Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf ·...

106
Taisir Mustolahul-Hadis 1. 0 PRAKATA 2. 0 PENDAHULUAN 2.1 SELAYANG PANDANG SEJARAH PERTUMBUHAN ILMU MUSTALAH DAN PERINGKAT-PERINGKATNYA 2.2 KARANGAN-KARANGAN YANG TERKENAL DI DALAM ILMU MUSTALAH 2.3 DEFINISI-DEFINISI ASAS 3.0 BAB PERTAMA : AL-KHABAR 3.1 FASAL PERTAMA : Pembahagian Al-Khabar berdasarkan kepada jalan dan cara sampainya kepada kita. 3.1.1 PERBAHASAN PERTAMA: AL-KHABAR AL-MUTAWATIR 3.1.2. PERBAHASAN KEDUA: KHABAR AL-AHAD 3.2 – FASAL KEDUA : Klasifikasi Khabar Ahad berdasarkan kepada kekuatan dan kelemahannya 3.2.1 Al-Khabar al-Maqbul 3.3 - FASAL KETIGA: KHABAR MARDUD 3.3.1 PERBAHASAN PERTAMA : DHAIF 3.3.2 Perbahasan Kedua: Mardud Dengan Sebab Gugur Perawi Dari Sanad 3.3.3 PERBAHASAN KETIGA : Mardud dengan sebab kecaman pada perawi Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Transcript of Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf ·...

Page 1: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Taisir Mustolahul-Hadis

1. 0 PRAKATA

2. 0 PENDAHULUAN

2.1 SELAYANG PANDANG SEJARAH PERTUMBUHAN ILMU MUSTALAH DAN

PERINGKAT-PERINGKATNYA

2.2 KARANGAN-KARANGAN YANG TERKENAL DI DALAM ILMU MUSTALAH

2.3 DEFINISI-DEFINISI ASAS

3.0 BAB PERTAMA : AL-KHABAR

3.1 FASAL PERTAMA : Pembahagian Al-Khabar berdasarkan kepada jalan dan

cara sampainya kepada kita.

3.1.1 PERBAHASAN PERTAMA: AL-KHABAR AL-MUTAWATIR

3.1.2. PERBAHASAN KEDUA: KHABAR AL-AHAD

3.2 – FASAL KEDUA : Klasifikasi Khabar Ahad berdasarkan kepada kekuatan

dan kelemahannya

3.2.1 Al-Khabar al-Maqbul

3.3 - FASAL KETIGA: KHABAR MARDUD

3.3.1 PERBAHASAN PERTAMA : DHAIF

3.3.2 Perbahasan Kedua: Mardud Dengan Sebab Gugur Perawi Dari Sanad

3.3.3 PERBAHASAN KETIGA : Mardud dengan sebab kecaman pada perawi

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Page 2: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

1. PRAKATA

Segala pujian bagi Allah s.w.t. yang telah mengurniakan nikmat kepada orang-orang

Islam dengan menurunkan al-Qur’an, menjamin untuk menjaganya dalam dada dan

suratan hingga hari akhirat dan menjadikan penjagaan sunnah Penghulu sekalian rasul

antara penyempurnaan penjagaan al-Qur’an.

Selawat dan salam buat Penghulu dan Nabi kita yang Allah s.w.t. mewakilkan baginda

untuk menjelaskan perkara yang dikehendakiNya dari al-Qur’an dengan firmanNya:

وأنزلنا إليك الذكر لتبين للناس ما نزل إليهم ولعلهم يتفكرون

“Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur`an agar kamu menerangkan kepada umat

manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka supaya mereka memikirkan.”

Lalu Rasulullah s.a.w. bangun sebagai seorang yang menjelaskan al-Qur’an dengan

ucapan-ucapannya, perbuatan-perbuatannya, pengakuan-pengakuannya dengan gaya

jelas lagi terang.

Keredhaan buat para sahabat yang menerima secara langsung daripada Rasulullah

s.a.w. lalu mereka menjaganya dan memindahkan kepada orang-orang Islam

sebagaimana mereka mendengarnya dalam keadaan suci dan murni dari kekeruhan

pengubahan dan penukaran.

Rahmat dan keampunan untuk salaf yang soleh yang menukilkan sunnah daripada

generasi demi generasi dan mereka telah meletakkan prinsip-prinsip dan neraca-neraca

Page 3: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

yang halus untuk menjaga penukilannya dan periwayatannya demi memurnikannya dari

penyelewengan golongan yang batil.

Balasan yang mulia untuk mereka yang menjejaki salaf dari kalangan ulama Islam yang

menerima prinsip-prinsip periwayatan sunnah dan neraca-neracanya daripada salaf, lalu

mereka menyaringnya, menyusunkannya dan mengumpulkannya di dalam karangan-

karangan yang berasingan yang kemudiannya dinamakan dengan ilmu mustalah hadis.

Ketika penulis ditugaskan mengajar ilmu mustalah hadis sejak bertahun-tahun di

Kulliyyah Syariah di Universiti Islam Madinah, yang ketika itu teksnya “Ulum al-Hadith”

karangan Ibn al-Salah kemudian digantikan pula dengan kitab ringkasannya “al-Taqrib”

tulisan Imam al-Nawawi, penulis bersama dengan para mahasiswa mengalami

kesukaran dalam mempelajari kedua-dua kitab secara kulit ke kulit walaupun ianya

sangat hebat dan faedahnya melimpah. Antara kesukaran tersebut ialah perincian dan

penjelasan pada sesetengah perbahasan terutamanya pada kitab Ibn al-Salah. Di

samping terlalu ringkas di tempat yang lain terutamanya pada kitab Imam al-Nawawi.

Lain-lain kesukaran seperti frasa-frasa kitab yang sukar difahami, perbahasan-

perbahasan yang tidak lengkap seperti tidak mengemukakan definisi, mengabaikan

contoh, tidak menyatakan faedah perbahasan, tidak menyebut karangan-karangan yang

terkenal dan sebagainya. Demikian juga yang penulis temui dalam kitab-kitab ulama

terdahulu yang lain malah sesetengah kitab itu tidak meliputi semua ilmu-ilmu hadis.

Setengahnya pula tidak disaring dan tidak tersusun. Kemaafan bagi mereka sama ada

perkara-perkara yang mereka tinggal tersebut jelas kepada mereka atau kerana

keperluan zaman mereka untuk didetailkan sesetengah perbahasan atau sebab-sebab

lain yang kita ketahui dan tidak ketahui.

Page 4: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Oleh itu, penulis ingin menyediakan satu buku yang mudah tentang mustalah hadis dan

ulum hadis untuk para mahasiswa Kulliyyah Syariah yang akan memudahkan mereka

memahami kaedah-kaedah ilmu ini. Penulis membahagikan setiap perbahasan kepada

perenggan bernombor yang dimulakan dengan definisi diikuti dengan contohnya dan

kemudian pembahagiannya…. diakhiri dengan perenggan tentang karangan-karangan

yang terkenal dalamnya. Semua itu dengan frasa yang mudah, laras ilmiah jelas tanpa

kesukaran dan kerumitan. Penulis tidak menyentuh kebanyakan khilafiah, pendapat-

pendapat dan meluaskan perbahasan bagi menjaga masa yang ringkas yang

dikhususkan untuk subjek ini di Kuliyyah Syariah dan Kulliyyah Pengajian Islam.

Penulis menamakan buku ini dengan Taysir Mustalah al-Hadith. Penulis tidak

berpendapat dengan buku ini, kitab-kitab ulama terdahulu dalam ilmu ini tidak diperlukan

lagi. Penulis hanya bertujuan menjadikannya sebagai anak kunci, catatan tentangnya

dan pemudah untuk memahami maknanya. Kitab-kitab para imam dan ulama terdahulu

tetap terus menjadi rujukan ulama dan ahli ikhtisas ilmu ini dan merupakan mata air

melimpah yang mereka menceduk darinya.

Penulis tidak lupa untuk menyebutkan bahawa sejak akhir-akhir ini terbit beberapa

tulisan pengkaji yang sangat bermanfaat terutamanya sanggahan terhadap kekeliruan

orientalis dan golongan menyeleweng. Cuma sesetengahnya berjela, terlampau ringkas

dan ada yang tidak meliputi kesemua topik. Oleh itu, penulis mahu buku ini menjadi

pertengahan di antara yang terlalu mendalam dan yang terlalu ringkas dan meliputi

kesemua perbahasan.

Yang baru dalam buku ini ialah:

Page 5: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

1. Pembahagian setiap perbahasan kepada perenggan bernombor yang

memudahkan pelajar memahaminya.

2. Kesempurnaan pada setiap perbincangan dari segi rangka umum seperti

mengemukakan definisi, contoh dan sebagainya.

3. Meliputi semua perbahasan mustalah hadis secara ringkas.

Dari segi penyusunan bab, penulis memanfaatkan kaedah Hafiz Ibn Hajar di dalam

kitabnya “Nukhbah al-Fikar” dan syarahnya “Nuzhah al-Nazar” kerana ia merupakan

susunan terbaik yang diusahakan oleh beliau. Kebanyakan perbahasan ilmiah penulis

bergantung kepada kitab “Ulum al-Hadith” oleh Ibn al-Salah, ringkasannya “al-Taqrib”

oleh al-Nawawi dan syarahnya “Tadrib al-Rawi” oleh al-Suyuti.

Penulis membahagikan buku ini kepada pendahuluan dan empat bab. Bab pertama

tentang khabar, bab kedua tentang al-jarh wa al-ta`dil, bab ketiga tentang riwayat dan

prinsip-prinsipnya dan bab keempat tentang sanad dan pengetahuan tentang para

perawi.

Dalam mempersembahkan usaha yang tidak seberapa ini kepada para mahasiswa,

penulis menginsafi akan kelemahan dan kekurangan dalam menunaikan hak ilmu ini

dan penulis tidak mendakwa diri ini bersih dari kegelinciran dan kesilapan. Adalah

diharapkan pembaca yang menemui kesilapan dalam buku ini mengingatkan penulis

agar dapat penulis membetulkannya. Penulis berharap kepada Allah s.w.t agar para

Page 6: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

mahasiswa dan mereka yang terlibat dengan hadis mendapat manfaat daripadanya

serta Dia menjadikannya sebagai amal ikhlas keranaNya.

atas

2. PENDAHULUAN

· Selayang pandang sejarah pertumbuhan ilmu mustalah dan peringkat-

peringkatnya

· Tulisan-tulisan yang terkenal

· Definisi-definisi asas

2.1 SELAYANG PANDANG SEJARAH PERTUMBUHAN ILMU MUSTALAH DAN

PERINGKAT-PERINGKATNYA

Seorang penyelidik dapat mengamati asas-asas dan prinsip-prinsip periwayatan dan

nukilan cerita ada di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Al-Quran menyebutkan:

يا أيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa

berita, maka periksalah dengan teliti.”

Al-Sunnah pula mengatakan:

نضر ال امرأ سمع منا شيئا فبلغه كما سمعه فرب مبلغ أوعى من سامع

Page 7: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

“Semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar sesuatu hadis daripada kami lalu

dia menyampaikannya mengikut apa yang didengari. Maka betapa ramai orang

disampaikan berita itu lebih menjaganya daripada orang yang mendengarnya”

(Riwayat al-Tirmizi, Tuhfah al-Ahwazi 7/453).

Di dalam riwayat yang lain pula disebutkan:

فرب حامل فقه إلى من هو أفقه منه ورب حامل فقه ليس بفقيه

“Alangkah banyaknya orang yang membawa fiqh kepada orang yang lebih memahami

daripadanya. Dan betapa banyak orang yang membawa fiqh tetapi ia bukan seorang

faqih.” (Abu Daud, Aun al-Ma’bul 10/54).

Di dalam potongan al-Quran dan hadis ini, terdapat prinsip kepastian dalam menukilkan

cerita, cara-cara menjaganya dan berhalus serta teliti di dalam menyampaikannya,

terutamanya apabila ragu-ragu tentang kebenaran penyampaiannya. Daripada sinilah

jelas kepada kita tentang kepentingan dan nilai sanad dalam penerimaan dan penolakan

riwayat.

Di dalam muqaddimah “Sahih” nya, Imam Muslim menukilkan kata-kata Ibn Sirin, “ Tidak

pernah ulama bertanyakan tentang sanad. Tetapi apabila berlaku fitnah, mereka

berkata: Sebutkan kepada kami tokoh-tokoh kamu. Lalu dilihat kepada ahli sunnah

maka diambil riwayat mereka kemudian dilihat pula kepada ahli bid’ah lalu tidak diambil

riwayat mereka”

Berdasarkan kepada prinsip ini, riwayat tidak boleh diterima kecuali setelah diketahui

sanadnya, maka muncullah ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil, perbincangan terhadap perawi,

Page 8: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

pengetahuan tentang sanad muttasil (bersambung) dan munqati (terputus) dan

pengetahuan tentang kecacatan yang tersembunyi. Kemudian muncul pula

perbincangan tentang para perawi tetapi tidak banyak kerana tidak ramai perawi-perawi

yang ditajrihkan pada peringkat awal.

Kemudian ulama meluaskan perbincangan ilmu-ilmu tersebut sehingga muncul banyak

ilmu yang berkaitan dengan hadis dari sudut penjagaan, catatan, method (kaedah)

penerimaan dan penyampaian, pengetahuan tentang nasikh dan mansukh, perkataan

yang sukar (gharib) dan sebagainya. Walaubagaimanapun semuanya itu disentuh oleh

para ulama secara lisan.

Perkembangan terus berlaku sehinggalah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hadis ini

dicatit dan dibukukan tetapi masih lagi berselerak di dalam pelbagai kitab dan

bercampur dengan ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu usul, fiqh dan hadis. Ini dapat dilihat

di dalam karya Imam Syafii di dalam al-Risalah dan Al-Umm.

Setelah ilmu-ilmu ini matang dan istilah-istilahnnya kemas serta dapat berdiri sendiri

iaitu pada abad ke empat Hijrah, ulama telah menyusun secara berasingan ilmu

mustalah hadis. Ulama pertama yang menulis secara terpisah penulisan mustalah hadis

dalam kitab yang khusus ialah Muhammad al-Hassan al Ramahurmuzi (meninggal

360H) dengan kitabnya “al-Muhaddith al-Fasil Baina al-Rawi wa al-Wa’iy”.

atas

Page 9: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

2.2 KARANGAN-KARANGAN YANG TERKENAL DI DALAM ILMU

MUSTALAH

1. Al-Muhaddith al-Fasil Bayu al-Rawi wa al-Wa’iy

Kitab ini ditulis oleh al-Qadhi Muhammad al-Hassan bin Abdul Rahman bin

Khallad al-Ramahurmuzi (wafat 360H), tapi beliau tidak meliputi kesemua

perbahasan mustalah hadis. Senario begini biasanya berlaku kepada orang yang

mula-mula merintis dalam menulis mana-mana ilmu.

2. Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith

Penulisnya Abu Abdullah al Hakim al-Nisaburi (wafat 405H). Kitab ini meliputi 52

jenis ilmu hadis bagaimanapun ia tidak tersusun mengikut tertib ilmu mustalah.

3. Al-Mustakhraj ‘ala Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith

Ditulis oleh Abu Nu’aim Ahmad bin Abdullah al-Asfahani (wafat 430H). Beliau

menambah beberapa kaedah yang tidak disebutkan oleh al-Hakim. Dalam pada

itu masih ada beberapa fasal yang tertinggal yang mungkin dapat ditambah oleh

orang lain.

4. Al-Kifayah Fi ilm Al-Riwayah

Karangan Abu Bakar Ahmad Bin Ali Bin Thabit Al-Khatib Al-Baghdadi (W463).

Sebuah kitab yang lengkap dengan permasalahan-permasalahan ilmu mustalah

yang telah disaring, menjelaskan kaedah-kaedah periwayatan dan diakui

sebagai sumber utama ilmu ini.

Page 10: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

5. Al-Jami’ Li Akhlaq Al-Rawi Wa Adab Al-Sami’ juga ditulis oleh AL-Khatib Al

Baghdadi. Ia membincangkan etika periwayatan sebagaimana jelas tertera pada

tajuknya. Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat

bernilai dari segi kajian-kajian dan bahan-bahannya atau kandungannya. Sangat

sedikit sekali bidang-bidang ulum hadis yang tidak ditulis oleh beliau melainkan

ada karangan yang berasingan tentangnya. Benar sekali kata-kata Al-Hafiz Abu

Bakar Bin Nuktah: “Setiap orang yang adil pasti mengetahuii bahawa semua

muhaddithin selepas beliau adalah bergantung kepada kitab-kitabnya.”

6. Al-Ilma‘ ila Ma’ rifah usul Al-Riwayah Wa Taqyid Al-Sama’ ditulis oleh Qadhi Iyad

Bin Musa Al-Yahsub ( w 544 ) kitab ini tidak meliputi kesemua perbahasan ilmu

mustalah tetapi hanya berkaitan dengan kaedah penerimaan dan penyampaian

hadis serta cabang-cabangnya. Kitab ini sangat baik dalam bab ini dan

mempunyai susunan yang indah.

7. Ma La Yasa’ al-Muhaddith Jahluh

Ditulis oleh Abu Hats Umar bin Abdul Majid al-Mayanaji (W 580H). Ia merupakan

satu risalah yang ringkas.

8. ‘Ulum al-Hadith

Karangan Abu ‘Amr Uthman bin Abdul Rahman Shahrazuri yang lebih dikenali

dengan Ibn al-Salah (W643). Kitab ini sangat terkenal dan merupakan antara

kitab-kitab yang terbaik dalam ilmu mustalah. Pengarangnya menghimpunkan

perbahasan-perbahasan yang terselerak di dalam karangan-karangan al-Khatib

al Baghdadi dan ulama sebelumnya. Kitab ini penuh dengan fakta-fakta penting

Page 11: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

cumanya ia tidak tersusun dengan rapi. Ini kerana pengarang mendiktekan satu

demi satu kepada pelajar-pelajar beliau. Ia telah diringkaskan, dinazamkan,

dikritik dan juga disokong.

9. Al-Taqrib wa al-Taysir Li Ma’rifah Sunan al-Basyir al-Nazir

Ditulis oleh Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi (W676). Kitab ini

merupakan ringkasan kepada kitab “`Ulum Hadith Ibn Salah”. Kitab ini sangat

baik namun kadang-kadang terdapat frasa-frasa yang sukar difahami.

10. Tadrib al-Rawi Fi Syarh Taqrib Al-Nawawi

Ditulis oleh Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr al-Suyuti (W 911) merupakan

ulasan kepada karangan “Taqrib” al-Nawawi. Pengarangnya mengumpul

pelbagai fakta penting yang berguna.

11. Nazm al-Durar fi ilm al-Athar

Pengarang ialah Zainuddin Abdul Rahim bin Al-Husain al-Iraqi (W 806)

ungkapan-ungkapan syair ini terkenal dengan “Alfiyah al-Iraqi”. Beliau telah

menazamkan kitab “`Ulum Hadith Ibn Salah” dengan membuat beberapa

tambahan. Ia sangat baik dan banyak mempunyai fakta-fakta penting dan ditulis

beberapa ulasan. Antaranya dua ulasan yang disusun oleh pengarang sendiri

(Fath al-Mughith- al-Iraqi).

12. Fath al-Mughith Fi Syarh Alfiyah al-Hadith

Page 12: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Ditulis oleh Muhammad bin Abdul Rahman (W902) merupakan penjelasan

kepada “Alfiyah al-Iraqi”. Ia huraian yang paling lengkap dan baik bagi “Alfiyah”.

13. Nukhbah al-Fikar Fi Mustalah Ahl al-athar

Karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani (W 852). Sebuah risalah yang terlalu

ringkas tetapi sangat baik dan bermutu. Pengarang telah mencipta dan

pembahagian yang baru yang tidak pernah ada sebelum ini . Beliau sendiri

menghuraikannya dengan diberi nama “Nuzhah al-Nazar” dan kitab ini juga telah

diberi penjelasan oleh ulama lain.

14. Al-Manzumah al-Bayquniyyah

Disusun oleh Umar bin Muhammad al-Bayquni (W 1030). Ia merupakan nazam

yang sangat ringkas tidak melebihi 34 bait dan baik. Ia telah dihuraikan dengan

banyaknya oleh ulama.

15. Qawa’id al-Tahdith

Disusun oleh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi (W 1332) merupakan karya

yang sangat bermutu. Di samping itu terdapat banyak lagi kitab-kitab lain untuk

disebutkan dan penulis hanya menyebutkan yang masyhur sahaja. Semoga

Allah s.w.t memberi ganjaranNya kepada kita semua.

atas

Page 13: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

2.3 DEFINISI-DEFINISI ASAS

1. Ilmu al-Mustalah:

Ilmu tentang prinsip-prinsip dan kaedah untuk mengetahui keadaan sanad

dan matan dari segi penerimaan dan penolakan.

2. Subjeknya:

Sanad dan matan dari segi penerimaan dan penolakan.

3. Faedahnya: membezakan di antara hadis yang sahih daripada hadis yang

bermasalah.

4. Al-Hadith

Dari sudut bahasa: yang baru, ahadith merupakan kata jama’nya yang dibuat

dengan tidak mengikut kaedah qias.

Dari segi istilah: Perkara yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. dalam

bentuk ucapan, perbuatan, pengakuan atau sifat.

5. Al-Khabar

Dari segi bahasa bermaksud berita, jama’nya akhbar. Dari segi istilah ada

tiga pendapat:

a) Ia adalah sinonim dengan al-Hadith dari segi istilah.

b) Antonim dengan al-hadith iaitu al-hadith ialah perkara yang datang

daripada Rasulullah s.a.w. manakala al-Khabar datang daripada orang

lain.

c) Lebih umum daripada al-Hadith iaitu al-Hadith sesuatu yang berpunca

daripada Rasulullah s.a.w. sedangkan al-Khabar berpunca daripada

Rasulullah s.a.w. dan juga orang lain.

Page 14: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

6. Al-Athar

Dari sudut bahasa bererti baki sesuatu benda.

Manakala dari segi istilahnya ada dua pendapat:

a) Sinonim bagi al-Hadith

b) Antonim bagi al-hadith iaitu al-Khabar ialah sesuatu yang disandarkan

kepada sahabat dan tabi’in sama ada ucapan atau perbuatan.

7. Al-Isnad: Mempunyai dua pengertian iaitu,

a) Menyandarkan hadis kepada pengucapnya dengan secara bersanad.

b) Turutan perawi-perawi yang sampai kepada matan.

8. Al-Sanad

Dari segi bahasa bermaksud yang dipegang dinamakan begitu kerana hadis

itu disandarkan kepada al-Sanad dan berpegang kepadanya.

Dari segi istilah bermaksud turutan jaluran perawi-perawi sehingga sampai

kepada matan.

9. Al-Matn (Matan)

Dari segi bahasa ia bererti tanah yang keras dan tinggi.

Manakala dari segi istilah ia bermaksud ucapan yang menjadi tempat yang

berakhirnya sanad.

10. Al-Musnad

Dari segi bahasa ia bermaksud kata nama objek dari asnada `al-syai` ilayhi’

dengan erti menyandarkan dan menisbahkan.

Dari segi istilahnya ia mempunyai tiga makna:

Page 15: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

a) Setiap kitab yang terkumpul padanya riwayat-riwayat semua sahabat

secara berasingan.

b) Al-Hadith al-marfu’ yang bersambung sanadnya atau yang sanadnya

bersambung.

c) Semakna dengan sanad atau dengan erti sanad dengan itu adalah al-

musnad masdar mimi( masdar yang dimulakan dengan huruf mim).

11. Al-Musnid

Seorang yang meriwayatkan hadis dengan bersanad sama ada dia

memahaminya atau semata-mata meriwayatkan.

12. Al-Muhaddith

Seorang yang melibatkan diri dalam ilmu hadis riwayah dan dirayah dan

mengetahui kebanyakan riwayat-riwayat hadis serta mengenali keadaan

perawi-perawinya.

13. Al-Hafiz

Ada dua pendapat

a) Semakna dengan Al-Muhadith. Ini mengikut kebanyakan ahli-ahli hadis.

b) Seorang yang lebih tinggi kedudukan daripada al-Muhadith iaitu

pengetahuannya terhadap riwayat dalam setiap tabaqat lebih banyak

daripada yang tidak diketahuinya.

14. Al-Hakim

Page 16: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Seorang yang ilmunya yang meliputi kesemua hadis sehingga tidak terlepas

daripadanya kecuali beberapa hadis sahaja. Ini mengikut sebahagian ulama.

atas

3.0 BAB PERTAMA : AL-KHABAR

Fasal pertama: Pembahagian al-Khabar berdasarkan sampainya kepada kita

Fasal kedua: al-Khabar al-Maqbul (yang diterima)

Fasal ketiga: Al-Khabar al-Mardud (yang ditolak)

Fasal keempat: Al-Khabar yang berkongsi sifat Maqbul dan Mardud.

3.1 FASAL PERTAMA : Pembahagian Al-Khabar berdasarkan kepada jalan

dan cara sampainya kepada kita.

Berdasarkan kepada sampainya kepada kita, al-Khabar terbahagi kepada dua iaitu:

a) Sekiranya ia mempunyai beberapa jalan yang tidak dapat dihitung

bilangannya ia adalah Al-Mutawatir

b) Sekiranya ia mempunyai beberapa jalan yang dapat ditentukan

bilangannya ia adalah Al-Ahad.

Setiap bahagian ini mempunyai beberapa bahagian dan perincian yang akan

disentuh nanti, Insya Allah.

3.1.1 PERBAHASAN PERTAMA: AL-KHABAR AL-MUTAWATIR

Definisi:

Page 17: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Dari segi bahasa ia adalah kata nama pelaku daripada perkataan al-tawatur iaitu yang

berturut-turut seperti contoh tawatara al-matar iaitu hujun turun berturut-turut.

Dari segi istilah ia bererti khabar yang diriwayatkan oleh bilangan yang ramai dan pada

kebiasaannya mustahil mereka berpakat untuk berdusta.

Huraian definisi:

Al-khabar atau al-hadith yang diriwayatkan oleh setiap tabaqat sanad oleh ramai perawi

yang menurut hukum aqal atau secara logiknya mustahil mereka bersetuju untuk

mereka-reka al-khabar ini.

Syarat-syarat al-Mutawatir

Jelas daripada huraian istilah tadi bahawa al-tawatur tidak akan ada pada al-khabar

melainkan dengan adanya empat syarat iaitu:

1. Diriwayatkan oleh bilangan perawi yang ramai; terdapat perbezaan pendapat

dalam menentukan had minimum bagi bilangan yang ramai ini. Pendapat yang

terpilih ialah seramai sepuluh orang.

2. Bilangan yang ramai ini terdapat dalam setiap tabaqah sanad.

3. Pada kebiasaannya mustahil yang mereka berpakat untuk berdusta

4. Asas bagi khabar ini adalah indera seperti kami mendengar, kami melihat, kami

merasai dan sebagainya. Tetapi sekiranya sandaran khabar ini ialah aqal seperti

pendapat tentang alam ini baru, pada ketika itu al-khabar tidak boleh dinamakan

dengan Al-Mutawatir.

Hukumnya:

Page 18: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Al-Mutawatir menghasilkan ilmu yang pasti iaitu ilmu yang diyakini dan seseorang itu

mempercayai atau membenarkan dengan tegas dan putus seperti persis orang

menyaksikan sendiri sesuatu peristiwa dan dia tidak teragak-agak untuk

membenarkannya begitulah halnya dengan hadis mutawatir. Oleh kerana itu seluruh

hadis mutawatir diterima dan tidak perlu lagi mengkaji keadaan perawinya.

Bahagiannya:

Mutawatir terbahagi kepada dua:

1. Al-Mutawatir Al-Lafzi iaitu hadis yang mutawatir pada lafaz dan maknanya

seperti hadis:

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

“Sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka hendaklah dia

mempersiapkan tempatnya di dalam api neraka.”

Hadis ini telah diriwayatkan oleh lebih 70 orang sahabat.

2. Mutawatir Al-Ma’nawi iaitu hadis yang mutawatir pada makna tidak pada

lafaz seperti hadis mengangkat dua tangan ketika berdoa. Ianya telah

diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. hampir atau lebih kurang seratus hadis.

Setiap hadis menyebutkan baginda mengangkat tangan ketika berdoa

cumanya dalam keadaan yang berbeza-beza. Dari segi keadaan ianya tidak

mutawatir tetapi masing-masing menyebut mengangkat tangan ketika

berdoa. Dengan itu ia menjadikan tawatur berdasarkan kepada keseluruhan

atau gabungan jalan-jalan sanad.

Page 19: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Kewujudannya

Terdapat bilangan yang cukup banyak hadis mutawatir antaranya hadis tentang

kolam,menyapu khauf, mengangkat dua tangan di dalam solat, hadis “semoga Allah

menyinari seseorang yang mendengar hadis” dan banyak lagi.

Bagaimana pun kalau dibandingkan dengan hadis ahad, bilangan hadis mutawatir

sangatlah sedikit.

Karya yang masyhur

Ulama memberi perhatian khusus dalam menghimpun hadis-hadis Mutawatir di dalam

karangan berasingan bagi memudahkan pelajar-pelajar membuat rujukan antaranya:

a) “Al-Azhar al-Mutanathirah Fi-al-akhbar al-Mutawatirah” karangan Imam al-

Suyuti. Kitab ini disusun mengikut bab-bab.

b) “Qatf al-Azhar juga karangan al-Suyuti” yang merupakan ringkasan kitab yang

pertama.

c) “Nazm al-Mutanathir Min al-Hadith al-Mutawatir” karangan Muhammad bin Ja’far

al-Kattani.

atas

3.2 PERBAHASAN KEDUA: KHABAR AL-AHAD

Takrifnya:

Dari segi bahasa: al-Ahad adalah jamak bagi ahad yang bermaksud tunggal, khabar al-

wahid pula ialah periwayatan seorang individu.

Page 20: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Manakala dari istilah ia memberi pengertian: Khabar yang tidak memenuhi syarat

mutawatir.

Hukum:

Khabar ahad menghasilkan ilmu nazari iaitu ilmu yang bergantung kepada pengamatan

dan pendalilan.

Bahagiannya berdasarkan kepada bilangan tariqnya:

a) Masyhur

b) Aziz

c) Gharib

3.2.1. Al-Masyhur

Takrif:

Dari segi bahasa: kata nama objek daripada syahartu al-amr iaitu saya menjadikan

perkara itu terkenal apabila saya telah mengumumkan dan menyatakannya. Dinamakan

hadis masyhur kerana penonjolannya.

Dari segi istilah: Hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih pada setiap

tabaqah tetapi tidak mencapai taraf mutawatir.

Contohnya:

إن ال ل يقبض العلم انتزاعا ينتزعه

“Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menarik ilmu dengan mencabutnya sekaligus.” (al-

Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad).

Hadith Mustafidh:

Page 21: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Dari segi bahasa: kata nama pelaku daripada perkataan istafadha yang berpunca

daripada kalimah fadha al-ma` air telah melimpah. Dinamakan demikian kerana

kemasyhurannya.

Dari segi istilah: terdapat perbezaan pendapat tentang takrifnya:

1. Mustafidh semakna dengan masyhur.

2. Mustafidh lebih khusus daripada masyhur kerana disyaratkan (bilangan perawi)

sama antara permulaan dan akhir sanad, tetapi tidak disyaratkan pula pada

hadis masyhur.

3. Mustafidh lebih umum daripada masyhur iaitu kebalikan bagi pendapat kedua.

Masyhur bukan istilah:

Iaitu hadis yang terkenal di kalangan orang ramai yang tidak mempunyai syarat-syarat

atau memenuhi syarat yang diakui dan ia meliputi :

1. Hadis yang mempunyai satu sanad

2. Hadis yang mempunyai lebih daripada satu sanad

3. Hadis yang tidak mempunyai sanad sama sekali

Bentuk-bentuk hadis masyhur bukan istilah:

Ianya mempunyai banyak bentuk, antaranya

1. Masyhur di kalangan Ahli Hadis sahaja seperti hadis Anas:

أن رسول ال صلى عليه وسلم قنت شهرا بعد الركوع يدعو على رعل وذكوان

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berqunut selama sebulan setelah ruku’ mendoakan

keburukan ke atas Ri’l dan Zakwan.”

(Bukhari dan Muslim)

Page 22: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

2. Masyhur di kalangan Ahli Hadis, ulama dan orang awam, contohnya;

المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده

“Orang Islam itu ialah orang-orang Islam terselamat daripada gangguan ucapan

dan perbuatannya.”

(Bukhari Muslim)

4. Masyhur di kalangan fuqaha seperti hadis:

أنغض الحلل إلى ال الطلق

“ Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. ialah perceraian.”

5. Masyhur di kalangan ulama usul seperti hadis:

رفع عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه

“Tersilap, lupa dan dipaksa telah diangkat dari ummatku, iaitu tidak dikira

berdosa.”

6. Masyhur dikalangan ahli-ahli Nahu: seperti hadis:

نعم العبد صهيب. لو لم يخف ال لم يعصه

“Sebaik-baik hamba ialah Suhaib. Kalau dia tidak takutkan Allah dia tidak akan

berbuat maksiat terhadapNya.” (hadis tidak ada sumber)

7. Masyhur di kalangan masyarakat. Seperti hadis

العجلة من الشيطان

“Kegopohan itu daripada syaitan.” Dihukum oleh al-Tirmizi sebagai hasan.

Page 23: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Hukum Masyhur:

Hadis masyhur menurut istilah dan bukan istilah tidak dikatakan sebagai sahih

atau tidak sahih, kerana antaranya ada yang sahih, hasan, daif bahkan terdapat

juga maudu’. Bagaimanapun jika hadis masyhur menurut istilah itu sahih maka

ia mempunyai keistimewaan yang mengatasi hadis aziz dan gharib.

Karangan-karangan yang terkenal:

Yang dimaksudkan dengan karangan tentang hadis masyhur ialah hadis-hadis

masyhur di kalangan orang ramai bukan masyhur dari segi istilah. Antara

karangan-karangan tersebut ialah:

1. “al-Maqasid al-Hasanah fima Isytahara `ala al-ulsinah”

karangan Al-Sakhawi.

2. “Kasyt al-Khifa’ wa muzil al-Ilbas fima Isytahara `ala alsinah

al-Nas” karangan al’-ajluni.

3. “Tamyiz al-Tayyib min al-khabith fima yaduru `ala alsinah al-

Nas min al-hadith” hasil tulisan Ibn al-Dayban al-Syaibani.

atas

3.2.2 Al-Aziz

Definisi dari segi bahasa: sifat musyabbahah daripada ‘azza ya’izzu iaitu sedikit dan

jarang atau daripada ‘azzaya’azzu kuat dan bersangatan. Dinamakan demikian sama

Page 24: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

ada kewujudannya yang sedikit dan jarang ataupun kerana kekuatannya kerana ia

datang dari tariq (sanad) yang lain.

Dari segi istilah: hadis yang bilangan perawi-perawinya tidak kurang daripada dua orang

di kesemua peringkat sanad

Huraian takrif:

Iaitu perawi-perawinya tidak kurang dari dua orang pada setiap tabaqat sanad.

Sekiranya didapati pada sesetengah sanad tiga orang atau lebih itu tidak menjadi hal

(tidak mengapa) dengan syarat ada dua orang perawi walaupun pada satu peringkat

kerana yang diambil kira ialah had minimum mana-mana peringkat sanad.

Definisi ini merupakan definisi yang terpilih sebagai mana yang diputuskan oleh Hafiz

Ibnu Hajar. Sebahagian ulama berpendapat Hadis al-‘aziz ialah periwayatan dua orang

atau tiga orang. Dengan itu mereka tidak mengasingkan hadis aziz daripada hadis

masyhur dalam beberapa bentuk.

Contohnya:

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada hadis Anas dan

Imam Bukhari daripada hadis Abi Hurairah bahawa Rasululah s.a.w bersabda:

ليؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده والناس أجمعين

“Tidak sempurna iman seseorang dari kalangan kamu sehingga aku lebih dikasihinya

daripada bapanya, anaknya dan sekalian manusia.”

Hadis ini telah diriwayatkan daripada Anas oleh Qatadah, Abdul Aziz bin Suhaib dan

diriwayatkan daripada Qatadah oleh Syu’bah dan Said dan diriwayatkan pula daripada

Page 25: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Abdul Aziz oleh Ismail bin Ulaiyyah dan Abdul Warith. Dan diriwayatkan daripada setiap

mereka itu oleh sebilangan yang ramai.

Karangan yang terkenal:

Ulama tidak menulis karangan yang khusus berhubung dangan hadis aziz. Yang

jelasnya ialah kerana bilangannya yang sedikit dan kerana tidak didapati faedah yang

penting daripada penulisan itu.

3.2.3 Hadis Gharib

1) Definisi dari sudut bahasa: sifat musyabbahah dengan erti yang bertunggalan

atau yang berjauhan dari sanak saudara.

Dari segi Istilah : Hadis yang seorang perawi berseorangan dalam

meriwayatkannya

2) Huraian definisi:

Iaitu hadis yang seorang perawi berseorangan meriwayatkannya sama ada pada

setiap tabaqat sanad atau pada sebahagiannya walaupun pada satu tabaqat

sahaja. Takrif gharib tidak terjejas dengan adanya lebih daripada seorang perawi

pada tabaqat-tabaqat yang lain kerana yang diambil kira ialah had minimum.

3) Nama lain bagi hadis gharib:

Ramai dari kalangan ulama menyebut hadis gharib dengan nama lain iaitu al-

fard sebagai semakna.Tetapi sebahagian ulama membezakan antara kedua-

duanya. Dengan itu mereka menjadikan kedua-duanya sebagai bentuk yang

berasingan. Akan tetapi Al-Hafiz Ibnu Hajar menganggapnya semakna dari segi

bahasa dan istilah. Bagaimanapun beliau berkata: Ulama Mustalah hadis

membezakan antara keduanya dari sudut banyak dan kurang pengunaannya.

Page 26: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Mereka lebih banyak menyebut al-fard sebagai al-fard al-mutlaq dan al-gahrib

pula sebagai al-fard al-nisbi.

4) Bahagian–bahagiannya

Berdasarkan tempat berlaku berseorangan, gharib dibahagikan kepada dua iaitu

gharib mutlak dan gharib nisbi.

a. Al-gharib al-mutlak atau al-fard al-mutlaq takrifnya: hadis yang gharabah

berlaku pada asal sanad iaitu hadis yang seorang perawi berseorangan

meriwayatkan pada asal sanad. Contohnya Hadis:

إنما العمال بالنيات

“ Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat”

Sayyidina Umar bin Al-Khatab berseorangan meriwayatkannya (tafarrada)

dan ini kadang kala berterusan sehingga akhir sanad dan kadang-kadang

sebilangan perawi meriwayatkan daripada perawi-perawi yang berseorangan

itu (al-Mutafarrid)

b. Al-gharib al-nisbi

Takrifnya: hadis yang gharabah berlaku pada pertengahan sanad iaitu

lebih daripada seorang perawi yang meriwayatkan pada asal sanad

kemudiannya seorang perawi berseorangan meriwayatkannya daripada

perawi-perawi itu. Contohnya Hadis Malik daripada al-Zuhri daripada

Anas r.a bahawa:

أن النبي صلى ال عليه وسلم دخل مكة وعلى رأسه المغفر

Rasululah s.a.w memasuki Mekah dalam keadaan memakai mighfar

(tudung).

Page 27: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Malik telah berseorangan meriwayatkannya daripada al-Zuhri sebab itu

dinamakan gharib nisbi. Sebab dinamakan bahagian ini gharib nisbi ialah

kerana tafarrud berlaku dengan nisbah kepada individu tertentu.

Antara bentuk hadis gharib nisbi ialah: Terdapat beberapa bentuk

gharabah atau tafarrud yang boleh dikira sebagai gharaib nisbi kerana

gharabah padanya tidak mutlak. Gharabah padanya wujud secara nisbah

atau merujuk kepada sesuatu yang tertentu.

Bentuk-bentuk itu ialah :

I. Tafarrud thiqah dengan periwayatan hadis seperti kata-kata

ulama hadis: Tidak seorang pun thiqah yang meriwayatkannya

kecuali si fulan.

II. Tafarrud perawi tertentu daripada perawi tertentu: Seperti

kata ulama hadis : “Perawi itu berseorangan meriwayatkan

daripada si fulan. Walaupun diriwayatkan dengan sanad atau

dengan jalan yang lain melalui perawi yang lain.

III. Tafarrud penduduk negeri seperti kata ulama hadis iaitu

diriwayatkan oleh ahli Mekah atau ahli Syam.

IV. Tafarrud penduduk sebelah negeri daripada penduduk

negeri lain seperti kata mereka: Tafarrud penduduk Basrah

daripada penduduk Madinah atau tafarrud dalam meriwayatkan

hadis ini penduduk Syam daripada penduduk Hijaz.

Pembahagian lain:

Dari segi Gharabah sanad dan matan, Ulama hadis membahagikan gharib

kepada:

1. Gharib matan dan sanad.

Page 28: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Iaitu hadis yang seorang perawi berseorangan meriwayatkan matannya.

2. Gharib sanad tidak matan

Seperti hadis yang matannya diriwayatkan oleh sekumpulan perawi

daripada kalangan sahabat kemudian seorang perawi berseorangan

meriwayatkan daripada sahabat yang lain berkenaan dengan hadis ini

Imam al-Tirmizi menyebut “gharib min haza al-wajh” gahrib dari wajah ini

atau jalan ini,

Karya-karya yang terdapat banyak hadis gharib :

- Musnad al-Bazzar

- Al-Mu’jam al-Awsat - oleh al-Tabarani

Karya -karya yang terkenal:

1. “Gharaib Malik” karangan al-Daruqutni

2. “Al-Afrad” juga oleh al-Darulqutni

3. “Al-Sunan allati Tafarrada bikulli Sunnah minha ahlu baldah”

oleh Abu Daud al-Sajistani.

3.2 FASAL KEDUA : KLASIFIKASI KHABAR AHAD BERDASARKAN KEPADA

KEKUATAN DAN KELEMAHANNYA

Hadis ahad yang terdiri daripada masyhur, aziz dan gharib terbahagi kepada dua :

1. Maqbul iaitu hadis yang kebenaran penceritanya lebih kuat atau lebih

mengatasi. Hukumnya, wajib berhujah dan beramal dengannya.

2. Mardud – iaitu hadis yang kebenaran penceritanya tidak kuat.

Hukumnya ialah tidak boleh berhujah dengannya dan tidak wajib beramal

dengannya. Setiap hadis maqbul dan mardud itu mempunyai

Page 29: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

pembahagian dan perincian yang akan disebutkan pada fasal yang

berasingan. Insya Allah Taala.

3.2.1 Al-Khabar al-Maqbul

Perbahasan pertama: Pembahagian al-maqbul

Perbahasan kedua: Pembahagian al-hadis al-maqbul kepada ma’mul bih (yang boleh

beramal) dan ghair ma’mul bih (yang tidak boleh beramal).

3.2.1.1 Perbahasan pertama

Pembahagian maqbul

Berdasarkan kepada tingkatan martabatnya, hadis maqbul terbahagi kepada dua

bahagian utama: sahih dan hasan. Setiap bahagian ini pula terbahagi kepada dua iaitu

lizatih dan lighairih. Ini menjadikan hadis maqbul empat bahagian.

1. Sahih Lizatih

2. Hasan Lizatih

3. Sahih Lighairih

4. Hasan Lighairih

atas

Al-Sahih

Definisi

Dari sudut bahasa sahih adalah lawan kepada saqim (sakit) iaitu penggunaan

sebenarnya pada perkara konkrit dan penggunaan secara majaz (pinjaman) kepada

hadis dan perkara abstrak.

Page 30: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Manakala dari segi istilah: Hadis yang bersambung sanadnya dengan nukilan perawi

yang adil, dhabit daripada perawi sepertinya hingga ke hujung sanad tanpa ada syaz

dan ``llah.

Huraian takrif:

Definisi di atas mempunyai beberapa perkara yang wajib ada bagi menjadikan hadis itu

sebagai sahih iaitu:

a) Bersambung sanad

Setiap perawi mengambil riwayat secara langsung dari orang sebelumnya

dari awal sanad sehingga ke penghujungnya.

b) Keadilan para perawi

Setiap perawi mestilah mempunyai sifat muslim, baligh, tidak fasiq dan tidak

cacat maruah.

c) Ketepatan para perawi

Setiap perawi mestilah sempurna ketepatan, sama ada dari segi ingatan atau

catatan.

d) Tidak syaz

Hadis tersebut tidak bersifat syaz. Maksud syaz ialah percanggahan perawi

thiqah terhadap perawi yang lebih thiqah daripadanya.

e) Tidak mempunyai `llah

Page 31: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Hadis itu mestilah tidak terdapat `llah. `llah adalah satu sebab yang rumit dan

tersembunyi yang mencacatkan kesahihan hadis walaupun pada zahirnya

tidak kelihatan.

Syarat-syarat hadis sahih:

Jelas daripada huraian takrif tadi, terdapat lima syarat yang wajib dipenuhi supaya

sesebuah hadis dikira sebagai hadis sahih. Iaitu bersambung sanad, keadilan perawi,

ketepatan perawi, tidak ada `llah dan tidak ada syaz.

Apabila tidak cukup salah satu syarat ini, pada ketika itu hadis itu tidak dinamakan

sahih.

Contohnya ;

Hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya:

قال حدثنسا عبسد ال بسن يوسسف قال أخبرنسا مالك عسن ابسن شهاب عسن محمسد بسن جسبير بسن مطعسم عسن أبيسه قال سسمعت

رسول ال صلى ال عليه وسلم قرأ في المغرب بالطور

Imam Al-Bukhari berkata : “Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada kami

bahawa Malik telah mengkhabarkan kepada kami daripada Ibn Shihab daripada

Muhammad Bin Jubir daripada Mu’tim daripada ayahnya katanya: saya telah

mendengar Rasulullah SAW telah membaca Surah Al-Tur di dalam solat

Maghrib.”

( Sahih al-Bukhari: Kitab al-Azan )

Hadis ini sahih kerana :

- Sanadnya bersambung (Muttasil) kerana setiap perawi mendengar daripada

gurunya, tentang periwayatan secara ‘an’anah[1] oleh Malik, Ibn Shihab dan Ibn

Page 32: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Jubair ditafsirkan sebagai bersambung-sambung kerana mereka bukanlah

perawi-perawi yang melakukan tadlis[2].

- Perawi-perawinya adil dan dhabit, berikut ini sifat-sifat mereka di sisi ulama al-

Jarh Wal Ta’dil:

1. Abdullah bin Yusuf: thiqah, mutqin.

2. Malik bin Anas: imam, hafiz

3. Ibn Syihab al-Zuhri: faqih, hafiz kehebatan dan keteguhannya disepakati

semua.

4. Muhammad bin Jubair: thiqah.

5. Jubair bin Mut`im: seorang sahabat.

- hadis ini tidak syaz kerana tidak bercanggah dengan yang lebih kuat

daripadanya.

- Kerana ia tidak mempunyai sebarang `llah.

Hukumnya

Wajib beramal dengan hadis sahih berdasarkan kepada ijma ahli hadis ulama yang

diakui pendapat mereka dari kalangan usuliyyin dan fuqaha. Ia merupakan salah satu

hujah syara` yang tidak ada ruang bagi seorang muslim untuk tidak beramal dengannya.

Maksud kata-kata: “Ini hadis sahih atau ini hadis tidak sahih”:

1. Maksud kata-kata ulama hadis: “hadis ini sahih” ialah lima syarat hadis sahih

ada padanya. Bukan diputuskan hadis itu benar-benar sahih kerana harus

berlaku kesilapan dan lupa kepada perawi yang thiqah.

2. Maksud kata-kata mereka: hadis ini tidak sahih ialah hadis ini tidak memenuhi

lima syarat hadis sahih, sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya

bukan bermaksud pada kenyataannya ia adalah satu pendustaan kerana orang

yang biasa melakukan kesilapan boleh jadi betul pada ketika yang lain.

Page 33: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Adakah diputuskan mana-mana sanad sebagai sanad yang paling sahih secara

mutlak?

Mengikut pendapat terpilih, tidak boleh diputuskan mana-mana sanad sebagai sanad

yang paling sahih secara mutlak kerana perbezaan tingkatan kesahihan berdasarkan

kepada kemampuan sanad untuk memenuhi syarat sahih. Hadis yang memenuhi

keperluan maksimun kesemua syarat sahih adalah sangat jarang. Sepatutnya tidak

dihukumkan kepada mana-mana sanad sebagai sanad yang paling sahih secara mutlak.

Bagaimanapun, ada dinukilkan daripada beberapa orang imam tentang sanad yang

paling sahih. Yang nyata, setiap imam memilih sanad yang kuat menurut penilaian

mereka. Antara pendapat tentang sanad yang paling sahih ialah:

1. al-Zuhri daripada Salim daripada bapanya (Abdullah Ibn `Umar). Ini diriwayatkan

daripada Ishaq bin Rahawaih dan Ahmad.

2. ibn Sirin daripada `Abidah daripada Ali bin Abi Talib. Ini diriwayatkan daripada Ibn

al-Madini dan al-Fallas.

3. al-A`masy daripada Ibrahim daripada `Alqamah daripada Abdullah bin Mas`ud.

Ini diriwayatkan daripada Ibn Ma`in.

4. al-Zuhri daripada Ali bin al-Husain daripada bapanya daripada `Ali. Ini

diriwayatkan daripada Abu Bakar bin Abi Syaibah.

5. Malik daripada Nafi` daripada Ibn `Umar. Ini diriwayatkan daripada al-Bukhari.

atas

Karangan Pertama Yang Khusus Tentang Hadis Sahih

Karangan pertama tentang hadis sahih sahaja ialah Sahih al-Bukhari kemudian Sahih

Muslim. Kedua-duanya adalah kitab yang paling sahih selepas al-Qur’an. Ummat Islam

telah berijmak dalam menerima kedua-duanya.

i. Kitab yang paling sahih di antara keduanya ialah Sahih al-Bukhari dan ia lebih

mengandungi banyak faedah. Ini kerana hadis-hadis al-Bukhari lebih kemas dari

segi bersambung-sambung sanadnya dan para perawinya lebih thiqah di samping

terdapat kesimpulan-kesimpulan fiqh dan masalah-masalah ilmiah yang tidak ada

dalam Sahih Muslim. Kedudukan Sahih al-Bukhari lebih sahih dari Sahih Muslim

dengan mengambil kira keseluruhan, kerana ada terdapat sebahagian hadis dalam

Page 34: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Sahih Muslim lebih kuat daripada beberapa hadis dalam Sahih al-Bukhari. Ada

juga pendapat yang mengatakan Sahih Muslim lebih sahih, tetapi yang lebih tepat

ialah pendapat yang pertama (Sahih al-Bukhari lebih sahih.)

ii. Adakah al-Bukhari dan Muslim beriltizam untuk memasukkan semua hadis sahih

dalam kitab-kitab mereka?

al-Bukhari dan Muslim tidak beriltizam untuk memasukkan semua hadis sahih

dalam kitab-kitab mereka. Al-Bukhari berkata: “Saya hanya memasukkan hadis

yang sahih sahaja dalam kitabku yang jami[3]` ini dan saya tinggalkan hadis-hadis

sahih yang lain kerana takut panjang.” Muslim berkata: “Bukan semua hadis yang

sahih menurut saya, saya masukkan di sini, sahih yang disepakati sahaja yang

saya masukkan.”

iii. Adakah banyak atau sedikit hadis yang sahih yang tidak dimasukkan oleh mereka

berdua?

1. Al-Hafiz Ibn al-Akhram berkata: “Hanya sebilangan yang kecil sahaja

yang tidak dimasukkan oleh mereka berdua.” Pendapat ini telah dibantah.

2. Mengikut pendapat yang sahih, banyak hadis yang sahih yang tidak

disebutkan oleh mereka berdua. Dinukilkan daripada al-Bukhari katanya:

“Hadis-hadis sahih yang saya tinggalkan lebih banyak.” Beliau juga

berkata: “Saya menghafal seratus ribu hadis sahih dan dua ratus ribu

hadis yang tidak sahih.”

iv. Berapakah jumlah hadis di dalam kedua-dua sahih itu?

Sahih al-Bukhari mengandungi 7275 hadis termasuk hadis yang berulang dan

dengan yang tidak berulang sebanyak 4000 hadis.

Jumalah hadis dalam Sahih Muslim ialah 12000 termasuk yang berulang dan

tanpa berulang sebanyak 4000 hadis.

v. Di mana boleh didapati hadis-hadis sahih lain yang ditinggalkan oleh Bukhari dan

Muslim?

Kita boleh dapatinya di dalam kitab-kitab muktabar yang masyhur seperti Sahih Ibn

Khuzaimah, Sahih Ibn Hibban, Mustadrak al-Hakim, kitab sunan yang empat,

Sunan al-Daruqutni, Sunan al-Baihaqi dan lain-lain. Perlu diingatkan bahawa

kewujudan sesebuah hadis di dalam kitab-kitab tidak bermakna ia pasti sahih

tetapi memerlukan kepada penjelasan tentang kesahihannya kecuali di dalam kitab

yang pengarangnya mensyaratkan hanya menyebutkan hadis sahih sahaja seperti

Sahih Ibn Khuzaimah.

Page 35: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

vi. Perbincangan tentang:

Al-Mustadrak karangan al-Hakim, antara kitab hadis yang besar. Penulisnya

menyebutkan hadis-hadis sahih yang mengikut syarat al-Syaikhan (al-Bukhari dan

Muslim) atau syarat salah seorang mereka tetapi tidak dikeluarkan oleh mereka

berdua. Begitu juga pengarangnya menyebutkan hadis-hadis sahih menurut

penilaiannya walaupun tidak menurut penilaian mereka berdua dengan

mengatakannya sebagai sahih sanadnya. Kadang-kadang beliau menyebutkan

beberapa hadis yang tidak sahih tetapi beliau mengingatkan tentang statusnya.

Beliau seorang yang longgar dalam mentashihkan hadis. Hadis-hadisnya perlu

disemak dan dinilai sesuai dengan keadaannya dan Al-Zahabi menilai semula

status kebanyakan hadis-hadis Mustadrak sesuai dengan kedudukannya.

Bagaimanapun, kitab ini masih memerlukan kepada penyemakkan, penilaian dan

pemerhatian lebih lanjut lagi.

Sahih Ibn HIbban: Susunan kitab ini agak kreatif kerana ia tidak disusun mengikut

susunan bab dan tidak juga mengikut tertib musnad. Oleh kerana itu,

pengarangnya menamakan al-Taqasim wa al-Anwa`. Disebabkan terdapat

kesukaran dalam mencari hadis dari kitab ini, sebahagian ulama kemudian

menyusunnya mengikut bab. Pengarangnya adalah seorang yang bermudah

dalam menghukumkan hadis dan sikap bermudah beliau adalah lebih rendah dari

al-Hakim.

Sahih Ibn Khuzaimah: Kedudukannya lebih tinggi dari Sahih Ibn Hibban kerana

beliau lebih teliti berbanding Ibn Hibban sehingga beliau menahan diri dari

menghukumkan hadis walaupun hanya terdapat sedikit kritikan pada sanad.

vii. Al-Mustakhrajat `ala al-Sahihain

1) Topik mustakhraj: iaitu seorang pengarang mendapatkan mana-mana

kitab hadis lalu mengeluarkan hadis-hadis tersebut melalui sanad-

sanadnya sendiri bukan tariq atau jalan pengarang kitab tersebut.

Dengan ini, beliau akan bertemu dengan pengarang pada peringkat

gurunya atau atas lagi.

2) Mustakhraj terhadap al-Sahihain yang paling masyhur:

o Al-Mustakhraj karangan Abu Bakar al-Isma`ili terhadap Sahih al-

Bukhari.

o Al-Mustakhraj karangan Abu `Awanah al-Isfiraini terhadap Sahih

Muslim.

Page 36: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

o Al-Mustakhraj karangan Abu Nu`iam al-Asfahani terhadap Sahih

al-Bukhari dan Sahih Muslim.

3) Adakah pengarang-pengarang Mustakhraj beriltizam untuk sama

lafaz dengan al-Sahihain?

Pengarang-pengarang Mustakhraj tidak beriltizam untuk mengemukakan

lafaz yang sama dengan al-Sahihain kerana mereka hanya

meriwayatkan lafaz-lafaz yang sampai kepada mereka melalui jalan guru-

guru mereka. Oleh kerana itu terdapat sedikit perbezaan lafaz-lafaz hadis

dalam mustakhrajat. Begitu juga halnya dengan hadis-hadis yang

dikeluarkan oleh pengarang-pengarang terdahulu di dalam kitab mereka

yang berasingan seperti al-Baihaqi, al-Baghawi dan lain-lain seperti kata-

kata mereka: diriwayatkan oleh al-Bukhari atau diriwayatkan oleh Muslim.

Pada sebahagiannya terdapat perbezaan dari segi lafaz dan makna.

Maksud kata-kata mereka: “diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim”

ialah mereka berdua meriwayatkan hadis tersebut pada asalnya.

4) Adakah harus menukilkan satu hadis daripada kitab mustakhraj lalu

menyandarkan kepada al-Bukhari dan Muslim?

Berdasarkan kepada perbahasan lalu, tidak harus bagi seseorang untuk

menukilkan daripada kitab mustakhrajat atau mana-mana kitab yang

disebutkan sebelum ini lalu dia berkata diriwayatkan oleh al-Bukhari dan

Muslim kecuali dengan salah satu cara ini: pertama, dia mestilah

membandingkan hadis itu dengan riwayat al-Bukhari dan Muslim atau

pengarang mustakharaj berkata atau pengarang kitab berkata;

dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dengan lafaznya.

5) Faedah-faedah mustakhrajat terhadap al-Sahihain

Mustakhrajat terhadap al-Sahihain mempunyai beberapa faedah

sehingga menjangkau sepuluh, sebagaiman yang disebutkan oleh al-

Suyuti di dalam Tadrib al-Rawi. Di sini penulis bawakan untuk anda

beberapa faedah terpenting. Pertama, ketinggian sanad iaitu sanad

menjadi tinggi kerana jika pengarang mustakhraj meriwayatkan satu

hadis melalui jalan al-Bukhari pasti sanad akan menjadi lebih rendah

daripada hadis yang diriwayatkannya di dalam mustakhraj. Kedua,

menambah kadar kesahihan kerana berlaku pertambahan lafaz dan

kelengkapan pada sebahagian hadis. Ketiga, hadis menjadi lebih kuat

Page 37: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

dengan sebab bertambah jalannya dan faedahnya ialah tarjih ketika

berlaku percanggahan.

Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim Yang Manakah Dihukumkan Sebagai Sahih?

Kita telahpun mengetahui bahwa al-Bukhari dan Muslim tidak memasukkan di dalam

kitab sahih mereka kecuali apa yang sahih dan ummat Islam menerima dengan baik

kitab mereka berdua. Hadis-hadis manakah yang dihukumkan sahih dan diterima oleh

ummat?

Jawapannya ialah hadis yang diriwayatkan dengan sanad yang bersambung itulah yang

dihukumkan sebagai sahih. Tentang hadis yang digugurkan permulaan sanad seorang

perawi atau lebih-yang dinamakan dengan al-mu`allaq- yang banyak terdapat di dalam

Sahih al-Bukhari iaitu di dalam tajuk bab (tarjamtul bab), namun tidak ada sama sekali di

tengah-tengah bab. Di dalam Sahih Muslim hanya ada sebuah hadis dalam bab al-

Tayammum yang tidak diriwayatkan secara mausul (bersambung) di tempat yang lain.

Hukum hadis-hadis tersebut ialah:

1) Jika sesuatu hadis dengan lafaz yang pasti seperti ‘berkata’, ‘menyuruh’,

‘menyebut’ maka ia dihukumkan sebagai sahih daripada orang yang

disandarkan kepadanya hadis itu.

2) Jika hadis itu dengan lafaz yang tidak pasti seperti ‘diriwayatkan daripada’,

‘disebutkan’, ‘diceritakan’, ‘telah diriwayatkan’, ‘telah disebutkan’, maka ia tidak

hukumkan sebagai sahih. Bagaimanapun di dalamSahih al-Bukhari ini, tidak ada

satu hadis yang sangat daif untuk dimasukkan ke dalam kitab yang dinamakan

dengan kitab sahih.[4]

Tingkatan Hadis Sahih

Kita telah maklum bahawa [1]ulama menyebutkan beberapa sanad yang paling sahih

menurut pendapat mereka. Berdasarkan kepada ini dan juga kepada kemampuan

memenuhi syarat-syarat sahih yang lain, hadis sahih itu mempunyai beberapa tingkatan.

1. Tingkatan paling tinggi iaitu yang diriwayatkan dengan sanad yang paling sahih

seperti Malik daripada Nafi` daripada Ibn Umar.

Page 38: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

2. Sanad yang rendah sedikit iaitu yang diriwayatkan melalui jalan perawi-perawi

yang rendah daripada perawi-perawi sanad yang pertama seperti riwayat

Hammad bin Salamah daripada Thabit daripada Anas.

3. Sanad yang rendah sedikit iaitu riwayat perawi-perawi yang mempunyai sifat

thiqah yang paling kurang seperti riwayat Suhail bin Abi Salih daripada bapanya

daripada Abu Hurairah.

Boleh dimasukkan dengan perincian ini ialah pembahagian hadis sahih kepada tujuh

tingkatan iaitu:

1. Hadis yang disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim ( tingkatan tertinggi)

2. Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari sahaja.

3. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim sahaja.

4. Hadis yang mengikut syarat mereka berdua tetapi tidak dikeluarkan oleh

mereka berdua.

5. Hadis yang mengikut syarat al-Bukhari tetapi tidak dikeluarkannya.

6. Hadis yang mengikut syarat Muslim tetapi tidak dikeluarkannya.

7. Hadis sahih yang tidak mengikut syarat mereka berdua tetapi sahih di sisi

imam-imam selain mereka berdua seperti Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban.

Syarat al-Syaikhain

Al-Bukhari dan Muslim tidak menjelaskan syarat yang mereka tentukan sebagai

tambahan kepada syarat-syarat yang disepakati pada hadis sahih. Tetapi ulama yang

mengkaji gaya dan metode penulisan al-Bukhari dan Muslim dapat mengesani apa yang

dikatakan sebagai syarat mereka berdua atau salah seorang mereka berdua.

Pandangan yang paling baik tentang syarat al-Bukhari dan Muslim atau salah seorang

mereka ialah hadis itu diriwayatkan oleh perawi-perawi kitab Sahih al-Bukhari dan

Muslim atau salah seorang dari mereka dengan mengambil kira cara periwayatan yang

mereka berdua beriltizam dengannya.

Maksud Muttafaq `alaih

Apabila ulama hadis menyebutkan hadis sebagai muttafaq `alaih maksudnya ialah

persepakatan al-Bukhari dan Muslim tentang kesahihannya bukan persepakatan umat

Islam. Sebaliknya Ibn al-Salah berpendapat kesepakatan ulama adalah mesti dan ada

bersamanya kerana kesepakatan ummat menerima kesepakatan mereka berdua.

Page 39: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Adakah Hadis Sahih Disyaratkan Sebagai Aziz

Mengikut pendapat yang sahih, hadis sahih itu tidak disyaratkan menjadi aziz dengan

erti ia mestilah mempunyai dua sanad kerana ada didapati di dalam Sahih al-Bukhari,

Sahih Muslim dan kitab-kitab lain hadis-hadis yang sahih tetapi gharib. Beberapa ulama

seperti Abu Ali al-Jubba’i al-Mu`tazili dan al-Hakim mendakwa hadis sahih mestilah aziz.

Pendapat mereka ini bertentangan dengan apa yang telah dipersetujui oleh umat Islam.

[1] Periwayatan hadis dengan menggunakan lafaz عن yang boleh membawa dua andaian, sama ada perawi itu mendengar secara langsung daripada gurunya atau melalui perantaraan perawi yang lain.

[2] Menyembunyikan perawi atau kecatan yang ada pada sanad dengan cara yang mengelirukan.

[3] Kumpulan hadis yang disusun merangkumi semua bab termasuk aqidah, fiqh, manaqib, perubatan dan lain-lain.

[4] Tetapi jika diteliti terdapat beberapa hadis yang daif kerana mempunyai `illah dan bercanggah dengan hadis-hadis di dalam kitab Sahih al-Bukhari sendiri. (Penterjemah)

AL-HASAN

Definisi:

Dari segi bahasa ia adalah sifat musyabbahah daripada al-husn yang bererti keindahan.

Dari segi istilah pula ulama berbeza pendapat dalam memberikan definisi hadis hasan

memandangkan ia berada di tengah-tengah antara sahih dan dha`if. Sebahagian ulama

mendefinisikan salah satu bahagiannya sahaja. Bagaimanapun penulis akan

menyebutkan sebahagian daripada definisi-definisi tersebut dan akan memilih definisi

yang dirasakan paling tepat.

1. Definisi al-Khattabi: Hadis yang diketahui puncanya dan perawi-perawinya

masyhur lagi dikenali. Kebanyakan hadis tergolong dalam hadis hasan dan ia

diterima oleh kebanyakan ulama dan diamalkan oleh kesemua fuqaha’.[1]

Page 40: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

2. Definisi al-Tirmizi: Setiap hadis yang diriwayatkan tanpa ada di dalam sanadnya

perawi yang dituduh berdusta, hadis tidak syazz, diriwayatkan dengan jalan yang

lain seperti itu juga, maka itu menurut kami adalah hadis hasan.[2]

3. Definisi Ibn Hajar: Khabar (hadis) ahad dengan nukilan perawi adil, sempurna

ketepatan, bersambung sanad tanpa ada ```llah dan syazz, maka itu adalah

sahih lizatih. Sekiranya ketepatannya kurang, maka ia adalah hasan lizatih.[3]

Penulis berpendapat, seolah-olah, hadis hasan menurut Ibn Hajar adalah hadis sahih

apabila ketepatan perawinya rendah dan ini adalah definisi hadis hasan yang paling

baik. Sementara definisi al-Khattabi, terlalu banyak kritikan kepadanya. Manakala

definisi al-Tirmizi, beliau hanya mendefinisikan salah satu bahagian hadis hasan sahaja

iaitu hasan lighairih. Sepatutnya beliau memberikan takrif hasan lizatihi kerana hasan

lighairih adalah hadis dha`if yang meningkat ke darjah hasan kerana ditampung oleh

banyak sanad.

Definisi terpilih

Berdasarkan kepada definisi Ibn Hajar, hadis hasan bolehlah didefinisikan sebagai:

“Hadis yang bersambung sanadnya dengan nukilan perawi yang adil tetapi rendah

ketepatannya daripada perawi sepertinya sehingga ke hujung sanad tanpa sebarang

syazz dan ```illah.”

Hukumnya

Ia seperti hadis sahih dari segi boleh untuk dijadiakan hujah walaupun dari segi

kekuatan ia lebih rendah. Oleh kerana itu, semua fuqaha beramal dengannya.

Kebanyakan ulama hadis dan ulama usul berhujah dengannya kecuali segelintir dari

kalangan yang berpandangan keras. Bagaimanapun sebahagian ulama hadis yang

bersikap mudah seperti al-Hakim, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah telah memasukkannya

ke dalam bahagian sahih walaupun mereka berpendapat hadis hasan lebih rendah

daripada hadis sahih seperti yang dijelaskan sebelum ini.[4]

Contohnya: Hadis yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi:

Page 41: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

حدثنا قتيبة حدثنا جعفر بن سليمان الضبعي عن أب عمران الون عن أب بكر بن أب موسى الشعريقال:

- سعت أب بضرة العدو يقول قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن أبواب النة تت ظلل.

Kata beliau: “Qutaibah telah menceritakan kepada kami bahawa Ja`far bin Sulaiman al-

Dhuba`i telah menceritakan daripada Abi `Imran al-Jauni daripada Abi Bakar bin Abi

Musa al-`Asy`ari berkata: “Saya mendengar ayah saya berkata ketika berhadapan

dengan musuh: “Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya pintu-pintu syurga berada

di bawah naungan pedang-pedang.”[5]

Hadis ini dihukumkan oleh al-Tirmizi sebagai: “Ini adalah hadis hasan gharib”. Hadis ini

hasan kerana perawi-perawi yang empat bagi sanad ini kesemua adalah thiqah kecuali

Ja`far bin Sulaiman al-Dhuba`i. Beliau seorang hasanul hadis. Oleh kerana itu hadis ini

jatuh dari martabat sahih kepada hasan.

Martabatnya

Sebagaimana hadis sahih mempunyai martabat yang berbeza antara satu sama lain,

begitu juga dengan hadis hasan. Al-Zahabi telah membahagikan hadis hasan kepada

dua martabat:

1. Martabat hasan yang paling tinggi: Riwayat Bahz bin Hakim daripada bapanya

daripada datuknya, `Amr Ibn Syu`aib daripada bapanya daripada datuknya,

riwayat Ibn Ishaq daripada al-Taimi dan yang seumpamanya yang dikatakan

sebagai sahih. Martabat ini adalah martabat sahih yang paling rendah.

2. Martabat hasan yang rendah: Iaitu hasan yang dipertikaikan kedudukannya, ada

yang mentashihkan dan ada yang mendaifkan seperti hadis al-Harith bin

Abdullah, `Asim bin Dhamrah, Hajjaj bin Artah dan lain-lain.

Page 42: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Kedudukan hadis yang dihukumkan oleh ulama hadis sebagai “Hadis Sahih

al-Isnad”

Kata-kata ulama hadis: “Ini hadis Sahih al-Isnad” tidak sama dengan kata-kata mereka:

“Ini hadis sahih”. Begitu juga kata-kata mereka: “Ini hadis hasan al-Isnad” tidak sama

dengan “Ini hadis hasan”. Kadang-kadang sanad itu sahih atau hasan tetapi tidak pada

matan kerana ada syazz dan ``llah. Seolah-olah apabila ulama hadis mengatakan: “Ini

hadis sahih”, beliau telah menjamin kepada kita bahawa hadis ini memenuhi kelima-lima

syarat-syarat hadis sahih. Sekiranya beliau mengatakan: “Ini hadis sahih al-Isnad”,

beliau menjamin adanya 3 syarat sahih sahaja iaitu bersambung sanad, keadilan dan

ketepatan para perawi. Adapun penafian syazz dan ``llah, itu tidak diberi jaminan oleh

beliau kerana ketidakpastian kedua-duanya itu.

Bagaimanpun jika seorang Hafiz yang diakui hanya menyebutkan hadis ini sahih al-

Isnad tanpa menyebut ``llahnya, maka pada zahirnya, matan itu adalah sahih kerana

kaedah asal ialah tidak ada ``llah dan tidak ada syazz.

Maksud kata-kata al-Tirmizi dan lain-lain: “Hadis Hasan Sahih”

Zahirnya, ungkapan ini mengelirukan, kerana hasan lebih rendah daripada darjah sahih.

Bagaimana boleh dihimpunkan kedua-duanya sedangkan martabat kedua-duanya

berbeza? Para ulama telah memberikan pelbagai jawapan kepada maksud ungkapan al-

Tirmizi ini. Jawapan yang paling baik ialah yang dikemukakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar

dan dipersetujui oleh al-Suyuti, kesimpulannya seperti berikut:

1. Sekiranya hadis itu mempunyai dua sanad atau lebih, ungkapan itu bermaksud

hasan berdasarkan satu sanad dan sahih berdasarkan kepada satu satu lagi.

2. Sekiranya hadis itu hanya mempunyai satu sanad, maksudnya ialah hasan

menurut satu kumpulan ulama dan sahih menurut yang lain.

Seolah-olah beliau memberikan isyarat tentang perbezaan pendapat di kalangan ulama

tentang kedudukan hadis ini, atau baginya hadis ini tidak boleh ditentukan sama ada

sahih atau hasan.

Page 43: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Klasifikasi al-Baghawi hadis-hadis Masabih al-Sunnah [6]

Al-Imam al-Baghawi telah menggunakan istilahnya yang tersendiri di dalam kitabnya,

Masabih al-Sunnah. Beliau telah mengisyaratkan hadis-hadis yang terdapat di dalam

dua kitab sahih atau salah satunya dengan kata-katanya: “sahih”

dan hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab sunan yang empat dengan kata-katanya:

“hasan”. Ini adalah istilah yang tidak selari dengan istilah umum dipakai di kalangan

ulama hadis kerana di dalam kitab-kitab sunan yang empat itu terdapat hadis sahih,

hasan, dha`if dan munkar. Oleh kerana itu, Ibn al-Salah dan al-Nawawi memberi

peringatan tentang perkara ini. Dengan itu, sepatutnya pembaca kitab Masabih al-

Sunnah lebih peka dengan istilah al-Baghawi di dalam kitab ini apabila beliau menyebut

tentang hadis-hadis sebagai sahih atau hasan.

Kitab-kitab yang boleh didapati hadis hasan dengan banyaknya

Para ulama tidak menulis secara berasingan hadis-hadis hasan di dalam satu kitab

seperti mana mereka mengkhususkan hadis-hadis sahih sahaja dalam tulisan mereka.

Namun begitu terdapat beberapa kitab hadis yang terdapat di dalamnya banyak hadis

hasan, antara yang masyhur ialah:

1. Jami` al-Tirmizi atau yang lebih dikenali sebagai Sunan al-Tirmizi. Ia adalah

sumber utama untuk mengetahui hadis hasan. Al-Tirmizilah yang memasyhurkan

istilah hasan di dalam kitab ini dan orang yang paling banyak menyebutkannya.

Bagaimanapun kita harus berhati-hati tentang edisi yang berbeza-beza

berhubung dengan kata-kata beliau: “hasan sahih” dan sebagainya. Adalah

menjadi tanggungjawab pelajar hadis memberi perhatian dalam memilih edisi

yang telah dinilai dan membandingkan dengan manuskrip asal yang diakui.

2. Sunan Abi Daud: Beliau telah menyebutkan di dalam suratnya kepada penduduk

Mekah bahawa beliau menyebutkan di dalam sunannya hadis sahih, hadis yang

menyerupainya dan hadis yang hampir dengannya. Sekiranya hadis itu

mempunyai kedha`ifan yang kuat, beliau akan menjelaskannya dan hadis yang

tidak disebutkan apa-apa tentangnya maka itu adalah salih[7]. Berdasarkan

Page 44: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

kepada kenyataan ini, apabila kita mendapati di dalam sunan ini hadis yang

beliau tidak menjelaskan kedha`ifannya dan tidak ditashihkan oleh mana-mana

imam yang diakui maka itu adalah hadis hasan di sisi Abu Daud.

3. Sunan al-Daruqutni: Beliau menyebutkan dengan jelas kebanyakan hadis hasan

di dalam kitab ini.

AL-SAHIH LIGHAIRIH

Definisi

Iaitu hadis hasan lizatih apabila diriwayatkan melalui jalan yang lain sepertinya atau

lebih kuat darinya. Dinamakan sahih lighairih kerana kesahihan tidak datang dari sanad

itu sendiri, tetapi hanya sahih apabila digabungkan dengan sanad lain.

Martabatnya

Lebih tinggi martabatnya dari hasan lizatih dan lebih rendah daripada sahih lizatih.

Contohnya

حدثنا أبو كريب، حدثنا عبدة بن سليمان، عن محمد بن عمرو، عن أب سلمة، عن أب هريرة قال: قالرسول ال صلى ال عليه وسلم: "لول أن أشق على أمتي لمرتهم بالسواك عند كل صلة".

Hadis Muhammad bin `Amr daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah bahawa

Rasulullah s.a.w. bersabda: Kalaulah tidak kerana menyusahkan ummatku pasti aku

akan menyuruh mereka menggosok gigi setiap kali sembahyang.[8]

Ibn al-Salah berkata: “Muhammad bin `Amr bin `Alqamah adalah dari kalangan yang

masyhur dengan benar dan menjaga diri cumanya beliau bukan dari ahli itqan sehingga

sebahagian mereka mendhaifkannya kerana ingatannya buruk dan sebahagain mereka

pula menthiqahkannya kerana benarnya dan kedudukannya. Dengan itu, dari sudut ini,

hadith ini hasan. Apabila digabungkan dengan keadaannya diriwayatkan melalui tariq

yang lain, kebimbangan kita tentang buruk hafalannya tidak ada lagi dan kekurangan

Page 45: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

yang sedikit itu tertampung dengan sebab tariq tersebut. Dengan sebab itu, sanad ini

menjadi sahih dan tergolong di dalam martabat sahih.”[9]

AL-HASAN LI GHAIRIH

Iaitu hadis dhaif apabila mempunyai banyak tariq dan sebab kedhaifannya bukan

kefasiqan dan pendustaan perawi.

Difahami daripada definisi ini, hadis dhaif boleh meningkat ke tahap hasan li ghairih

dengan dua perkara:

1. Diriwayatkan daripada satu tariq lain atau lebih dengan syarat tariq tersebut

sepertinya atau lebih kuat daripadanya.

2. Sebab kedhaifan hadis itu sama ada buruk hafalan, terputus pada sanad atau

tidak diketahui tentang perawi-perawinya.

Martabatnya

Hasan li ghairih lebih rendah kedudukannya daripada hasan li zatih. Berdasarkan

kepada kenyataan ini, sekiranya hadis hasan li zatihi bercanggah dengan hasan li

ghairih, maka hasan li zatih didahulukan.

Hukumnya

Ia termasuk dalam hadis maqbul yang boleh berhujah dengannya.

Contohnya

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan beliau mengatakannya hasan melalui tariq

Syu`bah:

عن عاصم بن عبد ال، قال: سعت عبد ال بن عامر بن ربيعة عن أبيه: من ت ه وسلم: "أرضي ه علي ه صلى الل سول الل ، فقال ر ن فزارة تزوجت على نعلي من ب - أن امرأة

نفسك ومالك بنعلي؟ قالت: نعم. قال: فأجازه". وف الباب: عن عمر وأب هريرة وسهل بن سعد وأب سعيد وأنس وعائشة وجابر وأب حدرد السلمي.

Page 46: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Daripada `Asim bin `Ubaidillah bin Abdullah bin `Amir bin Rabi`ah daripada bapanya

bahawa ada seorang wanita daripada Bani Fazarah berkahwin dengan mahar sepasang

kasut. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah anda setuju untuk dirimu dan harta dengan

sepasang kasut? Wanita itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah s.a.w. membenarkan.

Al-Tirmizi berkata: “Di dalam bab ini ada diriwayatkan juga daripada Umar, Abu

Hurairah, `Aisyah dan Abi Hadrad.”

`Asim adalah seorang dhaif kerana hafalannya buruk, sedangkan al-Tirmizi

menghukumkan hadis ini hasan kerana ia mempunyai lebih daripada satu jalan.

3.2.1.1.1 Khabar Ahad Maqbul Yang Mempunyai Sokongan

Pendahuluan

Di akhir perbahasan bahagian hadis maqbul, penulis akan menyentuh hadis maqbul

yang mempunyai sokongan. Maksudnya ialah hadis yang mempunyai perkara-perkara

tambahan selain daripada syarat-syarat yang diperlukan pada hadis maqbul.

Perkara-perkara tambahan yang ada pada sesuatu hadis maqbul akan menambahkan

kekuatannya dan menjadikannya lebih istimewa daripada hadis-hadis maqbul yang lain

yang tidak ada perkara-perkara tersebut di samping ia lebih diutamakan daripada yang

lain.

Bahagian-bahagiannya

Hadis yang mempunyai sokongan ada beberapa bahagian, yang paling masyhur ialah:

Hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab sahih mereka yang

tidak mencapai tahap mutawatir. Ianya disokong dengan:

1. Kedudukan mereka yang tinggi di dalam bidang ini.

2. Kedua-dua kitab ini terkedepan dalam membezakan hadis sahih berbanding

dengan yang lain.

Page 47: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

3. Para ulama menerima baik kitab-kitab mereka. Penerimaan ini sahaja cukup kuat

dalam menghasilkan ilmu daripada semata-mata banyak tariq yang tidak

mencapai tahap mutawatir.

4. Hadis masyhur yang mempunya tariq yang berbeza semuanya tidak ada

kedhaifan perawi dan ``llah.

5. Hadis musalsal dengan para imam hafiz dan mempunyai sifat itqan yang tidak

menjadi gharib. Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada

Imam al-Syafi`i daripada Imam Malik. Selain daripada Imam Ahmad, ramai lagi

meriwayat daripada Imam al-Syafi`i, begitu juga selain dari Imam al-Syafi`i, ramai

perawi lain yang meriwayatkan daripada Imam Malik.

Hukumnya

Ia lebih kuat daripada mana-mana hadis ahad maqbul. Sekiranya hadis ahad yang

memiliki sokongan, bercanggah dengan hadis-hadis maqbul lain, maka didahulukan

hadis yang mempunyai sokongan itu.

3.2.1.2 PERBAHASAN KEDUA : KLASIFIKASI KHABAR MAQBUL KEPADA

YANG DIAMALKAN DAN TIDAK BOLEH DIAMALKAN

Khabar maqbul terbahagi kepada dua: yang boleh diamalkan dan tidak boleh diamalkan.

Terbit daripada pembahagian ini dua ilmu hadit iaitu al-Muhkam wa Muktalaf al-hadith

dan al-Nasikh wa al-Mansukh.

AL-MUHKAM WA MUKTALIF AL-HADITH

Definisi al-Muhkam:

Dari segi bahasa ia adalah isim maf`ul daripada perkataan ahkama yang bererti atqana

iaitu mengemaskan; mengukuhkan.

Dari segi istilah pula ia adalah hadis maqbul yang selamat daripada percanggahan

dengan hadis sepertinya.

Page 48: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Kebanyakan hadis adalah hadis muhkam. Bagi nisbah kepada keseluruhan hadis, hadis

yang bercanggah dan berbeza (al-ahadith al-muta`aridhah wa al-mukhtalifah) adalah

sedikit.

Definisi Mukhtalif al-Hadith

Dari segi bahasa ia adalah isim fa`il daripada perkataan al-ikhtilaf lawan kepada

perkataan al-dhidd. Maksud mukhtalif al-hadith ialah hadis-hadis yang sampai kepada

kita dalam keadaan saling bercanggah dan bertentangan antara satu sama lain dari segi

makna.

Menurut istilah pula ia adalah hadis maqbul yang ditentang oleh hadis sepertinya dan

boleh dihimpunkan antara keduanya.

Iaitu hadis sahih atau hasan yang didatangi oleh hadis lain sepertinya dari segi martabat

dan kekuatan, dan secara zahir menyanggahinya pada makna serta dapat dihimpunkan

dan diselaraskan pengertian kedua-duanya oleh ahli ilmu dan ulama yang berfikiran

tajam dalam bentuk yang boleh diterima.

Contoh Hadis Mukhtalif

Hadis “Tidak ada jangkitan dan sial burung” yang dikeluarkan oleh Muslim dan hadis

“Larilah dari orang yang diserang kusta seperti anda lari dari singa” yang dikeluarkan

oleh al-Bukhari.

Kedua-dua hadis ini adalah sahih, namun pada zahirnya ada pertentangan kerana hadis

yang pertama menafikan jangkitan manakala hadis yang kedua mensabitkannya. Para

ulama telah mengkompromikan dan menyelaraskan antara kedua-dua maknanya

dengan pelbagai cara. Di sini penulis menyebutkan pandangan yang telah dipilih oleh al-

Hafiz Ibn Hajar yang keterangannya seperti berikut:

Metode penyelarasan

Cara menyelaraskan antara dua hadis ini boleh dikatakan, jangkitan itu dinafikan ada

dan ianya tidak sabit berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesuatu itu tidak boleh menjangkiti sesuatu yang lain.

Page 49: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Dan sabda baginda kepada orang yang mempersoalkan tentang unta yang berkurap

yang berada di tengah-tengah unta sihat lalu bercampur dengannya dan unta dijangkiti

kurap juga. Baginda menjawab: Kalau begitu siapa yang menyebabkan jangkitan pada

unta yang pertama?

Maksudnya ialah Allah s.w.t. yang menyebabkan penyakit itu pada yang kedua

sebagaimana Dia menyebabkan pada yang pertama. Perintah lari atau menjauhi dari

orang yang terkena kusta itu adalah sebagai menutup pintu-pintu kerosakan (Sadd al-

Zari`a`h) supaya seseorang yang bergaul dengan pesakit kusta itu tidak terkena

kepadanya penyakit kusta dengan takdir Allah bukan kerana jangkitan. Dengan itu, dia

akan menyangka itu kerana dia bergaul dengan pesakit itu, lalu menyebabkannya

mempercayai adanya jangkitan dan menjerumuskannya dalam dosa. Oleh kerana itu,

diperintahkan supaya menjauhi pesakit kusta sebagai mengelak diri daripada terjerumus

dalam kepercayaan yang membawanya kepada dosa.

Apakah yang wajib dilakukan bila menemui dua hadis maqbul yang saling

bertentangan?

Bila seseorang menemui dua hadis maqbul yang saling bertentangan, dia wajib

mengikuti peringkat-peringkat berikut:

1. Dia mesti menyelaraskan antara kedua hadis tersebut jika boleh dan wajib

beramal dengan kedua-duanya.

2. Jika tidak boleh diselaraskan dengan apa-apa sudut:

i) Sekiranya diketahui mana satu yang nasikh, maka itulah yang

diutamakan dan diamalkan dengannya serta yang mansukh

ditinggalkan.

ii) Sekiranya tidak diketahui nasikh dan mansukh, maka ditarjihkan

salah satunya dengan mana-mana bentuk tarjih yang berjumlah lebih

daripada lima puluh bentuk. Dengan itu, hadis yang rajah (kuat)

diamalkan.

Page 50: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

iii) Sekiranya salah satu hadis tersebut tidak dapat ditarjihkan- ini jarang

berlaku- maka ditangguhkan beramal dengan hadis tersebut

sehinggalah alasan yang kuat diketahui .

Kepentingan

Disiplin ini merupakan antara ilmu-ilmu hadis yang terpenting kerana semua ulama

terpaksa mengetahuinya. Hanya yang memiliki kemahiran yang sempurna di dalam

disiplin ini ialah imam-imam yang menggabungkan antara ilmu hadis dan fiqh dan ulama

usul yang menyelami makna-makna yang halus. Bagi mereka, jarang sekali timbul

kemusykilan apabila berhadapan dengan hadis-hadis seperti ini.

Pertentangan dalil-dalil benar-benar telah merangsangkan fikiran ulama. Padanya

terserlah bakat dan kehalusan pemahaman serta pendapat mereka yang baik. Begitu

juga padanya juga ramai orang yang mengharungi kebanjirannya tergelincir iaitu dari

kalangan mereka yang masih lagi mentah dalam menghadapi perbahasan para ulama.

Kitab-kitab yang terkenal:

1. Ikhtilaf al-Hadith karangan Imam al-Syafi`e. beliau merupakan orang yang

pertama membincangkan dan mengarang ilmu ini.

2. Ta’wil Mukhtalif al-Hadith tulisan Ibn Qutaybah Abdullah bin Muslim

3. Musykil al-Athar hasil karangan al-Tahawi Abu Ja`far Ahmad bin Salamah.

Nasikh al-Hadith wa Mansukhuh

Definisi nasakh

Dari sudut bahasa ia mempunyai dua makna, pertama, menghilangkan. Daripadanya

terbit contoh nasakhat al-syams al-zill iaitu matahari menghilangkan bayangannya.

Kedua, memindahkan. Daripadanya terbit contoh nasakhtu al-kitab iaitu saya

memindahkan buku apabila saya menukilkan apa-apa yang ada padanya. Dengan ini,

seolah-olah al-nasikh telah menghilangkan al-mansukh atau memindahkannya kepada

hukum yang lain.

Page 51: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Manakala makna istilahnya ialah: Syari` (Allah dan Rasul-Nya) telah mengangkat suatu

hukum yang datang daripadanya dan menggantikan dengan hukum yang lain yang

datang kemudian.

Kepentingan dan kesukarannya

Mengetahui hadis yang memansukhkan dan hadis yang dimansukh merupakan satu

disiplin yang penting dan sukar. Al-Zuhri pernah berkata: “Pengetahuan tentang hadis

nasikh dan mansukh telah memenatkan dan melemahkan para fuqaha.”

Antara ulama terkenal yang menonjol dalam bidang ini ialah Imam al-Syafi`e dan beliau

mempunyai jasa dan sumbangan yang sungguh besar. Imam Ahmad bertanya kepada

Ibn Warah yang tiba dari Mesir: “Adakah anda mencatat buku-buku al-Syafi`e? Beliau

menjawab: “Tidak”. Beliau berkata: “Anda telah cuai. Kami tidak mengetahui mana yang

mujmal[10] dan mana yang mufassar[11], mana yang hadis nasikh dan mana hadis

mansukh sehinggalah kamu duduk di majlis al-Syafi`e.

Bagaimana hadis nasikh dan mansukh diketahui?

Hadis nasikh dan mansukh diketahui dengan salah satu daripada perkara-perkara

berikut:

1. Penjelasan Rasulullah s.a.w. seperti hadis Buraidah di dalam Sahih Muslim:

كنت نيتكم عن زيارة القبور فزوروها فإنا تذكر الخرة

Dahulu aku melarang kamu dari menziarahi kubur, maka ziarahilah kubur kerana

ia mengingatkan kamu akan akhirat.

2. Kata-kata sahabat seperti Jabir bin Abdullah berkata:

كان آخر المرين من رسول ال صلى ال عليه وسام ترك الوضوء ما مست النار

Perkara terakhir daripada Rasulullah s.a.w. ialah tidak berwuduk kerana

memakan makanan yang dimasak dengan api.

Page 52: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Hadis ini telah dikeluarkan oleh pengarang-pengarang kitab sunan.

3. Mengetahui sejarah seperti hadis Syaddad bin Uwais yang diriwayatkan oleh

Abu Daud:

أفطر الاجم والحجوم. رواه أبو داود

Puasa tukang bekam dan orang dibekam telah terbatal.

Hadis ini telah dinasakhkan oleh hadis Ibn Abbas:

أن النبي صلى ال عليه وسام احتجم وهو محرم صائم . رواه مسلم

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berbekam di dalam keadaan baginda

berihram dan berpuasa. (hadis riwayat Muslim)

Dalam sesetengah tariq hadis Syaddad, itu berlaku pada zaman pembukaan

Mekah sedangkan Ibn Abbas mendampingi baginda ketika Hajjatul Wida`.

4. Petunjuk ijmak seperti hadis

من شرب الخمر فاجلدوه فإن عاد في الرابعة فاقتلوه. رواه أبو داود والترمذي

Sesiapa meminum arak maka rotanlahnya. Sekiranya dia mengulangi pada kali

keempat maka bunuhlahnya. (hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Imam al-Nawawi berkata: Ijmak menunjukkan tentang mansukhnya hukum itu.

Ijmak itu sendiri tidak memansukhkannya dan tidak juga dinasakhkan tetapi

menunjukkan kepada nasikh (hadis yang menasakhkan).

Kitab-kitab yang terkenal

1. al-I`tibar fi al-Nasikh wa al-Mansukh min al-Athar karangan Abu Bakar

Muhammad ibn Musa al-Hazimi.

2. al-Nasikh wa al-Mansukh karangan Imam Ahmad

3. Tajrid al-Ahadith al-Mansukhah tulisan Ibn al-Jawzi.

atas

3.3 FASAL KETIGA : KHABAR MARDUD (TERTOLAK)

Page 53: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

PERBAHASAN PERTAMA: AL-DHA`IF

PERBAHASAN KEDUA: MARDUD DENGAN SEBAB GUGUR PERAWI DARIPADA

SANAD

PERBAHASAN KETIGA: MARDUD KERANA KECAMAN TERHADAP PERAWI

Khabar mardud dan sebab-sebab penolakannya

Definisi:

Hadis yang tidak terbukti kebenaran perawi kerana ketiadaan salah satu atau lebih

syarat penerimaan hadis yang kita telah bincangkan dalam perbahasan hadis sahih.

Pembahagian Mardud dan sebab-sebab penolakannya

Ulama telah membahagikan khabar mardud kepada beberapa bahagian. Bagi setiap

bahagian itu, ulama telah menyebutkan namanya masing-masing. Ada juga yang tidak

diberikan nama khusus tetapi mereka menamakannya dengan nama umum iaitu dha`if.

Terdapat banyak sebab-sebab penolakan sesuatu hadis namun secara ringkasnya ia

merujuk kepada dua sebab utama iaitu:

1. Keguguran perawi daripada sanad

2. Kecaman terhadap perawi

Di bawah setiap sebab ini terdapat pelbagai bentuk. Penulis akan membincangkan

dengan berasingan secara terperinci dengan didahului dengan perbahasan dha`if yang

dikira sebagai nama umum bagi hadis mardud.

3.3.1 PERBAHASAN PERTAMA : DHAIF

Definisi

Dari sudut bahasa ia lawan kepada al-qawiyy (yang kuat), kelemahan itu terbahagi

kepada konkrit dan abstrak. Yang dimaksudkan di sini ialah kelemahan abstrak.

Page 54: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Makna istilahnya pula ialah hadis yang tidak mencukupi sifat hasan kerana ketiadaan

salah satu syaratnya.

Al-Bayquni mengungkapkan di dalam nazamnya:

فهو الضعيف وهو أقسام كثر كل ما عن رتبة السن قصر

Setiap apa daripada tingkat hasan, rendah maka itu dhai`f dan bahagiannya banyak

Kepelbagaiannya

Tahap kedha`ifan hadis berbeza mengikut tahap berat dan ringan kelemahan para

perawi sebagaimana hadis sahih berbeza-beza. Antaranya dha`if, dha`if jiddan, wahi,

munkar dan yang paling jelik ialah mawdhu`.

Sanad yang paling lemah

Berdasarkan kepada perbahasan dalam hadis sahih tentang sanad yang paling sahih,

ulama menyebut dalam perbahasan dha`if satu istilah yang dinamakan sanad yang

paling lemah. Al-Hakim al-Naisaburi menyebut beberapa buah sanad yang paling dha`if

dengan nisbah kepada sebahagian sahabat, sebahagian kawasan dan negeri. Penulis

akan menyebutkan beberapa contoh daripada kitab al-Hakim dan kitab-kitab lain.

1. Sanad yang paling lemah dengan nisbah kepada Abu Bakar al-Siddiq iaitu

Sadaqah bin Musa al-Daqiqi daripad Farqad al-Sabkhi daripada Murrah al-Tayyib

daripada Abu Bakar.

2. Sanad penduduk Syam yang paling lemah iaitu Muhammad bin Qays al-Maslub

daripada Ubaidullah bin Zahr daripada Ali bin Yazid daripada al-Qasim daripada

Abi Umamah

3. Sanad yang paling lemah dengan nisbah kepada Ibn Abbas iaitu al-Suddi al-

Saghir Muhammad bin Marwan daripada al-Kalbi daripada Abu Salih daripada

Ibn Abbas. Hafiz Ibn Hajr berkata: Ini adalah silsilah dusta bukan silsilah emas.

Contoh

Page 55: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Hadis yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi dari tariq Hakim al-Athram daripada Abu Tamimah

al-Hujaimai daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

من أتى حائضا أو امرأة ف دبرها أو كاها فقد كفر با أنزل على ممد

Sesiapa yang mendatangi permpuan yang haid atau mendatangi isteri pada duburnya

atau menemui tukang tilik, sesungguhnya dia telah mengkufuri apa yang telah

diturunkan kepada Muhammad.

Setelah mengeluarkan hadis ini, al-Tirmizi mengulas: “Kita tidak mengetahui hadis ini

dari hadis Hakim al-Athram daripada Abu Tamimah al-Hujaimai daripada Abu Hurairah.”

Kemudian al-Tirmizi berkata lagi: “Muhammad al-Bukhari telah mendha`ifkan hadis ini

dari sudut sanadnya. Penulis berpendapat kerana pada sanadnya ada Hakim al-Athram.

Ulama telah mengatakannya dha`if. Di dalam Taqrib al-Tahzib, Hafiz Ibn Hajar berkata:

Padanya ada kelemahan.”

Hukum meriwayatkan hadis dha`if

Di sisi ulama hadis dan juga orang lain, harus meriwayatkan hadis dha`if dan bermudah

pada sanadnya tanpa menjelaskan kedha`ifannya berbeza dengan yang mawdhu

kerana tidak harus meriwayatkannya kecuali dengan menjelaskan tentangnya.

Keharusan meriwayatkan hadis dha`if dengan dua syarat:

1. Tidak berkait dengan aqidah

2. Periwayatan itu bukan tentang hukum syara` yang berkaitan dengan halal haram

Harus meriwayatkannya pada perkara seperti peringatan, galakan, ancaman, cerita-

cerita dan sebagainya. Antara mereka yang disebutkan bermudah-mudah dalam

meriwayatkannya ialah Sufyan al-Thauri, Abdul Rahman bin Mahdi dan Ahmad bin

Hanbal

Perlu diberi perhatian apabila anda meriwayatkan hadis dha`if tanpa sanad, jangan

katakan ‘Rasulullah s.a.w. bersabda’, tetapi katakan ‘diriwayatkan daripada Rasulullah

s.a.w….’ atau ‘sampai kepada kami’ dan sebagainya supaya anda tidak secara pasti

Page 56: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

menisbahkan hadis tersebut kepada Rasulullah s.a.w. sedangkan anda mengetahui

kelemahannya.

Hukum beramal

Ulama berbeza pendapat tentang hukum beramal dengan hadis dha`if. Pendapat yang

dipegang oleh majoriti ulama ialah dianggap sunnat beramal dengan hadis dha`if

berkenaan dengan keutamaan-keutamaan amalan namun dengan tiga syarat yang telah

dihuraikan oleh Hafiz Ibn Hajar:

1. Kedha`ifan yang tidak bersangatan

2. Ia termasuk di bawah prinsip atau dalil yang diamalkan

3. Tidak boleh yakin tentang sabitnya ketika beramal dengannya bahkan mesti

berhati-hati.

Kitab-kitab terkenal yang didapatimengandungi banyak hadis dha`if:

1. Kitab-kitab yang disusun berkenaan perawi-perawi dha`if seperti Kitab al-

Dhu`afa’ tulisan Ibn Hibban, Mizan al-I`tidal karangan al-Zahabi. Mereka telah

menyebutkan contoh-contoh hadis dha`if yang menjadi dha`if kerana

periwayatan orang-orang dha`if tersebut.

2. Kitab-kitab yang disusun tentang bentuk-bentuk dha`if secara khusus seperti

kitab-kitab al-Marasil, al-`Ilal, al-Mudraj dan sebagainya. Contohnya Kitab al-

Marasil tulisan Abu Daud, Kitab al-`Ilal susunan al-Daruqutni.

atas

[1] Ma`alim al-sunan, jil. 2 hal. 11

[2] Jami` al-Tirmizi ma` syarh Tuhfah al-Ahwazi-Kitab al-`Ilal fi Akhirihi jil .10 hal. 519

[3] Nuzhah al-Nazar syarh Nukhbah al-Fikar, hal. 29

[4] lihat Tadrib al-Rawi, hal. 87

Page 57: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

[5] Jami` al-Tirmizi, Abwab Fadhail al-Jihad,

[6] Pengarangnya menghimpunkan hadis-hadis yang disaring daripada Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, kitab-kitab Sunan yang empat dan Sunan al-Darimi. Kitab inilah yang dibuat tambahan dan diedit oleh al-Khatib al-Tibrizi dan menamakannya sebagai Misykah al-Masabih.

[7] (iaitu boleh dijadikan hujjah-Pent. Lihat, Tadrib al-Rawi, hal. 131)

[8] Hadis ini dikeluarkan oleh al-Tirmizi di dalam Kitab al-Taharah, juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim melalui Abi al-Zinad daripada Abi Hurairah.

[9] `Ulum al-Hadith, hal.31-32

[10] Mujmal iaitu lafaz yang ringkas dan tidak dijelaskan maksudnya.

[11] Mufassar iaitu lafaz yang telah dijelaskan maksudnya oleh nas yang lain.

3.3.2 Perbahasan Kedua: Mardud Dengan Sebab Gugur Perawi Dari Sanad

Maksud gugur dari sanad ialah terputus rantaian perawi dengan sebab gugur seorang

perawi dari sanad, secara sengaja ataupun tidak, yang dilakukan oleh sebahagian

perawi, sama ada dari awal sanad, pertengahan ataupun akhir, sama ada secara jelas

atau tersembunyi.

Bahagian-Bahagian Gugur

Berdasarkan kepada jelasnya atau tidak gugur perawi dari sanad itu terbahagi kepada

dua:

Pertama: Gugur yang jelas

Gugur ini diketahui oleh para imam dan mereka yang terlibat dengan ilmu-ilmu hadis.

Bentuk gugur ini dapati dikesan berdasarkan kepada seorang perawi itu tidak bertemu

dengan gurunya. Sama ada dia tidak sezaman dengannya atau sezaman tetapi tidak

sempat bertemu dengannya (dan tidak mempunyai ijazah dan juga wijadah). Oleh itu,

pengkaji sanad-sanad hadis perlu mengetahui sejarah perawi-perawi kerana ia

Page 58: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

mengandungi keterangan tentang tarikh lahir dan wafat, zaman pengajian,

pengembaraan mereka dan sebagainya.

Ulama hadis telah memperkenalkan empat nama bagi hadis yang mengalami gugur

jelas berdasarkan kepada tempat atau bilangan perawi yang gugur.

1. al-Mu`allaq

2. al-Mursal

3. al-Mu`dhal

4. al-Munqati`

Kedua: Gugur tersembunyi

Bahagian ini hanya diketahui oleh para imam yang mahir dan mengetahui jalan-jalan

hadis dan kecacatan-kecacatan sanad.

Ia mempunyai dua nama iaitu:

1. al-Mudallas

2. al-Mursal al-Khafiy

AL-MU`ALLAQ

Definisi:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek bagi kata kerja `allaqa al-syai’ iaitu

menggantungkan dan mengikatnya supaya ia menjadi tergantung. Sanad ini dinamakan

dengan mu`allaq kerana ia bersambung dengan bahagian atas sanad sahaja dan

terputus pada bahagian paling bawah seperti sesuatu yang tergantung pada bumbung.

Dari segi istilah ia adalah hadis yang dibuang seorang perawi atau lebih pada awal

sanad secara berturut.

Bentuknya:

1. Keseluruhan sanad dibuang kemudian dikatakan Rasulullah s.a.w. bersabda…

2. Keseluruhan sanad dibuang kecuali sahabat atau sahabat dan tabi`in.

Contoh

Hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di awal Bab Ma Yuzkar fi al-Fakhz:

Page 59: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

.وقال أبو موسى: غطى النبي صلى ال عليه وسلم ركبتيه حين دخل عثمان

“Abu Musa berkata: Rasulullah s.a.w. menutup kedua-dua lututnya ketika Uthman

masuk.”

Hadis ini adalah hadis mu`allaq kerana Imam al-Bukhari membuang keseluruhan

sanadnya kecuali sahabat sahaja iaitu Abu Musa al-Asy`ari.

Hukum Hadis Mu`allaq

Hadis mu`allaq adalah mardud (tertolak) kerana ia tidak mempunyai salah satu syarat penerimaan hadis iaitu bersambung-sambung sanad. Tertolaknya hadis itu dengan sebab gugur seorang atau lebih perawi dari sanad dalam keadaan tidak diketahui

keadaan perawi yang gugur itu.

Hukum Hadis-Hadis Mu`allaq Dalam Sahih al-Bukhari Dan Muslim

Hukum ini iaitu hadis mu`allaq tertolak hanya kepada hadis mu`allaq secara mutlak.

Tetapi jika hadis mu`allaq itu didapati di dalam kitab yang pengarangnya beriltizam

hanya mengeluarkan hadis sahih sahaja seperti Sahih al-Bukhari dan Muslim, maka ia

mempunyai hukum yang tersendiri. Penulis sudahpun menyentuhnya dalam perbahasan

hadis sahih. Namun tidak mengapa untuk disebutkan juga di sini.

1. Hadis yang disebutkan dengan lafaz yang pasti seperti ‘berkata’, ‘menyuruh’ dan

‘menyebut’ maka ia dihukumkan sebagai sahih daripada orang yang disandarkan

kepadanya hadis itu.

2. Hadis yang dikemukakan dengan lafaz yang tidak pasti seperti ‘diriwayatkan

daripada’, ‘disebutkan’, ‘diceritakan’, ‘telah diriwayatkan’, ‘telah disebutkan’,

maka ia tidak hukumkan sebagai sahih. Bagaimanapun di dalam Sahih al-

Bukhari ini, tidak ada satupun hadis wahin (sangat dhaif) untuk dimasukkan

dalam kitab yang dinamakan dengan kitab sahih. Untuk mengetahui kesahihan

dan kedhaifan hadis ini, perlu mengkaji sanad hadis ini dan menghukumnya

sesuai dengan kedudukannya.

Page 60: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

AL-MURSAL

Definisi:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek bagi kata kerja arsal iaitu melepaskan.

Seolah-olah orang yang meriwayatkan hadis secara mursal melepaskan sanadnya

tanpa mengikatnya dengan perawi yang dikenali.

Dari segi istilah ia adalah hadis yang gugur dari penghujung sanad perawi selepas

tabi`in.

Bentuknya:

Bentuknya ialah seorang tabi`in – besar atau kecil- berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda,

melakukan sesuatu atau sesuatu perkara dilakukan di hadapan baginda. Ini adalah

bentuk mursal di sisi ulama hadis.

Contoh

Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahih dalam kitab al-Buyu` (1539).

وحدثن ممد بن رافع. حدثنا حجي بن الثن. حدثنا الليث عن عقيل، عن ابن شهاب، عنسعيد بن السيب؛

أن رسول ال صلى ال عليه وسلم نى عن بيع الزابنة Kata Imam Muslim: Muhammad bin Rafi` menceritakan kepadaku bahawa Hujain

menceritakan kepadaku bahawa al-Laith menceritakan daripada `Uqail daripada Ibn

Syihab daripada Sa`id bin al-Musayyab bahawa Rasulullah s.a.w. melarang dari al-

Muzabanah.

Sa`id bin al-Musayyab adalah tabi`in besar telah meriwayatkan hadis ini daripada

Rasulullah s.a.w. tanpa menyebut perantaraan di antaranya dengan Rasulullah s.a.w.

Beliau telah menggugurkan daripada sanad ini seorang perawi selepas dari tabi`in.

paling kurang seorang sahabat yang gugur dan berkemungkinan gugur bersama

sahabat itu perawi lain seperti seorang tabi`in.

Mursal Menurut Fuqaha’ Dan Ulama Usul

Page 61: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Bentuk mursal yang penulis sebutkan itu adalah mursal di sisi Ulama Hadis. Sementara

itu, mursal menurut Fuqaha dan Ulama Usul lebih luas lagi. Bagi mereka, setiap hadis

munqati` tanpa mengira bagaimana bentuk terputus sanadnya adalah mursal. Ini juga

pendapat al-Khatib.

Hukumnya

Mursal pada asalnya dha`if dan tertolak kerana tidak memiliki salah satu syarat hadis

maqbul iaitu tidak bersambung-sambung sanadnya dan tidak diketahui kedudukan

perawi yang digugurkan. Ada kemungkinan perawi yang gugur itu bukan sahabat. Dalam

hal ini, boleh jadi pearwi yang gugur itu daif.

Walaupun begitu, ulama hadis dan lain-lain tidak sepakat tentang hukum hadis mursal

dan berhujah dengannya kerana bentuk inqita` (terputus sanad) berbeza dengan yang

lain. Juga kerana perawi yang gugur itu biasanya sahabat dan kesemua sahabat adalah

adil dan tidak menjejaskan jika mereka tidak diketahui.

Ringkasnya ada tiga pendapat ulama tentang hadis mursal:

1. Dha`if dan mardud, iaitu di sisi kebanyakan ulama hadis, ulama usul dan fuqaha.

Hujah mereka ialah kerana tidak diketahui kedudukan perawi yang digugurkan

kerana ada kemungkinan dia bukan sahabat.

2. Sahih dan dijadikan hujah, ini pendapat Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad

dalam satu riwayat yang masyhur daripadanya serta sekumpulan ulama dengan

syarat perawi yang memursalkan itu seorang thiqah dan hanya memursalkan

daripada perawi thiqah sahaja. Hujah mereka ialah tabi`in yang thiqah tidak

menganggap harus untuk berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda kecuali beliau

mendengar daripada perawi yang thiqah.

3. Menerima dengan syarat. Iaitu mursal menjadi sahih dengan beberapa syarat. Ini

merupakan pendapat al-Syafi`e dan sebahagian ahli ilmu. Ada empat syarat, tiga

berkenaan dengan perawi yang memursalkan dan satu berkenaan hadis mursal

itu.

Syarat-syarat tersebut ialah:

i. Perawi yang memursalkan itu adalah tabi`i yang besar.

Page 62: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

ii. Apabila beliau menyebutkan perawi yang digugurkan itu, beliau akan

menamakan perawi yang thiqah.

iii. Beliau tidak bercanggah dengan perawi-perawi yang hafiz dan

dipercayai jika mereka meriwayatkan hadis yang sama.

iv. Tiga syarat di atas hendaklah disertakan dengan salah satu syarat yang

berikut:

a) Hadis itu diriwayat melalui jalan yang lain secara musnad (bersambung).

b) Hadis itu diriwayatkan secara mursal melalui tariq yang lain bukan dari

perawi hadis mursal yang pertama itu.

c) Hadis itu bertepatan dengan qaul al-Sahabi (pendapat sahabat)

d) Kebanyakan ulama menfatwakan mengikut makna hadis itu.

Apabila syarat-syarat ini dipe dipenuhi, kesahihan punca hadis mursal itu akan terbukti begitu juga riwayat-riwayat lain

yang menyokongnya. Kedua-duanya adalah sahih. Sekiranya terdapat suatu hadis sahih

yang mempunyai satu jalan (sanad) bercanggah dengannya dan tidak dapat

diselaraskan antara kedua-duanya maka hadis itu akan ditarjihkan dengan sebab

mempunyai banyak jalan.

atas

Mursal al-Sahabi

Iaitu hadis yang diriwayatkan oleh sahabat tentang ucapan atau perbuatan Rasulullah

s.a.w. yang tidak pernah didengari dan disaksikannya. Sama ada kerana usianya yang

muda atau lewat memeluk Islam atau tidak ada di samping baginda. Hadis-hadis

sahabat-sahabat yang kecil termasuk di dalam bahagian ini seperti Ibn Abbas, Ibn al-

Zubair dan lain-lain.

Hukum Mursal al-Sahabi

Mengikut pendapat yang masyhur yang diputuskan oleh majoriti ulama ialah sahih dan

dijadikan hujah kerana jarang berlaku periwayatan sahabat daripada tabi`in. Apabila

sahabat meriwayatkan daripada tabi`in mereka akan menyatakan dan mereka berkata:

Rasulullah s.a.w. bersabda hukum asal ialah mereka mendengar daripada sahabat lain.

Sebagaimana ditegaskan sebelum ini, menggugurkan sahabat di dalam periwayatan

tidak menjejaskan.

Page 63: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Dikatakan, hukum Mursal al-Sahabi seperti mursal lain, tetapi pendapat ini dha`if dan

tertolak.

Kitab-kitab yang masyhur

1. al-Marasil karangan Abu Daud.

2. al-Marasil karangan Ibn Abi Hatim.

3. Jami` al-Tahsil Li Ahkam al-Marasil karangan al-`Ala’i.

AL-MU`DHAL

Definisi:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek bagi kata kerja a`dhala iaitu memenatkan.

Dari segi istilah ia adalah hadis yang gugur dari sanad dua orang perawi berturut-turut.

Contohnya

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam Ma`rifah `ulum al-Hadith dengan

sanadnya kepada al-Qa`nabi

عن مالك إنه قد بلغه أن أبا هريرة قال قال رسول ال صلى ال عليه وسلم للمملوك طعامه

وكسوته بالعروف ول يكلف من العمل إل ما يطيق هذا معضل أعضله عن مالك هكذا ف

الوطأ

“Daripada Malik bahawa sampai kepadanya bahawa Abu Hurairah berkata: Rasulullah

s.a.w. bersabda: Hamba yang dimiliki itu berhak mendapat makanannya, pakaiannya

secara yang baik. Dia tidak boleh dibebankan dengan kerja melainkan yang mampu

dilaksanakannya. Al-Hakim berkata: Hadis ini mu`dhal daripada Malik demikianlah yang

diriwayatkannya secara mu`dhal di dalam al-Muwatta’”

Hadis ini mu`dhal kerana dua orang perawi berturut-turut gugur antara Malik dan Abu

Hurairah. Kita telahpun mengetahui bahawa keguguran ini berlaku berdasarkan kepada

Page 64: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

hadis lain yang diriwayatkan di luar kitab al-Muwatta’. Sanad itu ialah daripada Malik

daripada Muhammad bin `Ajlan daripada bapanya daripada Abu Hurairah.

Hukumnya

Mu`dhal adalah hadis yang dha`if dan keadaan lebih buruk daripada hadis mursal dan

munqati` kerana ramainya perawi yang gugur daripada sanad. Hukum ini sepakat di

kalangan ulama.

Persamaan Antara Mu`dhal Dan Mu`allaq

Di antara mu`dhal dan mu`allaq terdapat hubungan keumuman dan kekhususan dari

satu sudut.

1. Menyerupai mu`alaq dari sudut, apabila dua orang perawi berturut-turut dibuang

dari permulaan sanadnya. Pada ketika itu, hadis ini dalam masa yang sama

mu`dhal dan mu`allaq.

2. Berbeza dalam dua bentuk:

i. Apabila dua orang perawi berturut-turut dibuang dari pertengahan sanad maka

itu adalah mu`dhal tidak mu`allaq.

ii. Apabila seorang perawi sahaja yang dibuang dari permulaan sanad, maka ia

adalah mu`allaq tidak mu`dhal.

Antara Sumber Hadis Mu`dhal

Al-Suyuti menulis: Di antara sumber hadis mu`dhal ialah:

1. Kitab al-Sunan karangan Sa`id bin Mansur.

2. Kitab-kitab Ibn Abi al-Dunya.

Al-Munqati`

Definisi:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama pelaku bagi kata kerja inqata`a iaitu terputus. Dari

segi istilah ia adalah hadis yang sanadnya tidak bersambung dari mana sudut sekalipun.

Contohnya

Page 65: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Iaitu setiap sanad yang terputus di mana-mana tempat sanad sama ada di awal sanad

atau akhirnya atau pertengahannya. Dengan itu, termasuk di dalam takrif ini, mursal,

Mua`allaq dan Mu`dhal. Bagaimanapun, ulama mustalih hadis mutakhirin

mengkhususkan munqati` dengan hadis yang tidak mempunyai bentuk hadis mursal,

mu`allaq atau mu`dhal. Begitu juga kebiasaan penggunaan ulama mutaqaddimin. Oleh

kerana itu, Imam al-Nawawi menyatakan: “Munqati` itu lebih banyak digunakan kepada

riwayat perawi yang berada pada tingkatan selepas tabi`i daripada sahabat seperti Malik

daripada Ibn Umar.

Munqati` Mengikut Ulama Hadis Yang Mutakhir

Iaitu hadis yang tidak bersambung sanadnya yang tidak termasuk di dalam nama

mursal, mu`allaq atau mu`dhal. Seolah-olah munqati` lebih umum bagi setiap sanad

yang terputus selain dari tiga bentuk iaitu gugur di awal sanad, gugur di akhir sanad atau

gugur dua perawi berturut di mana-mana tempat. Inilah yang dipilih oleh Hafiz Ibn Hajar

di dalam al-Nukhbah dan syarahnya al-Nuzhah.

Kadang-kadang terputus sanad berlaku di satu bahagian pada sanad kadang-kadang

berlaku lebih daripada satu seperti dua atau tiga bahagian,

Contohnya

Hadis yang diriwayatkan oleh Abd al-Razzaq

ثنا عبد الرازق قال ذكر الثوري عن أبي إسحاق عن زيد بن يثيع عن حذيفة قال قال رسول ال

صلى ال عليه وسلم إن وليتموها أبا بكر فقوي أمين

“Abd al-Razzaq telah menceritakan kepada kami katanya al-Thauri telah menyebutkan

daripada Abu Ishaq daripada Zaid bin Yuthai` daripada Huzaifah secara marfu`: Jika

kamu melantik Abu Bakar akan jawatan itu maka beliau adalah seorang yang kuat dan

amanah.”

Di pertengahan sanad ini, seorang perawi telah gugur iaitu Syarik antara al-Thauri dan

Abu Ishaq kerana al-Thauri tidak pernah mendengar hadis daripada Abu Ishaq secara

langsung. Sebenarnya beliau mendengar daripada Syarik dan Syarik mendengar

daripada Abu Ishaq.

Page 66: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Terputus sanad ini tidak sesuai untuk dikatakan sebagai mursal, mu`allaq atau mu`dhal.

Justeru kita mengatakan ia adalah munqati`.

Hukumnya:

Munqati` adalah dhaif dengan sepakat ulama kerana tidak mengetahui kedudukan

perawi yang gugur.

AL-MUDALLAS

Definisi al-Tadlis:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek bagi kata dasar tadlis iaitu

menyembunyikan kecacatan barang daripada pembeli. Kata akar tadlis ialah al-dalas

iaitu kegelapan atau pencampuranan dengan kegelapan sebagaimana yang disebutkan

oleh kitab al-Qamus al-Muhit. Seolah-olah, kerana perawi mudallis menyembunyikan

kepada orang yang mahu mengetahui sesebuah hadis bermakna dia telah mengelapkan

perkara itu dan jadilah hadis itu mudallas (digelapkan).

Dari segi istilah ia adalah menyembunyikan keaiban di dalam sanad dan

memperelokkan zahirnya.

Pembahagian Tadlis

Tadlis mempunyai dua bahagian utama iaitu Tadlis al-Isnad dan Tadlis al-Syuyukh.

Tadlis al-Isnad

Ulama telah memberi pelbagai definisi bagi tadlis al-Isnad. Penulis akan memilih yang

paling sahih dan paling halus mengikut pandangan penulis iaitu takrif Imam Abu Ahmad

bin Amar al-Bazzar dan Abu al-Hasan bin al-Qattan. Takrif tersebut ialah:

“Seorang perawi meriwayatkan hadis –hadis yang tidak pernah didengari daripada

perawi yang dia ada mendengar daripadanya tanpa menyebut dengan jelas bahawa dia

mendengar daripadanya”

Huraian takrif:

Page 67: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Maksud takrif ini ialah Tadlis al-Isnad ialah seorang perawi telah meriwayatkan beberapa

hadis daripada seorang syaikh yang dia pernah mendengar daripadanya tetapi hadis

yang ditadliskannya itu dia tidak mendengar sendiri daripada syaikh tersebut.

Sebenarnya dia meriwayatkannya daripada syaikh yang lain daripada syaikh yang

pertama tadi. Jadi dia telah mengugurkan syaikh tersebut lalu meriwayatkan dengan

lafaz yang diandaikan dia mendengar sendiri seperti ‘dia telah berkata’ atau ‘daripada’.

Bagaimanapun dia tidak menyatakan dengan jelas bahawa dia mendengar hadis

tersebut daripada syaikh itu. Dengan sebab itu dia tidak berkata, ‘Saya mendengar’,

‘telah menceritakan kepada saya’, supaya dia tidak menjadi seorang pendusta besar

dengan sebab perbuatan itu. Kadang-kadang perawi yang digugurkannya itu lebih

daripada seorang.

Perbezaan Antara Tadlis al-Isnad Dan al-Irsal al-Khafiy

Setelah mengemukakan takrifnya, Abu al-Hasan al-Qattani menyatakan: perbezaan di

antara Tadlis al-Isnad dan al-Irsal al-Khafi iaitu al-Irsal ialah perawinya adalah daripada

orang yang dia tidak pernah mendengar hadis daripadanya. Ringkasnya ialah al-Mursil

al-Khafi (perawi yang melakukan al-Irsal al-Khafi) dan al-Mudallis meriwayatkan

daripada syaikh hadis yang tidak pernah didengari daripada syaikh itu dengan lafaz

yang memberi kemungkinan dia mendengar. Tetapi al-Mudallis ada mendengar juga

beberapa hadis lain selain daripada hadis yang ditadliskannnya sedangkan al-Mursil al-

Khafi langsung tidak pernah mendengar hadis daripada syaikh tersebut, baik hadis yang

dimursalkannya atau hadis-hadis lain. Cumanya dia hanya hidup sezaman atau pernah

bertemu sahaja.

Contohnya:

Hadis yang dikeluarkan oleh al-Hakim dengan sanadnya melalui Ali bin Khasyram,

علي بن خشرم قال قال لنا بن عيينة عن الزهري فقيل له سمعته من الزهري فقال ل ول ممن

سمعه من الزهري حدثني عبد الرزاق عن معمر عن الزهري

“Ali bin Khasyram berkata, Ibn Uyainah berkata kepada kami daripada al-Zuhri lalu

beliau ditanya adakah anda mendengar daripada al-Zuhri katanya tidak, tidak dari orang

yang mendengarnya daripada al-Zuhri. Abd al-Razzaq telah menceritakan kepadaku

daripada Ma`mar daripada al-Zuhri.”

Page 68: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Di dalam contoh ini, Ibn Uyainah telah menggugurkan dua orang perawi di antara beliau

dan al-Zuhri.

Tadlis al-Taswiyah

Sebenarnya bentuk tadlis ini salah satu bentuk Tadlis al-Isnad. Takrifnya ialah

periwayatan seorang perawi daripada syeikhnya kemudian menggugurkan seorang

perawi dhaif di antara dua perawi thiqah yang masing-masing saling bertemu.

Gambarannya ialah seorang perawi meriwayatkan satu hadis daripada seorang syeikh

yang thiqah. Syeikh yang thiqah itu meriwayatkan daripada perawi dhaif daripada perawi

thiqah. Dua perawi yang thiqah ini pernah bertemu. Lalu perawi yang mendengar hadis

daripada thiqah yang pertama datang dengan menggugurkan perawi dhaif yang terdapat

di dalam sanad. Dia menjadikan sanad itu daripada syeikh yang thiqah dari syeikh

thiqah yang kedua dengan lafaz yang tidak jelas lalu dia telah menyamakan keseluruhan

sanad itu daripada perawi-perawi thiqah.

Ini adalah bentuk tadlis yang paling jelik kerana perawi thiqah yang pertama

kemungkinan tidak pernah dikenali sebagai mudallis. Orang yang datang kemudian dan

melihat sanad ini setelah berlaku tadlis taswiyah akan mendapati ianya telah

diriwayatkan daripada perawi thiqah lalu dia menghukumkan sahih. Maka ini adalah satu

tipu daya yang dahsyat.

Orang yang terkenal melakukan tadlis

Baqiyyah bin al-Walid. Abu Mushir berkata: hadis-hadis Baqiyah tidaklah bersih maka

hendaklah anda berwaspada.

Al-Walid bin Muslim. Contohnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim di

dalam kitabnya al-`Ilal, katanya: Saya mendengar bapa saya berkata- lalu dia

menyebutkan hadis yang diriwayatkan oleh Ishaq bin Rahawaih daripada Baqiyah, Abu

Wahb al-Asadi telah menceritakan kepada saya daripada Nafi` daripada Ibn Umar hadis:

Jangan kamu memuji keislaman seseorang sehinggalah kamu mengetahui

pegangannya. Bapa saya berkata: Hadis ini mempunyai satu perkara yang jarang

diketahui. Hadis ini diriwayatkan daripada Ubaidillah bin Amar daripada Ishaq bin Abu

Farwah daripada Nafi` daripada Ibn Umar daripada Rasulullah s.a.w.. Ubaidullah adalah

Page 69: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

seorang yang thiqah. Ibn Amar, kunyahnya ialah Abu Wahb dan dia dinisbahkan dengan

al-Asadi. Baqiyyah telah menyebutkan Ubaidullah dengan kunyahnya dan

menisbahkannya kepada Bani Asad supaya kedudukannya tidak diketahui sehingga

orang lain tidak menyedari bahawa dia menggugurkan Ishaq bin Abi Farwah.

Tadlis al-Syuyukh

Definisi: Seorang perawi meriwayatkan satu hadis yang didengarnya daripada syaikh

lalu dia menamakannya, memberikan kunyah, menisbahkannya atau menyifatkannya

dengan sesuatu yang syaikh itu tidak dikenali dengannya supaya tidak dikenali.

Contohnya: Abu Bakar bin Mujahid, salah seorang imam qiraat berkata: Abdullah bin Abi

Abdullah menceritakan kepada saya. Yang dimaksudkannya ialah Abu Bakar bin Abu

Daud al-Sajistani.

atas

Hukum Tadlis

Tadlis al-Isnad hukumnya adalah sangat makruh dan dicela oleh kebanyakan ulama.

Syu`bah adalah seorang ulama yang keras dalam mencela tadlis sehingga ada

beberapa celaan daripada beliau. Antaranya ialah, tadlis adalah saudara berdusta.

Manakala hukum tadlis al-Taswiyah lebih makruh lagi sehingga al-Iraqi berkata: Ia

mencacatkan orang yang sengaja melakukannya.

Tadlis al-Syuyukh pula, hukum makruhnya lebih ringan daripada tadlis al-Isnad kerana

mudallis tidak menggugurkan sesiapa. Ia dihukumkan makruh kerana mengabaikan

perawi yang diriwayatkan daripadanya dan menyukarkan kepada pendengar untuk

mengetahuinya. Keadaan makruh berbeza mengikut tujuan tadlis itu.

Sebab-Sebab Yang Menyebabkan Tadlis

Page 70: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Sebab-sebab berlakunya tadlis al-Syuyukh:

1. Syaikh itu seorang daif atau tidak thiqah.

2. Syaikh itu berusia lanjut sehingga sekumpulan perawi yang lain juga mendengar

hadis daripadanya selain dari perawi yang melakukan tadlis.

3. Syaikh itu muda sehingga muridnya itu lebih tua daripadanya.

4. Telalu banyak periwayatan daripada beliau. Oleh itu perawi yang melakukan

tadlis ini tidak mahu menyebutkan nama gurunya ini dengan satu cara.

Tujuan-tujuan tadlis al-Isnad:

1. Untuk mewahamkan bahawa sanad itu tinggi.

2. Terlepas satu bahagaian hadis daripada syaikh yang dia mendengar

daripadanya.

3. Syaikh itu seorang daif atau tidak thiqah.

4. Syaikh itu berusia lanjut sehingga sekumpulan perawi yang lain juga mendengar

hadis daripadanya selain dari perawi yang melakukan tadlis.

5. Syaikh itu muda sehingga muridnya itu lebih tua daripadanya.

Tiga sebab mengapa tercelanya perawi tadlis.

1. Dia telah mewahamkan bahawa dia mendengar hadis daripada perawi yang

tidak didengarinya.

2. Dia meninggalkan cara periwayatan yang nyata kepada cara yang menimbulkan

pelbagai kemungkinan.

3. Dia menyedari sekiranya dia menyebutkan perawi yang ditadliskannya tentu dia

tidak akan disenangi.

Hukum Periwayatan Perawi Tadlis

Ulama berbeza pendapat tentang penerimaan riwayat perawi tadlis. Dua pendapat yang

masyhur ialah:

Page 71: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

1. Riwayatnya ditolak sama sekali walaupun dia menyatakan bahawa dia

mendengar kerana tadlis itu sendiri merupakan tajrih. Pendapat ini tidak

dipegang oleh ulama.

2. Pendapat yang sahih mengemukakan perincian iaitu:

• Jika dia menyatakan ‘saya mendengar’ maka riwayatnya diterima iaitu

beliau mengatakan saya mendengar atau sebagainya maka hadisnya

diterima.

• Jika dia tidak menjelaskan bahawa dia mendengar maka riwayatnya tidak

diterima. Iaitu jika dia mengatakan ‘daripada’ dan sebagainya maka

hadisnya tidak diterima.

Bagaimana Tadlis Dapat Dikenalpasti?

Tadlis dapat dikesan melalui dua perkara:

1. Pengakuan perawi mudallis sendiri apabila ditanya sebagaimana yang berlaku

kepada Ibn `Uyainah.

2. Keterangan oleh mana-mana imam dalam bidang ini berdasarkan kepada

pengetahuannya yang diperolehi melalui kajian dan penyelidikan.

Kitab-kitab yang terkenal tentang tadlis dan perawi-perawi mudallis

Antara kitab yang paling masyhur ialah:

1. Tiga buah kitab yang ditulis oleh al-Khatib al-Baghdadi, satu kitab tentang

senarai mudallis iaitu al-Tabyin Li Asma’ al-Mudallisin dan dua buah lagi tentang

bentuk-bentuk tadlis.

2. Al-Tabyin Li Asma’ al-Mudallisin oleh Burhan al-Din bin al-Halabi.

3. Ta`rif Ahl al-Taqdis Bi Maratib al-Mausufin bi al-Tadlis oleh Hafiz Ibn Hajar.

Al-Mursal al-Khafiy

Definisi

Page 72: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Dari segi bahasa mursal adalah kata nama objek daripada perkataan irsal iaitu

melepaskan. Seolah-olah perawi hadis mursal melepaskan sanad tanpa

menyambungkannya. Al-Khafi (yang tersembunyi) pula lawan kepada al-Jali (yang

terang) kerana bentuk Irsal ini tidak jelas dan hanya diketahui melalui kajian.

Menurut istilah ulama pula iaitu hadis yang diriwayatkan daripada perawi yang

ditemuinya atau sezaman dengannya dengan menggunakan lafaz seolah-olah ia

mendengar daripadanya seperti ‘telah berkata’.

Contohnya:

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah melalui tariq Umar bin Abd al-Azizi daripada

`Uqbah Ibn `Amir.

حدثنا محمد بن الصباح. أنبأنا عبد العزيز بن محمد ابن زائدة، عن عمر بن عبد العزيز، عنعقبة بن عامر الجهني؛ قال رسول ال صلى ال عليه وسلم:

))رحم ال حارس الحرس((. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semoga Allah merahmati ketua sekalian pengawal.”

Umar tidak pernah bertemu dengan `Uqbah sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Mizzi

di dalam kitabnya, al-Atraf.

Bagaimana Mursal Khafiy Diketahui?

Mursal khafiy dapat dikenali dengan salah satu daripada tiga perkara berikut:

1) Kenyataan oleh sebahagian imam bahawa perawi ini tidak bertemu dengan orang

yang dia meriwayatkan daripadanya atau orang yang tidak pernah mendengar sama

sekali.

2) Perawi memberitahu bahawa dia tidak pernah bertemu dengan perawi yang dia

meriwayatkan daripadanya atau tidak pernah mendengar daripadanya satu hadis pun.

3) Hadis itu datang melalui tariq lain yang mempunyai tambahan perawi di antara perawi

tersebut dan orang yang meriwayatkan daripadanya. Cara yang ketiga ini terdapat

perbezaan di kalangan ulama kerana kadang-kadang ia termasuk dalam al-Mazid Fi

Muttasil al-Asanid.

Hukumnya

Page 73: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Ia adalah hadis daif kerana ia salah satu bentuk munqati`. Apabila jelas terbukti

terputusnya sanad itu maka hukumnya adalah munqati`.

Karangan Yang Terkenal

Kitab al-Tafsil Li Mubham al-Marasil karangan al-Khatib al-Baghdadi.

AL-MU`AN`AN DAN AL-MU’ANNAN

Pengantar

Selesai sudah perbincangan hadis-hadis yang ditolak kerana keguguran yang berlaku

pada sanad. Oleh kerana kedudukan hadis Al-Mu`an`an dan al-Mu’annan tidak

disepakati oleh ulama adakah ianya termasuk dalam muttasil atau munqati`, maka

penulis merasakan perlu meletakkannya bersama hadis-hadis yang ditolak kerana

keguguran pada sanad.

Takrif Al-Mu`an`an

Dari segi bahasa Al-Mu`an`an adalah kata nama objek daripada `an`an yang bermaksud

mengucapkan `an `an (daripada, daripada). Menurut istilah pula, kata-kata perawi

daripada fulan daripada fulan.

Contohnya

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah (1005) katanya:

ا سفيان، عن أسامة بن زيد ، ا معاوية بن هشام. حدثن ة. حدثن ن أبي شيب ا عثمان ب - حدثنعن عثمان بن عروة، عن عروة، عن عائشة؛ قالت:

- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ))إن الله وملئكته يصلون على ميامي الصفوف((.

`Uthman bin Ibn Abi Syaibah telah menceritakan kepada kami katanya Mu`awiyah bin

Hisyam menceritakan kepada kami katanya Sufyan menceritakan kepada kami daripada

Usamah bin Zaid daripada `Uthman bin `Amr daripada `Urwah daripada `Aishah

Page 74: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t dan para mailakat-Nya

berdoa untuk orang-orang berada di bahagaian kanan saf-saf.”

Adakah al-Mu`an`an Hadis Muttasil Atau Munqati?

Ulama berbeza pendapat tentang hadis Al-Mu`an`an.

Ada pendapat mengatakan ianya adalah munqati` sehinggalah terbukti bahawa ia

adalah muttasil.

Pendapat yang sahih dan diterima pakai ialah pendapat majoriti ulama dari kalangan

ulama hadis, fiqh dan usul. Mereka mengatakan bahawa ia adalah mutassil tetapi

dengan beberapa syarat.

Di antara syarat tersebut, dua syarat yang persetujui dan yang lainnya diperselisihkan

adakah menjadi syarat atau tidak. Dua syarat yang dipersetujui itu adalah syarat yang

mesti iaitu:

1. Perawi yang meriwayatkan secara `an`anah bukan seorang mudallis.

2. Ada kemungkinan pertemuan antara perawi yang meriwayatkan secara

`an`anah dengan perawi yang dia mengambil riwayat.

Bagi Imam Muslim, dua syarat ini sudah memadai. Sementara syarat-syarat lain yang

diperselisihkan sebagai syarat atau tidak iaitu:

1. Terbukti bertemu. Ini merupakan pendapat Imam al-Bukhari, Ibn al-Madini dan

ulama yang tahqiq.

2. Lama bersahabat dan mendampingi guru. Ini adalah pendapat Abu al-Muzaffar

al-Sam`ani.

3. Perawi yang diambil riwayat daripadanya secara `an`an mengetahui bahawa

perawi yang meriwayatkan secara `an`anah daripadanya telah meriwayatkan

daripadanya.

Al-Mu’annan

Dari segi bahasa al-Mu’annan adalah kata nama objek daripada annana yang

bermaksud mengucapkan anna anna (bahawa, bahawa). Menurut istilah pula, kata-kata

perawi ‘si fulan menceritakan kepada saya bahawa si fulan berkata’.

Page 75: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Hukum al-Mu’annan

1. Imam Ahmad dan sekumpulan ulama mengatakan ia adalah hadis munqati`

sehinggalah dapat dibukti bahawa ia bersambung-sambung.

2. Majoriti ulama mengatakan hukum anna sama seperti `an. Secara umumnya

dihukumkan sebagai sama` (mendengar secara langsung) mengikut syarat-

syarat yang telah disebutkan dahulu.

atas

3.3.3 PERBAHASAN KETIGA : MARDUD DENGAN SEBAB KECAMAN PADA

PERAWI

Yang dimaksudkan dengan kecaman perawi ialah mentajrihkannya dengan kata-kata

dan mempertikaikannya dari sudut keadilan dan agamanya serta dari sudut ketepatan,

hafalan dan kepekaannya.

Sebab-sebab kecaman pada perawi

Sebab kecaman pada perawi ada sepuluh. Lima daripadanya berkait dengan keadilan

manakala lima lagi berkait dengan ketepatan.

Sebab-sebab yang berkait dengan keadilan ialah:

1. Berdusta.

2. Dituduh berdusta

3. Fasiq.

4. Bid`ah.

5. Tidak diketahui (jahalah).

Sebab-sebab yang berkait dengan ketepatan ialah:

1. Kesilapan yang jelek.

2. Buruk hafalan.

3. Kelalaian.

4. Banyak kekeliruan.

Page 76: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

5. Percanggahan dengan perawi thiqah.

Penulis akan menyebut satu persatu hadis mardud dengan sebab-sebab di atas

mengikut tertib sebab kecaman yang paling kuat.

3.3.3.1 MAUDHU’

Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah berdusta atas Rasulullah s.a.w. maka

hadisnya itu dinamakan hadis maudhu`.

Definisinya:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada wadha`a al-syai’ iaitu

merendahkannya. Dinamakan demikian kerana kedudukannya yang rendah.

Menurut istilah pula, pendustaan yang direka, dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w.

Kedudukannya

Ia adalah hadis dha`if yang paling jelek dan paling keji. Sesetengah ulama

menganggapnya sebagai satu bahagian yang tersendiri bukan daripada hadis-hadis

dha`if.

Hukum meriwayatkannya

Ulama telah sepakat bahawa tidak halal meriwayatkannya bagi sesiapa yang

mengetahui kedudukannya dalam apa bentuk sekalipun melainkan jika diterangkan

kepalsuannya berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

حد هو أ نه كذب ف يث يري أ ن بد من حدث ع سلم " يه و صلى ال عل سول ال عن ر

الكاذبي".

“Sesiapa yang menceritakan daripadaku sesuatu hadis yang kelihatan sebagai palsu

maka dia adalah salah seorang pendusta.”

Cara pereka-pereka hadis menyampaikan hadis

Page 77: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

1. Sama ada pereka iaitu mencipta ucapannya sendiri kemudian meletakkan satu

sanad untuknya lalu dia meriwayatkannya.

2. Atau dia mengambil ucapan ahli hikmat atau orang lain lalu meletakkan sanad

untuknya.

Bagaimana hadis mudhu` dikenali

Ia dapat dikenali melalui:

1. Pengakuan oleh pereka itu sendiri seperti pengakuan Abu `Ismah Nuh bin Abi

Maryam bahawa dia telah mencipta hadis kelebihan setiap surah al-Quran

daripada Ibn Abbas.

2. Sesuatu seperti pengakuan seperti pereka itu menceritakan daripada seorang

syaikh. Lalu dia ditanya tentang tahun lahirnya lalu dia menyebutkan tahun

kewafatan syaikh tersebut terdahulu dari tahun kelahirannya sendiri dan hadis

hadis itu hanya diketahui melaluinya sahaja.

3. Bukti pada perawi. Contohnya ialah perawi itu seorang rafidhah dan hadis pula

tentang kelebihan ahli bait.

4. Bukti pada riwayat. Seperti hadis itu mempunyai lafaz yang rapuh atau

bercanggah dengan pancaindera atau nash al-Quran yang terang.

Faktor pendorong kepada pemalsuan hadis dan golongan-golongan yang terlibat

1. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan mencipta hadis-hadis yang

menggalakkan manusia kepada kebajikan dan hadis-hadis yang menakutkan

dari melakukan kemungkaran. Pereka-pereka ini adalah kumpulan yang

menisbahkan diri mereka kepada zuhud dan kesolehan. Mereka adalah perawi

yang paling jahat kerana orang ramai menerima hadis-hadis rekaan mereka

kerana percayakan mereka. Di antara mereka ini ialah Maisarah bin Abd Rabbih.

Ibn Hibban telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Dhu`fa’ daripada Ibn Mahdi

Page 78: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

katanya: “Saya bertanya kepada Maisarah bin Abd Rabbih: Dari mana anda

bawakan hadis-hadis ini, `siapa yang membaca ini maka pahalanya begini’? Dia

menjawab: Saya menciptakannya supaya orang ramai berminat”.

2. Untuk menyokong fahaman , terutamanya fahaman kumpulan-kumpulan politik

setelah berlaku fitnah dan kemunculan kumpulan politik seperti Khawarij dan

Syi`ah. Setiap kumpulan menciptakan hadis masing-masing bagi menyokong

fahaman mereka seperti hadis: Ali sebaik-baik manusia, sesiapa yang

meraguinya maka kafir.

3. Serangan terhadap Islam. Golongan ini ialah ahli zindiq yang tidak mampu

menghancurkan Islam secara terbuka lalu mereka memilih cara yang keji ini.

Mereka telah mencipta sejumlah hadis dengan tujuan memalsukan Islam dan

menyerangnya. Di antara mereka ini ialah Muhammad bin Sa`id al-Syami yang

telah disalib kerana kezindikannya. Dia telah meriwayatkan daripada Humaid

daripada Anas secara marfu`: “Saya adalah penutup sekelian nabi, tidak ada

nabi selepasku kecuali siapa yang Allah kehendaki.” Sesungguhnya para ulama

hadis telah bangkit menjelaskan kedudukan hadis-hadis maudhu`. Alhamdulillah,

syukur di atas nikmat-Nya.

4. Mendampingi pemerintah . Sebahagian mereka yang lemah iman mendekatkan

diri dengan para pemerintah dengan mencipta hadis sesuai dengan

penyelewengan yang ada pada pemerintah seperti kisah Ghiyath bin Ibrahim al-

Nakha`I al-Kufi dengan al-Mahdi ketika dia menemuinya sedang bermain-main

dengan burung merpati. Lalu secara langsung dia membawakan dengan

sanadnya kepada Rasulullah s.a.w. sebagai bersabda: “Tidak ada perlumbaan

kecuali pada pedang, kuda, unta atau burung. Dia telah menambahkan burung

kerana al-Mahdi. Mengetahui hal ini, beliau memerintah supaya disembelih

merpati itu dan berkata: “Sayalah yang menyebabkan dia berbuat demikian.”

5. Mencari rezeki . Seperti sesetengah tukang cerita yang mencari wang dengan

menyampaikan hadis kepada orang ramai. Mereka membawakan cerita-cerita

Page 79: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

yang menghiburkan dan pelik sehingga orang ramai memberi perhatian dan

menghulurkan kepada mereka seperti Abu Sa`id al-Mada’ini.

6. Mencari kemasyhuran. Ini dengan cara mengemukakan hadis-hadis pelik yang

tidak ada pada syaikh-syaikh hadis. Mereka memalingkan sanad hadis supaya

kelihatan ganjil lalu menarik minat orang lain mendengarnya seperti Abu Dihyah

dan Hammad al-Nasibi.

Fahaman al-Karamiyyah dalam masalah mereka hadis

Sekumpulan ahli bid`ah yang dikenali sebagai al-Karamiyyah mendakwa harus mereka

hadis-hadis berhubung galakan dan ancaman. Mereka beralasan dengan lafaz

tambahan yang diriwayatkan dalam sesetengah jalan hadis: “Sesiapa yang berdusta di

atas namaku” iaitu tambahan “untuk menyesatkan manusia”. Tetapi tambahan ini tidak

sabit di sisi ulama hadis yang hafiz.

Setengah mereka berkata pula: “Kami berdusta untuk kepentingan baginda bukan untuk

kemudaratan baginda.” Dalil ini sangat lemah sekali kerana syariat yang dibawa oleh

Rasulullah s.a.w. tidak memerlukan para pendusta untuk melariskannya.

Dakwaan ini bercanggah dengan ijmak umat Islam sehingga Imam Muhammad al-

Juwaini menghukumkan kufurnya pereka hadis.

Kesilapan sesetengah ahli tafsir dalam menyebutkan hadis-hadis maudhu`

Sesetengah ahli tafsir melakukan kesilapan dalam menyebutkan hadis-hadis maudhu` di

dalam kitab-kitab tafsir mereka tanpa menjelaskan kepalsuannya terutama hadis yang

diriwayatkan daripada Ubay bin Ka`ab tentang kelebihan al-Quran surah demi surah.

Antara ahli tafsir itu ialah:

1. Al-Tha`labi.

2. Al-Wakidi.

3. Al-Zamakhsyari.

4. Al-Baidhawi.

Page 80: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

5. Al-Syaukani.

Kitab-kitab yang masyhur tentang hadis-hadis maudhu`

Kitab al-Maudhu`at karangan Ibn al-Jauzi. Ini merupakan kitab paling awal dalam

masalah ini tetapi beliau seorang bermudah dalam menghukumkan sesuatu hadis

sebagai maudhu`. Oleh kerana itu, ulama mengkritik dan memberi komentar

terhadapnya.

1. Al-La’ali al-Masnu`ah Fi al-Ahadith al-Maudhu`ah karangan al-Suyuti. Ini

merupakan ringkasan kepada kitab Ibn al-Jauzi dan komentar terhadapnya dan

tambahan yang tidak disebutkan oleh Ibn al-Jauzi.

2. Tanzih al-Syari`ah al-Marfu`ah `an al-Ahadith al-Syani`ah al-Maudhu`ah

karangan Ibn `Arraq al-Kanani. Kitab ini adalah ringkasan kepada kedua kitab di

atas dan merupakan kitab yang padat, kemas dan berguna.

3.3.3.2 Al-MATRUK

Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah tuduhan berdusta maka hadisnya itu

dinamakan hadis matruk.

Definisinya:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada al-tark iaitu meninggalkan. Orang

Arab menamakan telur yang telah menetas dan keluar anak burung darinya sebagai al-

tarikah iaitu yang ditinggalkan kerana tidak mempunyai faedah.

Dari segi istilah pula hadis yang sanadnya terdapat perawi yang dituduh berdusta.

Sebab dituduh berdusta

Hadis tersebut hanya diriwayatkan melaluinya sahaja dan bercanggah dengan kaedah-

kaedah umum.<!--[if !supportFootnotes]-->[1]<!--[endif]-->

Perawi itu diketahui berdusta dalam percakapan biasa tetapi tidak jelas dia berdusta

dalam hadis.

Page 81: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Contohnya

Hadis `Amar bin Syamir al-Ju`fi al-Syi`i daripada Jabir daripada Abu al-Tufail daripada

`Ali dan `Ammar kata mereka berdua: “Rasulullah s.a.w. membaca qunut di dalam

sembahyang subuh, bertakbir pada hari Arafah pada sembahyang zuhur dan melakukan

perjalanan setelah sembahyang Asar pada hari tasyriq yang terakhir”.

Al-Nasa’i, al-Daruqutni dan ulama lain berkata `Amar bin Syamir: Dia seorang matruk al-

hadith.

Kedudukannya

Kita telahpun mengetahui bahawa hadis dha`if yang paling jelek ialah maudhu`

kemudian matruk kemudian munkar kemudian mu`allal kemudian mudraj kemudian

maqlub dan mudhtarib. Begini tertib kedudukannya yang dikemukakan oleh Hafiz Ibn

Hajar.

3.3.3.3 AL-MUNKAR

Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah kesilapan yang jelek atau sering lalai maka

hadisnya itu dinamakan hadis munkar.

Definisinya:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada al-inkar iaitu mengingkari lawan

kepada mengakui.

Dari segi istilah pula ulama memberikan beberapa takrif yang paling masyhur ialah ialah:

Hadis yang terdapat di dalam sanadnya perawi jelek kesilapannya atau sering lalai atau

jelas kefasikannya.

Takrif ini disebutkan oleh Hafiz Ibn Hajar dan beliau menisbahkan kepada orang lain. Al-

Baiquni di dalam nazamnya menggunakan takrif ini:

“Hadis yang diriwayatkan oleh perawi dha`if bercanggah dengan perawi thiqah”.

Page 82: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Inilah takrif yang disebutkan dan diterima oleh Ibn Hajar. Dalam takrif ini ada tambahan

kepada takrif pertama iaitu percanggahan perawi dha`if dengan riwayat perawi thiqah.

Perbezaan di antara munkar dan syazz

Hadis syazz diriwayatkan oleh perawi maqbul dalam keadaan bercanggah dengan

perawi yang lebih utama daripadanya.

Hadis munkar ialah hadis yang diriwayatkan oleh perawi dha`if bercanggah dengan

perawi thiqah.

Dengan ini, kedua-dua takrif ini mempunyai persamaan dari sudut percanggahan dan

berbeza dari segi perawi syazz adalah maqbul manakala perawi munkar adalah dha`if.

Kata Ibn Hajar: “Orang yang telah menyamakan kedua-duanya sesungguhnya dia tidak

memerhati dengan baik”.

Contoh

1. Contoh munkar mengikut takrif pertama, hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i

dan Ibn Majah daripada riwayat Abu Zukair Yahya bin Muhammad bin Qais

daripada Hisyam bin Urwah daripada bapanya daripada Aishah secara marfu`:

“Makanlah buah kurma mengkal (hampir masak) dengan yang kering kerana

apabila anak Adam memakannya maka syaitan akan marah.” Kata al-Nasai`i: “Ini

hadis munkar, Abu Zukair berseorangan meriwayatkannya. Dia seorang syaikh

yang soleh. Muslim mengeluarkan hadisnya pada mutaba`at, cumanya

keseorangannya dalam periwayatan tidak dapat diterima.

2. Contoh munkar mengikut takrif kedua: hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abi

Hatim melalui jalan Hubayyib bin Habib al-Zayyat daripada Abu Ishaq daripada

al-`Aizar bin Huraith daripada Ibn Abbas daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya:

“Sesiapa yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan haji,

berpuasa dan melayani tetamu maka dia akan memasuki syurga.” Kata Abu

Hatim: dia seorang munkar kerana perawi thiqah yang lain meriwayatkan

daripada Abu Ishaq secara mawquf dan inilah yang ma`ruf.

Page 83: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Kedudukannya

Daripada dua takrif di atas, dapat diketahui bahawa munkar termasuk dalam kategori

hadis dha`if jiddan (sangat dha`if) kerana berdasarkan takrif pertama adalah

periwayatan perawi dha`if yang melakukan kesilapan yang jelek atau sering lalai atau

fasiq. Manakala menurut takrif kedua periwayatan dha`if yang menyalahi riwayat perawi

lain yang thiqah. Kedua-duanya mempunyai kedha`ifan yang bersangatan. Oleh kerana

itu, kita telah sebutkan ia berada selepas hadis matruk dari sudut kedha`ifan yang

bersangatan.

3.3.3.4 AL-MA’RUF

Definisi:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada `arafa iaitu mengenali.

Dari segi istilah hadis yang diriwayatkan oleh perawi thiqah yang menyanggahi riwayat

perawi dha`if.

Dengan makna ini, hadis ma`ruf ialah lawan kepada hadis munkar atau dengan

ungkapan yang lebih tepat lawan kepada hadis munkar mengikut definisi Hafiz Ibn

Hajar.

Contohnya

Contoh bagi hadis ma`ruf ialah hadis disebutkan pada contoh yang kedua bahagian

munkar tetapi melalui jalan perawi-perawi thiqah iaitu secara mawquf setakat Ibn Abbas

kerana setelah mengemukakan hadis Hubayyib yang marfu`, Ibn Abi Hatim berkata: “Ia

adalah munkar, kerana perawi-perawi thiqah yang lain meriwayatkan daripada Abu

Ishaq secara mawquf dan itulah yang ma`ruf.

3.3.3.5 AL-MU’ALLAL

Page 84: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah kekeliruan maka hadisnya itu dinamakan

hadis mu`llal. Ini adalah sebab yang keenam..

Definisinya:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada a`alla iaitu mencacatkan atau

menimpakan penyakit. Kata nama mu`all iaitu yang cacat atau ditimpa penyakit. Binaan

perkataan ini mengikut kaedah saraf yang masyhur dan merupakan bahasa yang fasih.

Tetapi sebutan al-mu`allal oleh ulama hadis tidak mengikut bahasa yang masyhur. Ada

juga di kalangan ulama hadis yang menyebutkan sebagai al-ma`lul. Ini ungkapan yang

sangat lemah di sisi ulama bahasa Arab.

Dari segi istilah pula hadis yang kesan mempunyai `illat yang mencacatkan kesahihan

hadis walaupun pada zahirnya kelihatan tidak ada.

Definisi `Illah

Sebab yang sukar lagi tersembunyi yang mencacatkan kesahihan hadis. Berdasarkan

kepada definisi ini, ulama menyimpulkan `illah tersebut mestilah memenuhi dua syarat

iaitu:

1. Sukar dan tersembunyi.

2. Mencacatkan kesahihan hadis.

Jika tidak ada salah satu seperti `illah itu zahir atau tidak mencacatkan maka ia bukan

`illah mengikut istilah ulama hadis.

Penggunaan `illah tidak dengan makna istilah

Takrif yang disebutkan dalam perenggan yang lalu adalah maksud `illah di sisi istilah

ulama hadis. Bagaimanapun, kadang-kadang mereka menggunakan lafaz `illah bagi

menunjukkan sebarang kecaman yang ditujukan kepada hadis walaupun kecaman itu

tidak tersembunyi atau mencacatkan.

Page 85: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Kecaman dengan alasan yang tidak tersembunyi atau nyata seperti menyatakan

pendustaan perawi, kelalaian, lemah hafalannya atau sebab-sebab lain. Sehinggakan

Imam al-Tirmizi menamakan nasakh sebagai `illah.

Kecaman dengan alasan yang tidak mencacatkan seperti alasan percanggahan yang

tidak menggugatkan kesahihan hadis seperti memursalkan hadis yang diriwayatkan

para perawi thiqah secara bersambung-sambung. Berdasarkan kepada ini sesetengah

ulama menyebutkan antara hadis yang sahih ada yang sahih mu`allal.

Keutamaan dan kehalusan ilmu ini dan siapakah yang menguasainya

Mengetahui `illal al-hadith atau kecacatan hadis termasuk dalam bahagian ilmu hadis

yang paling utama dan paling halus kerana memerlukan kepada kajian yang

mendedahkan `illah yang sukar dan tersembunyi yang hanya dikesan oleh tokoh-tokoh

besar dalam ilmu hadis. Bahagian ini hanya dikuasai oleh ahli hadis yang kuat hafalan,

pakar dan mempunyai kefahaman yang tajam. Oleh itu, lautan yang dalam ini hanya

diredahi oleh sebilangan kecil imam hadis seperti Ali Ibn al-Madini, Ahmad, al-Bukhari,

Abu Hatim dan al-Daruqutni.

Sanad manakah yang dimasuki oleh `illah?

`Illah memasuki sanad yang lengkap dengan syarat sahih secara zahir kerana hadis

yang daif tidak perlu untuk mencari `illahnya kerana ini tertolak dan tidak diamalkan.

Bagaimana mengetahui `illah

`Illah dapat dikesan dengan berpandukan kepada:

1. Berseorangan perawi dalam riwayat.

2. Percangahan dengan perawi lain.

3. Tanda-tanda lain di samping dua perkara di atas.

Perkara-pekara ini mengingatkan kepada orang yang mengetahui ilmu ini tentang

kekeliruan yang berlaku kepada perawi hadis sama ada terdedah kemursalan dalam

hadis yang diriwayatkan secara mausul atau mauqufnya hadis yang diriwayatkan secara

Page 86: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

marfu`. Atau sebuah hadis dimasukkan dalam satu hadis lain atau kekeliruan lain yang

membuatkannya hampir yakin lalu menghukumkannya sebagai tidak sahih.

Jalan untuk mengetahui mu`allal

Jalan untuk mengetahuinya ialah dengan menghimpunkan semua jalan sanad hadis dan

mengkaji pada perbezaan para perawi dan membandingkan siapakan yang paling tepat

dan kemas kemudian memberi keputusan kepada riwayat yang terdapat `illah.

Di mana terletak `illah

1. `Illah terletak pada sanad inilah yang paling banyak seperti alasan illah dengan

sebab mauquf atau mursal.

2. `Illah terletak pada matan dan ini paling sedikit seperti hadis yang menafikan

bacaan basmalah di dalam sembahyang.

Adakah `illah pada sanad mencacatkan matan hadis

Kadang-kadang illah mencacatkan pada matan di samping mencacatkan pada sanad

seperti illah dengan alasan mursal.

Mencacatkan pada sanad sahaja manakala matan sahih seperti hadis Ya`la bin `Ubaid

daripada al-Thauri dariapda `Mara bin Dinar daripada Ibn `Umar secara marfu`: “Dua

orang yang melakukan jual beli berhak mendapat khiyar”. Ya`la telah waham dalam

meriwayatkan daripada al-Thauri dalam kata-katanya `Amar bin Dinar sedangkan yang

sebenarnya ialah Abdullah bin Dinar. Matan ini sahih walaupun pada sanad terdapat

illah kesilapan kerana masing-masing `Amar dan Abdullah bin Dinar ialah perawi yang

thiqah. Tersilap menyebutkan perawi thiqah dengan perawi lain tidak menjejaskan

kesahihan matan walaupun lafaz sanad silap.

Karangan yang masyhur tentang hadis mu`allal

1. Kitab al-Illah oleh Ibn al-Madini.

2. `Ilal al-Hadith oleh Ibn Abi Hatim.

3. Al-`Ilal Wa Ma`rifah al-Rijal oleh Ahmad bin Hanbal.

4. Al-`Ilal al-Kabir oleh al-Tirmizi.

5. Al-`Ilal al-Saghir oleh al-Tirmizi.

Page 87: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

6. Al-`Ilal al-Waridah Fi Ahadith al-Nabawiyyah oleh al-Daruqutni. Kitab ini adalah

yang paling lengkap dan paling detail.

Percanggahan dengan perawi-perawi thiqah

Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah percanggahan dengan perawi-perawi thiqah

maka timbul lima kategori hadis yang lain iaitu mudraj, maqlub, mazid fi muttasil al-

asanid, mudhtarib dan musahhaf.

1. Jika percanggahan yang melibatkan perubahan siyaq sanad atau memasukkan

mawquf dalam marfu` maka ia dinamakan mudraj.

2. Jika percanggahan yang melibatkan mendahulukan atau mengkemudiankan

maka ia dinamakan maqlub.

3. Jika percanggahan yang berkait dengan penambahan perawi maka ia

dinamakan mazid fi muttasil al-asanid.

4. Jika percanggahan yang berkait dengan menukar perawi dengan perawi lain

atau wujud pertentangan yang saling menolak pada matan dan tidak dapat

ditarjihkan maka ia dinamakan mudhtarib.

5. Jika percanggahan yang melibatkan perubahan lafaz tetapi konteks ayat tetap

kekal maka ia dinamakan musahhaf.

3.3.3.6 MUDRAJ

Definisinya:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada adraja iaitu memasukkan sesuatu

ke dalam benda lain.

Page 88: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Dari segi istilah pula hadis yang diubah siyaq sanadnya atau dimasukkan ke dalam

matan sesuatu yang lain tanpa pemisah.

Bahagiannya

Mudraj terbahagi kepada dua iaitu mudraj al-Isnad dan mudraj al-Matn.

Mudraj al-Isnad

Definasi ialah hadis yang diubah siyaq sanadnya.

Bentuknya ialah perawi mengemukakan sanad tiba-tiba berlaku sesuatu lalu dia

mengucapkan perkataannya sendiri. Dalam keadaan demikian orang yang mendengar

ucapan tersebut menyangka itu termasuk dalam matan sanad itu lalu dia meriwayatkan

begitu.

Contoh: kisah Thabit bin Musa al-Zahid dalam riwayatnya: “Siapa yang banyak bersolat

malam wajahnya akan berseri-seri di siang hari. Asal ceritanya ialah Thabit bin Musa

datang menemui Syarik bin Abdullah al-Qadhi. Pada ketika itu beliau, membacakan

hadis untuk dicatat. Beliau berkata al-A`masy telah menceritakan kepada kami daripada

Abu Sufyan daripada Jabir katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “…. Kemudian beliau

diam untuk memberi ruang kepada pencatat untuk menulis. Apabila beliau terpandang

Thabit lantas berkata: “Siapa yang banyak bersolat malam wajahnya akan berseri-seri di

siang hari. Beliau memaksudkan dengan kata-kata itu akan Thabit kerana kezuhudan

dan kewarakannya. Tetapi Thabit menyangka itu matan sanad tersebut lalu

menyampaikan riwayat tersebut sebagai hadis.

Mudraj al-Matn

Takrifnya ialah hadis yang dimasukkan ke dalam matannya sesuatu yang lain tanpa

pemisah.

Mudraj al-Matn terbahagi kepada tiga:

1. Tambahan berlaku pada permulaan hadis. Ini tidak banyak berlaku.

2. Tambahan berlaku pada pertengahan hadis. Ini jarang berlaku.

3. Tambahan berlaku pada akhir hadis. Ini yang biasa berlaku.

Page 89: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Contoh tambahan berlaku pada permulaan hadis:

Sebabnya perawi menyebutkan satu ucapan yang berdalilkan kepada hadis itu lalu dia

mengucapkannya tanpa pemisah. Lalu pendengar menyangka keseluruhan itu adalah

hadis. Contohnya ialah riwayat yang dinukilkan daripada al-Khatib daripada Abi Qatan

dan Syababah daripada Syu`bah daripada Muhammad bin Ziyad daripada Abu Hurairah

katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sempurnakan wuduk, neraka Wail bagi tumit yang

tidak dibasahi.” Kata-kata “Sempurnakan wuduk” adalah tambahan daripda ucapan Abu

Hurairah seperti yang dinyatakan dalam riwayat al-Bukhari daripada Adam daripada

Syu`bah daripada Muhammad bin Ziyad daripada Abu Hurairah katanya: “Sempurnakan

wuduk, kerana sesungguh Abu al-Qasim (Rasulullah s.a.w.) bersabda: “Neraka Wail

bagi tumit yang tidak dibasahi.”

Abi Qatan dan Syababah telah keliru dalam riwayatnya dariapda Syu`bah seperti yang

kami telah kemukakan. Hadis ini telah diriwayatkan oleh sekumpulan yang ramai seperti

riwayat Adam.

Contoh tambahan berlaku pada pertengahan hadis.

Hadis `A’ishah berkenaan permulaan wahyu iaitu: “Rasulullah s.a.w. bertahannuth – iaitu

beribadat- beberapa malam di Gua Hira”. Kata-kata “iaitu beribadat” adalah tambahan

daripada al-Zuhri.

Contoh tambahan berlaku pada akhir hadis.

Hadis Abu Hurairah secara marfu`: “Hamba yang dimiliki mempunyai dua ganjaran

pahala, demi yang nyawaku di tangan-Nya kalaulah tidak kerana jihad di jalan Allah, haji

dan berbakti kepada ibuku maka saya suka sekali untuk mati sebagai seorang hamba.”

Kata-katanya: “demi yang nyawaku…hingga akhir” adalah ucapan Abu Hurairah kerana

mustahil itu terbit daripada Rasulullah s.a.w. kerana tidak mungkin baginda bercita-cita

untuk menjadi hamba dan ibunya pula tidak ada untuk baginda berbakti kepadanya.

Faktor-faktor Idraj

Page 90: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Faktor-faktor kepada berlakunya Idraj sangat banyak, yang paling masyhur ialah:

1. Menjelaskan hukum syara`.

2. Menyimpulkan hukum syara` daripada hadis sebelum selesai menyebutkan

hadis.

3. Menjelaskan lafaz yang sukar di dalam hadis.

Bagaimana diketahui Idraj

Idraj dapat diketahui melalui perakara-perkara berikut:

1. Hadis itu datang secara terperinci melalui riwayat yang lain.

2. Penjelasan bahawa berlakunya idraj oleh ulama yang mahir.

3. Pengakuan perawi sendiri bahawa dia telah memasukkan ucapannya.

4. Mustahil sesuatu ucapan itu datang daripada Rasulullah s.a.w.

Hukum Idraj

Ulama hadis dan fiqh serta lain-lain telah sepakat bahawa haram melakukan idraj

kecuali untuk menafsirkan lafaz yang sukar kerana itu tidak dilarang. Oleh kerana itu al-

Zuhri dan imam hadis yang lain ada melakukannya.

Karangan yang terkenal:

1. Al-Fasl Li al-Wasl al-Mudraj Fi al-Naql. Oleh al-Khatib al-Baghdadi.

2. Taqrib al-Manhaj bi Tartib al-Mudraj oleh Ibn Hajr. Kitab ini adalah ringkasan

kepada kitab al-Khatib dengan sedikit tambahan.

3.3.3.7 AL-MAQLUB

Definisinya:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada al-qalb iaitu memusingkan

sesuatu dari mukanya.

Dari segi istilah pula menukarkan lafaz dengan yang lain pada sanad atau pada matan

dengan cara mendahulukan, mengemudiankan atau lain-lain.

Bahagian-bahagiannya

Page 91: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Hadis maqlub terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Maqlub al-Sanad dan Maqlub

al-Matn.

Maqlub al-Sanad:

Penukaran yang berlaku pada sanad. Ia mempunyai dua bentuk:

1. Perawi mendahulukan dan mengemudiankan nama salah seorang perawi dan

nama ayahnya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ka`b bin Murrah lalu

seorang meriwayatkan dengan Murrah bin Ka`b.

2. Perawi menukarkan seseorang dengan seorang yang lain dengan tujuan untuk

menjadikannya gharib seperti hadis yang terkenal daripada Salim lalu dijadikan

daripada Nafi`.

Antara perawi yang sering melakukannya ialah Hammad bin `Amr al-Nasibi. Contohnya

ialah: Hadis yang diriwayatkan oleh Hammad bin `Amr al-Nasibi daripada al-A`masy bin

Abu Salih daripada Abu Hurairah secara marfu`: “Apabila kamu bertemu dengan orang

musyrik di jalanan maka jangan dahulukan mereka dengan ucapan salam.” Hadis ini

maqlub kerana Hammad telah menukarkannya dengan menjadikannya daripada al-

A`masyh. Sebenarnya hadis ini ma`ruf daripada Suhail bin Abu Salih daripada bapanya

daripada Abu Hurairah. Beginilah yang ditakhrijkan oleh Muslim di dalam Sahihnya.

Bentuk penukaran ini menyebabkan perawinya dikenali sebagai pencuri hadis.

Maqlub al-Matn:

Penukaran yang berlaku pada matan. Ia mempunyai dua bentuk:

Perawi mendahulukan dan mengemudiankan sebahagian matan hadis. Contohnya:

Hadis Abu urairah di dalam Sahih Muslim tentang tujuh golongan yang mendapat

teduhan Allah pada hari tiada teduhan selain teduhan-Nya. Lafaz tersebut ialah: “dan

seorang lelaki bersedekah dengan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya

tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kirinya.” Ini adalah penukaran yang

telah dilakukan oleh setengah perawi. Sebenarnya ialah: “Sehingga tangan kirinya tidak

mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.”

Perawi letakkan matan sebuah hadis pada sanad yang lain dan meletakkan sanad hadis

pada matan lain. Tujuannya antara lain ialah untuk menguji. Contohnya sekumpulan

ulama hadis Baghdad telah membalikkan seratus hadis untuk Imam al-Bukhari dan

bertanya kepada beliau sebagai menguji daya ingatannya. Lalu beliau mengembalikan

Page 92: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

kesemua hadis yang telah dibalikkan kepada keadaan asalnya tanpa melakukan sedikit

kesalahan pun.

Sebab-sebab yang mendorong membalikkan hadis.

Bermacam-macam sebab yang mendorong berlaukannya pembalikan pada hadis antara

sebabnya ialah:

1. Bertujuan untuk menjadikan hadis itu gharib lalu orang ramai tertarik untuk

mengambil dan meriwayatkannya. Untuk menguji dan memastikan daya hafalan

seorang ulama hadis dan juga ketepatannya.

2. Berlaku kesilapan yang tidak disengajakan.

Hukum membalikkan hadis

1. Jika membalikkan itu dengan tujuan menjadikannya gharib, tidak syak lagi itu

tidak harus kerana mengubah hadis dan ini kerja pereka-pereka hadis.

2. Jika dengan tujuan untuk menguji maka harus bagi mendapatkan kepastian

ingatan ulama hadis dan sejauh mana keahliannya. Bagaimanapun sebelum

majlis itu berakhir hendaklah dijelaskan manakah sebenarnya yang sahih.

3. Jika berlaku secara tersilap atau lupa maka pelakunya dimaafkan tetapi apabila

sering kali berlaku itu mencacatkan ketepatannya dan menjadikannya perawi

yang dhaif.

Ringkasnya hadis maqlub termasuk dalam kategori hadis dhaif yang ditolak

sebagaimana yang jelas diketahui.

Karangan yang terkenal

Rafi al-irtiyab Fi al-Maqlub Min al-Asma’ Wa al-Alqab karangan al-Khatib al-Baghdadi.

Daripada namanya, yang jelas ialah kitab ini khusus dengan hadis maqlub sanad sahaja

Iaitu kaedah-kaedah yang disimpulkan ulama daripada keseluruhan nash-nash syara`

yang sahih seperti kaedah, ‘pada asalnya seseorang tidak menanggung sebarang

tanggungan.

Page 93: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

3.3.3.8 AL-MAZID FI MUTTASIL AL-ASANID

Definisinya:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada al-ziyadah iaitu menambahkan.

Al-Muttasil antonim bagi al-Munqati` dan al-Asanid jamak bagi Isnad.

Dari segi istilah pula bermaksud penambahan perawi pada pertengahan sanad yang

zahirnya kelihatan bersambung-sambung.

Contohnya:

ما روى ابن البارك قال : حدثنا سفيان عن عبد الرحن بن يزيد حدثن بسر بن عبيد الله قال : سمعت

أبا إدريس قال : سمعت واثلة يقول : سمعت أبا مرثد يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم

« يقول : » ل تجلسوا على القبور

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak, katanya Sufyan telah menceritakan

kepada kami daripada Abdul Rahman bin Yazid katanya Busr bin `Ubaidullah telah

menceritakan kepada kami katanya saya mendengar Abu Idris berkata saya mendengar

Wathilah berkata saya mendengar Abu Marthed berkata saya mendengar Rasulullah

s.a.w. bersabda: “Jangan kamu duduk di atas kubur dan jangan bersembahyang dengan

menghadapnya.”(diriwayatkan oleh Muslim manakala al-Tirmizi meriwayatkan dengan

menambahkan lafaz Abu Idris dan dengan tidak menambahkannya)

Penambahan dalam contoh di atas

Penambahan dalam contoh di atas berlaku pada dua tempat. Tempat pertama pada

lafaz Sufyan dan tempat kedua pada lafaz Abu Idris. Sebab berlakunya penambahan

pada kedua-dua tempat ini adalah waham daripada perawi.

1. Lafaz Sufyan adalah waham daripada perawi sebelum Ibn al-Mubarak kerana

beberapa orang perawi thiqah meriwayatkan hadis ini daripada Ibn al-Mubarak

Page 94: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

daripada Abdul Rahman bin Yazid malah sesetengah mereka jelas menyebutkan

secara jelas pengkhabaran Abdul Rahman bin Yazid kepada Ibn al-Mubarak.

2. Penambahan lafaz Abu Idris itu adalah waham yang berpunca daripada Ibn al-

Mubarak kerana beberapa orang perawi thiqah meriwayatkan hadis ini daripada

Abdul Rahman bin Yazid tanpa menyebutkan Abu Idris. Di antara mereka ada

yang menyebutkan dengan jelas Busr mendengar secara langsung daripada

Wathilah.

Syarat-syarat penolakan penambahan perawi

Dua syarat mesti dipenuhi bagi menolak tambahan itu dan dianggap itu sebagai waham

daripada perawi menambahkannya:

1. Perawi yang tidak menambahkan itu lebih kuat ingatan dan kemas daripada

perawi yang menambahkan.

2. Adanya penjelasan bahawa perawi mendengar sendiri pada tempat tambahan.

Sekiranya kedua-dua syarat ini tidak dipenuhi tambahan dikira sebagai kuat dan

diterima. Sanad yang tidak mempunyai tambahan ini dianggap sebagai munqati`.

Cuma terputus sanad itu secara tersembunyi dan dinamakan sebagai al-Mursal

al-Khafiy.

Kritikan terhadap dakwaan wujudnya penambahan

Dakwaan wujudnya penambahan itu dikritik dengan dua perkara:

1. Jika sanad yang tidak mempunyai tambahan itu dengan lafaz pada tempat ععن

tambahan maka sepatutnya sanad itu dianggap munqati`.

2. Jika dinyatakan dengan jelas perawi itu mendengar sendiri, ada kemungkinan

dia mendengar hadis itu melalui perantaraan seorang perawi kemudian baru dia

mendengar secara langsung.

Kritikan ini boleh dijawab dengan berikut:

1. Kritikan pertama boleh diterima dan masuk akal.

Page 95: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

2. Andaian pada kiritikan kedua itu mungkin terjadi. Bagaimanapun ulama tidak

memutuskan penambahan itu sebagai waham kecuali bila terdapat tanda dan

bukti.

Karangan yang terkenal

Tamyiz al-Mazid Fi Muttasil al-Asanid karangan al-Khatib al-Baghdadi.

3.3.3.9 AL-MUDHTARIB

Definisinya:

Dari segi bahasa ia adalah kata nama pelaku daripada al-Idhtirab iaitu keadaan tidak

tetap dan kucar-kacir. Asalnya daripada idhtarab al-Mauj iaitu laut bergelora apabila

banyak pergerakan dan saling memukul .

Dari segi istilah pula hadis yang diriwayatkan secara berlainan tetapi sama dari segi

kekuatan.

Huraian takrif

Hadis yang diriwayatkan dengan cara yang saling bertentangan sehingga tidak dapat

diselaraskan antara satu sama lain. Kesemua riwayat itu sama kuat dari semua sudut

sehingga tidak dapat ditarjihkan dengan mana-mana sudut pentarjihan.

Syarat kewujudannya

Dengan memerhatikan kepada takrif dan huraiannya, jelas bahawa sesebuah hadis

tidak dinamakan dengan mudhtarib kecuali dengan memenuhi dua syarat berikut:

1. Perbezaan riwayat-riwayat hadis sehingga tidak dapat diselaraskan.

2. Riwayat-riwayat tersebut dari segi kekuatan sehingga tidak dapat ditarjihkan satu

riwayat daripada riwayat yang lain.

Namun apabila salah satu riwayat dapat ditarjihkan atau boleh dijamakkan dengan cara

yang diakui maka sifat tidak tetap atau kegoncangan itu hilang daripada hadis tersebut.

Dalam hal pentarjihan, riwayat yang ditarjihkan itu diamalkan manakala dalam hal

penyelarasan, maka kesemua riwayat yang diselaraskan dapat diamalkan.

Page 96: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Bahagian-bahagiannya:

Berdasarkan kepada tempat berlaku kegoncangan, mudhtarib terbahagi kepada dua,

mudhtarib al-Sanad dan mudhtarib al-Matn.

Mudhtarib al-Sanad

Contohnya,

.حديث أب بكر رضي ال عنه أنه قال يا رسول ال أراك شبت, قال شيبتن هود وأخواتا

Hadis Abu Bakar katanya: “Wahai Rasulullah, saya melihat tuan sudah beruban.

Baginda menjawab: “Surah Hud dan saudara-saudaranya telah menyebabkan saya

beruban.”

Al-Daruqutni berkata: Ini hadis mudhtarib kerana ia hanya diriwayatkan daripada jalan

Abu Ishaq. Lebih kurang terdapat sepuluh cara bagaimana hadis ini diriwayatkan

daripadanya. Ada dari kalangan perawi meriwayatkannya secara mursal, ada secara

mawsul (bersambung-sambung), ada yang menjadikannya musnad Abu Bakar, ada

yang menjadikannya musnad Sa`ad, ada yang menyebutkannya sebagai musnad

`Aishah dan sebagainya. Perawi-perawinya adalah thiqah dan tidak dapat tarjihkan

antara satu sama lain begitu juga tidak dapat diselaraskan.

Mudhtarib al-Matn

Contohnya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi

عن شريك عن أب حزة عن الشعب عن فاطمة ابنة قيس قالت: سألت أو سئل النب صلى العليه وسلم عن الزكاة فقال: "إن ف الال لقا سوى الزكاة"

Daripada Syarik daripada Abu Hamzah daripada al-Sya`bi daripada Fatimah binti Qais

katanya: “Rasulullah s.a.w. telah ditanya tentang zakat. Lalu baginda bersabda:

Sesungguhnya dalam harta itu ada hak selain zakat.

Dan Ibn Majah meriwayatkan sanad ini dengan lafaz:

ليس ف الال حق سوى الزكاة “Tidak ada hak dalam harta selain dari zakat.

Kata al-Iraqi: ini adalah kegoncangan yang tidak dapat ditakwilkan.

Page 97: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Siapakah punca berlakunya kegoncangan

Kadang-kadang kegoncangan berpunca daripada seorang perawi sahaja iaitu dengan

meriwayatkan hadis yang sama dengan pelbagai cara.

Kadang-kadang terjadi kerana kumpulan perawi yang ramai iaitu masing-masing

meriwayatkan dengan cara yang berbeza antara satu sama lain.

Sebab dha`ifnya hadis mudhtarib

Dha`ifnya hadis mudhtarib kerana kegoncangan itu menunjukkan kepada ketidaktepatan

para perawinya.

Kitab yang masyhur

Al-Muqtarib Fi Bayan al-Mudhtarib oleh Hafiz Ibn Hajar.

3.3.3. 10 AL-MUSAHHAF

Definisinya

Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada al-Tashif iaitu kesilapan dalam

catatan. Al-Suhufi iaitu orang yang melakukan kesilapan dalam membaca catatan lalu

mengubah beberapa lafaz kerana salah membaca.

Dari segi istilah pula mengubah perkataan dalam hadis kepada yang bukan diriwayatkan

oleh perawi-perawi thiqah secara lafaz atau makna.

Kepentingan tentang al-Musahhaf

Ia merupakan ilmu yang sangat utama dan halus. Kepentingannya dalam menjelaskan

kesilapan yang dilakukan oleh para perawi. Tugas yang begitu berat ini hanya dapat

dipikul oleh ulama hadis yang bijaksana dan tajam pemikirannya seperti al-Daruqutni.

Pembahagian

Ulama telah membahagikan al-musahhaf kepada tiga pengelasan.

1) Berdasarkan kepada tempat berlaku.

Page 98: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Dilihat kepada tempat berlaku, al-Musahhaf terbahagi kepada dua iaitu:

1. Tashif pada sanad

Hadis Syu`bah daripada al-`Awwam bin Ibn Murajim. Ibn Main telah melakukan tashif

dengan mengatakan “daripada al-`Awwam bin Muzahim.

2. Tashif pada matan.

Contohnya hadis Zaid bin Thabit bahawa Rasulullah s.a.w. berada di dalam masjid. Ibn

Lahi`ah telah melakukan tashif dengan mengatakan Rasulullah s.a.w. telah berbekam di

dalam masjid

2) Berdasarkan kepada punca.

Dilihat kepada puncanya, musahhaf terbahagi kepada dua:

1. Tashif penglihatan. Ini yang sering berlaku.

Tulisan mengelirukan penglihatan pembaca sama ada tulisan yang jelek atau tidak

bertitik.

Contohnya hadis:

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikutinya enam hari

dalam bulan Syawwal…

Abu Bakar al-Suli telah melakukan tashif dengan menyebutkan:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan

sesuatu dalam bulan Syawwal”… beliau telah mentashifkan ستا kepada شيئا

2. Tashif pendengaran

Tashif yang berpunca daripada pendengaran yang tidak jelas atau pendengar berada

jauh dan sebagainya lalu dia terkeliru dengan sesetengah perkataan kerana ia

mempunyai kesamaan timbangan soraf.

Contohnya hadis yang diriwayatkan oleh `Asim al-Ahwal. Sebahagian perawi telah

mentashifkan dengan menyebutkan daripada Wasil al-Ahdab.

3) Berdasarkan kepada lafaz atau makna

Dilihat kepada lafaz dan makna, tashif terbahagi kepada tashif pada lafaz dan tashif pada makna.

1. Tashif pada lafaz

Page 99: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

2. Tashif ini banyak berlaku. Contohnya sama seperti contoh-contoh di atas. Tashif pada makna

Iaitu perawi yang melakukan tashif itu mengekalkan lafaz dengan keadaanya tetapi dia

mentafsirkannya dengan cara dia memahami makna itu tidak mengikut makna yang

asal. Contohnya kata-kata Abu Musa al-`Anazi:”Kami adalah kaum yang mempunyai

kemuliaan. Rasulullah s.a.w. bersembahyang dengan menghadap ke arah kami.” Beliau

maksudkan dengan hadis: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersembahyang dengan

menghadap `anazah (tombak). Beliau telah waham bahawa baginda bersembahyang

menghadap ke kabilah mereka sedangkan `anazah itu ialah tombak yang dipacakkan di

hadapan orang yang bersembahyang.

Pembahagian al-Hafiz Ibn Hajar

al-Hafiz Ibn Hajar telah membahagikan Tashif kepada pembahagian lain denagn

menjadikannya dua bahagian iaitu:

Musahhaf dan Muharraf.

1. Musahhaf: Hadis yang terdapat perubahan yang merujuk kepada titik huruf

dalam keadaan tulisan tetap kekal tidak berubah.

2. Muharraf: Hadis yang terdapat perubahan yang merujuk kepada baris dalam

keadaan tulisan tetap kekal tidak berubah.

Adakah tashif menjejaskan keadilan perawi?

Apabila tashif itu jarang-jarang terbit daripada seorang perawi maka itu tidak

menjejaskan ketepatannya kerana tidak ada orang yang terselamat daripada kesilapan

dan tashif yang sedikit.

Sebaliknya jika sering berlaku maka menjejaskan ketepatannya, menunjukkan kepada

kelemahannya dan dia bukanlah tokoh dalam bidang ini.

Sebab berlakunya tashif yang banyak pada perawi

Kebiasaannya tashif yang banyak berlaku pada perawi kerana dia mengambil hadis

melalui kitab dan catatan tanpa menerima daripada guru-guru. Ulama hadis berkata:

“Janganlah kamu mengambil hadis daripada suhufi” maksudnya jangan kamu

mengambil hadis daripada orang yang mengambilnya melalui catatan.

Page 100: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Kitab-kitab yang masyhur

1. Al-Tashif oleh al-Daruqutni.

2. Islah Khata’ al-Muhaddithin oleh al-Khattabi.

3. Tashifat al-Muhaddithin oleh Abu Hamid al-`Askari.

3.3.3.11 AL-SYAZZ

Definisi:

Dari segi bahasa Syazz ialah kata nama pelaku daripada syazza iaitu berseorangan.

Syazz bermakna seseorang yang bersendirian daripada orang lain.

Dari segi istilah pula: Hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang maqbul dalam keadaan

bercanggah perawi yang lebih utama daripadanya.

Huraian Takrif:

Perawi maqbul ialah perawi adil yang sempurna ketepatannya atau perawi adil yang

kurang ketepatannya. Perawi yang lebih utama daripadanya ialah perawi yang lebih kuat

dan utama kerana mempunyai kelebihan ketepatan atau lebih bilangan atau mempunyai

kelebihan sudut-sudut tarjih yang lain.

Bagaimanapun ulama berbeza pendapat dalam mengemukakan definisi hadis syazz

tetapi inilah takrif yang dipilih Hafiz Ibn Hajar dan beliau mengulas: Inilah yang diakui

berkenaan takrif syazz mengikut istilah.”1[1]

Di mana berlakunya syazz

Sebagaimana syazz berlaku pada sanad begitu juga terdapat pada matan.

Contoh syazz pada sanad ialah:

1[1] Lihat Nukhbah dan syarahnya ms. 37.

Page 101: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ibn Majah melalui jalan Ibn

`Uyainah dari `Amar bin Dinar daripada `Ausajah daripada Ibn Abbas bahawa seorang

lelaki telah meninggal dunia pada zaman Rasulullah s.aw. dalam keadaan tidak

meninggalkan waris kecuali seorang hamba yang dibebaskannya. Ibn Juraih menjadi

mutabi` kepada Ibn `Uyainah dan perawi lain dengan mewasalkannya

(menyambungkannya) tetapi Hammad bin Zaid menyanggahinya dengan meriwayatkan

daripada `Amar bin Dinar daripada `Ausajah tanpa menyebut Ibn Abbas.

Oleh kerana itu, Abu Hatim mengatakan: “Hadis yang mahfuz (terpelihara) ialah hadis

Ibn `Uyainah. Hammad bin Zaid adalah dari kalangan perawi yang adil dan kemas

bagaimanapun Abu Hatim mentarjihkan riwayat perawi yang lebih ramai bilangan.

Contoh syazz pada matan:

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi dari hadis Abdul Wahid bin Ziyad

daripada al-A`masy daripada Abi Soleh daripada Abu Hurairah secara marfu`: “Apabila

salah seorang dari kamu telah sembahyang sunat subuh hendaklah dia berbaring atas

lambung kanannya. Kata al-Baihaqi, Abdul Wahid telah menyanggahi perawi yang ramai

dalam perkara ini. Sebenarnya mereka meriwayatkan hadis itu sebagai perbuatan

Rasulullah bukan ucapannya. Dari kalangan murid al-A`masy, Abdul Wahid telah

berseorangan meriwayatkan dengan lafaz ini.

3.3.3.12 AL-MAHFUZ

Hadis yang berlawanan dengan Syazz ialah Mahfuz iaitu hadis yang diriwayatkan oleh

perawi yang lebih thiqah dalam keadaan bercanggah dengan perawi thiqah. Contohnya

adalah sama dengan contoh bahagian syazz.

Hukum hadis syazz dan mahfuz:

Sebagaimana diketahui syazz adalah hadis yang ditolak manakala hadis mahfuz adalah

hadis maqbul.

3.3.3.13 KETIDAKTAHUAN TENTANG PERAWI

Page 102: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Dari segi bahasa adalah kata dasar bagi jahila tidak tahu atau lawan kepada

mengetahui. Ketidaktahuan tentang perawi bermaksud tidak mengenalinya. Dari segi

istilah pula ialah tidak mengetahui diri perawi atau keadaannya.

Sebab-sebabnya

Ada tiga sebab mengapa perawi tidak dikenali:

1. Banyak pengenalan pada perawi: sama ada nama, kunyah, gelaran, sifat,

kemahiran atau nisbah dan dia dikenali yang satu daripadanya lalu disebut

bukan dengan sebutan yang dia dikenali dengan tujuan-tujuan tertentu. Ini

menyebabkan dia dianggap perawi lain seterusnya menyebabkan ketidaktahuan

tentang keadaannya.

2. Sedikit riwayatnya: dengan itu tidak ramai perawi yang mengambil riwayat

daripadanya boleh jadi seorang sahaja yang meriwayatkan daripadanya.

3. Tidak dijelaskan namanya: disebabkan untuk meringkaskan atau sebagainya.

Perawi yang tidak dijelaskan namanya dipanggil sebagai perawi mubham.

Contoh-contohnya

Banyak sifat pada perawi: Muhammad bin al-Sa’ib bin Bisyr al-Kalbi. Sebahagian perawi

menisbahkannya kepada datuknya dengan mengatakan Muhammad bin Bisyr.

Sebahagiannya pula meletakkan kunyah Abu al-Nadhr, ada yang menyebutkan Abu

Sa`id, Abu Hisyam lalu menyebabkan dia disangka sebagai ramai sedangkan seorang

sahaja.

Sedikit riwayatnya dan sedikit pula perawi daripadanya: Abu al-`Usyara’ al-Darimi

seorang tabi`i, tidak ada yang meriwayatkan daripadanya kecuali Hammad bin Salamah.

Tidak dijelaskan namanya: seperti kata perawi: Si fulan atau syaikh atau seorang lelaki

telah menkhabarkan kepadaku.

Takrif al-Majhul

Page 103: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Iaitu perawi yang tidak dikenali diri dan sifatnya. Maksudnya perawi yang tidak diketahui

siapa sebenarnya atau peribadinya atau peribadinya diketahui tidak diketahui

keperibadiannya iaitu keadilan dan ketepatannya.

Bahagian perawi majhul

Perawi majhul dapat dibahagikan kepada tiga:

Majhul al-`Ain.

Takrifnya: perawi yang disebutkan namanya tetapi tidak ada yang meriwayatkan

daripadanya kecuali seorang sahaja.

Hukum periwayatannya: tidak diterima kecuali bila dinyatakan tentang kethiqahannya.

Bagaimana kethiqahannya dinyatakan: Kethiqahannya dapat dibuktikan dengan salah

satu daripada dua cara ini: dia dinyatakan sebagai thiqah oleh perawi yang bukan

meriwayatkan daripadanya. Atau dinyatakan thiqah oleh perawi yang meriwayatkan

daripadanya dengan syarat dia dari kalangan ulama al-Jarh wa al-ta`dil.

Adakah hadisnya itu mempunyai nama khusus?

Hadisnya itu tidak mempunyai nama khusus tetapi diletakkan di bawah hadis dha`if.

Majhul al-Hal (dinamakan juga al-Mastur)

Definisi: Perawi yang diriwayatkan daripadanya oleh dua orang atau lebih tetapi tidak

ditawsiqkan.

Hukum periwayatannya: tidak diterima mengikut pendapat yang sahih di sisi majoriti

ulama.

Adakah hadisnya itu mempunyai nama khusus?

Hadisnya itu tidak mempunyai nama khusus tetapi diletakkan di bawah hadis dha`if.

3.3.3.14 AL-MUBHAM

Definisi:

Perawi yang tidak dinyatakan dengan jelas namanya di dalam hadis.

Page 104: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

Hukum periwayatannya: tidak diterima sehinggalah perawi yang meriwayatkan

daripadanya menyatakan namanya atau namanya diketahui, melalui jalan yang lain

yang menyebutkan dengan jelas namanya.

Sebab hadisnya ditolak ialah tidak diketahui siapa dirinya kerana orang yang

disamarkan namanya tidak akan diketahui dirinya dan apatah lagi tentang keadilannya

tidak diketahui. Oleh itu periwayatannya tidak diterima.

Adakah diterima periwayatan perawi yang disamarkan dengan lafaz ta`dil? Contohnya

seperti kata seorang perawi yang meriwayatkan daripadanya: “perawi thiqah telah

menceritakan kepada saya”?

Jawapan: mengikut pendapat yang sahih riwayatnya juga tidak diterima kerana boleh

jadi thiqah padanya tetapi tidak di sisi orang lain.

Adakah Hadisnya Itu Mempunyai Nama Khusus?

Jawapan: Ya, hadisnya mempunyai nama khusus iaitu hadis Mubham. Ia adalah hadis

yang terdapat di dalamnya perawi yang tidak dinyatakan namanya. Kata al-Baiquni di

dalam bait-bait syairnya: dan mubham itu di dalamnya perawi yang tidak dinamakan.

Kitab-Kitab Terkenal Yang Membahaskan Sebab-Sebab Jahalah Al-Ruwah.

1. Banyak nama: al-Khatib al-Baghdadi menulis kitab Mudhih Awham al-Jam` Wa

al-Tafriq.

2. Sedikit riwayat perawi: Berkenaan sebab ini ditulis kitab-kitab al-Wuhdan iaitu

kitab yang mengandungi perawi yang seorang sahaja meriwayatkan

daripadanya. Antara kitab ini ialah al-Wuhdan karangan Imam Muslim.

3. Tidak dinayatakan nama perawi: Berkenaan sebab ini ditulis kitab-kitab al-

Mubhamat seperti kitab al-Asma’ al-Mubhamah Fi al-Anba’ al-Muhkamah oleh al-

Khatib al-Baghdadi dan kitab al-Mustafad min Mubhamat al-Matn Wa al-Isnad

oleh Waliyuddin al-Iraqi.

3.3.3.15 AL-BID`AH

Definisi:

Dari segi bahasa adalah kata dasar bagi bada`a iaitu mengadakan seperti juga ibtada`a.

sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab al-Qamus al-Muhit. Dari segi istilah pula

Page 105: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

ialah perkara baru dalam agama setelah ianya disempurnakan atau perkara yang direka

sama ada dalam bentuk hawa nafsu atau amalan setelah Rasulullah s.a.w..

Bahagian-bahagiannya

Bid`ah mukaffirah iaitu bid`ah yang menyebabkan pengamalnya menjadi kafir seperti dia

beri`tiqad dengan sesuatu yang membawa kepada kekufuran. Mengikut pendapat yang

diakui, perawi yang ditolak periwayatannya ialah orang yang mengingkari perkara

mutawatir yang diketahui sebagai kemestian ajaran agama atau beri`tiqad dengan

sebaliknya.

Bid`ah mufassiqah iaitu pengamalnya difasiqkan dengan sebabnya dan ia tidak

membawa kepada kekufuran sama sekali.

Hukum periwayatan ahli bid`ah

Jika dia seorang pengamal bid`ah mukaffirah, periwayatannya ditolak.

Jika dia seorang pengamal bid`ah mufassiqah, menurut pendapat yang sahih riwayatnya

diterima dengan dua syarat:

1. Dia tidak menyeru kepada bid`ahnya.

2. Dia tidak menwarwarkan bid`ahnya.

Adakah hadis ahli bid`ah mempunyai nama khusus?

Hadis ahli bid`ah tidak mempunyai nama khusus kerana hadisnya sebagaimana anda

ketahui termasuk dalam jenis-jenis hadis mardud, tidak boleh diterima kecuali dengan

sebab-sebab yang telah disebutkan.

3.3.3.16 BURUK HAFAZAN

Takrif perawi yang buruk ingatan: Perawi yang aspek betulnya tidak kuat berbanding

dengan aspek kesilapannya.

Bentuk-bentuknya

Ada dua bentuk:

1. Sama buruk hafalan itu ada bersamanya sejak awal kehidupannya lalu

berterusan bersamanya dalam semua keadaannya. Hadisnya dinamakan

sebagai syazz mengikut setengah ulama hadis.

Page 106: Taisir Mustolahul-Hadis - hazarulhishamhazarulhisham.yolasite.com/resources/mustolahul hadis.pdf · Kitab ini merupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari

2. Sama ada buruk hafalan itu berlaku kemudian sama kerana tua, atau hilang

penglihatan atau kitab-kitabnya terbakar. Ini dinamakan al-mukhtalat.

Hukum periwayatannya

Perawi yang sejak dari mula lagi buruk hafalan maka riwayatnya tertolak. Perawi al-

mukhtalat pula, hukum tentang periwayatannya mengikut perincian berikut:

1. Hadis yang disampaikannya sebelum berlaku ikhtilat dan dapat dibezakan maka

hadisnya maqbul.

2. Hadis yang disampaikannya selepas berlaku ikhtilat maka hukumnya mardud.

3. Hadis yang tidak dapat ditentukan sama ada disampaikan sebelum atau selepas

berlaku ikhtilat maka hendaklah ditangguhkan sehingalah jelas kedudukannya.