Taharah ( Bersuci )

download Taharah ( Bersuci )

of 13

Transcript of Taharah ( Bersuci )

  • 8/19/2019 Taharah ( Bersuci )

    1/13

    .: :*~Ha la qa h.Ne t~* :: . L aman Fo rum Fo rum Hal aq ah Ra ud ha h Ha la qa h Ka stu ri Fe qa h I sla m Iba da h Bab 1 : Taharah / Bersuci

    Pages: [1] 2  Ke Bawah

    Author Topik: Bab 1 : Taharah / Bersuci (Read 26740 times)

    Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « on: 31 October, 2007, 03:22:02 PM »alhaudhie

    Posts: 1871

     

    « previous ne

    0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

    1. Definisi :

    i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih

    ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan be rsih daripada na jis atau hadas.

    2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.

    3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.

    4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yangbermaksud :

    " Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya...

    "

    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :

    " Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "

    5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.

    6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan

    mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan

    suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .

    7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta

    mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.

    8. Syarat wajib taharah ialah :

      * Islam

      * Berakal

      * Baligh

      * Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).

      * Tidak lupa

      * Tidak dipaksa

      * Berhenti darah haid dan nifas

      * Ada air atau debu tanah yang suci.

      * Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.

    9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.

    10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah:

     

    ا

     

    طھو

     

    ما

     

    ا م

    َّ

    الس

     

    من

     

    ا ز و

     

    حمته

     

    دي

     

    ین

     

    ا

     

    شر

     

    اح الر

     

    رسل

     

    ذي

    َّ

    ا

     

    وھو

    Maksudnya :

    "Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya

    (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "

    11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air

    bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.

    12. Jelasnya, alat–alat untuk bersuci itu ialah:

      * Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq

    ini terbahagi kepada beberapa bahagian:

      o Air an turun dari ada lan it. Ia terbaha i ke ada ti a iaitu air hu an air sal i an men adi cair dan air

     

    HOMEHOME FORUMFORUM ETIKAETIKA PELBAGAIPELBAGAI DAFTAR MASUKDAFTAR MASUK DAFTAR A HLIDAFTAR A HLI

    PR

  • 8/19/2019 Taharah ( Bersuci )

    2/13

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #1 on: 09 May, 2009, 11:13:08 AM »

    « Last Edit: 04 June, 2009, 10:49:49 AM oleh Munaliza Ismail  »

    Ummi Munaliza

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #2 on: 09 May, 2009, 11:17:15 AM »Ummi Munaliza

     

    embun.

      o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi,

    air sungai dan a ir laut.

      * Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu.

    Firman Allah:

    ال

     

    ا

     

    ب ج

     

    وال

     

    ون

    ُ

    و ق

     

    ما

     

    علموا

     

    ى

    َّ

    ح

     

    ى سكا

     

    م و

     

    الة

    َّ

    الص

     

    وا قر

     

    ال

     

    وا آم

     

    ذين

    َّ

    ا

     

    ھا

    ُّ

     

    ا

    ط ا

    َ

    غ ا

     

    من

     

    منكم

     

    حد

     

    جا

     

    و

     

    سفر

     

    على

     

    و

     

    مرضى

     

    م كن

     

    ن و

     

    وا

    ُ

    لس غ

     

    ى

    َّ

    ح

     

    سبیل

     

    ري عا

    َّن

     

    ديكم و

     

    وجوھكم

     

    فامسحوا

     

    ا

     

    طیب

     

    ا

     

    صعید

     

    موا

    َّ

    یم ف

     

    ما

     

    جدوا

     

    فلم

     

    سا ال

     

    م المس

     

    و

    غفو ا

     

    عفو ا

     

    كان

     

    الَّه

     “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu

    mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub),

    terkecuali sekadar be rlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali

    dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh pe rempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka

    bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha

    Pemaaf lagi Maha Pengampun. ” 

    (Surah Al-Nisa’, 4:43)

    3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya se kira-kira jika

    direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.

    4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.

    Rujukan Kitab :

    1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad b in Daud Al-Fatani2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .

    3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .

    4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.

    http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/home.htm

     Logged

    ISLAM untuk semua

    Bakper: Ustaz cakak ganung pekat.

    Jawak: Pasal ghama dok pahang biler cakap standark.

    JENIS TAHARAH

    Taharah terbahagi kepada 2 bahagian:

    1. Taharah daripada najis

    Najis dari hukum syara' ialah segala benda yang kotor yang mencegah kita dari melakukan solat, tawaf,

    memberi khutbah Juma'at dan sebagainya.

    Akan tetapi, ini tidak bermakna semua benda yang kotor itu adalah najis TETAPI najis adalah kotor.

    2. Taharah daripada hadas

    Hadas pula terbahagi 2, hadas kecil dan hadas besar.

    Berhadas kecil dikatakan sebagai perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan boleh dihilangkan dengan

    sekadar mengambil wuduk.

    Berhadas besar pula mencegah dari melakukan solat dsb dan ianya mewajibkan seseorang itu mandi wajib.

     Logged

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.

    Penal Utama Baitul Muslim

  • 8/19/2019 Taharah ( Bersuci )

    3/13

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #3 on: 09 May, 2009, 11:20:00 AM »Ummi Munaliza

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

    JENIS NAJIS

    Di antara benda-benda yang najis adalah:

    1. Arak dan segala cecair yang memabukkan.

    2. Anjing dan khinzir. Ini termasuk semua binatang yang keluar dari keduanya atau salahs atu dari keduanya.

    3. Bangkai ~ ini adalah bangkai bagi haiwan yang mati tanpa sembelihan yang sah di sisi syara'.

      ~ terdapat 3 jenis bangkai yang bukan najis:

      a. bangkai manusia

      b. bangkai ikan; dan

      c. bangkai belalang

    4. Darah, nanah, air luka, air bisul dan sebagainya.

      ~ darah yang terlalu sedikit yang sukar untuk ditanggal seperti pada tulang adalah dimaafkan.

    Begitu juga benda-benda yang disebut tadi yang terlalu sedikit adalah dimaafkan.

    5. Muntah ~ makanan atau minuman yang sudah sampai ke perut dan keluar semula sekalipun ianya hanya

    berupa air.

    6. Tahi dan air kencing manusia dan semua jenis binatang (samada yang halal atau pun yang haram)

    7. Bahagian pada binatang yang tercerai atau terpotong daripada haiwan itu ketika ia nya masih hidup.

    8. Susu haiwan yang haram dimakan dagingnya; cth: keldai

    9. Air mazi dan wadi

    10. Air liur basi. ~ Ianya adalah haram sekiranya diyakini ia keluar dari perut.

     Logged

    JENIS-JENIS HADAS

    Terbahagi kepada 2 bahagian;

    1. HADAS KECIL

      ~ perkara-perkara yang wujudnya pada anggota wudu'; wajah, dua tangan, kepala dan dua kaki dan

    menjadi tidak sah solat.

      ~ Dinamakan juga sebagai hadas kecil kerana perkara haram yang dilakukan oleh orang berhadas kecil

    adalah sedikit dan

    hanya pada 4 anggota wudu' sahaja..

      ~ Boleh dihilangkan dengan mengambil wudu'

    2. HADAS BESAR 

  • 8/19/2019 Taharah ( Bersuci )

    4/13

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #4 on: 09 May, 2009, 11:43:02 AM »Ummi Munaliza

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

      ~ mengikut syara', apabila wujudnya hadas besar pada seluruh tubuh, ia mencegah sahnya solat dan

    ibadah lainnya.

      ~ Dinamakan sebagai hadas besar kerana banyak perkara haram dilakukanolehorang berhadas besar dan

    ianya

    menyeliputi seluruh anggota

      ~ Berhadas besar ini boleh dihilangkan dengan mandi wajib.

     Logged

    JENIS AIR 

    Air digunakan untuk bersuci. Mensucikandiri kita dari najis dan kotoran. Jenis-jenis air ini boleh dikategorikan

    kepada 4 bahagian,

    mengikut taraf kesucian air tersebut.

    1. Suci lagi menyucikan dikenali sebagai air mutlak. 

    Ia bermaksud air yang belum digunakan untuk membasuh anggota yang wajib pada kali pertama dengan

    sempurna.

      contoh : basuhan pertama pada muka ketika berwuduk, air basuhan itu bukan lagi mutlak tetapi dipanggil

    air musta'mal.

    7 jenis air mutlak adalah : air hujan, air laut (air masin), air sungai (air tawar), air perigi, mata air, air salji

    dan air embun.

    Air ini boleh dibuat bersuci dan meghilangkan najis dan boleh digunakan untuk adat (seperti minum, mandi

    dsb)

    2. Suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan. 

    Hukum air ini sama seperti air mutlak tetapi ianya makruh digunakan.

    8 contoh air dalam kategori ini:

      a) Air yang terlalu panas

      b) Air yang terlalu sejuk

      ~ air (a) & (b) adalah makruh diguakan untuk taharah kerana dikhuatiri ketika menggunakannya cucian

    atau mandian

    akan menjai tidak sempurna atau tidak rata.

      ~ sekiranya sesorang itu berasa dia akan dimudaarati dengan menggunakan air-air tersebut, maka

    haram menggunakannya.

      c) Air atau tanah yang penduduknya dimurkai Allah Taala.

      cth: Air di negeri kaum Luth a.s. dimana mereka telah melakukan perbuatan 'liwat, lalu dibalakanoleh

    Allah Taala.

      d) Air musyammash

      ~ iaitu air yang berjemur atau terjemur pada matahari.

      e) Air Mustakmal

      ~ Air yang telah digunakan untuk bersuci yang wajib.

      f) Air Mutannajis

      ~ Air yang telah bercampur dengan najis.

    3. Suci Tapi Tidak Menyucikan .

    Air yang asalnya adalah air mutlak tetapi telah bercampur dengan benda-benda lain yang suci dan tidak

    dapat dielakkan darinya,

    bahkan bertukar rasa, bau dan warna.

    contoh: air kopi, kuah, air teh dsb

    Hukum air ini adalah suci tapi tidak menyucikan. Boleh digunakan untuk adat seperti memasak, minum, dsb.

     

  • 8/19/2019 Taharah ( Bersuci )

    5/13

    « Last Edit: 04 June, 2009, 10:50:28 AM oleh Munaliza Ismail  »

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #5 on: 04 June, 2009, 10:44:54 AM »Thabit

    Posts: 27

     

    4. Air Mutannajis : Iaitu air yang telah bercampur dengan najis. Terdapat 2 bahagian:

    a) air yang kurang 2 kolah

      ~ apabila bercampur dengan najis yang tidak dimaafkan, ia adalah tidak suci dan tidak menyucikan

    sekalipun tidak berubah bau,

    rasa dan warnanya.

      ~ sekiranya dimasuki najis yang dimaafkan seperti bangkai semut, kala jengking, cicak dan sebagainya

    (ie: binatang yang tidak mengalir darahnya setelah mati), air tersebut tetap suci selama tidak berubah

    warna, bau dan mahupun rasanya.

    b) air yang sampai 2 kolah atau lebih

      ~ Jika dimasuki najis yang tidak dimaafkan, ia masih suci selama ia tidak berubah bau, rasa dan

    warnanya.

    Air ini adalah tidak suci lagi tidak menyucikan.

     

    Logged

    Bab 1 : Taharah / Bersuci

    1. Definisi :

    i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih

    ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan be rsih daripada na jis atau hadas.

    2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.

    3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.

    4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang

    bermaksud :

    " Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya...

    "

    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :

    " Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "

    5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.

    6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan

    mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan

    suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .

    7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta

    mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.

    8. Syarat wajib taharah ialah :

      * Islam

      * Berakal

      * Baligh

      * Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).

      * Tidak lupa

      * Tidak dipaksa

      * Berhenti darah haid dan nifas

      * Ada air atau debu tanah yang suci.  * Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.

    9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.

    10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah:

    Maksudnya :

    "Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya

    (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "

    11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air

    bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.

    12. Jelasnya, alat–alat untuk bersuci itu ialah:

  • 8/19/2019 Taharah ( Bersuci )

    6/13

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #6 on: 29 November, 2009, 09:46:23 AM »Ummi Munaliza

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #7 on: 29 November, 2009, 09:48:24 AM »Ummi Munaliza

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

      * Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq

    ini terbahagi kepada beberapa bahagian:

      o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air

    embun.

      o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi,

    air sungai dan a ir laut.

    * Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu.

    Firman Allah:

     

     “Hai orang-orang yang beriman, jangan lah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu

    mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub),

    terkecuali sekadar be rlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali

    dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh pe rempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka

    bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha

    Pemaaf lagi Maha Pengampun. ” 

    (Surah Al-Nisa’, 4:43)

    3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya se kira-kira jika

    direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.

    4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.

    Rujukan Kitab :

    1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad b in Daud Al-Fatani

    2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .

    3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .

    4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.

     

    Logged

    Ya A llah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok , kecerdikan yang

    tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.

    Apa yang dimaksudkan najis?

    Najis bermaksud kekotoran yang menghalang sahnya sembahyang, yakni; tidak sah sembahyang jika terdapat

    pada pakaian atau badan atau tempat sembahyang. Pada dasarnya, setiap benda yang ada di alam ini adalah

    suci dan tidak najis kecualilah perkara-perkara yang telah dinyatakan oleh Syara’ sebagai najis. Selagi tidak ada

    nas atau dalil Syara’ menjelaskan bahawa sesuatu itu najis, maka ia kekal dengan hukum asalnya iaitu suci dan

    bersih.

     Logged

  • 8/19/2019 Taharah ( Bersuci )

    7/13

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #8 on: 29 November, 2009, 09:54:46 AM »Ummi Munaliza

     

    Apakah benda-benda yang dianggap najis oleh Syarak?

    Menurut Imam Ibnu Rusyd; empat benda disepakati oleh ulamak sebagai najis, iaitu;

    1. Bangkai haiwan darat yang berdarah mengalir

    2. Daging babi

    3. Darah dari haiwan darat jika ia menga lir, yakni banyak.

    4. Air kencing manusia dan tahinya.

    Selain dari empat di atas (seperti; arak, tahi binatang, muntah dan sebagainya lagi) di kalangan ulamak terdapat

    beza pandangan; ada yang menganggapnya najis dan ada yang tidak.[1] Menurut Imam asy-Syaukani; perkara-

    perkara yang ada dalil Syarak menyebutnya sebagai najis ialah;

    1. Tahi dan air kencing manusia

    2. Air liur anjing

    3. Tahi binatang (khusus kepada tahi kuda, baghal dan kaldai sahaja menurut beliau)

    4. Darah haid (lain dari darah ha id (iaitu darah biasa) tidak najis menurut beliau).

    5. Daging babi

    Hanya lima di atas sahaja –menurut Imam Syaukani- yang mempunyai dalil yang jelas dari Syarak tentang

    kenajisannya. Selain darinya adalah khilaf di kalangan ulamak”.[2]

    Adapun dalam mazhab Syafi’ie, ada 13 perkara yang diputuskan sebagai najis berdasarkan ijtihad ulamak-ulamak

    mazhab, iaitu;

    1. Anjing; semua juzuk di badan anjing adalah najis.

    2. Babi; semua juzuk di badan babi adalah najis.

    3. Air kencing; semua jenis air kencing adalah najis sama ada dari manusia a tau ha iwan.4. Tahi; semua jenis tahi adalah najis sama ada tahi manusia atau haiwan.

    5. Air mazi; iaitu cecair nipis berwarna kekuningan yang keluar dari kemaluan ketika naik syahwat.

    6. Air madi; iaitu cecair kental berwarna putih yang keluar dari kemaluan selepas kencing atau selepas keletihan.

    7. Arak dan semua minuman yang memabukkan seperti tuak dan seumpamanya.

    8. Bangkai/mayat; kecuali mayat manusia, bangka i haiwan laut (ikan dan s ebagainya) dan be lalang.

    9. Darah; semua jenis darah adalah najis sama ada darah manusia atau haiwan.

    10. Nanah

    11. Anggota yang terpisah dari haiwan ketika masih hidupnya; kecuali bulu binatang yang halal dimakan seperti

    bulu biri-biri, bulu ayam dan sebagainya.

    12. Susu binatang yang tidak halal dimakan dagingnya.

    13. Muntah

    Rujukan :

    [1] Bidayatul-Mujtahid (1/101).

    [2] Ad-Darari al-Madhiyyah, halaman 18.

    http://ilmudanulamak.com/il/ 

     Logged

    Apakah kaifiyat bersuci dari najis yang ditetapkan oleh Syarak?

  • 8/19/2019 Taharah ( Bersuci )

    8/13

    :

    Anniversary Ke 28

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #9 on: 29 November, 2009, 09:55:44 AM »Ummi Munaliza

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #10 on: 29 November, 2009, 09:57:29 AM »Ummi Munaliza

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #11 on: 29 November, 2009, 10:00:51 AM »Ummi Munaliza

    1. Bersuci dengan menggunakan air

    2. Bersuci dengan air bercampur tanah

    3. Bersuci dengan benda-benda kesat

    4. Bersuci dengan menggosok ke tanah

    Bagaimana caranya bersuci dengan air?

    Menggunakan air adalah cara asal dalam bersuci. Tidak harus be rpaling dari menggunakan a ir dalam bersuci

    kecuali dengan ke izinan dari Syarak. Adapun cara bersuci dengan a ir ialah;

    Pertama; Buang najis terlebih dahulu,

    Kedua; Basuh tempat yang terkena najis itu dengan air hingga hilang sifat-sifatnya iaitu warnanya, baunya dan

    rasanya. Jika sekali basuhan telah dapat menghilangkannya, tidak perlu lagi diulangi basuhan. Jika tidak, wajib

    diulangi lagi basuhan termasuk dengan menggosok-gosoknya atau melakukan seumpamanya. Setelah dibasuh

    berulang kali, namun warna na jis masih tidak tanggal atau baunya masih tidak hilang, ketika itu dimaafkan, yakni

    basuhan dianggap sempurna dan tidak perlu diulangi lagi.

    Dikecualikan jika najis itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur dua tahun dan be lum menikmati

    sebarang makanan kecuali susu ibunya, maka memadai dengan merenjis air hingga meratai kawasan yang

    terkena air kencing itu, kemudian dibiarkan kering. Tidak perlu membasuhnya a tau mengalirkan air ke atasnya.

    Ummu Qais b inti Mihsan –radhiyallahu ‘anha-. Menceritakan; “Beliau membawa seorang bayi lelaki yang belum

    memakan sebarang makanan kepada Rasulullah –sa llallahu ‘alaihi wasallam-, tiba-tiba bayi itu kencing di atas

    pakaian bag inda. Baginda meminta a ir, lalu merenjis pakaiannya dan baginda tidak membasuhnya”. (Riwayat

    Imam al-Bukhari)

     Logged

    Apakah najis yang perlu dibasuh menggunakan air bercampur tanah? Bagaimana caranya?

    Iaitu najis anjing kerana Nab i –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda ; “Apabila bekas kamu dijilat oleh anjing,

    hendaklah kamu membasuhnya tujuh kali; kali pertama dengan tanah” (Riwayat Imam Muslim). Caranya ialah;

    Pertama; Buang najis terlebih dahulu

    Kedua; Basuh tempat yang terkena najis anjing itu dengan air yang bercampur tanah (sekali sahaja).

    Ketiga; Bilas dengan air biasa sebanyak enam kali.

    Oleh kerana cara membasuh najis anjing di atas lebih berat berbanding cara membasuh najis-najis yang lain,

    maka kerana itu najis anjing dinamakan ulamak dengan najis mughallazah (najis berat).

     Logged

    Adakah najis babi juga mesti di basuh dengan air bercampur tanah?

    Ulamak-ulamak berbeza pandangan tentang babi; adakah ia termasuk dalam najis berat (mughalladzah)

    sebagaimana anjing di atas, atau ia hanya terdiri dari najis biasa (seperti arak, air kencing, tahi dan sebagainya)

    yang mencukupi dibasuh dengan air seperti biasa? Ada dua pandangan;

    Pertama; Jumhur ulamak berpandangan; bab i sama sepe rti najis-najis yang lain, iaitu mencukupi dibasuh seperti

    biasa hingga hilang kesan-kesannya. Tidak perlu diulangi basuhan hingga tujuh kali dan tidak perlu menggunakan

    tanah. Mengikut pandangan jumhur ulamak, najis berat hanya satu sahaja iaitu anjing. Dalil mereka ialah sabda

    Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Apabila anjing menjilat bekas salah seseorang dari kamu, cara menyucinya

    ialah dengan ia membasuhnya sebanyak tujuh kali, kali pertamanya dengan tanah” (Riwayat Imam Muslim dariAbu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-). Di dalam hadis ini, Nabi hanya menyebut anjing saha ja, tidak menyebutkan

    najis yang lain termasuk babi.

    Kedua; mengikut mazhab Syafi’ie; babi sama seperti anjing, oleh itu ia mesti dibasuh sebanyak tujuh kali dan

    salah satu basuhan mesti dengan air bercampur tanah. Dalil mereka ialah dengan mengkiaskannya kepada anjing

    kerana babi lebih buruk keadaannya dari anjing di mana pengharaman memakannya adalah sabit dengan nas

    al-Quran, adapun pengharaman memakan anjing hanya sabit dengan ijtihad.

     Logged

  • 8/19/2019 Taharah ( Bersuci )

    9/13

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #12 on: 29 November, 2009, 10:03:23 AM »Ummi Munaliza

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #13 on: 29 November, 2009, 10:04:14 AM »Ummi Munaliza

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #14 on: 29 November, 2009, 10:07:57 AM »Ummi Munaliza

    Adakah harus tanah digantikan dengan sabun atau bahan pencuci lain?

    Bagi masalah ini juga ada perbezaan pandangan di kalangan ulamak;

    Pandangan pertama; tidak harus kerana cucian dengan tanah itu adalah arahan Syarak. Halnya s ama seperti

    tayammum yang diarahkan oleh Syarak menggunakan tanah, maka tidak harus dialihkan kepada yang lain. Arahan

    menggunakan tanah itu bersifat ibadah, oleh itu tidak harus dinilai berdasarkan akal atau logik. Ini adalah

    pandangan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie.

    Pandangan kedua; harus tanah itu digantikan dengan sabun kerana penggunaan sabun lebih berkesan dari tanah

    dalam menghilangkan najis. Nabi menyebutkan tanah dalam hadis tadi bukan bertujuan membataskannya kepada

    tanah, tetapi untuk menegaskan perlunya penyucian najis berat itu dibantu dengan bahan lain di samping air.

    Masalah ini ada persamaannya dengan istinjak di mana selain dengan air, Nabi juga mengharuskan istinjak

    dengan batu. Menurut ulamak; walaupun nabi hanya menyebutkan batu, namun dikiaskan kepadanya bahan-

    bahan lain yang bersifat kesat dan berupaya menanggalkan najis seperti kertas, tisu kesat dan sebagainya. Nabi

    menyebut ba tu bukanlah bertujuan membataskannya kepada batu, tetapi untuk menjelaskan keharusan

    beristinjak dengan batu atau bahan-bahan lain yang mempunyai sifat yang sama. Ini adalah pandangan jumhur

    ulamak mazhab Hanba li.

    Pandangan ketiga; Dalam keadaan te rdapat tanah, wa jiblah basuhan menggunakan tanah dan tidak harus

    berpindah kepada bahan yang lain sama ada sabun atau sebagainya. Jika tidak ada tanah, barulah harus

    menggunakan bahan yang lain menggantikan tanah. Ini adalah pandangan Abu Hamid (salah seorang ulamak

    mazhab Hanbali).

     Logged

    Apakah yang dimaksudkan dengan benda-benda kesat? Bilakah harus bersuci dengannya?

    Benda-benda kesat adalah seperti batu, kertas atau tisu yang kesat, kayu dan sebagainya. Benda-benda kesat

    ini harus digunakan untuk beristinjak iaitu membersihkan najis di kemaluan sete lah kencing atau berak. Telah

    sabit di dalam hadis bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam- menggunakan ba tu untuk be ristinjak. Maka dikiaskan

    kepadanya segala benda yang kesat yang dapat menanggalkan najis dari dua saluran tersebut.

     Logged

    Apa syarat beristinjak dengan benda kesat?

    Paling baik ialah berinstinjak dengan air kerana ia lebih menyucikan. Diharuskan beristinjak dengan benda-benda

    kesat sahaja sekalipun terdapat air, tetapi hendaklah dengan memenuhi syarat-syarat di bawah;

    1. Hendaklah dengan sekurang-kurangnya tiga kali sapuan. Tidak harus kurang dari tiga kali sapuan sekalipun

    telah kelihatan bersih dengan sekali atau dua kali sapuan. Ini kerana tiga kali sapuan itu adalah had minima yang

    ditetapkan Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-. Salman –radh iyallahu ‘anhu- menceritakan; “Nabi menegah kami dari

    beristinjak kurang da ri tiga batu (yakni tiga sapuan batu)” (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan

    Nasai). Jika tiga kali sapuan tidak mencukupi, wajib ditambah dan sunat tambahan itu ganjil (yakni lima, tujuh dan

    sebagainya).

    2. Hendaklah najis tidak melepasi papan punggung atau hasyafah (yakni kepala zakar). Jika najis meleleh

    melepasi kawasan tersebut, wajib istinjak dengan air.

    3. Hendaklah sebelum najis kering. Jika najis telah kering, wajib istinjak dengan air.

    4. Bahan yang digunakan hendaklah bersih dan kering. Sifatnya hendaklah boleh menanggalkan najis, iaitu tidak

    terlalu licin atau terlalu kasar kerana tujuan intinjak ialah untuk menanggalkan najis, maka hendaklah bahan yang

    digunakan boleh memenuhi tujuan tersebut.

    5. Bahan yang digunakan bukan dari makanan manusia atau jin seperti tulang. Sabda Nabi; “Janganlah kamu

    beristinjak dengan tahi binatang, dan juga dengan tulang kerana ia adalah makanan saudara kamu dari kalangan

    in”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)

     Logged

  • 8/19/2019 Taharah ( Bersuci )

    10/13

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #15 on: 29 November, 2009, 10:08:53 AM »Ummi Munaliza

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #16 on: 29 November, 2009, 10:09:53 AM »Ummi Munaliza

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

    Bagaimana yang dikatakan bersuci dengan menggosok ke tanah?

    Iaitu cara bersuci yang disebut oleh Nabi di dalam hadisnya; “Jika seseorang kamu datang ke masjid, hendaklah ia

    menterbalikkan dua sepatunya dan memerhatikannya; jika ia nampak ada najis, hendaklah ia menggosoknya ke

    tanah, kemudian tuna ikan solat dengan memakai sepa tunya itu”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban

    dan al-Hakim dari Abu Said al-Khudri r.a.).

    Berdalilkan hadis ini, sebahagian ulamak –antaranya Imam Abu Hanifah- menegaskan; “Kasut atau sepatu yang

    terkena najis –sama ada kering atau basah- memadai menyucinya dengan menggosoknya ke tanah hingga hilangkesan najis pada kasut tersebut”.

     Logged

    Bagaimana cara menyucikan tanah yang dikenai najis?

    Tanah yang terkena najis, cara menyucinya ialah;

    Pertama; hendaklah dibuang terlebih dahulu najis jika kelihatan.

    Kedua; setelah dibuang najis, curahkan sebaldi air ke atas tanah yang terkena najis itu dan biarkan ia kering. Abu

    Hurairah r.a. telah menceritakan; “Seorang lelaki dari peda laman datang ke masjid Nabi s.a.w.. Tiba-tiba ia bangun

    dan kencing di satu penjuru masjid. Lalu Nabi s.a.w. berkata; “’Curahkan sebaldi air ke atas tempat yang terkenaair kencingnya”. (Riwayat Imam al-Bukhari)

     Logged

    Jika seseorang itu selepas mengerjakan solat, ia ternampak najis di pakaiannya; adakah wajib ia mengulangi

    solatnya?

    Para ulamak berbeza pandangan dalam masalah ini;

    1. Ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie- menegaskan; batal solatnya dan wajib diulangi kerana ia menunaikan so lat

    dalam keadaan tidak memenuhi syarat sahnya iaitu bersuci. Adapun sangkaannya s emasa sedang so lat –bahawa

    ia bersih dari najis-, maka sangkaan itu tidak dikira kerana te lah terbukti salah. Kaedah Fiqh menyebutkan; “Tidak

    diambil kira sangkaan yag telah ternyata salahnya”.

    2. Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; tidak batal so latnya jika najis itu sed ikit. Jika najis itu banyak, batallah

    solat dan wajib diulangi semula.

    3. Ada ulamak berpandangan; tidak batal solatnya secara keseluruhannya sama ada najis itu sedikit atau banyak.

    Mereka be rdalilkan had is dari Abu Sa’id al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Suatu hari kami

    mengerjakan solat bersama Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-. Ditengah solat, Nabi menanggalkan dua kasutnya

    dan meletaknya d i sebelah kirinya. Melihat berbua tan Nabi itu, kami pun turut melakukannya. Selesa i solat, Nabi

    bertanya; “Kenapa kamu semua menanggalkan kasut?”. Kami menjawab; “Kami melihat kamu melakukannya,

    maka kami pun turut melakukannya”. Nabi berkata; “Di tengah solat ta di, Jibril datang kepadaku dan memberitahu

     

  • 8/19/2019 Taharah ( Bersuci )

    11/13

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #17 on: 29 November, 2009, 11:30:43 AM »hitam manis

    Posts: 4

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #18 on: 29 November, 2009, 11:35:04 AM »Ummi Munaliza

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

    Re: Bab 1 : Taharah / Bersuci

    « Jawab #19 on: 29 November, 2009, 01:44:57 PM »Ummi Munaliza

    Posts: 14445

    Anniversary Ke 28

    bahawa di kasutku terdapat najis/kekotoran, maka kerana itulah aku menanggalkannya. Jika seseorang kamu

    datang ke masjid, hendaklah ia menterbalikkan dua kasutnya dan memerhatikannya; jika ia nampak ada najis,

    hendaklah ia menggosoknya ke tanah, kemudian bolehlah ia menunaikan solat dengan memakai kasutnya itu” 

    (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Berkata Imam al-Khattabi; hadis ini menjadi da lil bahawa se siapa

    menunaikan solat sedang di pakaiannya terdapat najis yang tidak diketahuinya, maka solatnya adalah sah dan

    tidak perlu ia mengulanginya”. [3] Selain Imam al-Khattabi, ulamak yang berpandangan serupa ialah Imam Ibnu

    Taimiyyah. Di dalam al-Fataw a al-Kubra, Imam Ibnu Taimiyyah menegaskan; “Sesiapa menunaikan so lat dengan

    ada na jis (di pakainnya) kerana lupa atau tidak tahu, tidak perlu ia ulangi solatnya”.[4]

    Nota Kaki

    [3] Bidayatul-Mujtahid (1/100).

    [4] Al-Fatawa al-Kubra (5/327).

    http://ilmudanulamak.com/il/ 

     Logged

    maknanya nak ikut mana satu? Imam Syafie ke?

    err..kekadang ada juga berlaku..tambah2 iman lemah. (dalam kepala anggapkan tak nampak , jadi tak

    mengapa,:senyum:).

    saya nak tanya, sungguhkah bulu kucing itu najis? (ada terbaca, kalau terpisah dari badan binatang, dikira najis)

    kalu sedikit macam mana? tambahan pulak bulu kucing ni susah nak nampak lebih2 lagi kucing ni suka bergese l

    pada kain. minta pandangan.

     Logged

    Quote from: hitam manis on 29 November, 2009, 11:30:43 AM

    maknanya nak ikut mana satu? Imam Syafie ke?

    err..kekadang ada juga berlaku..tambah2 iman lemah. (dalam kepala anggapkan tak nampak , jadi tak

    mengapa,:senyum:).

    Ikutlah Mazhab Syafie , Majoriti pegangan Umat Islam di Malaysia.

    [box title=ETIKA BERFORUM]

    2.3. Ustaz/Ustazah atau ahli yang menjawab persoalan agama akan memberi jawapan berdasarkan aqidah Ahlu

    Sunnah Wal Jama’ah (Asya’irah dan al Maturidiyyah – Majoriti pegangan Umat Islam di Malaysia) dan Mazhab

    Syafie kecuali sekiranya perlu kepada pandangan dari mazhab lain atau yang berkaitan dengan hukum hakam

    yang berbentuk kontemporari yang tiada disentuh oleh Mazhab Syafie mengikut keperluan.[/box]

     Logged

  • 8/19/2019 Taharah ( Bersuci )

    12/13

    Pages: [1] 2  Ke Atas

    .: :*~Hal aq ah .Ne t~* ::. La man Fo rum Fo rum Hala qa h R audhah Hal aq ah Ka stu ri Fe qa h I sla m Iba da h Bab 1 : Taharah / Bersuci

    Quote from: hitam manis on 29 November, 2009, 11:30:43 AM

    saya nak tanya, sungguhkah bulu kucing itu najis? (ada terbaca, kalau terpisah dari badan binatang, dikira najis)

    kalu sedikit macam mana? tambahan pulak bulu kucing ni susah nak nampak lebih2 lagi kucing ni suka bergesel pada

    kain. minta pandangan.

    Ini jawapannya.

    Quote from: IbnuNafis on 22 September, 2008, 11:01:58 PM

    BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

    Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya

    ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah

     juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab

    Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

      HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG

    Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada

    pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.

    Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah

    kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia

    dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh

    ayat 1/175).

    Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya? Menurut

    Ashhab Asy Syafi’e, apabila o rang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian a tau

    badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula

    hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut.

    Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya.

    Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu

    kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis

    itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota

    badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang

    suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).

    Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka

    perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat

    daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.

    Sumber : Mufti Brunei

     Logged

    « previous next »

    Langkau: =====> Ibadah   go

    Related Topics

      Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir  

    Bersuci Untuk Orang Luka dan Berbalut

    Dimulakan Oleh hakim114 Feqah Islam

    8 Jawapan

    7236 Views

    10 December, 2011, 11:15:56 PM

    oleh ashrafiq

    Pesanan Tentang Bersuci

    Dimulakan Oleh FlaiR Artikel Agama

    2 Jawapan

    1232 Views

    29 August, 2010, 12:47:50 AM

    oleh panglima-garang

    Hukum Samak dengan Menyapu Sabun Taharah Tanah Liat

    Dimulakan Oleh faizila Feqah Islam

    2 Jawapan

    2024 Views

    30 January, 2012, 08:25:12 PM

    oleh Ummi Munaliza

    PRINT

  • 8/19/2019 Taharah ( Bersuci )

    13/13

    Janaan SMF & TinyPortalJanaan SMF & TinyPortal Halaqah.net 2006-201Halaqah.net 2006-201