t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

download t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

of 29

Transcript of t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    1/29

    PGA 101: Kuliah 3Teori Kognitif

    i. Model pemprosesan Maklumat ii Ingatan sensori

    iii Ingatan jangka Pendek iv Ingatan Jangka Panjang v Strategi-strategi meningkatkan ingatan

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    2/29

    Model Pemprosesan Maklumat ('TheInformation Processing Model')bermula dengan menggunakan sistemkomputer sebagai analogi.

    Bagaimana pun disedari bahawapenggunaan sistem komputer sebagaianalogi cara manusia memproses,menyimpan dan mengingat kembalimaklumat adalah tidak sesuai kerana

    ia mempermudahkan cara manusiabertindak. Kita ketahui bahawa cara manusia

    memproses maklumat adalah lebihkomplek berbanding dengan

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    3/29

    Prinsip-Prinsip UtamaModel Pemprosesan Maklumat

    1) Andaian kapasiti terhad dan sekatankepada pengaliran maklumat

    2) Pengaliran maklumat dua hala

    3) Kawalan eksekutif yang mengawal danmenentukan pengekodan, penyimpanan,

    mengingat kembali dan lupaan.

    4) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat

    1) Andaian kapasiti terhad dan sekatankepada pengaliran maklumat

    2) Pengaliran maklumat dua hala

    3) Kawalan eksekutif yang mengawal danmenentukan pengekodan, penyimpanan,

    mengingat kembali dan lupaan.

    4) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    4/29

    Model PemprosesanMaklumat

    Model ini melibatkan aktiviti mentalyang berkait dengan menerimamaklumat dan mengeluarkannya

    semula. Proses maklumat sepertiberikut: Ingatan deria Ingatan jangka pendek Ingatan jangka panjang, jenis &

    perbezaannya Ingatan episodik Ingatan semantik Ingatan prosedural

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    5/29

    dalam Model PemprosesanMaklumat

    1) Pengekodan ('Encoding')

    Proses yang menentukan cara maklumat didekod dandiletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek daningatan jangka panjang.

    2) Penyimpanan ('Storage')

    Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalamketiga-tiga stor memori.

    3) Mengingat Kembali ('Retrieval')

    Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripadaingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

    4) Lupaan ('forgetting')

    Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingatkembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    6/29

    Perakam Deria ('SensoryRegister')

    Maklumat diterima melalui perkam deria visual,perkam deria auditori, perakam deria hiduan,perkam deria rasa dan perkam deria sentuhan.Sperling (1960) dalam kajian memutusan bahawatempoh ('duration') perakam deria ialah 1/4 hingga 1saat (iaitu 250 miliseconds - 1000 miliseconds).Contoh: apabila kita melihat 'flash' kamera ketikamengambil gambar, imej kekal sekejap. Kapasitiperkam deria adalah besar dan tidak terhad.

    Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlakuapabila kita memberi perhatian kepada bahagianmaklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih ('selective attention').Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenalpasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dandipindah ke ingatan jangka pendek.

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    7/29

    Ingatan Jangka Pendek('Short Term Memory')

    Stor memori ini juga dikenali sebagai'Ingatan Kerja' ('Working Memory').

    Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidakdiulang. Contoh: kawan kamu berikan nombortelefon dan sementara mencari kertasuntuk menulisnya kamu mengulangnombor itu supaya tidak lupa. Proses inidipanggil Ulangan Berkekalan('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidakulang nombor itu, ia akan hilang dalammasa 10-20 saat.

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    8/29

    Kapasiti ingatan jangka pendek menurutMiller (1956) ialah 7 + 2 (7 campur-tolak2) 'chunks' dan kemudian dicadangkanoleh Simon (1974) sebagai 5 + 2 (5campur-tolak 2) 'chunks'.

    Sesuatu 'chunk' tidak mempunyai unittertentu dan boleh merupakan satu huruf /angka, satu perkataan, satu ayat ataupun satu perenggan, tertakluk kepadakebolehan seseorang menyimpan butirmaklumat dan oleh itu berbeza antaraindividu. Kita mencari maklumat daripadaingatan jangka pendek secara 'scanning'bersiri (satu demi satu) atau 'scanning'

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    9/29

    Ingatan Jangka Panjang('Long Term Memory')

    Ingatan Jangka Panjang masih menjaditumpuan kebanyakkan kajian menyiasatcara maklumat dienkod, disimpan, diingatkembali dan lupa.

    Ahli-ahli psikologi seperti Freudmencadangkan bahawa segalapengalaman kita sejak dilahir disimpan

    dalam ingatan jangka panjang. Ini jelassekali apabila kita masih boleh mengingatapa yang berlaku pada hari pertamasekolah. Ini bermakna maklumat tidakhilang tetapi sukar diingat kembali .

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    10/29

    Pengekodan Malumat dalamIngatan Jangka Panjang

    ( Encoding Information in Long Term

    Memory ) Apakah yang dimaksudkan dengan

    'pengekodan'? Pengenkodan ialah caramaklumat dikenal pasti, didekod dandiletakkan dalam memori.

    Mula-mula maklumat di kenal pasti dankemudian didekod. Bila kamu telah kenalpasti perkataan 'rumah'; bagaimanakah iadidekod. Adakah kamu dekodnya sebagai'r_u_m_a_h' ? Ini mungkin dilakukan olehindividu yang tidak tahu Bahasa Melayu?.Bagaimanakah orang yang tahu BahasaMelayu, mengekod perkataan 'rumah'?.

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    11/29

    Pelbagai eksperimen telah dijalankan untukmengkaji bagaimana manusia mengekodmaklumat yang diterima. Salah satu sebablupaan berlaku ialah kerana maklumat itu tidakdienkod dengan baik atau berkesan. Walau punmaklumat itu berada diingatan jangka pendek,selagi kita tidak melakukan sesuatu sepertipengulangan elaborasi ('elaborative rehearsal'),maklumat itu tidak akan dipindahkan ke ingatan

    jangka panjang.

    Kajian-kajian menunjukkan bahawa individu yangmengekod maklumat pada peringkat MAKSUD

    ('meaning level') berjaya memindahkanmaklumat itu ke ingatan jangka panjang denganlebih berkesan dan seterusnya membantu proses

    mengingat kembali maklumat berkenaan. Initerbukti dengan eksperimen yang dijalankan oleh

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    12/29

    Teori Peringkat Pemprosesan

    (Levels of Processing Theory ) Craik & Lockhart (1972) mengkaji 3 kumpulan pelajar yang

    diberikan satu senarai perkataan. Semasa mereka belajar:

    - Kumpulan 1 diminta menentukan perkataan-perkataan yangbermula dengan huruf besar. m.s. 'House, telephone, Car'

    - Kumpulan 2 diminta memberi 'rhyme' bagi perkataan yangdisenaraikan. m.s. 'house - mouse,

    car - bar'. -Kumpulan 3 diminta mengaitkan setiap perkataan dengan suatu

    peristiwa yang telah dialami.

    Kumpulan manakah berjaya mengingat lebih banyak perkataan? Jawapannya ialah Kumpulan 3. MENGAPA?

    Menurut Craik & Lockhart, ini ialah kerana pelajar dalamKumpulan 3 telah memberi 'maksud' yang mendalam kepadaperkataan semasa mereka mengenkod perkataan-perkataanberkenaan. Lebih mendalam maklumat dienkod ('deepprocessing'), lebih berkesan proses mengingat kembali maklumatberkenaan. Teori yang diutarakan dipanggil TEORI PERINGKATPEMPROSESAN ("Levels of Processing Theory").

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    13/29

    Selain mengekod maklumat dengan

    memberi MAKNA atau MAKSUD , samapenting ialah individu mengekod denganmemberi kiu-kiu yang sesuai.

    Sama ada sesuatu butir maklumat dapatdiingat kembali tertakluk kepada

    bagaimana butir maklumat itu disimpan;iaitu sejauh manakah kiu-kiu itu sesuai.

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    14/29

    Prinsip PengkhususanPengekodan

    (Encoding Specificity Principle )

    Tulving & Thompson (1973) menunjukkan 2kumpulan pelajar senarai pasanganperkataan yang terdiri daripada satuperkataan sasaran ('target word') dan satuperkataan kiu ('cue word').

    Kumpulan 1: diberikan perkataan sasaran('malam') dan perkataan kiu yang kuat (spt.'siang').

    Kumpulan 2: diberikan perkataan sasaran

    ('malam') dan perkataan kiu yang lemah(spt. 'kelmarin').

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    15/29

    a) Apakah perbezaan antara Ingatan Jangka Pendek dan Ingatan JangkaPanjang?

    b) Berikan contoh-contohpengekodan, penyimpanan,lupaan & mengingat kembali dalamkehidupan

    seharian.

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    16/29

    Lupaandalam Ingatan Panjang ('Forgetting')

    Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatubutir maklumat dengan tepat. Tiga teori diutarakanbagi menerangkan lupaan.

    1) Teori Reputan ('Decay Theory')

    Maklumat menjadi pudar atau reput disebabkanoleh masa.

    2) Teori Ingat Kembali ('Retrieval Theory')

    Maklumat itu ada terdapat tetapi tidak dapatdicari kerana kiu

    ('cue') yang sesuai tidak ada untuk mengeluarkan maklumat

    itu.

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    17/29

    Teori Gangguan ('Interference Theory')

    Maklumat lain menggangu maklumat yang hendak diingat

    a) Gangguan Proaktif ('Proactive Interference')

    Kumpulan Belajar Belajar Ujian

    A X-Y X-Z X-Z

    B --- X-Z X-Z

    Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat daripada

    Kumpulan A kerana maklumat lama (X-Y) menggangu

    mengingat kembali maklumat baru (X-Z)

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    18/29

    b) Gangguan Retroaktif ('Retroaktif Interference')

    Kumpulan Belajar BelajarUjian

    A X-Y X-ZX-Y

    B X-Y ----X-Y

    Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat daripada Kumpulan A keranamaklumat baru X-Z men an u men in at

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    19/29

    Penyimpanan (atau 'Perwakilan') Pengetahuandalam Ingatan Jangka Panjang ( Storage or 'Representation' of Knowledge in Long TermMemory )

    Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalamingatan jangka panjang boleh merupakanpengalaman beberapa minit yang lampau ataupengalaman berpuluh tahun yang lampau

    (seperti memori kita semasa kita kanak-kanaklagi). Berdasarkan apa diketahui pada masa kini,maklumat disimpan dalam Ingatan JangkaPanjang terbahagi kepada 3 bentuk utama:

    1 ) Pengetahuan Deklaratif

    a) Memori Semantik

    b) Memori Episodik.

    2) Pengetahuan Prosedural

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    20/29

    Pengetahuan Deklaratif

    ialah semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep,prinsip, teori, hukum yang dipanggil Memori Semantik, manakalasegala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita dipanggilMemori Episodik.

    Contoh:

    Ciri-ciri iklim monsun tropika -- memori semantik

    Saya terjatuh semalam -- memori episodik

    Collins & Quillian (1969) mencadangkan Model TLC yangmenerangkan bagaimana manusia menyimpan atau mewakilimaklumat dalam ingatan jangka panjang. Model inimencadangkan bahawa kita menyimpan maklumat sebagai suatuhiraki yang berjaringan ('network hierarchy structure'). Maklumatyang disimpan berdekatan lebih cepat diingat kembali berbandingdengan maklumat yang terletak jauh.

    Respons kepada pertanyaan "Are canaries yellow?" lebih cepatberbanding dengan pertanyaan "Do canaries have skin?". Ini ialahkerana maklumat "yellow" terletak dekat dengan "canaries"manakala maklumat "skin" terletak jauh bersama dengan ciri-ciri"animals"

    http://g/pga101/Semantic%20Memory.dochttp://g/pga101/Semantic%20Memory.dochttp://g/pga101/Semantic%20Memory.doc
  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    21/29

    Pengetahuan Prosedural ialah semua maklumat berkenaan cara,

    kaedah atau prosedur melakukan sesuatu.Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yangterbakar.

    Imageri

    ialah perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai sesuatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangantingkap di rumah kamu? Secara tidak langsung kamu akan cuba membayangkandiri kamu sedang berjalan dari satulokasi ke satu lokasi l lain sambil mengirabilangan tingkap. Ini bermakna kitamempunyai imej mental ('mental image')

    keadaan di rumah kita yang disimpandalam ingatan jangka panjang.

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    22/29

    Mengingat Kembali Maklumat Daripada Ingatan JangkaPanjang ( Retrieval of Information from Long Term

    Memory ) Apabila kita cuba mengingat kembali

    maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang, beberapa perkara berlakuseperti:

    -- kita menambahkan maklumat,

    -- kita tinggalkan maklumat.

    Apakah yang menyebabkan kita berbuatdemikian? Terdapt 3 fenomena yangmendorong kita berbuat demikian.

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    23/29

    1) Inferen

    Baca ayat ini "Untuk membaiki kerusi yangpatah itu, Chong mengetuk paku dengankuat".

    Jika ditanya apakah Chong buat, ramai akan

    menjawab dia menggunakan tukul atau'hammer' untuk memukuk paku. Manakaladalam ayat itu tidak disebut alat yangdigunakan. Mungkin Chong menggunakankayu, batu atau pun kasutnya untuk memukul paku itu.

    Secara tidak langsung kita telah bertambahmaklumat apabila kita mengingat kembalidaripada ingatan jangka panjang. Denganperkataan lain, kita telah membuat inferen.

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    24/29

    Dalam satu eksperimen, subjek menonton satu filem berkenaansuatu kemalangan jalanraya antara dua buah kereta. Kemudiansubjek disoal tentang apa yang mereka telah menyaksikan.

    Kumpulan 1: "How fast were the cars going when they

    hit each other?

    Kumpulan 2: "How fast were the cars going when theysmashed each other?

    Seminggu kemudian, kedua-dua kumpulan ditanya sama adaterdapat cermin pecah di tapak kemalangan.

    Sebilangan ramai subjek dalam Kumpulan 2 menjawab adaterdapt cermin pecah walau pun dalan filem yang merekamenonton tidak menunjukkan cermin pecah. MENGAPA?

    Jawapan: Subjek telah membuat inferen bahawa perkataan'smashed' (pelanggaran yang kuat) mencadangkan kaitan dengancermin pecah.

    Implikasi fenomenon ini dalam kehidupan seharian: Bayangkanapa akan terjadi jika kita membuat inferen terhadap maklumatketika kita menceritakan sesuatu peristiwa sebagai saksi dalam

    mahkamah.

    )

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    25/29

    2) Stereotaip Stereotaip ialah butir maklumat / pengetahuan berkenaan ciri-ciri

    personaliti atau atribut fizikal yang kita andaikan sebagai benarbagi suatu kumpulan orang. Apabila kit aberjumpa dengan

    seseorang kita memutuskan orang itu adalah seorang ?????berdasarkan stereotaip yang kita pegang walau pun kita tidak tahu apa-apa pun berkenaannya .

    Contoh: "Rohani seorang peguam terkenal berumur 40 tahun

    belum bekahwin ".

    Senarai stereotaip yang kamu kemukakan dalam kelas:

    - Dia seorang yang terlalu memilih!

    - Dia terkenal dan lelaki takut mendekatinya!

    - Dia anti-lelaki! - Dia adalah lesbian!

    - Dia mementingkan kariernya!

    Semua pernyataan-pernaytaan ini wujud beradasarkan stereotaipkita berkenaan 'wanita yang tidak kahwin'. Stereotaip yangdisimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan oleh kita untuk menerangkan / menjelaskan / memerihalkan berkenaan sesuatu

    3) Sk

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    26/29

    3) Skema Skema ialah struktur kognitif dalam ingatan jangka panjang yang

    merupakan perwakilan abstrak mengenai sesuatu objek, perkaraatau peristiwa yang kita telah mengalami dalam dunia sebenar.m.s. kamu mungkin mempunyai skema tentang apa yangdisajikan di restoran McDonald. Tentu kamu tidak minta nasikandar atau mee siam di restoran McDonald!

    Bartlett (1932) dalam kajiannya minta sekumpulan pelajaruniversiti mendengar cerita mengenai sepuak orang asli. Selepassejam subjek diminta menulis semula apa yang mereka telahmendengar. Dia dapati:

    a) subjek menambahkan maklumat. m.s. orang asli membawaanak panah (dalam cerita tidak disebut tentang orang aslimemiliki anah panah); kerana ingin menyesuaikan dengan apayang didengar dengan skema yang perolehi berkenaan orang asli;mungkin apa yang telah dilihat dalam gambar-gambar atau filem.

    b) subjek meninggalkan sesetengah maklumat kerana subjektidak memiliki skema yang sesuai berkaitan dengan apa yangtelah didengar.

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    27/29

    Str ategi-strategi meningkat ingatan

    http://f/pga101/promoting%20information%20processing%20in%20the%20classroom.dochttp://f/pga101/promoting%20information%20processing%20in%20the%20classroom.dochttp://f/pga101/promoting%20information%20processing%20in%20the%20classroom.dochttp://f/pga101/promoting%20information%20processing%20in%20the%20classroom.doc
  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    28/29

  • 8/14/2019 t=1202762688-2021583-PGA-101-kuliah-3ppt (1)

    29/29