Surita Hartini Mat Hassan

17
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 545 KELESTARIAN HARTA WAKAF MELALUI PELABURAN HARTANAH WAKAF: SATU TINJAUAN AWAL Surita Hartini Mat Hassan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM) 11800 Pulau Pinang Tel: 019-5796877 E-mail: [email protected] Abstrak Pelaksanaan pelbagai kaedah dalam usaha membangunkan harta wakaf telah sedikit sebanyak mengurangkan bebanan dan masalah yang dihadapi oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) melalui penjanaan dana dan penciptaan aset baru wakaf. Antara kaedah yang paling menampakkan kelestarian terhadap harta wakaf adalah pelaburan hartanah wakaf melalui pembinaan bangunan secara komersil seperti taman perumahan, bangunan pejabat, hotel, pasaraya dan sebagainya. Namun begitu, pembinaan bangunan secara komersil ini memerlukan dana yang cukup besar, sedangkan MAIN sebagai mutawalli berhadapan dengan masalah kekurangan dana dan juga sumber pendapatan. Walau bagaimanapun kejayaan MAINPP membina bangunan komersil di atas tanah wakaf seperti taman perumahan Sette Aisyah di Seberang Jaya, Pulau Pinang telah membuka mata banyak pihak bahawa MAIN mampu melaksanakan kaedah ini walaupun berhadapan dengan masalah kewangan. Berlatar belakangkan senario inilah kajian ini dilakukan untuk mencapai dua matlamat. Pertama, mengenalpasti kaedah pembiayaan yang diaplikasikan dalam pelaburan hartanah wakaf. Kedua, menganalisis kelestarian harta wakaf melalui pelaburan hartanah wakaf yang melibatkan pembinaan bangunan secara komersial iaitu hotel. Kajian ini mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara kepustakaan melalui kajian-kajian lepas, majalah, surat khabar dan sebagainya. Analisis data pula menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai kaedah pembiayaan yang diaplikasikan dalam pelaburan hartanah wakaf antaranya melibatkan instrumen pembiayaan Islam berasaskan hutang dan ekuiti; keupayaan sendiri; dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Pelaksanaan pelaburan hartanah wakaf seharusnya dilaksanakan oleh semua MAIN di Malaysia kerana terbukti dapat melestarikan manfaat harta wakaf. Kata Kunci: Kelestarian harta wakaf, pelaburan hartanah wakaf, pembinaan secara komersil.

Transcript of Surita Hartini Mat Hassan

Page 1: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 545

KELESTARIAN HARTA WAKAF MELALUI PELABURAN HARTANAH

WAKAF: SATU TINJAUAN AWAL

Surita Hartini Mat Hassan

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Universiti Sains Malaysia (USM)

11800 Pulau Pinang

Tel: 019-5796877

E-mail: [email protected]

Abstrak

Pelaksanaan pelbagai kaedah dalam usaha membangunkan harta wakaf telah sedikit

sebanyak mengurangkan bebanan dan masalah yang dihadapi oleh Majlis Agama

Islam Negeri (MAIN) melalui penjanaan dana dan penciptaan aset baru wakaf.

Antara kaedah yang paling menampakkan kelestarian terhadap harta wakaf adalah

pelaburan hartanah wakaf melalui pembinaan bangunan secara komersil seperti

taman perumahan, bangunan pejabat, hotel, pasaraya dan sebagainya. Namun begitu,

pembinaan bangunan secara komersil ini memerlukan dana yang cukup besar,

sedangkan MAIN sebagai mutawalli berhadapan dengan masalah kekurangan dana

dan juga sumber pendapatan. Walau bagaimanapun kejayaan MAINPP membina

bangunan komersil di atas tanah wakaf seperti taman perumahan Sette Aisyah di

Seberang Jaya, Pulau Pinang telah membuka mata banyak pihak bahawa MAIN

mampu melaksanakan kaedah ini walaupun berhadapan dengan masalah kewangan.

Berlatar belakangkan senario inilah kajian ini dilakukan untuk mencapai dua

matlamat. Pertama, mengenalpasti kaedah pembiayaan yang diaplikasikan dalam

pelaburan hartanah wakaf. Kedua, menganalisis kelestarian harta wakaf melalui

pelaburan hartanah wakaf yang melibatkan pembinaan bangunan secara komersial

iaitu hotel. Kajian ini mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara kepustakaan

melalui kajian-kajian lepas, majalah, surat khabar dan sebagainya. Analisis data pula

menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai kaedah

pembiayaan yang diaplikasikan dalam pelaburan hartanah wakaf antaranya

melibatkan instrumen pembiayaan Islam berasaskan hutang dan ekuiti; keupayaan

sendiri; dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Pelaksanaan pelaburan

hartanah wakaf seharusnya dilaksanakan oleh semua MAIN di Malaysia kerana

terbukti dapat melestarikan manfaat harta wakaf.

Kata Kunci: Kelestarian harta wakaf, pelaburan hartanah wakaf, pembinaan secara

komersil.

Page 2: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 546

PENGENALAN

Wakaf merupakan amalan sunat yang digalakkan kepada umat Islam sebagai salah

satu usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amalan wakaf ini dijanjikan pahala

yang berterusan kepada pewaqif (orang yang mewakafkan harta) selagi mana harta

yang diwakafkan dimanfaatkan. Manfaat ini bukan hanya berorientasikan kebajikan

semata-mata malah seharusnya merangkumi pelbagai aspek iaitu ekonomi, sosial dan

budaya umat Islam. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kepada mutawalli

(pemegang amanah) untuk membangun dan memajukan harta wakaf agar menjadi

lebih produktif dan dapat mengekalkan atau melestarikan manfaat harta tersebut. Hal

ini bersesuaian dengan tujuan sebenar amalan wakaf iaitu menahan atau

menyerahkan harta untuk tujuan kebajikan dan dimanfaatkan oleh mauquf a’laih

(penerima manfaat).

Pembangunan terhadap hartanah wakaf merupakan amanah yang wajib dilaksanakan

selari dengan tuntutan maqasid wakaf itu sendiri. Pembangunan terhadap hartanah

wakaf membawa maksud berlakunya sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan

hasil yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat di atas tanah wakaf tersebut.

Hartanah wakaf juga diperakui oleh segenap lapisan masyarakat perihal potensinya

yang mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sosio-ekonomi umat Islam.

Hal ini kerana, harta wakaf yang diurus tadbir dengan baik akan melahirkan satu

bentuk pelaburan harta Islam yang boleh menjadi mercu tanda keagungan Islam.

Di Malaysia, pengurusan dan pentadbiran harta wakaf diserahkan kepada Majlis

Agama Islam Negeri (MAIN) di setiap negeri. MAIN secara automatiknya menjadi

mutawalli yang bertanggungjawab membangun serta memajukan harta-harta yang

telah diwakafkan. Sebagai contoh pembinaan taman perumahan di atas tanah wakaf

Setee Aishah di Seberang Jaya, Pulau Pinang oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang

(MAINPP) (Hydzulkifli Hashim Omar & Asmak Ab Rahman, 2012; Zakaria Bahari

& Fakharuddin Abd Rahman, 2012). Pembinaan taman perumahan ini dilihat berjaya

melestarikan tanah yang diwakafkan oleh Setee Aishah kerana pembinaan tersebut

telah memenuhi keperluan masyarakat sekitar yang memerlukan rumah sebagai

tempat berlindung samada untuk jangka masa panjang atau pendek. Dalam masa

yang sama, turut dibina beberapa buah rumah kedai yang boleh dimanfaatkan oleh

masyarakat sebagai sumber rezeki melalui perniagaan dipremis tersebut. Ini

membuktikan pelaburan terhadap hartanah wakaf yang berlandaskan syariat pasti

melahirkan keberkatan melalui keberkesanannya.

Selain itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) juga

telah melaksanakan kaedah ini iaitu dengan terbinanya Menara Bank Islam yang

melibatkan kos pembinaan sebanyak RM151 juta. Bangunan ini didirikan di atas

tanah wakaf seluas 0.48 hektar milik MAIWP dengan kerjasama Lembaga Tabung

Haji (LTH). Bank Islam Malaysia Bhd. (BIMB) merupakan penyewa utama

bangunan setinggi 34 tingkat tersebut (Anan C. Mohd, 2014). Pembinaan bangunan

ini telah membuktikan kegigihan MAIWP membangunkan hartanah wakaf agar

manfaatnya berterusan sehingga generasi seterusnya.

Page 3: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 547

Selain MAINPP dan MAIWP terdapat juga pembangunan seperti ini di negeri-negeri

lain seperti Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan lain-lain. Walau

bagaimanapun, sehingga kini secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa

Malaysia masih lagi berada ditahap sederhana dalam membangunkan harta wakaf

(Mohd Afandi Mohd Rani, 2012; Mohd Sharudin Shakrani, Mohd Saifool Zamzuri

Noor & Jamal Ali, 2003). Hal ini disebabkan masih wujud pelbagai masalah yang

menghalang usaha-usaha pembangunan harta wakaf oleh MAIN. Antaranya ialah

masalah kekurangan sumber dan dana kewangan, perundangan, pengurusan,

pentadbiran dan juga masalah fizikal seperti lokasi tanah wakaf yang tidak strategik

(Zakaria Bahari, 2013; Norhaliza Mohd Nor & Mustafa Omar Mohammed, 2009;

Kamarudin Ngah, 1992).

Namun begitu, kejayaan membangunkan harta wakaf oleh MAINPP dan MAIWP

boleh dijadikan contoh dalam usaha membangunkan hartanah wakaf yang berpotensi

untuk dibangunkan secara komersil oleh MAIN di negeri-negeri yang lain. Berlatar

belakangkan senario inilah, kajian ini dilakukan bagi mencapai dua matlamat iaitu

mengenalpasti kaedah pembiayaan yang diaplikasikan oleh MAIN dalam

melaksanakan pelaburan hartanah wakaf dan menganalisis kelestarian harta wakaf

kesan daripada pelaburan hartanah wakaf tersebut.

Perbincangan kertas kerja ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama

membincangkan secara umum berkaitan dengan pelaburan hartanah wakaf.

Manakala, bahagian kedua mengemukakan kaedah pembiayaan yang diaplikasikan

oleh MAIN dalam pelaburan hartanah wakaf. Bahagian ketiga pula membincangkan

kelestarian manfaat harta wakaf berdasarkan beberapa projek kerjasama antara

Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) dengan MAIN di atas tanah wakaf di Malaysia.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Kertas kerja ini membincangkan perkara berkaitan pelaksanaan kaedah pelaburan

hartanah wakaf di Malaysia. Oleh itu, bahagian ini meneliti kajian-kajian lepas

berkaitan dengan pelaburan hartanah wakaf.

Kajian tentang kaedah pelaburan harta wakaf di Dompet Dhuafa Republika,

Indonesia telah dikaji oleh Hari Chandra (2009), Hari Chandra dan Asmak Ab

Rahman (2010) dan Dedy Rachmad (t.t). Antara kaedah pelaburan harta wakaf yang

dilaksanakan di Dompet Dhuafa Republika, Indonesia adalah melibatkan institusi

perbankan, Baitulmal, industri kecil dan sederhana serta pasaran saham. Terdapat

juga pelaburan harta wakaf menggunakan kaedah pembiayaan atau perkongsian iaitu

musyarakah dan mudharabah. Berdasarkan hasil kajian Hari Chandra (2009),

pelaburan harta wakaf di Dompet Dhuafa Republika, Indonesia tidak hanya

menumpu kepada pembangunan harta wakaf sahaja malah turut bertujuan

membangunkan sosial dan ekonomi umat Islam melalui pembangunan harta wakaf.

Perbincangan tentang kaedah pelaburan harta wakaf di Singapura pula dilakukan

oleh Shamsiah Abdul Karim (2010) dan Hydzulkifli Hashim & Asmak Ab Rahman

(2013) Mustafa Mohd Hanefah, Abdullaah Jalil, Asharaf Mohd Ramli, Hisham

Sabri, Norhaziah Nawai dan Syahidawati Shahwan (t.t). Kaedah pelaburan yang

diaplikasikan oleh Singapura adalah dengan menggunakan instrumen sekuriti

Page 4: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 548

(securitization) Islam iaitu sukuk. Berdasarkan hasil kajian mereka didapati

Singapura berjaya melestarikan harta wakaf melalui pelaksanaan sukuk musyarakah

dengan meningkatnya nilai aset wakaf. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan

terhadap pengalaman Arab Saudi melaksanakan sukuk ijarah yang juga dikaji oleh

Hydzulkifli Hashim & Asmak Ab Rahman (2013) bukan hanya dapat meningkatkan

nilai aset malah dapat mewujudkan aset baru wakaf.

Kajian tentang kaedah pelaburan harta wakaf yang telah dilaksanakan di Malaysia

pula telah di kaji oleh Zakaria Bahari & Fakhruddin Abd Rahman (2012) dan

Hydzulkifli Hashim Omar & Asmak Ab Rahman (2012). Kaedah pelaburan yang

melibatkan pembinaan bangunan secara komersial di Malaysia telah dipelopori oleh

MAINPP. Antara projek yang dilihat berjaya dibangunkan adalah pembinaan sebuah

taman perumahan di atas tanah wakaf Setee Aishah di Seberang Jaya, Pulau Pinang

yang dikenali sebagai Taman Perumahan Wakaf Setee Aishah (Zakaria Bahari &

Fakhruddin Abd Rahman,2012; Hydzulkifli Hashim Omar & Asmak Ab Rahman,

2012).

Selain itu, terdapat cadangan pelaksanaan sukuk di Malaysia sebagai salah satu usaha

membangunkan harta wakaf telah dikaji oleh Md Nurdin Ngadimon (2013) dan

Hydzulkifli Hashim & Asmak Ab Rahman (2015). Mereka melihat kaedah ini

membolehkan harta wakaf dilestarikan berdasarkan pengalaman negara Singapura

dan Arab Saudi yang berjaya meningkatkan nilai harta wakaf dan menghasilkan aset

baru wakaf.

Di samping itu, terdapat juga satu tinjauan terhadap isu-isu yang berkaitan struktur

I-REIT yang dilakukan oleh Syahnaz Sulaiman (2012). Beliau meninjau kesesuaian

penggunaan struktur I-REIT yang diniagakan di Bursa untuk menjana dana wakaf

dari perpspektif syarak. Terdapat beberapa isu yang ditimbulkan antaranya berkaitan

status I-REIT adakah termasuk dalam haqq maliyy atau tidak, dividen boleh diterima

oleh pelabur atau wajib diserahkan kepada penerima manfaat dan sebagainya. Walau

bagaimanapun, menurut beliau lagi berdasarkan pengalaman pelaksanaan I-REIT

oleh Johor Co-operation (Jcorp), pelaksanaan tersebut telah berjaya meningkatkan

keyakinan masyarakat untuk berwakaf kerana pelaburannya sangat bermanfaat.

Dalam pada itu, wujud satu kajian yang mencadangkan pelaksanaan hibah

mudharabah dalam usaha membangunkan hartanah wakaf. Kajian ini dilakukan oleh

Shahriza Osman, Ismail Mat, Jihan Ahmad dan Yusof Haji Othman (2015) sebagai

salah satu kaedah pembangunan hartanah wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri

Kedah (MAIK). Mereka melihat kaedah ini sesuai dilaksanakan berdasarkan

penelitian terhadap kepentingan wakaf sebagai mekanisme pembasmi masalah

kemiskinan dan ketidaksamarataan pendapatan melalui pelaksanaan kaedah agihan

semula kekayaan menggunakan konsep hibah mudharabah.

Bagi melaksanakan pelaburan hartanah wakaf MAIN perlu mendapatkan bantuan

pembiayaan untuk membina bangunan komersil. Oleh itu, berdasarkan penelitian

terhadap kajian-kajian lepas terdapat pelbagai kaedah yang telah digunakan. Kajian

berkaitan kaedah dan instrumen pembiayaan yang diaplikasikan dalam pelaburan

harta wakaf dilakukan oleh Zakaria Bahari (2012). Menurut beliau terdapat tiga

kaedah pembiayaan dalam pelaburan hartanah wakaf iaitu menggunakan instrumen

Page 5: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 549

pembiayaan Islam berasaskan hutang1, instrumen pembiayaan Islam berasaskan

ekuiti2 dan instrumen berasaskan keupayaan sendiri

3 seperti wakaf tunai dan istibdal.

Selain itu, kajian Ibrahim Ahmed Khalil, Yunus Ali dan Mohamad Shaiban (2014)

pula telah mengenalpasti beberapa instrumen pembiayaan Islam yang patuh syariah

dan boleh dilaksanakan dalam melabur harta wakaf antaranya adalah musharakah

mutanaqisah, mudharabah, wakaf saham, sukuk dan sebagainya. Menurut

pandangan mereka lagi, pelaksanaan instrumen pembiayaan Islam penting untuk

menjana dana tambahan dan berfungsi secara efektif untuk kebajikan sosio-ekonomi

masyarakat Islam.

Kajian Hydzulkifli Hashim Omar dan Asmak Ab Rahman (2012) pula

mengemukakan lima kaedah pembiayaan yang digunakan oleh MAINPP dalam

melaksanakan pelaburan hartanah wakaf di Pulau Pinang iaitu melalui peruntukkan

Rancangan Malaysia ke-8, 9 dan 10 (RMK 8, 9 dan 10); istibdal; pembiayaan

daripada pihak swasta; usaha sama dengan Government Linked Company (GLC) dan

pembiayaan daripada dana tabung kewangan wakaf. Berbeza dengan kajian Zakaria

Bahari dan Fakhruddin Abd Rahman (2012) yang menyatakan empat kaedah

pembiayaan bagi projek pembangunan hartanah wakaf oleh MAINPP iaitu

pembiayaan daripada kerajaan pusat; Jabatan Haji Wakaf dan Zakat (JAWHAR);

hasil wakaf (sewaan dan pajakan tanah atau bangunan wakaf); dan pembiayaan

berasaskan BOT.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah pembiayaan dalam pelaburan harta wakaf

antaranya melalui pembiayaan yang diperuntukkan oleh kerajaan, pembiayaan yang

diperoleh melalui keupayaan mutawalli sendiri, pembiayaan melalui usahasama

dengan Government Linked Company (GLC) dan lain-lain. Namun begitu,

berdasarkan penelitian terhadap kajian-kajian lepas, kajian berkaitan kelestarian harta

wakaf kesan daripada pelaksanaan pelaburan harta wakaf agak kurang. Oleh itu,

kajian ini dilakukan bagi menganalisis kelestarian harta wakaf melalui pelaksanaan

kaedah pelaburan hartanah wakaf berdasarkan pembinaan bangunan komersil oleh

MAIN dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) di Malaysia. Gambaran kerangka

konsep kajian ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1 menggambarkan kerangka konsep kajian ini. Analisis kelestarian hartanah

wakaf berdasarkan pembinaan empat buah hotel wakaf di Malaysia yang diukur

berdasarkan tiga indeks kelestarian iaitu kekal, berkembang dan bermanfaat. Empat

hotel tersebut adalah Kelana Beach Resort di Port Dickson, Negeri Sembilan; Hotel

Grand Puteri di Terengganu; Hotel Pantai Puteri di Melaka dan Hotel Seri Warisan,

1 Instrumen berasaskan hutang melibatkan pelaksanaan kaedah bangun, operasi dan pemindahan atau

BOT (build, operate, transfer). Kaedah ini melibatkan kombinasi al-istisna, al-ijarah dan al-wakalah.

Sebagai contoh, pembinaan bangunan Umno di Georgetown di Pulau Pinang oleh MAINPP dan

pembinaan bangunan 34 tingkat di Lot 168 & 169 Jalan Perak oleh MAIWP (Zakaria Bahari, 2012). 2 Instrumen berasaskan ekuiti melibatkan projek usahama dan perkongsian antara MAIN dan badan-

badan korporat yang mempunyai kepakaran tertentu. Kaedah ini melibatkan kontrak musyarakah dan

mudharabah. Sebagai contoh pembinaan taman perumahan wakaf Setee Aishah di Seberang Jaya oleh

MAINPP2 (Zakaria Bahari, 2012).

3 Instrumen pembiayaan berasaskan keupayaan sendiri pula merangkumi perolehan dana daripada

pelaksanaan skim wakaf tunai seperti wakaf saham, wakaf kaki, dan sebagainya. Selain itu

pelaksanaan istibdal juga merupakan instrumen pembangunan harta wakaf (Zakaria Bahari, 2012).

Page 6: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 550

Perak. Keempat-empat hotel ini dibina melibatkan peruntukan RMK 9 dan 10 yang

diberikan kepada JAWHAR untuk tujuan pembangunan harta wakaf di Malaysia.

Hotel ini dianalisis dari segi lokasi, konsep pengurusan dan manfaat yang disediakan.

Analisis ini perlu untuk menilai kelestarian harta dan manfaat wakaf untuk jangka

masa yang lama dan berterusan.

PELABURAN HARTANAH WAKAF

(Pembinaan Bangunan Komersil)

Pembiayaan Islam

berasaskan Instrumen

Hutang dan Ekuiti

Peruntukan

daripada Kerajaan

Persekutuan

Keupayaan

Sendiri

Bazaar

Rakyat

Wakaf

Mart

Hotel Kiosk

cenderahat

i

Hotel Grand

Puteri,

Terengganu

.

KELESTARIAN HARTA

WAKAF

Pengekalan harta

(‘ain) wakaf

Pengembangan

harta wakaf

Agihan manfaat

harta wakaf

Hotel Pantai

Puteri,

Melaka.

Kelana Beach

Resort, Negeri

Sembilan

Hotel Seri

Warisan,

Perak

Hak milik

harta wakaf

terpelihara

Peningkatan

nilai (value)

harta wakaf

Penciptaan harta

baru wakaf

Mutawalli

Mauquf ‘alaih

Rujukan: Pelaburan semula hasil wakaf melalui saham

wakaf, wakaf saham dan lain-lain.

Page 7: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 551

Rajah 1: Kerangka Konsep Kajian

PELABURAN HARTANAH WAKAF

Menurut kamus dewan (1989), pelaburan bermaksud meletakkan (memberikan atau

menyerahkan) sejumlah wang untuk sesuatu usaha (seperti pengeluaran barangan,

perniagaan dan sebagainya) dengan tujuan memperoleh keuntungan. Suhaimi Salleh

(1994), pula mendefinisikan pelaburan sebagai satu aktiviti penanaman modal pada

masa sekarang dengan jangkaan untuk mendapat pulangan positif atau keuntungan

pada masa akan datang selepas mengambil kira risiko yang bakal dihadapi.

Pelaburan dalam Islam dari segi bahasanya (berdasarkan makna Arab iaitu al-

Istithmar) bermaksud mencari hasil iaitu individu atau institusi berusaha untuk

mencari keuntungan atau hasil atas usahanya. Contoh seseorang individu akan

mengutip hasil daripada tanamannya setelah ia berbuah iaitu mendatangkan hasil

yang menguntungkan. Takrif ini sesuai dengan konteks pelaburan lazim iaitu sesuatu

aktiviti yang boleh mendatangkan hasil apabila ia dikembangkan melalui usaha-

usaha berfaedah yang membantu meningkatkan keuntungannya (Wan Ahmad

Wilman Wan Adam, 2000).

Dari segi istilah pula ialah mencari keuntungan daripada harta, sebagaimana yang

dijelaskan oleh Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta’ yang membincangkan

tentang soal pinjaman al-Qard. Pelaburan dalam Islam ialah melalui penyertaan

ekuiti dan berkongsi keuntungan yang didasarkan atas prinsip mudharabah dan

musyawarah. Asas ini dapat dilihat kepada konsep mudharabah yang melibatkan

penyertaan individu dan modal, seterusnya pengusaha akan melaksanakan

kerjayanya berdasarkan syarat-syarat yang telah disepakati (Wan Ahmad Wilman

Wan Adam, 2000).

Pelaburan hartanah wakaf pula merujuk kepada hartanah yang di wakafkan oleh

pemilik kepada mutawalli samada wakaf khas ataupun wakaf am dilaburkan untuk

sebarang tujuan yang boleh memberi faedah atau manfaat kepada masyarakat atau

ahli keluarga seperti pembinaan bangunan komersil.Tanah yang telah diwakafkan

tidak akan menjadi milik sesiapa hanya milik Allah SWT. Namun begitu, tanah

tersebut menjadi kewajipan mutawalli untuk diuruskan agar manfaat harta wakaf

tersebut dapat mengekalkan manfaatnya untuk jangka masa yang panjang dan

berterusan (Ahmad Mohsein Azmi, 2011).

Oleh itu, bagi tujuan kajian ini, pelaburan hartanah wakaf yang dimaksudkan dalam

kajian ini ialah hartanah yang diwakafkan oleh pewakaf samada wakaf khas atau

wakaf am dilaburkan untuk tujuan pembangunan oleh mutawalli dengan membina

bangunan secara komersil seperti taman perumahan, bangunan pejabat, hotel,

pasaraya dan lain-lain yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat untuk tempoh yang

panjang dan berterusan. Pelaburan hartanah wakaf tersebut seharusnya dapat

meningkatkan manfaat wakaf dan jumlah harta wakaf.

Page 8: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 552

Justeru, bagi kajian ini perbincangan hanya akan difokuskan kepada pembinaan

empat buah hotel wakaf melalui sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Pemilihan hotel sebagai fokus perbincangan ini kerana terdapat pelbagai isu yang

ditimbulkan ekoran daripada pembinaan hotel wakaf. Misalnya, lokasi yang tidak

strategik, pengurusan yang tidak cekap, tidak dapat menarik pelanggan dan

sebagainya. Oleh itu, kajian ini perlu dilakukan untuk memastikan kelestarian

manfaat daripada harta wakaf tersebut.

KAEDAH PEMBIAYAAN PELABURAN HARTANAH WAKAF

Secara umumnya terdapat dua konsep pelaburan hartanah wakaf. Konsep yang

pertama ialah pelaburan hartanah wakaf yang bertujuan mengekalkan “ain” hartanah

wakaf iaitu dengan membina bangunan komersil di atas tanah wakaf untuk

memproduktifkan hartanah wakaf tersebut agar dapat dimanfaatkan oleh masyarakat

secara berterusan. Konsep kedua ialah “badal” iaitu menukarkan harta wakaf dalam

bentuk harta alih seperti wang tunai kepada harta kekal dengan membeli tanah atau

bangunan yang boleh memberi manfaat jangka panjang dan berterusan kepada

masyarakat.

Pelaksanaan pelaburan hartanah wakaf ini memerlukan pihak mutawalli

mendapatkan pembiayaan untuk membina bangunan komersil kerana dana yang

diperlukan agak besar. Oleh itu, berdasarkan penelitian kajian-kajian lepas, dapat

dirumuskan terdapat tiga kaedah pembiayaan yang diaplikasikan oleh mutawalli

dalam pelaburan hartanah wakaf di Malaysia iaitu melalui pembiayaan Islam yang

melibatkan instrumen berasaskan hutang dan ekuiti; instrumen berasaskan dana

persendirian atau keupayaan sendiri; dan peruntukkan daripada Kerajaan

Persekutuan. Namun begitu, bagi tujuan kertas kerja ini hanya pembiayaan daripada

perutukan Kerajaan sahaja akan dibincangkan kerana setakat ini empat buah hotel

wakaf di Malaysia dibina berasaskan dana peruntukan daripada Kerajaan

Persekutuan.

Pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan

Pembiayaan bagi tujuan pembangunan harta wakaf dengan membina bangunan

komersial turut mendapat sokongan daripada pihak Kerajaan Persekutuan. Ini

terbukti dengan adanya peruntukan disediakan oleh kerajaan untuk tujuan

pembangunan harta wakaf. Walaupun peruntukan tersebut tidak dapat memenuhi

jumlah peruntukan yang dipohon oleh semua MAIN di Malaysia namun sedikit

sebanyak telah berjaya meringankan beban MAIN sebagai mutawalli dalam

membangunkan harta wakaf.

Misalnya dalam RMK-94 dan 10

5 kerajaan telah menyediakan sejumlah dana untuk

tujuan tersebut melalui Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR). Sebagai contoh

hasil peruntukkan RMK 9 dan 10 telah berjaya membina empat buah hotel wakaf di

4 Jumlah yang diperuntukan untuk JAWHAR dalam RMK 9 ialah RM 256.5 Juta (Ujana Wakaf,

2009; Sanep Ahmad & Nur Diyana Muhamed, 2011). 5 Jumlah yang diperuntukan kepada JAWHAR dalam RMK 10 ialahRM 1,896.75 Juta (Sanep Ahmad

& Nur Diyana Muhamed, 2011)

Page 9: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 553

empat buah negeri iaitu Hotel Grand Puteri di Terengganu, Hotel The Regency Seri

Warisan di Perak, Hotel Pantai Puteri di Melaka dan Hotel Klana Beach Resort di

Negeri Sembilan hasil kerjasama MAIN dan JAWHAR. Selain itu turut dibina

kompleks pendidikan, asrama anak yatim, pusat haemodialisis dan sebagainya

(JAWHAR, 2015). Walaupun terdapat tiga kaedah pembiayaan yang tunjukkan,

namun bagi tujuan kajian ini, hanya pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan

yang akan dianalisis dengan lebih mendalam dengan fokus kepada pembinaan empat

buah hotel wakaf sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Projek Pembinaan Hotel Hasil Kerjasama YWM dengan MAIN

Negeri Kos Pembinaan

(Rm) / Tarikh

Siap Dibina

Kemudahan Manfaat

Terengganu

Hotel Grand Puteri,

PT 3981, Jalan

Masjid Abidin,

Bandar Kuala

Terengganu, 20100

Kuala Terengganu,

Terengganu.

41.6 Juta

(RMK 9)

April 2013

Berkonsepka

n Islam

7 tingkat, 180

buah bilik

1 ruangan

pejabat,

dewan

seminar,

kolam

renang, surau

dan restoran.

Terletak di

tengah

bandar dan

berdekatan

Pasar Kedai

Payang,

stesen bas

dan Masjid

Abidin.

Meningkatkan

peluang

perniagaan

kepada

usahawan

perhotelan

Islam.

Meningkatkan

hasil pendapatan

MAIDAM.

Penjanaan

peluang

pekerjaan.

Mengurangkan

pengangguran

dan masalah

sosial umat

Islam

Melaka

Hotel Pantai Puteri,

Mukim Tanjung

Kling, Daerah

Melaka

Tengah,76400

Melaka.

25.6 Juta

(RMK 9)

Oktober

2011

80 bilik

biasa, 5 bilik

eksekutif, 2

bilik ketua

rombongan.

6 asrama, 1

dorm, dewan

serbaguna,

bilik seminar,

banquet, bilik

mesyuarat,

kolam renang

dan kafetaria.

Menyediakan

premis

perniagaan

kepada

usahawan

muslim

Meningkatkan

taraf sosio-

ekonomi umat

Islam

Sumber dana

kepada MAIM

Negeri Sembilan

Hotel Kelana Beach

Resort, Kompleks

33 juta

(RMK 9)

Empat

tingkat

87 bilik.

Menyediakan

premis

perniagaan

Page 10: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 554

Sumber : JAWHAR (2015)

Berdasarkan Jadual 1, terdapat empat buah hotel wakaf telah dibina hasil kerjasama

YWM dengan Majlis agama Islam dan Adat Resam Negeri Terengganu (MAIDAM),

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

(MAINS) dan Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPk). Hotel-hotel wakaf

tersebut juga telah mula beroperasi sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai kemudahan

yang disediakan selain bilik, turut disediakan kafetaria, kolam renang, dewan

seminar dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan ini disediakan bagi menarik lebih

ramai pelanggan dari dalam dan luar negara. Ini merupakan tanggungjawab pihak

pengurusan agar harta wakaf ini berkembang dan dapat menjana manfaat harta wakaf

yang berterusan.

ANALISIS KELESTARIAN HARTA WAKAF

Kelestarian merupakan suatu konsep yang cukup penting dalam melaksanakan

sebarang bentuk pembangunan terhadap harta-harta wakaf. Hal ini kerana

pembangunan terhadap harta wakaf memerlukan perancangan dan penelitian secara

mendalam agar manfaat harta wakaf dapat digunakan atau dimanfaatkan oleh mauquf

‘alaih secara berterusan. Adalah menjadi satu kewajaran bagi pihak mutawalli

memastikan harta wakaf kekal, berkembang dan bermanfaat agar harta dan

manfaatnya dapat dilestarikan.

Baitul Hilal, Lot

4506 Batu 8, Jalan

Pantai, 71050 Port

Dickson, Negeri

Sembilan

November

2011

Baitul Hilal

atau bilik

cerap (dua

tingkat).

Kubah,

teleskop dan

peralatan

astronomi.

Berhampiran

Pantai Teluk

Kemang dan

Pantai Seri

Purnama.

Kadar

bayaran

antara RM

100-RM 250

kepada

usahawan

muslim

Meningkatkan

taraf sosio

ekonomi umat

Islam

Sumber dana

kepada MAINS

Pendedahan

Ilmu Falaq

Perak

Hotel Seri Warisan,

2453 Jalan Convent,

34000 Taiping,

Perak.

19 Juta

(RMK 10)

Mei 2012

Empat

tingkat.

45 buah bilik

berkonsepkan

warisan.

Dewan

banquet, bilik

seminar,

kafetaria.

Menyediakan

premis

perniagaan

kepada

usahawan

muslim

Meningkatkan

taraf sosio-

ekonomi umat

Islam

Sumber dana

kepada MAIPk

Page 11: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 555

Matlamat asas ibadah wakaf ialah menjadikan harta wakaf bermanfaat (produktif)

yang merujuk kepada aktiviti pelaburan (istithmar) terhadap harta wakaf untuk

menghasilkan manfaat (Hydzulkifli Hashim Omar & Asmak Ab. Rahman, 2013).

Justeru, kelestarian harta wakaf yang dimaksudkan dalam kertas kerja ini ialah harta

wakaf dilaburkan untuk tujuan pembinaan bangunan komersil dan manfaat daripada

pembangunan tersebut dapat dinikmati oleh masyarakat dalam jangkamasa yang

panjang dan berterusan.

Oleh itu, bagi tujuan kertas kerja ini, analisis kelestarian harta wakaf dilakukan

terhadap pembinaan empat buah hotel di atas tanah wakaf oleh YWM dengan

kerjasama MAIN di empat buah negeri iaitu Terengganu, Perak, Negeri Sembilan

dan Melaka yang melibatkan pembiayaan daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan

dalam RMK 9 dan 10. Senarai pembinaan bangunan hotel tersebut ditunjukkan

dalam Jadual 1.

Berdasarkan tinjauan awal daripada projek yang dilaksanakan ini jelas menampakkan

kelestariannya. Hal ini kerana, berlaku peningkatan terhadap nilai (value) hartanah

wakaf kerana terbinanya satu bangunan yang bernilai dan produktif. Bangunan

tersebut juga memberi manfaat kepada masyarakat melalui penyediaan peluang

perniagaan kepada usahawan muslim di premis yang disediakan.

Selain itu, hotel-hotel ini juga menjadi sumber dana kepada MAIN melalui hasil

yang diperoleh misalnya bayaran penginapan oleh orang ramai, tempahan dewan

seminar, banquet dan sebagainya serta majlis-majlis keraian seperti majlis

perkahwinan dan lain-lain. Dalam pada itu, pembinaan hotel ini juga dapat

meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam kerana dengan wujudnya hotel yang

bertaraf tiga bintang ini dapat menjana peluang pekerjaan kepada masyarakat Islam

terutamanya.

Pembinaan hotel-hotel ini secara dasarnya berpotensi menyumbang dana kepada

MAIN melalui sektor pelancongan. Sektor pelancongan merupakan salah satu

industri yang semakin pesat berkembang dan secara tidak langsung meningkatkan

pendapatan negara. Para pelancong pasti akan mencari hotel-hotel yang sesuai

sebagai tempat penginapan mereka sebelum memulakan perjalanan ke destinasi

masing-masing.Perkembangan ini secara tidak langsung menyaksikan kewujudan

hotel-hotel baru bagi menampung jumlah permintaan penginapan bagi pelancong

tempatan dan asing (Mohd Fairuz Yusof, 2008). Begitu juga dengan JAWHAR yang

merasakan pembinaan hotel wakaf akan memberi sumbangan yang cukup besar

dalam usaha membangunkan hartanah wakaf yang terbiar.

Pembinaan hotel-hotel wakaf di lokasi yang agak strategik. Sebagai contoh Hotel

Grand Puteri di Kuala Terengganu yang terletak di tengah-tengah bandar dan

berhampiran dengan Pasar Kedai Payang yang merupakan pusat tumpuan pelancong

untuk membeli belah. Begitu juga dengan Klana Beach Resort Port Dickson, Negeri

Sembilan yang terletak berhampiran pantai Teluk Kemang dan Pantai Seri Purnama.

Kedua-dua pantai ini merupakan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara

untuk beristirehat bersama keluarga. Keadaan ini dapat menarik minat pelancong

untuk menginap di hotel tersebut. Hal ini akan memberi nilai tambah kepada pihak

Page 12: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 556

pengurusan hotel dan MAIN kerana hasil yang diperoleh akan diagihkan untuk

pengurusan dan manfaat wakaf.

Pembinaan Hotel Kelana Beach Resort di Port Dickson Negeri Sembilan

memberikan pendedahan terhadap ilmu falaq dan astronomi kepada masyarakat. Ini

menjadi satu daya tarikan kepada pengunjung untuk menginap di hotel tersebut (Che

Dzarudin Che Omar, 2011). Selain itu, pembinaan Hotel Grand Puteri di Kuala

Terengganu yang berkonsepkan Islam dapat mengurangkan masalah sosial dalam

kalangan umat Islam. Hal ini kerana, dengan wujudnya hotel berkonsepkan Islam

dapat menghalang individu daripada melakukan aktiviti yang dilarang dalam Islam

seperti minum minuman keras, hubungan seks luar nikah dan sebagainya.

Namun begitu, timbul persoalan kenapa hanya sebuah hotel sahaja dibina

berkonsepkan Islam iaitu Hotel Grand Puteri di Terengganu, sedangkan tujuan

amalan wakaf adalah untuk mencapai redha Allah SWT (Mardhatillah)?. Adakah

hotel-hotel wakaf yang tidak berkonsepkan Islam diurus tadbir berdasarkan syariah?

Dan adakah manfaat hasil pembinaan hotel ini memberi nilai tambah kepada

mutawalli dan juga mauquf ‘alaih? Hal ini kerana, jika manfaat yang diperoleh

dengan cara yang dilarang dalam Islam akan menyebabkan tiada keberkatan dalam

ibadah wakaf itu sendiri. Keadaan ini mengakibatkan niat sebenar pewakif untuk

melakukan kebajikan tidak tercapai. Penerapan hotel berkonsepkan Islam dan

Syariah seharusnya dilaksanakan di semua hotel wakaf. Oleh itu, bagi kajian

seterusnya perlu dilakukan untu menganalisis keberkesanan pembinaan hotel wakaf

terhadap pengurusan dan konsep pelaksanaan yang diaplikasikan agar memenuhi

kehendak syarak disamping dapat melestarikan manfaat harta wakaf.

KESIMPULAN

Pelaburan hartanah wakaf merupakan salah satu kaedah yang sepatutnya

dilaksanakan oleh MAIN di seluruh Malaysia dalam usaha membangunkan harta

wakaf supaya dapat dimanfaatkan secara berterusan dan dalam tempoh masa yang

panjang. Sekiranya MAIN tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membina

bangunan-bangunan secara komersil mereka boleh mendapatkan pembiayaan melalui

Kerajaan Persekutuan, instrumen pembiayaan Islam, usahama atau perkongsian

dengan syarikat GLC dan sebagainya. Oleh itu, pelaksanaan kaedah pelaburan

hartanah wakaf ini terbukti dapat melestarikan harta wakaf berdasarkan pengalaman

YWM dan MAIN.

Pembinaan empat buah hotel wakaf ini merupakan sumbangan Kerajaan Persekutuan

dalam usaha membantu meringankan bebanan MAIN membangunkan harta wakaf.

Peruntukan dana pembinaan hotel ini termasuk dalam perbelanjaan RMK 9 dan

RMK 10. Kejayaan pembinaan keempat-empat hotel ini memberi manfaat yang

berpanjangan kepada masyarakat seperti peluang menjalankan perniagaan dipremis

yang disediakan, penyediaan peluang pekerjaan kepada umat Islam dan sebagainya.

Namun begitu, pengurusan dan pentadbiran hotel wakaf seharusnya berasaskan

syariah supaya manfaat yang wujud boleh diagihkan untuk tujuan kebajikan dan

kepentingan umat Islam secara adil dan bersih daripada unsur-unsur yang dilarang

dalam Islam. Bagi kajian lanjutan, penelitian terhadap agihan hasil pendapatan

terhadap penerima manfaat wakaf. Kajian ini perlu dilakukan bagi memastikan

Page 13: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 557

kelestarian dalam agihan manfaat hasil daripada pelaburan terhadap wakaf walaupun

terdapat penurunan dalam perolehan hasil.

BIBLIOGRAFI

Anan C. Mohd. (2014). Wakaf tunai menjana pemilikan aset umat Islam. Diakses

dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140512/ek_02/Wakaf-

tunai-menjana-pemilikan-aset-umat-Islam#ixzz31Sk0q4xP pada 28 Oktober

2015.

Ahmad Mohsin Azmi. (2011). Transformasi pengurusan wakaf. Diakses dari

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/transformasi-

pengurusan-wakaf-ahmad-mohsein-azmi pada 1 November 2015.

Achmad Tohirin. (2010, Januari). The cash waqf for empowering the small business.

Kertas kerja yang dibentangkan di Seventh International Conference-The

Tawhidi Epistemology: Zakat And Waqf Economy, Bangi 2010, di Institut

LatihanIslam Malaysia, Bangi, Selangor, pada 6-7 Januari.

Afiffudin Mohammed Noor & Mohd Ridzuan Awang. (2013). Pelaksanaan istibdal

wakaf di Negeri Kedah Darul Aman. Journal Islamiyyat Bil. 35, Vol 1, 49-56.

Afiffudin Mohammed Noor, Ahmad Zaki Ghazali & Mohd Afandi Mat Rani. (2014).

Pengurusan dan pembangunan harta wakaf di negeri Kedah Darul Aman.

Dalam Jadual kandungan E-Prosiding I-MAF 2014: Wakaf. Diakses dari

http://conference.kuis.edu.my/i-maf/2014-eprosiding-

wakaf.html#.VcgUWHGqqko pada 11 April 2015.

Ahmad Zaki Hj. Abd. Latif, Norzaidi Mohd Daud & Che Zuina Ismail. (2008).

Pengurusan harta wakaf dan potensinya ke arah kemajuan pendidikan umat

Islam di Malaysia. Jurnal pengurusan JAWHAR Vol. 2, No. 2, 2008.

Anan C. Mohd. (2012). Pembangunan wakaf: Pengalaman Malaysia. Kertas kerja ini

dibentangkan di Seminar Wakaf Serantau 2012, anjuran Jabatan Wakaf,

Zakat dan Haji (JAWHAR), di Sunway Putra, Kuala Lumpur, pada 3-6

September 2012.

Asharaf Mohd Ramli & Abdullah Jalil. (2012). Model perbankan wakaf korporat:

Analisa Wakaf Selangor Muamalat. Diakses dari

https://comaif.files.wordpress.com/2014/02/2013-05- 30-model-

perbankan-wakaf-korporat-analisa-wakaf-selangor-muamalat.pdf pada 27

Mac 2015.

Asmak Ab Rahman. (2009). Peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi umat

Islam. Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 1, hlm 113-152.

Azri Ahmad. (2008). Pelaksanaan skim wakaf tunai oleh Yayasan Waqaf Malaysia.

Jurnal pengurusan JAWHAR Vol. 2, No. 2, 2008.

Page 14: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 558

Che Dzarudin Che Omar. (2011). Hotel Kelana Beach beroperasi. Diakses dari

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1128&pub=Utusan_

Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_05.htm pada 1 November 2015.

Farhana Mohamad Suhaimi & Asmak Ab Rahman. (2012). Perkembangan wakaf

tunai dan potensi sumbangannya dalam pembangunan sosio ekonomi

masyarakat Islam. Dlm. Prosiding seminar antarabangsa penyelidikan

pengajian Islam 15-16 Februari 2012, Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya, Kuala Lumpur.

Farhana Mohd Suhaimi. (2012). Peranan dana wakaf dalam pembangunan ekonomi

masyarakat Islam di Pulau Pinang. Disertasi Sarjana, tidak diterbitkan,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Greer, G.E & Farell, M.D. (1984). Investment analysis for real estate decisions.

Chicago: The Dryden Press.

Hasniza Harun. (2008). Pembangunan hartanah wakaf: Perbandingan negeri Kedah

dan negeri Johor. Tesis Sarjana, tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi, Malaysia.

Hydzulkifli Hashim & Asmak Ab. Rahman. (2012). Pengurusan harta wakaf:

Pengalaman Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)

terhadap Wakaf Seetee Aishah. IJMS 19(2), 103-123. Diakses dari

http://ijms.uum.edu.my/index.php/currents-issues/finish/52-ijms-vol-19-no-2-

december-2012/362-pengurusan-pembangunan harta-wakaf-pengalaman-

majlis-agama-islam-negeri-pulau-pinang-mainpp-terhadap-wakaf-seetee-

aishah/0 pada 11 April 2015.

Hydzulkifli Hashim, Azizi Abu Bakar, Mohd Sollehudin Shuib & Mohd Kamal

Azman Jusoh. (2014). Penggunaan kaedah B.O.T dalam usaha

membangunkan tanah wakaf Majoodsaw Pulau Pinang. Kerta kerja yang

dibentangkan di Muktamar Waqf Iqlimi 2014, The Asean Endowment

Seminar 2014, pada 29 April 2014, bertempat di Universiti Sains Islam

Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Diakses dari

(UUM)1file:///C:/Users/User/Downloads/PENGGUNAAN%20KAEDAH%2

0Bot%20da lam%20pembangunan%20harta%20wakaf.pdf pada 12 April

2015.

Ibrahim Ahmed Khalil, Yunus Ali, Mohammad Shaiban. (2014). Waqf fund

management in Kuwait and Egypt: Can Malaysia learns from their

experiences. Dalam Proceeding of The International Conference on Masjid,

Zakat and Waqf (IMAF 2014), pada 1-2 December 2014, Kuala Lumpur.

JKPSB. (2015). Latar Belakang. Diakses dari

http://www.jkpsb.com.my/v4/index.php?page=content&module=company&i

d=1 pada 1 Oktober 2015.

Mohammad Abdul Mannan. (1999). Cash-waqf certificate: Global Oppurtunities for

developing the social capital market in 21st-century voluntary-sector banking.

Proceedings of the Third Harvard University Forum on Islamic Finance:

Local challenges, global oppurtunities Cambridge, Massachusetts. 243-25.

Mohamad Salleh Abdullah. (2009). Malaysia perlu transformasi pengurusan wakaf.

Utusan Online 25 Disember 2009. Diakses dari

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1225&pub=Utusan_

Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm.

Mohammad Tahir Sabit Haji Mohammad (2006). Innovative Modes of Financing the

Development of Waqf Property in Malaysia. Kertas kerja di bentangkan di

Page 15: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 559

National Wakaf Convention, 12-14 Sept 2006, Legend Hotel, Kuala Lumpur.

Di akses dari

https://www.academia.edu/576262/Innovative_Modes_of_Financing_the_De

velopment_of_Waqf_Properties_in_Malaysia pada 14 Oktober 2015.

Mohammad Tahir Sabit Haji Mohammad. (2009) Alternative development financing

instruments for waqf properties. Malaysian Journal of Real Estate, Volume 4

No 2.

Mohd Afandi Mohd Rani. (2002).Undang-undang pentadbiran harta wakaf negeri

Kelantan. Disertasi Sarjana, tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala

Lumpur, Malaysia.

Mohd Afandi Mohd Rani. (2008). Pengambilan Tanah Wakaf oleh Pihak Berkuasa

Negeri:Analisis Menurut Hukum Syarak dan Aplikasinya di Malaysia. Tesis

Doktor Falsafah, tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,

Malaysia.

Mohd Afandi Mohd Rani. (2012). Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia: Isu dan

Halangan. Diakses dari http://drafendi.blogspot.com/2012/10/pembangunan-

tanah-wakaf-di-malaysia-isu.html#more pada 1 Jun 2015.

Mohd Afandi Mohd Rani. (2012). Wakaf Menurut Undang-undang Di Malaysia.

Diakses dari http://drafendi.blogspot.com/2012/02/wakaf-menurut-undang-

undang-di malaysia.html pada 20 Februari 2013.

Mohd Bakri Ibrahim. (2008). Pelaksanaan Skim Wakaf Tunai Oleh Yayasan Wakaf

Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR, vol. 2, no. 1, 1-12.

Mohd Fairuz Yusof. (2008). Hotel Wakaf pertama di Terengganu diakses dari

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0130&pub=utusan_

malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_02.htm pada 1 October 2015.

Mohd Kamarul Khaidzir Saadan & Nurul Jannah Abd Halim. (2014). Cabaran

Pengurusan harta wakaf di Perbadanan Wakaf Selangor: Saranan

penambahbaikan. Kertas kerja dibentangkan di Muzakarah Fiqh and

International Fiqh Conference (MFIFC2014) pada 3-4 Disember 2014,

bertempat di KLIA. Diakses dari

http://www.kuis.edu.my/mfifc2014/eprosiding/ifc038%20%20Us%20Kamar

ul%20Hidzir.pdf pada 12 April 2015.

Mohd. Saharudin Shakrani, Mohd Saifoul Zamzuri Noor & Jamal Ali. (2003).

Tinjauan isu-isu yang membataskan penggunaan wakaf dalam pembangunan

ekonomi ummah di Malaysia. Jurnal Syariah, Vol. 11: 2, 73-98.

Muhammad Ali Hashim. (2014). Aplikasi wakaf korporat dalam pembiayaan

pembangunan institusi pengajian tinggi Islam. Dalam Muhammad Ridhwan

Ab. Aziz et al. (edt.), Waqf financing for higher education: Issues,

challenges and the way forward (hlm 15-26). Bandar Baru Nilai, Negeri

Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Mustafa Mohd Hanefah, Abdullaah Jalil, Asharaf Mohd Ramli, Hisham Sabri,

Norhaziah Nawai, & Syahidawati Shahwan. (t.t). Financing the Development

of Waqf Property: The Experience of Malaysia and Singapore.

Nik Mustapha Nik Hassan. (1999). Konsep dan pelaksanaan wakaf di Malaysia.

Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Norhaliza Mohd Nor & Mustafa Omar Mohammed. (2009). Categorization of waqf

lands and their management using Islamic Investment Models: The cases of

the State of Selangor, Malaysia. Kertas kerja Seminar Waqf Law and

Page 16: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 560

Management Conference, pada 20-22 Oktober 2009, bertempat di

International Islamic University Malaysia, Kuala Lumpur.

Nuradzila Mohd. Anuar. (2010). Pengurusan pembangunan harta wakaf di negeri

Perak. Tesis Sarjana, tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia,

Bangi, Malaysia.

Osman Sabran. (2002). Pengurusan harta wakaf. Skudai, Johor Bharu: Penerbit

UTM.

Perbadanan Wakaf Selangor (2014). Diakses dari

http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/styles/pembangunan pada 1

Oktober 2015.

Razali Othman & Rohayu Abdul Ghani. (2009). Wakaf tunai: Mekanisma sumber

pembiayaan IPT. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Ekonomi

Islam Peringkat Kebangsaan, anjuran Jabatan Syariah dan Ekonomi,

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur pada 10-

11 Februari 2009.

Razali Othman. (2011). Pembasmian kemiskinan: Peranan dan sumbangan institusi

wakaf, dlm. Zakaria Bahari, Fadzila Azni Ahmad & Roselee Shah

Shaharudin, Pengurusan Ilmu, Ekonomi dan Pembangunan Berteraskan

Islam. Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia (USM).

Razali Othman. (2013a). Perselisihan perundangan wakaf tunai: Satu analisis

pandangan ulama Uthmaniah, dlm. Jurnal Pengurusan JAWHAR, Vol. 7(1),

hlm. 75-93.

Razali Othman. (2013b). Penggunaan wang dalam wakaf tunai: Satu analisis dari

perspektif falsafah wang fiat, kertas kerja dibentangkan di Workshop

Antarabangsa Pembangunan Islam (WAPI 6), anjuran Pusat Kajian

Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) dengan kerjasama Universiti

Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), di UMSU, Medan, pada 22 April

2013.

Razali Othman. (2013c). Instrumen wakaf tunai: Analisis falsafah penciptaan wang

fiat dari perspektif maqsad wakaf tunai. Kertas kerja ini dibentangkan di The

7th ISDEV International Graduate Workshop (INGRAW 2013), anjuran Pusat

Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia

(USM), di Dewan Persidangan Universiti (DPU), USM, Pulau Pinang, pada

30 dan 31Oktober 2013.

Rohayu Abdul Majid & Rusli Said. (2014). Permasalahan pengurusan hartanah

wakaf di Malaysia. International Surveying Research Journal (ISrJ), Vol 4,

No. 1, 29-43.

Rosalan Haji Ali. (1992). Pelaburan: Penilaian dan penerapan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sanep Ahmad & Nur Diyana Muhamed. (2011). Institusi wakaf dan pembangunan

ekonomi negara: Kes pembangunan tanah wakaf di Malaysia, kertas kerja

dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI

(PERKEM VI), Melaka, Malaysia, pada 5-7 Jun 2011.

Shahriza Osman & Shahril Shafie. (2006). Asas pengurusan harta tanah. Sintok,

Kedah: UUM Press.

Siti Mashitoh Mahamod. (2006). Waqf in Malaysia: Legal and administrative

perspectives. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Page 17: Surita Hartini Mat Hassan

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 561

Siti Mashitoh Mahamod (2007). Pembentukan dana wakaf menurut perspektif

syariah dan undang-undang serta aplikasinya di Malaysia, Jurnal

Syariah, 15:2 (2007) 61-83.

Siti Salwa Mustapa. (2007). Pengurusan dan pembangunan hartanah wakaf: Kajian

di Terengganu. Tesis Ijazah Sarjana, tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi, Malaysia.

Sohaimi Mohd Salleh (2008). Peranan dan cabaran JAWHAR dalam pembangunan

dan pengurusan wakaf dan mal. Dlm. Prosiding Konvensyen Kebangsaan

Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat dan Wakaf (hlm. 69). Bangi, Malaysia:

Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Sohaimi Salleh & Syarqawi Muhammad. (2008). Waqaf development in Malaysia:

Issues and challenges, dlm. Jurnal Pengurusan JAWHAR vol. 2, No. 1, hlm.

13-35.

Suhaimi Salleh. (1994). Menceburi bidang pelaburan: Panduan unggul untuk

pelabur Islam. Singapura: Times Editions PTE. Ltd.

Suhrawardi Lubis. (2012). Wakaf tunai Muhammadiyah Sumatera Utara: Kajian

Hukum Dan Potensi. Tesis Doktor Falsafah, tidak diterbitkan, Universiti

Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Syahnaz Sulaiman. (2012). Isu pembangunan wakaf menggunakan struktur Amanah

Pelaburan Hartanah Islam di Malaysia: Satu Tinjauan. Diakses dari

http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/1-Wakaf-

9-nov-2012- cs5.pdf pada 27 Mac 2015.

Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa. (2010). Pembangunan wakaf

pendidikan Di Malaysia, kertas kerja yang dibentangkan di Seventh

International Conference-The Tawhidi Epistemology: Zakat And Waqf

Economy, Bangi 2010.

Wan Ahmad Wilman Wan Adam. (2000). Pelaburan Harta Zakat :Satu Kajian

DI BaitulmalWilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bahagian Pengajian

Syariah,Jabatan Syariah Dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam , Universiti

Malaya,2000,m.s.42.

Zakaria Bahari & Fakhruddin Abd. Rahman. (2012). Modes and risk of financing for

waqf development: The case of Seetee Aisyah waqf in Penang, Malaysia. Siri

Kertas ISDEV, No. 37. Pulau Pinang: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan

Islam (ISDEV), USM.

Zakaria Bahari. (2012). Pemerkasaan instrumen wakaf dalam pembangunan

ekonomi. Siri Kertas ISDEV, No. 38. Pulau Pinang: Pusat Kajian Pengurusan

Pembangunan Islam (ISDEV), USM.

Zakaria Bahari. (2013). Pembiayaan pembangunan pengajian tinggi: Kes

pembangunan wakaf kompleks ISDEV, Universiti Sains Malaysia. Kertas

kerja yang dibentangkan di Seminar Serantau Institusi Pengajian Tinggi Islam

(SeiPTI2013) di Brunei pada 4-5 Disember bertempat di Bandar Sri

Begawan, Brunei.