Teknik Penggambaran

6
Teknik penggambaran. Gambar 1. (Teknik panning) Panning adalah salah satu teknik fotografi yang digunakan untuk membekukan pergerakan sesuatu benda yang bergerak. Idea teknik panning adalah untuk mengatasi masalah dalam menangkap objek yang bergerak cepat. Ciri-ciri foto dengan menggunakan teknik panning adalah fokus dengan tajam terhadap objek yang bergerak sedangkan backgroundnya blur atau kabur. Gambar diatas menunjukkan salah satu contoh penggunaan kaedah atau teknik panning ini. Gambar 2. ( Teknik long shot )

description

teknik menggambar

Transcript of Teknik Penggambaran

Page 1: Teknik Penggambaran

Teknik penggambaran.

Gambar 1. (Teknik panning)

Panning adalah salah satu teknik fotografi yang digunakan untuk membekukan pergerakan sesuatu benda yang bergerak. Idea teknik panning adalah untuk mengatasi masalah dalam menangkap objek yang bergerak cepat. Ciri-ciri foto dengan menggunakan teknik panning adalah fokus dengan tajam terhadap objek yang bergerak sedangkan backgroundnya blur atau kabur. Gambar diatas menunjukkan salah satu contoh penggunaan kaedah atau teknik panning ini.

Page 2: Teknik Penggambaran

Gambar 2. ( Teknik long shot )

Pada teknik ini pengambilan gambar hanya menggunakan area yang cukup/ pas untuk memperlihatkan seluruh tubuh subjek tanpa terpotong oleh frame. Teknik ini hanya berfokus dan mengutamakan subjek utama dan bermaksud untuk menonjolkan subjek dengan ekspresi dan interaksinya tanpa ada bahagian tubuh yang terpotong. Selain itu, komposisi ini akan menghasilkan subjek utama berukuran kecil, namun suasana disekitarnya terlihat jelas. Gambar diatas adalah salah satu contoh penggunaan teknik long shot.

Page 3: Teknik Penggambaran

Gambar 3. ( Teknik medium shot )

Pada teknik ini kawasan pengambilan gambar sedikit lebih sempit dari teknik medium long shot iaitu dimulai dari batas pinggang sampai atas kepala. Teknik ini bertujuan untuk menonjolkan lebih terperinci lagi mengenai bahasa tubuh dari ekspresi subjek. Gambar diatas adalah salah satu penggunaan teknik medium shot.

Page 4: Teknik Penggambaran

Gambar 4. ( Teknik Landskap )

Teknik landskap ialah kaedah menunjukkan ruang yang berbeza dalam dunia, kadang-kadang luas dan tak berpenghujung. Kebiasaannya untuk menangkap kehadiran alam dan sering bebas dari aktiviti manusia. Fokus bagi teknik ini adalah untuk menghasilkan pemandangan atau persekitaran yang lebih menyeluruh. Gambar diatas adalah contoh penggunaan teknik landskap.

Page 5: Teknik Penggambaran

Gambar 5. ( Teknik Perspektif )

Teknik perspektif adalah perubahan bentuk, ukuran dan kedalaman bidang yang relatif sebgai akibat daripada cara pandang antara objek dan kamera. Dengan kata lain, perspektif dalam fotografi ini ialah cara bagaimana sebuah objek 3 dimensi dilihat sehingga memiliki latar 2 dimensi. Penggunaan perspektif ini ialah untuk memberikan dimensi ruang yang berbeza serta menambah daya tarikan dan keindahan sebuah hasil penggambaran. Ciri yang boleh dilihat dari teknik ini ialah objek lebih kecil ketika jarak penglihat dengan objek bertambah dan ukuran dimensi objek sepanjang garis pandang relatif lebih pendek dari garisan pandang ( foreshorted ). Gambar diatas adalah salah satu contoh teknik perspektif yang menjadikan satu titik perspektif ke tengah pusat.

Page 6: Teknik Penggambaran

Rujukan

Noriati A. Rashid, B. P., & Ahmad, S. F. (2009). Tekologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar.

http://tipsfotografi.net/belajar-memahami-perspektif-dalam-fotografi.html

http://hazel.co.id/5-teknik-simpel-untuk-foto-landscape/

http://www.kelasfotografi.com/2015/02/mengenal-macam-macam-teknik-pengambilan.html

http://otodidakfotografi.blogspot.my/2012/12/belajar-teknik-panning-dalam-fotografi.html

http://mtp6014-zaili.blogspot.my/2013/05/teknik-penggambaran-kamera.html