Skru, Nat Dan Bolt

12
PENYAMBUNGAN SECARA MEKANIKAL SKRU, NAT DAN BOLT

Transcript of Skru, Nat Dan Bolt

Page 1: Skru, Nat Dan Bolt

PENYAMBUNGAN SECARA MEKANIKAL

SKRU, NAT DAN BOLT

Page 2: Skru, Nat Dan Bolt

SKRU

* Skru diperbuat daripada loyang atau besi lembut dan di gunakan untuk memasang atau mencantum engsel atau barang lain pada kayu/logam.

* Terdapat 2 jenis skru iaitu yang mempunyai alur dan alur berpalang ( kepala Philip).

*Bahagian-bahagian skru: i.Kepala. ii.Batang bajak (shank) iii.Benang. iv.Hujung skru

Page 3: Skru, Nat Dan Bolt

Jenis-Jenis Skru

• Skru Kepala Rata (Counter Sunk)

• Skru Kepala Bulat

• Skru Kepala Timbul • Skru Kepala Segi Empat

Page 4: Skru, Nat Dan Bolt

Skru Kepala Rata (Counter Sunk)

• Diperbuat daripada keluli lembut dan digalvanikan untuk mencegah pengaratan.

• Terdapat juga skru yang diperbuat daripada loyang dan tembaga mengikut kegunaan.

Page 5: Skru, Nat Dan Bolt

Skru Kepala Bulat

• Mempunyai kepala berbentuk bulat dan bahagian bawahnya rata.

• Diperbuat daripada keluli lembut , loyang dan tembaga dan digalvanikan untuk mencegah pengaratan.

• Ia digunakan untuk mengikat kayu dan sebagai hiasan kerana kepalanya yang berbentuk bulat.

Page 6: Skru, Nat Dan Bolt

Skru Kepala Timbul

• Skru jenis ini merupakan cantuman diantara Skru Kepala Rata dan Skru Kepala Bulat tetapi ia diperbuat daripada keluli yang lebih kuat.

• Skru kepala timbul digunakan untuk mencantumkan logam dengan kayu. • Skru jenis ini biasa digunakan untuk pemasangan engsel, hiasan serta

sebagai pendakap logam.

Page 7: Skru, Nat Dan Bolt

Skru Kepala Segi Empat

• Skru jenis ini kuat dan diperbuat daripada keluli. • Kepala skru ini mempunyai bentuk segi empat dan memerlukan spana

untuk mengikatnya.• Skru ini digunakan dalam kerja kasar seperti pembinaan jambatan,

pembinaan Koc , mesin atau jentera dan lain-lain.

Page 8: Skru, Nat Dan Bolt

Bolt & Nat

• Bolt dan Nat digunakan untuk mengikat bahagian kayu atau logam.

• Terdapat pelbagai jenis Bolt dan Nat di dalam pasaran mengikut kegunaan masing-masing.

• Jenis- jenis Bolt :- i. Bolt Bengkok. ii.Bolt Nat iii. Bolt Gerigi (Rag Bolt)

Page 9: Skru, Nat Dan Bolt

Bolt Bengkok

• Bolt jenis ini mempunyai kepala yang di bengkokkan untuk mengantungkan barang.

Page 10: Skru, Nat Dan Bolt

Bolt dengan Nat

• Bolt dan nat di gunakan bersama untuk mengikat kayu kepada kayu, logam kepada logam dan kayu kepada logam.

• Terdapat pelbagai jenis nat di dalam pasaran yang mempunyai kegunaan yang berbeza.

Page 11: Skru, Nat Dan Bolt

Bolt Gerigi (Rag Bolt)

• Bolt jenis ini akan mengembang apabila dipasang. • Ia digunakan untuk pasak mesin dan

bahagian yang memerlukan pegangan yang kuat seperti tutup tiang dan sebagainya.

Page 12: Skru, Nat Dan Bolt