Teori, Kerangka, Variable, Hipotesis

59
KUMPULAN 3 BINCANGKAN TEORI DAN KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

description

Kaedah penyelidikan

Transcript of Teori, Kerangka, Variable, Hipotesis

KUMPULAN 3

BINCANGKAN TEORI DAN KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

KUMPULAN 3

TERANGKAN JENIS-JENIS PEMBOLEH UBAH DAN HIPOTESIS

• MENERANGKAN MAKSUD HIPOTESIS

• MENJELASKAN TUJUAN MEMPEROLEH HIPOTESIS

• MENJELASKAN CIRI-CIRI HIPOTESIS

• MEMBEZAKAN JENIS HIPOTESIS

• MEMBEZAKAN PERNYATAAN HIPOTESIS

• MENJELASKAN PENGERTIAN TEORI, DAN KERANGKA KONSEPTUAL DAN BEZA KEDUANYA

• MENJELASKAN ‘LETAK’ KERANGKA KONSEPTUAL DALAM PENULISAN

• MENERANGKAN CONTOH KERANGKA KONSEPTUAL

OBJEKTIF

• MENERANGKAN MAKSUD PEMBOLEHUBAH

• MENERANGKAN KATEGORI PEMBOLEHUBAH

• MENERANGKAN CONTOH PEMBOLEHUBAH• CONTOH

KUMPULAN 3ROHANA + SITI NORASYIKIN + MUNIRAHGRU 6014 UPSI 2013DR CHE NIDZAM BT CHE AHMAD

APAKAH TEORI

Satu himpunan pernyataan (konsep, konstruk, definisi, hipotesis) saling berkait yang membekalkan pandangan yang rasional tentang fenomena dialami dengan menjelaskan atau meramal saling hubungan dikalangan unsur-unsur dalam fenomena tersebut

TEORI

Satu penyusunan sistematik tentang idea-idea yang berhubung dengan fenomena yang sedang dikaji atau penjelasan sistematik tentang perkaitan di kalangan satu himpunan pemboleh ubah

KERANGKA TEORI

• Teori boleh boleh dikumpulkan dalam tiga tahap penjelasan berdasarkan darjah generalisasi, keabstrakan atau kespesifikan sesuatu teori iaitu

• TEORI TAHAP MAKRO – GRAND THEORIES

• TEORI TAHAP PERTENGAHAN – MIDDLE-RANGE THEORIES / FORMAL

• TEORI TAHAP MIKRO – SUBSTANTIVE THEORIES / PRACTICE / UNIT

Menurut Cresswell (1994)

The Grand Theories: Descriptive

All-inclusive conceptual structuresPiaget’s Stage TheoryGestalt TheoryGardner’s Multiple IntelligenceInformation Processing TheoryCobern’s Worldview TheoryS-R Theory of LearningEverette Roger’s Theory of Diffusion

All-inclusive conceptual structuresPiaget’s Stage TheoryGestalt TheoryGardner’s Multiple IntelligenceInformation Processing TheoryCobern’s Worldview TheoryS-R Theory of LearningEverette Roger’s Theory of Diffusion

Conceptual structures of a Discipline Vygotsky’s ZPDSkinner’s Operant ConditioningBandura’s Modeling TheoryAusubel’s Subsumption TheorySchema TheoryKnowle’s AndragogyPaivio’s Dual Coding Theory

Conceptual structures of a Discipline Vygotsky’s ZPDSkinner’s Operant ConditioningBandura’s Modeling TheoryAusubel’s Subsumption TheorySchema TheoryKnowle’s AndragogyPaivio’s Dual Coding Theory

The mid-range theories: Descriptive

Linking of Concrete ConceptsGagne’s Hierarchy Of KnowledgeLanda’s Algo-Heuristic TheoryBruner’s Spiral CurriculumLawson’s Learning CycleCarl Rogers’ Experiential Learning TheorySpiro’s Cognitive Flexibility Theory

Linking of Concrete ConceptsGagne’s Hierarchy Of KnowledgeLanda’s Algo-Heuristic TheoryBruner’s Spiral CurriculumLawson’s Learning CycleCarl Rogers’ Experiential Learning TheorySpiro’s Cognitive Flexibility Theory

The micro-range theories: Descriptive

KUMPULAN 3

APAKAH KERANGKA KONSEPTUAL

Satu struktur yang membekalkan penjelasan tentang konsep-konsep utama dan saling hubungan antara mereka yang menjadi fokus kajian

Suatu pernyataan bertulis atau visual

“ yang menerangkan samada secara grafik atau bertulis, apakah perkara penting yang akan dikaji – faktor utama, konsep atau pembolehubah

dan bagaimana perkaitan di antaranya”

(Miles and Huberman, 1994, P18)

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Merupakan landasan untuk menyusun hipotesis

Merupakan panduan kepada pengkaji untuk memfokuskan penyelidikan yang akan dilakukan

Menurut Kamaruzaman, 2009, kerangka konseptual mengandungi idea asas tentang ‘apa’ yang ingin dikaji dan ‘kepada siapa’ penyelidikan akan dilaksanakan

Lazimnya dipaparkan dalam bentuk grafik

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

KUMPULAN 3

KERANGKA KONSEPTUAL VS KERANGKA TEORI

Beza• Kerangka teori merupakan kerangka konseptual yang

telah diuji

• Kerangka konseptual adalah kerangka khusus kepada kajian seseorang pengkaji

Sama

• Kedua-duanya merujuk kepada garis panduan atau struktur yang menghubungkan semua pembolehubah atau idea utama yang terlibat dalam kajian

• Ia bagi memudahkan anda menentukan perkaitan pembolehubah dan idea-idea.

• Merupakan landasan untuk menyusun hipotesis

DIMANAKAH KERANGKA KONSEPTUAL MUNCUL DIDALAM PENULISAN PENYELIDIKAN?

BAB 1 : PENGENALAN

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

BAB 3 : METODOLOGI

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN

BAB 3 : KESIMPULAN DAN PENUTUP

PENULISAN DISERTASI

1.7 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

1.8 HIPOTESIS KAJIAN

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

1.10 BATASAN KAJIAN

1.11 DEFINISI OPERASIONAL

1.12 RUMUSAN

BAB 1 : PENGENALAN (contoh)

1.1 PENDAHULUAN

1.2 (*contoh: PBS)

1.3 PERNYATAAN MASALAH

1.4 TUJUAN KAJIAN

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

1.6 PERSOALAN KAJIAN

BAB 1 : PENGENALAN ?

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR ?

BAB 3 : METODOLOGI ?

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN

BAB 3 : KESIMPULAN DAN PENUTUP

DIMANA KERANGKA KONSEPTUAL?

Research Paths

Create a structure to guide research:Conceptual Framework

Identify a structure to guide research:Theoretical Framework Piece together bits

& pieces of data to address a research question

Grand theoryMidrange theoryMicro - range theory

Conceptual Definitionsof Study Variables, Research Questions, Hypotheses

Operational Definitions tomeasure the study variables

Inductive Reasoning(Qualitative Research)

Deductive Reasoning(Quantitative Research)

Liehr & Smith (2000)

DIFFERENCES BETWEEN QUANTITATIVE AND QUALITATIVE RESEARCH IN EDUCATION

KUANTITATIF

• Pembolehubah (ditetapkan)

• Hipotesis (diramal)

• Kerangka konseptual kajian (sebagai asas kepada pembolehubah yang dikenalpasti)

• Provides the structure/content for the whole study based on literature and personal experience

KUALITATIF

• Konsep (dihasilkan)

• Kategori (ditemui)

• Tema/hipotesis/usulan (proposition) (disintesiskan)

• Paten (dikaitkan)

• Model (digabungkan)

• Kerangka konseptual kajian (dibina)

• Conceptual framework develops as participants’ views and issues are gathered and analysed.

HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI, GAYA PEMBELAJARAN DENGAN

PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN PELAJAR TINGKATAN

4Oleh Norlia Abd Aziz, T Subahan M Meerah,

Lilia Halim dan Kamisah Osman

CONTOH 1:

Susabda (1992) telah mengkaji gaya pembelajaran mengikut pencapaian awal pelajar. Hasil kajian mendapati pelajar cemerlang dan lemah mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Sementara itu, hasil kajian yang diperoleh oleh Trayer (1991) menunjukkan faktor jantina dan etnik mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Beliau mendapati bahawa pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai etnik mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Hasil kajian yang diperoleh oleh Treacy (1996) menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik. Beliau telah menjalankan kajian di sebuah sekolah swasta di California Selatan.

Kerangka Konseptual

• Laporan PISA mencadangkan bahawa peningkatan kejayaan dalam pendidikan yang besar boleh diperoleh dengan memantapkan pendekatan pembelajaran pelajar. Pelajar yang menggunakan pendekatan yang mendalam mempunyai motivasi dalaman yang tinggi terhadap mata pelajaran. Tumpuan belajar adalah untuk memahami pelajaran tersebut. Sebaliknya, pelajar yang menggunakan pendekatan permukaan mempunyai motivasi ‘takut gagal’ dan motivasi luaran. Laporan tersebut mendedahkan bahawa motivasi pelajar sebagai kritikal terhadap kejayaan pembelajaran.

• Satu kerangka konseptual kajian telah dibentuk disesuaikan daripada model Bryant (1974) serta dapatan-dapatan kajian yang diperoleh (seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.1).

• Dalam kerangka konseptual kajian, dianggapkan faktor jantina, etnik dan pencapaian awal

• mempengaruhi motivasi dan gaya pembelajaran.

• Seterusnya, motivasi dan gaya pembelajaran akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

• (ada 3 peringkat kajian)

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

KUMPULAN 3

TERANGKAN JENIS-JENIS PEMBOLEH UBAH

Merupakan konsep ataupun konstruk yang diselidik oleh penyelidik (Gay & Airasian,2000) yakni

merupakan ciri atau faktor dalam sesuatu penyelidikan;

yang berubah-ubah dari segi kuantiti atau kualiti.

Penyelidikan melibatkan hubung kait antara pemboleh ubah- pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kejadian yang mana setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza.

PEMBOLEHUBAH

Contoh-contoh pembolehubah (yang sering diselidik)• Pencapaian

• Sikap

• Gender

• Motivasi

• gaya pembelajaran

• kemahiran berfikir

• kemahiran membaca

• kaedah pengajaran.

KATEGORI PEMBOLEH UBAH

1. PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR (Independent variable

2. PEMBOLEH UBAH BERSANDAR (dependent variable)

3. PEMBOLEH UBAH LUARAN (extraneous variable)

4. PEMBOLEH UBAH MODERATOR (moderator variable)

5. PEMBOLEH UBAH INTERVENSI (intervening variable)

1) PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR

• pembolehubah yang dijangka akan mempengaruhi suatu pemboleh ubah lain (bersandar)

• dan menjadi penyebab sesuatu perkara kejadiandalam kajian eksperimen,

• merupakan rawatan

• ataupun pembolehubah dimanipulasi.

CONTOH

Penyelidik ingin mengkaji kesan dua kaedah pembelajaran koperatif

ke atas pencapaian pelajar.

Kaedah pembelajaran koperatif ----------------> Pencapaian pelajar

(PU tidak bersandar) (PU bersandar)

2) PEMBOLEH UBAH BERSANDAR• pembolehubah yang menerima kesan satu atau lebih

pembolehubah tidak bersandar

• sama ada pemboleh ubah yang dimanipulasi ataupun yang diperhati oleh penyelidik (Jaeger, 1990)

• pemboleh ubah ini juga dikenali sebagai pemboleh ubah hasil (outcome variable) atau pemboleh ubah kriteria (criterion variable)

3) PEMBOLEHUBAH LUARAN• pemboleh ubah lain (tidak bersandar) yang penyelidik

percaya memberi kesan ke atas pemboleh ubah bersandar dalam sesuatu penyelidikan.

• Pemboleh ubah ini dikenal pasti melalui sorotan literatur dan saranan teori berkaitan dengan pemboleh ubah bersandar.

• Pemboleh ubah ini perlu dikawal daripada mempengaruhi hasil penyelidikan dengan menjadikan pemboleh ubah ini sebagai pemalar (constant)

• Contoh :

Tahap sosioekonomi yang berbeza mampu pengaruhi pencapaian kanak-kanak prasekolah, maka libatkan kanak-kanak dari satu tahap sosioekonomi sahaja.

• Kesan pembolehubah ini boleh dikawal secara statistik menggunakan analisis kovarians (ANCOVA)

• ANCOVA menyingkirkan sebarang varians dalam skor pemboleh ubah bersandar yang berpunca daripada pemboleh ubah luaran dan menjalankan analisis varians (ANOVA) yang biasa ke atas skor yang diperbetulkan

4) PEMBOLEH UBAH MODERATOR • pemboleh ubah tidak bersandar yang tidak dimanipulasi

tetapi disedari penyelidik dan diukur dalam penyelidikan.

• Contoh : umur, budaya, kecekapan bahasa dan subjek penyelidikan

• pemboleh ubah ketiga yang memberi kesan ke atas pekali kolerasi antara pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar

• sekadar mengubah kekuatan hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar dan bersandar tanpa membentuk perkaitan.

• Kajian bagaimana motivasi mempengaruhi strategi pembelajaran. MV yang mungkin wujud ialah umur pelajar.

• Kekuatan hubungan motivasi (X) dan strategi pembelajaran (Y) meningkat mengikut peringkat umur (Z)

CONTOH

5) PEMBOLEH UBAH INTERVENSI • pemboleh ubah yang mewujudkan hubungan antara

pemboleh ubah tidak bersandar (IdV) dan pemboleh ubah bersandar.

• pemboleh ubah ini memainkan peranan penting dalam menjelaskan hubungan atau proses sebab-akibat yang berlaku antara pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar

Penyelidikan berkenaan kebolehan membaca kanak-kanak

• Data dikumpul termasuk maklumat demografi dan data fizikal contohnya umur (pemboleh ubah Z) dan ketinggian kanak-kanak (X)

• Hasil analisis menunjukkan ketinggian kanak-kanak (X)mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kebolehan membaca (Y)

• X dan Y dipengaruhi oleh PU ketiga iaitu umur dan kalau umur (Z) diabaikan, hubungan X dan Y tidak akan wujud.

CONTOH

KUMPULAN 3

TERANGKAN JENIS-JENIS HIPOTESIS

HIPOTESIS KAJIAN?

“Hipotesis ialah merupakan saranan sementara tentang hubungan antara dua pembolehubah (atau lebih) yang didapati melalui deduksi.” Ahmad Mahdzan Ayob (1992)

“Hipotesis ialah merupakan suatu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan.” Fraenkel (1993)

“Hipotesis ialah merupakan peramalan terhadap apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ianya berbeza dengan teori yang merupakan penerangan tentatif berkaitan kenapa sesuatu tingkah laku itu berlaku.” Maleske (1995)

HIPOTESIS KAJIAN?• Hipotesis ialah satu kesimpulan awal yang dibuat oleh

pengkaji bagi menentukan hasilan awal kajian yang hendak dilaksanakan atau dijalankan dengan menghubungkan dua atau lebih pembolehubah yang wujud dalam sesuatu kajian

• Adalah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau saranan sementara sebagai penyelesaian masalah.

TUJUAN MEMBINA HIPOTESIS Membantu pengkaji menyatakan ramalannya dengan tepat. Membantu pengkaji menguji ramalannya. Mengetahui apa yang perlu dilakukan. Memberi panduan saintifik kepada penyelidikan. Memberi rangka yang berguna untuk mengorganisasi dan

merumus dapatan kajian dan kesimpulan kajian. Meningkatkan kebolehpercayaan kajian dimana pada akhir kajian

aras signifikasi ditunjukkan.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN HIPOTESIS

1. Penyelidikan boleh dilakukan dengan lebih mendalam.

2. Melibatkan falsafah sains

3. Dapat mengesan atau tidak hubungan antara perkara yang dikaji.

4. Mengetahui perkara yang ingin dikaji.

CIRI – CIRI/SYARAT HIPOTESIS Perlu dinyatakan dengan tepat dan mengikut masalah kajian.

Hipotesis mesti menghuraikan perhubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan (tidak bersandar) dengan pemboleh ubah bergerak balas (bersandar) apabila pemboleh ubah lain dimalarkan

Hipotesis perlu dinyatakan dalam bentuk pernyataan dan bukannya soalan.

Hipotesis penyelidikan perlu selaras dengan fakta, kajian lepas teori atau bukti. Supaya ia memberi sumbangan kepada pengetahuan.

CIRI – CIRI/SYARAT HIPOTESIS Hipotesis itu mesti boleh diuji.

Contohnya hipotesis penyelidikan “ orang tua yang makan daging lebih sihat” tidak boleh diuji kerana “lebih sihat” tidak dapat dioperasikan dan tidak dapat diukur dengan tepat (terdapat banyak aspek kesihatan, ramai orang yang kelihatan sihat walaupun mereka mempunyai penyakit yang tidak disedari oleh orang lain ataupun mereka sendiri.

Hipotesis mesti ringkas dan jelas.

JENIS-JENIS HIPOTESIS

•1) Hipotesis Nul

•2) Hipotesis penyelidikan

•3) Hipotesis Alternatif

1) HIPOTESIS NUL, H0

Hipotesis Nul (kosong) , H0 =  Hipotesis ini adalah merupakan hipotesis sementara yang tidak pincang (Mohd Majid, 1998).

Ianya adalah merupakan hipotesis negatif atau menunjukkan tiada perbezaan / tiada terdapat persamaan / tiada perhubungan / tiada terdapat perkaitan antara kedua – dua pemboleh ubah(sama ada berarah atau tidak berarah).

“Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara independent variable dan dependent variable”

Contoh:Tidak terdapat perbezaan yang bererti di antara taburan gerak balas mengikut kategori berdasarkan soal selidik keutamaan sosial dan taburan teoritis yang berlaku secara kebetulan.

2) HIPOTESIS PENYELIDIKAN

Hipotesis penyelidikan: Ialah jangkaan penyelidik tentang penemuan penyelidikan yang akan diperolehinya kelak.

Hipotesis-hipotesis sentiasa cuba mengenal pasti populasi dan kumpulan bandingan yang digunakan serta menentukan jenis perbezaan yang akan diuji dan cara ia diukur (kecuali jika pengukuran itu ditunjukkan secara automatik oleh kekerapan sesuatu tingkah laku).

Contoh 1:Murid-murid darjah tiga yang diasingkan daripada kelas tetap selama 15 minit setiap hari untuk menyertai pengajaran bacaan secara perseorangan akan menunjukkan dengan lebih bererti kemahiran membaca yang bertambah baik berbanding dengan murid-murid yang mengikuti pengajaran di bawah guru tetap mereka.

Contoh 2:

Murid-murid perempuan darjah lima yang didedahkan kepada rancangan perubahan tingkah laku di bawah pengendalian guru tetap di dalam bilik darjah akan menunjukkan perubahan tingkah laku yang lebih seperti yang dikehendaki daripada murid-murid lelaki darjah lima yang juga telah didedahkan kepada rancangan yang serupa.

3) HIPOTESIS ALTERNATIF, Ha• Hipotesis Alternatif / penyelidikan, Ha = Ianya biasa dibentuk pada peringkat

awal sesuatu penyelidikan (Mohd Majid, 1998)• Hipotesis inidigunakan sebelum data dicerapkan. • Ianya adalah merupakan versi hipotesis positif ataumenunjukkan terdapat

hubungan / terdapat persamaan / terdapat perbezaan / terdapat perkaitanantara kedua – dua pemboleh ubah (sama ada berarah atau tidak berarah).

“Terdapat hubungan yang signifikan di antara independent variable dan dependent variable”

Contoh:Terdapat perbezaan yang bererti dalam perkembangan kemahiran membaca kelas bacaan khas berbanding rakan-rakan mereka yang tidak mengikuti kelas tersebut.

Hipotesis alternatif adalah hipotesis yang diringkaskan. Hipotesis ini ditulis hanya selepas penyelidik telah menulis

hipotesis penyelidikan dan hipotesis nol. Hipotesis alternatif hanya bertujuan untuk mengenal pasti

pemboleh ubah-pemboleh ubah luaran yang mungkin ada

PENYATAAN HIPOTESIS

1) Hipotesis Berarah

2) Hipotesis tidak berarah

1) HIPOTESIS BERARAH

• Ialah hipotesis yang memberi arah jangkaan dapatan penyelidikan.

• Penyataan hipotesis berarah dibuat apabila penyelidik mempunyai alasan bagi menjangka hubungan atau perbezaan tertentu yang wujud.

• Contoh, peningkatan masa belajar akan menambahkan markah mata pelajaran

2) HIPOTESIS TIDAK BERARAH

• Hipotesis yang tidak menentukan arah jangkaan hubungan atau perbezaan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji.

• Contoh : penggunaan komputer mendatangkan kesan ke atas sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris.

• Hipotesis ini tidak menunjukkan arah jangkaan dapatan. Mendatangkan kesan di sini membawa maksud sama ada kesan negatif atau positif.

KUMPULAN 3

CONTOH

KESAN PENGGUNAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH TERHADAP PENCAPAIAN, KEMAHIRAN PROSES SAINS

DAN MOTIVASI PELAJAR DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN BIOLOGI