T1 Konsep Negara Bangsa

download T1 Konsep Negara Bangsa

of 17

description

T1 Konsep Negara Bangsa

Transcript of T1 Konsep Negara Bangsa

Konsep Negara Bangsa

Konsep Negara BangsaKomponen-komponenKomponen Negara BangsaPada kebiasaannya negara bangsa merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu:NegaraIndividuBangsa NegaraNegara secara mudahnya boleh dirujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia. Negara atau state adalah suatu unit politik yang mempunyai kedaulatan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri.

Sains politik mendefinisikan perkataan negara sebagai sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap berada di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar Sebuah negara menurut undang-undang antarabangsa haruslah mempunyai elemen- elemen berikut:Penduduk (Rakyat atau Populasi)Wilayah (Sempadan)KerajaanKedaulatan

Penduduk (Rakyat atau Populasi)

Setiap negara wujud apabila rakyat ataupun penduduk yang mengakui dan mengiktiraf bumi yang dipijak ataupun wilayah yang didiami itu sebagai tanah leluhurya. Adalah jelas bahawa rakyat atau penduduklah yang membina sesebuah negara. Kerajaan Melayu tradisional dibentuk oleh rakyatnya yang membuka sesebuah kawasan dan pengiktirafan bagi kekuasaan kerajaan adalah berlandaskan sejauh mana rakyat mengiktiraf kekuasaan kerajaan tersebut. Tanpa penduduk atau rakyat, sebuah negara tidak akan dapat dibina.

Wilayah (Sempadan)

Wilayah adalah merupakan suatu kemestian bagi pembentukan sesebuah negara. Wilayah sering dirujuk sebagai tanah leluhur ataupun tanah tumpah darah ataupun tempat kelahiran dan berkembangnya sesebuah bangsa. Wilayah menjadi petunjuk kepada pemilikan kawasan, sumber-sumber semula jadi dan hak oleh sesebuah bangsa. Pembentukan wilayah selalunya berlandaskan kepada keadaan geografi dan sudah menjadi amalan, penentuan sempadan kekuasaan sesebuah negara itu dibuat berasaskan keadaan alam seperti bukit bukau, gunung ganang, sungai, lembah ataupun laut Keluasan wilayah tidak menjadi persoalan penting. Yang paling utama ialah kawasan itu mestilah mewujudkan sebuah negaraKerajaan

Negara secara umumnya sering kali dikenali juga sebagai kerajaan. Kerajaan adalah lambang kehidupan kelompok manusia dalam keadaan yang teratur dan tersusun serta bersistem. Ia merupakan lambang ketamadunan kelompok manusia tersebut. Tanpa kerajaan, kehidupan sesebuah bangsa akan menjadi sukar disebabkan perpecahan dan perebutan kuasa. Ini berlaku kerana tiada kawalan daripada pihak yang mempunyai kekuasaan ataupun kerajaan. Ia juga boleh mengakibatkan penindasan daripada bangsa lain dan sekali gus tidak dapat wujud sebagai sebuah negara yang baikKedaulatan

Kewujudan sesebuah negara akan menjadi sia-sia tanpa pengiktirafan negara-negara lain di sekelilingnya ataupun pihak antarabangsa. Tanpa pengiktirafan kepada kedaulatan sesebuah negara mungkin sahaja ia dicerobohi dan penduduknya ditindas tanpa ada pembelaan. Menerusi kedaulatan kewujudan bangsa dan wilayah serta sempadannya akan dihormati. Ia memudahkan kerjasama politik, ekonomi dan sosial yang boleh membawa kemajuan kepada negara. Kebiasaannya kedaulatan di sesebuah negara atau badan pemerintah dipelihara oleh rakyat dalam negara tersebut (K. Ramanathan, 1992).

IndividuSecara umumnya individu adalah manusia. Pembinaan negara bangsa tidak akan tercipta dan sempurna tanpa kewujudan individu. Individu adalah tenaga penggerak kepada terbinanya bangsa dan seterusnya negara. Inilah yang dimaksudkan akan kepentingan kepada wujudnya individu dalam proses pembinaan negara bangsaIndividu secara bersendirian tidak mungkin membina negara tetapi hubungan sesama individu akan menggerakkan individu lain dan seterusnya membentuk kumpulan yang berkongsi ciri- ciri persamaan dan kepentingan. Kumpulan ataupun kelompok ini kemudiannya akan membentuk bangsa yang motif kewujudannya ialah pemerintahan sendiri dan mewujudkan negaraIni secara automatik menjadi penggerak kepada terbentuknya negara. Negara bangsa sememangnya tidak dibina oleh individu secara bersendirian tetapi individulah yang menjadikan pembentukannya sesuatu yang realiti dan bukan impian.

BangsaBangsa pula secara umumnya merupakan suatu kesatuan manusia yang hidup dalam sesebuah negara. Ia selalu diertikan sebagai kewujudan dalam kumpulan manusia dengan beberapa ciri yang sama. Persamaan ini boleh terjadi daripada pelbagai perkara seperti unsur-unsur jasmani, politik dan kebudayaan.Bangsa ialah suatu kumpulan besar yang ahli-ahlinya mempunyai kepercayaan bahawa mereka semua terikat atas asas perkongsian identiti sebagai suatu kumpulan manusia atau masyarakat. Masyarakat ini biasanya terikat oleh persamaan hubungan sejarah, kebudayaan dan nenek moyang yang sama Bangsa juga umumnya mempunyai beberapa objektif kumpulan iaitu daripada sudut pemilikan wilayah leluhur, bahasa, agama dan bermatlamatkan pemerintahan sendiri oleh mereka. Kumpulan ini bersifat eksklusif dan menganggap mereka yang di luar kumpulan sebagai orang asing.Justeru itu, negara bangsa secara khususnya merujuk kepada kombinasi masyarakat dan negara yang berfungsi dalam wilayah yang mengkhusus persempadanannya. Ia adalah berkenaan hidup dalam keadaan yang terintegrasi tanpa wujud perbezaan antara mereka dan sekali gus dapat menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran negara kerana mereka terhindar daripada sebarang konflik kaum yang merugikan.

Ciri-Ciri Sebuah Negara Bangsa

Terdapat tiga syarat utama yang sering dihubungkan dengan pembentukan sebuah negara bangsa, iaitu:

Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu padu tanpa berlaku sebarang pemisahan ataupun diskriminasi dalam masyarakat yang tinggal di situ. Masyarakat yang terdapat dalam negara tersebut tidak dipisahkan ataupun dibezakan atas dasar perkauman ataupun oleh sebab-sebab perbezaan kepercayaan, bahasa, kebudayaan, jenis pekerjaan, penempatan atau apa jua sebab dan rangsangan yang boleh membawa kepada perpecahan dan kehuru-haraan dalam masyarakat