Teori Sosial Albert Bandura

download Teori Sosial Albert Bandura

of 21

Transcript of Teori Sosial Albert Bandura

  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    1/21

    MODEL PENGAJARAN SOSIAL

    Model Pengajaran sosial merupakan model yang diterbitkan melalui teori Pembelajaran

    Sosial oleh Albert Bandura. Proses model ini dilakukan atau dapat diperhatikan melalui

    pemerhatian dan peniruan. Prinsip model ini adalah :

    CIRI-CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA

    1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.

    2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, teladan, nilai dan lain -lain.

    3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai

    model.

    4. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang

    berpatutan.

    5. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah

    laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

    Prinsip-prinsip yang ternyata di atas sebenarnya merupakan asas kepada teori

    pembelajaran sosialis. Albert Bandura memperkenalkan prinsipnya yang

    pertama iaitu setiap individu dapat belajar melalui pemerhatian tingkah laku

    orang lain atau secara ringkasnya islah konsep permodelan. Dalam prinsip ini,

    individu yang memerhati merupakan individu yang sedang mengalami proses

    pembelajaran manakala individu yang diperhatikan merupakan model. Dalam

    konteks pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan, individu yang

    memerhati merupakan para pelajar manakala individu yang menjadi model

    adalah guru yang mengajar. Para pelajar akan meniru aksi, kelakuan, tingkah

    laku dan juga sikap yang akan dipamerkan oleh guru yang mengajar. Oleh itu,

    adalah amat penting bagi seseorang guru untuk menyediakan informasi yang

    betul dan pengendalian penyampaian maklumat yang efektif agar para pelajar

    dapat meniru atau mempelajari bidang ilmu yang diajar.

    http://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/model-pengajaran-sosial.htmlhttp://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/model-pengajaran-sosial.html
  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    2/21

    Konsep permodelan ini sebenarnya merupakan salah satu peniruan seseorang

    individu terhadap pemerhatian yang dilakukan. Dalam proses pembelajaran

    melalui permodelan atau peniruan, individu yang meniru akan melengkapkan

    empat langkah tertentu iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan

    motivasi. Langkah pemerhatian adalah proses di mana pemerhati atau peniru itu

    melihat tingkah laku individu yang ingin ditiru. Selepas itu, tingkah laku yang

    ditiru itu akan diingatkan iaitu dalam langkah penyimpanan. Apabila individu yang

    meniru ini didedahkan kepada situasi yang sama, dia akan menghasilkan tingkah

    laku yang serupa dengan tingkah laku yang diperhatikan. Ini merupakan langkah

    pengeluaran. Sekiranya tingkah laku si peniru itu mendapat pujian atau

    peneguhan positif, tingkah laku itu akan dipergiatkan lagi. Sekiranya perkara

    yang sebaliknya yang berlaku maka tingkah laku tersebut tidak akan diulangi

    oleh si peniru.

    Sebenarnya terdapat lagi satu keadaan di mana model yang diperhatikan oleh si

    peniru mendapat hukuman selepas melakukan tingkah laku yang tertentu.

    Sebagai hasilnya, si peniru tidak akan melakukan tingkah laku yang diperhatikan

    daripada model tersebut. Hal ini melihatkan pembelajaran sebagai proses yang

    tidak menghasilkan tingkaha laku seperti yang dijelaskan dalam prinsip yang

    kedua iaitu proses pembelajaran akan berlaku sama ada terdapat perubahan

    tingkah laku atau tidak. Dalam keadaan pemodelan ini, si peniru sebenarnya

    telah mempelajari bahawa tingkah laku yang diperhatikan adalah sesuatu yang

    tidak betul. Oleh itu, si peniru tidak melakukan tingkah laku yang diperhatikan.

    Lantas, tiada sebarang perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan dalam

    diri si peniru tetapi si peniru telah mempelajari bahawa tingkah laku yang

    diperhatikan adalah tidak wajar untuk dilakukan.

    Teori pembelajaran sosial sebenarnya boleh diterapkan dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru boleh mengaplikasikan jenis-

    jenis peniruan yang diperkenalkan dalam teori pembelajaran sosial ini semasa

  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    3/21

    proses pengajaran. Para pelajar pula akan melengkapkan empat langkah

    pembelajaran dalam teori ini iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan

    motivasi. Moativasi ialah aspek peneguhan yang biasanya disetus oleh guru

    yang menjadi model kepada teori pembelajaran ini.

    Berikut merupakan gambar rajah model pembelajaran yang boleh diaplikasikan

    di sekolah.

    Model pembelajaran di atas boleh dilakukan terutamanya apabila guru ingin

    menunjukkan atau mengajar muridnya sesuatu teknik atau kemahiran. Sebagai

    contohnya dalam amali subjek Biologi yang mengkaji proses osmosis dengan

    menggunakan rod ubi kentang. Guru ingin mengajar anak muridnya cara atau

    teknik yang betul untuk memotong ubi kentang dalam bentuki rod.

    Pertama sekali, guru harus memastikan hasil pembelajaran yang diingini. Dalam

    sesi pengajaran pelajar menghasilkan rod ubi kentang, guru akan memastikan

    pelajarnya mempunyai perkembangan baru aspek psikomotor di mana pelajar

    mampu menghasilkan rod ubi kentang untuk menjalankan amali pada hati

    http://3.bp.blogspot.com/_snvPdnJbgfU/TGS0ERgflfI/AAAAAAAAAGM/wp7xcH5uyUc/s1600/gff.jpg
  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    4/21

    tersebut. Secara langsung, perkara ini juga akan memberi pengalaman dan

    pengetahuan baru kepada para pelajar yang terlibat.

    Seterusnya, proses pembelajaran dan pengajaran akan melibatkan aktiviti di

    mana guru akan mendemonstrasikan cara menghasilkan rod ubi kentang dengan

    menggunakan penebuk T. Para pelajar akan memerhatikan guru dalam

    menghasilkan rod ubi kentang itu. Selepas itu, guru membiarkan para pelajar

    melakukan aktivit tersebut. Keadaan ini akan membenarkan para pelajar untuk

    mengalami diri sendiri cara dan teknik yang betul untuk menghasilkan rod ubi

    kentang tersebut. Pada masa yang sama, guru harus memerhatikan para pelajar

    agar mereka tidak tersilap konsep atau melakukan kesilapan.

    Pada penghujung kelas, guru boleh memilih untuk menguji para pelajarnya

    secara verbal atau bertulis berkenaan dengan cara untuk menghasilkan rod ubi

    kentang. Sekiranya para pelajar memberikan jawapan yang tidak tepat, guru

    harus membetulkan dengan segera dan memberitahu para pelajar kesilapan

    mereka. Sekiranya para pelajar dapat menjawab soalan guru dangan tepat,

    maka guru harus memuji para pelajarnya sebagi salah satu peneguhan positif

    untuk menggandakan lagi tingkah laku yang baru ditiru. Walaupun terdapat

    pelajar yang gagal untuk mempelajari teknik menghasilkan rod ubi kentang

    tersebut, guru juga harus memberikan dorangan dan sokongan agar mencuba

    lagi sehingga berjaya. Perkara ini adalah seperti prinsip teori pembelajaran

    sosialis di mana tiada perubahan tingkah laku tidak bermaksud si peniru tidak

    mempelajari sesuatu. Mungkin pelajar tersebut telah berjaya meniru teknik yang

    ditunjukkan tetapi memerlukan masa yang lebih panjang untuk menghasilkan

    atau melakukan teknik yang ditiru daripada gurunya. Dengan lengkapnya

    keempat-empat langkah ini maka model pembelajaran ini dikatakan telah berjaya

    dilaksanakan.

    Menurut ahli teori sosial, tingkahlaku koperatif bukan sahaja merangsang murid-

    murid kita secara rasional, bahkan secara intelek. Oleh yang demikian, mereka

    mengesyorkan agar guru memberi tugas pengajaran dan pembelajaran yang

  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    5/21

    memerlukan interaksi sosial bagi mencapai maklumat tersebut.

    Apabila murid-murid bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugas, mereka

    akan menjana tenaga berbentuk kolektif yang dipanggil sinergi. Bagi

    memaksimumkan fenomena ini, kita akan dapat mengembangkan cara-cara

    seelok-eloknya kita bentuk komuniti pembelajaran. Contohnya ialah melalui

    budaya sekolah yang positif, murid-murid dapat dikembangkan lagi cara-cara

    berinteraksi yang lebih berintegrasi dan produktif dan seterusnya menyokong

    aktiviti pembelajaran yang lebih aktif.

    Antara model-model yang terkandung dalam kumpulan model sosial ialah:

    1. Pembelajaran koperatif

    2. Main peranan

    3. Simulasi

    Model-model ini merupakan pendekatan pembelajaran yang dapat digunakan di kelas

    dengan melibatkan murid-murid secara aktif seupaya mereka memperoleh pengalaman

    dalam menuju kematangan.

    1.Pembelajaran koperatif

    Pembelajaran koperatif berfokuskan perkembangan konsep dan kemahiran melalui

    kerja berkumpulan yang diutarakan oleh Slavin dan Johnson. Pembelajaran sebegini

    juga memberi impak kepada pencapaian akademik dan harga diri murid-murid yang

    berkenaan. Keadaan ini berlaku kerana, pertamanya melalui kerja berkumpulan, murid-

    murid belajar bersama untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran penting. Di

    samping itu, mereka berfikir mengenai cara-cara penyelesaian bagi masalah yang

    timbul. Kedua, mereka akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yangkondusif. Dalam pada itu, setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk

    memperoleh pencapaian cemerlang.

  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    6/21

    2.Main peranan

    Main peranan sangat membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial, peranan

    mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan.

    Selain itu, ia juga membantu murid mengumpul dan mengurus maklumat mengenai

    sosial, mengembangkan sifat empati terhadap orang lain dan menambahkanbaikkan

    kemahiran sosial mereka. Main peranan dilaksanakan dengan mengkehendaki murid

    berlakon watak-watak berdasarkan satu situasi hipotetikal yang telah dikenalpasti.

    Misalnya, mereka perlu berlakon konflik yang timbul dan memainkan watak watak yang

    berkenaan. Hasinya, murid akan lebih peka terhadap masalah sosial yang timbul dalam

    kehidupan seharian, seterusnya memperoleh celik akal bagi menangani masalah

    tersebut. Ahli teori berpendapat bahawa main peranan amat berguna dalam pengajaran

    dan pembelajaran sains sosial di mana murid-murid dapat memahami keprihatinan, nilai

    dan perspektif orang lain.

    http://2.bp.blogspot.com/_snvPdnJbgfU/TF7RxrHXQnI/AAAAAAAAAF0/hIERwCdP-Vs/s1600/2.jpg
  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    7/21

    3.Simulasi

    Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui

    demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai

    oleh murid-murid. Di dalam pengajaran, simulasi digunakan untuk mewujudkan satu

    mirip kepada situasi hidup dalam sesi pengajaran. Aktiviti yang dijalankan

    mencerminkan keadaan realiti. Murid melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa dalam

    sesuatu keadaan yang teratur. Sosiodrama dan main peranan adalah contoh simulasi.Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan

    disediakan terlebih dahulu seperti Hang Tuah dan Hang Jebat. Main peranan ialah

    lakonan spontan yang boleh dilakukan dalam bilik darjah. Aktiviti lakonan ini biasanya

    berdasarkan kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul.

    http://3.bp.blogspot.com/_snvPdnJbgfU/TF7SoD0CEII/AAAAAAAAAF8/_in1BdjHJ5w/s1600/14437_1270909976837_1352507305_760071_4222057_n.jpg
  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    8/21

    PENGENALAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

    Teori pembelajaran merupakan asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran

    yang dijalankan dalam institusi pendidikan. Teori-teori ini dikuasai dan dilaksanakan

    oleh seorang guru yang bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan

    kepada anak muridnya. Secara definisi secara kasar, pembelajaran merupakan satu

    proses perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku ini akan berlaku selepas

    seseorangindividu itu mempelajari sesuatu yang baru yang menjadikan dirinya lebih

    maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum proses

    pembelajaran berlaku.

    Setiap individu akan mempelajari sesuatu atau mengalami proses pembelajaran melalui

    pelbagai cara mengikut kesesuaian dan juga kecenderungan masing-masing. Ahli-ahli

    falsafah telah mengkaji dan meneliti cara-cara pembelajaran yang diaplikasikan oleh

    individu-individu yang berbeza. Mereka juga telah mengelaskan cara-cara

    pembelajaran ini kepada beberapa kategori yang dikenali sebagai teori pembelajaranhumanis, teori pembelajaran behavioris, teori pembelajaran kognitif, teori pembelajaran

    sosial dan teori pembelajaran konstruktivisme.

    Dalam perbincangan ini, kita akan melihat kepada salah satu teori pembelajaran yang

    diperkenalkan iaitu teori pembelajaran sosial. Teori pembelajaran ini diperkenalkan oleh

    http://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/pengenalan-teori-pembelajaran-sosial.htmlhttp://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/pengenalan-teori-pembelajaran-sosial.htmlhttp://1.bp.blogspot.com/_snvPdnJbgfU/TF7TPI58w4I/AAAAAAAAAGE/LycNUdGICs8/s1600/Image008.jpghttp://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/pengenalan-teori-pembelajaran-sosial.html
  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    9/21

    Albert Bandura (1925=kini). Teori pembelajaran sosial ini berasal daripada konsep asas

    tingkah laku manusia yang dibentuk melalui proses pembelajaran yang dipengaruhi

    oleh peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam penyelidikan awal yang dijalankan

    oleh Ivan Pavlov, John Watson dan B.F. Skinner pada haiwan dalam makmal.

    Penemuan ini dianggap terlalu mudah dan tidak menjelaskan teori pembelajaran

    manusia dengan terperinci. Lantas, perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati

    dalam kalangan para penyelidik.

    Memandangkan perkara demikian, pada tahun 1977, Albert Bandura telah

    memperkanalkan teori pembelajaran sosial dengan meneliti semula konsep dan

    penerapan yang telah ditekankan oleh Julian Rotter dalam buku Social Learning and

    Clinical Psychology (1954) serta penyelidikan awal Miller dan Dollard dalam buku

    Social Learning and Imitation (1941)

    PRINSIP DAN KONSEP TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

    Prinsip Asas Teori Pembelajaran Sosialis

    Setiap teori pembelajaran mempunyai prinsip-prinsip asas yang akan diterapkan dalam

    proses pembelajan. Dalam teori pembelajaran sosialis yang diperkenalkan oleh Albert

    Bandura, kami telah berjaya meneliti 4 prinsip asasnya iaitu:

    a. Pembelajaran setiap individu dapat dilakukan melalui pemerhatian tingkah

    laku orang lain atau permodelan.

    b. Perubahan tingkah laku mungkin akan berlaku ataupun tidak akan berlaku

    dalam proses pembelajaran.

    c. Proses pembelajaran menekankan peranan yang dimainkan oleh

    perkembangan kognitif individu yang terlibat

    d. Teori pembelajaran sosialis akan dijadikan sebagai perantaraan teori

    pembelajaranbehavioris dan teori pembelajaran kognitif.

    Prinsip-prinsip yang ternyata di atas sebenarnya merupakan asas kepada teori

    pembelajaran sosialis. Albert Bandura memperkenalkan prinsipnya yang pertama iaitu

    setiap individu dapat belajar melalui pemerhatian tingkah laku orang lain atau secara

    ringkasnya islah konsep permodelan. Dalam prinsip ini, individu yang memerhati

    http://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/prinsip-asas-teori-pembelajaran-sosial.htmlhttp://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/prinsip-asas-teori-pembelajaran-sosial.htmlhttp://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/prinsip-asas-teori-pembelajaran-sosial.html
  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    10/21

    merupakan individu yang sedang mengalami proses pembelajaran manakala individu

    yang diperhatikan merupakan model. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran

    dalam institusi pendidikan, individu yang memerhati merupakan para pelajar manakala

    individu yang menjadi model adalah guru yang mengajar. Para pelajar akan meniru

    aksi, kelakuan, tingkah laku dan juga sikap yang akan dipamerkan oleh guru yang

    mengajar. Oleh itu, adalah amat penting bagi seseorang guru untuk menyediakan

    informasi yang betul dan pengendalian penyampaian maklumat yang efektif agar para

    pelajar dapat meniru atau mempelajari bidang ilmu yang diajar.

    Konsep permodelan ini sebenarnya merupakan salah satu peniruan seseorang individu

    terhadap pemerhatian yang dilakukan. Dalam proses pembelajaran melalui permodelan

    atau peniruan, individu yang meniru akan melengkapkan empat langkah tertentu iaitu

    pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Langkah pemerhatian adalah

    proses di mana pemerhati atau peniru itu melihat tingkah laku individu yang ingin ditiru.

    Selepas itu, tingkah laku yang ditiru itu akan diingatkan iaitu dalam langkah

    penyimpanan. Apabila individu yang meniru ini didedahkan kepada situasi yang sama,

    dia akan menghasilkan tingkah laku yang serupa dengan tingkah laku yang

    diperhatikan. Ini merupakan langkah pengeluaran. Sekiranya tingkah laku si peniru itu

    mendapat pujian atau peneguhan positif, tingkah laku itu akan dipergiatkan lagi.

    Sekiranya perkara yang sebaliknya yang berlaku maka tingkah laku tersebut tidak akan

    diulangi oleh si peniru.

    Sebenarnya terdapat lagi satu keadaan di mana model yang diperhatikan oleh si peniru

    mendapat hukuman selepas melakukan tingkah laku yang tertentu. Sebagai hasilnya, si

    peniru tidak akan melakukan tingkah laku yang diperhatikan daripada model tersebut.

    Hal ini melihatkan pembelajaran sebagai proses yang tidak menghasilkan tingkaha laku

    seperti yang dijelaskan dalam prinsip yang kedua iaitu proses pembelajaran akan

    berlaku sama ada terdapat perubahan tingkah laku atau tidak. Dalam keadaan

    pemodelan ini, si peniru sebenarnya telah mempelajari bahawa tingkah laku yang

    diperhatikan adalah sesuatu yang tidak betul. Oleh itu, si peniru tidak melakukan

    tingkah laku yang diperhatikan. Lantas, tiada sebarang perubahan tingkah laku yang

  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    11/21

    dapat diperhatikan dalam diri si peniru tetapi si peniru telah mempelajari bahawa

    tingkah laku yang diperhatikan adalah tidak wajar untuk dilakukan.Kedua-dua prinsip ini

    dapat dilihat dengan lebih jelas dalam eksperimen yang dilakukan oleh Bandura

    terhadap kanak-kanak tadika (tiga hingga enam tahun) dalam kajiannya pada tahun

    1963.

    Pengaplikasian Permodelan Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    1. Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model

    kpd pelajar. Semasa membentangkan proses P&P, guru boleh dikatakan modelling

    dengan Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru

    dengan cepat. Hasilan guru daripada kraftangan, lukisan atau Bahan Bantu Mengajar

    (BBM) hendaklah bermutu tinggi. Sebagai contoh, guru membuat origami berbentuk

    sebuah kapal terbang daripada kertas sebagai BBM dalam subjek Perdagangan

    Tingkatan 4 dibawah subtopik Pengangkutan udara. Pelajar-pelajar akan timbul minat

    untuk melihat dan menjana pemikiran kreatif terhadap penghasilan yang lebih baik

    berbanding yang telah guru pamerkan. Pelajar-pelajar akan mempunyai kecenderungan

    meniru guru mereka dan menganggap guru sebagai role model.

    2. Selain itu, guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model.

    Cara ini boleh dilakukan dengan melakukan pembelajaran secara pembelajaran

    koperatif yang merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari

    pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat

    yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan

    sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Melalui pembelajaran

    koperatif, para pelajar akan meniru setiap gaya rakan-rakan mereka yang terbaik dan

    cemerlang sebagai role model.

    3. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan

    dan simulasi. Sebagai contoh, guru memulakan set induksi dengan sebuah cerita.

    http://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/pengaplikasian-permodelan-sosial-dalam.htmlhttp://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/pengaplikasian-permodelan-sosial-dalam.htmlhttp://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/pengaplikasian-permodelan-sosial-dalam.html
  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    12/21

    Semasa bercerita, guru turut melakonkan watak dengan gaya dan mimik muka yang

    menarik perhatian para pelajar untuk mendengarnya.

    4. Memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi. Menyediakan situasi

    pembelajaran tanpa gangguan. Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai.

    Setiap pelajar yang dapat menyelesaikan masalah semasa aktiviti di dalam kelas

    dijalankan atau latihan pengukuhan. Apabila pelajar yang dapat menyelesaikan dengan

    cemerlang akan diberikan hadiah seperti pujian, tanda simbol bintang di buku / kertas

    latihan (simbol baik) ,coklat atau pen dan lain-lain yang diberikan secara berterusan.

    Oleh itu, pelajar-pelajar akan bersaing dengan meniru pelakuan dan tingkah laku di

    persekitarannya yang mempunyai ciri-ciri sebagai pelajar cemerlang. Pembelajaran

    akan berlaku secara positif dan pelajar berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Melalui

    peneguhan yang positif akan menimbulkan semagat motivasi dalam setiap diri pelajar.

    EKSPERIMAN PEMBELAJARAN SOSIAL

    EKSPERIMEN 1

    KUMPULAN A = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul,menumbuk,

    menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo.

    Hasil = Meniru apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif.

    KUMPULAN B = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan

    patung besar Bobo.

    Hasil = Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A.

    Rumusan: Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan/ permodelan.

    http://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/eksperiman-pembelajaran-sosial_17.htmlhttp://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/eksperiman-pembelajaran-sosial_17.htmlhttp://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/eksperiman-pembelajaran-sosial_17.html
  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    13/21

    Gambar rajah di atas menunjukkan salah satu contoh kanak-kanak yang bertindak

    agresif terhadap patung Bobo selepas menonton video yang diberikan.

    EKSPERIMEN 2

    Dalam eksperimen Bandura yang kedua, kanak-kanak tadika dibahagikan kepada tiga

    kumpulan iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C.

    Kumpulan A : ditayangkan dengan video di mana orang dewasa menumbuk

    patung Bobo dan kemudian menerima hadiah.

    Kumpulan B : ditayangkan dengan video di mana orang dewasa menumbuk

    patung Bobo dan kemudian mendapat denda.

    Kumpulan C : ditayangkan dengan video di mana orang dewasa bermesra

    dengan patung Bobo. Hasilnya,kanak-kanak kumpulan A menunjukkan tingkah

    laku yang lebih agresif daripada orang dewasa yand diperhatikan.

    Kumpulan B dan C : tidak menunjukkan tingkah laku yang agresif. Daripada

    eskperimenini, Bandura merumuskan bahawa tingkah laku peniruan atau

    permodelan adalah hasil daripada peneguhan dalam teori

    pembelajaran behavioris.

    http://2.bp.blogspot.com/_snvPdnJbgfU/TGtp2p5e0GI/AAAAAAAAAGU/rJxGQqvSI3s/s1600/000fggfff.jpg
  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    14/21

    STRATEGI PROSES MODEL PENGAJARAN SOSIAL

    Strategi Proses

    1. Analisis Tingkah Laku Yang Akan Dijadikan Model Terdiri Daripada:

    a. Apakah karakteristik dari tingkah laku yang akan dijadikan model itu berupa konsep,

    kemahiran motor atau efektif?

    b. Bagaimanakah urutan atau sekuen dari tingkah laku tersebut?

    c. Dimanakah letaknya hal-hal yang penting (key point) dalam sekuen tersebut?

    2. Tetapkan fungsi Nilai dari Tingkah Laku dan Pilihlah Tingkah Laku Tersebut

    Sebagai Model.

    a. Apakah tingkah laku (kemampuan yang dipelajari) merupakan hal yang penting

    dalam kehidupan pada masa datang? (Success prediction)

    b. Bila tingkah laku yang dipelajari kurang memberi manfaat (tidak begitu penting)

    model manakah yang lebih penting?

    c. Apakah model harus hidup atau simbol? Pertimbangan soal pembiayaan,

    pengulangan demonstrasi dan kesempatan untuk menunjukkan fungsi nilai dan tingkah

    laku.

    d. Apakah peneguhan yang akan didapat melalui model yang dipilih?

    3. Pengembangan Sekuen

    a. Untuk mengajar motor skill, bagaimana cara untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan/

    kemampuan yang dipelajari: how to do this dan bukannya not this.

    4. Implementasi pengajaran untuk menunut proses kognitif dan motor reproduksi.

    A. KEMAHIRAN MOTOR

    1) Hadirkan model

    2) Beri kesempatan kepada tiap-tiap pembelajar untuk latihan secara simbolik

    3) Beri kesempatan kepada pembelajar untuk latihan dengan timbal balik visual.

    B. PROSES KOGNITIF

    http://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/strategi-proses-model-pengajaran-sosial.htmlhttp://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/strategi-proses-model-pengajaran-sosial.htmlhttp://kaerulashraf90.blogspot.com/2010/08/strategi-proses-model-pengajaran-sosial.html
  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    15/21

    1) Tampilkan model, baik yang didukung oleh kod -kod verbal atau petunjuk untuk

    mencari konsistensi pada berbagai contoh.

    2) Jika yang dipelajari adalah pemecahan masalah atau strategi penerapan beri

    kesempatan pembelajar untuk berpertisipasi secara aktif.

    3) Beri kesempatan pembelajar untuk membuat generalisasi dalam berbagai situasi.

    Dari huraian tentang teori belajar sosial, dapat disimpulkan seperti berikut:

    1. Belajar merupakan interaksi segitiga yang saling berpengaruh dan mengikat antara

    lingkungan, faktor-faktor personal dan tingkah laku yang meliputi proses proses

    kognitif belajar.

    2. Komponen-komponen belajar terdiri dari tingkah laku, bahagian-bahagian terhadap

    model dan proses - proses kognitif pembelajar.

    3. Hasil belajar berupa kod-kod visual dan verbal yang mungkin dapat dimunculkan

    kembali atau tidak (retrievel).

    4. Dalam perancangan pembelajaran yang kompleks, disamping pembelajaran -

    pembelajaran komponen-komponen skill itu sendiri, perlu ditumbuhkan sense of

    efficacy dan self regulatory pembelajaran.

    5. Dalam proses pembelajaran, pembelajar sebaiknya diberi kesempatan yang cukup

    untuk latihan secara mental sebelum latihan fizik, dan reinforcement dan hindari

    punishment yang tidak perlu.

    TEORI PENIRUAN (MODELING)

    Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologii, iaitu Neil Miller dan John Dollard - dalam

    laporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan (imitation) merupakan hasil

    proses pembelajaran yang ditiru daripada orang lain. Proses belajar tersebut oleh Miller

    dan Dollard dinamakan "sosial learning" - "pembelajaran sosial". Perilaku peniruan

    (imitative behavior) manusia terjadi kerana manusia merasa telah memperoleh imbalan

    ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak

  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    16/21

    menirunya. Menurut bandura, sebagian besar tingkah laku manusia dipelajari melalui

    peniruan (imitation) maupun penyajian contoh tingkah laku (modelling). Dalam hal ini

    orang tua dan guru memainkan peranan penting sebagai seorang model atau tokoh

    bagi kkanak-kanak-kkanak-kanak untuk menirukan tingkah laku membaca9.

    Dua puluh tahun berikutnya, Albert Bandura dan Richard Walters (1959, 1963)10, telah

    melakskkanak-kanak-kkanak-kanakan eksperimen lain yang juga berkenaan dengan

    peniruan. Hasil eksperimen mereka mendapati, peniruan boleh berlaku hanya melalui

    pengamatan terhadap perilaku model (orang yang ditiru) meskipun tanpa sebarang

    peneguhan. Proses belajar semacam ini disebut "observational learning" atau

    pembelajaran melalui pengamatan. Bandura (1971), kemudian menyarankan agar teori

    pembelajaran sosial diperbaiki memandangkan teori pembelajaran sosial yang

    sebelumnya hanya mementingkan perilaku tanpa memberi pertimbangan terhadap

    proses mental seseorang.

    Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif)

    dan persekitaran. Bagi menjelaskan pandangan ini, beliau telah mengemukakan teori

    pembelajaran peniruan, dalam teori ini beliau telah menjalankan kajian bersama Walter

    (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton orang dewasa

    memukul, mengetuk dengan tukul besi dan menumbuk sambil menjerit-jerit sockeroo

    dalam video. Setelah menonton video kanak-kanak ini diarah bermain di bilik permainan

    dan terdapat patung seperti yang ditayangkan dalam video. Setelah kanak-kanak

    tersebut melihat patung tersebut, mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang

    yang mereka tonton dalam video (Ramlah Jantan & Mahani Razali 2004).

    Proses-proses yang terlibat dalam teori pembelajaran peniruan ialah :

    i) Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung.

    ii) Contohnya, guru mendemonstrasi cara membuat melakukan promosi ketika

    mengajar mata pelajaran Perdagangan tingkatan 4, di mana memerlukan

    pergerakan sebagai watak promoter/ penjual yang sedang mempromosikan

  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    17/21

    produk dengan menggunakan iklan secara jualan langsung dan pelajar

    meniru secara langsung.

    iii) Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.

    Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi

    perlakuan bersorak adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-

    kanak tersebut bersorak dalam kelas semasa guru sedang mengajar,

    tentulah guru akan memarahinya dan diberi tahu perlakuan yang ditirunya

    tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut. Jadi perlakuan tersebut menjadi

    sekatlakuan dalam situasi tersebut.

    iv) Proses tiruan melalui elisitasi

    v) Proses ini timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain.

    Contohnya, kita melihat rakan-rakan sebaya yang pergi ke pusat tuisyen, lalu

    timbul keinginan dalam diri untuk membuat perlakuan yang sama. Maka

    keinginannya untuk meniru timbul setelah melihat rakan-rakannya melakukan

    perlakuan tersebut.

    vi) Perkembangan kognitif kanak -kanak mengikut pandangan pemikir islam

    yang terkenal pada abad ke-14 iaitu Ibnu Khaldun perkembangan kanak -

    kanak hendaklah diasuh dari perkara yang mudah kepada perkara yang lebih

    susah iaitu mengikut peringkat-peringkat dan kanak-kanak hendaklah

    diberikan dengan contoh -contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui

    pancaindera. Menrut Ibnu Khaldun, kanak - kanak hendaklah diajar atau

    dibentuk dengan lemah lembut dan bukanya dengan kekerasan. Selain itu,

    beliau juga mengatakan bahawa kanak -kanak tidak boleh dibebankan

    dengan perkara -perkara yang di luar kemampuan mereka. Hal ini akan

    menyebabkan kanak-kanak tidak mahu belajar dan mencerca pengajaran

    yang disampaikan

    vii) 4. UNSUR UTAMA DALAM PENIRUAN

  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    18/21

    viii) Untuk pembelajaran pemerhatian wujud adalah penting untuk individu

    berkenaan berbuat demikian:

    1) Tumpuan ('Attention')

    Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk

    membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau

    tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri, sikap, dan lain-lain yang dimiliki.

    Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru

    tingkahlaku pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang

    tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Sosial Learning &

    Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati

    seorang lain pembelajaran boleh berlaku.

    2) Penyimpanan ('Retention')

    Subjek yang memerhati harus mengekod peristiwa itu dalam sistem ingatannya.

    Inimembolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau

    diingini.

    3) Penghasilan ('Reproduction')

    Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti

    mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan

    dalam bentuk tingkahlaku. Contohnya, memandu kereta, bermain tenis. Bagi

    sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan

    komponen -komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan.

    4) Motivasi

    Motivasi juga penting dalam pemodelan Albert Bandura kerana ia adalah

    penggerak individu untuk terus melakukan sesuatu.

  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    19/21

    Strengthness / Kekuatan

    1. Model sosial dapat mengembangkan kreativiti murid-murid kerana mereka dapat

    melakukan sesuatu atau memain peranan dalam sesuatu berkaitan tajuk yang

    disimulasikan kepada mereka.

    2. Model ini dapat dijadikan bekal kepada murid-murid dalam situasi sebenar pada

    masa akan datang dalam keluarga, masyarakat mahupun kehidupan seharian dan

    kerjaya mereka.

    3. Melalui model ini, murid-murid dapat menambah minat mereka terhadap proses

    pembelajaran dan berusaha untuk memberikan tumpuan semasa pembelajaran dan

    menerima input yang berguna dan ilmu yang dipelajari pada hari tersebut.

    4. Model ini juga memupuk keberanian dan keyakinan dalam diri pelajar apabila

    melakukan sesuatu aktiviti sebagai contoh membaca petikan secara kuat dalam kelas.

    Melalui pembelajaran sosial juga, murid-murid dapat memperkaya pengetahuan dan

    sikap mereka semasa berhadapan dalam sesuatu situasi sosial.

  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    20/21

    Weakness / Kelemahan

    1. Pengalaman yang diperorleh oleh seseorang murid itu tidak semestinya tepat dan

    sesuai dengan kenyataan di lapangan. Hal ini kerana semasa proses pembelajaran

    murid-murid tidak mempunyai pengalaman sedia ada berkaitan tajuk pembelajaran dan

    ini memungkinkan mereka tidak aktif semasa proses pembelajaran berlaku dan tidak

    dapat mengembangkan idea mereka.

    2. Model pembelajaran ini juga kelihatan lemah kerana sikap murid-murid yang merasa

    malu dan takut membuatkan mereka tidak dapat menguasai dan tidak sesuai untuk

    menjalanni pembelajaran sosial dengan mudah.

    3. Perancangan yang salah juga menjadi punca kelemahan model ini. Hal ini kerana

    guru mengajarkan lebih kepada teknik hiburan seperti nyanyian sehingga tujuan utama

    pembelajaran pada hari tersebut gagal dicapai.

    Opportunities / Peluang

    1. Murid-murid akan lebih yakin apabila terdapat persaingan untuk melakukan sesuatu

    perkara dan peluang untuk mereka mendapatkan sesuatu yang lebih tinggi.

    2. Peluang murid-murid untuk berdikari dapat dilakukan dan mereka sendiri dapat

    meningkatkan daya kreativiti yang ada supaya dapat melakukan sesuatu dengan lebih

    baik dan sempurna.

    3. Memberi ruang kepada pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan semasa

    pembelajaran berlaku dan dapat berfikir dengan lebih baik serta mampu bekerjasama

    dalam kumpulan dan bersosial dengan orang sekeliling mereka.

    Threats / Ancaman

    1. Dalam model ini, ancaman akan berlaku apabila murid-murid melakukan peniruan

    setiap yang dilakukan tanpa melihat kesan yang akan berlaku terhadap perlakuan yang

    dilakukan sama ada baik atau buruk.

  • 7/29/2019 Teori Sosial Albert Bandura

    21/21

    2. Melalui model ini, murid-murid tidak mempunyai jati diri atau idea sendiri kerana

    terbiasa dengan peniruan yang ditunjukkan tanpa menggunakan idea baharu atau

    melakukan sesuatu tindakan yang baru berkaitan dengan peniruan yang dilakukan.

    3. Murid-murid akan mendapat masalah sekiranya mereka diajar melalui peniruan

    orang yang tidak dipercayai kerana mereka akan terikut-ikut dengan perlakuan yang

    dilakukan dan seterusnya melakukan peniruan kerana melihat kepada model yang

    ditunjukkan kepada mereka untuk ditiru.

    4. Melalui pergaulan, gejala sosial yang negatif akan berlaku melalui pergaulan antara

    pelajar lelaki dan perempuan dalam aktiviti berkumpulan sekiranya guru tidak

    memainkan peranan yang baik dalam aktiviti tersebut.