Sistem Atmosfera PBS 01 - Komponen Dan Struktur Atmosfera

download Sistem Atmosfera PBS 01 - Komponen Dan Struktur Atmosfera

of 3

Transcript of Sistem Atmosfera PBS 01 - Komponen Dan Struktur Atmosfera

  • 8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 01 - Komponen Dan Struktur Atmosfera

    1/3

    TAJUK : KONPONEN DAN STRUKTUR ATMOSFERA

    a) Namakan tiga komponen utama atmosfera dan bagi setiap komponen, nyatakan

    kandungan utamanya. [ 6 M ]Jawapan:

    Tiga komponen atmosfera dan kandungannya ialah:

    i) Komponen gas kekal yang mengandungi nitrogen, oksigen dan gas argon.

    ii) Komponen gas berubah yangh terdiri daripada wap-wap air, karbon dioksida, ozon, metana,

    nitrus oksida dan lain-lain.

    iii) Komponen juzuk bukan gas seperti habuk, debu dan juga zarah higroskopik.

    (Pemarkahan : 1 isi yang dihurai = 2 Markah. 2 x 3 isi = Max 6 Markah)

    b) Huraikan ciri utama bagi setiap lapisan atmosfera. [ 10 M ]

    Di antara ciri utama bagi setiap lapisan atmosfera ialah:

    1. Lapisan Troposfera. Lokasinya paling hampir dengan permukaan bumi. Ketebalannya berbeza-beza mengikut kawasan bumi seperti 18 km di khatulistiwa dan 8 km sahaja di kutub. Lapisan ini

    mengandungi gas oksigen, karbon dioksida, hidrokarbon, wap air dan lain-lain. Suhu dan tekanan udaranya

    akan berkurangan mengikut ketinggian (mengalami kadar tukaran adiabatik). Fenomena cuaca berlangsung

    dilapisan ini seperti ribut, kilat, petir, hujan, salji dan lain-lain.

    2. Lapisan Stratosfera. Lokasinya adalah di atas lapisan Troposfera dan menganjur ke kira-kira50 km dari permukaan bumi. Lapisan ini tidak berawan, kering dan lebih stabil. Ia dikenali sebagai

    Ozonsfera.. Suhu stratosfera meningkat mengikut ketinggian disebabkan kehadiran lapisan ozon pada

    ketinggian 25 kilometer. Molekul ozon menyerap sinaran ultra-lembayung (uv) dari matahari menyebabkan

    suhu meningkat pada aras tersebut Lapisan ini amat sesuai untuk kapalterbang supersonic.

    3. Lapisan Mesosfera. Lokasinya adalah kira-kira 50 km hingga 80 km dari muka bumi. Udara didalamnya amat nipis dan suhu di dalamnya semakin jatuh apabila semakin tinggi keangkasa sehingga

    mencecah negatif 80C. Di kawasan ini wujudnya awan noktilusen. iaitu sejenis awan yang sangat nipis

    dan lembut sehingga ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Adalah dipercayai bahawa zarah awan ini

    terdiri daripada ais yang berasal daripada habuk meteor yang dibawa ke atas oleh wap air melalui perolakan

    peringkat tinggi.

    4. Lapisan Termosfera. Lokasinya adalah antara 80 km hingga 100 km dari muka bumi. Suhunyameningkat (menjadi panas) dengan cepat apabila semakin tinggi. Ini kerana gas oksigen dan nitrogen dalam

    lapisan ini menyerap banyak sinar lembayung matahari dan menukarkannya menjadi tenaga haba. Selain

    itu suhu di sini amat tinggi juga disebabkan oleh aktiviti pengionan, dan boleh mencapai hampir 1200 oC.

    Perbezaan suhu di antara siang dan malam lebih 100C.

    5. Lapisan Ionosfera. Lapisan ionosfera ialah lapisan atas termosfera sebelum bertemu denganlapisan eksosfera. Lokasinya antara 80 km hingga 500 km dari muka bumi. Ia mempunyai aurora iaitu

    kilauan cahaya yang berwarna-warni hasil tindakan zarah-zarah bercas dengan gas-gas atmosfera danmagnet bumi. Pada paras melebihi 100 km hingga 500 km, lapisan ini dipengaruhi oleh bahangan suria

    dalam bentuk sinaran X dan sinar lembayung yang menyebabkan berlakunya proses pengionan yang

    menyebabkan di penuhi oleh ion-ion yang boleh memantulkan gelombang radio

    1

  • 8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 01 - Komponen Dan Struktur Atmosfera

    2/3

    6. Lapisan Exosfera. Iaitu lapisan teratas atmosfera bumi, sekaligus merupakan sempadan antaraatmosfera bumi dan angkasa lepas. Lapisan ini terletak antara 500 -1000 km dari permukaan bumi. Lapisan

    eksosfera dibentuk oleh gas dan atom oksigen, hidrogen dan helium (kira-kira 1% daripadanya diionkan).

    Atom helium neutral dan atom hidrogen boleh terbebas ke angkasa lepas kerana perubahan perlanggaranmolekul berkenaan.

    (Pemarkahan : Mana-mana 5 isi x 2 markah = Max 10 Markah)

    c) Jelaskan kepentingan lapisan-lapisan atmosfera kepada alam sekitar fizikal danmanusia. [ 9 M ]

    Kepentingan bagi setiap lapisan atmosfera adalah seperti berikut:

    1. Lapisan troposfera. Lapisan ini menampung kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan kerana ia

    membekalkan oksigen, karbon dioksida dan juga air hujan. Justeru itu ia merupakan lapisan yang paling

    penting sekali. Semua fenomena cuaca seperti hujan, ribut petir, kilat, tekanan udara, angin adalah berlaku

    di laipsan ini dan ia menjadi salah satu ruang berlakunya kitaran hidrologi. Lapisan ini menjadi penebat

    bahangan matahari dan juga bahangan bumi. Ia berfungsi menyerap ke dua-dua bahangan tersebut untuk

    membolehkan suhu bumi yang stabil. Ia menghalang kehilangan haba dari permukaan bumi.

    2. Lapisan stratosfera. Lapisan ini mengandungi gas ozon yang berfungsi menyerap sinar UVmatahari dan seterusnya melindungi manusia, tumbuhan dan haiwan daripada radiasi berlebihan sinaran

    tersebut. Lapisan ozon yang terdiri daripada triatom oksigen berfungsi menyerap, menyerak, memantul dan

    menapis sinaran UV daripada terus tiba ke permukaan bumi. Oleh sebab itu lapisan ozon bertindakmelindungi segala kehidupan di muka bumi ini.

    3. Lapisan Mesosfera. . Lapisan mesosfera amat penting kepada manusia untuk mengelakkanjatuhnya meteor (tahi bintang) ke bumi. Ini kerana bahan meteor mula terbakar dan dihancurkan di lapisan

    ini. Zarah udara yang terdapat di sini akan mengakibatkan pergeseran berlaku dengan objek yang datang

    dari angkasa dan menghasilkan suhu yang tinggi. Akibat suhu yang tinggi maka kebanyakan meteor tidaksampai ke bumi kerana ia terbakar di lapisan ini terlebih dahulu. Jika tidak bumi akan dihancurkan oleh

    jatuhan meteor.

    4. Lapisan termosfera dan ionosfera. Pada ketinggian melebihi 100 km, lapisan termosfera dipenuhi oleh ion-ion yang boleh memantulkan gelombang radio yang sangat penting untuk satelit

    telekomunikasi. Lapisan ini dikenali sebagai ionosfera. Kebanyakan satelit komunikasi yang mengorbit

    bumi berada di lapisan ionosfera ini Misalnya gugusan satelit penentu kedudukan global atau (GPS) telah

    dibangunkan dan dilokasikan di lapisan ini bagi tujuan. Antara nya seperti satelit Malaysia MEASAT danRAZAKSAT.

    5. Lapisan Eksosfera. Di dalam lapisan eksosfera terdapat satu lapisan yangdikenali sebagai Lapisan Magnetosfera. Lapisan ini wujud disebabkan medan magnet bumi terletak disini. Lapisan ini yang bertindak sebagai perisai perlindungan, terletak pada ketinggian 4,000 dan 20,000

    kilometer di atas permukaan Bumi. Lapisan ini bertindak melindungi bumi daripada pelbagai jenis

    pancaran bahaya dari angkasa.

    (Pemarkahan : 5 isi x 2 markah = 10 Markah 1 markah : MAX 9)

    2

  • 8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 01 - Komponen Dan Struktur Atmosfera

    3/3

    3