Sistem Bumi PBS 1 - Putaran Dan Peredaran Bumi

download Sistem Bumi PBS 1 - Putaran Dan Peredaran Bumi

of 5

Transcript of Sistem Bumi PBS 1 - Putaran Dan Peredaran Bumi

  • 8/2/2019 Sistem Bumi PBS 1 - Putaran Dan Peredaran Bumi

    1/5

    Tajuk : Putaran dan Peredaran Bumi

    a) Terangkan perbezaan antara Putaran Bumi dengan Edaran Bumi.[ 6 Markah]

    Putaran Bumi Peredaran Bumi Markah

    Berlaku di atas paksinya yangcondong pada sudut 23

    Beredar di dalam orbitnya yang

    bujur2

    Satu putaran mengambil masa

    24 jam (1 hari)

    Satu edaran mengambil masa 365

    hari (1 tahun)2

    Menyebabkan kejadian siang

    dan malam, pasang surut air

    laut, pembiasan angin sertaperbezaan waktu tempatan

    Menyebabkan kejadian empat

    musim, gerhana bulan dan gerhana

    matahari.2

    3 3 MAX 6

    b) Jelaskan fenomena yang terhasil akibat putaran dan peredaran bumi.

    [ 9 Markah ]

    Judul Isi Jawapan Huraian dan contoh Markah

    Putaran bumi:

    1. Kejadian siang dan

    malam

    Semasa berputar permukaan bumi yang

    mengadap matahari mengalami siang.

    Permukaan bumi yang

    terlindung/membelakangi matahari

    mengalami malam.

    Contohnya waktu siang di Malaysia tetapi

    waktu malam di Eropah.

    Boleh dibantu oleh rajah lakar.

    2

    Putaran bumi:

    2. Pasang-surut air laut.

    Kejadian pasang-surut disebabkan oleh

    tarikan graviti antara bulan dengan bumi

    dan matahari dengan bumi.

    Kawasan laut yang mengadap bulan akan

    mengalami tarikan graviti menyebabkan

    ianya terbonjol (mengalami air lautpasang.)

    Pada masa yang sama kawasan yang

    membelakangi bulan pula air lautnya akan

    surut.

    Apabila graviti bulan dan matahari

    bertindak serentak, maka air pasang akan

    meningkat ke paras tertinggi (air pasang

    2

    1

  • 8/2/2019 Sistem Bumi PBS 1 - Putaran Dan Peredaran Bumi

    2/5

    perbani).

    Putaran bumi:

    3. Pembiasan angin lazim.

    Putaran bumi di atas paksinya mewujudkandaya Koriolis.

    Daya ini mampu memesongkan arah tiupan

    angin seperti angin timuran dan angin baratan.

    Di hemisfera utara angin lazim akan terbias ke

    kanan manakala di hemisfera selatan ia terbiaske kiri.

    2

    Putaran bumi:

    4. Perbezaan waktu

    mengikut longitud.

    Akibat putaran bumi, waktu tempatan

    mengikut longitud adalah berbeza.

    Bagi setiap 15 longitud perbezaan waktunya

    ialah 1 jam.

    Perkiraan waktu berdasarkan Garisan Tarikh

    Antarabangsa (longitud 180 T/B).

    Ke timur dari garisan ini waktunya lebihlewat, manakala ke barat dari garisan ini

    waktunya lebih awal.

    2

    Peredaran bumi:

    5. Kejadian empat musim

    Merujuk kepada kejadian musim panas,musim bunga, musim dingin dan musim

    luruh.

    Akibat peredaran, kejadian kempat-empat

    musim ini berbeza mengikut hemisfera dan

    tarikhnya.

    Pada 21 Mac, ekuinoks musim bunga di

    hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di

    hemisfera selatan.

    Pada 21 Jun solstis musim panas di hemisferautara dan solstis musim sejuk di hemisfera

    selatan.

    Pada 23 September, ekuinoks musim luruh di

    hemisfera utara dan ekuinoks musim bunga di

    hemisfera selatan.

    Pada 22 Disember, solstis musim sejuk di

    hemisfera utara dan solstis musim panas di

    hemisfera selatan.

    2

    Peredaran bumi:

    6. Kejadian gerhana bulan

    dan matahari

    Gerhana terjadi apabila bulan atau bumi tidak

    mendapat cahaya matahari.

    Akibat edaran, maka matahari, bumi dan

    bulan boleh berada dalam keadaan sebaris.

    Sekiranya bumi berada antara matahari

    dengan bulan, maka cahaya matahari tidak

    sampai ke bulan kerana ia ditutupi oleh

    bayang-bayang bumi. Kesannya bulan tidak

    kelihatan dan ini dinamakan sebagai gerhana

    bulan. Sekiranya bulan berada di antara matahari

    dengan bumi, maka bulan akan menghalang

    cahaya matahari daripada sampai ke bumi.

    Matahari tidak kelihatan oleh penduduk bumi

    kerana dihalang oleh bayang-bayang bulan.Ini dinamakan gerhana matahari.

    2

    Pemarkahan : 5 isi x 2 markah = 10 markah 1 Markah = Max 9 MAX 9

    2

  • 8/2/2019 Sistem Bumi PBS 1 - Putaran Dan Peredaran Bumi

    3/5

    c) Mengapakah taburan tenaga suria di permukaan bumi adalah berbeza-beza?.[ 10 Markah]

    Judul Isi Jawapan Huraian dan contoh Markah

    1. Sudut pancaran

    sinaran suria.

    Kawasan khatulistiwa menerima sinar

    suria secara sudut tepat (90) maka ia

    mengalami tenaga haba yang tinggi

    terutamanya pada tempoh

    ekuinoks..Sudut tepat akan menyebabkan

    pancaran bertumpu berbanding dengan

    sudut serong pancarannya tersebar

    Kawasan kutub pula menerima pancaran

    suria secara serong. Sudut serongmenyebabkan sinar suria mengambil masa

    yang lama untuk sampai ke permukaanbumi dan jaraknya menjadi lebih jauh. Ini

    menyebabkan tenaga suria tersebut lebih

    banyak hilang menerusi serakan, balikan,

    serapan dan pantulan dari atmosfera.

    2

    2. Tempoh masa antara

    siang dan malam di

    kawasan yang berlainan

    iklim Pengaruh

    putaran dan edaran

    bumi.

    Di kawasan khatulistiwa bezantara masa

    siang dan malamnya tidak ketara, ini

    menyebabkan ia sentiasa menerima

    tenaga suria yang konstan tinggisepanjang tahun.

    Hal ini amat berbeza dengan kawasan

    kutub. Pada ketika tertentu tempoh siang

    dan malamnya adalah 24 jam. Akibat peredaran bumi, kawasan yang

    mengalami iklim empat musim seperti

    iklim sederhana, siang lebih panjang pada

    musim panas dan menjadi singkat pada

    musim sejuk. Ini menyebabkan jumlah

    tenaga suria yang diterima antara masa

    siang dan malam, antara musim panas dan

    sejuk adalah berbeza-beza.

    2

    3. Faktor komposisi,

    ketebalan dan

    kelutsinaran lapisan

    atmosfera di sesuatu

    tempat

    Lapisan atmosfera boleh menyekat antara

    10% hingga 75% sinar suria daripada

    terus tiba ke bumi. Ini bergantunglahkepada komposisi, ketebalan dan

    kelutsinarannya.

    Sebagai contoh kawasan gurun panas,

    lapisan atmosferanya nipis (awan jenis

    sirus). Oleh itu ia hanya mampu

    menyekat, menyerap, menyerak danmemantul sinar suria dengan kadar yang

    2

    3

  • 8/2/2019 Sistem Bumi PBS 1 - Putaran Dan Peredaran Bumi

    4/5

    minima. Kesannya kawasan gurun panas

    menerima tenaga suria yang tinggi pada

    waktu siang.

    Manakala kawasan khatulistiwa awanya

    lebih tebal (awan kumolusnimbus) yang

    mampu menapis dan menyerap tenaga

    suria dengan banyak daripada terus

    dipancarkan ke bumi.

    4. Faktor Perihelion dan

    Afelion

    Pada masa bumi beredar mengelilingi

    matahari dalam orbit bujurnya maka

    terdapat jarak yang berbeza pada lokasi

    yang berbeza antara bumi dengan

    matahari.

    Pada jarak yang lebih dekat yang dikenali

    sebagai Perihelion, maka bumi akan

    menerima banyak tenaga suria.

    Perihelion ini berlaku pada 3 Januari danbumi dikatakan berada sejauh 147 juta km

    dari matahari.

    Manakala pada jarak yang jauh dikenali

    sebagai Afelion, pada jarak ini bumi akan

    menerima jumlah tenaga suria yang

    sedikit. Afelion berlaku pada 4 Julai dan

    pada ketika itu jarak bumi dengan

    matahari ialah sejauh 152 juta kilometer.

    2

    5. Faktor ciri litupan

    permukaan bumi yang

    berbeza pengaruh

    Albedo.

    Litupan yang berbeza menyebabkan

    tenaga yang diterima oleh permukaan

    bumi juga berbeza. Ini kerana kadarserapan dan pembalikan bahangan

    matahari yang dialami oleh litupan

    tersebut adalah brbeza-beza.

    Pengaruh Albedo - Permukaan berwarna

    gelap seperti hutan, batuan, permukaan

    bertar akan lebih banyak menyerap sinar

    suria berbanding dengan permukaan yang

    cerah seperti salji yang lebih banyak

    membalikkan sinar suria.

    Pengaruh tekstur dan struktur. Muka bumi

    yang bertekstur kasar dan kasap seperti

    permukaan bertar dan dinding konkritlebih banyak menyerap haba berbandingdengan permukaan bumi yang licin dan

    rata.

    Pengaruh Aspek. Permukaan yang

    mengadap matahari akan menerimatenaga suria yang lebih banyak

    berbanding dengan permukaan bumi yang

    terlindung atau membelakanginya

    2

    4

  • 8/2/2019 Sistem Bumi PBS 1 - Putaran Dan Peredaran Bumi

    5/5

    6. Faktor permukaan

    bumi daratan (benua )

    atau air (lautan)

    Jisim daratan atau air amat mempengaruhi

    nilai haba tentunya. Nilai haba tentu bagi

    air adalah lebih tinggi berbanding dengan

    daratan. Daratan memerlukan haba tentuyang sedikit sahaja untuk dipanaskan

    berbanding dengan lautan. Justeru itu

    daratan atau benua lebih cepat panas dan

    lebih cepat sejuk berbanding dengan

    lautan.

    Lautan bertindak membalikkan haba

    (menyederhanakan suhu sekitar)

    berbanding dengan benua yang menyerap

    haba.

    2

    Pemarkahan : 5 isi x 2 markah = 10 Markah MAX 10

    5