Tahap_Hubungan_Etnik

7
Tahap Hubungan Etnik: Kajian Di Kalangan Pelajar Yang Mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008, Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Mohd Rizal Bin Mohd Said & Thay Cheow Yin Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar yang mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008 Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidikan ini memfokuskan kepada tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar. Sampel kajian ini melibatkan 146 orang responden yang terdiri daripada pelajar Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008 Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik. Satu set borang soal selidik yang diedarkan kepada responden dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Soal selidik Bahagian A mengandungi 7 soalan tentang maklumat latarbelakang responden. Bahagian B pula mengandungi 30 item yang menggunakan Skala Likert 1 hingga 4. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0  for Windows bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min da n dipersembahkan dalam bentuk  jadual. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar adalah pada tahap sederhana. Jadi usaha yang lebih gigih untuk mempertingkatkan tahap hubungan etnik di kalangan pelajar harus dilakukan dengan beberapa cadangan yang diutarakan di dalam kajian ini. Usaha-usaha ini juga harus disokong oleh semua lapisan masyarakat. Katakunci : tahap hubungan etnik, kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar, kegiatan kokurikulum pelajar Pengenalan Malaysia adalah sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai budaya, bahasa, agama dan etnik. Masyarakat pelbagai budaya ini terdiri daripada lebih 200 suku etnik. Kumpulan etnik terbesar adalah Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Dusun, Banjar dan Bidayuh. Insiden salah faham, ketegangan dan konflik etnik sering digambarkan berlaku di Malaysia (Mansor et al.,2006).  Negara yang dianggap paling maju sekalipun, harus berusaha melakukan penyelidikan dan inovasi untuk terus menjadi lebih maju. Begitu juga negara yang dianggap paling aman juga harus terus berusaha mengekalkan keamanan. Malaysia bukanlah negara yang paling maju mahupun yang paling aman. Kita mempunyai wawasan yang tertentu untuk menjadi negara maju dan banyak tanda menunjukkan bahawa kita akan dapat mencapai sasaran kita tepat pada waktu yang ditetapkan. Kita juga terus berusaha dan cuba mencari jalan bukan saja untuk mengekalkan keamanan yang sedia ada, tetapi mencari penyelesaian kepada isu-isu yang boleh memantapkan keamanan dalam masyarakat Malaysia. Salah satu isu fokus yang sering memberikan cabaran kepada kita ialah isu hubungan etnik (Kamarulzaman,2007).

Transcript of Tahap_Hubungan_Etnik

Page 1: Tahap_Hubungan_Etnik

7/31/2019 Tahap_Hubungan_Etnik

http://slidepdf.com/reader/full/tahaphubunganetnik 1/7

Tahap Hubungan Etnik: Kajian Di Kalangan Pelajar Yang Mengikuti Kursus Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008,

Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Mohd Rizal Bin Mohd Said & Thay Cheow Yin

Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak : Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti tahap hubungan etnik di

kalangan pelajar yang mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (KemahiranHidup), Sesi Pengajian 2007-2008 Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Penyelidikan ini memfokuskan kepada tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi

kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar.Sampel kajian ini melibatkan 146 orang responden yang terdiri daripada pelajar Kursus Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008 Semester 2 Di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik. Satu set borang soal selidik yang diedarkan kepada

responden dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Soal selidik Bahagian A mengandungi 7 soalan tentang maklumat latarbelakang responden. Bahagian B pula

mengandungi 30 item yang menggunakan Skala Likert 1 hingga 4. Dapatan kajian yangdiperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0

 for Windows bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min dan dipersembahkan dalam bentuk 

 jadual. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan

kegiatan kokurikulum pelajar adalah pada tahap sederhana. Jadi usaha yang lebih gigih untuk 

mempertingkatkan tahap hubungan etnik di kalangan pelajar harus dilakukan dengan beberapacadangan yang diutarakan di dalam kajian ini. Usaha-usaha ini juga harus disokong oleh semua

lapisan masyarakat.

Katakunci : tahap hubungan etnik, kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar,

kegiatan kokurikulum pelajar 

Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai budaya, bahasa,

agama dan etnik. Masyarakat pelbagai budaya ini terdiri daripada lebih 200 suku etnik.Kumpulan etnik terbesar adalah Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Dusun, Banjar dan

Bidayuh. Insiden salah faham, ketegangan dan konflik etnik sering digambarkan berlaku di

Malaysia (Mansor et al.,2006). Negara yang dianggap paling maju sekalipun, harus berusaha melakukan penyelidikan

dan inovasi untuk terus menjadi lebih maju. Begitu juga negara yang dianggap paling aman juga

harus terus berusaha mengekalkan keamanan. Malaysia bukanlah negara yang paling majumahupun yang paling aman. Kita mempunyai wawasan yang tertentu untuk menjadi negara maju

dan banyak tanda menunjukkan bahawa kita akan dapat mencapai sasaran kita tepat pada waktu

yang ditetapkan. Kita juga terus berusaha dan cuba mencari jalan bukan saja untuk mengekalkankeamanan yang sedia ada, tetapi mencari penyelesaian kepada isu-isu yang boleh memantapkan

keamanan dalam masyarakat Malaysia. Salah satu isu fokus yang sering memberikan cabaran

kepada kita ialah isu hubungan etnik (Kamarulzaman,2007).

Page 2: Tahap_Hubungan_Etnik

7/31/2019 Tahap_Hubungan_Etnik

http://slidepdf.com/reader/full/tahaphubunganetnik 2/7

Page 3: Tahap_Hubungan_Etnik

7/31/2019 Tahap_Hubungan_Etnik

http://slidepdf.com/reader/full/tahaphubunganetnik 3/7

Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini, penyelidik berharap dapat memberi kebaikan dan manfaatkepada semua pihak yang terlibat. Selain itu juga diharapkan ia meninggalkan kesan positif 

kepada semua pihak. Antara kepentingan kajian yang dikenalpasti ialah:

Pelajar : Kajian ini akan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan mengamalkan

hubungan perkauman yang erat dengan pelajar-pelajar pelbagai etnik. Kesedaran ini pentingkerana pelajar IPTA adalah pemimpin masa depan negara dalam pelbagai bidang. Jadi, jika

hubungan etnik yang erat wujud di peringkat IPTA, sudah tentu ia akan lebih kukuh apabila

mereka berada di tengah masyarakat, setelah meninggalkan kampus kelak. Sebarang masalahketegangan di kalangan kaum akan ditangani.

Pihak Pentadbir Universiti : Kajian ini dapat memberi maklumat dan pengetahuan yang

 berkaitan dengan darjah hubungan etnik di kalangan pelajar-pelajar UTM. Oleh itu, pihak  pentadbir universiti harus mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengeratkan hubungan

antara pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk mewujudkan suasana kampus

yang aman dan harmoni supaya kampus dapat dijadikan tempat pembelajaran mahasiswa yangsesuai.

Pihak Kerajaan : Kajian ini akan dapat menjadikan sumber maklumat kepada pihak kerajaanuntuk sesuatu tindakan susulan yang bersesuaian dengan merancang dan menganjurkan pelbagai

 program yang dapat mempertingkatkan hubungan perkauman di antara pelajar-pelajar IPTA danuntuk merealisasikan hasrat wawasan 2020 supaya menjelang tahun 2020 Malaysia boleh

menjadi negara yang bersatu, dengan masyarakat yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika

yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang,adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur serta mempunyai penguasaan

sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental.

Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah kajian deskriptif. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian tinjauan.Dengan menggunakan instrumen kajian iaitu soal selidik, semua perolehan data akan dianalisis

dan diterangkan secara deskriptif.

Menurut Berg et. al.(1979) kajian deskriptif menerangkan fenomena dengan menganalisisdata deskriptif yang diperolehi daripada soal selidik atau media yang lain.

Semua dapatan akan diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditetapkan dan

ditafsirkan secara kuantitatif. Penganalisisan data kajian akan meliputi perkara seperti latar 

 belakang responden, tahap hubungan etnik di kalangan pelajar SPH dari segi kehidupan seharian,kegiatan pembelajaran dan kegiatan kokurikulum. Kajian ini juga akan menumpukan kepada

kaedah penentuan populasi, sampel, instrumen, prosedur kajian, kajian rintis dan analisis data.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus SPH sesi

 pengajian 2007/2008 semester 2 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai yang berjumlah 487orang. Oleh kerana populasi yang besar, maka pengumpulan data melalui kaedah sampel rawak 

 berlapis.

Menurut pendapat Mohd Najib Abdul Ghafar (2003), setidak-tidak 30% daripada populasi itu sudah dianggap mencukupi bagi saiz sampel. Maka, seramai 146 orang pelajar yang

mengikuti kursus SPH sesi pengajian 2007/2008 semester 2 di UTM menjadi sampel kajian yang

Page 4: Tahap_Hubungan_Etnik

7/31/2019 Tahap_Hubungan_Etnik

http://slidepdf.com/reader/full/tahaphubunganetnik 4/7

digunakan oleh penyelidik. Pemilihan sampel diambil mengikut nisbah etnik yang mengikuti

kursus SPH di UTM iaitu kaum Melayu 84.2%, Cina 6.9%, India 3.4% dan kaum lain 5.5%.

Instrumen Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, dua jenis data diperlukan dalam proses menyempurnakan

kajian ini iaitu data primer dan data sekunder.Pengumpulan Data Primer : Soal Selidik

Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Menurut Mohd Majid

Konting (2004), soal selidik merupakan salah satu alat pengukuran yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan

fakta-fakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya.

Soal selidik selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan selain dari keterangan latarbelakang (Mohd. Najib Abdul Ghafar,2003).

Penyelidik akan membina item-item soalan soal selidik dalam bentuk perilaku praktikal.

Penggunaan soal selidik lebih praktikal dan berkesan untuk populasi yang besar. Pengkajimenggunakan soal selidik dalam kajian ini adalah kerana:

i. 

Penyelidik berpendapat bahawa dengan menggunakan soal selidik, data yang diterimaadalah tepat dan responden dapat memberi maklum balas dengan yakin.

ii.  Dengan menggunakan kaedah ini, ia menjimatkan kos serta masa.iii.  Dengan menggunakan soal selidik ini juga ia dapat menghasilkan item-item yang

 boleh dipercayai.

Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.Bahagian A merupakan maklumat latar belakang responden. Responden perlu menjawab

 beberapa soalan seperti jantina, bangsa, agama, kursus pengajian, aliran sekolah di peringkat

sekolah rendah dulu, tempat tinggal dan pola penempatan responden.Pada bahagian B, item-item yang dikemukakan berkaitan dengan tahap hubungan etnik di

kalangan pelajar kursus SPH yang dilihat dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar. Dalam bahagian ini penyelidik 

menggunakan skala pemeringkatan Likert yang mengandungi 4 nilai skor.

Menurut pendapat Mohd Najib Abdul Ghafar (2003) bahawa kadangkala kita tidak menggunakan skala tanda kecuali atau tidak pasti yang dilambangkan dengan angka 3 bagi

memaksa responden memberikan pendapat setuju atau tidak setuju. Oleh itu, pengkaji

menggunakan skala 4 peringkat sahaja supaya proses pengukuran terhadap tahap hubungan etnik 

yang lebih tepat akan terhasil.Dalam konteks menentukan tahap, maka penyelidik bersetuju dengan pendapat Mohd

 Najib Abdul Ghafar (2003), dimana menurut beliau kadangkala pengkaji menggunakan pelbagai

 pengiraan sendiri dengan menggunakan teori dan formula sendiri yang menghasilkan satu indekstersendiri merujuk kepada objektif kajian. Oleh itu, penyelidik telah mengkategorikan maklum

 balas 4 skala kepada 3 skala. Ia bertujuan mengkelaskan setiap item kepada tahap-tahap tertentu

Pengumpulan Data Sekunder

Bagi mendapatkan maklumat tertentu, data-data sekunder yang sesuai diperlukan untuk 

menyokong huraian tersebut yang diperolehi melalui buku-buku, laporan kajian, laporan

 persidangan, penyelidikan bertulis, artikel dalam surat khabar serta artikel dan laporan dariinternet.

Page 5: Tahap_Hubungan_Etnik

7/31/2019 Tahap_Hubungan_Etnik

http://slidepdf.com/reader/full/tahaphubunganetnik 5/7

Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar dilakukan ke atas sampel, penyelidik terlebih dahulu akanmembuat kajian rintis. Kajian rintis ini dijalankan di kalangan pelajar-pelajar pelbagai kaum di

UTM yang mengambil kursus lain selain kursus SPH.. Seramai 10 sample telah diambil secara

rawak bagi kajian rintis ini. Maka sebanyak 10 set soal selidik telah diedarkan kepada mereka

secara rawak bertujuan untuk mengetahui kebolehpercayaan dan kesahan item-item soalan yangdibina oleh penyelidik.

Setelah selesainya proses kajian rintis, pengkaji melakukan analisis terhadap data untuk 

mengetahui nilai alpha (kebolehpercayaan) item yang dibina. Menurut Mohd Najib AbdulGhafar (2003) kekuatan sesuatu korelasi boleh diklasifikasikan seperti dalam jadual 1 berikut:

Jadual 1 : Klasifikasi kekuatan korelasi

Dalam kajian rintis yang dijalankan, nilai alpha yang diperolehi ialah α = 0.955. Ini bermakna nilai kebolehpercayaan bagi instrumen adalah sangat tinggi dan sesuai untuk 

digunakan bagi kajian ini.

Analisis Data

Jadual 2 : Taburan purata keseluruhan bagi tiga persoalan kajian mengikut min.

Berdasarkan kepada Jadual 2 di atas, dapatlah dirumuskan bahawa tahap hubungan etnik dari ketiga-tiga aspek iaitu dari segi kehidupan seharian pelajar, dari segi kegiatan pembelajaran

 pelajar dan dari segi kegiatan kokurikulum pelajar adalah pada tahap sederhana. Jumlah

keseluruhan min ialah 2.78 juga pada tahap sederhana. Walaubagaimanapun didapati tahaphubungan etnik dari segi kehidupan seharian pelajar adalah paling tinggi dengan minnya 2.95,

Page 6: Tahap_Hubungan_Etnik

7/31/2019 Tahap_Hubungan_Etnik

http://slidepdf.com/reader/full/tahaphubunganetnik 6/7

diikuti dengan tahap hubungan etnik dari segi kegiatan kokurikulum pelajar dengan minnya 2.74

dan tahap hubungan etnik dari segi kegiatan pembelajaran pelajar adalah paling rendah denganminnya 2.66.

Perbincangan

Pengkaji membuat perbincangan berdasarkan kepada 2 bahagian utama daripada borangsoal selidik yang telah diproses, iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A merupakan

 bahagian latar belakang responden yang mengandungi maklumat berkaitan jantina, bangsa,

agama, kursus pengajian, aliran sekolah di peringkat sekolah rendah dulu, tempat tinggal dan pola penempatan responden. Bahagian B pula mengandungi item-item yang berkaitan dengan

tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus SPH yang dilihat dari segi 3 aspek iaitu

kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar.Objektif pertama kajian adalah mengenalpasti tahap hubungan etnik dari segi kehidupan

seharian pelajar. Sebanyak 20 item telah dibina bagi mengetahui tahap hubungan etnik dari segi

kehidupan seharian pelajar. Analisis bahagian ini mendapati sepuluh daripada item tersebut berada di tahap yang tinggi dan sepuluh lagi menunjukkan di tahap sederhana. Keseluruhannya

min ialah 2.95 yang mencatatkan pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa hubungan pelajar pelbagai etnik dari segi kehidupan seharian adalah pada tahap sederhana iaitu pada darjah

yang tidak begitu memuaskan.Menurut Sanusi (1989) lagi, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa peluang-peluang

 berinteraksi yang terdapat di kampus seperti tinggal di tempat yang sama, bersukan, makan di

kantin bersama, perpustakaan, organisasi-organisasi pelajar dan lain-lain kegiatan pelajar lagitidak banyak mendorong pelajar-pelajar tersebut untuk berhubung dan bergaul dengan lebih luas

di kalangan mereka yang merentas garis etnik. Apa yang seringkali berlaku ialah kebanyakan

kegiatan pelajar seperti makan di kantin, ke perpustakaan, bersiar-siar, menonton wayang, berbincang dan juga bersukan dilakukan bersama dengan anggota-anggota dari kumpulan etnik 

yang sama.Hasil kajian juga mendapati bahawa kebanyakan responden lebih suka makan makanan

etnik sendiri. Fakta ini disokong oleh item 5 iaitu seramai 80.1% responden yang menyatakan

demikian. Ini bertepatan dengan hasil kajian Mansor Mohd. Noor (2005) yang telah menyatakan bahawa kebanyakan pengusaha kantin di universiti tidak menyediakan makanan yang menepati

cita rasa etnik pelajar. Keadaan ini menyebabkan pelajar terpaksa memilih tempat lain untuk 

membeli makanan dan hal ini seterusnya mendorong kepada pemisahan pelajar mengikut etnik 

kerana makanan mengikut cita rasa mereka tidak disediakan di tempat yang sama.Manakala melalui dapatan bagi item ke 8, kebanyakan responden iaitu seramai 63%

responden menyatakan bahawa mereka lebih suka makan semeja dengan rakan yang sama

 bangsa dan agama. Ini mungkin disebabkan oleh kebanyakan responden tidak mempunyai kawanyang rapat daripada kumpulan etnik lain, jadi mereka tidak suka makan semeja dengan rakan

yang berlainan bangsa dan agama.

Kebanyakan responden juga menyatakan bahawa mereka lebih suka bersenda gurau danmembincangkan masalah dengan rakan-rakan yang sama keturunan dan agama. Ini dibuktikan

oleh item 17 dan 18. Ia dipersetujui oleh 56.8% dan 75.4% responden. Keadaan ini berlaku

mungkin juga kerana rakan yang sama keturunan dan agama lebih mudah berkomunikasi danlebih memahami di antara satu sama lain.

Hasil kajian juga mendapati bahawa kebanyakan responden iaitu seramai 62.3%

responden mengakui bahawa mereka lebih suka menonton wayang bersama dengan rakan yang

Page 7: Tahap_Hubungan_Etnik

7/31/2019 Tahap_Hubungan_Etnik

http://slidepdf.com/reader/full/tahaphubunganetnik 7/7

sama keturunan dan agama. Ini mungkin juga kerana kebanyakan rakan rapat mereka adalah

terdiri daripada rakan yang sama keturunan dan agama, jadi mereka lebih suka menontonwayang bersama dengan rakan rapat mereka.

Rujukan

Azra (2005). Sekolah Satu Aliran Pupuk Perpaduan. Perak: Portal Komuniti Warga PendidikanDerah Kerian.

Banton,M.(1987). Racial Theories. Cambridge:Cambridge University Press.

Berg, Walter R. dan Gall Meredith Damien (1979).  Education Research: An Introduction. ThirdEdition. New York: Longman,

Chew,Hock Thye (1975).  Masalah Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.Coser dan Rosenberg (1970). Sociological Theory. New York : Mc Millan Publishing Co.Inc.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2002). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.Hughes, M. et.al. (2002). Sociology:The Core. New York:McGraw-Hill.

Jawariah Zaabar (2004). Pembangunan Sahsiah Pelajar: Persepsi Pelajar Kolej Tun FatimahTerhadap Peranan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Fatimah, Universiti

Teknologi Malaysia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.Kamarulzaman Askandar (2007). Perpaduan dan Perdamaian Etnik . Pulau Pinang:Universiti

Sains Malaysia.

 Ng, Chan Heng (1984). Majlis Perundingan Kaum Patut Ditubuhkan Di Universiti. Dalam.Ahmad Fawzi Basri, Abdul Halim Ahmad dan Abdul Rahman Aziz. Isu- Isu Perpaduan

 Nasional. Kedah: Sekolah Pengajian Asasi Universiti Utara Malaysia. 203-208.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.Rais Yatim (2006). Unsur-Unsur Dan Cabaran Perpaduan Ke Arah Membina Negara Bangsa

 Malaysia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.Schermerhon, K.A. (1970). Comparative Ethnic Relations; A Frame For Theory and Research.

 New York: Random House

Scupin, R. (2003). Race and Ethnicity. New Jersey: Prentice Hall.Ting, Chew Peh (1987).  Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Penghantar . Kuala Lumpur: Pustaka

Dimensi.

Wan Halim Othman (1982), Perhubungan Kaum dan Perpaduan Negara. Dalam. Zuraina Majid.

 Masyarakat Malaysia: Tinjauan dan Perbincangan Terhadap Beberapa Isu Dan Topik 

Semasa. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Yinger, J. M. (1994).  Ethnicity: source of strength? Sunny Series in Ethnicity and Race in

 American Life. New York: State University of New York.Zaid Ahmad, et al. (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.