Tatalaku Versi ringkas - Welcome to the ASSA ABLOY Group · pampasan kerja lebih masa. ......

10
Tatalaku Versi ringkas The global leader in door opening solutions

Transcript of Tatalaku Versi ringkas - Welcome to the ASSA ABLOY Group · pampasan kerja lebih masa. ......

Tatalaku Versi ringkas

The global leader in door opening solutions

2

3

Versi TaTalaku ini mengandungi ringkasan Tatalaku. Ia diedarkan kepada semua pekerja. Versi penuh Tatalaku, yang telah diterima oleh semua pengurus dan pekerja yang bertugas di bahagian Pembelian, Jualan, Sumber Manusia, Kewangan/Perakaunan, wakil kesatuan dan kategori lain seperti yang ditentukan oleh bahagian masing-masing, juga telah diedarkan kepada semua pekerja dan boleh dirujuk jika perlukan penjelasan. Kedua-dua versi penuh dan versi ringkas Tatalaku disediakan dalam pelbagai bahasa serta boleh didapati di intranet keyPoint ASSA ABLOY di bawah Sumber Manusia dan laman web luaran, www.assaabloy.com

assa aBlOY percaYa dengan tingkah laku sosial dan etika yang bertanggungjawab dan bertanggungjawab kepada mereka yang bekerja di syarikat ini di seluruh dunia. Tambahan pula, ASSA ABLOY serta pekerja-pekerjanya mempunyai satu obligasi terhadap semua pemegang saham untuk mengamalkan tahap integriti yang tinggi dan berurusan secara adil. Ini adalah asas dan sebab mengapa ASSA ABLOY telah mengeluarkan Tatalaku.

kepada siapa Tatalaku diguna pakai?Tatalaku diguna pakai kepada semua pekerja dan rakan kongsi perniagaan kita. Ia termasuk juga pembekal-pembekal melalui peruntukan kontraktual.

pematuhan perundangan Tatalaku tidak menggantikan perundangan dan jika mana-mana bahagiannya bercanggah, maka perundangan didahulukan. Keadaan boleh berlaku di mana tidak terdapat garis panduan yang

spesifik. Dalam keadaan sedemikian, “Tatalaku” akan diguna pakai.

Mencari panduan dan meniup wisel Sekiranya seseorang pekerja itu mengambil berat tentang sesuatu atau ingin membuat aduan atau melaporkan satu pelanggaran undang-undang, pengurus bahagian, wakil pengurusan tempatan atau orang tempatan yang bertanggungjawab ke atas Tatalaku, mesti dimaklumkan. Jika pekerja mendapati sukar untuk mengutarakan sesuatu isu di daerah sendiri, Ibu Pejabat ASSA ABLOY mesti dihubungi. Borang yang disediakan dalam Lampiran I boleh digunakan. Maklumat pekerja tersebut akan dirahsiakan, dan tiada pekerja akan didiskriminasikan kerana membuat laporan, dengan tujuan baik, pelanggaran Tatalaku tersebut.

pelaksanaan dan pengawasanASSA ABLOY mengawasi pelaksanaan Tatalaku. Pencabulan akan ditangani dengan segera.

untuk berhubung dengan ibu pejabat assa aBlOY:[email protected]

atauCode of Conduct function ASSA ABLOY AB Box 70340 SE-107 23 Stockholm Sweden

Tatalaku

Stockholm, 1 Februari 2012 Johan MolinPresiden dan CEO

4

Hak pekerja, hak kemanusiaan, kepentingan pengguna dan berbakti kepada masyarakatTenaga kerja kanak-kanakASSA ABLOY mengiktirafi hak setiap kanak- kanak yang patut dilindungi daripada eksploitasi ekonomi dan daripada membuat kerja yang mungkin berbahaya kepada kesihatan fizikal, mental atau rohani, memudaratkan pembangunan moral atau sosial, atau menggangu pendidikan kanak-kanak. Kanak-kanak dalam konteks ini ialah seseorang yang di bawah umur 15 tahun. Beberapa negara mengguna pakai definisi “pekerja muda” kepada mereka yang berumur lebih daripada umur minimum, yang mana mungkin terdapat sekatan dari segi undang-undang tentang jenis kerja yang dibenarkan.

Tenaga kerja paksaan atau yang diikat jamin (bonded)ASSA ABLOY tidak mengambil pekerja atau menerima sebarang jenis pekerja paksaan atau yang diikat jamin (bonded), banduan atau pekerja haram.

kebebasan kesatuan dan pengutaraan secara kolektifPekerja ASSA ABLOY mempunyai kebebasan untuk menyertai atau menubuhkan kesatuan pilihan mereka, menganjur dan mengutarakan secara kolektif atau peseorangan. Pekerja tidak akan mempunyai risiko diganggu atau dibalas kerana mengamalkan hak-hak mereka.

kontrak pekerja, waktu kerja dan pampasanASSA ABLOY mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan berhubung kontrak pekerja, waktu kerja, termasuk kerja lebih masa dan pampasan kerja lebih masa. Gaji mesti dibayar secara berkala dan mematuhi undang-undang tempatan yang diguna pakai, serta keadaan pasaran tempatan. Pekerja berhak ke atas sekurang-kurangnya satu hari cuti dalam tujuh hari berkerja dan bercuti pada hari cuti am tempatan. Pekerja mesti diberi cuti tahunan yang ditetapkan, cuti sakit dan cuti bersalin/cuti paterniti tanpa sebarang akibat negatif.

kepelbagaian dan keseimbangan jantina ASSA ABLOY menghargai dan menggalakkan kepelbagaian. Ini termasuk keseimbangan jantina untuk jawatan pengurusan. ASSA ABLOY memberi keutamaan kepada mereka yang kurang diwakili jika mereka mempunyai kelayakan yang sama, dan menggalakkan kebelbagian dalam proses pengambilan pekerja.

Diskriminasi, gangguan dan peluang seimbang ASSA ABLOY menyediakan persekitaran kerja di mana setiap pekerja patut diberi kehormatan dan penjagaan maruah, dan diberi peluang pembangunan yang adil dan seimbang. Dari itu ASSA ABLOY tidak mempunyai toleransi terhadap sebarang diskriminasi atau gangguan di tempat kerja kerana faktor bangsa, etnik, orientasi seksual, jantina, ugama, umur, kekurang upaya, berpendapat politik, kewarganegaraan atau sebarang faktor yang berpotensi untuk mencetuskan diskriminasi.

5

keperibadian pekerja • Perutusan e-mail: E-mail dan fungsi internet hanya boleh digunakan untuk tujuan syarikat dan dari itu semua pergerakan perutusan adalah hak milik syarikat. Di beberapa negara ASSA ABLOY bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk melindungi syarikat dan pekerja daripada pengunaan tidak sewajarnya peralatan ini. Dari itu ASSA ABLOY berhak mengawasi pengunaan e-mail dan internet. • Perbualan telefon: ASSA ABLOY tidak mengawasi panggilan telefon, melainkan atas sebab-sebab khusus seperti latihan. Sebarang jenis pengawasan mestilah dipersetujui terlebih dahulu antara pekerja dengan syarikat. Mana-mana orang ketiga juga akan dimaklumkan tentang pengawasan tersebut. • Rekod pekerja dan perubatan disimpan secara rahsia dan hanya dizahirkan atas sebab-sebab yang wajar. Rekod kesihatan pekerja adalah rahsia dan persendirian, disimpan berasingan daripada lain-lain rekod pekerja di dalam kabinet berkunci atau tempattempat lain yang berkunci. Rekod ini tidak akan dikeluarkan kepada sesiapa melainkan dikehendaki oleh undang-undang atau dengan persetujuan bertulis yang ditandatangani oleh pekerja berkenaan.

Minuman keras/atau penyalah gunaan dadahASSA ABLOY berharap semua pekerja datang bekerja dengan pertimbangan yang waras dan dari itu mereka hendaklah menjauhkan diri daripada minuman keras dan/ atau penyalah gunaan dadah yang akan menjejaskan kerja mereka.

Berbakti kepada masyarakatASSA ABLOY bertindak sebagai warga korporat yang prihatin di mana sahaja ia beroperasi dan menyokong masyarakat tempatan, serantau dan antarabangsa dengan cara yang sesuai.

6

persekitaran dan pematuhan• ASSA ABLOY akan selalu memenuhi tuntutan undang-undang. • ASSA ABLOY terus mencari jalan untuk mengurangkan penggunaan sumber, mencegah pencemaran dan memperbaiki keseluruhan kesan persekitaran akibat daripada operasi dan produkproduk, selaras dengan rantaian nilai. • ASSA ABLOY menggalakkan pembangunan dan penyerapan teknologi mesra alam. • ASSA ABLOY mewajibkan semua unit pengeluaran ASSA ABLOY yang memberi kesan persekitaran alam, melaksanakan sistem pengurusan persekitaran alam yang disahkan.

Semua pekerja diharap menyokong dan bertanggungjawab ke atas prestasi persekitaran ASSA ABLOY.

persekitaran kerja ASSA ABLOY berkomited menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan atau memudaratkan kesihatan dan kesjahteraan pekerjanya. Ini termasuklah segala kimia ditanda dan dikendalikan dengan cara yang selamat, kawasan kerja mestilah bersih dan bebas daripada pence-maran dan arahan mengenai penggunaan perlindungan persendirian dan peralatan kerja wajib dipatuhi.

Entiti pengeluaran mesti menyediakan dengan secukupnya bilik persalinan pakaian, bilik air dan tandas yang bersih dan berasingan untuk lelaki dan wanita.

Bangunan dan keselamatan kebakaran Bahan-bahan dan peralatan berbahaya mesti disimpan mengikut peraturan dan polisi yang diguna pakai. Pintu keluar kecemasan mestilah ditanda dengan jelas. Pintu keluar kecemasan tidak boleh diadang dan ia mestilah diterangi lampu. Semua pekerja mesti mendapat maklumat mengenai peraturan keselematan seperti pintu keluar kecemasan, pemadam api, peralatan bantuan kecemasan, dll. Pelan untuk lari keluar mengosongkan bangunan mesti dipamerkan pada setiap aras bangunan. Penggera kebakaran mesti diuji dan latihan keluar mengosongkan bangunan mesti diadakan secara berkala. Bantuan kecemasan dan bantuan perbuatan Peralatan bantuan kecemasan mesti berada pada lokasi yang sesuai, dan sekurang-kurangnya seorang mesti berada pada setiap lokasi dan mesti dilatih dalam asas bantuan kecemasan. Doktor atau jururawat mesti dihubungi jika perlu kalau berlaku kemalangan di bangunan tempat kerja. Syarikat mesti membayar kos rawatan perubatan bagi kecederaan yang berlaku di bangunan tempat kerja jika ia tidak dibayar oleh keselamatan sosial atau insurans dengan syarat tidak melanggar peraturan keselamatan.

Persekitaran dan Kesihatan dan Keselamatan

7

ASSA ABLOY menghormati undang-undang dan peraturan berkaitan dengan etika perniagaan negara di mana ia beroperasi dan menuntut pembekal dan rakan kongsi berbuat demikian.

persaingan yang adil dan perundangan anti amanah ASSA ABLOY berkomited kepada persaingan yang sengit tetapi saksama yang berasaskan nilai tambah kepada produk dan perkhidmatan. ASSA ABLOY tidak terlibat dalam perbandingan yang tidak adil, mengelirukan atau tidak tepat, perjanjian atau peraturan yang anti persaingan. Pekerja hendaklah mengelak daripada sebarang perjanjian anti persaingan atau amalan bersepadu, secara tersirat mahupun sebaliknya, dengan mana-mana pesaing atau rakan niaga ASSA ABLOY. Semua urus niaga dengan pesaing hendaklah dilaksanakan dengan berhati-hati. Untuk mendapatkan panduan lanjut, sila rujuk Program Pematuhan ASSA ABLOY berkaitan undang-undang anti amanah dan persaingan.

Sekiranya berlaku penyiasatan di tapak (serbuan subuh) oleh pihak berkuasa persaingan, pekerja hendaklah mematuhi arahan yang terdapat dalam Garis Panduan Serbuan Subuh ASSA ABLOY. Pekerja hendaklah memberi kerjasama penuh dengan pegawai yang menjalankan penyiasatan dan tidak menghalang penyiasatan tersebut dalam apa juga cara.

rasuahASSA ABLOY tidak menerima rasuah, pembayaran pemudahan atau pemerasan dalam sebarang bentuk, sama ada sebagai pemberi/yang memulakan atau sebagai penerima. Untuk panduan selanjutnya, sila rujuk Dasar Anti Sogokan ASSA ABLOY dan tatacara berkaitan.

Hiburan, hadiah, sagu hati dan pendermaanAktiviti pembelian dan penjualan mesti dijalankan dengan penuh integriti. Dari itu ASSA ABLOY atau pekerjanya tidak dibenarkan memberi atau menerima hadiah, sagu hati atau tawaran hiburan, yang akan mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pekerja ataupun pelanggan. Hadiah kecil, hospitaliti dan perbelanjaan merupakan perkara biasa dalam perhubungan perniagaan. Dengan pertimbangan yang berhemat dan nilai pemberian yang sederhana, perkara ini boleh diterima, melainkan sekiranya pengaturan sedemikian boleh menjejaskan hasil urus niaga. Untuk mendapatkan panduan lanjut, sila rujuk Dasar Anti Sogokan ASSA ABLOY dan tatacara berkaitan.

penipuanASSA ABLOY tidak menerima penipuan dalam apa juga bentuk.

rekod dan laporanIntegriti ASSA ABLOY dalam menyimpan rekod dan sistem pelaporan, termasuk laporan dan sistem elektronik, adalah teramat penting. Pekerja mesti khusus mengambil berat supaya segala rekod disediakan dan disemak dengan tepat dan sempurna, sama ada ia untuk penggunaan dalamam atau luaran.

percanggahan kepentinganPercanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti dielakkan. Jika percanggahan berlaku, pekerja mesti memaklumkannya kepada pengurus. Keadaan percanggahan termasuk:• Aktiviti perniagaan luar • Kepentingan kewangan diri sendiri • Menggunakan orang dalam atau sebaliknya maklumat rahsia untuk kepentingan diri sendiri • Mengambil orang yang rapat dan mempunyai perkaitan untuk bekerja• Membeli daripada atau menjual kepada orang yang rapat dan mempunyai perkaitan

Etika Perniagaan

Lampiran I: Laporan kejadian ketakpatuhan Saya menyedari situasi berpotensi atau sebenar yang mungkin tidak mematuhi Tatalaku ASSA ABLOY. keterangan konflik berpotensi atau sebenar di bawah Tatalaku:

Sila hantarkan laporan ini ke:[email protected] sekiranya tidak dapat dilakukan, hantar kepada: Code of Conduct function ASSA ABLOY ABBox 70340SE-107 23 Stockholm, Sweden

Nama dan butiran untuk dihubungi (maklumat diberi secara sukarela):

10

ASSA ABLOY ialah pemimpin global dalam penyelesaian pembukaan pintu, berdedikasi dalam memberi kepuasan kepada keperluan pengguna akhir bagi keselamatan, perlindungan dan keselesaan.

www.assaabloy.com

assa aBlOY aB (publ.)alamat pos:P.O. Box 70340 SE-107 23 Stockholm alamat kunjungan: Klarabergsviadukten 90

Telefon: +46(0)8 506 485 00 Faks: +46(0)8 506 485 85 No. pendaftaran: SE.556059-3575pejabat Berdaftar: Stockholm, Swedenwww.assaabloy.com