa metafora

dalam Novel Cinta Paling Agung berdasarkan Teori Lakoff (1980).

8

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif berikut :

i. Mengenal pasti unsur-unsur metafora yang digunakan oleh penulis dalam

novel Cinta Paling Agung.

ii. Menganalisis unsur-unsur metafora yang digunakan oleh penulis dalam

novel Cinta Paling Agung menggunakan teori Lakoff.

1.4 Persoalan kajian

Persoalan kajian ini adalah seperti:

i. Apakah unsur-unsur metafora yang terdapat dalam novel Cinta Paling

Agung?

ii. Bagaimanakah unsur-unsur metafora ini mewujudkan unsur keindahan

Bahasa dalam novel Cinta Paling Agung ini?

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini hanya mengkaji unsur metafora yang merupakan salah satu daripada gaya

Bahasa perbandingan. Kajian ini hanya berkisarkan hanya dalam novel Cinta Paling

Agung karya Umie Nadzimah yang pada asalnya di terbitkan secara talian di laman

sesawang Penulisan2u dan kemudiannya dijadikan drama dan ditayangkan di kaca

televisyen. Kajian hanya dilakukan dalam setiap kandungan yang terdapat dalam

novel ini. Kajian juga hanya menumpukan kepada metafora ontologikal.

9

Dalam novel ini dapat dilihat bagaimana gaya penulisan yang akan ditonjolkan oleh

penulis. Novel ini telah mendapat sambutan hangat apabila berjaya dijual lebih 8000

naskah dalam masa sebulan penerbitannya.

Menurut Lakoff & Johnson (1980:25) metafora ontologi ialah pengkonseptualisasian

benda yang abstrak sebagai contoh emosi atau idea atau fenomena persekitaran dan

menjadikannya seperti benda yang biasanya entiti atau benda konkrit atau

tempat. Pemetaan entiti abstrak kepada entiti konkrit ini menyebabkan satu

pihak dikala oleh satu pihak yang lain.

Pengalaman kita dengan entiti konkrit, memberikan suatu input bagi metafora ini. Ia

meliputi cara-cara untuk memerhatikan sesuatu aspek atau perkara, aktiviti, emosi dan idea

yang berkaitan dengan entiti dan bahan-bahan (Asas Linguistik, 2014).

Kajian hanya berkisarkan gaya penulisan. Segala proses penganalisisan hanya

berdasarkan data yang dikumpul melalui novel. Novel ini dipilih kerana merupakan

novel popular yang diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Ini dapt dibuktikan

apabila novel ini laris dijual lebih 8000 naskah dalam masa sebulan ia merupakan

satu jualan yang amat memberangsangkan dan memberi tarikan yang kuat untuk di

ketengahkan sebagai bahan kajian.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian terhadap gaya bahasa metafora ini akan memberi manfaat kepada orang

ramai, khususnya para pelajar dan peminat sastera. Dengan kajian ini juga

diharapkan ia akan dapat memupuk semangat kecintaan terhadap kesussasteraan

10

khususnya novel. Selain itu, dengan adanya kajian ini juga, pembaca akan lebih

memahami bentuk-bentuk bahasa yang digunakan di dalam penulisan novel.

Dalam pada itu, pembaca secara tidak langsung akan mengenali teknik-teknik

penulisan novel serta keragaman bahasa yang diperlukan untuk menghasilkan novel-

novel yang bermutu. Penggemar-pengemar sastera akan menyedari betapa kekangan

bahasa itu tidak menjadi penghalang kepada penulis untuk mencipta sesuatu yang

baru, contohnya mempelbagaikan gaya bahasa di dalam penulisan novel. Kajian ini

juga akan memberi pengajaran berguna kepada generasi muda yang ingin berkarya.

Secara tidak langsung, mereka akan mengetahui serba sedikit unsur-unsur penting

yang membina sesebuah novel. Dengan itu, mereka akan dapat mengaplikasikan

segala bentuk deviasi dan variasi teknik di dalam menghasilkan novel yang

berkualiti.

1.7 Definisi Istilah

a. Gaya bahasa

Gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai khususnya dalam tulisan

atau karangan (Keris Mas, 1990:13). Penggunaan atau pemakaian bahasa pula

mempunyai pelbagai jenis yang khusus. Gaya bahasa juga bermaksud gaya

seseorang penulis menggunakan bahasa dan ia adalah wahana yang paling sempurna

untuk manusia menyampaikan amanatnya. Jesteru, penguasaan bahasa sangat

penting bagi manusia (Abdul Razak Mohd Kasim, 1998 : 556).

Gaya bahasa juga adalah bahasa indah yang digunakan untuk meningkatkan kesan

mendalam di hati pembaca dengan jalan memperkenalkan serta membandingkan

11

sesuatu benda atau hal tertentu dengan benda lain yang  lebih umum. Pendek kata,

penggunaan gaya bahasa tertentu dapat mengubah serta menimbulkan konotasi

tertentu (Dale, 1971 dalam Henry gunter Tarigan, 1985 : 5). Awang Sariyan (2007)

pernah menyatakan bahawa “kebanyakan orang lebih senang berbicara tentang gaya

bahasa kerana aspek inilah yang menonjolkan identiti seseorang penulis”.

b. Novel

Menurut Kamus Dewan definisi istilah novel ialah cerita dalam bentuk prosa,

biasanya panjang dan kompleks, yang berkaitan dengan pengalaman manusia dan

kelakuan sosial. (Kamus Dewan, 2007: 1086). Menurut Kamus ZA’BA definisi

istilah novel ialah cerita berbentuk prosa yang mempunyai tahap kepanjangan yang

tertentu. (Kamus ZA’BA, 2008: 806)

Novel adalah karangan prosa yang lebih panjang dari cerita pendek dan 

menceritakan kehidupan seseorang dengan lebih mendalam dengan menggunakan

bahasa sehari-hari serta banyak membahas aspek kehidupan manusia. Hal ini

mengacu pada pendapat Santoso dan Wahyuningtyas (2010: 46), yang menjelaskan,

"Kata novel berasal dari bahasa latin novellas, yang terbentuk dari kata novus yang

bermaksud baru atau new dalam Bahasa Inggeris. Kerana novel adalah bentuk karya

sastera yang datang dari karya sastera lainnya seperti puisi dan drama. Ada juga yang

mengatakan bahawa novel berasal dari bahasa Italia novella yang maksudnya sama

dengan bahasa latin. Novel juga dimaksudkan sebagai suatu karangan atau karya

sastera yang lebih pendek daripada roman, tetapi jauh lebih panjang daripada cerita

pendek, yang isinya hanya mengungkapkan suatu kejadian yang penting, menarik

dari kehidupan seseorang (dari suatu episod kehidupan seseorang) secara singkat dan

yang utama saja. Juga perwatakan pelaku-pelakunya digambarkan secara garis besar

saja, tidak sampai pada masalah yang sekecil-kecilnya dan kejadian yang 12

digambarkan itu mengandungi suatu konflik jiwa yang mengakibatkan adanya

perubahan nasib".

c. Metafora

Metafora adalah bahasa figuratif yang menyatakan sesuatu dengan menyebut sesuatu

yang lain. Sesuatu objek atau abstraks diberi sifat objek lain dengan menanggap

objek yang kedua itu mempunyai  aspek-aspek persamaan dengan objek yang

pertama (Rahman Shaari, 1993 :

T. Howkes (1972 : 1) pula mengatakan metafora berasal daripada kata Greek iaitu

“methaphore” yang bermaksud memindahkan. ‘Meta’ (di atas) dan “pheirien”

(membawa). Metafora merujuk kepada proses linguistik yang melibatkan aspek

tertentu sesuatu objek yang dibawa atau dipindahkan kepada objek lain dan

demikian,  objek kedua diujarkan seolah-olah seperti objek yang pertama (Maslida

Yusof, 1999 : 4-5).  Menurut Glosari Istilah Kesusasteraan (1988 : 188), metafora

merupakan bentuk analogi atau kiasan yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu

yang lain, bagi menyarankan bahawa kedua-duanya terdapat persamaan. Dengan

kata lain, metafora terbentuk daripada dua perkara iaitu idea dan imej. Kedua-duanya

melahirkan satu bentuk kiasan dan perbandingan, sementara maknanya pula

diperolehi daripada hasil interaksi antara idea dengan imej.

13

1.8 Kesimpulan

Dalam bab satu ini, pengkaji telah membicarakan mengenai tajuk yang berkaitan

dengan pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian,

kepentingan kajian, persoalan kajian, skop kajian, definisi istilah serta kesimpulan.

Seterusnya bab ini akan menjadi panduan kepada pengkaji bagi menjalankan

penyelidikan.

14

BAB II

ULASAN KARYA

2.1 Pendahuluan

Perbincangan dalam bab ini akan dibahagikan kepada dua aspek. Pertama,

perbincangan tentang metafora merangkumi kewujudan metafora, sifat-sifat umum

metafora, penggolongan metafora dan juga kajian-kajian lepas yang berkaitan

dengan metafora dalam novel.

2.2 Kajian Lepas

Hendrikus Lawe Kerans ( 2005 ) dalam tesisnya yang bertajuk 'Metafora Dalam

Tradisi Tutu' ukut raran Bahasa Lamahalot ' di Fakulti Universiti Gadjah Mada

mengkaji metafora dalam bahasa Lamaholot dengan fokus pada tradisi penceritaan

sejarah atau dikenali juga dengan Tutu ' ukut Aran. Ia menganalisis kalimah -

kalimah yang mengandungi metafora dalam teks lisan ukut Aran, jenis-jenis

metafora dan ciri khas metafora bahasa Lamaholot. Kajian ini juga menggunakan

teori metafora universal berdasarkan medan semantik makna oleh Michael C. Halley.

Yulia Indarti ( 2008 ) juga membincangkan metafora dalam tesisnya yang berjudul '

Metafora Kidung Ludruk ' pada tahun 2008 di Fakulti Sains Budaya Universiti

Gadjah Mada. Kajian ini menganalisis bentuk kebahasaan, penggunaan metafora,

makna yang terkandung, analisis metafora berdasarkan elemen-elemennya dan

hubungan antara metafora kidung ludruk dengan budaya Jawa. Indarti menggunakan

15

teori metafora universal berdasarkan medan semantik makna yang dikemukakan oleh

Michael C. Halley.

Seterusnya, Rachmat Effendi ( 2012 ) meneliti metafora dalam tesisnya ' Metafora

dalam Perbualan antar Tokoh dalam Filem The King Speech ' di Fakulti Ilmu

Budaya Universitas Gadjah Mada. Effendi menggunakan Teori Konsep metafora

oleh Lakoff dan Johnson untuk menganalisis jenis metafora, fungsi dan peranan

elemen yang menyusun metafora serta konteks penggunaan metafora dalam

perbualan antartokoh pada filem The King Speech .

Zbikowski (2002) menjelaskan bagaimana metafora dalam muzik membantu

pendengar memahami muzik tersebut. Zbokowski (2002) mencontohkan, ketika

sebuah teks lagu menuturkan tentang roda yang berputar dan air yang mengalir

maka digambarkan dengan tanda berupa nada atau melodi suara gerakan roda yang

berputar dan suara air yang mengalir. Bunyi-bunyi tersebut disebut sebagai text

painting atau penggambaran teks, yang oleh Mark Turner (1998) disebut ikonisiti

dalam rhetorical figure. Penelitian tersebut merupakan penelitian metafora dari

aspek non verbal, seperti bunyi nada yang menyerupai atau menggambarkan

peristiwa atau tindakan tertentu.

Seorang penyelidik yang bernama Lwi (2004) telah melakukan kajian terhadap

media cetak dan fokus kepada personifikasi. Personifikasi merupakan salah satu sub-

tajuk dalam metafora. Lwi menyimpulkan bahawa unsur personifikasi yang

terkandung dalam iklan cetak boleh dikategorikan kepada 3 iaitu:

i. Penggunaan personifikasi pada jenama produk.

ii. Penggunaan personifikasi pada produk atau nama produk.

iii. Penggunaan personifikasi pada aspek-aspek lain produk.

16

Johari (2005) menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk menjalankan

kajian beliau. Kajian ini merupakan kajian jenis deskriptif. Sampel kajian beliau

adalah 15 buah lagu Siti Norhaliza. Beliau telah menganalisis datanya dengan

membahagikan makna lirik lagu kepada makna denotasi, makna metafora dan makna

kiasan. Penyelidik pula hanya membahagikan makna sesuatu perkataan kepada

makna metafora dan makna denotasi sahaja. Beliau menyimpulkan bahawa

penggunaan metafora dan pengumpamaan memudahkan seseorang lebih memahami

mesej yang hendak disampaikan melalui lirik lagu.

Larson (1984) berpendapat pemahaman yang betul tentang sesuatu metafora

bergantung pada sama ada topik, imej dan titik persamaan dalam sesuatu metafora

dapat dikenal pasti dengan betul. Secara ringkas, topik merupakan perkara yang

diperkatakan dalam sesuatu metafora. Imej pula merupakan perkara bersifat figuratif

yang dibandingkan dengan topik. Titik persamaan pula merupakan persamaan antara

kedua-dua perkara yang dibandingkan itu. Ayat John is a tiger merupakan suatu

metafora. John disamakan dengan tiger disebabkan oleh sesuatu titik persamaan

antara kedua-duanya. Topiknya, iaitu John dan imejnya, iaitu tiger boleh didapati.

Dalam aspek apakah kedua-duanya mempunyai titik persamaan? Soalan ini perlu

dijawab untuk menghasilkan suatu interpretasi yang betul bagi metafora tersebut.

Selalunya konteks penggunaan metafora tersebut akan memberikan petunjuk yang

akan membantu dalam proses membuat interpretasi tersebut. Pendekatan Larson

dijadikan asas dalam kajian ini dengan alasan penumpuan terhadap aspek makna

amat utama dalam penterjemahan, selaras dengan pandangan Nida (1969:12) yang

menyatakan bahawa penterjemahan menghasilkan semula dalam bahasa sasaran

padanan yang paling hampir dengan bahasa sumber, pertama dari segi makna dan

kedua dari segi gaya.

17

Kaedah yang dirumus oleh Cameron (dalam Cameron & Low, 1999:119)

menggariskan bahawa sesuatu data dikategorikan sebagai metafora jika wujud

ketakkongruenan antara dua domain yang dibandingkan dan terdapat potensi

pemindahan makna antara dua domain tersebut. Topik metafora yang tidak

dinyatakan secara eksplisit mestilah dapat dikesan daripada konteks penggunaan

metafora tersebut. Imej yang digunakan dapat dianggap sesuatu yang tidak asing

bagi persekitaran penulis dan pembaca. Selain itu, orang yang menghasilkan sesuatu

metafora, dalam konteks ini penulis novel, mempunyai maksud supaya sesuatu

korpus itu diinterpretasi secara metaforik. Maksud tersebut dapat ditentukan kerana

wujudnya tahap ketakkongruenan yang tinggi antara topik dan imej dalam korpus

tersebut.

Ang (2006) telah melakukan kajian terhadap metafora yang wujud dalam lima

kumpulan tatabahasa kata nama, kata kerja, kata sifat, kata depan dan juga kata

keterangan, manakala penyelidik hanya fokus kepada metafora kata nama dan

metafora kata sifat sahaja. Pengumpulan mesej SMS yang dilakukan oleh Ang

(2006) boleh dibahagi kepada 5 kumpulan juga iaitu:

i. Cinta

ii. Persahabatan

iii. Tanya khabar

iv. Ucap selamat tinggal

v. Motivasi

18

Penggunaan metafora semakin meluas dalam kehidupan sehingga penggunaan SMS

juga dipengaruhi oleh metafora. Ang (2006) telah mengkaji metafora secara

keseluruhannya. Ang telah membincangkan pembahagian metafora yang dilakukan

oleh beberapa linguis. Ang mengenalpasti penggunaan metafora, angka-angka dan

emotikon dalam mesej SMS yang dihantar dalam bahasa Cina. Beliau melakukan

kajian ini dengan mewujudkan soal kaji selidik.

2.3 Gaya Bahasa dalam Penulisan

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005b: 9), secara umumnya gaya bahasa

yang bermacam-macam yang terdapat dalam karya penulisan kreatif dan bukan

kreatif itu dapat dikelompokkan kepada lima jenis, iaitu gaya bahasa perbandingan,

pertentangan, pengulangan, pertautan, dan penyirnaan (lihat Rajah 1).

Tidak dapat dinafikan bahawa gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam

sesebuah karya. Gaya bahasa yang menjadikan sesebuah karya itu hidup atau kaku.

Rajah 1: Jenis-jenis Gaya Bahasa

19

Gaya Bahasa Pernyirnaan

Gaya Bahasa Pertautan

Jenis Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Pengulangan

Gaya Bahasa Pertentangan

Gaya Bahasa Perbandingan

Dalam kajian ini gaya bahasa yang ingin dikaji adalah gaya bahasa perbandingan.

Gaya bahasa perbandingan terdiri daripada imejan, metafora, personasifikasi,

pleonasme dan simile. Bagaimanapun kajian hanya memfokus kepada metafora

sahaja.

Gaya bahasa perbandingan ialah bentuk bahasa perbandingan yang indah yang

digunakan untuk menambahkan kesan dan makna tertentu dengan cara perbandingan

sesuatu perkara dengan perkara lain. Sebagai contoh metafora, iaitu pemakaian kata

atau ungkapan yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau

penggunaan kata-kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnya

(sebagai kiasan) (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005)

Gaya merupakan cara yang digunakan pengarang dalam memaparkan gagasan sesuai

dengan tujuan dan kesan yang ingin dicapainya. Pada kreatif penulisan sastera, kesan

tersebut terkait dengan upaya memperkaya makna, penggambaran objek dan

peristiwa secara imaginatif, mahupun pemberian kesan emotif tertentu bagi

pembacanya (Aminuddin, 1995 : v).

Gaya bahasa sendiri adalah bahasa indah yang digunakan untuk meningkatkan kesan

dengan cara memperkenalkan serta memperbandingkan suatu benda tertentu dengan

benda lain yang lebih umum sehingga dapat mengubah serta menimbulkan konotasi

tertentu (Dale [et al], 1971 :220 dalam Tarigan, 1985 : 5). Gaya bahasa mengandung

unsur retorika, iaitu penggunaan kata dalam berbicara atau menulis dengan tujuan

meyakinkan dan mempengaruhi lawan bicara ataupun pembaca (Tarigan, 1994 : 5).

Istilah retorika lazim diertikan sebagai seni dalam menekankan gagasan dan

memberikan kesan tertentu bagi penanggapnya (Aminuddin, 1995 : 4).

20

2.4 Sejarah Perkembangan Metafora

 Dalam kehidupan seharian metafora  dikaitkan dengan metodologi dan juga bahasa

seharian.  Mühlhäusler (1995) memberi contoh dengan adanya mitos bahawa  langit

dimaknai dengan Tuhan.  Demeter  sebagai dewi kesuburan, pertanian, perkebunan,

dan panen digambarkan sebagai wanita dewasa bermahkota yang membawa seikat

gandum dan obor. Dalam kehidupan nyata manusia memerlukan gandum/padi untuk

meneruskan hidupnya dan obor sendiri merupakan alat yang dapat menerangi dalam

kegelapan. Dari susuk tubuh  dewi tersebut dapat difahami bahawa manusia yang

hidup cukup bahagia hidupnya tidak akan sengasara. Demikian pula halnya dengan

turunnya hujan merupakan gambaran  terjadinya proses pembuahan.   Dari zaman

dahulu hingga sekarang situasi nyata dalam kehidupan seharian yang diambil  untuk

mengungkapkan pendapat dalam bentuk metafora. Perhatikan beberapa contoh

berikut dari Sweetser (1995)  : “She is a busy bee.” Yang menggambarkan tugas

perempuan yang tidak henti-hentinya bekerja seperti lebah pekerja, atau  “Einstein is

as    a father of  modern physics.”

Sesungguhnya  metafora sudah dikenali kurang lebih 2300 tahun yang lalu oleh

Aristotel dari karyanya yang bertajuk “Poetika”. Menurut Aristotle metafora

terbentuk apabila sesuatu benda diberi nama atau makna yang dimiliki oleh benda

lain, atau terjadinya pemindahan makna.  Menurut Aristotele terdapat tiga ciri

metafora: metafora berada dalam tataran  kata, metafora merupakan   bentuk ekspresi

lain dari bahasa harfiah, dan persamaan dilihat dari sesuatu yang lain.

Teori Interaksi Pemunculan konsep metafora yang berbeza dengan konsep Aristotele diawali

oleh Richards. Perbezaan itu terlihat paling tidak dalam dua perkara. Pertama, Richards

(1936: 90) menyatakan bahawa metaforas esuatu yang istimewa dan hanya digunakan oleh orang-21

orang berbakat sebagai hiasan retorik. Dengan kata lain, dia menolak pandangan bahwa metafora

digunakan secara khusus hanya dalam karya sastra. Kedua, Richards (1936: 93-96) menekankan

bahawa metafora merupakan proses kognitif yang dilakukan untuk memahami suatu gagasan

yang asing  (vehicle) melalui interaksi gagasan tersebut dengan gagasan lain yang maknanya

secara harfiah sudah lebih dikenali, bukan melalui pemindahan makna. Gagasan baru yang

dihasilkan melalui interaksi vehicle  dan tenor disebut ground. Dengan demikian, secara

sederhana metafora difahami mempunyai  makna yang sama untuk mengungkapkan

unsur-unsur yang tidak disebutkan secara eksplisit.

2.5 Konsep Metafora

Penyelidikan ini berfokus kepada penggunaan metafora dalam buku cerpen yang

dikaji. Bukan sahaja penakrifan linguis terhadap metafora adalah berbeza,

pengelasan metafora bagi setiap linguis juga berbeza. Makna dan perkembangan

bagi ilmu metafora semakin berkembang mengikut putaran masa dan zaman. Teori

yang dikemukakan oleh para linguis juga semakin mengkayakan kerana idea yang

baru semakin dipelopori.

Metafora merujuk kepada bahasa figuratif, misalnya pengumpamaan, personifikasi

dan mitos yang merupakan bahasa kiasan. Bahasa kiasan ialah fenomena di mana

rupa bentuk sesuatu material akan dipersembahkan dengan refleksi sesuatu objek

dari segi fizikalnya. Contohnya :X adalah seperti Y. Sewell (1964:42-43)

berpendapat bahawa pembentukan bagi metafora adalah bergantung kepada

seseorang untuk menghiasi idea yang ingin disampaikan itu ( Sewell, 1964: 42-43).

Metafora sering hadir dalam karya sastera. Zaidan Hendy (1991:69) mengemukakan

bahawa metafora berasal daripada kata 'meta' dan 'phoreo' yang bererti bertukar 22

nama atau perumpamaan. Metafora adalah majas perbandingan langsung, iaitu

membandingkan sesuatu secara langsung terhadap penggantinya.

Meta’ dan ‘phrein’ adalah kata-kata yang berasal daripada bahasa Greek dan

seterusnya membentuk perkataan metafora. ‘meta’ bermaksud ‘atas’ dan ‘phrein’

bermaksud ‘diangkat’. Metafora merujuk kepada satu set proses linguistik yang

mana sesetengah karakteristik sesuatu subjek ‘diangkat ke atas’ atau dipindahkan

kepada objek yang lain. Oleh yang demikian,jika objek yang kedua dituturkan atau

diaplikasikan seolah-olah ia berada pada kedudukan objek yang pertama.

Mengikut Rahman Shaari (1993), metafora ialah penggunaan kata-kata yang

menerbitkan makna yang lain dari makna yang tersurat. Metafora sejenis bahasa

figuratif yang memberi sifat secara perbandingan atau kiasan. Contoh perkataan api

maknanya nyalaan panas yang membakar, mata alat untuk melihat. Kedua-dua

perkataan api dan mata boleh menjadi metafora seperti di ‘matanya ada api’.

Mengikut Owen Thomas (1969) metafora ialah “ A means of expressing one thing in

term of another” atau yang diterjemahkan oleh Rahman Shaari sebagai “ pernyataan

sesuatu dengan menyebut yang lain (Rahman Shaari: 1993:1).

ManakalamengikutOwen Thomas (1969) metafora ialah “ A means of expressing

one thing in term of another” atau yang diterjemahkan oleh Rahman Shaari

sebagai“pernyataan sesuatu dengan menyebut yang lain (Rahman Shaari: 1993:1).

Mengikut Owen Thomas (1969) metafora ialah “ A means of expressing one thing in

term of another” atau yang diterjemahkan oleh Rahman Shaari

sebagai“pernyataansesuatu dengan menyebut yang lain (Rahman Shaari: 1993:1)

Menurut Asmah Haji Omar (1996), definisi metafora tidak hanya terbatas sekadar

bunga-bunga bahasa atau bahasa yang indah tetapi lebih dalam daripada pengertian

23

itu di mana metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan

kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1975), pula berpendapat bahawa metafora ialah

kiasan yang tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti seolah-olah, ibarat,

seakan-akan, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama. Dalam ayat “ Budak

itu lembu ”, ‘lembu’ ialah metafora. Dalam ayat “ Budak itu bodoh seperti lembu ”,

‘lembu’ ialah perumpamaan kerana terdapat perkataan ‘seperti’ sebelum ‘lembu’.

 Cruse (2004:198) berpendapat metafora ialah penggunaan kata atau frasa untk

makna yang berbeda literalnya. Metafora berhubungan dengan dua struktur

fundamental lainnya, iaitu ; pertama, skema pencitraan(image schemas), dasar

kerangka kerja konseptual  yang terbentuk dari persepsi dan seluruj pengalaman;

kedua, dengan apa yang dinyatakan oleh Fauconnier( 1985 dan 1994) sebagaimana

yang dikumpul oleh Saeed(1997:302) sebagai ruang mental(mental spaces).    

Manakala menurut  Kamus Dewan Edisi keempat (2007), maksud metafora

dinyatakan sebagai pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau

maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang

berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan. Sementara mengikut istilah sastera

pula, metafora adalahh gaya bahasa perbandingan yang membawa maksud lain

daripada makina sebenar kata atau frasa tersebut.

Definisi metafora menurut  Beekman dan Callow(1974) adalah perbandingan bahasa

yang implisit.Beekman dan Callow menjelaskan bahawa metafora terdiri daripada

tiga bahagian iaitu (a) topik; iaitu benda atau hal yang dibincangkan; (b)imej, yang

merupakan sebahagian daripada metafora yang digunakan untuk menghuraikan topik

dalam perbandingan; (c) titik persamaan, iaitu bahagian yang menunjukkan

persamaan topik dan imej.

24

Ensaiklopedia Amerika (1994), mentafsirkan metafora adalah digambarkan sebagai

suatu perbandingan tersirat antara dua hal berlainan, suatu analogi yang secara

khayalan menggambarkan satu objek dengan yang lain dan yang lain diannggap

berasal dari kualiti terbaik yang kedua dan bermodalkan yang pertama dengan erti

tambahan lain.

 Mengikut istilah sastera pula, metafora merupakan gaya bahasa perbandingan yang

membawa maksud lain daripada makna sebenar kata atau frasa tersebut. Gaya bahasa

perbandingan lain adalah seperti hiperbola. Kebiasaannyametafora terdiri daripada

dua patah kata contohnya seperti lembah duka, lautan api, kota sesengsaraan,

cahaya kepintaran, tunas harapan, padang kehidupan, madu kesusahan, cuka

kesangsian dan piala remaja.

      Hawkes (1986), pula berpendapat “Metafora ialah suatu cara untuk mendeskripsikan

sesuatu dengan mengatakan bahawa terdapat suatu perkara lain yang mempunyai

kualiti terhadap sesuatu yang hendak dijelaskan.”Aristotle dipercayai sebagai orang

yang pertama cuba mentakrifkan makna metafora atau ‘isti’arah (bahasa Arab)

lebihh kurang 2300 tahun dahulu. Dalam karyanya ‘Poetika” Aristotle mengatakan

bahawa metafora terhasil apabila sesuatu benda diberi nama(iaitu makna) yang

dimiliki oleh benda lain, pemindahan(makna).Terdapat tiga ciri metafora dalam

takrif Aristotle iaitu; pertama, metafora berlaku di peringkat perkataan dan tidak di

peringkat ayat. Kedua, pada bahagian lain dalam karya yang sama, Aristotle

menganggap metafora sebagai penyelewengan atau ‘deviant’ daripada bahasa

harfiah. Ketiga, metafora dibentuk daripada persamaan antara dua benda. Oleh itu,

pada asasnya melalui metafora manusia cuba melihat sesuatu berdasarkan sesuatu

yang lain.   

25

     Keraf (1992:139) dan Pradopo (1994:66 mengatakan metafora adalah analogi yang

membandingkan dua hal secara langsung tetapi dalam bentuk yang singkat seperti

biduk  kehidupan, kolam kerinduan, panah kejahatan dan sebagainya.Sebagai bentuk

perbandingan langsung, metafora tidak mempergunakan kata seperti, bak, bagaikan,

laksana dan sebagainya. Metafora itu melihat sesuatu dengan perantaraan benda

yang lain dan menyatakan sesuatu sebagai hal yang sama atau senilai dengan hal lain

yang sememangnya tidak serupa.

Hawkes (1971:2-3) membahagikan metafora mengikut sifat metafora yang

memainkan peranan sebagai bahasa figuratif. Menurut Hawkes (1971:2-3) ,metafora

boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan yang utama iaitu :

i. Pengumpamaan: pengumpamaan merupakan jenis metafora yang mempunyai

kemungkinan di mana konsep sesuatu objek dipindahkan kepada sesuatu objek yang

lain melalui penggantian. Contohnya :’ topi bonet kereta’ menerangkan konsep

penutup enjin bagi kereta. Pengumpamaan memindahkan konsep bagi sesuatu yang

menutup kereta. Makna metafora itu boleh dijelaskan dengan penggunaan kata

“seperti”, dan “seumpama”. Ayat tersebut diatas telah memindahkan idea bagi

penutup enjin kereta di mana ‘topi bonet’ yang menutup kepala wanita telah

dipindah kepada penutup enjin kereta. Penggunaan pengumpamaan dapat menjana

kesan yang bagus kerana dapat memberikan makna atau idea yang jelas melalui imej

sesuatu benda yang boleh mewakili benda yang dipertuturkan.

ii. “Synecdoche”: “Synecdoche” berasaskan perkataan Yunani

“synekdechesthai” yang bermakna “menerima bersama”. Perpindahan makna

dilakukan dengan menggunakan sebahagian daripada sesuatu objek yang boleh

menonjolkan kualiti atau keunikan bagi objek yang dimaksudkan itu, untuk

menerangkan objek itu. Contohnya, “20 musim mewakili 20 tahun”, “10 tangan

26

mewakili 10 orang.” “Synecdoche” mengambil satu bahagian dari sesuatu objek A

untuk mewakili keseluruhan objek A, contohnya “4 roda” menggunakan sebahagian

dari kereta iaitu roda untuk mewakili sebuah kereta seperti: “Itu 4 roda saya yang

baru” bermakna “Itu kereta baru saya.”

iii. Metonimi: Metonimi juga berasal dari perkataan Yunani iaitu “metonymia”

yang bermakna bertukar nama. Metonimi ialah penggunaan metafora yang

menggantikan sifat sesuatu objek dengan sifat objek lain yang berkaitan. Contohnya

“Rumah Putih” merujuk kepada President Amerika Syarikat. Metonimi

menggunakan objek A untuk mewakili objek B. Contohnya menggunakan “bangsa

Naga” mewakili “bangsa Cina”.

Lakoff (1993) menyatakan bahawa metafora itu adalah satu konsep dasar yang

wujud dalam pemikiran dan bahasa. Beliau membahagikan metafora itu kepada 2

tahap iaitu tahap temurun (generic-level) dan tahap khusus (specific-level) .

Metafora pada tahap temurun merupakan metafora yang tidak ada sempadan budaya.

Metafora pada tahap ini menyampaikan makna melalui konsep. Contohnya:

“matahari bersinar” memberi konsep “harapan” kepada orang ramai. Ini disebabkan

matahari terbit pada pagi setiap hari di mana pagi itu merupakan permulaan bagi

setiap hari (Lakoff, 1993: 230-238).

Metafora tahap khusus lebih cenderung kepada konsep stereotaip yang disampaikan

melalui sesuatu perkataan. Contohnya: “dia menyalak terhadap saya.” Pada konsep

kita, hanya “anjing” yang “menyalak”. Maka apabila seseorang itu dikatakan

menyalak, ia menunjukkan bahawa orang tersebut bertingkah laku kurang ajar

(Lakoff, 1993: 230-238).

27

Dipercayai bahawa orang yang pertama cuba mentakrifkan makna ‘metafora’ atau

‘isti‘ārah’ (bahasa Arab) ialah Aristotle iaitu lebih kurang 2,300 tahun dahulu.

Dalam karyanya Poetika, Aristotle berkata bahawa ‘metafora’ terbentuk apabila

sesuatu benda diberi nama (iaitu makna) yang dimiliki oleh benda lain, pemindahan

(makna).Ini berlaku sama ada dari peringkat genus kepada jenisnya, atau daripada

jenis kepada genusnya, atau daripada jenis kepada jenis, atau berdasarkan analogi’.

Terdapat tiga ciri metafora dalam takrif Aristotle iaitu , pertama metafora berlaku di

peringkat perkataan dan tidak di peringkat ayat. kedua, pada bahagian lain dalam

karya yang sama, Aristotle menganggap metafora sebagai ‘penyelewengan’ atau

‘deviant’ daripada bahasa harfiah dan ketiga metafora dibentuk daripada persamaan

antara dua benda. Oleh itu, pada asasnya, melalui metafora manusia cuba melihat

sesuatu berdasarkan sesuatu yang lain.

2.5.1  Metafora dalam bentuk Perumpamaan

Metafora yang menggunakan benda sebagai imej adalah metafora yang sering

digunakan dalam kalangan masyarakat bagi menampilkan makna yang tersirat.

Bahasa kiasan yang bersifat implisit ini mempunyai makna tersirat namun difahami

dengan mudah oleh penuturnya kerana kebiasaan menggunakannya dalam perbualan

sehari-hari. Metafora jenis ini telah lama wujud semenjak zaman dahulu. Penciptaan

metafora yang menggunakan unsur-unsur benda-benda yang digunakan dalam

kehidupan tradisional dapat melahirkan bahasa kiasan yang indah dan puitis.

Antaranya ialah ‘belakang parang kalau diasah lagikan tajam, inikan pula otak

manusia’. Bahasa kiasan yang  menunjukkan penggunaan imej ‘belakang parang’

28

sering diucap ketika menasihati kanak-kanak atau individu agar tidak lekas berputus

asa .

Belakang parang dalam  pernyataan imej adalah perlambangan kepada sifat manusia

yang bodoh dan kurang cerdas. Sebagaimana menurut Aristoteles (384-322 SM),

metafora merupakan ungkapan kebahasan untuk menyatakan hal yang umum bagi

hal yang khusus, hal yang khusus bagi yang khusus, yang khusus bagi yang umum,

atau dengan analogi. Sementara bagi Quintilian (35-95 M), metafora dipandang

sebagai ungkapan kebahasaan untuk menyatakan sesuatu yang hidup bagi sesuatu

yang hidup lainnya, sesuatu yang hidup untuk sesuatu yang mati, sesuatu yang mati

untuk sesuatu yang hidup, dan sesuatu yang mati untuk sesuatu yang mati lainnya.

Dalam makna harfiah, belakang parang adalah besi yang tumpul dan memerlukan

usaha yang berlebihan untuk menajamkannya. Jadi penggunaan imej belakang

parang, menjelaskan makna perbandingan usaha yang bersungguh-sungguh bagi

menjadikannya belakang parang tajam sama seperti mata parang.Perbandingan ini

memberi pernyataan makna secara khusus bagi melambangkan sikap manusia dan

tingkah laku manusia yang dikaitkan dengan ungkapan ini. Metafora ini dapat

digunakan secara halus dalam menyampaikan mesej kepada pendengarnya tanpa

menggunakan kalimat atau ungkapan yang agak kasar dan biadap seperti ‘orang

bodoh’, ‘orang dungu’.

     2.5.2 Metafora dalam hasil karya Melayu

Sejak zaman dahulu lagi, metafora telah digunakan bagi menggambarkan keadaan

kehidupan masyarakat. Dr. Muhammad Haji Salleh (2002:135) menjelaskan bahawa

perlambangan atau metafora adalah elemen penting di dalam puisi Melayu dan

menentukan nilai estetikanya. Metafora terbentuk dengan adanya tindakan untuk

29

membandingkan sesuatu konsep atau abstraksi dengan sesuatu yang konkrit dan

lebih dekat  atau lebih dikenali oleh masyarakat.

 Selain objek alam, metafora juga dibentuk dari unsur-unsur lain seperti watak cerita

rakyat dan lagenda. Metafora telah digunakan sejak awal sejarah kehidupan manusia.

Terdapat banyak puisi yang membandingkan 'sifat setia' dengan Hang Tuah, 'angan-

angan tinggi' dengan Mat Jenin, dan 'pemberontakan' dengan Jebat. Di dalam sajak

Dialog, karya Kassim Ahmad terdapat baris “aku akan pergi dengan seribu Jebat si

anak tani” yang membawa maksud dia akan bertindak untuk menuntut keadilan.

     2.5.3 Metafora berunsur Haiwan

Sebagaimana yang kita maklumi , metafora adalah bahasa kiasan dalam laras sastera

yang tidak menggunakan kata-kata bandingan seperti simile. Kata-kata metafora

disebut terus kepada benda tau binatang yang hendak diumpamakan. Perbandingan

metafora agak lebih ringkas dan padat. Dalam kehidupan seharian masyarakat

umumnya, metafora selalu dipetuturkan tanpa menjejaskan makna dan perbandingan

yang hendak disampaikan. Dalam konteks masyarakat Malaysia khasnya orang

Melayu, penggunaan metafora sangat terkesan sekali. Sebagai contoh peribahasa

Melayu,’ belalang sudah menjadi helang’. 

Belalang sejenis serangga kecil yang hidup di kawasan berumput dan merupakan

makanan bagi haiwan-haiwan lain seperti burung, ikan dan katak. Manakala helang

adalah haiwan gah yang selalu menjadi lambang keberanian dan ditakuti oleh

haiwan-haiwan yang lain. Dalam ungkapan ini, unsur-unsur metaforikal jelas dilihat

melalui perwatakan belalang yang dibandingkan dengan seekor helang . Maksud

sebenar ungkapan atau peribahasa ini adalah orang bodoh dan hina(belalang) yang 

telah menjadi cerdik dan mulia(helang). Dengan menggunakan konsep belalang bagi

30

menggambarkan kebodohan dan hina, pernyataan makna jelas sekali secara analogi

yang menggambarkan perkaitan dua makhluk bagi menciptakan suatu bahasa kiasan

yang bercorak implisit. 

Dalam hal ini, Lakoff& Turner (1989:193-194) menyenaraikan beberapa proposisi

lazim tentang bagaimana kita melihat dan memikirkan haiwan tertentu dan

bagaimana kita menggunakan pengetahuan berasaskan budaya rakyat dalam

pembinaan skema metaforikal untuk haiwan tersebut. Antara proposisi lazim haiwan

yang dicadangkan mereka: singa ialah haiwan yang berani dan mulia; rubah (fox)

ialah haiwan yang cerdik;anjing ialah haiwan yang setia dan boleh diharapkan;

kucing ialah haiwan yang mudah berubah hati dan berdikari; serigala ialah haiwan

yang kejam dan pembunuh; gorila ialah haiwan cenderung bergaduh dan buas; dan

babi ialah haiwan pengotor, tidak teratur dan biadab. Persoalannya adakah proposisi

lazim ini merupakan sesuatu yang sejagat?

Manakala dalam masyarakat Melayu, lembu adalah haiwan yang dianggap bodoh,

kancil dinggap sebagai haiwan yang bijak, buaya dilambangkan sebagai penggoda,

merak berperwatakan sombong dan arnab adalah haiwan yang angkuh. Perwatakan

haiwan-haiwan ini berjaya menjadi imej penting dalam metafora melayu seperti

buaya darat, lidah biawak, merak kayangan, kambing hitam dan sebagainya.

2.5.4     Metafora Alam

Walau bagaimanapun alam jagat raya merupakan sumber metafora yang paling

dominan di dalam puisi Melayu (Zurinah Hassan, 2001) Penyair amat akrab dengan

alam seperti laut, sungai, gunung, awan, matahari, hujan dan pelbagai jenis tumbuh-

tumbuhan. Sehubungan dengan itu, H.B. Jassin pernah menulis, “Seniman yang

halus perasaannya sangat rapat hubungannya dengan alam sekitar. Dalam angan-

31

angannya alam itu hidup juga dan tumbuh-tumbuhan, batu-batu dan bunga-bungaan

baginya ialah makhluk yang bernyawa (H.B.Jassin. 1968:114) . Para penyair sering

menjadikan unsur alam sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran, nasihat,

kritikan dan sebagainya dalam bentuk metafora. Ahli falsafah Itali Giambattista Vico

menyifatkan kaedah pembinaan metafora seperti ini sebagai anthropomorphic

metaphore(metafora antromorfis) . Beliau menulis tentang metafora jenis ini sebagai

“expressions referring to inanimate objects formed by transfers from the human body

and its parts, from human senses and human passions” (Ullman,84)

Dalam puisi nukilan Dharmawijaya(1979), beliau telah menggunakan unsur alam

seperti badai, siang, malam, ladang, pohon, dan daun. Penggunaan unsur alam dapat

memberi keindahan dan kepuitisan puisi Dharmawijaya. Pemilihan kata berunsurkan

alam dapat mempengaruhi minda pembaca agar lebih memahami dan menjiwai

maksud puisi. ‘Badai beban waktu’  yang merupakan salah satu metafora dalam 

puisi yang menggambarkan keadaaan yang penuh pancaroba. Badai adalah

bermaksud taufan atau ribut digambarkan sebagai kesusahan atau masalah yang

sedang menimpa. Begitu juga dengan kata-kata ‘pohon kesabaran’. Pohon adalah

tumbu-tumbuhan yang dikaitkan dengan kesabaran. Sementara kesabaran adalah

gambaran sesuatu yang abstrak. Secara harfiahnya adalah pohon adalah pokok dan

merupakan benda yang konkrit, namun apabila ditambah dengan kata kesabaran,

frasa ini sudah menjadi suatu yang tersirat dan perlu dihuraikan maknanya.

32

 

2.5.5     Metafora Perbandingan

Menurut Za’ba, metafora

Melayu ialah ‘peribahasa yang menyebutkan sesuatu maksud dengan diumpamakan

atau dikiaskan kepada sesuatu perkara lain dan oleh sebab itu maknanya menjadi dua

lapis(Za’ba,2002:170). Lapis pertama ialah luarannya yang membawa makna harfiah

dan lapis kedua ialah lapis dalamnya yang membawa makna metafora. Contoh yang

diberikan oleh Za’ba ialah bagai tikus jatuh ke beras. Makna luarannya(makna lapis

pertama) ialah ‘yang sepanjang yang nampak zahir daripada perkataannya itu sahaja

iaitu sama seperti tikus yang jatuh ke atas longgok beras; tetapi ertinya yang sebelah

dalam (iaitu makna sebenar ) ialah apabila sudah ke situ diam sahaja, tiada berbunyi

atau pergi ke mana-mana lagi kerana sudah terjumpa benda yang memang kesukaan

hatinya(Za’ba, 1934/2002:190)

33

Masa silam yang terpendamdi suram matamu

merantai badai beban waktukutahu

kau masih berupayameniduri hamparan duka.

Masa kini yang terukirdi senyum ramahmu

mendepani gementar siang gelisah malamkutahu

kau adalah ladang segala kesabarantegak teguh merimbuni pohon ketabahan.

Masa depan yang terpancardi nyala dadamu

kutahukau tak rela daun-daun harapan

gugur luruh menampar genggaman.(Dharmawijaya, Dewan Sastera, Oktober, 1979)

Metafora yang berhubungkait dengan masyarakat Melayu terwujud dalam bentuk

yang pelbagai seperti simpulan bahasa, peribahasa,pepatah, bahasa kiasan dan

sindiran serta perumpamaaan.Kebanyakan ungkapan metafora  ini terjalin hasil

daripada pengalaman dan renungan akliah pemikir Melayu yang berinteraksi dengan

alam sekelilingnya.Contoh-contoh lain metafora yang tergolong dalam bentuk ini

yang sering kali kita dengar ialah bagai tikus membaiki labu.

Perumpamaan tikus membaiki labu secara harfiah menunjukkan tikus yang hendak

membaiki labu. Sedangkan makna yang tersirat yang cuba diterangkan oleh

perumpamaan ini ialah tentang seseorang yang cuba membaiki sesuatu namun usaha

membaiki itu menjadi merosakkan pula benda yang dibaiki. Kalau menurut takrifan

Za’ba, makna luarannya(lapis luar) ialah tingkah laku tikus yang berusaha membaiki

labu dan lapis dalamnya(makna sebenar) ialah melakukan pekerjaan yang tidak

diketahui yangg akhirnya merosakkan lagi benda tersebut.  Begitulah antara

penggunaan metafora dalam masyarakat Melayu yang jelas bagi menggambarkan

pemikiran yang tinggi  kerana bahasa yang digunakan adalah tersirat dan perlu

difahami betul-betul.

Contoh-contoh lain perumpamaan dan perbandingan ialah:

                  a)      Seperti kerbau dicucuk hidung

                  b)      Bagai ular menyusur akar

                  c)      Bagai ikan kena tuba

                  d)     Bagai itik pulang petang

                  e)      Bagai murai dicabut ekor

2.5.6 Metafora Analogis

34

Dalam mencari pengertian khusus penggunaan metafora dalam kalangan masyarakat

Melayu, kita akan menemui betapa luasnya ekspresi bahasa dan maksud yang tersifat

dalam metafora. Metafora dapat menggambarkan keadaan duka, suka, benci,

sindiran dan kasih sayang. Za’ba mengatakan bahawa ‘tiap-tiap peribahasa yang

terbit pada sesuatu bangsa itu timbulnya kemudian daripada telah diuji mereka

kebenarannya dengan dirasai atau dilihat sendiri beberapa lama, mungkin (1) mula-

mulanya sebutan itu keluar dari mulut seseorang yang bijak dan pantas fikirannya

iaitu perkataan ringkas dan memenuhii sepenuh-penuh maksudnya serta

mengandungi di dalamnya sesuatu kebenaran yang telah dirasai atau telah

diperhatikannya berlaku pada diri orang-orang lain;(2) kemudian apabila berkenan

orang ramai mendengarnya maka dipakailah pula oleh mereka itu hingga berulang-

ulang dan berhibung-hubung dari seorang ke seorang(Za’ba 1934/2002:171). Sejenis

teks metafora Melayu berdasarkan kajian Za’ba bersifat analogi dan menggunakan

kata ‘sebagai’ dan ‘seperti’. Lihatlah contoh di bawah ini.

                  (a)    Seperti anjing dengan bayang-bayangnya

                  (b)   Bagai lesung mencari antan

                  (c)    Bagai kaduk naik junjung

                  (d)   Bagai bumi dengan langit

                  (e)    Seperti kucing kehilangan anak

                  (f)    Seperti musang berbulu ayam

Menurut I.A. Richards (1936), metafora terdiri daripada subjek(literal)

utama(primary) atau ‘tenor’ yang dinyatakan dalam bentuk subjek ‘secondary’ yang

bersifat figuratif yang disebut ‘vehicle’. Dalam mengkaji makna metafora dan

hubungannya dengan makna, kita akan mendapati bahawa makna metafora ini

bergerak dari abstrak ke konkrit(harfiah).Masyarakat Melayu mengungkap

35

peribahasa dengan maksudnya yang tersendiri dan ini menggambarkan

kesistematisan konsep metafora di samping peribahasa itu. Pencipta-pencipta

peribahasa ini sangat kreatif dalam mencipta dan memilih kata yang sesuai dengan

cara berfikir orang-orang Melayu yang memang gemar berkias. Peribahasa ‘kaduk

naik junjung’ menggambarkan sesuatu yang abstrak. Pemilihan kata ‘kaduk’

menjelaskan tentang pemikiran masyarakat tradisional yang mengenali kaduk

sebagai tumbuhan liar. Jika kita bandingkan dengan zaman sekarang agar sukar

untuk melihat tumbuhan ini di bandar-bandar atau kampung-kampung melainkan

ditanam. Konsep kaduk adalah bagi menggambarkan sesuatu yang rendah nilainya.

Maksud sebenar peribahasa “kaduk naik junjung’ tidak tergambar secara harfiah

malah lebih kepada pembayang maksud. Jika dianalisa, peribahasa ini bermakna

sesuatu yang hina atau rendah nilainya menganggap dirinya sebagai mulia. Unsur

abstrak ‘kaduk naik junjung’ menjelaskan bahawa peribahasa juga adalah sejenis

metafora yang kaya dengan nilai-nilai perlambangan kerana kedua-dua kata iaitu

‘kaduk’ dan ‘junjung’ adalah abstrak.

2.6 Teori-Teori Mengenai Metafora

Terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan metafora iaitu: (Shibles, 1971:63-73)

i. Teori emotif

ii. Teori “supervenient”

iii. Teori metafora yang berteraskan kontroversi atau kemustahilan logikal

iv. Teori metafora penggantian

1) Teori emotif

Teori emotif menyatakan bahawa metafora tidak mempunyai makna yang jelas dan

kognitif. Metafora adalah salah satu contoh bagi bahasa emotif. Shibles(1971) 36

menyatakan bahawa Carnap (1958) telah meluahkan pandangannya terhadap

semiotik yang sebanding dengan Teori Emotif ini. Carnap (1958) berkata bahawa

semiotik mempunyai dua jenis makna iaitu dan emotif (Shibles, 1971: 64).

2) Teori “supervenient”

Teori “supervenient” mengaitkan metafora dengan kata kiasan. Menurut teori ini,

metafora boleh menyampaikan sesuatu makna yang tidak boleh disampaikan oleh

bahasa kesusasteraan. Maka metafora adalah sama dengan idiom. Pembaca

bergantung kepada gerak hati untuk memahami makna metafora. Contohnya:

Napoleon ialah seekor serigala. Secara automatik, pembaca akan faham bahawa

Napoleon itu seorang yang jahat kerana persamaan telah diwujudkan antara

“Napoleon”dengan “Serigala”(Shibles, 1971:65).

3) Teori metafora yang berteraskan kontroversi atau kemustahilan logikal

Teori metafora yang berteraskan kontroversi atau kemustahilan logikal menerangkan

cara satu kaedah membentukkan metafora dengan melalui bahasa yang senang

difaham dan tidak bersifat kesusasteraan. Teori ini menekankan bahawa metafora itu

mempunyai makna denotasi dan konotasi. Teori ini menekan kepada pemikiran dan

penggabungan yang logik di antara dua objek. Metafora juga mempunyai dua

bahagian dan kedua-dua bahagian ini berinteraksi antara satu sama lain. Contohnya:

“bumi itu air”. Menurut teori ini, ayat ini tidak membawa sebarang makna kerana air

dengan bumi itu tidak mempunyai hubungan secara langsung maka pembaca tidak

dapat faham makna yang ingin disampaikan melalui ayat ini (Shibles, 1971:67).

4) Teori Metafora Penggantian

Teori Metafora Penggantian pula, sama dengan pengumpamaan. Menurut teori ini,

perkataan yang mempunyai makna “seperti” diperlukan dalam ayat. Contohnya:

Napoleon seperti serigala. Dengan menggunakan pengumpamaan, sesuatu objek

37

yang dituturkan itu mempunyai ciri dengan objek yang diumpamakan dengan luas

(Shibles, 1971:63-73).

Perkataan metafora merujuk kepada set linguistik yang unik di mana satu aspek

sesuatu objek dibawa kepada satu objek yang lain. Maka, objek kedua yang

dinyatakan itu adalah seperti kenyataan objek pertama yang telah dirujuk. Terdapat

banyak jenis metafora dan bilangan objek yang terlibat dalam proses pemindahan

aspeknya boleh melebihi satu (Hawkes, 1977: 1).

Metafora adalah penting dalam kehidupan orang ramai dan penulis. Metafora tidak

terhad dipersembahkan dalam sajak dan lirik sahaja, malah manakala metafora juga

adalah berperanan penting dalam pembentukan pengertian dan konsep serta

pengalaman. Jika kita mengubah konsep metafora yang ingin disampaikan maka

bingkai pemikiran juga akan diubah. Maka, adalah penting untuk mengubahkan

konsep kepada sesuatu yang mungkin dicapai melalui metafora (Owen, 2001:xv).

2.7 Metafora Konsepsi 

Metafora konsepsi adalah satu bentuk mekanisme kognitif yang digunakan oleh

manusia untuk memahami entiti abstrak melalui sesuatu yang konkrit. Entiti konkrit

ini biasanya dijadikan domain punca untuk memahami entiti abstrak yang dikenali

sebagai domain sasaran.

Menurut Lakoff dan Johnson (1980) terdapat tiga jenis metafora konsepsi yang asas

iaitu metafora orientasi, metafora ontologikal dan metafora struktural. Metafora

orientasi ialah peluasan makna/konsep orientasi seperti DALAM LUAR, ATAS-

BAWAH, HADAPAN-BELAKANG kepada domain bukan ruang.

Metafora ontologikal pula ialah pengkonseptualisasian benda yang abstrak (emosi,

idea, fenomena persekitaran) menjadikannya seperti benda (biasanya entiti, benda

38

konkrit atau tempat). Misalnya, kesihatannya semakin merosot, kesihatan dilihat

sebagai objek yang menggelongsor.

Contoh metafora:

“Seronok sekali rasanya mendengar muzik alam yang begitu asli,”

Maksud: 

Ungkapan yang menggambarkan ketenangan yang di rasai apabila kita kembali

mendengar alunan irama yang telah diciptakan oleh yang Maha Esa. Ia menyentuh

jiwa secara semulajadi.

Penjelasan: Pengalaman kita dengan objek-objek fizikal telah memberikan suatu

input bagi metafora ontologikal. Ia meliputi cara untuk memerhatikan sesuatu aspek

atau perkara, aktiviti, emosi dan idea yang berkaitan dengan entiti dan bahan-bahan.

Metafora ontologikal terdiri daripada pelbagai tujuan dan pelbagai jenis metafora

yang menggambarkan tujuan-tujuan tersebut.

Merujuk kepada metafora yang diberikan, pengalaman yang dialami adalah

keseronokan dan ketenangan apabila mendengar irama alam. Objek fizikal yang

diketengahkan adalah alam semulajadi. Mentafora ontologikalnya adalah emosi yang

tenang dan seronok melalui pengalaman mendengar alunan semulajadi alam.

Metafora struktural pula mengambil item-item yang banyak berstruktur dalam

pengalaman hidup sebagai sumber domain untuk memahami sesuatu konsep yang

lain. Sebagai contoh, metafora struktur MANUSIA UMPAMA TUMBUHAN

merujuk kepada perkembangan fizikal seseorang dalam perempuan muda yang

sedang tumbuh (Rusmadi 2005).

39

2.8 Teori Metafora Lakoff dan Johnson (1980)

Menurut John Lakoff dan Mark Johnson ( 1987 ), umumnya metafora dilihat sebagai

satu alat yang menggambarkan imaginasi puitis. Kaya dengan aspek retorikal dan

biasanya juga dianggap sebagai suatu bentuk bahasa yang luar biasa. Metafora

biasanya dilihat sebagai karakteristik bahasa sahaja iaitu sebagai suatu perkataan dan

bukannya sebagai alat pemikiran atau perbuatan. Kajian Lakoff dan Johnson (1980)

memberikan impak yang besar terhadap kajian semantik kognitif khususnya

metafora.

 Lakoff dan Johnson (1980) menegaskan bahawa metafora wujud dalam kehidupan

seharian manusia melalui bahasa, pemikiran dan tindakan manusia. Jelas mereka,

penggunaan metafora didasari oleh skema imej.

Sebagai landasan teori yang utama dalam kajian ini, teori metafora konseptual dari

Lakoff dan Johnson (1980) telah mengklasifikasikan tiga jenis metafora. Metafora

konsepsi adalah satu bentuk mekanisme kognitif yang digunakan oleh manusia untuk

memahami entiti abstrak melalui sesuatu yang konkrit. Entiti konkrit ini biasanya

dijadikan domain punca untuk memahami entiti abstrak yang dikenali sebagai

domain sasaran.

Menurut Lakoff dan Johnson (1980) Metafora konsepsi terdiri daripada tiga jenis,

iaitu:

a. Metafora struktural, konsep metafora dibentuk dengan menggunakan konsep-

konsep lain. Metafora struktur adalah berdasarkan kepada dua domain,

domain sumber dan sasaran domain. Metafora struktur adalah berdasarkan

kepada hubungan yang sistematik dalam pengalaman harian.40

b. Metafora Orientasional, metafora yang berkaitan dengan orientasi ruang,

seperti naik dan turun, dalam keluar, depan-belakang, dan lain-lain. Ini

orientasi ruang nampaknya berdasarkan fizikal manusia pada pengalaman

menganjurkan orientasi dalam kehidupan sehari-hari, seperti yang di "Up-

Down" orientasional. Metafora yang berbeza dalam setiap budaya, kerana apa

yang orang fikir, berpengalaman, yang dilakukan oleh setiap budaya adalah

berbeza. Metafora Orientasional memberi konsep orientasi spatial, sebagai

contoh "Happy Is Up. (Lakoff & Johnson, 2003 : 15).

c. Metafora ontologi adalah metafora melihat acara, aktiviti emosi, dan idea-

idea sebagai satu entiti dan bahan. Sebagai contoh dalam metafora "minda

adalah machine" dalam ayat "Fikiran saya hanya tidak beroperasi hari ini"

(Hari ini otak saya tidak berfungsi atau hari ini saya tidak merasa seperti

berfikir). Metafora ontologi yang wujud dalam pemikiran, pengalaman, dan

proses. Ianya sesuatu yang abstrak kepada yang mempunyai ciri-ciri fizikal.

Dengan kata lain, metafora ontologi dianggap sebagai kata nama abstrak kata

konkrit (Lakoff & Johnson, 2003 : 26).

2.9 Sumbangan teori metafora oleh Lakoff & Jonhson

Merupakan kesinambungan daripada kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli

falsafah dan linguistik tradisional mengenai teori kognitif dalam metafora.

Selain itu kemunculan teori kognitif dalam bidang linguistik juga merupakan suatu

pendekatan ke arah pengkajian metafora dari aspek pemikiran dan konseptual.

Mekanisme kognitif ini terkandung dalam kajian Lakoff & Jonhson melalui

‘Methapors We Live By’ yang meliputi aspek semantik kognitif seperti

kesistematisan:

41

Kesistematisan konsep metafora:

i.  Kesistematisan metafora dalam menonjolkan atau menyembunyikan sesuatu

aspek.

ii. Metafora beroreantasi, asas pengalaman dalam metafora,

iii. Metafora dan koherensi kebudayaan.

iv. Metafora ontologikal,

v. Metonimi dan personifikasi.

Lakoff & Jonhson telah cuba untuk membuktikan bahawa metafora bukanlah bersifat

arbitrari atau sewenang-wenangnya.

Metafora melibatkan suatu fenomena yang berlaku secara alamiah di mana

melibatkan sistem kognisi atau minda manusia. 

Sebagai tindakan susulan, Lakoff telah mencari jawapan yang lebih jitu bagi

beberapa persoalan yang biasa dikemukakan oleh para pengkaji semantik kognitif.

Bagi mengukuhkan lagi hujah beliau bahawa metafora sememangnya menjelajahi

aspek kognitif seseorang.

Menurut Lakoff & Johnson dalam kajian beliau yang bertajuk Women, Fire, and

Dangerous Things’. Sains kognitif adalah bidang baru yang menyatukan apa yang

difahami oleh minda.

Daripada pelbagai disiplin akademik yang terdiri daripada psikologi, linguistik,

antropologi, falsafah dan sains perkomputeran.

Semantik kognitif mencungkil jawapan yang terperinci.

Di antara persoalan-persoalan seperti –42

a. apakah yang dimaksudkan dengan sebab atau alasan,

b. bagaimanakah kita merealisasikan pengalaman,

c. apakah yang dimaksudkan dengan sistem konseptual,

d. bagaimanakah sistem ini diatur dan lain – lain.

Menurut Lakoff, asas sistem pengkonsepsian manusia adalah bercorak metaforikal.

Pemikiran secara bukan-metaforikal hanyalah berlaku apabila kita bercakap tentang

alam fizikal semata-mata.

Lakoff cuba menghuraikan pemerhatian beliau dengan mengkaji bahasa yang

digunakan seharian untuk berbincang tentang pelbagai perkara.

Beliau membuat kesimpulan bahawa bahasa metaforikal adalah lebih kerap dan

lazim dalam penggunaan seharian dan manusia memahami yang abstrak hanya

melalui yang konkrit.

Proses pemikiran atau penaakulan metaforikal ini didorong oleh mekanisme kognitif

yang dinamakan metafora konsepsi. Metafora konsepsi ini memetakan secara

skematik dan umum sesuatu yang abstrak (seperti negara bangsa) kepada satu

domain yang konkrit.

Pembinaan makna dan representasi semantik dalam bahasa harian adalah berasaskan

kepada sistem pemetaan in yang membentuk satu sistem metafora konsepsi. Lakoff

(1987) Dalam linguistik kognitif, metafora konsepsi membolehkan kita memahami

satu domain konsepsi dalam satu domain konsepsi yang lain.

43

Satu domain konsepsi merupakan satu struktur pengalaman dan pengetahuan yang

koheren.

2.10      Metafora Kajian Lakoff dan Johnson

Kajian Lakoff dan Johnson (1980) memberikan impak yang besar terhadap kajian

semantik kognitif khususnya metafora. Lakoff dan Johnson (1980) menegaskan

bahawa metafora wujud dalam kehidupan seharian manusia melalui bahasa,

pemikiran dan tindakan manusia.  Lakoff (1987)Dalam linguistik kognitif, metafora

konsepsi membolehkan kita memahami satu domain konsepsi dalam satu domain

konsepsi yang lain.Satu domain konsepsi merupakan satu struktur pengalaman dan

pengetahuan yang koheren.Menurut John Lakoff dan Mark Johnson (1987),

umumnya metafora dilihat sebagai satu alat yang menggambarkan imaginasi

puitis. Kaya dengan aspek retorikal dan biasanya juga dianggap sebagai suatu bentuk

bahasa yang luar biasa. Lakoff & Jonhson membahagikan metafora mengikut aspek

semantik kognitif seperti berikut :

a) Kesistematisan konsep metafora.

b) Kesistematisan metafora dalam menonjolkan atau menyembunyikan sesuatu

aspek.

c) Metafora berorientasi.

d) Asas pengalaman dalam metafora.

e) Metafora dan koherensi kebudayaan.

f) Metafora ontologikal.

g) Metonomi dan personifikasi

44

a)         Kesistematisan Konsep Metafora

  Menurut Lakoff & Johnson (1987), metafora melambangkan maksud yang

berlainan daripada ekspresi yang diujarkan. Ekspresi-ekspresi metafora dalam

kehidupan seharian adalah bergantung kepada konsep metafora secara

sistematik .Melaluinya kita boleh mengkaji salasilah dan perkaitan metafora dalam

aktiviti kehidupan kita sehari-hari

b Kesistematisan metafora dalam menonjolkan atau menyembunyikan sesuatu

aspek 

Kesistematisan merupakan pemahaman satu aspek dalam sesuatu konsep daripada

sudut pemahaman yang berbeza. Keadaan ini secara tidak langsung akan

menyembunyikan aspek-aspek lain yang terdapat dalam konsep metafora sekaligus

menyebabkan seseorang tidak memfokuskan kepada aspek-aspek yang lebih

konsisten dalam metafora. Misalnya, konsep peribahasa difahami secara berasingan

dengan maksud yang diberikan kepadanya oleh masyarakat Melayu mahupun

masyarakat bukan Melayu.Lakoff & Johnson menerangkan bahawa metafora dapat

menonjolkan atau  menyembunyikan sesuatu pengalaman hidup kita dengan

menggunakan metafora saluran ( conduit metaphor ) yang diperkenalkan oleh

Michael Reddy.Pemerhatian Reddy terhadap bahasa manusia memperlihatkan

bahasa dapat distrukturkan kepada tiga aspek metafora yang kompleks iaitu:

(i)   Idea atau makna adalah objek.

(ii)  Ekspresi linguistik adalah bekasnya ( container ).

(iii) Komunikasi akan menghantarnya.

45

c)         Metafora berorientasi

Terdapat satu lagi keadaan di mana konsep metafora tersebut tidak hanya

menstrukturkan satu konsep sahaja tetapi membentukkan sistem Konsep ini disebut

sebagai metafora berorientasi memandangkan berkaitan dengan orientasi ruang

seperti: ATAS – BAWAH, DALAM – LUAR, DEPAN – BELAKANG, BUKA –

TUTUP, TENGAH – SISI dan lain-lain. Bagi kedua pengkaji ini, metafora

berorientasi adalah bersifat tidak arbitrari iaitu tidak sewenang-wenangnya. Keadaan

ini adalah kerana metafora berorientasi mempunyai asas yang kukuh dalam aspek

fizikal, personal dan pengalaman serta kebudayaan kita.Menurut Lakoff & Johnson,

William Nagy (1974) telah mengkaji beberapa aspek metafora secara khusus

menerusi orientasi ruang iaitu: ATAS – BAWAH.

d)         Asas pengalaman dalam metafora

Salah satu cara untuk menonjolkan pengasingan metafora daripada asas

pengalamannya adalah dengan membina suatu diagram yang menunjukkan

hubungan yang kompleks di antara kedua-duanya. Peranan yang dimainkan oleh asas

pengalaman adalah penting dalam proses untuk memahami metafora yang tidak

dapat disatukan kerana setiap satunya mempunyai pengalaman yang berbeza-beza.

Selain itu, penggunaan perkataan ‘adalah’ seperti ‘kebahagiaan’ adalah‘atas’ ;

‘kesedihan’ adalah ‘bawah’ untuk menggambarkan setiap satu unsur dapat

digantikan dalam bentuk yang lebih mudah difahami.

e)         Metafora dan koherensi kebudayaan.

Nilai yang paling penting dalam budaya akan menjadi koheren dengan struktur

metafora yang paling utama dalam kebudayaan. Sebagai contoh, kita dapat

mempertimbangkan beberapa nilai budaya dalam masyarakat. (biasanya ditandakan

sebagai BAIK dan TIDAK BAIK) yang koheren dengan ruang orientasi metafora

46

ATAS–BAWAH dengan bahagian berlawanan mana yang tidak sesuai mengikut

sesuatu kebudayaan.

f)         Metafora Ontologikal.

Pengalaman kita dengan objek-objek fizikal telah memberikan suatu input bagi

metafora ontologikal.  Ia meliputi cara untuk memerhatikan sesuatu aspek atau

perkara, aktiviti, emosi dan idea yang berkaitan dengan entiti dan bahan-

bahan.Metafora ontologikal terdiri daripada pelbagai tujuan dan pelbagai jenis

metafora yang menggambarkan tujuan-tujuan tersebut.

g)  Metonomi

Metonimi adalah suatu aspek yang menggunakan satu entiti untuk merujuk kepada

entiti lain yang berkaitan dengannya. Metafora dan metonimi mengalami dua proses

yang berbeza di mana metafora adalah suatu cara untuk memikirkan sesuatu perkara

dari sudut suatu perkara yang lain dan fungsi utamanya adalah untuk

memahami.Manakala, metonimi pula memegang fungsi rujukan di mana ia

membolehkan kita menggunakan satu entiti untuk ‘berdiri di atas’ satu entiti yang

lain. Misalnya, agama Islam dilambangkan dengan bulan sabit. Oleh itu,

apabilamelihat bulan sabit maka kita akan merujuknya sebagai simbol Islam.

h) Personifikasi

Metafora ontologikal yang paling ketara dapat dilihat pada objek fizikal yang

diberikan sifat perorangan.Keadaan ini menyebabkan kita memahami sesuatu

pengalaman dengan entiti bukan manusia dari sudut motivasi, tingkahlaku dan

aktiviti-aktiviti manusia. Contoh ini dapat kita lihat melalui beberapa data peribahasa

yang telah dipilih:

Harapkan pagar, pagar makan padi.

47

‘Pagar’ merupakan suatu objek tidak bernyawa yang diberikan sifat perorangan di

mana pagar di sini dikatakan berupaya untuk melakukan aktiviti yang dilakukan oleh

manusia untuk meneruskan hidup seperti ‘makan’ sewaktu perut berasa lapar.

Biar mati anak, jangan mati adat.

‘Adat’ merupakan suatu amalan yang dilakukan oleh manusia dalam sesuatu

komuniti. Adat bukanlah merupakan suatu objek namun ia merupakan suatu kegiatan

manusia yang bersifat subjektif. Oleh itu, ‘adat’ di sini diberikan sifat perorangan di

mana adat dikatakan boleh mengalami proses ‘mati’ sepertimana objek bernyawa

yang lain.

Menurut Lakoff, asas sistem pengkonsepsian manusia adalah bercorak

metaforikal.Pemikiran secara bukan-metaforikal hanyalah berlaku apabila kita

bercakap tentang alam fizikal semata-mata.Lakoff cuba menghuraikan pemerhatian

beliau dengan mengkaji bahasa yang digunakan seharian untuk berbincang tentang

pelbagai perkara. Beliau membuat kesimpulan bahawa bahasa metaforikal adalah

lebih kerap dan lazim dalam penggunaan seharian dan manusia memahami yang

abstrak hanya melalui yang konkrit. Proses pemikiran atau penaakulan

metaforikal ini didorong oleh mekanisme kognitif yang dinamakan metafora

konsepsi.Metafora konsepsi ini memetakan secara skematik dan umum sesuatu yang

abstrak (seperti negara bangsa) kepada satu domain yang konkrit.Pembinaan makna

dan representasi semantik dalam bahasa harian adalah berasaskan kepada sistem

pemetaan in yang membentuk satu sistem metafora konsepsi.

48

2.11 Mengenal Pasti Metafora dalam Teks

Bagi mengenal pasti metafora dalam kedua-dua teks, kaedah yang digunakan turut

berasaskan maksim Grice (1975, dalam Glucksberg, 2001:9). Sebarang ujaran atau

ayat yang tidak memenuhi prinsip kerjasama Grice, iaitu benar, relevan, jelas dan

informatif perlulah diinterpretasi makna tersiratnya. Kaedah yang dirumus oleh

Cameron (dalam Cameron & Low, 1999:119) menggariskan bahawa sesuatu data

dikategorikan sebagai metafora jika wujud ketakkongruenan antara dua domain yang

dibandingkan dan terdapat potensi pemindahan makna antara dua domain tersebut.

Topik metafora yang tidak dinyatakan secara eksplisit mestilah dapat dikesan

daripada konteks penggunaan metafora tersebut. Imej yang digunakan dapat

dianggap sesuatu yang tidak asing bagi persekitaran penulis dan pembaca. Selain itu,

orang yang menghasilkan sesuatu metafora, dalam konteks ini penulis novel,

mempunyai maksud supaya sesuatu korpus itu diinterpretasi secara metaforik.

Maksud tersebut dapat ditentukan kerana wujudnya tahap ketakkongruenan yang

tinggi antara topik dan imej dalam korpus tersebut.

2.12 Kesimpulan

Metafora adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu. Penggunaanya

berkait rapat dengan kepercayaan, sikap dan nilai masyarakat. Penerimaan berkait

dengan pengalaman bahasa dan ia bersifat realtif. Metafora adalah satu gaya bahasa

yang sangat indah, penuh dengan makna yang dirungkaikan menggunakan

perbandingan alam, objek, tumbuhan dan yang seerti dengannya yang dikaitkan atau

dihubungkan dengan sifat manusia, pengalaman, yang berkaitan. perasaan, perbuatan

dan sebagainya Metafora juga adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan 49

sesuatu mesej atau makna dalam bentuk teringkas, termudah, indah, puitis dan penuh

penceritaan. Jelaslah bahawa masyarakat Melayu khususnya sangat akrab dengan

metafora kerana penggunaannya yang kerap terutamanya dalam lisan dan bertulis

dalam bentuk persembahan, sesi dialog, ilmiah, perkongsian, pernyataan perasan dan

pengajaran

50

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan bagi mengumpul dan

menganalisis data yang dikaji. Kajian ini melihat dan menganalisis kekerapan

penggunaan metafora sebagai bahasa kiasan dalam novel. Menurut Bailey

(1984), metodologi merangkumi andaian dan nilai-nilai yang

menjadi dasar dalam membuat ulasan terhadap penyelidikan

ataupun kriteria yang digunakan oleh penyelidik untuk

mentafsirkan data dan membuat kesimpulan. Bab ini akan

menerangkan dan menghuraikan bagaimana kajian ini

dilestarikan. Aspek- aspek tertentu seperti prosedur

penyelidikan, kaedah penyelidikan, penganalisisan data dan takrif

bagi konsep-konsep yang terlibat bagi kajian ini akan dihuraikan

secara lebih mendalam.

3.2 Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah deskriptif dan usaha yang

dilakukan pada kajian deskriptif ini adalah mencipta keterangan, gambaran dan

penjelasan secara sistematis, fakta dan tepat mengenai makna metafora, yang

51

merupakan hasil transkripsi, interpretasi dan intertekstualisasi serta keterangan

struktur makna dan aktualisasi nilai-nilai falsafah metafora.

3.2.1 Kaedah Penyelidikan Perpustakaan

Menurut Mohd. Shaffie (1991:41), penyelidikan merupakan satu

unit yang berkesan yang boleh digunakan untuk menambahkan

lagi pengetahuan manusia. Kejayaan sesuatu penyelidikan

adalah bergantung kepada kaedah yang digunakan dan bagaimana

data penyelidikan itu dianalisis. Justeru, penyelidikan yang akan

dijalankan nanti melibatkan cara pengolahan bagi

mendapatkan penginterpretasian yang dikehendaki. Olahan

penyelidikan ini melibatkan pengumpulan data dan

seterusnya penganalisisan data dengan cara

mengaplikasikannya ke dalam peribahasa Melayu.

Supranto (1986:9) berpendapat bahawa penyelidikan

perpustakaan adalah penyelidikan yang dijalankan dengan

cara mengumpulkan data yang diperolehi dari sumber

perpustakaan. Penyelidikan perpustakaan agak berkesankerana

bahan-bahan dapat dikumpul dengan tepat, cepat serta boleh

dipercayai kesahihan datanya (Mouly: 1970). Sebab utama penulis

memilih kaedah ini adalah untuk mendapatkan maklumat dan

huraian yang lengkap tentang beberapa perkara seperti kosa

ilmu, definisi konsep dan beberapa tafsiran tentang 52

persoalan kajian. Penulis beranggapan sedemikian kerana Mohd.

Shaffie Abu Bakar (1991:41), mengatakan bahawa kaedah

penyelidikan perpustakaan merupakan salah satu teknik terbaik

yang digunakan oleh para penyelidik untuk mendapatkan data dan

bukti melalui rujukan yang dilakukan ke atas buku-buku dan

dokumentasi seperti jurnal, majalah, latihan ilmiah dan surat

khabar. Bahan-bahan yang dikumpulkan dijadikan sumber

utama untuk memproses maklumat yang penting terutamanya

dari segi mendapatkan hasil kajian lepas.

3.2.2 Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif sesuai dengan kajian yang bersifat

penerokaan(Crawford & Irving 2009). Sesuai dengan kajian yang bersifat

penerokaan dan analisis dokumen sebagai teknik kajian (Ahmad Naqiyuddin 2008a;

Neuman 2010). Menurut Bryman (2008), reka bentuk kajian adalah kerangka yang

diguna oleh sesebuah kajian bagi mengutip dan menganalisis data.

Strategi kajian ini pula adalah kajian kes. Manakala teknik kajian ini pula

adalahkombinasi

temu bual soalan terbuka  dan analisis kandungan dokumen. Kajian kualitatif melibatkan

penakulan induktif  bagi  memahami  situasi  tertentu  termasuk 

sejarah dan pengalaman individu (Trochim, 2006). Proses kajian kualitatif adalah

seperti dalam Rajah 4.2.

53

Prosesnya bermula dengan mengemukakan persoalan kajian yang umum,diikuti

dengan pemilihan subjek atau topik yang berkaitan. Proses seterusnya adalah pengu

mpan datayang berkaitan dengan topik. Hasil interpretasi data, teori atau konsep

sedia ada atau barudapat ditentukan. Proses ini berulang bagi memperkemas

persoalan kajian supaya persoalan yang jelas dan tepat dapat ditentukan.

Bagi tujuan menjawab  persoalan yang telah diperkemas, pengumpulan data lanjutan

perlu dilakukan. Setelah teori atau konsepdapat ditentukan dengan kukuh, proses

seterusnya iaitu penulisan temuan ataukesimpulan yang diperolehi.

Rajah 4.1 Reka bentuk kajian

54

Mengenalpasti Fenomena Yang Dikaji Metafora

(Kualitatif)

Memilih BahanYang Dikaji Novel (Analisis Kandungan Dokumen)

Mengenalpasti Teks Metafora Lakoff

(Kajian Kes)

Menganalisis Metafora Ontologikal

Rumusan

3.3 Persampelan Data

Sampel kajian ini ialah keseluruhan novel yang terdiri daripada 71 bab. Perkataan

atau frasa yang tergolong ke dalam bahasa kiasan yang dikaji adalah jenis metafora

ontologikal yang dipetik dan disenaraikan.

3.4 Data yang dikaji

Data yang dikaji ialah bahasa kiasan yang digunakan dalam novel Cinta Paling

Agung iaitu metafora. Jenis bahasa kiasan metafora ini dapat dikenalpasti secara

umumnya apabila sesuatu perkataan atau frasa itu tidak menunjukkan sebarang

perkaitan makna yang logic dengan perkataan atau frasa yang lain dalam ayat dan

makna perkataan atau frasa itu diambil daripada unsur-unsur kiasannya.

Secara lebih khususnya bahasa kiasan boleh dikenali dengan melihat ciri-ciri

perhubungannya dengan sesuatu objek yang dibandingkan bagi metafora (Morita,

1991).

Ciri perhubungan yang pertama yang membolehkan kita mengenal pasti metafora

ialah perhubungan yang menyerupai bentuk dan keadaan atau kedudukan sesuatu

objek yang dibandingkan itu.

3.5 Prosedur Kajian

Peringkat pertama menyenaraikan bahasa kiasan yang dikenal pasti digunakan dalam

teks sumber manakala peringkat kedua menganalisis teks tersebut.

3.6 Penganalisaan Data

55

Dalam proses penganalisaan data kajian, pengkaji menjalankan analisis berikut

secara kualitatif demi mencapai objektif kajian :

i. Mencari item yang mengandungi metafora dalam novel yang dipilih dengan

memastikan kewujudan sasaran (tenor) dan sumber (vehicle).

ii. Mengenal pasti penggolongan metafora.

iii. Menganalisis makna denotatif dan makna metafora item leksikal tersebut.

iv. Menerangkan item leksikal tersebut yang digunakan untuk menghasilkan makna

metafora.

Dalam langkah pertama, pengkaji mencari semua item leksikal bermetafora dalam

puisi berdasarkan sifat-sifat umum yang diterangkan dalam Bab 2. Dalam kajian ini,

item leksikal metafora ini berjaya dikenal pasti berpandukan 3 sifat umum yang

dibincangkan dalam Bab 2. Pertama, metafora berlaku apabila adanya pemindahan

persamaan di antara ketaksamaan, iaitu pemindahan nama daripada satu objek

kepada sesuatu objek yang berlainan yang disarankan oleh Aristotle (1968). Kedua,

kedua-dua objek itu akan bertindak satu sebagai sumber (vehicle) dan merujuk

kepada yang satu lagi yang merupakan sasaran (tenor) mengikut saranan Richards

(1936). Ketiga, bahasa kiasan simile dan personifikasi juga dimasukkan sebagai

metafora dalam kajian ini mengikut saranan Lakoff dan Johnson (1980).

Analisis data adalah berdasarkan Konsep metafora Lakoff dan Johnson (1980).

Pengolongan metafora yang disarankan oleh Lakoff dan Johnson (1980) terdiri

daripada metafora struktur, metafora orientasi dan metafora ontologikal termasuk

personifikasi. Walau bagaimanapun analisa data tertumpu pada metafora ontologikal

sahaja.

56

3.7 Kerangka Teori Kajian

Kerangka teori kajian dibentuk daripada integrasi beberapa pengetahuan yang

berasingan bagi tujuan menerangkan atau meramalkan sesuatu fenomena secara

sistematik (Wiersma, 1995) di samping memberi garis panduan bagi menjalankan

sesuatu penyelidikan. Kerangka teori ini juga boleh digunakan oleh penyelidik bagi

mensintesis dan menerangkan hasil sesuatu penyelidikan itu.

Rajah 5 kerangka teori Kajian

57

Kaedah Kajian

Kaedah Analis Data Analisis Kandungan Teks

Jenis Bahan Untuk Dianalisis Novel Cinta Paling Agung

Pemilihan Unit Analisis Metafora Ontologikal

Pemilihan Teori Teori Metafora Lakoff

Dapatan Kajian/Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan konsep kajian ini cuba membentuk kerangka teori yang

sesuai dengan tajuk kajian. 

Rajah 1 menunjukkan kerangka teori yang menunjukkan kajian keseluruhan novel

Cinta Paling Agung ini dengan menggunakan Teori Metafora Lakoff dengan

tumpuan terhadap metafora ontological

3.8 Kesimpulan

Bab ini memberi penerangan yang teliti tentang langkah-langkah yang diambil dalam

setiap proses kajian iaitu mulai peringkat pengumpulan data, pemilihan data

sehingga penganalisisan data. Bab ini juga membincangkan kaedah yang diguna bagi

menjawab persoalan kajian. Reka bentuk kajian yang dipilih, strategi kajian, teknik

kajian serta strategi analisis yang diguna  penyelidik  dijelaskan.  Pemilihan  kaedah

kajian   diadaptasi dari kajian lampau. Setelahkaedah dan teknik kajian yang sesuai

dikenal pasti dapat menjawab persoalan kajian, carian dokumen dilakukan

berdasarkan isu yang ditetapkan

  

.

58

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Metafora konsepsi yang diketengahkan oleh Lakoff dan Johnson (1980) menjadi

kriteria utama dalam bab ini. Metafora ontologikal menjadi fokus dalam analisa data.

Bab ini menyentuh tentang aspek-aspek terpenting dalam penghasilan kajian ini di

mana ia meliputi keputusan kajian, penganalisisan kajian serta perbincangan hasil

kajian. Penulis akan meneruskan perbincangan dalam bab ini dengan

menampilkan proses analisis yang diperolehi daripada data-data yang telah

dikumpul. Sepertimana yang telah dinyatakan pada bahagian awal lagi,

penganalisisan kajian ini adalah bergantung sepenuhnya kepada kajian yang

59

telah dijalankan dalam Metaphors We Live By oleh Lakoff & Johnson. Oleh itu,

penganalisisan data ini akan dibahagikan kepada beberapa peringkat perbincangan.

4.2 Dapatan Kajian

Analisis teks dalam novel akan memaparkan metafora ontologikal, yang

menerangkan cara kita memahami suatu pengalaman yang abstrak seperti peristiwa,

aktiviti, emosi dan idea berasaskan konsep yang lebih konkrit.

Penulis novel memuatkan unsur metafora di dalam novel ‘Cinta Paling Agung’

adalah bertujuan untuk memberikan keindahan kepada gaya bahasa novel tersebut.

Dalam novel Cinta Paling Agung karya Umie Nadzimah, terdapat banyak metafora

ontologikal seperti:

Dalam bab pertama: kalimah rasa lembut kop (Cinta Paling Agung, 2015: 5)

Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora ontologikal kerana rasa lembut

dianggap sebagai wujud untuk memotivasi tindakan atau keadaan. Pada kalimah ini

rasa lembut digunakan untuk menggambarkan keenakan iaitu biasanya digunakan

untuk menggambarkan suatu benda yang sedap atau nyaman tetapi akan menjadi

janggal kerana digunakan kepada benda seperti kopi.

Makna yang terkandung dalam kalimah adalah makna metaforik bukan makna literal

apabila dimaksudkan secara literal. Kalimah tersebut memiliki makna keenakan rasa

kopi.

60

Ontologikal (Objek atau sasaran) membahas keberadaan sesuatu yang bersifat

konkrit secara kritis. Pemahaman ontologikal meningkatkan pemahaman manusia

tentang sifat dasar pelbagai benda yang akhimya akan menentukan pendapat bahkan

keyakinannya mengenai apa dan bagaimana (yang) ada sebagaimana manifestasi

kebenaran yang dicarinya (Lakoff, 1980). Dengan kata lain, metafora berupaya

untuk menjelaskan sesuatu yang bersifat abstrak dengan sesuatu lain yang bersifat

lebih nyata. Selain itu, metafora juga berada pada sistem kognitif manusia kerana

metafora menunjukkan bagaimana fikiran mempersepsi atau membentuk kenyataan.

Kalimah ayat-ayat pedas (Cinta Paling Agung, 2015: 5) Kalimah ini termasuk ke

dalam jenis metafora ontologikal kerana ayat-ayat dianggap sebagai wujud untuk

memotivasi tindakan atau keadaan. Pada kalimah ini pedas digunakan untuk

menggambarkan kata-kata yang menyakitkan hati iaitu pedas biasanya digunakan

untuk menggambarkan suatu benda yang membuatkan rasa makanan pedas tetapi

akan menjadi janggal kerana digunakan kepada perkataan yang keluar dari mulut.

Pembinaan metefora berdasarkan pemilihan, penekanan dan pembentukkan ciri-ciri

pada subjek utama dengan mengimplikasikan pernyataan tentangnya yang

diaplikasikan kepada subjek kedua (Hamidah Abdul Hamid, 1995). Ciri utama pada

pertuturan Khairi digambarkan mengikut ciri-ciri yang biasanya terjadi pada subjek

kedua iaitu pedas yang menggambarkan perkataan yang kasar atau menyakitkan hati.

Ini selari dengan pernyataan I.A. Richards (1936), iaitu metafora terdiri daripada

subjek (literal) utama(primary) atau ‘tenor’ yang dinyatakan dalam bentuk subjek

‘secondary’ yang bersifat figuratif yang disebut ‘vehicle’. Dalam mengkaji makna

metafora dan hubungannya dengan makna, kita akan mendapati bahawa makna

metafora ini bergerak dari abstrak ke konkrit (harfiah). Masyarakat Melayu

61

mengungkap peribahasa dengan maksudnya yang tersendiri dan ini menggambarkan

kesistematisan konsep metafora di samping peribahasa itu. Pencipta-pencipta

peribahasa ini sangat kreatif dalam mencipta dan memilih kata yang sesuai dengan

cara berfikir orang-orang Melayu yang memang gemar berkias. Peribahasa ‘kaduk

naik junjung’ menggambarkan sesuatu yang abstrak. Pemilihan kata ‘kaduk’

menjelaskan tentang pemikiran masyarakat tradisional yang mengenali kaduk

sebagai tumbuhan liar. Jika kita bandingkan dengan zaman sekarang agar sukar

untuk melihat tumbuhan ini di bandar-bandar atau kampung-kampung melainkan

ditanam. Konsep kaduk adalah bagi menggambarkan sesuatu yang rendah nilainya.

Maksud sebenar peribahasa “kaduk naik junjung’ tidak tergambar secara harfiah

malah lebih kepada pembayang maksud. Jika dianalisa, peribahasa ini bermakna

sesuatu yang hina atau rendah nilainya menganggap dirinya sebagai mulia. Unsur

abstrak ‘kaduk naik junjung’ menjelaskan bahawa peribahasa juga adalah sejenis

metafora yang kaya dengan nilai-nilai perlambangan kerana kedua-dua kata iaitu

‘kaduk’ dan ‘junjung’ adalah abstrak.

Kalimah ingin sekali dia bertukar angin (Cinta Paling Agung, 2015: 10) Kalimah

ini termasuk ke dalam jenis metafora ontologikal kerana bertukar angin dianggap

sebagai wujud untuk memotivasi tindakan atau keadaan. Pada kalimah ini bertukar

angin digunakan untuk menggambarkan tindakan mengubah haluan fikiran yang

biasanya digunakan untuk menggambarkan berubah fikiran tetapi akan menjadi

janggal kerana unsur alam digunakan kepada manusia.

Penjenisan metafora Lakoff & Jonhson (1980) membahagikan metafora mengikut

aspek semantik kognitif seperti kesistematisan konsep metafora. Kesistematisan

metafora dalam menonjolkan atau menyembunyikan sesuatu aspek. Apa yang

62

digambarkan oleh penulis adalah perasaan Khairi yang ingin berubah tetapi tidak

diluahkan dengan kata-kata, Cuma bermain di fikiran sahaja.

Ini selari dengan pandangan Lakoff & Johnson (1980) yang menerangkan bagaimana

metafora dapat menonjolkan atau menyembunyikan sesuatu pengalaman hidup kita

dengan menggunakan metafora saluran ( conduit metaphor ) yang diperkenalkan

oleh (Michael Reddy, 1979). Pemerhatian Reddy terhadap bahasa manusia

memperlihatkan bahasa dapat distrukturkan kepada tiga aspek metafora yang

kompleks iaitu: - Idea atau makna adalah objek. - Ekspresi linguistik adalah

bekasnya (container). - Komunikasi akan menghantarnya. Metafora ini juga

memungkinkan bagi kita untuk memahami dan menjelaskan konsep-konsep yang

relatif abstrak berdasarkan pengalaman fizikal dan kepekaan kita tentang dunia iaitu

pengalaman dalam kehidupan.

Dalam kalimah ‘tekaknya yang perit membebel’ (Cinta Paling Agung, 2015: 11)

Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora ontologikal kerana yang perit

membebel’ dianggap sebagai wujud untuk peringatan atau pengajaran. Pada kalimah

ini membebel digunakan untuk menggambarkan mengubah haluan fikiran tetapi akan

menjadi janggal kerana unsur fizikal manusia telah diletakkan pada tempat yang

salah digunakan kepada manusia.

Hasil analisis data Ini selari dengan metafora yang disebutkan oleh Keraf

(1992:139) merupakan semacam analogi yang membandingkan dua perkara secara

langsung, tetapi dalam bentuk singkat: bunga bangsa, buaya darat, buah hati, cendera

mata, dan sebagainya. Sebagai bentuk perbandingan langsung, metafora tidak

mempergunakan kata: seperti, bak, bagai, bagaikan, dan sebagainya, sehingga pokok

pertama langsung dihubungkan dengan pokok kedua.

63

Apabila dalam sebuah metafora, kita masih dapat menentukan makna dasar dari

konotasinya sekarang, maka metafora itu masih hidup. Tetapi kalau kita tidak dapat

menentukan konotasinya lagi, maka metafora itu sudah mati.

Contoh : ”Perahu itu menggergaji ombak.”

”Mobilnya batuk-batuk sejak pagi tadi.”

”Pemuda-pemudi adalah bunga bangsa.

Kata-kata menggergaji, batuk-batuk, bunga dan bangsa masih hidup dengan makna

aslinya. Oleh sebab itu, penyimpangan makna seperti terdapat dalam kalimah-

kalimaht di atas merupakan metafora hidup. Namun, proses penyimpangan semacam

itu pada saat dapat membawa pengaruh lebih lanjut dalam perubahan makna kata.

Menurut Keraf kebanyakan perubahan makna kata mula-mula karena

metafora.Senada dengan Beekman dan Callow, Parera (2004:119) mengatakan salah

satu unsur metafora adalah kemiripan dan kesamaan tanggapan pancaindera. Struktur

metafora utama yang utama ialah (1) topik yang dibicarakan; (2) citra atau topik

kedua; (3) titik kemiripan atau kesamaan. Hubungan antara topik atau citra dapat

bersifat objektif dan emotif. Berdasarkan pilihan citra yang dipakai oleh pemakai

bahasa dan para penulis di pelbagai bahasa, pilihan citra oleh Ulmann (1977) dan

Parera (2004:119) dibezakan atas empat kelompok, iaitu (1) metafora bercitra

antropomorfik, (2) metafora bercitra haiwan, (3) metafora bercitra abstrak ke

konkrit, (4) metafora bercitra sinestesia atau pertukaran tanggapan/persepsi indra.

Dalam Bab dua daripada kalimah ‘Bikin luruh segala iman di dada’ (Cinta Paling

Agung, 2015: 14) Merupakan metafora ontologikal kerana luruh menggambarkan

keadaan yang gugur kerana sudah masak atau sampai masanya. Kalimah tersebut

tersirat perbandingan yang tidak biasa iaitu perbandingan antara luruh dengan

64

sesuatu yang memiliki sebuah rasa dan memiliki sebuah tingkat kesulitan dan tidak

dapat dimaknai secara harafiah atau literal. Kalimah tersebut akan terasa janggal

apabila dimaksudkan sebagai ‘luruh segala iman di dada’ layaknya sebatang pokok.

Kalimah‘muka sekupang’ (Cinta Paling Agung, 2015: 18) Merupakan metafora

ontologikal kerana sekupang menggambarkan mata wang yang digunakan pada

zaman dahulu yang mempunyai nilai yang rendah. Kalimah tersebut tersirat

perbandingan yang tidak biasa iaitu perbandingan anggota fizikal manusia. Kalimah

tersebut akan terasa janggal apabila dimaksudkan dengan perwatakan manusia

kerana boleh menjejaskan maruah.

Sajak “Bahtera Hidup membawa pesan dan peringatan agar manusia berhati-hati. Mesej puisi ini adalah selaras dengan prinsip Teori Pengkaedahan Melayu, yang melihat sastera sebagai penciptaan yang membawa manfaat dan kebaikan. Perjalanan menyeberang lautmerepresentasi perjalanan ruh untuk pulang ke negeri asal atau negeri yang abadi. Di dalam perjalanan itu ruh akan diganggu oleh Iblis yang sentiasa mencuba untuk menggagal dan menyesatkannya. Gangguan-gangguan ini digambarkan sebagai badai dan gelombang yang cuba menenggelamkan bahtera hidup. Pada pandangan penyair, penyelamat manusia yang utama ialah akal fikiran. Oleh itu manusia harus mempertajamkan minda di dalam mengendali pelayaan. Suatu pelayaran yang dikendalikan oleh seorang nakhoda yang bijak dan dapat menggunakan akal fikirannya akan selamat sampai ke destinasi. Dalam sajak ini terdapat beberapa buah metafora yang terbina dari alam lautan dan pelayaran. Tiga contoh ialah ‘bahtera hidup’, ‘kemudi iman’, ‘gelombang dugaan’. Sementara di dalam Sungai Hayat terdapat metafora ‘sampan harapan’. Empat metafora ini dicipta dengan cara mencantumkan objek konkrit dengan objek abstrak. Kata bahtera digandingkan dengan hidup , kata kemudi digandingkan dengan dengan iman, gelombangdicantumkan dengan dugaan dan sampan digandingkan dengan harapan.. Semua lapan perkataan yang terlibat ialah kata nama. Tetapi bila dua kata berganding menjadi metafora, maka satu perkataan akan bertukar menjadi katasifat yang berfungsi menerangkan tentang perkataan yang yang lain. Yang hendak disampaikan ialah perihal perkataan yang kedua. Di sini bahtera menerangkan tentang hidup, iaitu hidup adalah

65

umpama menaiki bahtera.Setiap orang mesti menjaga bahteranya kerana bahtera yang tenggelam di lautan adalah seperti sebuah kehidupan yang musnah. Kemudi menjadi katasifat yang menerangkan tentang iman, iaitu iman adalah seperti kemudi yang menjaga sesebuah pelayaran. Kemudi menetapkan hala dan arah pelayaran sementara iman akan memandu tiap insan ke jalan yang benar. Kata gelombang memberi keterangan kepada dugaan iaitu segala dugaan di dalam hidup ini akan datang sebagaimana seorang pelayar akan menempuh gelombang di dalam pelayarannya. Gelombang akan menyukarkan pelayaran begitu juga dugaan akan memberi kesukaran kepada seseorang. ‘Sampan harapan’ merupakan metafora yang cantik, menyatakanSajak “Bahtera Hidup membawa pesan dan peringatan agar manusia berhati-hati. Mesej puisi ini adalah selaras dengan prinsip Teori Pengkaedahan Melayu, yang melihat sastera sebagai penciptaan yang membawa manfaat dan kebaikan. Perjalanan menyeberang lautmerepresentasi perjalanan ruh untuk pulang ke negeri asal atau negeri yang abadi. Di dalam perjalanan itu ruh akan diganggu oleh Iblis yang sentiasa mencuba untuk menggagal dan menyesatkannya. Gangguan-gangguan ini digambarkan sebagai badai dan gelombang yang cuba menenggelamkan bahtera hidup. Pada pandangan penyair, penyelamat manusia yang utama ialah akal fikiran. Oleh itu manusia harus mempertajamkan minda di dalam mengendali pelayaan. Suatu pelayaran yang dikendalikan oleh seorang nakhoda yang bijak dan dapat menggunakan akal fikirannya akan selamat sampai ke destinasi. Dalam sajak ini terdapat beberapa buah metafora yang terbina dari alam lautan dan pelayaran. Tiga contoh ialah ‘bahtera hidup’, ‘kemudi iman’, ‘gelombang dugaan’. Sementara di dalam Sungai Hayat terdapat metafora ‘sampan harapan’. Empat metafora ini dicipta dengan cara mencantumkan objek konkrit dengan objek abstrak. Kata bahtera digandingkan dengan hidup , kata kemudi digandingkan dengan dengan iman, gelombangdicantumkan dengan dugaan dan sampan digandingkan dengan harapan.. Semua lapan perkataan yang terlibat ialah kata nama. Tetapi bila dua kata berganding menjadi metafora, maka satu perkataan akan bertukar menjadi katasifat yang berfungsi menerangkan tentang perkataan yang yang lain. Yang hendak disampaikan ialah perihal perkataan yang kedua. Di sini bahtera menerangkan tentang hidup, iaitu hidup adalah umpama menaiki bahtera.Setiap orang mesti menjaga bahteranya kerana bahtera yang tenggelam di lautan adalah seperti sebuah kehidupan yang musnah. Kemudi menjadi katasifat yang menerangkan tentang iman, iaitu iman adalah seperti kemudi yang menjaga sesebuah pelayaran. Kemudi menetapkan hala dan arah pelayaran sementara iman akan memandu tiap insan ke jalan yang benar. Kata gelombang memberi

66

keterangan kepada dugaan iaitu segala dugaan di dalam hidup ini akan datang sebagaimana seorang pelayar akan menempuh gelombang di dalam pelayarannya. Gelombang akan menyukarkan pelayaran begitu juga dugaan akan memberi kesukaran kepada seseorang. ‘Sampan harapan’ merupakan metafora yang cantik, menyatakanDalam sajak ini terdapat beberapa buah metafora yang terbina dari alam lautan dan pelayaran. Tiga contoh ialah ‘bahtera hidup’, ‘kemudi iman’, ‘gelombang dugaan’. Sementara di dalam Sungai Hayat terdapat metafora ‘sampan harapan’. Empat metafora ini dicipta dengan cara mencantumkan objek konkrit dengan objek abstrak. Kata bahtera digandingkan dengan hidup , kata kemudi digandingkan dengan dengan iman, gelombangdicantumkan dengan dugaan dan sampan digandingkan dengan harapan.. Semua lapan perkataan yang terlibat ialah kata nama. Tetapi bila dua kata berganding menjadi metafora, maka satu perkataan akan bertukar menjadi katasifat yang berfungsi menerangkan tentang perkataan yang yang lain. Yang hendak disampaikan ialah perihal perkataan yang kedua. Di sini bahtera menerangkan tentang hidup, iaitu hidup adalah umpama menaiki bahtera.Setiap orang mesti menjaga bahteranya kerana bahtera yang tenggelam di lautan adalah seperti sebuah kehidupan yang musnah. Kemudi menjadi katasifat yang menerangkan tentang iman, iaitu iman adalah seperti kemudi yang menjaga sesebuah pelayaran. Kemudi menetapkan hala dan arah pelayaran sementara iman akan memandu tiap insan ke jalan yang benar. Kata gelombang memberi keterangan kepada dugaan iaitu segala dugaan di dalam hidup ini akan datang sebagaimana seorang pelayar akan menempuh gelombang di dalam pelayarannya. Gelombang akan menyukarkan pelayaran begitu juga dugaan akan memberi kesukaran kepada seseorang. ‘Sampan harapan’ merupakan metafora yang cantik, menyatakanDalam sajak ini terdapat beberapa buah metafora yang terbina dari alam lautan dan pelayaran. Tiga contoh ialah ‘bahtera hidup’, ‘kemudi iman’, ‘gelombang dugaan’. Sementara di dalam Sungai Hayat terdapat metafora ‘sampan harapan’. Empat metafora ini dicipta dengan cara mencantumkan objek konkrit dengan objek abstrak. Kata bahtera digandingkan dengan hidup , kata kemudi digandingkan dengan dengan iman, gelombangdicantumkan dengan dugaan dan sampan digandingkan dengan harapan.. Semua lapan perkataan yang terlibat ialah kata nama. Tetapi bila dua kata berganding menjadi metafora, maka satu perkataan akan bertukar menjadi katasifat yang berfungsi menerangkan tentang perkataan yang yang lain. Yang hendak disampaikan ialah perihal perkataan yang kedua. Di sini bahtera menerangkan tentang hidup, iaitu hidup adalah umpama menaiki bahtera.Setiap orang mesti menjaga bahteranya kerana bahtera yang tenggelam di lautan adalah seperti sebuah kehidupan yang musnah. Kemudi menjadi

67

katasifat yang menerangkan tentang iman, iaitu iman adalah seperti kemudi yang menjaga sesebuah pelayaran. Kemudi menetapkan hala dan arah pelayaran sementara iman akan memandu tiap insan ke jalan yang benar. Kata gelombang memberi keterangan kepada dugaan iaitu segala dugaan di dalam hidup ini akan datang sebagaimana seorang pelayar akan menempuh gelombang di dalam pelayarannya. Gelombang akan menyukarkan pelayaran begitu juga dugaan akan memberi kesukaran kepada seseorang. ‘Sampan harapan’ merupakan metafora yang cantik, menyatakanDalam sajak ini terdapat beberapa buah metafora yang terbina dari alam lautan dan pelayaran. Tiga contoh ialah ‘bahtera hidup’, ‘kemudi iman’, ‘gelombang dugaan’. Sementara di dalam Sungai Hayat terdapat metafora ‘sampan harapan’. Empat metafora ini dicipta dengan cara mencantumkan objek konkrit dengan objek abstrak. Kata bahtera digandingkan dengan hidup , kata kemudi digandingkan dengan dengan iman, gelombangdicantumkan dengan dugaan dan sampan digandingkan dengan harapan.. Semua lapan perkataan yang terlibat ialah kata nama. Tetapi bila dua kata berganding menjadi metafora, maka satu perkataan akan bertukar menjadi katasifat yang berfungsi menerangkan tentang perkataan yang yang lain. Yang hendak disampaikan ialah perihal perkataan yang kedua. Di sini bahtera menerangkan tentang hidup, iaitu hidup adalah umpama menaiki bahtera.Setiap orang mesti menjaga bahteranya kerana bahtera yang tenggelam di lautan adalah seperti sebuah kehidupan yang musnah. Kemudi menjadi katasifat yang menerangkan tentang iman, iaitu iman adalah seperti kemudi yang menjaga sesebuah pelayaran. Kemudi menetapkan hala dan arah pelayaran sementara iman akan memandu tiap insan ke jalan yang benar. Kata gelombang memberi keterangan kepada dugaan iaitu segala dugaan di dalam hidup ini akan datang sebagaimana seorang pelayar akan menempuh gelombang di dalam pelayarannya. Gelombang akan menyukarkan pelayaran begitu juga dugaan akan memberi kesukaran kepada seseorang. ‘Sampan harapan’ merupakan metafora yang cantik, menyatakanDalam novel ini terdapat beberapa buah metafora yang terbina dari alam material

atau objek. Metafora ini dicipta dengan cara mencantumkan objek konkrit dengan

objek abstrak. Kata muka digandingkan dengan sekupang. Perkataan yang terlibat

ialah kata sifat. Tetapi apabila dua kata berganding menjadi metafora, maka satu

perkataan akan bertukar menjadi katasifat yang berfungsi menerangkan tentang

perkataan yang yang lain. Yang hendak disampaikan ialah perihal perkataan yang

kedua. Di sini muka menerangkan tentang situasi, iaitu perasaan yang tidak tahu

68

malu atau selamba.Setiap orang mempunyai maruah dalam kehidupan. Sekupang

menjadi kata sifat yang menerangkan tentang perasaan, iaitu perasaan inilah yang

akan menentukan sama ada maruah terjaga atau sebaliknya. Metafora yang

diperkatakan di atas adalah cantuman kata nama konkrit dan kata nama abstrak yang

jelas tergolong dalam metafora ontologikal yang dipopularkan (Lakoff, 1980).

69

 

Kalimah‘kaki surau’ (Cinta Paling Agung, 2015: 23) Merupakan metafora

ontologikal kerana kaki surau menggambarkan orang yang rajin dan suka pergi ke

masjid untuk beribadat. Kalimah tersebut tersirat perbandingan yang tidak biasa iaitu

perbandingan anggota fizikal manusia. Kali digunakan terhadap objek fizikal iaitu

masjid atau tempat beribadat.

Penulis novel telah menjelaskan adanya penggunaan penciptaan metafora yang

menghubungkan unsur alam dan manusia seperti „kaki pagi‟, „lambaian senja‟ dan

lain-lain lagi. Penulis novel telah menjelaskan adanya penggunaan penciptaan

metafora yang menghubungkan unsur alam dan manusia seperti „kaki pagi‟,

lambaian senja‟ dan lain-lain lagi Zurinah Hassan (2001). Menurutnya lagi Gian

Battista Vico, seorang ahli falsafah Itali menyifatkan kaedah pembinaa metafora

seperti ini sebagai „anthopomorphic metaphore”. Kenyataan itu dikukuhkan lagi

dengan ulasan Ullman & Stephen ( 1966:84), “ expressions reffering to inaminate

objects formed by transfers from the body and its part, from human sense and human

passions.” Justeru itu antara sedar atau tidak banyak novel tempatan menggunakan

kaedah bahasa metafora dalam penulisan.

Dalam bab tiga, kalimah ‘cinta itu terus terbang melayang’ (Cinta Paling Agung,

2015: 29) Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora ontologikal kerana terbang

melayang’dianggap sebagai wujud untuk menggambarkan suasana penuh kecintaan

antara manusia. Pada kalimah ini cinta itu digunakan untuk menggambarkan

perasaaan sayang iaitu biasanya digunakan untuk menggambarkan suatu benda yang

sedang terbang seperti burung tetapi akan menjadi janggal kerana digunakan kepada

benda abstrak seperti kasih saying yang wujud dalam percintaan.

70

Dalam bab lima kalimah ‘keluar membanjiri pipi’ (Cinta Paling Agung, 2015: 39)

Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora ontologikal kerana keluar membanjiri

pipi’dianggap sebagai wujud untuk menunjukkan perasaan yang teramat sangat.

Pada kalimah ini keluar membanjiri digunakan untuk menggambarkan perasaan

kecewa tetapi akan menjadi janggal kerana unsur alam telah diletakkan pada tempat

yang salah digunakan kepada manusia.

‘Keluar‘ dan membanjiri pipi ‘ memperlihatkan satu kaedah penciptaan metafora di

mana unsur alam dan manusia telah dihubungkan. Keluar membanjiri pipi’ ‘ terhasil

dari tindakan memberikan anggota badan dan deria rasa manusia kepada sesuatu

konsepsi atau objek yang tidak bernyawa. Ahli falsafah Itali Giambattista Vico

menyifatkan kaedah pembinaan metafora seperti ini sebagai anthropomorphic

metaphore . Beliau menulis tentang metafora jenis ini sebagai - expressions referring

to inanimate objects formed by transfers from the human body and its parts, from

human senses and human passions (Ullmann, 1997) .

Kalimah‘rumah itu amat melemaskan’: (Cinta Paling Agung, 2015: 43) ini termasuk

ke dalam jenis metafora ontologikal kerana amat melemaskan’ dianggap sebagai

wujud untuk menyatakan suasana yang tidak selesa. Pada kalimah ini melemaskan

digunakan untuk menggambarkan keadaan terdesak yang biasanya digunakan untuk

menggambarkan peristiwa tragis tetapi akan menjadi janggal kerana unsur alam

digunakan kepada objek seperti rumah.

Dalam bab tujuh kalimah ‘lelaki second-hand’: (Cinta Paling Agung, 2015: 54)

unsur metafora adalah pada ungkapan “lelaki second-hand” yang merupakan

metafora ontologikal, iaitu yang menggambarkan idea abstrak “second hand” sebagai

objek abstrak tidak boleh diukur secara tepat nilainya teradap manusia.

71

Dalam bab tiga belas kalimah ‘cakap siang pandang-pandang’: (Cinta Paling

Agung, 2015: 97) Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora ontologikal kerana

cakap siang pandang-pandang’ dianggap sebagai wujud untuk menggambarkan

suasana kerahsiaan kepada masyarakat. Pada kalimah ini cakap siang’ digunakan

untuk menggambarkan percakapan yang perlu dilakukan secara berhati-hati supaya

rahsia tidak terbongkar tetapi akan menjadi janggal kerana digunakan kepada benda

abstrak seperti siang. Dalam hal ini kita hendaklah berhati-hati apabila menuturkan

sesuatu perkara terutama yang melibatkan masalah keluarga, supaya masalah

keluarga tidak diketahui oleh orang lain. Oleh itu, jelaslah ia dapat dikaitkan dengan

teori Lakoff dan Johnson (1980) menegaskan bahawa metafora wujud dalam

kehidupan seharian manusia melalui bahasa, pemikiran dan tindakan manusia.

Kalimah ‘kalau dah daun pintu terkangkang’(Cinta Paling Agung, 2015: 97).

Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora ontologikal kerana terkangkang’’

dianggap sebagai wujud untuk menggambarkan suasana yang melampau atau kasar

dalam perbuatan. Pada kalimah ini daun pintu digunakan untuk menggambarkan

tiada lagi kerahsiaan yang wujud tetapi akan menjadi janggal kerana digunakan

kepada sifat yang ada pada manusia digunakan pada unsur alam.

Dalam bab empat belas kalimah ‘sedikit sebanyak telah membuka pekung rumah

tangga (Cinta Paling Agung, 2015: 107)

Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora ontologikal kerana membuka pekung

rumah tangga’’ dianggap sebagai suasana yang mengaibkan diri sendiri dan

keluarga. Pada kalimah ini membuka pekung digunakan untuk menggambarkan

keaiban yang wujud tetapi akan menjadi janggal kerana digunakan kepada sifat yang

ada pada manusia digunakan pada objek fizikal secara melampau.

72

Pengalaman kita dengan objek-objek fizikal telah memberikan suatu input bagi

metafora ontologikal.Ia meliputi cara untuk memerhatikan sesuatu aspek atau

perkara, aktiviti, emosi dan idea yangberkaitan dengan entiti dan bahan-bahan

(Lakoff dan Johnson, 1980).

Metafora ontologikal terdiri daripada pelbagai tujuan dan pelbagai jenis metafora

yang menggambarkan tujuan-tujuan tersebut. Merujuk kepada metafora yang

diberikan, pengalaman yang dialami adalah keseronokan dan ketenangan apabila

mendengar irama alam. Objek fizikal yang diketengahkan adalah rumah tangga.

Mentafora ontologikalnya adalah rahsia rumah tangga yang berlaku.

Dalam bab lima belas kalimah ‘darjah kemarahan menjulang tinggi’ (Cinta Paling

Agung, 2015: 114). Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora ontologikal

kerana kemarahan menjulang tinggi’ dianggap sebagai wujud untuk menunjukkan

perasaan yang meluap-luap. Pada kalimah ini darjah kemarahan digunakan untuk

menggambarkan tahap perasaan manusia yang sedang marah tetapi akan menjadi

janggal kerana unsur alam digunakan kepada manusia.

Dalam bab lapan belas: kalimah ‘lupakan rencana poligaminya’(Cinta Paling

Agung, 2015: 134), unsur metafora adalah pada ungkapan “rencana poligaminya’

yang merupakan metafora ontologikal, iaitu yang menggambarkan unsur abstrak

“rencana” sebagai objek abstrak yang boleh tidak boleh diukur secara tepat nilainya

teradap manusia.

Dalam bab sembilan belas kalimah ‘terhiris-hiris hatinya diperlakukan begitu’

(Cinta Paling Agung, 2015: 140). Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora

ontologikal kerana terhiris-hiris hatinya dianggap sebagai wujud untuk

menunjukkan perasaan yang terluka. Pada kalimah ini terhiris-hiris hatinya

73

diperlakukan begitu’ digunakan untuk menggambarkan tahap perasaan manusia yang

kecewa tetapi akan menjadi janggal kerana unsur abstrak digunakan kepada manusia.

Dalam bab dua puluh kalimah‘semalam kamu printkan tip tu’ (Cinta Paling Agung,

2015: 146). Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora ontologikal kerana kamu

printkan tip dianggap sebagai wujud untuk menunjukkan tindakan yang dapat

dijadikan panduan. Pada kalimah ini semalam digunakan untuk menggambarkan

suasana atau masa tetapi akan menjadi janggal kerana unsur alam digunakan kepada

unsur abstrak.

Dalam bab dua puluh satu kalimah ‘dia tidak dapat mengikis wajah yang satu ini’

(Cinta Paling Agung, 2015: 151). Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora

ontologikal kerana mengikis wajah dianggap sebagai wujud untuk menunjukkan

perasaan yang tidak dapat dilupakan. Pada kalimah ini mengikis wajah yang satu

digunakan untuk menggambarkan tahap perasaan manusia yang tetapi akan menjadi

janggal kerana unsur abstrak digunakan kepada manusia.

Dalam bab dua puluh tujuh ‘perutnya teruk berdondang sayang’ (Cinta Paling

Agung, 2015: 195). Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora ontologikal

kerana berdondang sayang’ dianggap sebagai wujud untuk menggambarkan keadaan

yang lapar. Pada kalimah ini perutnya teruk berdondang sayang’digunakan untuk

menggambarkan keadaan lapar tetapi akan menjadi janggal kerana unsur abstrak

gunakan kepada manusia.

Dalam bab tiga puluh ‘sang matahari mula bosan dengan sikap-sikap manusia’

(Cinta Paling Agung, 2015: 218) dan ‘matahari yang menyinari hidupnya’ (Cinta

Paling Agung, 2015: 219). Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora

74

ontologikal kerana sang matahari mula bosan dianggap sebagai wujud untuk

menunjukkan tindakan tidak mengenang budi. Pada kalimah ini matahari mula

bosan digunakan untuk menggambarkan suasana tidak berpuas hati tetapi akan

menjadi janggal kerana unsur alam digunakan kepada unsur manusia.

Lakoff (1993) menyatakan bahawa metafora itu adalah satu konsep dasar yang

wujud dalam pemikiran dan bahasa. Beliau membahagikan metafora itu kepada 2

tahap iaitu tahap temurun (generic-level) dan tahap khusus (specificlevel) . Metafora

pada tahap temurun merupakan metafora yang tidak ada sempadan budaya. Metafora

pada tahap ini menyampaikan makna melalui konsep. Contohnya: “matahari

bersinar” memberi konsep “harapan” kepada orang ramai. Ini disebabkan matahari

terbit pada pagi setiap hari di mana pagi itu merupakan permulaan bagi setiap hari

(Lakoff, 1993: 230-238).

Menurut Dharmawijaya(1979). Penggunaan unsur alam dapat memberi keindahan

dan kepuitisan dalam penulisan. Pemilihan kata berunsurkan alam dapat

mempengaruhi minda pembaca agar lebih memahami dan menjiwai maksud puisi.

Sebagai contoh,‘Badai beban waktu’  yang merupakan salah satu metafora dalam 

puisi yang menggambarkan keadaaan yang penuh pancaroba. Badai adalah

bermaksud taufan atau ribut digambarkan sebagai kesusahan atau masalah yang

sedang menimpa. Begitu juga dengan kata-kata ‘pohon kesabaran’. Pohon adalah

tumbu-tumbuhan yang dikaitkan dengan kesabaran. Sementara kesabaran adalah

gambaran sesuatu yang abstrak. Secara harfiahnya adalah pohon adalah pokok dan

merupakan benda yang konkrit, namun apabila ditambah dengan kata kesabaran,

frasa ini sudah menjadi suatu yang tersirat dan perlu dihuraikan maknanya. Ini dapat

dikaitkan dengan teori Lakoff dan Johnson (1980) menegaskan bahawa metafora

75

wujud dalam kehidupan seharian manusia melalui bahasa, pemikiran dan tindakan

manusia.

Dalam bab tiga puluh satu ‘dia menganyam angan untuk sehidup semati’ (Cinta

Paling Agung, 2015: 226). Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora

ontologikal kerana dia menganyam angan dianggap sebagai wujud untuk

menunjukkan matlamat tertentu. Pada kalimah ini dia menganyam angan untuk

sehidup semati’ digunakan untuk menggambarkan tahap cita-cita untuk sehidup

semati tetapi akan menjadi janggal kerana unsur abstrak digunakan kepada manusia.

Dalam bab tiga puluh tiga ‘singki saja yang nak minum air buatan tangannya’

(Cinta Paling Agung, 2015: 239). Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora

ontologikal kerana singki saja yang nak minum air” dianggap sebagai suasana yang

menunjukkan ego yang tinggi iaitu tidak ada yang sudi untuk minum air minuman

yang dibuat. Pada kalimah ini singki saja yang nak minum air buatan tangannya’

akan menjadi janggal kerana digunakan kepada sifat yang ada pada manusia

digunakan pada objek fizikal secara melampau.

Dalam bab empat puluh ’dia juga punya aura menikam maut’ (Cinta Paling Agung,

2015: 299). Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora ontologikal kerana ’dia

juga punya aura dianggap sebagai wujud untuk melahirkan suatu tindakan atau

keadaan. Pada kalimah ini menikam maut’ digunakan untuk menggambarkan kata-

kata yang menyakitkan hati iaitu menikam maut’ biasanya digunakan untuk

menggambarkan suatu benda iaitu perkataan yang menyakitkan tetapi akan menjadi

janggal kerana entiti manusia digunakan kepada unsur abstrak.

Kalimah ’Hanya lantai itu yang mungkin memahami perasaan dia’ (Cinta Paling

Agung, 2015: 301). Dalam petikan di atas, unsur metafora adalah pada ungkapan

“’Hanya lantai itu’ yang merupakan metafora ontologikal, iaitu yang

76

menggambarkan tidak ada yang sudi mendengar luahan seseorang. Unsur abstrak

“yang mungkin memahami perasaan dia’” sebagai objek abstrak yang tidak boleh

diukur secara tepat nilainya digunakan teradap manusia.

Kalimah’keruh wajahnya jangan dikira’ (Cinta Paling Agung, 2015: 309). Kalimah

ini termasuk ke dalam jenis metafora ontologikal kerana wajahnya jangan dikira’

dianggap sebagai wujud untuk menunjukkan perasaan yang gundah-gulana. Pada

kalimah ini ’keruh digunakan untuk menggambarkan tahap perasaan manusia yang

sedang berduka tetapi akan menjadi janggal kerana unsur alam digunakan kepada

manusia.

Kalimah ‘alih-alih kena basuh cukup-cukup dengan papa’ (Cinta Paling Agung,

2015:312). Dalam petikan di atas, unsur metafora adalah pada ungkapan alih-alih

kena basuh yang merupakan metafora ontologikal, iaitu yang menggambarkan

seseorang yang suka membuli dengan kata-kata. Unsur abstrak “kena basuh cukup-

cukup dengan papa’ sebagai objek abstrak yang tidak boleh diukur secara tepat

nilainya digunakan teradap manusia.

Dalam bab empat puluh tiga kalimah ‘anak gadis yang berwajah kelat dan masam

mencuka’(Cinta Paling Agung, 2015: 321). Merupakan metafora ontologikal kerana

berwajah kelat menggambarkan keadaan raut muka yang penuh dengan persoalan.

Kalimah tersebut tersirat perbandingan yang tidak biasa iaitu perbandingan antara

kelat dengan sesuatu yang memiliki sebuah rasa dan memiliki sebuah tingkat

kesulitan dan tidak dapat dimaknai secara harfiah atau literal. Kalimah tersebut akan

terasa janggal apabila dimaksudkan sebagai ‘berwajah kelat dan masam mencuka’

layaknya untuk buah-buahan.

Dalam bab empat puluh empat ‘permata yang indah itu dibiar kering-kontang tanpa

pengisian rohani’ (Cinta Paling Agung, 2015: 336). Ungkapan yang

77

menggambarkan seseorang yang berilmu pengetahuan tetapi tidak menggunakan

ilmu untuk beramal yang di rasai apabila kita dengannya. Ia menyentuh persoalan

jiwa secara semulajadi.

Merujuk kepada metafora yang diberikan, pengalaman yang dialami adalah

mempunyai ilmu pengetahuan tetapi tidak menggunakan ilmu untuk diri sendiri dan

mempersia-siakan peluang yang ada. Objek fizikal yang diketengahkan adalah alam

semulajadi. Mentafora ontologikalnya adalah jiwa yang berilmu tetapi tidak beramal

dengan ilmu tersebut.

Dalam bab lima puluh lima ‘Amyza tayang wajah tercegang-cegang.’ (Cinta Paling

Agung, 2015: 428). Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora ontologikal

kerana tayang wajah dianggap sebagai wujud untuk menunjukkan matlamat tertentu.

Pada kalimah ini tercegang-cegang digunakan untuk menggambarkan tahap

kehairanan tetapi akan menjadi janggal kerana unsur abstrak digunakan kepada

manusia.

Dalam bab lima puluh tujuh ‘makan hati dan menjeruk rasa dengan senyuman

sinis’(Cinta Paling Agung, 2015: 443). Merupakan metafora ontologikal kerana

makan hati menggambarkan perasaan seseorang yang tersentuh perasaannya.

Kalimah tersebut tersirat perbandingan yang tidak biasa iaitu perbandingan antara

menjeruk rasa dengan senyuman sinis’ dan tidak dapat dimaknai secara harfiah atau

literal. Kalimah tersebut akan terasa janggal apabila dimaksudkan sebagai unsur

abstrak digunakan kepada manusia.

Dalam bab lima puluh sembilan ‘lelaki beku yang tidak berperasaan’(Cinta Paling

Agung, 2015: 459). Kalimah ‘beku’ merupakan suatu objek tidak bernyawa yang

diberikan sifat perorangan di mana beku di sini dikatakan sebagai manusia yang

78

sukar berubah dan sukar menjiwai seseorang. Kalimah beku tersebut akan terasa

janggal apabila dimaksudkan sebagai unsur abstrak digunakan kepada manusia.

Dalam bab enam puluh ‘jika datang angin memberontak, tak kira siapa(Cinta

Paling Agung, 2015: 468). Kalimah ini termasuk ke dalam jenis metafora

ontologikal kerana datang angin memberontak dianggap sebagai wujud untuk

menunjukkan perasaan yang meluap-luap. Pada kalimah ini jika datang angin

memberontak digunakan untuk menggambarkan tahap perasaan manusia yang

sedang marah tetapi akan menjadi janggal kerana unsur alam digunakan kepada

manusia. Menurut Lakoff dan Johnson (1980), kebanyakkan sistem konseptual biasa

kita dari segi kita berfikir,bertindak dan bertutur tersusun secara metafora. Ini

bermakna konsep metafora berperanan untuk menyusun keseluruhan medan

pengalaman berdasarkan medan lain. angin memberontak merupakan metafora yang

digunakan dalam ayat ini. Ciri-ciri yang terdapat pada subjek utama yakni angin

diaplikasikan pada kehidupan untuk memerikan lagi kesannya. Biasanya masyarakat

menyebut angin kencang. Angin adalah sesuatu  yang konkrit, boleh dilihat dan

biasanya diketahui oleh masyarakat yang berkaitan dengan keadaan ribut dan

memberontak pula bersifat abstrak kerana dalam kehidupan adalah sesuatu yang

biasa dilalui oleh seseorang semasa hayatnya. Masyarakat yang rata-ratanya sudah

tentunya maklum akan maksud angin itu. Dengan yang demikian, metafora

mengimplikasikan pernyataan tentang objek-objek yang dilihat melalui kanta

istimewa. Sebenarnya ia dikiaskan kepada rintangan dan cabaran  yang perlu

ditempuhi oleh manusia untuk mencapai sesuatu yang dihajati agar meraih kejayaan

pada masa hadapan. Seseorang yang inginkan kejayaan sama ada  dalam pelajaran,

pekerjaan dan alam rumah tangga perlulah berusaha bersungguh-sungguh kerana

kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Kiasan di atas juga menasihati

79

masyarakat supaya jangan mudah kecewa dan berputus asa sekiranya mengalami

kegagalan kerana lumrah kehidupan akan menghadapi pelbagai halangan dan

rintangan sebelum berjaya dalam kehidupan masing-masing. Oleh itu setiap cabaran

perlulah dihadapi dengan hati yang terbuka dan usahlah mengeluh dan hendaklah

mengawal keadaan dalam keadaan marah. Kesabaran adalah penting kerana ia tiang

agama seseorang. 

4.4 Kesimpulan

Berdasarkan analisis terhadap 34 data yang diambil dar i  novel  Cinta Pal ing

Agung in i , didapati metafora ontologikalnya mudah dijumpai berbanding

metafora yang lain. Penggunaan metafora ontologikal ini selalu digunakan kerana

metafora ini mudah dan menjadikan ayat tersebut sedap didengar dan pembaca dapat

memahami sesuatu perkara. 

Bab ini telah membincangkan secara terperinci beberapa aspek metafora daripada

sudut semantik kognitif yang telah dikaji melalui Metaphors We Live By oleh Lakoff

& Johnson. Kajian ini meliputi aspek-aspek penting seperti kesistematisan konsep

metafora, kesistematisan aspek metafora dalam menonjolkan atau menyembunyikan

sesuatu aspek, metafora berorientasi, asas pengalaman dalam metafora, metafora dan

koherensi kebudayaan, metafora ontologikal, 

Penulis novel memuatkan unsur metafora di dalam ‘Cinta Paling Agung’ adalah

bertujuan untuk memberikan keindahan kepada gaya bahasa novel tersebut. Dengan

demikian, metafora berfungsi untuk memberikan nilai estetika kepada ayat-ayat yang

dihasilkan oleh penulis novel, di samping untuk memberikan kesan kepada pembaca

supaya mereka turut merasai situasi yang digambarkan oleh penulis di dalam novel.

80

Gaya bahasa yang digunakan dalam novel ini  mampu menimbulkan suasana yang

beragam. Menimbulkan suasana yang simpatik, objektif, harapan dan cita-cita. Kosa

kata tertentu terkadang menimbulkan kekaguman pada setiap kata-kata yang

menggunakan majas metafora, menjelaskan respon tokoh pada setiap peristiwa

tentang makna novel Cinta Paling Agung, tapi disisi lain juga terkadang

menimbulkan kebuntuhan untuk memaknai kosa kata yang teramat tinggi untuk di

baca secara umum. Gaya yang digunakan sangat menarik kerana penggunaan

metafora dan deskripsi  hampir dapat ditemui pada setiap bab. Pemilihan gaya

bahasa, kata, dan penataan kalimah sehubungan dengan makna dan suasana

menimbulkan kesan yang beragam. Pengarang lebih memilih penggunaan gaya

bahasa itu kerana, pengarang ingin berusaha meyakinkan, berusaha memahami

situasi yang terjadi.

81

BAB V

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Bahagian ini adalah rumusan keseluruhan bagi kajian ini. Rumusan penulis meliputi

keseluruhan aspek utama kajian yang merangkumi hasil dapatan kajian, batasan

kajian dan implikasi kajian yang telah dilakukan. Kajian juga turut mengutarakan

beberapa saranan bagi kemudahan pengkaji-pengkaji seterusnya yang berminat

untuk membuat penyelidikan metafora dalam aspek yang berbeza.

5.2 Rumusan Kajian

Hasil penelitian ini menunjukkan bahawa dalam novel Cinta Paling Agung karya

Umi Nadzimah terdapat banyak penggunaan bahasa kias atau gaya bahasa metafora

dengan jumlah yang cukup banyak.

Hubungan antara jenis dan fungsi bahasa kiasan sangat erat. Penggunaan masing-

masing jenis bahasa kias saling berkaitan dengan fungsinya, iaitu gaya bahasa

metafora dan simile biasanya berfungsi untuk menjelaskan gambaran, personifikasi

paling banyak berfungsi untuk menghidupkan gambaran kerana gaya bahasa

personifikasi digunakan untuk menggambarkan sesuatu seolah-olah memiliki sifat

seperti manusia.

Tidak dinafikan terdapat juga gaya bahasa metafora lain yang dikemukakan dalam

novel ini yang tidak menjadi fokus kajian seperti metafora structural dan metafora 82

orientasional. Jelas daripada penulisan novel ini Teori Lakoff tentang metafora

bahawa metafora wujud dalam kehidupan seharian manusia melalui bahasa,

pemikiran dan tindakan manusia.

Penganalisisan data dalam perbincangan yang telah dilakukan sebelum ini

memperlihatkan pengaplikasian mekanisme kognitif dalam peribahasa-

peribahasa Melayu yang telah dipilih sebagai data kajian. Mekanisme kognitif ini

terkandung dalam kajian Lakoff & Johnson melalui ‘Metaphors We Live By’ di

mana ia meliputi aspek- aspek semantik kognitif seperti kesistematisan konsep

metafora, kesistematisan metafora dalam menonjolkan atau menyembunyikan

sesuatu aspek, metafora berorientasi, asas pengalaman dalam metafora, metafora dan

koherensi kebudayaan, metafora ontologikal, dan personifikasi.

Menurut Lakoff & Johnson (1987) dalam kajian beliau yang bertajuk ‘Women, Fire,

and Dangerous Things’, sains kognitif adalah bidang baru yang

menyatukan apa yang difahami oleh minda daripada pelbagai disiplin akademik

yang terdiri daripada psikologi, linguistik, antropologi, falsafah dan sains

perkomputeran. Semantik kognitif mencungkil jawapan yang terperinci bagi

persoalan-persoalan seperti apakah yang dimaksudkan dengan sebab atau alasan,

bagaimanakah kita merealisasikan pengalaman, apakah yang dimaksudkan dengan

sistem konseptual, bagaimanakah sistem ini diatur, adakah semua orang mempunyai

sistem konseptual yang sama dan akhir sekali sekiranya jawapannya adalah ‘ya’,

apakah sistemnya? Manakala, sekiranya jawapannya adalah ‘tidak’ apakah

sebenarnya persamaan yang wujud dalam cara manusia berfikir?. Persoalan ini

bukanlah sesuatu yang baru tetapi jawapan-jawapan terkini yang didapati adalah

baru.

83

Menurut Lakoff lagi, sudut pandangan tradisi meletakkan sebab atau alas an

sebagai sesuatu yang abstrak dan terpisah yang menganggap alasan sebagai

literal, bersifat proposisi yang secara objektifnya bercirikan konsep betul atau salah.

Manakala pandangan yang terkini memperlihatkan aspek ini sebagai satu

entiti yang bersifat menyeluruh di mana ia meliputi aspek imaginatif yang

terdiri daripada metafora, metonimi, dan imaginasi mental. Selain itu, sudut

pandangan baru mentakrifkan makna sebagai suatu subjek yang berbaloi untuk

difikirkan dan mempunyai fungsi yang tertentu.

Kajian juga mendapati penggunaan bentuk metafora disebabkan oleh masyarakat

Melayu mengutamakan kesopanan berbahasa dalam sistem kehidupan

mereka semasa berkomunikasi. Hal ini penting dalam masyarakat kerana

penggunaan bahasa yang tidak sopan atau kesat akan menjejaskan sesuatu hubungan.

Kehidupan manusia yang penuh dengan onak dan duri pasti akan berhadapan dengan

pelbagai ragam dan tingkahlaku manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang

berbentuk positif atau negatif. Keadaan ini kadang-kadang menunjukkan teladan atau

ikutan yang baik mahupun sebaliknya.

Dalam kajian novel ini juga metafora adalah cara yang berkesan untuk

menyampaikan sesuatu. Bahasa metafora bukan sahaja lembut pada pendengaran

tetapi juga memiliki unsur kelucuan. Walaupun ada antara bahasa metafora ini dapat

dijadikan bahasa sindiran namun jarang sekali pendengarnya yang sakit hati

walaupun sindiran tersebut ditujukan kepadanya. Metafora lahir daripada idea yang

kreatif yang tidak jauh daripada unsur-unsur kiasan. Penggunaannya berkait rapat

dengan kepercayaan, sikap dan nilai masyarakat. Penggunaan metafora dalam

kehidupan masyarakat menunjukkan ketinggian tahap pemikiran bermula sejak

84

dahulu kerana mampu mencipta pelbagai bentuk metafora yang menjadi kekayaan

warisan bangsa.

i. Menimbulkan kesan keindahan dalam karya.

ii. Mewujud nilai estetika dalam karya. Contohnya kalimah dalam bab empat:

darjah kemarahan -  darjah adalah sifat atau tahap yang menggambarkan

perasaan seseorang, kemarahan adalah perasaan terhadap seseorang atau

sesuatu. Tapi jika disebut darjah kemarahan akan membawa makna

tersendiri.

iii. Menggambarkan keadaan yang tersirat.

iv. Mengelakkan penggunaan bahasa iaitu hanya perasaan.

v. Menunjukkan situasi manusia.

5.3 Saranan

Secara umumnya, kajian yang dijalankan ini masih terdapat kekurangan dan

memerlukan penyelidikan yang bersifat lebih spesifik. Berdasarkan kepada beberapa

batasan kajian yang telah disebutkan sebelum ini, diharap agar kajian-kajian yang

seterusnya akan dapat mengatasi segala kekangan agar hasil kajian yang terakhir

bersifat lebih terperinci demi perkembangan bahasa kita bersama. Selain itu,

pengkaji berharap agar pada masa yang akan datang, mereka yang berminat untuk

mengkaji aspek metafora menggunakan data peribahasa yang lebih luas skopnya di

mana ianya dibincangkan daripada pelbagai sudut yang berbeza.

Begitu juga, aspek metafora yang dikaji hendaklah diteliti daripada sudut yang lebih

mendalam di mana kajiannya hendaklah bersifat lebih numerikal dan dilengkapi

dengan data-data statistik. Pengkaji juga menyarankan agar kajian-kajian yang bakal

85

dijalankan diteliti dengan menggunakan peribahasa yang terdapat dalam bahasa Cina

atau India di negara kita. Keadaan ini adalah kerana masyarakat Cina dan India

seperti mana masyarakat Melayu juga mempunyai sistem peribahasa mereka yang

tersendiri. Tambahan pula, wujud kajian-kajian lepas yang membincangkan

perkaitan di antara peribahasa Melayu dengan peribahasa Cina. Keadaan ini dapat

mengukuhkan lagi dapatan bahawa masyarakat Cina juga mempunyai peribahasa

dalam konteks berbahasa masyarakat mereka. Malangnya, pengkaji belum lagi

menemui kajian seperti ini yang dijalankan secara khusus dalam konteks berbahasa

masyarakat India. Akhir sekali, pengkaji berharap agar bakal pengkaji yang akan

dating mempelopori kajian tentang aspek metafora tidak hanya menggunakan data

serta cara yang sama dengan pengkaji-pengkaji lepas tetapi menggunakan

pendekatan yang berbeza dan lebih matang. Selain itu, pengkaji akan datang juga

digalakkan untuk menggunakan peribahasa-peribahasa yang terdapat dalam bahasa

yang serumpun dengan bahasa Melayu sebagai data kajian mereka.

5.4 Implikasi Perbincangan

Sememangnya pengkaji berharap agar kajian ini mampu memberikan suatu impak

yang positif kepada semua pihak yang terlibat dalam menangani permasalahan kajian

yang telah dijalankan. Kajian ini bukanlah bertujuan untuk mencari kelemahan

pengkaji-pengkaji lepas semata-mata tanpa disusuli oleh penyelesaian yang bersifat

rasional tetapi ia lebih menjurus kepada memperbaiki kekurangan atau kelemahan

yang wujud dalam kajian-kajian terdahulu yang biasanya berlaku tanpa disedari.

Secara tidak langsung, penggunaan peribahasa Melayu sebagai data kajian telah

menonjolkan keperibadian masyarakat Timur yang begitu menyanjung tinggi

86

tatasusila dan sifat lemah-lembut dalam konteks berbahasa. Hal ini menyebabkan

masyarakat kita tidak menyuarakan sesuatu pandangan dengan suara yang lantang

malahan jauh sekali menggunakan perkataan yang kesat untuk mengekspresikan

perasaan tidak puas hati. Sikap lemah-lembut inilah yang telah menyebabkan mereka

menyembunyikan perasaan marah dan kurang enak daripada diketahui oleh pihak

yang satu lagi. Oleh itu, bagi menyuarakan sesuatu kejanggalan yang timbul,

masyarakat Melayu terutamanya melampiaskan perasaan mereka dengan berkias,

beribarat, berteka-teki serta berselindung di sebalik bahasa-bahasa yang lebih indah.

Akhir sekali, perbincangan ini telah menonjolkan aspek metafora dari sudut

semantik kognitif dalam menginterpretasikan makna yang tersirat di sebalik sesuatu

peribahasa sekaligus menyebabkan ianya lebih mudah difahami oleh para pengguna

bahasa.

5.5 Kesimpulan

Gaya bahasa metafora sudah lama menjadi satu daripada aspek keindahan. Ia bukan

sahaja merupakan keindahan bentuk tetapi juga bersifat estatik yang menyangkut

keindahan isi,makna dan rasa pada keseluruhannya. Secara tidak langsung ia dapat

menghidupkan suasana, mood,situasi dan juga memperluaskan rasa, sensitiviti dalam

makna dan erti. Ia adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu.

Penggunaanya berkait rapat dengan kepercayaan, sikap dan nilai masyarakat.

Penerimaan berkait dengan pengalaman bahasa dan ia bersifat realtif. Di samping

itu, ia mengambarkan kehalusan bahasa dan budi masyarakat yang menggunakan

nasihat dan teguran secara berlapik bagi menjaga hati ahli masyarakat agar tidak

terguris. Dan sehingga kini gaya bahasa metefora  masih diamalkan oleh masyarakat

87

Melayu amnya. Semoga ia akan berkekalan kerana ia salah satu warisan estetik

masyarakat Melayu.

88

RUJUKAN

Abdul Razak Mohd. Kassim (2008). Penghayatan novel ekspedisi / Abdul Razak Mohd. Kassim. Kuala. Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1975). Kamus Peribahasa Kontemporari, PTS Publisher, Kuala Lumpur. Abdullah Husain, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ainon Mohd, Abdullah Hassan (2005). Teori dan Teknik Terjemahan. PTS Professional Publishing

Aminuddin (1991). Pengantar Apresiasi Karya Sastra. Jakarta: Balai Pustaka.

Aristotle. (1968). Poetics. (D. W. Lucas, Ed.). Oxford: Clarendon Press.

Asmah Haji Omar (1996). Metaphors of Anatomy as a Reflection of Malay Cultural Belief, Jurnal Bahasa Jendela Alam Jilid 1

Awang Sariyan. (2007). Perkembangan falsafah bahasa dan pemikiran dalam linguistik. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.

Bailey, Kenneth D. (1984). Kaedah Penyelidikan Sosial, terjemahan Hashim Awang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Braginsky, V.I. (1994). Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bryman, A. (2008). Social research methods (3rd ed.). Oxford: Oxford University Press

Cameron, L. & Low, G., (1999). Researching and Applying Metaphor. Cambridge: Cambridge University Press.

Crawford, J., & Irving, C. (2009). Information literacy in the workplace: A qualitative exploratory study. Journal of Librarianship and Information Science, 41(1), 29-38.

Gibbs, R. W & Steen, G. J. (pnyt.). (1997). Metaphor in cognitive linguistics. Amsterdem: John Benjamins Publishing Company.

Glucksberg, S. (2001). Understanding Figurative Language. New York: Oxford University Press.

89

Hamidah Abdul Hamid (1995). Pengantar Estetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hawkes, T. (1972). Metaphor. London: Methuen & Co. Ltd.

Hawkes, T. (1986). Metaphor:The Critical Idiom. Methuen & Co. Ltd., London.

I. A. Richards (1936). The Philosophy of Rhetoric. Oxford University Press: New York and London

Imran Ho Abdullah & Norsimah Mat Awal. 2005. Pengkonsepsian dan pemetaforaan “hati”. Jurnal Bahasa 5(4) Disember: 1-22.

J. Supranto (1986). Kaedah Penyelidikan: Penggunaannya Dalam Pemasaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamalidun Muhammad (Keris Mas) (1990).Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. DBP 

Kaharuddin (2005). Analisis Gaya Bahasa Dalam Novel Wanita Bersabuk Dua. Bandung: Universitas Padjajaran

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keraf. Gorys (2009). Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.

Kamaludun Muhammad (Keris Mas,1990). Perbincangan Gaya Bahasa Sastera.DBP 

Keris Mas(2010), Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan      Pustaka

Knowles, Murray and Rosamund Moon (2006). Introducing Metaphor. New York:Routledge.

Komara,  Guruh Yoga (2010). Kajian Unsur Psikologi Novel Olenka Karya Budi Darma dan Rencana Pembelajaran di SMA. Artikel. (online), Diakses Disember 2015.

Lakoff, G. & Johnson, M. (1980/2003). Metaphors We Live By. Chicago: Chicago University Press

Lakoff, G & Johnson, M. (1980). Metaphors we live by. Chicago: Chicago University Press.

90

Lakoff, G. (1987). Women, fire and dangerous things. Chicago: Chicago University Press

Larson M.L. (1984). Meaning Based Translation: A Guide to Cross-Language Equivalence. Lanham:University Press of America.

Lakoff, George. (2006). Conceptual Metaphor: The Contemporary Theory of Metaphor. Edited by Dirk Geeraerts. Cognitive Linguistics: Basic Reasings. Berlin: Walter de Gruyter.

Maslida Yusof (1999). Makna bukan literal: kes metafora dan hiperbola. Jurnal Dewan Bahasa: Januari 1999. 4-9.

Michael Reddy (1979). The Conduit Metaphor: a Case of Frame Conflict in our Language about Language, in A. Ortony, ed., Metaphor and Thought. Cambridge: Cambridge University Press

Mohd Rashid  Hj.Md. Idris, Abd. Rahman Napiah & Seri Lanang Jaya Hj. Rohani (2014). Karya Agung Melayu. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Shafie Abu Bakar (1991). Metodologi Penyelidikan , Edisi Kedua, Bangi, Selangor. Penerbit UKM

Morita, James R. "Shimazaki Tōson's Four Collections of Poetry." Monumenta Nipponica. University of Montana

Mouly, G. J. (1978) Educational Research: The Art and Science of Investigation. Boston, MA: Allyn & Bacon

Muhammad Haji Salleh (2000). Puitika Sastera Melayu.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mühlhäusler, Peter. Metaphors Others Live.  Ppeprgamon : Language & Communication.             Vol.15.No.3 (1995) p 281-288. 

Nida, Eugene A. & Charles R. Taber (1969). The Theory and Practice of Translation. Leiden: E.J Brill.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005). Pengajaran Gaya Bahasa dalam Bahasa Melayu, Jurnal Pengajian Melayu, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jilid 16.

Nik Hassan Basri Hj. Nik Ab. Kadir (2003). Teori bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Puji Mawarti (2009). Kajian Gaya Bahasa Metafora Dalam Novel Laskar Pelangi Karya Andrea Hirata. Skripsi thesis, Universitas Muhammadiyah Surakarta .

Rahman Shaari (199). Memahami Gaya Bahasa.DBP, Kuala Lumpur

91

Rusmadi Baharudin (2003). Pengendalian polisemi kata kerja unggulan di dalam kamus bahasa Melayu: satu pendekatan linguistik kognitif. Tesis Sarjana, Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa Dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Santosa, Wijaya Heru dan Wahyuningtyas, Sri. 2010. Pengantar Apresiasi Prosa.  Surakarta: Yuma Pustaka. 

Sewell ,Y. (1964). The Human Metaphor. 2ed. Notre Dame. New York: Harper and Row.

Sweetse, Eve.  Metaphor, Mythology, and Everyday Language.  Departement of Linguistic University of California at Berkeley. NH Elsever : Journal of Pragmatics 24 (1995)

p 585-593.

Sumardjo. Jacob dan Saini, KM. (1984). Memahami Kesusastraan. Bandung: Alumni.

Tarigan. Henry Guntur (1985). Prinsip-prinsip Dasar Sastra. Bandung: Angkasa.

Trochim, William (2006). The Research Methods Knowledge Base, 2nd Edition. New York: Columbia University Press

Ullman Stephen (2012). Pengantar Semantik Cet. Keempat. Yogyakarta: Pustaka Pelajar

Ullmann, Stephen (1997). Semantics: An Introduction to the Science of Meaning. Oxford: Basil Blackwell Ltd.

Uswatun, P., Suyitno, Y.Mujianto.2013. Novel dalam Mihrab Cinta Karya Habiburahman El Shirazy (Kajian Sosiologi Sastra dan Nilai Pendidikan). BASASTRA JURNAL2(1) :1 -12.

Wiersma, W. (1995). “Research Methods in Education: 6th Edition. New York : Allyn and Bacon.

Zaitan Afidza Zainal Abidin (2000). Pepatah Melayu. Iqra Publications. Kuala Lumpur

Zurinah Hassan (2001). Penggunaan Unsur Alam Sebagai Perlambangan Dalam Puisi Melayu Moden, Tesis Master Sastera, Universiti Putra Malaysia.

92