Teks Juruacara Pertandingan Bercerita Tahap II

12
Teks Pengacara Majlis Pertandingan Bercerita Tahap II Peringkat Daerah Sebauh 2016 1. *semua audiens berada di tempat masing- masing Dari Tubau pergi ke Pandan, Di tengah jalan membeli manggis, Harap semua berikan perhatian, Mohon saya mulakan majlis. Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkaatuh, Salam perpaduan,Salam Satu Malaysia. 2. Kata- kata aluan Yang Dihormati , Para Hakim Yang Adil Lagi Bijaksana, Guru-Guru Pengiring, AJK Pelaksana, Para Peserta serta Warga dewan Yang Di Kasihi Sekalian. 3. Rasa Syukur Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizin-Nya dapat kita bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini iaitu Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Tahap II Peringkat Daerah Sebauh bagi tahun 2016. Selamat datang diucapkan. 4. Perkenalkan hakim Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum pertandingan bermula, izinkan saya memperkenalkan barisan panel hakim pertandingan. Yang pertama, Puan Erin Anak Chawong,

description

Teks panduan untuk mengacarakan majlis pertandingan bercerita BM

Transcript of Teks Juruacara Pertandingan Bercerita Tahap II

Page 1: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita Tahap II

Teks Pengacara Majlis Pertandingan Bercerita Tahap II

Peringkat Daerah Sebauh 2016

1. *semua audiens berada di tempat masing-masing

Dari Tubau pergi ke Pandan,Di tengah jalan membeli manggis,Harap semua berikan perhatian,Mohon saya mulakan majlis.

Melayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkaatuh,

Salam perpaduan,Salam Satu Malaysia.

2. Kata- kata aluan Yang Dihormati , Para Hakim Yang Adil Lagi Bijaksana,

Guru-Guru Pengiring, AJK Pelaksana, Para Peserta

serta Warga dewan Yang Di Kasihi Sekalian.

3. Rasa Syukur Alhamdulillah.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizin-Nya

dapat kita bersama-sama memeriahkan majlis pada

pagi ini iaitu Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah

Tahap II Peringkat Daerah Sebauh bagi tahun 2016.

Selamat datang diucapkan.

4. Perkenalkan hakim

Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum pertandingan

bermula, izinkan saya memperkenalkan barisan panel

hakim pertandingan.

Page 2: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita Tahap II

Yang pertama, Puan Erin Anak Chawong, Jurulatih

Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) Bahasa Malaysia

Sekolah Menengah selaku Ketua Hakim.

Panel hakim yang kedua pula ialah Puan Feizlina Bt Talip, Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+)

Bahasa Malaysia Sekolah Rendah dan panel hakim

yang ketiga ialah En. Bryan Anak Kerol, Pegawai Khas

Kurikulum Fasilinus Bahasa Malaysia. Ketiga-tiga

mereka adalah dari PPD Sebauh, manakala Cik ....dari

SK Bukit Balai bertindak sebagai Penjaga Masa.

Adalah dimaklumkan bahawa, keputusan hakim adalah

muktamad dan markah tidak akan diumumkan.

5. Pelaksanaan pertandingan

Saya akan menerangkan serba ringkas tentang

pelaksanaan pertandingan pada hari ini. Pertandingan

ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

bahagian 1 yang melibatkan cerita berpandukan bahan

sumber, manakala bahagian 2 melibatkan bercerita

secara spontan berpandukan bahan rangsangan.

6. Taklimat Ketua Hakim

Seterusnya, majlis menjemput Ketua Hakim untuk

memberi taklimat ringkas tentang pertandingan.

Dipersilakan.

Terima kasih atas taklimat yang disampaikan.

Diharapkan agar para peserta dapat mematuhi segala

syarat pertandingan yang telah ditetapkan.

Page 3: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita Tahap II

Mula Pertandingan Bahagian 1.Peserta pertama

Hadirin yang dihormati sekalian,

Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Tahap II akan

dimulakan dengan Pertandingan Bahagian 1. Majlis

mempersilakan peserta pertama iaitu Adik....................................................Dari sekolah..........................................................Dipersilakan.

Peserta kedua Demikian sudah persembahan yang penuh semangat

disampaikan oleh peserta pertama.

Seterusnya, majlis mempersilakan peserta kedua iaitu Adik.................................................Dari sekolah.................................................Dipersilakan.

Peserta ketiga Satu penyampaian persembahan yang mengkagumkan.

Kini tiba giliran peserta ketiga dari Sekolah .......................Dipersilakan adik.......................................

Peserta keempat Nampaknya saingan kian hangat.

hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa

kita mempersilakan peserta keempat iaituAdik.........................dari sekolah............................dipersilakan

Peserta kelima Begitulah hebat persembahan peserta ke-4 sebentar

tadi. Kita teruskan pertandingan kita dengan perserta

Page 4: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita Tahap II

yang ke-5

Dengan ceritanya yang bertajuk........................Dipersilakan adik...........................Dari sekolah................................

Peserta Keenam Harian sekalian,

Pertandingan disambung dengan peserta yang keenam

yang mewakili sekolah..............................Untuk itu majlis mempersilakan adik......................

Peserta ketujuh Sebuah persembahan yang mengkagumkan.

Kini tiba giliran peserta ketujuh iaitu adik....................Dari sekolah..................Dipersilakan

Peserta Kelapan Demikian sudah persembahan bersemangat yang

disampaikan oleh peserta sebentar tadi

Seterusnya, majlis mempersilakan peserta kelapan dan

yang terakhir pada hari ini, iaiyu mewakili

sekolah..............................Dipersilakan adik............................Dengan pesembahan yang bertajuk.......................

REHAT

Satu penyampaian yang menarik oleh peserta kelapan

sebentar tadi. Dengan berakhirnya persembahan itu

tadi, maka tamatlah sudah pertandingan bahagian 1.

Majlis berhenti rehat seketika bagi memberi ruang

kepada panel hakim untuk menguruskan markah

peserta.

Para peserta diingatkan untuk tidak meninggalkan

Page 5: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita Tahap II

venue pertandingan kerana Pertandingan Bahagian 2

akan terus dijalankan selepas ini.

Arahan Untuk Kuarantin Kesemua peserta dikehendaki untuk menuju ke bilik

kuarantin yang bertempat di bahagian belakang dewan

ini. Taklimat ringkas tentang pertandingan bahagian 2

akan diberikan di bilik berkenaan. Para peserta

dipersilakan untuk bergerak sekarang.

Sebelum meneruskan pertandingan Bahagian 2, majlis

memohon jasa baik para guru pengiring untuk duduk di

barisan kelima dan kebelakang agar tidak mengganggu

para peserta. Guru pengiring tidak lagi dibenarkan untuk

berinteraksi dengan para peserta sebaik sahaja peserta

dikuarantin sehingga tamat persembahan Bahagian 2.

Kerjasama daripada semua guru pengiring didahulukan

dengan ucapan terima kasih.

Mula Pertandingan Bahagian 2.

Peserta 1

Mohon perhatian. Majlis akan diteruskan dengan

Pertandingan Bahagian 2 iaitu Bercerita Secara

Spontan berpandukan bahan rangsangan.

Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan

peserta pertama iaitu adik ................................dari

SK .........untuk menyampaikan ceritanya. Dipersilakan.

1. ..........................................................................

2. ..........................................................................

3. ..........................................................................

4. ..........................................................................

Page 6: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita Tahap II

5. ..........................................................................

6. .........................................................................

7. .........................................................................

8. .........................................................................

Penutup Sesi Bercerita. Dengan berakhirnya persembahan daripada peserta

kelapan itu tadi, maka selesailah sudah Pertandingan

Bercerita Bahagian 1 dan 2 pada hari ini.

Untuk makluman para hadirin, keputusan bagi

pertandingan ini akan diumumkan dalam Majlis

Penutupan Rasmi Pertandingan Bercerita Tahap I & II

Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sebauh bagi tahun

2016 yang akan diadakan pada jam 11.15 pagi.

Sehubungan itu, para hadirin diminta sekali lagi untuk

kekal berada di dalam dewan ini, untuk sama-sama

mengambil bahagian dan memeriahkan majlis

penutupan. Harap bersabar dan terima kasih.

Teks Pengacara Majlis Penutupan Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah

Page 7: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita Tahap II

Tahap I &II

Peringkat Daerah Sebauh 2016

*semua audiens berada di tempat masing-masing

Daun layu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemaraTradisi kita turun temurun,Pantun ditutur pembuka bicara

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismilah pembuka kata

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh,

Salam sejahtera, Salam Menjulang Pendidikan Sarawak.

Kata- kata aluan Yang Berusaha, Puan Winnie Ho Chee Moi,

Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah

Sebauh.

Yang Berusaha, Encik Mangai Anak Tugau, Guru Besar

SK Bukit Balai.

Yang Dihormati, Encik Richard Anak Rayyim, Penolong

Kanan Kurikulum SK Bukit Balai.

Para hakim, guru-guru pengiring, guru-guru, para

peserta dan hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian.

Rasa Syukur Alhamdulillah.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizin-Nya

dapat kita bersama-sama memeriahkan majlis pada

Page 8: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita Tahap II

7. Pemberitahuan

pagi ini iaitu Majlis Penutupan Pertandingan Bercerita

Sekolah Rendah Tahap I & II Peringkat Daerah Sebauh

bagi tahun 2016.

Dengan kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat

datang dan mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian

di Ruang Rekreasi Asrama Putera SK Bukit Balai.

Ucapan Perasmian Penutupan

Terbang di awan burung jentayu,

Kerana penat gugur ke bumi;

Tampillah Puan kami menunggu,

Bersama amanat bekalan kami

Seterusnya, pihak majlis menjemput Yg. Berusaha Pn.

Winnie Ho Chee Moi, Penyelia Unit Kokurikulum PPD

Sebauh untuk menyampaikan ucapan seterusnya

merasmikan majlis penutupan Pertandingan Bercerita

Sekolah Rendah Tahap I & II Peringkat Daerah Sebauh

bagi tahun 2016. Majlis dengan penuh takzimnya,

mempersilakan.

Selepas habis ucapan.....

Majlis merakamkan penghargaan atas ucapan yang

disampaikan sebentar tadi.

Penyampaian Hadiah

Berkebaya batik berwarna merah,Diserikan dengan permata berlian,Tibalah masa penyampaian hadiah,Penerima teruja menunggu giliran.

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Sebentar lagi

kita akan mengetahui keputusan penuh Pertandingan

Bercerita Sekolah Rendah Tahap I & II Peringkat

Page 9: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita Tahap II

Daerah Sebauh bagi tahun 2016.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan

sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Puan

Winnie Ho Chee Moi, Penyelia Unit Kokurikulum,

Pejabat Pendidikan Daerah Sebauh diiringi oleh Encik

Mangai Anak Tugau, Guru Besar SK Bukit Balai untuk

menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Kita mulakan dengan kategori Bercerita Tahap I, dipersilakan :

Pemenang tempat ketiga iaitu adik ..................................dari SK..............................

Seterusnya, tempat kedua dimenangi oleh adik...........................dari SK .............................

Manakala Johan disandang oleh adik.........................dari SK.................................

Seterusnya kita beralih kepada kategori Tahap II.

Tempat ketiga menjadi milik adik........dari SK.................

Naib johan disandang oleh adik.....................dari SK ...................................

Dan Johan jatuh kepada adik...................................dari SK.....................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Winnie Ho atas kesudian menyampaikan hadiah.

Penyampaian cendrahati

Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu

pertandingan tidak dapat diadili dengan sempurna dan

berjalan dengan lancar.

Sebagai menghargai kesudian mereka mengadili

pertandingan ini, majlis akan diteruskan dengan

Page 10: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita Tahap II

penyampaian cenderahati kepada para hakim.

Dengan itu, pihak majlis suka citanya menjemput Encik Mangai Anak Tugau selaku Guru Besar SK Bukit Balai

diiringi oleh Encik Richard Rayyim, Penolong Kanan

Kurikulum SK Bukit Balai untuk menyampaikan

cenderahati kepada panel hakim.

Dijemput panel hakim untuk menerima cenderahati.

Dipersilakan Ketua Hakim Puan Erin Anak Chawong.

Seterusnya Puan Feizlina Bt Talip.

Encik Bryan Anak Kerol.

Encik Richard Anak Umang.

Dan yang terakhir Puan Majorie Anak Albert Chagat.

Seterusnya majlis menjemput Puan Winnie Ho Chee

Moi untuk menerima cenderahati daripada Encik Mangai Anak Tugau atas kesudian merasmikan majlis.

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mangai Anak Tugau, Guru Besar SK Bukit Balai atas

kesudian menyempurnakan penyampaian cenderahati

itu tadi.

Penutup Untuk makluman hadirin sekalian,

Kita telah pun berada dipenghujung majlis.

Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara;

Page 11: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita Tahap II

Baliklah tuan membawa ilmu,

Binalah bangsa bangunkan negara

Pada kesempatan ini, saya mewakili ahli jawatankuasa

pelaksana, dan SK Bukit Balai, selaku tuan rumah

Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Tahap I & II

Peringkat Daerah Sebauh bagi tahun 2016 ingin

memohon ampun dan maaf seandainya terdapat

kekurangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini

berlangsung.

Saya akhiri majlis ini dengan serangkap pantun.

Pergi ke dusun memetik kelapa,Kelapa muda si kelapa barli, Jari disusun maaf dipinta,Panjang usia bersua kembali

Sekian, majlis ditangguhkan dengan menjemput hadirin

untuk menikmati makan tengah hari. Majlis bersurai dan

terima kasih.